
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, Murtini Kasman tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan tersebut sehingga tempoh tamat berakhir 12 Jun lalu.
“Oleh yang demikian, beliau dan plaintif lainnya telah akur dengan keputusan mahkamah bahawa saman yang dibawa itu suatu kesilapan dalam proses mencari keadilan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Zainarini Mohd Sidek dan 3,010 ibu tunggal yang lain juga telah menarik balik saman mereka pada 12 Jun lalu.