Sunday, January 6, 2013

KES RASUAH SCORPENE!!! Saksi pertama belum beri respon, bakal disapina...

KUALA LUMPUR 7 Jan: Saksi pertama kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene – Jasbir Singh Chahl belum memberi respon terhadap notis Mahkamah Perancis yang mengarahkan beliau hadir memberi keterangan.

“Jasbir sudah diberi notis yang mengarahkan beliau untuk beri keterangan, tapi sampai sekarang belum beri sebarang respon,” kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

“Kegagalannya berbuat demikian akan menyebabkan beliau disepina,” jelasnya kepada Keadilan Daily.

Enam lagi saksi yang dicadangkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian (PI), P Balasubramaniam (Bala); bekas Penganalis Politik, Abdul Razak Baginda, Ibu bapa Abdul Razak – Abdul Malim Baginda dan Mazlinda Makhzan.

Read more ...

FITNAH KHALID SAMAD!!! Blogger UMNO Dr Novandri mengaku salah dan memohon maaf di mahkamah


Blogger mesra-Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ekoran artikel memfitnah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Blogger tersebut dikenali dengan nama Dr Novandri yang memiliki blog Minda Intelek Melayu (MIM) memohon maaf di hadapan hakim sebentar tadi.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop (paderi Kristian) itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.

Read more ...

PENGAKUAN MUFTI!!! Tiada fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai Amanat Haji Hadi

http://mk-cdn.mkini.net/392/aea312430145f21b5ca8f061235370e1.jpgSHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan mesti menjemput Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kemelut berkaitan dengan apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan, isu yang menjadi kontroversi itu tidak boleh diselesaikan hanya dengan berdasarkan laporan akhbar.


"Ia mesti mengikut prosedur. Datuk Seri Abdul Hadi perlu dijemput untuk berbincang dan bagi mendapatkan penjelasan. Ia tidak boleh diselesaikan mengikut andaian," katanya.

Read more ...

VIDEO MESTI DENGAR!!! Presiden PAS tidak pernah menuduh UMNO kafir, tapi UMNO yang terasa kafir

KOTA BHARU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menuduh Umno kafir, namun amanatnya yang disampaikan 32 tahun lalu disalahertikan oleh pihak sehingga menimbulkan kontroversi.

http://static-cdn2.ustream.tv/i/video/picture/0/1/25/25166/25166521/1_10197877_25166521,192x108,b,1:2.jpgYang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud berkata, musuh politik sengaja menimbulkan isu yang sudah lapuk ini, sedangkan ia tidak pernah memberi kesan kepada masyarakat dan pimpinan Umno sebelum ini, tetapi sengaja ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

Read more ...

DAH KENA SAMAN!!! Apakah nasib blogger Mat Indon Mali?

GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.

Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah.

"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Tayangan bola skrin besar untuk anak muda



PARIT BUNTAR : Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit Buntar memenuhi kehendak anak muda sekitar Titi Serong dengan menyajikan tayangan ‘live’ perlawanan bolasepak liga perdana Inggeris antara Manchester united dengan Wigan. 
 

Ahli Jawatankuasanya, Zainuddin Osman berkata, Dewan Pemuda telah menyediakan skrin besar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.
 

“ Kami juga menyediakan sedikit kudapan kepada anak muda yang hadir sebelum perlawanan bermula.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Cakna rakyat sediakan pelbagai acara untuk penduduk

PARIT BUNTAR  : Pelbagai acara telah diadakan dalam program Cakna Rakyat anjuran Pas Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pas Cawangan Kedai Empat yang berlangsung di perkarangan Markas UPU Kedai Empat di sini. 
 
Penolong Setiausaha Pas Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata , acara yang diadakan melibatkan penyertaan kanak-kanak , dewasa dan wanita.
 

“ Antara acara kanak-kanak ialah mewarna,jet kertas, bola pingpong dalam sudu, bola di pingang dan isi air dalam botol. 

Read more ...

KANTOI LAGI!!! Penipuan TV3 terbongkar



Rasanya ramai yang sudah lama tidak mengikuti siaran berita dari rejim Zionis Barisan Nasional (BN) terutamanya Buletin Utama yang diterbitkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Berikutan krisis air di Lembah Klang ekoran kegagalan syarikat penyedia bekalan air menaik taraf sistem pam di beberapa rumah pam miliknya, TV3 sekali lagi cuba menipu penonton dengan menyertakan bukti berbeza dari segi kandungan audio dan visualnya!

Rakaman visual krisis air di Johor 'dikitar semula' kununnya sebagai bukti menunjukkan Selangor menghadapi krisis air tahap gaban! 

Read more ...

SAMAN HUSAM!!! Zahid Hamidi terlepas, PAPA GOMO tersepit

Permohonan blogger mesra Umno, Wan Mohd Azri Wan Deris (Papagomo) mahu meminda pernyataan pembelaan kes saman Datuk Husam Musa ditolak Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Yazid Mustafa ketika menolak permohonan itu bersetuju dengan hujah peguam plaintif, Hisham Fauzi bahawa ianya dibuat terlalu lewat.

Katanya, mahkamah bersetuju hujahan peguam plaintif di mana semua kertas kausa sudah difailkan dan defendan juga telah melihat pernyataan saksi plaintif.

Read more ...

NAK BELASAH DAP!!! Muhyiddin Yasin macam beruk dapat bunga

Muhyiddin punya seronok nak belasah DAP sampai dia tak sedar yang dia sebenarnya membangangkan diri dia sendiri, mendedahkan kejahilan dia tentang ilmu pilihanraya.



BHarian melaporkan:

Tanjung Malim: Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat perubahan keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), DAP bukan saja janggal dan luar biasa, malah menimbulkan banyak persoalan.
Timbalan Perdana Menteri berkata senario terkini dalam DAP itu membuatkan ramai pihak tertawa sambil mempersoalkan bagaimana DAP yang pernah mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tdiak telus, kini terkena diri sendiri. - Bharian.    

Akibat kesilapan SPR dalaman DAP, penchachai nampaknya cukup seronok, depa rasa depa dapat peluru yang cukup hebat untuk hentam DAP, tapi depa tak sedar depa sebenarnya macam beruk dapat bunga.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! 300 pelajar terima bantuan beg sekolah

PARIT BUNTAR : Seramai 300 pelajar sekolah sekitar Parit Buntar menerima bantuan beg sekolah sumbangan Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar. 
 
Pengerusinya Abdul Bahrin Desa berkata, bantuan tersebut bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat ke sekolah dengan kelengkapan persekolahan yang sempurna.
 
“Program ini termasuk dalam program ‘Kembali Ke Sekolah’ peringkat parlimen Parit Buntar yang diadakan setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Bubar segera parlimen , jangan fitnah melalui media arus perdana

 

PARIT BUNTAR : Pas kawasan Parit Buntar menggesa pembubaran Parlimen dilaksanakan segera bagi mengelakkan lebih banyak fitnah dan tohmahan dilemparkan parti politik tertentu.

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata, tempoh setahun kebelakangan ini dilihat menjadi medan pertempuran menabur fitnah dalam kalangan pemimpin politik tertentu dengan menggunakan media arus perdana dan perkara itu seharusnya dielakkan dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Majlis minum petang bersama Bekas Menteri Penerangan dapat sambutan


PARIT BUNTAR,  : Majlis minum petang bersama Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir anjuran Pas Cawangan Kuala Bagan Tiang telah menarik kehadiran ramai penduduk tempatan dan kawasan berhampiran.
 

Penolong Setiausaha Pas Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, kehadiran Bekas Menteri Penerangan memang dinanti oleh penduduk di sini yang kebanyakannya merupakan bekas penyokong kuat Umno.
 

“ Kehadiran yang ramai pada hari ini termasuk orang Tionghua Kuala Bagan Tiang ini membuktikan perjuangan Pas kini diterima penduduk di sini.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Ahli Parlimen Parit Buntar santuni golongan petani


PARIT BUNTAR : Musim menuai padi merupakan aktiviti yang paling sibuk bagi pesawah untuk mendapatkan punca pendapatan.
Di dalam kawasan parlimen Parit Buntar terdapat kira-kira 3,000 petani mengusahakan sawah padi. 
 
Masalah petani seperti penyakit padi bena perang, sistem pengairan dan sebagainya sering mendapat perhatian Ahli Parlimen Parit Buntar yang juga AJK PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa. 


Read more ...