Monday, February 7, 2011

Umno dah tak laku, anak muda tak berahi kepada Umno

Ketuanan Melayu Umno tidak laku kepada anak muda

Artikel : Apabila memperkatakan tentang ketuanan Melayu, maka kita akan bercakap mengenai hak orang Melayu.

Hari ini banyak pihak begitu lantang menyuarakan berkenaan itu terutama daripada Umno dan NGO Pro-Umno.

Bagi anak muda, sesetengah mereka berasa tidak ada keperluan ‘terpekik-pekik’ seperti mana yang dilakukan sesetengah pihak. Mungkin kerana anak muda hari ini tidak tahu langsung, ataupun barangkali sudah faham benar.

Bagi anak muda, khususnya pasca-Merdeka yakni mereka yang lahir selepas Merdeka ataupun sepuluh tahun selepas merdeka, Ketuanan Melayu tidak boleh dipaksa kepada mereka untuk diperjuangkan.
Lebih lagi anak muda yang faham.

Sejarah


Bukan bermaksud anak muda ini gagal menghayati sejarah, jauh sekali ‘menderhaka’ perjuangan tokoh-tokoh Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan dahulu. Malah ada dikalangan mereka, walaupun tidak melaluinya (situasi perjuangan kemerdekaan), lebih menjiwai melalui penceritaan tokoh dan dokumentari.

Jika dahulu, pelajar dipaksa memahami sejarah melalui buku-buku teks sejarah yang kadangkala faktanya lebih berat sebelah yakni hanya memaparkan perjuangan tokoh Umno yang pro-penjajah.

Mereka seumpama Dr Burhanuddin dilabel sebagai tokoh berhaluan kiri, walaupun beliau juga memperjuangkan kemerdekaan yang bersifat anti-penjajah.

Namun, anak muda hari ini, maklumat dan aksesnya lebih luas. Ada facebook, blog, e-book, wikipedia dan pelbagai lagi sumber maklumat untuk mengetahui sejarah.

Bahkan buku-buku sejarah orang Melayu yang bersifat analisis semakin banyak diterbitkan. Misalnya karya Dr Syed Hussin Ali bertajuk Melayu: Masalah dan Masa Depan dan The Malay Dillema karya Tun Dr Mahathir.

Malah karya bertajuk Membina dan Meruntuh Malaysia yang ditulis oleh Datuk Ahmad Mustafa Hassan juga sebagai catatan sejarah berkenaan perjuangan Melayu era dahulu dan kini.

Tidak boleh tipu anak muda


Anak muda hari ini tidak lagi boleh ditipu dengan sejarah, apatah lagi ditipu dengan perjuangan menuntut Ketuanan Melayu.

Anak muda akan mempersoalkan dicelah manakah perjuangan Ketuanan Melayu, namun dalam masa yang sama hak mereka untuk mendapatkan biasiswa di dalam pendidikan yang sepatutnya diberikan kepada kesemua anak-anak Melayu dinafikan.

Anak muda juga akan mempersoalkan siapakah sebenarnya pejuang sebenar Ketuanan Melayu pada hari ini, apabila usul di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan ditolak oleh Adun Umno. Sedangkan anak muda boleh membaca sejarah tentang perjuangan Melayu itu.

Anak muda boleh dengan mudah mendapatkan fakta dengan luas dan dapat membezakan bagaimana harga barang yang melambung naik pada hari ini di negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jauh lebih murah yang sama majunya dengan Malaysia.

Begitu juga anak muda akan mempersoalkan berkenaan ‘kekeringan’ peluang pekerjaan di negara tanah tumpah air mereka ini jika hendak dibandingkan dengan negara yang sudah merdeka sama seperti Malaysia. Semua itu anak muda ketahui.

Justeru untuk menipu ‘bulat-bulat’ anak muda dengan perjuangan Ketuanan Melayu sebagai pembela adalah tindakan yang meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri.

Walhal nasib anak muda hari ini tidak juga berubah. Sudahlah perlu membayar semula pinjaman pendidikan, dengan peluang pekerjaan yang tidak menentu serta gaji yang tidak sepadan dengan harga barang dan perbelanjaan. Belum lagi memikirkan bagaimana tempat tinggal, jauh sekali mahu mendirikan rumah tangga.

Saya tidak pasti, bilakah akan berlaku ‘pemuda membakar diri’ kerana kesempitan ini. Kita jangan rasa tidak mungkin berlaku. Ini kerana sifat anak muda itu adalah tidak mudah dijangka (unpredictable).

Read more ...

Pengarah Syabas berceramah atas pentas Umno

Bukti Syabas dan Umno bersatu menidas rakyat Selangor

http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/umno-syabas2.jpgSudah terang lagi bersuluh, itulah kerjasama Syabas dan Umno menentang Kerajaan Negeri Selangor. Terbaru, Pengarah Syarikat Syabas naik ke pentas Umno menghentam kerajaan negeri.

Katanya, tarif air Selangor lebih rendah berbanding negara lain. Maksudnya, Syabas masih dengan hasrat nak cekik darah rakyat Selangor.

Umno pula bersama Syabas , sediakan pentas untuk Syabas. Rakyat Selangor sedang memerhati sandiwara Umno Selangor kononnya membela rakyat tetapi sokong Syabas tindas rakyat.

Tarif air masih rendah


SHAH ALAM , 8 Feb. : Pengarah Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, tarif air yang diperkenalkan syarikat itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

”Tarif air kita masih lagi rendah dan apa yang dicadangkan itu telah dibincangkan dengan panjang lebar di antara Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Syabas sendiri.

”Tidak perlulah kita risau, takut dengan tuduhan yang mengatakan Syabas bercadang menaikkan tarif sebanyak 37 peratus kerana tarif ini hanya dapat dinaikkan sekiranya Syabas bejaya mencapai KPI yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah anjuran UMNO Selangor yang bertajuk ‘Siapa Derhaka’, di Seksyen 16 Shah Alam, kelmarin.

Beliau berkata, kehadirannya di pentas UMNO Selangor ini bukan untuk mempolitikkan isu antara Syabas dengan Kerajaan Negeri, sebaliknya untuk menerangkan isu sebenar kepada rakyat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias pula menggesa rakyat negeri ini tidak tertipu dengan propaganda Kerajaan Negeri dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Khusrin Munawi.

”Rakyat Selangor jangan tertipu dengan helah mereka dalam isu ini, kerana mereka hanya bertindak sedemikian untuk kepentingan politik semata-mata,” katanya.SH

Read more ...

Tiada rombakan Exco Selangor

MB tidak rombak Exco
http://mymalaysiainfo.com/generalinfo/malaysian-flag/selangor-flag/lambangselangor.jpgSHAH ALAM , 7 Feb. : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah membuat sebarang pengumuman untuk melakukan rombakan kecil membabitkan tugas Ronnie Liu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, maklumat mengenai rombakan itu hanya khabar angin.

“Itu hanya khabar angin semata-mata dan tidak benar kerana sehingga hari ini (semalam) tiada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu. Mesyuarat Exco belum diadakan lagi dan jika betul ia berlaku (rombakan) ia mesti dibincangkan dalam mesyuarat tersebut terlebih dahulu.

“Tan Sri (Abdul Khalid) tidak pernah membuat keputusan sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Faekah berkata, Ronnie masih lagi mengekalkan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

“Beliau masih lagi menjalankan tugas-tugasnya termasuklah berkaitan kerajaan tempatan.

“Kalau betul dakwaan itu, kita akan umumkan nanti tetapi setakat ini belum ada apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa berlaku rombakan kecil tugas Exco Kerajaan Negeri dilakukan selepas berlaku beberapa kontroversi membabitkan kenyataan dan tindakan Ronnie yang dikatakan boleh menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) negeri itu.

Kelmarin, sumber dalaman DAP memberitahu Sinar Harian, peranan Ronnie sebagai Exco telah dikecilkan dengan memberi tumpuan kepada tugas kajian dan penyelidikan sahaja sementara tugas berkaitan kerajaan tempatan diambil alih Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rombakan kecil tersebut ada kaitan dengan kontroversi beberapa isu sensitif yang membabitkan Exco berkenaan antaranya isu larangan penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam, isu pengharaman penggunaan logo 1Malaysia dan larangan pekerja Islam bekerja di premis hiburan menjual minuman keras.

Sementara itu, Faekah berkata, keputusan Kerajaan Negeri mahu membiayai kos perundangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bukanlah satu isu besar.

“Kita ikut prosedur...pendakwaan ini adalah pendakwaan terpilih yang dilakukan oleh wakil rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat.

“Pada kami, ia bukanlah satu isu besar kerana kita akan memberi apa juga bantuan dari segi moral dan sebagainya untuk membantu wakil rakyat kita yang berada dalam kesusahan,” katanya.

Katanya, pihak berkenaan sengaja memperbesarkan perkara tersebut.

“Jika kita tidak telus, kita tidak umumkan perkara ini pada umum. Kita tahu ia adalah usaha Barisan Nasional (BN) untuk memanjangkan isu ini.

“Kalau mereka (BN) punyai kuasa (tadbir negeri), saya yakin mereka juga lakukan perkara sama,” katanya.

Read more ...

Rumah macam reban ayam tapi tetap sokong Umno

Ini rumah orang UMNO/BN

Gambar ini bukan di negeri Kelantan, Sabah atau pun Pahang dan bukan juga dipedalaman Sarawak. Tetapi gambar ini terletak lokasinya dekat dengan Bandar Merlimau. Merlimau itu di mana ye? Melaka Maju 2010 atau di Kampung Baru? Ini wajah Melaka Maju 2010 untuk DUN MERLIMAU yang bakal diadakan penamaan calon pada 26 Feb 2011 dan pengundian pada 6 Mac 2011.

Tidak kisah rumah macam reban ayam atau kandang kambing dan yang paling penting adalah menyokong hasrat kerajaan UMNO/BN dengan slogan "Rakyat Didahulukan". Mungkin tuan rumah ini tidak sedar bahawa Melaka telah diisytiharkan "Melaka Maju 2010" tetapi rumah ini bagaikan reban ayam yang tidak melambangkan Melaka Maju 2010.

Adakah tuan rumah ini telah kenyang dengan pemberian RM200-RM500 dari pihak UMNO/BN supaya menyokong parti yang kononnya memperjuangkan melayu ini. Tuan rumah ini boleh diklasifikasikan sebagai murahan kerana harga seekor kambing pun mencecah harga RM350-RM500 seekor setiap kali untuk dikorbankan.

Bukan setakat itu sahaja, harga diri dan maruah mereka yang disogok oleh UMNO/BN ini seperti pelacur murahan. Apa tidaknya dan cuba kita buat perkiraan untuk tempoh 5 tahun pilihanraya. Harga RM200-RM500 telah dibayar kepada pengundi BN untuk pilihan raya tetapi pilihan raya itu tempohnya 5 tahun. Maka untuk setiap tahun pengundi itu dapat sekitar RM40-RM100 setahun.

Begitu murah harga orang melayu khususnya yang mengundi UMNO/BN. Sedangkan harga seekor lembu setiap kali korban adalah RM2000-RM3000 seekor. Lembu kalo UMNO/BN mahu bayar RM200 pun mereka sanggup lari dan sebab itu bila masa raya korban, lembu yang dibeli oleh orang UMNO/BN selalu jadi liar dan sukar untuk disembelih.

Selain itu juga, kalau diikutkan daripada perkiraan tadi bagi pendapatan yang diterima oleh pengundi UMNO/BN dengan berbekalkan RM40-RM100 setahun, ia tidak mencukupi kerana tahun lepas sahaja harga bahan bakar naik 3-4 kali dalam setahun. Cukupkah dengan pemberian oleh UMNO/BN itu? Maka melayu selalu ditipu oleh melayu sendiri kerana mentaliti orang melayu yang menyokong UMNO/BN ini masih buta dan tuli.

Read more ...

Omar Suleiman sama macam Mubarak

Wikileaks : Naib Presiden Mesir Didakwa Rapat Dengan Israel


LONDON 8 Feb. : Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara berkenaan.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

Pada 2008, memo diplomatik AS yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman internet WikiLeaks melaporkan, David Hacham, penasihat kepada Kementerian Pertahanan Israel memberitahu pegawai AS bahawa Israel mengjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai pengganti Presiden."Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya. - AFP

Read more ...

Segera muzakarah

Segerakan Muzakarah Antara Majlis Fatwa Dan PAS


KUALA LUMPUR 8 Feb. : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong dan menggesa agar muzakarah di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan PAS yang diketuai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera diadakan bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku. kata ketuanya Nasrudin Hasan At-Tantawi.

Nasrudin berkata, ini kerana Pemuda PAS yakin segala pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham mesti diselesaikan secara muzakarah dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas penyelesaian.

"Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan," ujarnya dipetik Harakah Daily.

Malah, ujarnya Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa bukan sahaja satu atau dua isu yang berkait dengan Al-Mursyidul Am PAS tetapi masih banyak perkara-perkara lain yang menyentuh aqidah ummah perlu dimuzakarahkan.

DPPP juga, tambah nya turut mengalu-alukan penyertaan ulama-ulama Umno justeru mereka adalah pendokong kerajaan yang dipimpin oleh Umno bagi menyelesaikan isu-isu agama.

Menurutnya, Pemuda PAS melihat, sekian lama Umno dan Barisan Nasional menguasai agen penyebaran massa utama seperti televisyen, radio dan akhbar arus perdana di dalam negara sudah terlalu banyak fitnah dan tohmahan telah dilemparkan terhadap Al-Mursyidul Am PAS khususnya dan PAS amnya.

"Inilah peluang dan platform terbaik bagi rakyat menilai apa yang ditohmah oleh media arus perdana ini benar ataupun salah," ujarnya.

Justeru itu, katanya muzakarah antara kedua-dua pihak suatu peluang dan platform yang sangat baik sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti-mufti bersama ulama-ulama Umno menganggap apa yang pernah disebut atau dipraktikkan oleh Al-Mursyidul Am dan PAS bercanggah dengan Islam.

Read more ...

Dah la membazir, aniaya terhadap murid

Buku Teks Silap Cetak, Penganiayaan Terhadap Murid


SHAH ALAM 8 Feb.: Penarikan semula 400 ribu buku teks KSSR Bahasa Inggeris tahun satu Januari lalu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dianggap sebagai satu penganiayaan terhadap murid-murid sekolah.

Buku teks berkenaan mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru.

Menurut Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohamed Hasan Ali, tindakan drastik kerajaan menarik semula buku tersebut telah menggugat sesi pembelajaran memandangkan buku baru hanya akan diterima menjelang Mac nanti.

"Kita melihat misalnya masa atau tempoh untuk menunggu buku yang baru itu sehingga Mac saya kira satu tempoh yang agak panjang dan semacam penganiayaan kepada murid-murid dan juga mungkin warganegara yang baru masuk dalam sekolah darjah satu. Mungkin dalam pemikiran mereka ini merupakan satu bebanan," katanya.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung mengakibatkan pembaziran serta kerugian besar dalam sektor pendidikan. Ini kerana, buku berkenaan perlu dicetak semula dan bakal menelan kos berlipat ganda.

"Wang negara dibelanjakan dan dibazirkan begitu sahaja. Ini kerana RM4 juta yang diperuntukkan itu boleh dimanfaatkan berbagai-bagai dimensi setidak-tidaknya mungkin bagi saya sebagai dana tambahan contoh kepada skim makanan tambahan untuk anak-anak," katanya.

Justeru, beliau menyarankan agar siasatan lanjut dilakukan bagi mencari di mana kesilapan tersebut. Hasan turut menyarankan agar Kementerian bersikap telus dan tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa terkilan atas sikap sesetengah pihak yang cuba menyembunyikan keadaan sebenar dari diketahui umum. Menurutnya, tindakan telus Tv Selangor yang menyiarkan isu berkenaan secara eksklusif wajar dipuji dan dijadikan contoh dalam merakyatkan informasi.

Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Read more ...

Ro$mah antara bakal calon BN di Merlimau ?

Merlimau: Najib dicabar letak Rosmah calon BN

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini.

“Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Maka, katanya adalah sesuai sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.

Tambahnya, cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang melihat pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan ‘Wanita Pertama’ Malaysia ini.

“Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, saya mencabar beliau untuk menerima cabaran ini,” ujarnya.

Read more ...

Benarkah Kelab Putera 1Malaysia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Mesir ?

Kelab Putera 1Malaysia atau Kelab Putera Umno?

KUALA LUMPUR : Kelab Putera 1Malaysia sebenarnya bertujuan mempromosikan Umno bukan untuk kepentingan rakyat Malaysia. Menurut email yang diterima dari seorang PR di Australia , pemimpin Kelab Putera 1 Malaysia yang diketuai oleh Ketua Putera Umno Malaysia, Dato' Abdul Azeez Abdul Rahim telah datang ke Queensland untuk membantu pelajar Malaysia yang terlibat dengan banjir di sini.

Namun , sungguh mengecewakan apabila mereka memasang bendera Umno semasa program menyampaikan bantuan tersebut. Sedangkan pelajar Malaysia yang hadir terdiri dari pelbagai kaum dan bukan penyokong Umno.

Tindakan ini menyebabkan ramai pelajar Malaysia merasa kesal dengan tindakan Kelab Putera 1Malaysia yang mempolitikkan program tersebut.

Kehadiran mereka untuk menghulurkan bantuan amat dialu-alukan oleh pelajar Malaysia yang memang menerima bantuan dari pelbagai pihak dari Malaysia.

Tindakan mereka menggunakan kesempatan di atas kesusahan pelajar Malaysia di luar negara untuk berpolitik itulah yang mengecewakan.

Misi bantuan Kelab Putera 1Malaysia ke Mesir juga pastinya akan berhadapan dengan agenda politik putera Umno berselindung di sebalik misi bantuan kemanusian. Buktinya , apa yang dihadapi oleh Wakil Kelantan ke Mesir Ust. Zulkifli Yaacob

Mesir: Mengapa wakil Kelantan disisih

PENGKALAN CHEPA, 7 Feb: Benarkah operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik?

Kalau betul, mengapa wakil Kelantan yang ditawarkan pada awalnya menyertai misi menghantar bantuan ke Kaherah 2 Febuari lalu diketepikan?

Bekas Presiden Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Zulkapli Yaacob berkata, pada awalnya beliau ditawarkan menyertai misi Mercy bagi menghantar bantuan ke Mesir.

“Saya telah serahkan passport kepada pihak penganjur biar pun tahu di belakangnya ada Kelab Putera Malaysia.

“Ketika taklimat diadakan di Kuala Lumpur setiap peserta yang akan menyertai misi berkenaan diberi t-shirt berlambang 1Malaysia.

“Saya kata saiz badan saya XL tetapi mereka beri saiz L jadi saya kata tidak padan, kalau pakai akan jadi macam pembalut nangka. Namun mereka minta ambil juga,” katanya sambil mempamerkan baju itu pada ceramah solidariti kebangkitan di Timur Tengah di Putik malam tadi.

Sebelum itu diadakan solat hajat yang disertai ribuan rakyat Kelantan diimamkan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Mohamad Mustafa.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata misi bantuan ke Mesir untuk kepentingan negara dan tidak ada pertimbangan politik sama sekali.

Zulkapli berkata, selepas pihak penganjur tahu beliau membawa sejumlah wang untuk diberi kepada pelajar Kelantan di Mesir, ada sahaja helah dilakukan bagi menghalangnya.

Katanya, duit sejumlah RM120,000 diberi kerajaan negeri untuk dibawa ke Kaherah bagi membantu pelajar Kelantan di sana. Ini kerana mereka menghadapi masalah kewangan berikutan bank tidak beroperasi.

”Pihak penganjur memberitahu saya tidak boleh terbang bersama kumpulan pertama kerana kapal terbang penuh dengan barangan bantuan.

”Saya pun hairan barangan bukan diletak di tempat duduk penumpang sebaliknya dalam perut kapal terbang. Mereka minta saya tunggu penerbangan keesokan harinya.

”Dan selepas berjam-jam menunggu dan tidak mendapat sebarang respons saya mendapatkan sendiri tiket menggunakan penerbangan SIA yang mengambil masa 25 jam untuk sampai ke Kaherah,” katanya.

Beliau bersyukur dapat sampai juga ke Mesir biar pun diketepikan dalam rombongan misi tajaan kerajaan Malaysia.

Katanya, ketika sampai di sana beliau disambut pelajar dan diagihkan wang untuk mereka membeli bekalan makanan.

”Saya hairan Perdana Menteri kata misi bantuan tidak ada unsur politik, sedangkan usaha wakil kerajaan Kelantan menyertai sama misi bantuan disisihkan,” katanya.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Selain itu Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Teras, Azmi Abdul Hamid serta wakil Palestin.

Ribuan penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Difahamkan Kelantan satu-satunya negeri yang menghantar bantuan kewangan kepada pelajar di Mesir. Zulkapli kembali dari Kaherah pagi semalam.

Read more ...

Wakil rakyat PR digesa tingkat prestasi

Anwar : Wakil Rakyat PKR Perlu Tingkat Prestasi Menjelang PRU-13


SHAH ALAM 8 Feb. : Di sebalik siri tamparan terbaru ekoran pemimpin keluar parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada wakil rakyat partinya supaya meningkatkan prestasi mereka jika mahu bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Ketua Umum PKR itu mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor di sini semalam untuk berkongsi perkembangan semasa mengenai kempen mereka menghadapi pilihan raya negeri, krisis di peringkat Sabah dan juga pendekatan memperkuatkan parti itu lapor The Malaysian Insider.

"Kami telah diminta mempertingkatkan langkah ofensif. Kerja-kerja merancang aktiviti akan digodakkan termasuk fokus ke atas pilihan raya negeri Sarawak... usaha-usaha sepadu sedang dijalankan," kata seorang wakil rakyat yang menghadiri pertemuan itu.

Difahamkan Anwar memberi amaran hanya pemimpin-pemimpin yang memperlihatkan rekod khidmat baik sahaja akan dipilih semula sebagai calon pilihan raya umum.

Komponen Pakatan Rakyat (PR) ini berhadapan dengan siri wakil rakyat, di kedua-dua peringkat negeri dan Parlimen, keluar parti untuk bertindak sebagai Bebas ataupun menyertai Umno.

Pemimpin terbaru bertindak keluar ialah ketua PKR Sabah Pajudin Nordin dan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan.

November lalu, Datuk Zaid Ibrahim keluar PKR dan kemudian mengepalai parti Kita.

Pada pertemuan semalam, Anwar juga menggariskan keperluan untuk memfokus pilihan raya negeri Sarawak.

Beliau berada di negeri itu selama dua hari hujung minggu lalu untuk menyusun strategi bersama ketuanya Baru Bian, di mana secara kebetulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga berada di negeri itu untuk mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat dan menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Miri.

Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) bekerja keras untuk memenangi sebanyak kerusi yang boleh pada pilihan raya kecil di Sarawak.

Bagaimanapun PR memberi fokus ke atas kerusi-kerusi majoriti Cina di kawasan bandar selain memperluaskan pengaruhnya di kawasan pedalaman.

"Parti memulakan langkah persiapan ke arah kempen intensif selama dua bulan di Sarawak di bawah kepimpinnan Baru Bian, jadi kami menyusun strategi dan program yang lebih tersusun," katanya.

Difahamkan pemimpin-pemimpin parti akan mengadakan lebih banyak kunjungan ke Sarawak sepanjang dua bulan akan datang untuk memperkukuhkan jentera kempennya.

Difahamkan kesemua pemimpin parti akan diberi ruang tugas yang khusus di negeri masing-masing dalam usaha menyusun semula fokus parti.

Tetapi Anwar juga bercakap mengenai keperluan mempertahankan kedudukan PKR di Selangor - negeri paling maju dan kaya yang dimemenangi PKR pada 2008.

"Kami juga membincangkan dengan panjang lebar kepentingan mempertahankan Selangor dan soal menurunkan calon bergantung pada prestasi semasa mereka," kata seorang ahli Parlimen PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang turut menghadiri pertemuan itu mengakui bahawa tindakan keluar parti beberapa pemimpin telah menjejaskan fokus dalam melakukan pembaharuan dasar.

"Pembaharuan dasar yang perlu kami fokus, tindakan keluar parti telah menjejaskan fokus kami. Itu tujuan pertemuan hari ini, untuk menyusun semula strategi dan fokus," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Justeru katanya, langkah penubuhan majlis presiden di Sabah adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut di negeri itu.

Majlis itu diketuai oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang diumumkan sehari selepas Pajudin keluar parti dan menyetai Umno.

Read more ...

Lelaki Amerika ditikam setelah mengaku beragama Islam

Sikap anti Islam yang buruk kembali terjadi di Amerika. Pihak berkuasa mengatakan bahawa seorang lelaki berasal dari Florida dituduh telah melakukan tikaman terhadap orang lain setelah mengetahui lawan diskusi tentang agama adalah seorang muslim.

Menurut surat pernyataan penangkapan, lelaki yang ditikam tersebut mengatakan kepada Bradlye Kent Strott (52 tahun) bahawa dirinya adalah seorang muslim pada masa mereka berdiskusi pada hari Sabtu lalu.

Polis mengatakan setelah mengetahui lelaki lawan bicaranya seorang muslim, Strott kemudian menarik kemeja lelaki muslim tersebut dan langsung menikam lehernya dengan pisau.

Lelaki muslim yang ditikam oleh Strott pada masa ini telah dirawat kerana luka yang dideritai, namun perincian keadaan terakhir selepas ditikam sehingga hari ini belum diketahui.

Strott didakwa melakukan tindakan kejahatan, namun dirinya dibebaskan Sabtu malam lalu setelah memberi wang jaminan sebanyak 15 ribu dolar.Era Muslim

Read more ...

Safee Sali tinggalkan Selangor sarung jersi Pelita Jaya

Safee akan bermula pada 14 februari ini

TEKA-TEKI mengenai hasrat penyerang skuad Liga Super Selangor, Mohd. Safee Mohd. Sali untuk beraksi di luar negara akhirnya terjawab. Penyerang berusia 27 tahun itu sah akan beraksi bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya bermula pada 14 Februari ini.

Pengumuman berhubung perkara itu dibuat oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad pada satu sidang media di Wisma FAS, Kelana Jaya semalam.

Menurut Mokhtar, selain Pelita Jaya, pihak FAS telah menerima tiga lagi tawaran daripada kelab Indonesia yang turut menyatakan hasrat mereka mendapatkan khidmat Safee.

Bagaimanapun, pihak FAS telah memutuskan untuk menerima tawaran yang dibuat oleh Pelita Jaya kerana menganggap ia adalah yang terbaik.

“Kami (FAS) tidak menggunakan mana-mana ejen. FAS sendiri bertindak sebagai ejen kepada Safee.

“Disebabkan Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) mempunyai hubungan yang erat dengan pegawai bola sepak di Indonesia, segala rundingan berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

“Kontrak telah disediakan dan majlis menandatanganinya akan diadakan pada Isnin depan (14 Februari) di Indonesia,” kata Mokhtar.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Safee sendiri, Hamidin dan pengurus merangkap ketua juru- latih Selangor, K. Devan.

Bagaimanapun, FAS tidak mendedahkan jumlah bayaran yang dikenakan ke atas Pelita Jaya bagi menebus kontrak Safee bersama Selangor yang hanya akan tamat pada November depan.

Jelas Hamidin, pihak FAS dan Pelita Jaya telah bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai perpindahan dan jumlah gaji yang bakal diterima oleh Safee.

“Apa yang saya boleh katakan adalah Safee akan mengikat kontrak selama setahun bersama Pelita Jaya iaitu sehingga 31 Januari 2012.

“Namun, mengikut syarat yang telah ditetapkan, Safee perlu kembali beraksi bersama Selangor sebaik sahaja kontraknya tamat kelak.

“Jadi perlawanan antara Selangor dengan Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee dengan Selangor,” jelas Hamidin.

helmi talkah

Read more ...

Kerajaan PR batalkan projek merugikan rakyat

Tidak Untungkan Rakyat: Batal Projek Tebatan Banjir Canal City


SHAH ALAM, 7 Feb. : Tidak beri manfaat kepada rakyat Selangor adalah sebab utama projek tebatan banjir Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga ke Sungai Langat dibatalkan.

Menurut Pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu dijelaskan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pertemuannya dengan Datuk Bandar, Yang Dipertua kerajaan tempatan dan syarikat perunding yang terlibat langsung dengan pelaburan negeri di Shah Alam hari ini.

Turut dijelaskan ialah berkenaan pengambilan semula tanah lebih 4,000 ekar yang diberikan oleh kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada syarikat pemaju, Talam Corporation Berhad, termasuk hutang-hutang tertunggak.

Dalam pertemuan itu, Khalid mengambil peluang menasihatkan syarikat perunding supaya mematuhi peraturan dan prosedur untuk mengelak timbul masalah dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mungkin menganggu kelulusan sesuatu perancangan.

Katanya, syarikat perunding perlu membayar premium tanah manakala setiap pembangunan pula perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa serta syarat-syarat lain yang ditetapkan.

“Misi kerajaan negeri adalah mempermudahkan urusan dan mesra pelabur tetapi syarikat perunding yang dilantik pelabur asing atau tempatan perlu mematuhi semua peraturan dan prosedur,” kata Menteri Besar yang berdialog dengan beberapa wakil syarikat perunding.

Read more ...

Polis terlibat bawa masuk PATI bagi dapatkan kad pengenalan?

Dakwaan Portal Berhubung Penglibatan Polis Bawa Pati Masuk Sabah Disiasat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyi9lWfb9DCig4PdExnkoWJNi9BD-uyGcVKdjhnj_yh1wqgGo4Iw7Ah_7ZdU3Ygdx6SoRXKYc4h7VFegsa7GG5g5XrkeNKmVQwRgfkMg7aSLQG-ohpTFIB2CUSwPUZW-If78Z6acsjStFw/s1600/pati+kontrak.jpgTAWAU 8 Feb. : Dakwaan seorang pelawat portal 'Free MalaysiaToday' kononnya anggota polis terlibat membawa masuk pendatang asing tanpa izin ke Sabah bagi mendapatkan kad pengenalan, akan disiasat.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata jika dakwaan itu berasas,pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap anggota atau pegawai yang terlibat.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara tersebut.

"Kita akan siasat benar atau tidak. Andai kata saya dapati ada pegawai atau anggota saya yang terlibat, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Perkara ini kita tidak akan benarkan kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti Polis Diraja Malaysia dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas meninjau Ops Sikap Laut oleh Pasukan Gerakan Marin di sini sempena Tahun Baru Cina.

Ia diperkenalkan buat pertama kali di Sabah pada tahun ini. Turut meninjau Ops Sikap Laut di perairan Tawau ialah Ketua Polis DaerahTawau ACP Ibrahim Chin.

Mengenai Ops Sikap Laut yang dilancarkan serentak dengan Ops Sikap Ke-23 pada 27 Jan lalu, dan berakhir 12 Feb ini, beliau berkata setakat ini, pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan orang ramai terhadap peraturan di laut.

Katanya, Ops Sikap Laut yang dilaksanakan oleh tujuh pangkalan PGM di seluruh Sabah, bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna pengangkutan laut mengenai kepentingan mematuhi peraturan berkaitan demi keselamatan mereka sempena musim perayaan.

Hamza berkata antara aspek yang perlu diberi fokus termasuk memastikan bot penumpang mempunyai permit sah, pemakaian jaket keselamatan dan pemasangan alat keselamatan pada pengangkutan laut.

Read more ...

Rakyat boleh baca arahan MB Selangor kepada SUK , selepas ini rakyat dapat nilai sendiri kerja SUK!!

Arahan Pertama MB Pada Khusrin


SHAH ALAM 7 Feb.: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohamad Khusrin Munawi di pejabatnya minggu lalu.

"Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa DYMM Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Negeri, pertemuan ini diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar," kenyataan itu dipetik.

Dalam pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

"Tan Sri Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya lagi.

Seterusnya, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada Kerajaan Negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha Kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

Read more ...

Md. Noor Deris dah meroyan ?

Atau gian sesuatu! atau gian nak jadi calun ?

Artikel : Ustaz Md.Noor Deris ni tak sehebat mana pun,... baru saja kita kenal! Hadirnya beliau dalam politik hari ini tak nampak lebih pun! dan tiadanya beliau tidak pula nampak kurang. “Ada serupa tiada” atau bagai melukut di tepi gantang. Semua orang tahu, beliau hanya seorang veteran Umno yang dulunya seorang ahli Pas.

Cerminlah diri tu dulu wahai Md.Noor Deris! Semenjak peristiwa kekecohan dirumah seorang teman semasa kempen di DUN Galas dulu lagi anda dah tunjuk perangai sumbing dan langkah sumbang. Anda tunjuk berani dan buruk laku anda kepada Nik Aziz ketika berada dirumah orang. Sungguh kurang sopan dan kurang ajarnya anda! Peristiwa itu seharusnya memalukan diri anda sendiri dan seluruh umat Islam amnya

Terbaru, anda minta Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja Melayu mengambil sesuatu tindakan terhadap Nik Aziz kerana kununnya Nik Aziz telah membuat kenyataan yang boleh memecahbelahkan orang Melayu / Islam!....Wah! hebatnya kamu! Cemerlang betul kamu dalam membuat tafsiran dan penilaian. Tapi kamu fahamkah apa maksud dan falsafah disebalik ucapan Nik Aziz?

Ya! kami bersetuju Melayu dah berpecah. Sememangnya Melayu sudah lama berpecah ! Mahathir lah yang telah memecahbelahkan orang Melayu!, Mahathir lah yang telah merosakkan pegangan Islam orang-orang Melayu!. Mahathir lah yang telah merencatkan syiar Islam di bumi Malaysia!.. Bukan Nik Aziz!., bukan Haji Hadi, bukan Wan Azizah maupun Anuar Ibrahim...Tak payahlah kamu nak mencari berbagai alasan! Kerana kami faham orang Umno selalunya,.. “Lontar batu sembunyi tangan”

Semoga di atas keberanian kamu itu mudah-mudahan Najib tidak dibutakan matanya untuk memilih kamu sebagi calun dalam PRU ke-13 nanti!!

Oleh : rahimothman

Read more ...

Rayuan Peguam Negara ditolak

Pembubaran Balkis: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2010/05/gp.jpg
PUTRAJAYA, 7 Feb.: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi kebenaran kepada Kerajaan Selangor serta sembilan yang lain untuk mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan dan membatalkan pendaftaran Balkis, sebuah badan kebajikan yang dianggotai isteri wakil rakyat di Selangor.

Keputusan itu dibuat panel tiga anggota melibatkan Hakim Datuk Ramly Ali, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Zaharah Ibrahim.

Isu mengenai Balkis mendapat liputan meluas apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana pertubuhan itu ketika ia diterajui Datin Seri Zaharah Kechik, isteri bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Kerajaan Selangor serta isteri Abdul Khalid, Puan Sri Salbiah Tunut, yang kini menjadi Presiden Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan lima yang lain telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran agar semakan semula kehakiman dibuat bagi mengetepikan keputusan ROS itu.

Mereka memohon keputusan ROS pada 11 Februari 2009 yang membubarkan Balkis, diisytiharkan tidak sah dan terbatal serta memohon perintah agar pendaftaran pertubuhan itu dihidupkan semula.- Bernama

Read more ...

Umno amal politik keliru rakyat

Jangan politik isu My Balik Pulau

http://penangbest.com/wp-content/uploads/2009/03/balik_pulau4.jpgBALIK PULAU, 7 Feb. : Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyarankan agar isu risalah My Balik Pulau tidak diperbesarkan.

Ini kerana penerbitan bahan bacaan itu bertujuan menyalurkan maklumat kepada masyarakat setempat tanpa ada muslihat tersembunyi.

Yusmadi berkata, bukan menjadi inisiatif Kerajaan Negeri untuk mencetak dan mengedarkan risalah menggunakan fakta sejarah yang tidak tepat untuk bacaan umum.

“Kita semua sedia maklum bahawa, risalah itu diterbitkan Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang yang merupakan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) walaupun dibiayai Majlis Pendidikan Pulau Pinang.

“Persatuan ini giat mengaktifkan dan mengembangkan seni kebudayaan masyarakat Balik Pulau walaupun majoriti ahlinya bukanlah penduduk asal, “ katanya ketika menghadiri Program Kesihatan Kampung Titi Teras semalam.

Yusmadi berkata, semua pihak sewajarnya membantu dan menyokong usaha dalam melaksanakan bahan bacaan untuk masyarakat setempat kerana tidak banyak NGO di negeri ini yang tertumpu kepada pembangunan kebudayaan Balik Pulau.

Terdahulu, media menyiarkan Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid mendakwa bahawa risalah itu diedarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk mengaburi mata rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti penduduk Melayu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng pula memberi tempoh seminggu kepada beliau untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka di atas sikap perkauman dan fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri.

Yusmadi berpendapat Muhamad Farid tidak sewajarnya mempolitikkan isu itu, malah sepatutnya membantu membetulkan fakta sekiranya terdapat kesilapan dalam risalah itu.

“Beliau perlu menilai di antara usaha memartabatkan pendidikan atau gerak kerja politik yang dikira tidak kena pada tempat dan masanya.

“Sekiranya ada kesalahan, bantu mereka untuk membetulkannya semula, bukannya dengan mengaitkannya dengan isu politik.

“Sekiranya UMNO mahupun BN benar–benar telus dan mengambil berat mengenai isu ini, selesaikan dahulu polemik Interlok yang masih tergantung sehingga kini bagi mengelakkan kekeliruan rakyat semakin bercambah,” katanya.SH

Read more ...

Empat soalan : Umno tuduh, Khalid Samad jawab

Empat isu penting Januari 2011

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/isu111.gif1. Ada yang mengatakan MB perlu letak jawatan kerana ‘kalah’ dalam Dewan berhubung pindaan perlembagaan.

Respon saya: Selagi mana 34 adalah lebih dari 20 maka persoalan letak jawatan adalah tidak releven. Mungkin hasil dari pembelajaran matematik dalam bahasa Inggeris, UMNO merasakan 20 adalah lebih besar dari 34!

Keadaannya berbeza sekiranya BN mendapat undi lebih dari PR. Dalam keadaan itu mungkin boleh dikatakan bahawa MB telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan.

2. Ada yang mengatakan PR dikalahkan di DUN Selangor kerana usul pindaan ditolak.

Respon saya: Sebenarnya dalam soal ini, tiada yang menang dan tiada yang kalah. Apa yang berlaku, dan inilah apa yang diinginkan, ialah pendirian masing-masing menjadi jelas.

PR adalah pro-Raja Berpelembagaan dan pro-Federalisma. Ini adalah kerana PR mengemukakan pindaan yang ingin memberi peranan kepada Sultan dan Menteri Besar. Peranan Sultan akan dipertahankan oleh mereka yang menerima konsep Raja Berpelembagaan. Menolak peranan Sultan bererti menolak konsep Raja Berpelembagaan.

Menteri Besar adalah mewakili pilihan rakyat. Dia mewakili kerajaan Negeri. Menolak peranan MB bererti menolak hak Negeri dan hakikat bahawa Negeri adalah suatu entity yang berdaulat. Menolak hakikat ini bererti menolak Federalisma.

UMNO/BN menunjukkan melalui penolakan pindaan bahawa mereka ingin memusatkan kuasa di peringkat Pusat. Mereka anti-Raja Berpelembagaan dan anti-Federalisma. Hanya Pusat sahaja yang berperanan.

3. Ada yang mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin.

Jawapan saya: Ketua Pembangkang Negeri Selangor yang baru mengatakan PR derhaka kerana menolak Khusrin sedangkan Sultan merestu perlantikannya. Hakikatnya DYMM Sultan Selangor memahami perlembagaan Negeri Selangor. Baginda memahami bahawa dalam perlembagaan sekarang, Baginda tidak ada kuasa menolak perlantikan Khusrin kerana kuasa semuanya ditangan Pusat. Itulah sebabnya pindaan cadangan PR perlu.

Ketua Pembangkang tidak menjelaskan peruntukan mana di dalam perlembagaan yang boleh digunakan oleh Baginda Sultan untuk menolak perlantikan Khusrin. Dia tidak menjelaskannya kerana dia tahu memang tiada peruntukan sebegitu.

Oleh itu, penolakan pindaan telah mendedahkan penderhaka yang sebenar dan hujjah yang dibawa Ketua Pembangkang tidak berasas.

4. Kekalahan di Pilihan Raya kecil Tenang.

Semua tahu BN berjaya mempertahankan Tenang dengan majoriti yang bertambah. Ini sebenarnya bukan sesuatu yang mengejutkan. Hakikatnya PrK adalah lebih sukar bagi kita berbanding PRU kerana dalam PrK seluruh kekuatan BN serta agensi kerajaan termasuk TV dan Radio ditumpukan di satu kerusi yang ditandingi. Bermacam-macam janji serta projek ditaburkan dan oleh itu BN boleh mendapat lebih ramai dari golongan atas pagar.

Ini adalah lebih lagi dalam negeri-negeri yang diperintah BN atau kawasan kubu mereka.

PrK penting bagi kita untuk terus menyemarakkan semangat ke arah membawa agenda perubahan. Kita pertahankan sokongan yang telah diperolehi selama ini dan bina kekuatan sambil menunggu PRU. Hakikat kita mampu menafikan majoriti 7 ribu di Hulu Selangor dan 5 ribu di Tenang seperti yang diramalkan BN menunjukkan kita mempunyai kekuatan yang lebih dari apa yang dianggarkan oleh mereka.

PrK Merlimau juga akan kita hadapi dengan penuh kesedaran bahawa ianya kawasan BN. PAS masih belum berjaya mendapatkan kerusi di Melaka dan PrK bukan mudah untuk dimenangi. Hanya, kita perlu turun dengan segala kekuatan yang kita ada untuk menentukan sokongan yang ada terus dipertahankan. Sambil itu ianya merupakan peluang untuk kita menyampaikan mesej kita dalam usaha bersiap sedia untuk PRU.

Bagi petugas-petugas PAS/PR, kita sudah lama memahami, kalah menang tetap sama kerana ganjaran kita berdasarkan usaha kita dan bukan keputusan yang dicapai. Oleh itu saya yakin bahawa petugas-petugas ini akan terus bersama dalam menghadapi PrK Merlimau dengan semangat yang tetap tinggi. Kalau BN mengharapkan semangat kita akan pudar, maka mereka akan kecewa.

Read more ...

Sekular itu jahiliahlah

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/nikaziz.jpgKelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid.

Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.

Read more ...

Kekalahan di Tenang, gelombang 'PAS Ganti Umno' tidak terjejas

PAS Terengganu yakin kembali memerintah

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/lancardunbtrakit.jpgBatu Rakit, SETIU – Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang memihak kepada Umno dan Barisan Nasional tidak menjejaskan peluang PAS Terengganu untuk kembali memerintah di negeri itu.

Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, membidas andaian sesetangah pihak khususnya Umno, 'kononnya' sokongan rakyat telah kembali kepada parti itu.

"Saya nak komen tentang kenyataan (pemimpin Umno) tentang keputusan pilihanraya Tenang, kononnya mereka menang, terutamanya undi dari kaum Cina,

"kalau betul berlaku satu kebangkitan kononnya rakyat bersama Umno-BN, saya cabar Perdana Menteri untuk mengisytiharkan pilihanraya (umum ke-13) lebih awal,"tegasnya.

Hakikatnya, menurut Ariffin, sasaran yang diletakkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk mendapat majoriti 5000 undi, gagal dicapai,

Beliau turut menafikan undi kaum Cina telah kembali kepada BN, bahkan menegaskan sebenarnya undi kaum tersebut kepada PAS meningkat, walaupun peratus keluar mengundi kaum Cina hanya 51%.

"Mereka mengatakan dua peti undi, telah (mereka) menang, dulu kita menang tipis dan sekarang kita kalah tipis, (peti undi) Labis Tengah menjadi penentu sebenarnya,

(Gambar atas - Pemuda PAS DUN Batu Rakit berikrar; Gambar bawah - Ariffin Deraman, Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu)

"kerana 95% peratus pengundi kaum Cina berada disitu, dan dibuat analisa (menunjukkan) undi kepada PAS meningkat (sebanyak 6%),"jelasnya kepada wartawan selepas program Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Batu Rakit disini, Sabtu 5 Februari.

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/ariffin2.jpgSehubungan itu, beliau yakin PAS Terengganu berupaya memerintah kembali berdasarkan sambutan rakyat kepada gagasan 'PAS Ganti Umno'.

Menurutnya, Umno-BN telah bimbang dan takut dengan kebangkitan rakyat dan pengaruh PAS, lantas menyebarkan propaganda dan risalah fitnah.

"Terengganu InsyaAllah dengan (sambutan rakyat terhadap) PGU (Pas Ganti Umno) dan apa (rislah propaganda) yang disebar-sebarkan (oleh Umno) itu, sebenarnya menunjukkan mereka takut dan bimbang untuk menghadapi PAS,"ujarnya.

Katanya, peluang dan potensi PAS memperolehi lebih daripada 16 kerusi Dewan Undangan Negeri) DUN begitu tinggi walaupun terdapat kawasan Felda dalam beberapa DUN.

Justeru, beliau yakin dapat menarik pengundi di kawasan Felda terutama dikalangan generasi kedua dan ketiga.

Ariffin memaklumkan, DUN Batu Rakit adalah DUN ke-13 yang telah dilancarkan jentera pilihanrayanya oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pusingan pertama menggerakkan jentera DUN, katanya, akan ditamatkan sehingga akhir Februari

Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik

Read more ...

Hosni Mubarak enggan letak jawatan, Ikhwan tarik diri

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/ezzat.jpgPembangkang menolak tawaran bergabung dalam pakatan dalam perbincangan bagi membentuk kerajaan baru Mesir dan terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur.

Naib Presiden, Omar Suleiman sebelumnya, telah bersetuju untuk berunding dengan kumpulan pembangkang, termasuk parti yang diharamkan, Ikhwan al-Muslimin, tetapi rundingan itu dikatakan tidak mencapai sebarang persetujuan konkrit berhubung penyelesaian krisis.

Kebangkitan dan penentangan rakyat terhadap rejim 30 tahun Hosni Mubarak yang bermula 25 Januari lalau, kini memasuki minggu kedua.

Dataran Tahrir di tengah Kahirah, masih menjadi tumpuan dan menyaksikan ribuan rakyat Mesir tidak berganjak daripada kawasan itu.

Mereka berhimpun sambil menegaskan, mereka tetap mahu Mubarak berunsur meskipun kerajaan menganjurkan rundingan seperti itu.

“Ia satu muslihat. Itu pandangan ikhlas saya," kata Nora Abul Samra, 25, salah seorang penunjuk perasaan.

“Kalau dia (Mubarak) pergi dia boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya. Kami percaya ada cara lain yang lebih berpelembagaan dan ia adalah menerusi revolusi," katanya.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Magdi Radi berkata, pihak yang berunding bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa terdiri daripada hakim dan ahli politik untuk mengkaji pindaan dalam perundangan dan perlembagaan negara pada minggu pertama Mac depan

Mereka juga bersetuju untuk membuka pejabat aduan terhadap layanan yang dialami tahanan politik, menarik balik larangan terhadap media serta menarik balik undang-undang darurat bergantung kepada keadaan keselamatan.

Mahmud Ezzat,(gambar) pemimpin nombor dua Ikhwan al-Muslimin memberitahu AFP bahawa kumpulannya sudah menarik diri daripada rundingan itu kerana ia tidak memberi manfaat dan mahu protes jalanan diteruskan.

"Salah satu tuntutan kami ialah Presiden mesti meletakkan jawatan," katanya.

Read more ...

Seorang lagi pemimpin Umno meludah ke langit

Pemimpin Umno ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’

http://www.umnobaganserai.org/image/Hjh-Asmah.jpgPARIT BUNTAR, 7 Feb. : Tuduhan pemimpin Umno bahawa wakil rakyat PR tidak berjaya membawa pembangunan di Bagan Serai ibarat peribahasa ‘meludah ke langit, muka juga yang basah’.

Demikian kenyataan Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman mengulas kenyataan Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Serai Asmah Ramli ( gambar ) dalam Sinar Harian.

Adnan berkata, pemimpin Umno seharusnya dapat membezakan tugas sebuah kerajaan yang memerintah dengan tugas wakil rakyat.

“ Kerajaan bertanggungjawab menyalurkan peruntukan pembangunan untuk sesebuah kawasan parlimen. Adakah beliau lupa bahawa kerajaan BN sedang memerintah negeri Perak ?

“ Mungkin juga beliau lupa bahawa wakil rakyat PR dinafikan hak menguruskan peruntukan dari kerajaan.

Jangan salahkan wakil rakyat PR jika banyak masalah kampung belum selesai. Salahkan pihak yang menguruskan peruntukan kerajaan kerana gagal menyelesaikan masalah kampung” katanya

Menurut Adnan, tuduhan Asmah bahawa kerajaan negeri yang ditadbir PR gagal membela nasib rakyat juga tidak berasaskan fakta dan mengikut emosi.

“ Sebagai contoh, Laporan Audit Negara memperakui penjimatan kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM35.41 juta. Hasil penjimatan ini telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa.

“ Laporan Audit juga memperakui keupayaan semua kerajaan negeri PR menguruskan kewangan dengan telus tanpa dicemari unsur rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa” katanya

Katanya, hasil pengurusan yang baik juga membolehkan semua kerajaan negeri PR membantu rakyat bukan mencari publisiti.

“ Contohnya, semua kerajaan negeri PR menghargai warga emas apabila menyalurkan pemberian kewangan kepada waris apabila warga emas meninggal dunia.

“ Kerajaan Selangor memberi RM 2500.00, Kelantan sebanyak RM 2000.00, Pulau Pinang RM 1000.00 dan Kedah sebanyak RM 500.00. Penghargaan ini tidak berlaku di negeri yang diperintah BN” katanya

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad meminta Asmah memberikan bukti bahawa berlaku huru hara di negeri yang diperintah PR.

“ Rakyat di negeri PR bukan sahaja hidup aman malah mendapat banyak manfaat serta merasai perbezaan berbanding semasa diperintah kerajaan BN sebelum ini.

“ Cuma, media massa yang dikuasai kerajaan BN tidak melaporkan kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan PR sebaliknya hanya membuat tohmahan memburukkan kerajaan PR “katanya

Beliau menasihatkan Asmah memberikan fakta apabila membuat tuduhan kerana rakyat sekarang terdiri daripada generasi yang bermaklumat.

Read more ...

Katak Johor lompat ada 'benda' menanti

'Ada udang di sebalik batu'

http://lh6.ggpht.com/_G4UF_wN334k/S862foGBcYI/AAAAAAAATFY/ALC75ItB630/s800/katak.jpgBATU PAHAT, 7 Feb. : Tindakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Bahru, yang bertindak keluar parti pada 29 Januari 2011 iaitu sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini dianggap sebagai ‘ada udang di sebalik batu’.

Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri ketika ditemui berkata, (AMK) Johor telah dimaklumkan bahawa Ishak Mohamad telah bertindak keluar parti pada 29 Januari 2011 iaitu sehari sebelum hari pengundian pada PRK DUN Tenang, baru-baru ini.

Menurutnya, ini sewajarnya dilakukan oleh beliau kerana sejak kebelakangan ini sebenarnya beliau sudah lama tidak aktif dalam aktiviti AMK Johor bahkan beliau juga gagal menggerakkan AMK Cabang Johor Bahru semasa beliau memegang jawatan tersebut.

“Ini kerana AMK Johor juga menerima maklumat bahawa beliau turut ditawarkan sejumlah habuan (namun tidak ketahui dalam bentuk apa) jika berjaya membawa bersama beberapa ahli PKR terutama dari kalangan Angkatan Muda Keadilan Johor.

“Namun beliau gagal dan beliau hanya berjaya membawa sejumlah anak muda dari sebuah kelab bermotor, sedangkan mereka bukan ahli PKR,” katanya selepas sidang media Mesyuarat Pembentukan Exco AMK Johor bagi sesi 2011 dan 2012, semalam.

Mohamad Nazri yang ditemui di sini berkata, sewajarnya sebagai pejuang yang membela hak rakyat, beliau seharusnya istiqamah dalam perjuangan.

“Bagi AMK Johor, pengumuman beliau keluar parti dan bersama UMNO bermakna ia adalah musuh politik kami dan AMK Johor mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti yang beliau sumbangkan selama ini walaupun hakikatnya tiada perubahan dilakukan,” katanya.

Mohamad Nazri juga membidas kenyataan Ishak Mohamad, 23 yang menyertai Pemuda UMNO Bahagian Kulaijaya baru disertainya bahawa ‘ada perbalahan di kalangan Exco AMK Johor' keluaran Sinar Harian pada 6 Februari 2011 (Ahad) di J3.

“Tiada perbalahan yang wujud di kalangan Exco AMK sepertimana didakwa beliau,” katanya sambil menegaskan tindakan keluar masuk parti adalah perkara biasa dan PKR sendiri pernah kehilangan pemimpin yang peringkat tinggi dan ia juga berlaku di mana-mana parti.

Sementara itu, Mohamad Nazri juga turut mengatakan bahawa AMK Johor bersedia untuk menghantar petugas dan sukarelawan pada PRK DUN Merlimau yang akan diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Johor yang juga Pengarah Pilihanraya AMK Negeri.SH

Read more ...

Ketua Umno Pandan pitam di kandang tertuduh

Rasuah: Ketua Umno Pandan pitam ketika tuduhan dibicarakan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVu3Jo3ZXtt9Ajl0DMIx7aRiWUKIOpJ4mPLLUqdifNomCKpswABG3tTv1XGfQkDdNXdfjGbFX2XmmkdhM9QhmHxQ06ofYO4gn2U9_lKJBioMncSUOIrCuoPS5PZOdMLLbO_Xro7pHeYVJ0/s400/rasuah85%25.jpgKUALA LUMPUR, 7 Feb. : Ketua Umno Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abd Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abd Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.
Abd Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan.

Terdahulu, mahkamah membenarkan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek untuk meminda lapan daripada sembilan pertuduhan iaitu daripada memperoleh kepada menerima rasuah melibatkan RM169,323 yang dikenakan terhadap tertuduh.

Bagi lapan pertuduhan itu, Abd Ghani, 43, yang ketika kejadian seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didakwa menerima rasuah itu daripada Abdul Rahman Yaacob.

Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Dia didakwa menerima antara RM10,189 hingga RM24,189 di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan di sini dan di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini, antara 4 Ogos 2006 hingga 31 Mac 2007.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal kesalahan jika suapan itu dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pertuduhan pertama iaitu bagi kesalahan memperoleh secara rasuah daripada kontraktor yang sama, bagaimanapun kekal seperti pertuduhan asal mengikut Seksyen 11(a) akta yang sama.

Mahkamah menetapkan Rabu ini untuk sebutan semula bagi pihak pembelaan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya perlu untuk memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan. – Bernama

Read more ...

PR akan letak calon PAS bertanding di Merlimau

PR Sepakat Letak Calon PAS Di Merlimau


KUALA LUMPUR 7 Feb.: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini bersetuju meletakkan calon PAS dalam Pilihanraya Kecil(PRK) Merlimau Mac depan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hal itu diputuskan hari ini setelah mendapat persetujuan dan membincangkan pro dan kontra calon.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan Membantu," kata Anwar dalam Sidang Media di Ibu Pejabat DAP, selepas mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di sini hari ini.

PRK Merlimau akan dilangsungkan pada 6 Mac ini dengan 26 Februari diletakkan sebagai tarikh penamaan Calon.

Bagaimanapun menurut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS tidak lagi menetapkan siapa calon pilihan dan sedang menunggu cadangan negeri.

Namun beliau menggambarkan kemungkinan besar calon itu dari kalangan orang tempatan.

"Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah,"katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali kemudiannya menambah calon bakal diketahui selepas mesyuarat PAS 13 Februari depan.

" Selepas Mesyuarat 13 hari bulan ini, kita akan terima 'shortlist' dan buat keputusan untuk endorse,"katanya.

Read more ...

Perjuangan Umno adalah jahiliah?

Perjuangan menegakkan bangsa (assobiah) adalah perjuangan kaum jahiliah.



"Mengapa orang Melayu yang mengaku berugama Islam masih lagi memilih pemimpin yang memperjuangkan assobiah fahaman tinggalan zaman jahiliah? Malah ada juga yang berpendapat memperjuangkan suku bangsa (assobiah) tidak bercanggah dengan ajaran Islam kerana tidak menzalimi orang lain. Lantaran itu, berlakukan perlakuan cantas-mencantas sesama mereka didalam pertubuhan kebangsaan mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, "Bukan dari golongan ku (umat Islam) sesiapa yang menyeru kepada Assobiah dan bukan dari golongan ku sesiapa yang mati atas jalan Assobiah" (Hadis riwayat Abu Daud).

Dengan hanya menyeru kepada Assobiah pun susah mencukupi untuk sesaorang itu terkeluar dari umat Nabi Muhammad saw. Inikan pula meletakkan perjuangan atau nama suku kaum seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO-BN), Persatuan China Muslim (MACMA), Persatuan India Muslim (PERMIM), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) dan macam-macam lagi yang kesemuanya mengaku Islam tetapi pada hakikatnya masing-masing memperjuangkan kepentingan suku bangsa masing-masing. Mengapa tidak menjadikan Islam sebagai teras perjuangan seperti menamakan persatuan itu sebagai Pertubuhan Islam Malaysia, Persatuan Islam Malaysia, Kongres Islam Malaysia atau seumpamanya, yang tidak langsung menyentuh tentang suku bangsa?

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw menjelaskan maksud ”assobiah” melalui sabdanya yang mafhumnya, " Assobiah ialah jika kamu membantu kaum kamu diatas kezaliman" (Riwayat Abu Daud).

Kedua-dua hadith diatas jelas mengaitkan antara assobiah dengan kezaliman. Perjuangan menegakkan suku bangsa biasanya tidak terlepas dari berlakunya kezaliman keatas suku bangsa yang lain. Apatah lagi bila maksud assobiah dirujuk sebagai ”kaum kamu”. Ia boleh sahaja bermaksud diantara satu puak dengan satu puak, antara satu kumpulan dengan satu kumpulan, atau antara kaum kerabat (satu kroni) dengan kroni yang lain. Kezaliman disini bermaksud: Tidak memberikan sesuatu itu haknya yang sebenar. Hak yang hakiki adalah menjalani kehidupan dengan bertuhankan Allah, dan menyeru manusia supaya bertuhankan Allah (amal maaruf nahi mungkar), atau sekurang-kurangnya hak untuk mendengar seruan kepada agama Allah.

Sekiranya ada sekumpulan manusia menyeru kepada agama Allah dan mereka itu dihalang-halangi untuk berbuat demikian oleh sesuatu puak, bermakna mereka telah dizalimi oleh puak yang zalim. Inilah yang berlaku terhadap pendokong PAS yang dizalimi dari dulu sehingga kini.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya: ”Tolonglah saudaramu, baik ia orang yang zalim, mahupun yang dizalimi. Seorang sahabat bertanya, wahai Rasulullah, kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi, tetapi bagaimana untuk kami menolong orang yang zalim? Rasulullah saw menjawab: kamu tegahlah ia daripada melakukan kezaliman”

Allah berfirman yang tercacat dalam surat hud, ayat 113 yang mafhumnya: ”Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”.

Dalam mentafsirkan ayat ini, Ulama tafsir menjelaskan bahawa memadai dengan hanya adanya kecenderungan kepada orang zalim, sudah mencukupi untuk orang tersebut dimasukkan kedalam neraka, inikan pula jika orang itu benar-benar melakukan kezaliman.

Tidakkah dengan mengundi atau melantik orang-orang yang memperolok-olokkan hukum-hakam Allah sebagai pemimpin atau wakil rakyat sudah memadai bagi Allah untuk mencampakkan orang itu kedalam neraka? Tidakkah menakut-nakut orang-orang bukan Islam dengan hukum hudud bukan suatu kezaliman? Bukankah dengan mengatakan: ”Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai kekawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahu undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri” bukan suatu kezaliman. Bukankah dengan adanya kecenderungan menyokong orang yang berlaku zalim seperti ini suatu kezaliman seperti yang dimaksudkan oleh ayat diatas? Tidakkah Allah telah memberi amaran akan mencampakkan kedua-dua golongan ini, orang yang menyokong dan orang yang melakukan kezaliman, kedalam Neraka? Mengapa kecoh bila ada yang mendakwa jika menyokong UMNO-BN masuk Neraka?

Kita sepatutnya sedar bahawa memperjuangkan suku bangsa adalah amalan orang-orang di zaman jahiliah. Jihiliah disini bukan bermaksud bodoh, buta huruf atau kaum yang tidak bertamaddun. Perlu ditegaskan, semasa zaman jahiliah, orang-orang Arab cukup maju dalam kesusasteraan Arab. Sebab itu apabila Al-Quran diturunkan, mereka cukup terpesona dengan keindahan bahasa Al-Quran. Maksud jahiliah disini adalah jahil dari mengenal Allah, tuhan yang menciptakan Alam. Alam bermaksud segala sesuatu yang baru.

UMNO-BN beria-ia mendabek dada mendakwa ia parti yang memperjuangkan ”Islam yang sebenar”. Dalam masa yang sama ia juga beria-ia benar menonjolkan diri sebagai pejuang bangsa Melayu. Dari kata-kata pemimpin-pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang, mereka akan melaungkan perjuangan untuk memertabadkan bangsa (istilah sekarang ini negara bangsa) dan Agama. Sedangkan memperjuangkan suku bangsa adalah amalan orang-orang di zaman jahiliah.

Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13 Allah telah berfirman yang mafhumnya, ”Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)..... ”

Dalam ayat ini, dapat difahamkan bahawa Allah tidak melarang kita memperjuangkan puak atau suku bangsa masing-masing. Tetapi dalam masa yang sama Allah juga tidak menyuruh kita memperjuangkan puak atau suku bangsa masing-masing. Apa yang Allah suruh adalah ”supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain”. Apabila Allah tidak melarang dan tidak pula menyuruh untuk berbuat sesuatu, maka jika ia dilakukan juga bermakna usaha tersebut sia-sia disisi Allah, tidak mendapat redo dan rahmat Allah.

Seterusnya dalam ayat tersebut, Allah berfirman yang mafhumnya ”Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).....” Inilah sebenarnya yang disuruh oleh Allah iaitu menjadi orang yang bertakwa, bukan memperjuangkan suku bangsa. Bertakwa bermaksud takut yang menyebabkan ia tunduk dan patuh kepada segala yang diperintahkan oleh Allah secara total.

Dengan yang demikian, apakah benar pemimpin-pemimpin UMNO-BN memperjuangkan ”Islam yang sebenar”? Adakah ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS memperjuangkan ”Islam yang tidak benar”? Adakah hukum hudud yang sering dijadikan modal dalam pilihan raya bagi menakut-nakutkan orang bukan Islam dan orang Islam sendiri adalah ciptaan atau tafsiran PAS seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO-BN?

Cuba renung firman Allah dalam surah Al-Maaidah, ayat ke 38, yang mafhumnya; Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Berdasarkan ayat ini, adakah hukum potong tangan merupakan hukum yang yang direka-reka oleh pemimpin-pemimpin PAS? Ingatlah amaran Allah dalam surah Al-An’aam ayat 93 yang mafhumnya; ”Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".

Dalam Surah Al-Hujurat, ayat 14 pula Allah berfirman yg mafhumnya, ”Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '.... ”

Ayat ini sesuai sangat dengan keadaan Pemimpin-Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang. Mereka hanya sekadar mengaku Islam tetapi belum lagi beriman atau iman belum lagi meresap masuk kedalam hati dan sanubari mereka. Sekiranya mereka beriman pastinya mereka akan memperjuangkan Islam seperti yg diperjuangkan oleh ahli-ahli PAS dari dulu, kini dan selamanya. Sekiranya mereka beriman, pastinya mereka tidak akan memperlekeh, memperolok-olok undang-undang dan peraturan-peraturan yang diturunkan oleh Allah yang sedia terpelihara didalam Al-Quran. Lebih teruk lagi, ada antara mereka yang mengatakan undang-undang hudud itu ciptaan pemimpin-pemimpin PAS. Kalau begitulah keadaannya, adakah pemimpin-pemimpin UMNO-BN ini masih lagi Islam? Adakah orang-orang Melayu amnya menyedari hakikat ini?? Atau mereka turut membenarkan apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin (UMNO-BN) mereka?? Kalau begitulah natijahnya, bermakna mereka ini sebenarnya jahil tentang Islam. Sayangnya mereka tidak menyedari apatah lagi mengakui kejahilan diri.

Fakta ini jelas. Ia terbukti dari perlakuan-perlakuan mereka dimutakhir ini. Peristiwa mengarak kepala lembu, kekecohan isu penggunaan istilah ”Allah” oleh penganut ugama lain, menentang wakil rakyat bukan Islam berucap dimasjid, mempertikaikan orang bukan Islam membaca tafsir Al-Quran dan memandang serong apabila orang bukan Islam mengambil hujjah dari Al-Quran, dan macam-macam lagi. Adakah itu yang difahami oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN dan orang-orang Melayu pendokong perjuangan assobiah tentang Islam?

Apa yang dilakukan oleh Pemimpin-Pemimpin UMNO-BN dari dulu hingga sekarang sesuai benar dengan firman Allah dalam Surah Al-Balad, ayat 6 yang mafhumnya, ”Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan negara bangsa)”. Secara mudah, mereka meletakkan fahaman memperjuangkan kebendaan atau ekonomi sebagai teras untuk mencapai kersejahteraan hidup didunia. Kepatuhan kepada ajaran Islam dilihat dari sudut material seperti pembinaan masjid yang besar-besar dan indah, pembinaan monumen atau bangunan yang berasaskan ”senibina Islam” , pembinaan taman-taman tema tamadun Islam yang diwar-warkan sebagai bukti pemerintah memperjuangkan Islam dan seumpamanya.

Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara ibarat melepaskan batuk ditangga dan jelas sekali bertujuan untuk memperlihatkan seolah-olah pemerintah benar-benar memperjuangkan Islam. Tetapi yang jelas lagi nyata, terpapar dihadapan mata kita, betapa rosaknya akhlak dan akidah orang-orang Melayu hasil dari sistem pendidikan yang sedemikian itu selepas lebih 50 tahun ditadbir-urus oleh UMNO-BN. Berapa ramai orang melayu tidak mendirikan solat apatah lagi untuk memelihara solat. Berapa ramai anak-anak muda bersekududukan sehingga melahirkan anak dan anak-anak itu dibuang seperti sampah. Berapa puluhan ribu pula yang telah murtad samada terang-terangan memohon untuk murtad, atau tanpa disedari mereka telah murtad lantaran meperolok-olokkan perintah Allah atau disebabkan kejahilan mereka sendiri.

Itulah ajaran Islam yang mereka faham sehingga agama Islam yang telah sempurna semenjak lebih 1430 tahun dahulu terpaksa dijenamakan semula untuk disesuaikan dan memenuhi tafsiran nafsu mereka dengan jenama baru ”Islam hadhari” atau Islam yang bertamaddun. Dengan erti kata lain, samada tersurat atau tersirat, ia boleh ditafsirkan bahawa ajaran Islam yang telah diamalkan semenjak lebih dari 1430 tahun dahulu sebagai ajaran agama yang tidak bertamadun atau barbarik. Sebab itulah pemimpin-pemimpin dunia terutama dari Barat begitu teruja, berlapang dada dan memuji-muji usaha tersebut. Ia sebagai ”rubber stamp” pengesahan bahwa perjuangan umat Islam yang tertindas diseluruh dunia selama ini adalah sebagai perjuangan ”pengganas”. Dan amat menyedihkan apabila pembaca-pembaca berita dimedia elektronik kongkongan kerajaan yang mengaku Islam dengan sedap mulut melaporkan pejuang-pejuang Islam sebagai pengganas.

Jelas sekali fahaman dan tafsiran pemimpin-pemimpin UMNO-BN tentang ajaran Islam jauh sekali dari yang diajar oleh baginda Rasulullah saw. Ia bercanggah dengan ajaran Islam yang meletakkan syarat ”Takwa” sebagai asas untuk mencapai kesejahteraan kehidupan bukan sahaja didunia malahan berlarutan hingga keakhirat. Bahkan matlamat kehidupan semasa didunia bukanlah untuk membina tamadun ”Hadhari” tetapi mengabdikan diri secara total kepada yang maha pencipta. Setiap gerak laku dan amalan akan diperhitungkan di Mahkamah Agong Robbul Jalil. Ini isu aqidah. Malangnya, terlalu ramai orang Melayu yang telah menjalani kehidupan sebagai seorang yang ”merdeka” selama lebih dari 50 tahun tetapi masih jahil dalam agama.

Apabila sesaorang itu bertakwa bermakna ia menjalani kehidupan berasaskan prinsip-prinsip ”dinul Islam” secara total yg dituntut oleh Allah. Sesunggunya, sekiranya mereka memperjuangkan ”dinul Islam” secara total, dengan sendirinya, kesejahteraan hidup manusia keseluruhannya akan turut berkembang. Inilah yang dilihat dari keagungan kerajaan Islam silam. Malangnya, mereka tidak menerima hakikat ini lantaran keimanan yang amat tipis malahan sanggup pula mempersenda hukum hakam yg ditentukan Allah.

Kalambatu: Sila betulkan tafsiran-tafsiran dari ayat-ayat Al-Quran dan Hadith diatas sekiranya salah. Wallahu’alam"

Read more ...