KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said
sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua
baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi
KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan
keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali
semula ke pangkuan parti itu.
“Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang
tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan
kecil (di kalangan Adun).
“Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana.
Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang
lama.
“Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak
kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar
yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.
Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN
sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco
akan memberontak.
Read more ...
IPOH:
Barisan Jamaah Islamiyah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan akan
bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei
ini.
Presidennya Mohd Yusuf Harun berkata parti itu akan
bermesyuarat di Kuala Lumpur esok bagi menentukan calon yang akan
bertanding pada PRK.
"Kita akan umum dan perkenalkan calon
pada Majlis Pengenalan Calon Parti Berjasa bagi PRK Teluk Intan dalam
masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau
berkata parti itu yang selama ini menjadi pemerhati pasif kepada
senario politik semasa, mengambil keputusan untuk menyertai gelanggang
politik secara aktif, proaktif dan inovatif.
Read more ...