Friday, March 20, 2015

PEMILIHAN PAS : UST. AHMAD AWANG DAPAT PENCALONAN JAWATAN PRESIDEN PAS

http://www.pasjohorbahru.com/inc/img.php?idIsu=502 
Mantan Naib Presiden PAS Ust. Haji Ahmad Awang dikhabarkan mendapat pencalonan pertama sebagai Presiden PAS apabila PAS Parit Sulong mencalonkannya untuk jawatan berkenaan.
Beliau yang hanya tewas enam undi kepada Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang semasa Mesyuarat Agung PAS Shah Alam disebut-sebut sebagai calon utama untuk jawatan Presiden PAS.
Ustaz Ahmad Awang adalah mantan Pesuruhjaya PAS Perak, beliau juga adalah mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia.

Read more ...

Monday, March 16, 2015

PEMILIHAN PAS : DATUK HUSAM KINI DAHULUI PENCALONAN PRESIDEN PAS

http://www.al-ahkam.net/home/sites/default/files/husam%20musa2.jpg
Selepas mendapat dua pencalonan, Datuk Husam Musa kini layak mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila PAS Kawasan Batu Sapi, Sabah turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan presiden semalam.

Sabtu lepas, PAS kawasan Kota Tinggi, Johor mencalonkan naib presiden PAS itu untuk bertanding jawatan presiden dalam mesyuarat agung mereka.

"PAS Batu Sapi mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai presiden," kata Yang Dipertua PAS Batu Sapi Hamzah Abdullah kepada The Malaysian Insider hari ini.

  "Saya mencalonkan Datuk Husam kerana yakin beliau boleh membawa PAS jauh ke depan dan boleh mendapat kepercayaan dari semua kaum dan agama di negara ini,"
kata Hamzah yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Sabah itu.

Hamzah yang sebelum ini pesuruhjaya PAS Sabah pertama juga yakin jika Husam terpilih sebagai presiden, ia akan membolehkan PAS memimpin Pakatan Rakyat (PR) dan seterusnya layak untuk menjadi calon perdana menteri.

Dalam perlembagaan PAS, untuk bertanding jawatan presiden, seseorang hanya memerlukan pencalonan minimum 2 kawasan.

Read more ...

Sunday, March 15, 2015

PEMILIHAN PAS : BLOG PASPB BUAT POLL UNTUK JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS

Blog ini mengadakan undian untuk calon Presiden dan Timbalan Presiden PAS bagi pengunjung blog.

Pengunjung boleh membuat undian , namun keputusan bagi undian ini hanya mengambarkan corak undian pengunjung blog bukan mengambarkan keputusan perwakilan yang bakal pengundi

Terima Kasih


Read more ...

PEMILIHAN PAS : SHAH ALAM CALON KEKALKAN LIMA JAWATAN TERTINGGI PAS

https://detikperubahan.files.wordpress.com/2012/01/hadi2.jpgSHAH ALAM : Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Shah Alam di sini hari ini sebulat suara mengekalkan kesemua penyandang lima jawatan tertinggi parti itu dalam pencalonan yang akan dibawa ke Muktamar Pas ke-61, Jun depan. 

Lima penyandang jawatan tertinggi itu ialah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden); dan tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof berkata, pencalonan kelima-lima penyandang jawatan itu diputuskan atas kehendak perwakilan.

"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," katanya kepada pemberita.

Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden Pas, bekas Pesuruhjaya Pas Perak, dan bekas anggota Majlis Syura Pas. - Bernama
 


Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.

Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.

Read more ...

PEMILIHAN PAS : DATUK HUSAM TOKOH KEDUA DICALON PRESIDEN PAS

http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/04/husam-musa.jpg 
JOHOR BAHRU : Pas kawasan Kota Tinggi hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden sekaligus menyaksikan kerusi yang disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mendapat tentangan selepas sebelum ini Pas Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Penerangan Pas Johor, Onn Jaafar dalam satu kenyataan berkata, Pas Kota Tinggi yang mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 28 pada hari ini sebulat suara memutuskan untuk memberi pencalonan tersebut kepada Naib Presiden Pas itu.


Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan P156 Taman Hijrah di sini telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Hanipa Maidin.


Turut berlangsung hari ini, mesyuarat Pas Kawasan Parit Sulong yang akan memutuskan calon Presiden Pas selepas mesyuarat pada minggu hadapan.

Read more ...

PEMILIHAN PAS : KOTA BHARU NAMAKAN CALON PRESIDEN BARU

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/tuan%20ibrahim-.jpg 
KOTA BHARU: PAS Kawasan Kota Bharu mencalonkan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden parti itu. 

Keputusan itu diputuskan menerusi mesyuarat khas PAS Kawasan Kota Bharu dipengerusikan Yang Dipertua, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, sebentar tadi. 

Keputusan itu sekali gus mengejutkan ramai pihak dan PAS Kawasan Kota Bharu menjadi kawasan pertama yang mencalonkan nama lain selain Abdul Hadi.

Menjelaskan keputusan itu, Wan Rahim berkata ia dibuat berikutan Abdul Hadi kini semakin keuzuran dan yakin keputusan itu turut dipersetujui presiden parti. 

Read more ...

Friday, March 6, 2015

MESYUARAT AGUNG PAS KOTA BHARU : Dato' Wan Rahim kekal YDP, Dr Rosli Allani kini Timbalan YDP



PAS memulakan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasannya hari ini, kawasan Kota Bharu merupakan PAS Kawasan awal mengadakan mesyuarat agung

Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengekalkan jawatan YDP tanpa bertanding . Begitu juga bagi jawatan TYDP yang dimenangi tanpa bertanding oleh bekas Ketua Pemuda PAS Kota Bharu Dr Rosli Allani.


Sebelum ini jawatan TYDP dipegang oleh Dato' Takiyuddin Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu. Jawatan NYDP pula kekal dimenangi Dato' Anuar Tan tanpa bertanding. 


Sebelum ini, ura-ura menyatakan  Dato' Takiyuddin Hassan yang mewakili kumpulan Konservatif dalam PAS akan mencabar Datuk Wan Abdul Rahim yang mewakili kumpulan progresif dalam PAS.

Read more ...