Tuesday, March 23, 2010

Bukan Hamidah 'jongang' tapi Hamidah ........


IPOH , 23 Mac : Sekretariat wanita Pakatan Rakyat (PR) Perak membidas kenyataan Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman yang menggelar V Sivakumar sebagai badut.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Bariah Awang Sapri berkata, Barisan Nasional (BN) perlu cerminkan diri kerana merekalah yang memulakan drama politik di Perak.

Menurutnya, pihaknya kesal dengan tindakan Hamidah yang mengeluarkan kenyataan sedemikian dan dalam masa sama memberi amaran keras supaya tidak mencampuri urusan perundangan jika tidak arif mengenainya.

“Sebenarnya beliau perlu sedar yang badut adalah Ganesan kerana ia dipilih secara ‘haram’ dan menyamar dirinya sebagai Speaker.

“Paling penting, Hamidah sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika berjumpa dengan seekor ular dan seorang India, pukul orang India dulu, ini jelas membuktikan bahawa beliau merupakan seorang hipokrit yang menyokong Ganesan semata-mata mahu menjaga kepentingan politik serta jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri,” katanya kepada pemberita di Pejabat PR di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Leong Mee Meng; ADUN Menglembu, Lim Pek Har; Pengarah Pilihan Raya Dewan Muslimat Pas Perak, Amizan Baharuddin; Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Perak; Zuhairah Datuk Mohd Ghazali dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Sekretariat Wanita PR, Naqibah No’ma A Bakar dan Pengerusi DAP cawangan Taman Merdeka, V Shasha.

Ketua Wanita Keadilan Perak, Fathmawaty Salim pula menyatakan pendirian tindakan Hamidah dianggap keterlaluan dan cuba menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita.

Katanya, Hamidah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian walhal pakar perundangan dan juga pensyarah undang-undang jelas menyatakan bahawa Sivakumar masih lagi Speaker yang sah.

“Sepatutnya beliau perlu memandang serius berkenaan hal ini dan menghormati pandangan itu bukannya mengeluarkan kenyataan sesuka hati.

“Kami cukup pantang dengan tindakan Hamidah ini kerana ia akan dikaitkan dengan wanita menjadi punca kepada kejatuhan sesebuah negeri atau kerajaan, walhal kita meneruskan perjuangan untuk kaum wanita.

“Justeru, beliau mesti bertanggungjawab ke atas kenyataan terhadap Sivakumar dan kami pohon supaya beliau memohon maaf secara terbuka, jika tidak, kami tidak akan melepaskannya,” katanya.SH

Read more ...

Bernas bayar tak habis


PARIT BUNTAR , 23 Mac : Pesawah di sini melahirkan rasa tidak puas hati apabila wang tambahan RM70 per tan metrik daripada pihak Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) belum diterima.

Setiausaha Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada pesawah yang membuat urusan jual beli padi dengan Bernas.

Menurutnya, mereka sepatutnya menerima bayaran sebanyak RM1,120 tetapi berdasarkan kepada proses jual beli antara Bernas, namun hanya RM1,050 per tan metrik dibayar dan baki RM70 per tan metrik akan dibayar kemudian mengikut perjanjian.

“Namun begitu, walaupun padi itu sudah dijual tiga bulan lalu, mereka masih lagi belum menerima bayaran baki itu sedangkan musim padi yang baru sudah pun bermula.

“Ada di antara mereka yang menjual berpuluh-puluh tan dan ini tentunya melibatkan jumlah besar,” katanya.

Hairul berkata, walaupun baki yang perlu dibayar oleh Bernas sekitar RM280 hingga RM350 sahaja, namun itu sangat berharga buat mereka.

Sementara itu, kakitangan Ibu Pejabat Bernas Kuala Lumpur ketika dihubungi Sinar Harian berkata, masalah pembayaran itu akan diselesaikan secepat mungkin memandangkan pihak kami baru sahaja menutup akaun bagi daerah Parit Buntar.

Katanya, proses itu memang mengambil masa memandangkan ia bergantung kepada hasil yang dituai di setiap kawasan.

“Selagi hasil kawasan itu tidak habis dituai, kita tidak boleh membuat pembayaran kerana ia akan dilaksanakan secara keseluruhan.

“Diharap pesawah dapat bersabar dan pembayaran akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.SH

Read more ...

Umno peralat mahasiswa

Kenyataan Media



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal kerana Umno yang jelas menggunakan program Himpunan Mahasiswa / Mahasiswi Anak Perak 2010 anjuran Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak (KAMI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak yang diadakan pada 19 Mac hingga 21 Mac yang lalu, cuba mengheret Mahasiswa / Mahasiswi ke kancah politik kepartian.

Pengisian program yang jelas melibatkan tokoh-tokoh Umno yang diadakan di Taiping Golf Resort, Bukit Jana tersebut sebagai salah satu pentas politik yang telah mengheret Mahasiswa / Mahasiswi di dalam isu kemelut Perak yang masih belum selesai. Malah KAMI yang bergerak sebagai Badan Bukan Kerajaan sebenarnya adalah agen bagi pihak Umno di dalam mengheret Mahasiswa / Mahasiswi selama ini.

Mahasiswa / Mahasiswi yang sepatutnya tidak terjebak di dalam kemelut Perak ini dan sudah ada usaha merosakkan pemikiran mereka serta meletakkan mereka berpihak kepartian. DPPN Pk berharap semua Mahasiswa / Mahasiswi tidak akan terjebak dengan usaha yang di lakukan oleh KAMI / Umno ini. DPPN Pk berharap juga Mahasiswa / Mahasiswi sedar bahawa mereka telah di peralatkan oleh Umno.

Jesteru, DPPN Pk merasakan kekesalan terhadap usaha terdesak Umno bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka. DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Mahasiswa / Mahasiswi tidak akan terperangkap dengan usaha jahat Umno terutama di dalam kemelut Perak ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Read more ...

Pemimpin Umno bohong lagi


ALOR SETAR , 23 Mac : Kedah Corporation Berhad (KCB) menyangkal laporan sesetengah pihak yang mendakwa syarikat milik Kerajaan Negeri itu kerugian RM4 juta menerusi pelaburan dalam sektor pembalakan di Papua New Guinea (PNG).

Pengurus Besarnya, Alias Bahari berkata, projek pembalakan di PNG setakat ini berjalan lancar dan pihaknya yakin, pelaburan dalam bidang itu mampu membawa keuntungan bersih sehingga RM6 juta bagi syarikat.

“Tidak benar jika kata KCB rugi sehingga RM4 juta di PNG. Pelaburan kita pun baru RM2 juta saja dan kita sudah diberi kelulusan untuk membalak di kawasan seluas 43,000 hektar oleh pemerintah negara itu,” katanya.

Alias berkata, KCB sudah dipanggil oleh sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan Exco Kerajaan Negeri bagi menguruskan hal ehwal syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberikan gambaran lebih jelas mengenai perkembangan projek itu.

“KCB sudah menandatangani perjanjian persefahaman dengan sebuah syarikat pembalakan terkemuka Asia, Hong Guan Corporation Limited untuk menjual hasil balak kepada syarikat itu pada 18 Februari lalu di Shanghai, China.

“Perjanjian itu merupakan asas penting kepada KCB untuk memastikan pelaburan dalam sektor pembalakan di PNG berbaloi,” katanya.

Beliau tidak menafikan, terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu diatasi oleh syarikat itu bagi memastikan projek berkenaan dapat dilaksanakan.

“Kami yakin, masalah itu akan dapat diatasi segera dengan sokongan Kerajaan Negeri,” katanya.

Alias berkata, kejayaan pelaburan di PNG ini bakal menjadi penentu kepada usaha KCB untuk mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan yang lain, memandangkan keuntungan yang diperolehi daripada hasil pembalakan itu akan digunakan untuk membiayai projek lain yang telah dirancang.

Diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mendakwa, KCB sudah lari daripada objektif asal kerana membuat pelaburan di luar negara, Alias berkata, mana-mana syarikat berhak untuk mengubah hala tuju syarikatnya jika mempunyai perancangan yang lebih baik.

“Antara faktor mengapa KCB membuat pelaburan di luar negara adalah disebabkan kami sedar akan potensi pembalakan di PNG memandangkan negara itu merupakan satu-satunya negara yang membenarkan hasil balak dieskport ke luar negara dan nilai kayu balak kini mencecah RM792 per kubik, berbanding RM432 per kubik sebelum ini.

“Di samping itu, KCB merasakan keperluan untuk meneroka bidang perniagaan di luar negara memandangkan sudah terlalu banyak GLC di negeri ini terpaksa bersaing sesama sendiri berebut projek,”katanya.SH

Read more ...

Lagi demo desak Zulkifli Nordin letak jawatan


SERDANG , 23 Mac :
Sekitar 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS mengadakan demonstrasi di sini mendesak Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin segera meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk mereka memilih wakil rakyat baru.

Demonstrasi itu diketuai Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang juga Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu dan Yang Dipertua PAS kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Abdul Razak.

Hassan berkata, Zulkifli seharusnya insaf bahawa kemenangan yang diperolehi pada pilihan raya umum dua tahun lalu, bukan atas kekuatan dirinya sendiri tetapi kerana keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menerajui kerajaan dengan lebih baik.

”Jangan ingat beliau (Zulkifli) sendiri ada pengaruh. Pengaruhnya dulu kerana parti yang diwakili, sekarang beliau langsung tidak ada pengaruh. Atas sebab itu, kami mahu beliau letak jawatan segera,” katanya.

”Sekiranya beliau mahu menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) dan menjadi pengkhianat kepada PR, beliau harus kosongkan kerusinya,” katanya.

Gobalakrisnan pula berkata, Zulkifli harus akur dengan kehendak rakyat yang mahukan beliau meletak jawatan dengan segera.

Menurutny:a, sikap Zulkifli yang mengabaikan rakyat di kawasan menyebabkan mereka sudah bosan dan tidak sanggup lagi hendak menunggu sehingga penggal pilihan raya berakhir bagi membolehkan mereka memilih wakil rakyat baru.

”Sebab itu, mereka mahu YB Zulkifli meletak jawatan dengan segera,” katanya.

“Hanya PR mampu membantu dan menaikkan nasib rakyat. Saya beranggapan mereka yang lompat dari PR tidak menghormati rakyat. PKR sed:ang membuat pemutihan dan mereka yang lompat hanya memperjuangkan hak diri sendiri saja.

”Pemimpin yang masih bersama PR hari ini adalah pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat,” katanya.SH

Read more ...

Pilihanraya tempatan : 93 peratus sokong


GEORGETOWN , 23 Mac :
Walaupun mengakui ada kelemahan dalam soal selidik yang dijalankan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempertahankan hasilnya yang mendapati majoriti responden menyokong pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Koordinator Suaram cawangan Pulau Pinang, Ong Jing Cheng berkata, soal selidik yang hanya dijalankan selama dua hari bermula 20 Mac mendapati 92.7 peratus menyokong cadangan Kerajaan Negeri memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan.

Menurutnya, daripada 546 responden yang ditemui di Pasar Jelutong, Pasar Taman Tun Sardon, Medan Selera Supertanker, Padang Kota Lama, Weld Quay dan medan selera di sekitar Relau, 506 orang menyokong berbanding 40 yang tidak bersetuju.

“Dalam soal selidik berbunyi ‘adakah anda setuju dengan pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan sepertimana yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng?, kami dapati rakyat Pulau Pinang menyokong pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan.

“Rakyat mahu undi ketiga iaitu untuk memilih ahli majlis sebagai memenuhi prinsip akauntabiliti. Kalau prestasi mereka tidak memuaskan, rakyat boleh memilih calon yang lebih bagus pada pilihan raya tempatan akan datang,” katanya pada sidang media mengumumkan hasil soal selidik itu di sini, semalam.

Ditanya mengenai profil serta demografi responden yang tidak menyeluruh dan tidak menggambarkan hasil sebenar soal selidik itu, beliau berkata, ia tetap mencerminkan suara akar umbi rakyat Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Jing Cheng mengakui bahawa ia tidak memberi gambaran atau keadaan sebenar kerana soal selidik hanya tertumpu di bahagian pulau dan kawasan tertentu sahaja.

Ditanya kesan hasil kajian itu, beliau berkata, ia dapat memberi petunjuk kepada Kerajaan Negeri mengenai sebenar hasrat rakyat.

Sehubungan itu, Suaram akan mendesak Kerajaan Negeri mengemukakan rancangannya kepada rakyat Pulau Pinang untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersetuju dengan cadangan itu.

“Tuntutan kami adalah jelas. Kami mahu Kerajaan Negeri mengumumkan pelan rancangan pilihan raya kerajaan tempatan, biar rakyat faham tentang jadual dan aktviti yang ditetapkan bagi menyenangkan rakyat memahami dan menyokongnya.

“Ini akan memberi peluang kepad pengundi untuk memantau prestasi Kerajaan Negeri,” katanya.SH

Read more ...

Musyidul Am bidas Ezam



KOTA BHARU, 23 Mac : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor yang menasihati beliau agar tidak terlalu taksub dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga boleh menyebabkan Menteri Besar Kelantan itu tidak dihormati oleh ahli PAS sendiri.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau menerima pandangan Ezam namun menyifatkan beliau lebih mengenali Anwar berbanding Ezam.

“Kalau dia kata dia kenal saya pun kenal. Tak usah pelik-pelik sangat. Saya boleh terima nasihat tapi kalau sampai peringkat saya tak kenal Anwar Ibrahim, saya bukan tak kenal dia, saya kenal masa ABIM lagi.

“Saya terima nasihat dia tapi jangan ubah banyak pandangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ezam yang menasihati beliau supaya tidak terlalu ‘obses’ dengan Anwar yang mampu membuatkan beliau tidak dihormati oleh rakyat.

Menurut Ezam, Nik Aziz tidak seharusnya terperangkap dengan Anwar yang diketahui bijak mengatur perjalanan politiknya seperti mana beliau mempergunakan ulama, Yusof Qardawi bagi kepentingan diri.

Ezam dilaporkan melahirkan rasa bimbang pada masa akhir hayat Nik Aziz nanti orang akan hilang rasa hormat kepada beliau bukan sahaja di kalangan orang UMNO malah ahli PAS sendiri.

Nik Aziz bagaimanapun menempelak Ezam yang sebelum ini merupakan antara orang kanan Anwar.

“Kalau dia kenal Anwar, kenapa dia dulu dekati dan sekarang dia lawan. Itu tandanya dia tak kenal. Saya kenal sejak dulu sampai sekarang.

“Dia (Ezam) tak kenal sebab itu, sekali dia rapat, sekali dia marah,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik Aziz menyelar sikap Anggota Parlimen Melayu yang mengambil keputusan melompat parti dan memburuk-burukkan pemimpin mereka.

“Pemimpin Melayu patut malu kepada Cina. Tengok MCA dia bertengkar tapi dia tak buruk-burukkan pemimpin dia. MCA ada, MIC ada, PPP ada, Mahkal Sakti, dia buat parti dan dia mengundi. Ini cara yang bertamadun di dalam politik.

“Kita orang Melayu gunakan undi rakyat untuk keselesaan kita sendiri. Kalau benar-benar orang kita itu mahu berpolitik, tak mahu kepada parti sama ada kita buang ketua itu melalui usul tertentu atau letak jawatan dengan bertanding semula.

“Tapi kalau kita gunakan undi politik kepentingan peribadi ini bukan orang politik, ini gengster. Kalau saya, memang tak halal. Kalau saya jadi pengundi, orang ini saya sumpah dunia akhirat, saya sumpah dia, saya laknat dia,” katanya.SH

Read more ...

Pejuang Melayu tulen yang ada saham judi

KUALA LUMPUR, 23 Mac : Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.



Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.RM

Read more ...

Ibrahim dan Saiful ditawar tambang tiket







KUALA LUMPUR, 23 Mac :
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail hari ini menawarkan tambang tiket tanpa syarat kepada Ahli Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan juga Mohd Saiful Bukhari Azlan sekiranya mereka serius untuk berjumpa dengan Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Semasa perbahasan menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong Saifuddin mengambil kesempatan membuat tawaran tersebut apabila Ibrahim mahu membawa Saiful berjumpa ulama tersohor itu untuk bersumpah didepan beliau.
Ibrahim berkata Sheikh Dr Yusuf seharusnya berjumpa dengan Saiful sebelum sebarang fatwa dikeluarkan.
"Itu bukan fatwa, itu hanya kenyataan, saya pun boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kalau ada orang tanya pendapat saya," kata Ibrahim di Parlimen.
Walau bagaimanapun sehingga kini Umno-Barisan Nasional belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendirian mereka tentang fatwa tersebut.
Malah mereka menyifatkan fatwa itu satu usaha ingin masuk campur tangan dalam urusan negara ini.RM

Read more ...

Zahrain 'Gemuk', 'Kenyang'








KUALA LUMPUR, 23 Mac :
Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semakin 'gemuk' dan 'kenyang' setelah beliau bertindak keluar KEADILAN dan menjadi anggota Bebas.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan setelah beliau membidas Zahrain di dalam Dewan kerana menamakan nya sebagai salah seorang antara lapan Ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, Ghafur berkata zahrain telah berbohong.
"Saya tidak pernah lompat parti dan ini bererti Zahrain tidak menggunakan fakta yang betul.
"Media seperti Berita Harian, Utusan dan TV3 kata Anwar umpan saya, saya nak tanya siapa yang umpan siapa?,Saya minta Zahrain dedahkan semua 32 nama pemimpin wakil rakyat daripada Barisan Nasional yang ingin melompat.
"Apa yang boleh dikatakan di sini, Zahrain nampaknya sudah gemuk apabila sudah menjadi Ahli Bebas.Saya nak beritahu Zahrain, jangan dengar cerita orang buat masyarakat di tempat saya keliru dan saya mahu tanya kenapa sudah dua kali 16 September, baru kali ini buat keputusan. Tarikh tersebut sudah menjadi sejarah kenapa sekarang baru dipersoalkan," kata Ghafur kepada media.
Ghafur berkata Zahrain perlu menamakan semua nama Ahli Parlimen yang mahu melompat jika dakwaan beliau itu benar dan mempunyai asas.
Sebelum ini Zahrain mendedahkan nama lapan orang wakil rakyat Barisan Nasional semasa perbahasan titah menjunjung kasih Yang DiPertuan Agong.RM

Read more ...