Monday, July 26, 2010

Kerajaan pusat petualang sebenar kes curi pasir



SHAH ALAM, 26 Julai : Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit.

Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan.

" Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari.

Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan.

Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

"Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi.

Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG.

Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan.

Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat.

" Ada pendakwaan pun suruh ditarik balik. Ini realitinya yang saya hendak tuan-tuan paham. Bagaimanakah kuasa pendakwaan di peringkat negeri tidak ada. Kalau Timbalan Perdana Menteri, kalau Noh Omar mengatakan bahawa kita ada mencuri pasir".

"Ini kerana kelemahan kepada mereka, kerana pendakwaan lemah, penguatkuasaan memang kita boleh buat tetapi oleh kerana pendakwaan terpilih, kalau dia tengok, kalau ada pencuri itu dari kelompok mereka, maka tidak ada pendakwaan" tambahnya lagi.

Disebabkan itulah ujar Saari, walaupun pihak kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan, namun ia tetap tidak berhasil untuk membanteras kecurian pasir di Selangor secara menyeluruh.

Baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang akan membawa dan membahaskan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dalam Dewan Negeri.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat berkepentingan awam supaya setiap individu punyai peluang akses kepada maklumat setiap jabatan negeri.

Selain untuk merakyatkan informasi, ia juga akan menjadi perantara usaha yang dijalankan kerajaan negeri agar rakyat tidak mudah tertipu sekiranya timbulnya isu yang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan pusat.

"Telus, kontraktor baik, developer baik, pemaju, peniaga, usahawan, korporat yang ada urusan dengan dana rakyat dari jabatan-jabatan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan tempatan, tuan-tuan boleh minta maklumat".

Menurut Saari, dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan, maka rakyat berpeluang untuk mengetahui perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Inilah yang menyebabkan UMNO panic. Maknanya lepas ini, selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini di bawa ke dalam dewan, sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun depan rakyat berhak tahu siapa yang dapat kontrak pasir selama ini dengan Selangor".

"Siapa yang bekalkan lori, siapa yang bekalkan kren, siapa bekalkan pasir, siapa jadi gengstar, siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Bahagian yang dapat saham".

Read more ...

Himpunan Hari Pekerja bermula 30 Julai



















KEPALA BATAS, 26 Julai: Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pulau Pinang serta Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (Karib) akan menganjurkan 'Perhimpunan Hari Pekerja 2010 dan Wacana Pekerja Pulau Pinang' tiga hari berturut-turut bermula 30 Julai sehingga 1 Ogos akan datang.

Pengerusi promosi sempena program kali ke-5, Mohd Hafiz Kasim berkata, ia akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan MPSP, Kepala Batas yang mana membariskan ramai pemidato hebat pada sebelah malamnya manakala pada sebelah siang dipenuhi dengan pelbagai acara sukaneka untuk remaja dan kanak-kanak.

Katanya, pada hari Jumaat 30 Julai nanti, tiga penceramah dijemput khas iaitu Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof.

Pada 31 Julai pula, ceramah melibatkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Pada 1 Ogos maka bermulalah 'Wacana Pekerja Pulau Pinang kali ke 5'. Program bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di mana tiga panel jemputan yang berkemahiran dalam bidang pekerja akan melemparkan idea bernas untuk meningkatkan kualiti kerja di samping memberikan pesanan terkini kepada para pekerja,” ujarnya.

Katanya, mereka ialah Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Prof P. Ramasamy, Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka PAS Pusat, Haji Anuar Tahir dan Adun Lubuk Merbau, Perak, Haji Zainudin Mohd Noor.

Manakala pada sebelah malam 1 Ogos, empat tokoh dijemput khas berpidato di tempat yang sama iaitu Adun Komtar, Ng Wei Aik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husein, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kepada sesiapa yang ingin membuka ruang perniagaan boleh menghubungi Ridwan Osman di talian 013-4362559.

"Selain dari mendengar berbagai info terkini samada dari Kerajaan Pakatan Rakyat atau soal kebajikan, peranan pekerja dan kepentingan menyerai kesatuan sekerja di sektor industri rakyat juga boleh bersukan dan menambah pendapatan sekiranya membuka gerai minuman atau makanan," tambahnya.hrkh

Read more ...

Utusan akan disaman lagi
















KUALA LUMPUR, 26 Julai:
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, isu tiada tempat duduk satu majlis tidak pernah berbangkit dan itu hanya kenyataan palsu Utusan Melaysia.

Ekoran itu, beliau telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia (UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai.

Menurut Setiuasaha Agung DAP itu, UM dengan jahatnya menyatakan bahawa beliau marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

"Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas," katanya.

Sebaliknya, kata Lim Guan Eng, ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan.

2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung.

"Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai “Little Napoleon”," katanya.

Sehubungan itu, Lim Guan Rng kesal apabila Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti ’biadap’ dan ’dayus’ terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO.

"Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa.

"Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya," katanya.

Beliau juga kesal MCA dan Gerakan kini kuat membantu UMNO membela Little Napoleon dan mengecam beliau tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia yang tolak budaya Little Napoleon yang tidak sihat ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar bila menyatakan MCA dan Gerakan hanya tumpang dekat UMNO semata-mata untuk memegang jawatan kerajaan tinggi, katanya.

"MCA dan Gerakan tidak berani meminta Datuk Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya tetapi berani mengecam saya dan membela Little Napoleon. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang betul berdasarkan fakta dan kebenaran," ujar beliau lagi.hrkh

Read more ...

Mufti Perak jangan campuri hal politik


IPOH , 26 Julai: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menggesa Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria tidak mencampuri urusan politik jika mahu masyarakat lebih menghormatinya.

“Adalah lebih terhormat dan mulia jika beliau (Harussani) tidak langsung masuk campur dalam hal ehwal politik kerana sejarah membuktikan jelas yang beliau berpihak kepada UMNO.


“Beliau boleh mendengar segala bentuk perancangan mahupun pelaksanaan dari kedua-dua pihak (Pas/UMNO) tapi bukannya bertindak menjadi orang tengah dan perantaraan dalam soal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 berkata demikian ketika diminta mengulas lama sosial pihak tertentu yang menghina dan menggunakan kata kesat seperti ‘haramsani’ dan haram jadah’ terhadap Harussani yang disiarkan Sinar Harian, semalam.

Nizar berkata, Harussani diakui seorang mufti yang cukup terkenal dengan kelantangannya mengutarakan pandangan bukan sahaja di dalam negara bahkan seluruh dunia.

"Tetapi ia bukanlah tiket beliau sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik, lebih baik bersikap berdiam diri ataupun sekadar ambil tahu saja.

“Dalam konteks politik baru hari ini, pandangan beliau lebih bersifat ketuanan Melayu saja, bagaimana dengan kaum lain,” katanya.SH

Read more ...

Tindakan PR sediakan peguam saman ekor disokong

PARIT BUNTAR , 26 Julai : PAS Parit Buntar menyokong tindakan Pakatan Rakyat Perak memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah.

Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin berkata, tindakan kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan amat dikesali.

“ Ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut.

“ Ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya” katanya


Azhar berkata , kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.


“ Kami di Parit Buntar juga mendengar rungutan rakyat yang disenarai hitam kerana saman ekor ini. Oleh kerana perlukan memperharui cukai jalan mereka terpaksa membayar saman berkenaan.


“ Tindakan PR Perak sediakan peguam amat dialu-alukan dan rakyat yang tidak puas hati terhadap saman ekor ini boleh menggunakan peguam PR Perak membawa kes ke mahkamah” kata Azhar yang juga seorang peguam.

Menurutnya, tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

“ Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah” katanya

Read more ...

Peqawai kerajaan pro-Umno suka sabotaj kerajaan PR


ALOR SETAR , 26 Julai :
Ada pegawai Kerajaan Negeri didakwa enggan bekerjasama dengan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) kerana bersikap pro-UMNO dan cuba mensabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Wan Salleh Wan Isa berkata, pegawai ini juga dikenal pasti aktif berpolitik secara senyap sekalipun menyedari tindakan itu melanggar etika penjawat awam.


Wan Salleh berkata, kerenah birokrasi yang dihadapinya sewaktu menjadi wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat kawasan Kuah, Langkawi sebelum ini, turut membelenggu wakil rakyat PR di negeri ini.

“Jika masalah ini tidak diberi perhatian, saya bimbang wakil rakyat PR akan terus menjadi mangsa sabotaj pegawai pro-UMNO ini kerana mereka seolah-olah ada agenda tertentu untuk menjatuhkan PR.

“Saya ada terima maklumat kumpulan ini menerima arahan daripada orang tertentu untuk memporak-perandakan PR,” katanya.

Wan Salleh berkata, pegawai kerajaan perlu mengenepikan sentimen politik untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan proses pentadbiran berjalan lancar dan berkesan.

Menurutnya, sekiranya masalah sentimen politik ini berlarutan, beliau bimbang rakyat yang akan menjadi mangsa.

“Sebagai contoh, sebelum ini saya menerima peruntukan wakil ADUN sebanyak RM200,000 daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan kawasan Kuah, Langkawi.

“Bagaimanapun, saya hairan dengan sikap pegawai terlibat yang seakan cuba menyulitkan urusan saya untuk menggunakan peruntukan itu dengan pelbagai cara, sedangkan permohonan saya sebelum itu diluluskan Pejabat Menteri Besar Kedah dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

“Sikap seperti ini jika dibiarkan akan menganiaya rakyat kerana peruntukan itu digunakan untuk rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai pelawaan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad supaya beliau masuk UMNO, Wan Salleh menolak.

“Saya letak jawatan wakil ADUN Angkat kerana tak tahan dengan kerenah pegawai pro-UMNO, bukan tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri,” katanya.SH

Read more ...

Rakyat dah muak dengan Umno

SHAH ALAM, 25 Julai: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali (gambar) menegaskan, rakyat negeri ini sudah muak dengan cerita politik lama Umno BN sebaliknya mereka ingin mengetahui bagaimana cerita politik baharu Pakatan Rakyat.

Menurutnya, rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita lama Umno BN yang penuh dengan rasuah, salah kuasa dan skandal sebab itu majlis penerangan Umno kelihatan muram sahaja meskipun membariskan enam pemimpin mereka dalam satu ceramah.

Dr Hasan berkata demikian ketika berucap merasmikan Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Muktamar PAS ke-56, yang diadakan di Wisma MBSA pagi tadi dengan pembentangan kertas bertajuk Islam Adil Untuk Semua oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Mengulas sambutan rakyat terhadap program siri penerangan Umno Selangor, Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan yang bermula pada 23 Julai lalu hingga 7 Ogos di 19 tempat, Dr Hasan menyifatkan sebagai muram.

Portal Malaysiakini melaporkan sambutan lembab terhadap majlis itu yang hanya hadir seramai 250 sahaja di Seksyen 17 dekat sini pada malam pertama sedangkan Selangor mempunyai 5 juta rakyat.

"Sebab itulah kita yakin kemenangan lebih besar akan dapat dicapai dengan kesungguhan kerja kita secara bersama kerana kita telah membuktikan sepanjang dua tahun setengah ini, PAS dapat ketengahkan syiar dan syariat Islam di negeri ini.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambilalih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, PAS tetap setia dalam PR; sama melangkah, sama berlari, sama berpenat dan sama-sama lelah demi memastikan negeri ini bertukar wajah ke arah lebih baik.

"Hubungan antara PKR, DAP dan PAS paling mantap dalam PR, ketua parti sering bertemu paling lama dua minggu sekali termasuk rundingan meja bundar dalam usaha meneguhkan kekuatan dalam pentadbiran," tegasnya.

Selangor kini khususnya menjadi tumpuan Umno BN untuk dirampas kembali dalam pilihan raya depan, kerana itu, jelasnya, semua pendepan-pendepan parti dalam PR mesti pertingkatkan usaha pertahankan kemenangan.

Bercakap lebih lanjut kepada semua pimpinan PAS seluruh kawasan, Pesuruhjaya PAS Selangor berharap, seluruh jentera parti terutamanya penerangan akan menggunakan berbagai jenis media sebagai sesungut parti secara lebih tersusun.

"Kini kehadiran kita bukan sahaja dirasai oleh semua lapisan rakyat dari Sabak Bernam ke Sepang, dari Pelabuhan Klang ke Gombak, tetapi dihayati oleh semua pihak.

"Paling utama untuk masa kini adalah synchronism, keutuhan dan kesatuan dalam parti menjadi amat utama, mari kita lupakan yang lepas-lepas kerana dasar kita sama cuma pandangan sahaja berbeza disebabkan kelainan diversiti kehidupan," tegasnya.

Lima minit terakhir digunakan beliau untuk menjelaskan isu pertemuannya dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dua bulan lalu yang menjadi heboh seminggu ini.

Jelasnya, beliau berjumpa atas sikap sebagai Exco Kerajaan Selangor yang menjaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu untuk mendapatkan pandangan sejauh mana tahap perjalanan Mesyuarat Hal Ehwal Islam Kebangsaan yang akan dihadiri keesokan harinya.

Pengalaman mufti itu selama 30 tahun bertugas dalam bidang berkenaan dirasakan perlu didengari, cuma itu, tegasnya, tiada sebarang rundingan ke arah perpaduan Melayu anjuran Umno seperti didakwa mufti berkenaan.

Read more ...

500 ribu permohonan kad pengenalan

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/wahid240710.jpgKUALA TERENGGANU , 26 Julai : Parti Umno dan Barisan nasional yang berada dalam keadaan cukup lemah sekarang, dijangka meneruskan strategi ‘kotor’nya pada pilihanraya umum akan datang sebagaimana amalannya sebelum ini.

"Dia orang duduk sini dah berapa tahun, mereka sebagai pemastautin tetap meminta kad pengenalan biru, dapat kad pengemalan baru dia boleh mengundi, jadi sekarang proses untuk mendapatkan kad pengenalan biru ini dipemudahkan,"kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.


Menurutnya, sehingga kini telah dikesan sebanyak 160,000 permohonan mendapatkan kad pengenalan dipercepatkan sebagai strategi Umno dan Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum ke-13.


"Jumlah yang memohon (untuk mendapatkan kad pengenalan) 500,000, tapi yang dalam proses yang dia (kerajaan) nak buat cepat ni adalah 160,000, belum lulus semua, tetapi sedang dilaksanakan sekarang,"ujarnya ktika ditemui selepas Majlis Penerangan Isu-isu Semasa di Kampng Panji, disini, Sabtu, 24 Julai.


Beliau berkata demikian ketika mndedahkan antara strategi kotor Umno/BN menghadapi PRU-13 adalah memberikan kad pengenalan kepada pemastautin tetap untuk didaftarkan sebagai pengundi.


Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengingatkan jentera pilihanraya PAS supaya mengambil tindakan segera sekiranya mengesan kemasukkan pengundi yang tinggi secara mndadak dalam satu-satu kawasan.


Katanya, perkara tersebut pernah berlaku dalam senarai pengundi dinegeri Terengganu sekitar tahun 2002 hingga 2003 sebelum pilihanraya umum ke-11.


Ketika itu, menurutnya, terdapat peningkatan jumlah pengundi sebanyak 17%.


"Kita peringatkan jentera kita, sekiranya berlaku kes sedemikian, dalam daftar pemilih terdapat kemasukkan (tinggi) mendadak, kita akan (minta) siasat, benda ini telah berlaku di Terengganu, meningkat 17%, kita mengadu kepada SPR, SPR kata orang dah daftar nak buat macamana,"jelasnya.


Katanya, dibelakang kerja-kerja memasukkan pengundi tersebut adalah bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh.

Read more ...

Dedahkan penyelewengan Umno



SHAH ALAM, 26 Julai : Pelbagai maklumat mengenai penyelewengan yang dilakukan pemimpin UMNO semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Selangor akan didedahkan sekiranya parti itu terus memesongkan fikiran rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, beliau bersedia dan tidak teragak-agak untuk mendedahkan pelbagai salah laku UMNO yang selama tidak diketahui oleh rakyat itu.


Menurutnya, semua dokumen tentang penyelewengan pemimpin UMNO itu terdapat dalam simpanan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apa salahnya jika dalam ceramah yang diadakan, cuba jelaskan kepada rakyat kenapa hanya satu syarikat sahaja yang diberikan hak untuk menguruskan sungai dan pasir di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Kempen UMNO menawan Selangor melalui Program Jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik itu berkata, beliau meminta UMNO menjelaskan isu tanah yang tidak diberikan kepada rakyat di kawasan Sungai Panjang ketika Mohamad Khir menjadi Menteri Besar selama lapan tahun.

Sementara itu, ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan UMNO memburukkan Pakatan Rakyat tidak ubah seperti ‘Mengata dulang paku serpih’ kerana parti itu sentiasa mencari kesalahan Kerajaan Negeri sekarang.

Beliau berkata, semakin banyak pendedahan yang dibuat oleh UMNO, semakin bertambahlah pendedahan sebenar tentang penyelewengan dan kelemahan pemerintah terdahulu.

“Usah politikkan isu pasir kerana ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat yang sudah sedia maklum tentang perkara itu.

“UMNO boleh mengadakan beribu ceramah kepada rakyat kerana pada persepsi umum, rakyat sedia maklum tentang penyelewengan pasir yang didahului UMNO pada zaman pemerintahan mereka,” katanya.SH

Read more ...

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
































KUALA TERENGGANU 25 Julai :
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.


Tegas beliau, PAS tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

"Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah," katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk PAS berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh PAS tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran PAS Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah 'penyatuan Melayu' melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam PAS dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara PAS dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, PAS lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

"Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden PAS) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong PAS masuk Barisan Nasional.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) PAS keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya.

PAS menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Read more ...