Monday, June 20, 2011

Hebat Brahim Ali, KDN pun takut

KUALA LUMPUR 21 JUN : Pendakwaan terpilih yang diamalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diteruskan lagi dalam kes melibatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengugut kaum Cina di negara ini.

Setelah dua hari berlalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi mengambil tindakan terhadap Ibrahim.

Sehubungan itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang di parlimen hari ini menuntut kementerian termasuk Ketua Polis Negara menjelaskan kepada umum kuasa imuniti Ibrahim sehingga beliau tidak terkesan oleh peruntukan undang-undang.

"Apa yang berkaitan adalah perbuatan membisu oleh PM, TPM dan polis yang perlu dijelaskan dan mengapa Ibrahim diberi kebebasan untuk membuat ugutan.

"Adakah mesyuarat kabinet minggu depan akan mengkritik menteri kerana gagal mengambil tindakan sesuai menentang Ibrahim yang bertindak sedemikian rupa," katanya pada sidang media di lobi parlimen tadi.

Ibrahim bersama lebih 160 badan bukan kerajaan (NGO) lain pada Ahad lalu mengarahkan supaya kaum Cina berada di rumah pada tarikh 9 Julai nanti jika khuatir akan keselamatan diri selain mengarahkan mereka membeli stok makanan untuk disimpan.

Ini kerana menurutnya akan berlaku pertembungan di antara penyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan Perkasa pada hari berkenaan.

Selain melabel Ibrahim sebagai "badut", Kit Siang berpendapat kenyataan presiden pertubuhan pro Umno-Barisan Nasional (BN) itu boleh mengancam keselamatan negara umpama kejadian pada 13 Mei 1969.

Bersabit perkara yang dibangkitkan itu, Kit Siang seterusnya mengumumkan dua tuntutan tambahan pada perhimpunan Bersih 2.0 iaitu tidak ada sebarang ugutan mahupun ancaman seperti yang berlaku pada 13 Mei, sebelum mahu pun ketika pilihan raya berlangsung.

Kedua, kerajaan pusat dan menteri tidak boleh menyalahgunakan kuasa membenarkan penjaga mereka berfungsi untuk tujuan pengundian.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media turut menyarankan agar Ibrahim ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bersabit kenyataan menakut-nakutkan masyarakat Cina.

Katanya, kementerian tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak mendakwa Ibrahim kerana kenyataan beliau yang berbaur rasis dan boleh dianggap membahayakan keselamatan awam.

Justeru Khairy menyifatkan kenyataan ahli parlimen Pasir Mas itu bukan mewakili keseluruhan masyarakat Melayu di negara ini yang lebih bertamadun.

Kit Siang kemudian mempelawa Perdana Menteri dan timbalannnya serta seluruh kepimpinan BN untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti.

Menurutnya tindakan ini akan memberi mesej kepada negara bahawa menjelang 54 tahun amalan demokrasi berparlimen, kesemua parti politik akan bersama-sama rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

"Penyertaan dari pemimpin-pemimpin BN bagi inisiatif Bersih 2.0 akan menjadi sejarah besar buat demokrasi di Malaysia, justeru membawa satu pengakhiran bagi elemen negatif, perpecahan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Read more ...

Sembilan muka baru mantapkan PAS Perak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAFrP9IFApjRNmSKjPSDEaL1eOw11zVZcxMdGCPG4o-fW8cdkC7Nil564T-Zl9rf5wOnAvuW09L_OP9P54eaci9Mwhlhup9zemJn5TA8JfA16l5pVkLTx58hsDf2ZhEsoIPqXsJOUE7Yo/s320/DSCN4072.JPGIPOH – Pas Negeri menampilkan sembilan muka baru dalam jawatankuasanya yang baru dibentuk kelmarin selain mengekalkan 11 pemimpin sedia ada.

Antara muka-muka baru yang dilantik ialah Razman Zakaria yang dilantik menjawat Timbalan Pesuruhjaya 3 menggantikan Mustafa Shaari.

Setiausaha perhubungan pula dipegang Dr Muhaimin Sulam yang menggantikan Misbahul Munir yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya 2.

Jawatan Ketua Penerangan disandang Nuri Al-Amin menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Empat lagi muka baru dilantik sebagai ahli jawatankuasa manakala seorang lagi dilantik memegang jawatan Penolong Setiausaha Perhubungan 2 yang baru diwujudkan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dihubungi berkata, keputusan pelantikan itu dibuat mencerminkan apa yang berlaku di peringkat pusat.

Menurutnya, gabungan golongan ulama dan profesional dilihat mampu memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih mantap.

“Jawatankuasa Pas Negeri yang baru ini merupakan salah satu tawaran Pas kepada rakyat di Perak untuk terus menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Seandainya rakyat di Perak terus bersama PR, kita akan melakukan perubahan yang jauh lebih baik demi perkhidmatan untuk mereka,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang berkata, ADUN-ADUN Pas yang tidak dilantik menganggotai jawatankuasa kali ini mempunyai tugas lain di dalam Sekretariat Parlimen yang telah dibentuk.

Sementara itu, Misbahul Munir yang dihubungi berhubung jawatankuasa baru ini berkata, pembentukan jawatankuasa itu diputuskan di dalam mesyuarat perhubungan kelmarin dan bukan cadangan Pesuruhjaya semata-mata.

“Jawatankuasa Perhubungan yang baru ini merupakan ‘team’ bagi menghadapi pilihan raya dengan menampilkan beberapa muka baru.

“Dengan menampilkan muka-muka baru ini, kita yakin ada potensi untuk memenangi pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurutnya, ahli-ahli baru dalam jawatankuasa itu terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, profesional dan sebagainya.SH

Read more ...

Kabinet PAS Kedah : Mahfuz dan Taib gugur atas permintaan sendiri

http://www.klpos.com/news/2011/05/10/1_1.jpgALOR SETAR - Pengguguran Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Taib Azamudden Md Taib sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III dalam senarai kepimpinan baru Pas Kedah dibuat atas permintaan kedua-dua pemimpin itu sendiri.

Mahfuz berkata, hasrat itu dimaklumkannya sendiri kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu pertemuan selepas Menteri Besar Kedah itu diumumkan mengekalkan jawatan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, 12 Jun lalu.

Menurutnya, tanggungjawab sebagai naib presiden parti yang memerlukan tumpuan lebih di peringkat pusat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 menyebabkan beliau tidak mahu memegang jawatan berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya, beliau juga mahu memberi laluan kepada pemimpin pelapis memegang jawatan tersebut.

“Saya jelaskan kesibukan saya dan Taib Azamudden menggerakkan jentera Pas Pusat memerlukan Pas Kedah menyerahkan tanggungjawab berat itu kepada pemimpin pelapis yang aktif dan banyak ruang masa untuk tumpu jentera pilihan raya negeri,” katanya.

Sementara itu, Taib Azamudden ketika dihubungi turut sependapat dengan Mahfuz dan menegaskan Pas Kedah kini memerlukan kemunculan pemimpin baru terdiri dari kalangan pelapis serta belia.

Menurutnya, beliau yakin kepimpinan baru akan lebih agresif memperkukuhkan jentera parti menghadapi pilihan raya setelah pengagihan tugas-tugas parti dilaksanakan dengan sistematik dan tidak bertindih.

Read more ...

Himpunan Bersih 2.0 : Salah tafsir kenyataan Anwar

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e3/Anwar_Ibrahim-edited.jpg/225px-Anwar_Ibrahim-edited.jpgKUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa berlaku salah faham apabila kenyataannya ditafsirkan media kononnya beliau tidak menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

Menurutnya, beliau sentiasa menyokong perhimpunan tersebut untuk menyampaikan tuntutannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang saya cakap disalah tafsir. Saya cakap sekiranya proses pilihan raya kita bersih dan adil, sudah pasti tidak perlu adakan perhimpunan Bersih,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga yang menolak cadangan Anwar meminta perhimpunan pada 9 Julai ini dibatalkan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, media perdana sengaja melaga-lagakan beliau dan Ambiga namun usaha tersebut nampaknya tidak berjaya.

Menurutnya, sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan itu, beliau juga akan menyertai perarakan.

Anwar ketika ditanya sama ada Buku Hijau diwujudkan Pas akan memberi kesan kepada PR, menjelaskan, tiada percanggahan antara kedua buku itu.

Pas baru-baru ini melancarkan Buku Hijau yang akan memperincikan negara berkebajikan setelah panel pelaksana ditubuhkan minggu lalu.

Read more ...

Kabinet PAS Kedah dibentuk

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgScmHS1fvT13LTqUqm8So3A7L6lRHniGxmqaQQ8uwWURT0O1s0Nl0mRUWYZbZHitDlKiXnHPKdFA_sBLC0MuK38ExWn7O-a7k2Hlvtj5laqgJZ8CUMaDY2fHbcqtRa9Xk3k6WIdky2rW0/s1600/azizan-razak-single.jpgALOR SETAR - Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamudden Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III Pas Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan Pas negeri di Kompleks Pas Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tempat mereka masing-masing digantikan oleh Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Md Isa Shafie.

Anggota Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar, Musoddak Ahmad, Exco Pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan Setiausaha Pas negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan Exco Agama dan Pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata, jawatan ketua Penerangan Pas Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada Setiausaha Politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat Pas Pusat pada muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon di sini, hari ini.

Beliau berkata, Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala Exco Kebajikan dan Pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian Pas Kedah, kata Azizan.- Bernama

Read more ...

Kesal Utusan Malaysia persenda hukum Islam

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/IMG_1467-1.jpg?t=1290752572PARIT BUNTAR, 20 Jun : PAS Parit Buntar kesal dengan tindakan akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kartun yang mengulas kes rogol kerana amat jelas memperlihatkan kejahilan akhbar itu mengenai sistem perundangan Islam.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, tindakan Utusan Malaysia yang merupakan lidah rasmi UMNO itu ternyata telah mengelirukan umat Islam mengenai perlaksanaan hukum Islam.

“ Akhbar itu jahil mengenai perundangan Islam tetapi tetap juga mahu mengulas perkara itu dari sudut agama.

“ Sehingga menyebabkan mereka amat jelas mempersendakan hukum Allah, memperlekehkan umat Islam, menghina ulama dan mempermainkan sistem mahkamah syariah” katanya

Tegasnya, dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada 4 saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit.

“Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama. Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan 4 saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira.

“Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sengaja mahu mempersenda perundangan Islam demi kepentingan politik UMNO?” soalnya.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Parit Buntar menganggap tindakan Perkasa mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” sebagai tindakan khianat kepada Islam.

“Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam mempertahankan akhbar berkenaan,” kata Ketua Penerangannya Ahmad Firdaus Mohamad

Katanya, ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tetapi tiba-tiba sahaja setiausaha agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ianya tidak menghina Islam.

“ Persepsi rakyat bahawa Perkasa hanya menjadi perkakas UMNO dan hanya bersuara apabila UMNO dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar.

“ Akhbar yang menjadi lidah rasmi UMNO akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam”katanya

Read more ...

Khalid Samad dan Shaari Sungip dilantik Timbalan Pesuruhjaya dan Ketua Penerangan PAS Selangor

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/khalid-samad.jpgSHAH ALAM, 21 Jun: Khalid Samad dan Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri semalam.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, turut dilantik adalah Iskandar Samad sebagai TPJ I manakala Salehin Muhyi TPJ II.

Khairudin Othman telah dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan manakala Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari perhubungan yang baru.

Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Ali telah dilantik ahli perhubungan bersama dengan seorang lagi Exco Selangor dari PAS, Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.HRKH

Read more ...

Berita Tak Berlaku : Ibrahim Ali ditahan di bawah akta hasutan

Polis Dah Boleh Tangkap Ibrahim Ali: Kenyataan Rasis Tahap Melampau

Brahim raja katak membuat lagi kenyataan berbau perkauman dan mengapi apikan sentimen keagamaan.

Jauh dari sudut slogan perpaduan sesama rakyat Malaysia.

Blog ini mengesyorkan pihak KDN dan PDRM khususnya patut mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali dan orang orangnya!

Jika ini trend ini berterusan blog ini percaya ,ini untuk kali keduanya seperti kata Mat Sabu ‘Operasi Lalang 2′ akan dijalankan.

Berbalik pada pergolakan politik Umno/BN pada 1987 ,Najib Razak yang mencabut keris hendak memakan darah orang Cina kononnya tetapi pemimpin pemuda Pas yang kena tangkap.

Sebagai warga merdeka lagi bermaruah kita ingin melihat satu perjalanan pilihanraya yang bersih dari segala unsur penipuan,perhimpunan Bersih 2.0 hanya bertujuan untuk menuntut perkara demikian. Bukan untuk turun berperang dengan sesiapa pun.

Kenyataan rasis Ibrahim Ali …..

Perhimpunan ‘Gerak Aman’ pada 9 Julai dilancarkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali petang ini yang didakwanya untuk mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH daripada mengadakan demonstrasi jalanan.

perkasa launch anti-bersih campaign 190611 3Sekumpulan penyokong PERKASA pula bertindak membakar dan memijak gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum sidang akhbar bermula selepas majlis pelancaran tersebut.

Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

“Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

“Apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

dan lagi…..

Risalah yang diedarkan itu juga, turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis “Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya” yang didakwa membela kes murtad Lina Joy dan mengusaha menggugat Melayu dan Islam, antaranya menganjur forum menyerang perlembagaan negara dan menuntut pelaksanaan suruhanjaya antara agama (IFC).

mKini.

Read more ...

UMNO buat orang asli macam burung terkukur - Fatimah

Diperlakukan bagai burung tekukur

Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?

Meskipun ia bukan sesuatu yang terlalu asing, apabila ucapan dari kaum asli diselitkan ke dalam aturcara konvensyen PKR, namun ia tetap mencuit hati apabila Fatimah anak perempuan Bahsen, berketurunan Semai tampil untuk memberi ucapan 10 minitnya di depan kira-kira 4,000 penyokong PKR dalam Konvensyen Pilihan Raya, semalam.

Bermula dengan mendakwa dirinya "berdebar", kerana "fisrt time" (kali pertama berucap), Fatimah (gambar kiri) yang berusia 37 tahun telah mencungkil gelakan dari bawah pentas. Ucapan ringkasnya kemudian dicelah dengan sorakan dan tepukan yang tidak berhenti-henti.

Fatimah mempersoalkan, "Saya sangat sangat terasa terkilan dan terharu. Satu, kami (orang asli) di Malaysia ini, dianggap sebagai bangsa 'lain-lain'! Adakah orang asli datang dari mana? Saya ingin bertanya kepada semua, orang asli datang dari mana? Mengapa orang asli dikategorikan ke dalam bangsa lain-lain?

Diperlakukan bagai burung tekukur

Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?"

"Ok, pandai, macam burung tekukur," Fatimah sekali lagi mengelakkan hadirin apabila meniru gerak-geri burung tekukur mengangguk. Beliau berkata, orang asli diajar agar tidak menyokong parti pembangkang, sebaliknya diberitahu bahawa "UMNO-lah yang membela masyarakat orang asli".

Beliau sekali lagi mencetuskan sorakan, "Tetapi orang asli sekarang sudah sedar! Bukan jadi katak di bawah tempurung lagi! Orang asli sekarang nak duduk di atas sofa!"


MerdekaReview -

Read more ...

YB Dato Husam menang saman difitnah akhbar pencacai



KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh keputusan taksiran ganti rugi saman fitnah yang dikemukakan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa bersama dua plaintif lain terhadap sebuah akhbar, tiga tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira empat bulan lalu.

Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah hadir mendengar keputusan itu.

Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.

Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: ‘Siasat Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK’, bilangan 17, 21 hingga 27 Disember 2008.

Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya.

Malah artikel itu juga menyebut: ‘Watan difahamkan pindaan perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi ‘pelabur tempatan’ itu yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan.

Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari 2009 menegaskan tidak akan meminta maaf.

Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan mahkamah.

Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu.

“Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang penerbitan lagi.

“Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta untuk setiap plaintif,” katanya.

Read more ...

Ambiga tolak cadangan Anwar bukti BERSIH 2.0 bukan ikut arahan parti politik

Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan

bersih 2.0 launch july 9 rally 190611 ambiga







Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan akan diteruskan.

Beliau menolak cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan meminta perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan jika perdana menteri berjanji pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu, tetapi ia ditangan kami," katanya sambil menegaskan perhimpunan itu tetap diteruskan.

Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai depan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya.

"Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya.

"Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya.

bersih 2.0 launch july 9 rally 190611 1Oleh itu, katanya, perhimpunan 9 Julai di tiga lokasi akan diteruskan.

Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ambiga yang juga seorang peguam menegaskan demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan BERSIH di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur di ibunegara malam ini.

Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan lebih 57 NGO gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.

Penyokong PERKASA juga bertindak membakar dan memijak gambar Ambiga sejurus selepas perhimpunan tersebut.

bersih launching crowd 2Dalam risalah yang diedarkan kepada hadirin yang hadir dalam perhimpunan petang tadi, mereka mengingatkan bahawa Ambiga merupakan "Wanita Hindu Yang Merbahaya" susulan tindakannya yang didakwa boleh menggugat Melayu dan Islam.

Malah dalam ucapan beberapa pemimpin petang tadi, ada di antara mereka membuat kecaman peribadi terhadap Ambiga.

Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan.

Ambiga juga turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan BERSIH pertama pada November 2007.

Bbersih launching badrul hishameliau sekali lagi mengajak semua pihak termasuk BN supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Katanya dengan demikian, ia juga memberi kebaikan terhadap kredibiliti kepada BN.

Beliau turut membacakan lapan tuntutan mereka dalam perhimpunan itu iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut.
bersih 2.0 launch july 9 rally 190611 2
"Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan BERSIH," katanya disambut dengan laungan takbir.

Manakala wakil daripada parti politik yang lain termasuk NGO gabungan turut berucap dan menyatakan sokongan untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Selepas perasmian tersebut, lebih 700 hadirin dihiburkan dengan paluan gendang rancak yang mengasyikan bagi menaikkan semangat penyokong perhimpunan itu.

Read more ...

Siapa PERKASA yang mahu melawan kebangkitan rakyat? - Pemuda PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu64lnNZ7E2fd8oVxCjhy3oKxM8LWv1o4lpT0vn9hkIt7pMpbZNqczhbNUh7EUvl5ZPJ7ECRURqqOXU5-A9fO-zfK36KglIveOyAitwSLQetywlJHsnuGnyrW31ovIvB7xC6pt88q0etI/s1600/4f093d2e3babdb8fffcc6b6bbf30a50d.gifKUALA LUMPUR, 20 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor menegaskan, Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPP, katanya kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya".

“Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

DPPP juga, ujarnya kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tionghua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya.

“Mereka mahu lakukan apa? Pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang Cina? Bakar rumah ibadat? Atau pijak kepala babi dan lembu di Dataran Merdeka?” soalnya.

Soalnya lagi, siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat.

Tambahnya, apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu kerana negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

Katanya, DPPP yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0.

Mereka, ujarnya memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara.

Menurutnya, Perkasa cuba mengumpan supaya pihak polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA, malah mereka cuba mencabar polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukkan keadilan polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri.

Beliau berkata, DPPP melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang.

Tambahnya, ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak polis.

“Kenapa pihak polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan?” tanya beliau.

Beliau mengharapkan polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri di dalam menghadapi Bersih 2.0.

Pemuda PAS, katanya memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.

Beliau mengingatkan semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.

Menurutnya, peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung.

“Ayuh semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa.

“Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Read more ...