

Selepas Hasan dipecat pada siang hari, media melaporkan bahawa ramai pemimpin PAS yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.
Antara nama yang disebut hadir ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib dan Datuk Ustaz Ismail Kamus.
“Laporan tersebut adalah tidak betul dan mempunyai niat tidak senonoh, kerana hakikatnya kesemua mereka tidak bersama pada malam tersebut.
"Ketika penjelasan itu diberikan, PAS mengesahkan bahawa Datuk Dr Haron Din sedang bermesyuarat Majlis Syura Ulamak di pejabat agung PAS, Ustaz Taib Azamuddin pula berada di China dan Ustaz Ismail Kamus sedang menerima rawatan,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim turut menjelaskan bahawa mantan timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir bersama presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk memberikan sokongan moral kepada Hasan ada memaklumkan kepada Majlis Syura akan kehadirannya terlebih dahulu.
“Jelas perkara di atas adalah usaha pihak tertentu bermotif untuk memberi imej buruk kepada para pimpinan parti dan mengelirukan ahli-ahli PAS sehingga bersangka buruk terhadap pimpinan parti demi mengganggu persiapan terakhir pilihanraya.
Lantaran itu, semua ahli dan pimpinan parti mesti merujuk kepada media rasmi parti iaitu Harakahdaily dan Harakah cetak untuk mendapatkan sumber sahih dan rasmi parti,” tegas Tuan Ibrahim.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga menasihatkan semua ahli dan pimpinan parti untuk menguatkan kesedaran politik agar tidak mudah dipengaruhi permainan jahat pihak lawan.
“Dalam suasana ini, semua ahli PAS diseru untuk memperkukuhkan perpaduan dan ukuhwah dalaman parti agar kita dapat menjauhi kerja yang tidak menguntungkan jamaah dan menumpukan seluruh masa, tenaga dan dana bagi menghadapi persiapan pilihanraya umum yang semakin hampir,” seru beliau.Hrkh
PETALING JAYA, 11 Jan — PKR hari ini menolak penafian Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung penyalahgunaan wang zakat menambah akan mengemukakan laporan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama dokumen yang menyokong dakwaan itu.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengedarkan kepada pemberita dokumen-dokumen yang menunjukkan Jamil Khir dan dua pegawai kanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menggunakan RM63,650 wang zakat untuk membiayai kos guaman dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2010.
Dokumen pertama menunjukkan baucer pembayaran dari MAIWP berjumlah RM32,150 bertarikh 29 April 2010 kepada sebuah firma guaman sebagai “pembayaran kos guaman untuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim lawan Shahsuddin Hussain, Datuk Che Mat Che Ali dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom”.
Dinyatakan dengan jelas baucer itu telah disalurkan dari wang zakat MAIWP.
Jamil Khir, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, sementara Che Mat adalah Setiausaha MAIWP dan Shahsuddin adalah ketua pendakwa MAIWP.
Menurut Nik Nazmi, baucer pembayaran itu telah didedahkan kepada PKR oleh pegawai MAIWP tahun lepas dan perkara itu kemudian dibangkitkan di Parlimen pada Jun oleh Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail.
“Kamu kemudian membawa kes ini kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) untuk tindakan selanjutnya. PAC kemudian meminta satu siasatan dilakukan oleh Ketua Audit Negara,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia ini turut mengedarkan salinan sepucuk surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid bertarikh 21 November 2011 mengesahkan RM63,650 wang zakat telah digunakan untuk membiayai kos guaman ketiga-tiga individu itu,
Dalam surat itu, Ambrin mengesahkan Che Mat telah meluluskan satu bayaran interim berjumlah RM31,500 dari MAIWP “peruntukan sumber untuk khidmat guaman” pada 28 Januari 2010.
“Pembayaran ini telah diluluskan pada 9 Februari 2010 melalui baucer No. 2010B01304, untuk menggunakan wang zakat terlebih dahulu memandangkan geran kerajaan masih belum diterima,” kata Ambrin.
Ambrin juga mengesahkan pembayaran baucer kedua MAIWP berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010, menjelaskan ia adalah untuk menyelesaikan kos guaman dalam kes qazaf.
Beliau berkata MAIWP telah menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun dan Disember tahun lepas, majlis agama itu menggunakan wang itu untuk membayar balik RM63,650 wang zakat.
“Dalam penafiannya, Jamil Khir tidak pernah menyentuh tentang pengesahan laporan Ketua Audit Negara mengenai dua pembayaran itu - pada Februari 2010 dan April — yang menggunakan wang zakat.
“Menurut Ketua Audit Negara, wang itu digantikan pada Disember, enam bulan selepas digunakan,” kata Nik Nazmi.
Katanya, walaupun wang zakat telah diganti semula namun perbuatan ketiga-tiga individu itu menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman melanggar Kanun Jenayah.
“PKR berpendapat penyalahgunaan sedemikian adalah perkara yang serius bagi sesebuah institusi Islam. Saya akan buat laporan di balai polis Dang Wangi pada pukul 11 pagi esok dan serahkan dokumen ini,” katanya.
Semasa menafikan dakwaan itu tahun lalu, Jamil Khir menegaskan beliau telah membayar kos guaman menggunakan geran kerajaan dan bukan wang zakat.
LENGGONG, 7 Jan. : PAS cawangan Kg. Pekan Rabu, mengadakan majlis penyerahan 20 borang keahlian baru kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Tn Hj. Razman Zakaria, oleh seorang bekas ahli Umno, Abd Halim Hadi, 56, yang juga merupakan mantan setiausaha cawangan Umno disini bersama-sama 20 orang penyokong-penyokongnya.
![]() |
Ahli Parlimen P. Salak, dato' Tajuddin Abd Rahman. (Kampung dia la berita ni.) |
Next time you visit the Malaysian Ministry of Defence, which handles a defense budget totaling several billion dollars, make sure you don’t wear any “clothes that poke the eye.” If you’re a man, though, a “tight Malay civet” is allowed – at least according to the English translations on the ministry’s website.
In an embarrassing gaffe, the Ministry of Defence overlooked imperfect English translations on its website, which soon went viral on social media websites Facebook and Twitter.
Under a section called “ethical clothing” advising employees on appropriate office wear, women were warned against wearing clothes “that poke the eye” – a direct translation of the Malay phrase for revealing outfits. The civet slip came under the dress code for men, which said “collared shirts and tight Malay civet” were appropriate.
Other unfortunate translations were found throughout the website, including a section that said the Malaysian government took “drastic measures to increase the level of any national security threat” after independence from British colonial rule in 1957.
The ministry admitted to using Google Translate, a service that offers online automatic translations for over 60 languages, to provide an English-language version of their Malay website. Though many Malaysians are proficient in English and the language is taught in schools at an early age, Bahasa Malaysia (or simply “Malay”) is the official language of the country - The Wall Street Journal
Kod Pakaian Mindef “Tidak Menjolok Mata” Jadi Bahan Lucu Komuniti Internet
Oleh JOSEPH SIPALAN dan JOSEPH KAOS Jr
PETALING JAYA: Anda tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata (clothes that poke eye) sekiranya bekerja di Kementerian Pertahanan (Mindef).
Ia merupakan salah satu daripada keterangan “Etika Berpakaian” yang dinyatakan dalam piawaian yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.
Mereka di kalangan komuniti internet dalam rangkaian sosial secara literalnya menyatakan ROFL yang merupakan perkataan siber bagi menunjukkan reaksi seolah-olah “ketawa berguling-guling di atas lantai” apabila mereka berkongsi pautan kod berpakaian kakitangan kementerian itu terjemahan Bahasa Inggeris di laman rasminya.
“Clothes that poke eye” apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.
Carian lain termasuk: “collared shirts and tight Malay civet berbutang three” di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud “baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang”.
Sementara itu, baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pula diterjemahkan sebagai “long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia”.
Terdapat juga “shine close” di mana diterjemahkan daripada kasut bertutup atau kasut menutupi jari kaki.
Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi “After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat.”
Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah “Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman.”
Kementerian telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter.
Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis.
Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh - mStar
Dalam satu kenyataan media daripada PAS, yang ditujukan untuk Harakah sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, berbunyi, "Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar kanan) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS."
Hasan Ali terkejut dengan tindakan drastik
Pada jam 5 petang tadi, Hasan Ali melalui satu kenyataan ringkasnya berkata, "Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu."
"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama’ mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya.
Muslimat PAS menyambut baik
MerdekaReview cuba menghubungi beberapa orang pimpinan tertinggi, namun tidak dijawab panggilan. Bagaimanapun, Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyambut baik, mengucap "syabas dan tahniah" terhadap keputusan PAS Pusat, menyifatkannya sebagai tindakan yang "berani". Ketika dihubungi MerdekaReview, Aiman berkata, Hasan Ali telah menjadi liabiliti parti dengan kenyataan yang dikeluarkannya selama ini.
Terbaru, apabila beliau menggalakkan pelajar dan siswa tumpukan pelajaran dan tidak terlibat dalam perhimpunan pada 9 Januari, hari mahkamah tinggi membuat keputusan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Menurut Aiman, pendirian yang mahukan generasi muda hanya tumpu kepada pelajaran semata-mata bukan sikap PAS. PAS melihat golongan siswa sangat signifikan untuk memastikan negara berada dalam landasan terbaik dalam semua aspek.
Aiman menambah, kenyataan terbaru Hasan Ali menunjukkan beliau seolah-olah memusuhi kebangkitan anak muda yang mahukan negara ini ke arah yang lebih baik. Untuk Aiman, kenyataan yang tidak selari dengan PAS ini adalah klimaks beliau dipecat dari parti.
Dewan Pemuda mendokong keputusan
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong "keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini."Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin bin Hassan (gambar kanan) dalam Facebooknya berkata, "Kepada Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya."
Aziz Bari: PAS lebih kuat tanpa Hasan Ali
Di samping itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari menganggap PAS akan menjadi lebih kuat tanpa Hasan Ali . Beliau berkata, Hasan Ali tidak berdisiplin dan wajar dipecat.
Hasan Ali mencetus kontroversi dengan beberapa kenyataan dan tindakan beliau yang dilihat tidak selari dengan parti dan Pakatan Rakyat selepas menyandang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri Selangor. Ditanya sama ada keputusan PAS Pusat ini telah "terlewat" dari segi masanya, Aziz Bari (gambar kiri) berkata, "Yang penting ia baik; PAS perlu masa untuk menimbang keputusan itu."
Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari menjangka kesan keputusan ini adalah positif, dan Hasan Ali sebenarnya tiada penyokong seperti yang didakwanya.
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan jawatankuasa disiplin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebenarnya telah merendahkan maruah dan nama baiknya apabila menggantung Adam Adli Abdul Halim (gambar) selama 18 bulan.Walaupun ramai yang kata tindakan Adam Adli turunkan gambar Najib tu tak melanggar mana-mana akta tapi macam yang aku tulis sebelum ni dalam posting "Pertuduhan lawak UPSI ke atas Adam Adli" UPSI memang perlu jatuhkan hukuman ke atas Adam Adli.
Sehubungan itu, Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, jika benarpun pelajar itu membuat salah, tindakan seharusnya mendidik bukannya menakutkan pelajar.
Beliau yang juga naib presiden PKR mengulas tindakan UPSI yang menggantung Adam Adli semalam ekoran tindakan pelajar itu menurunkan bendera gambar Presiden Umno yang dinaikkan di depan bangunan UMNO, PWTC itu. - Hrkh.
1. Kelas terakhir aku di UPSI semester lepas, seorang pelajar bertanya pada aku tentang pandangan aku mengenai kes kawannya, Adam Adli. Ini soalan provokasi atau memang budak ni memang nak tahu pendirian aku?[Imej atas cilok dari MSO]
2. Tetiba kuteringatkan serangkap puisi Rendra yang berbunyi, 'Kalau takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan'. Itulah yang mampu kujawab. Maknanya apa? Kalau takut, cakaplah soal baitulmuslim, soal perut, soal kerjaya, soal carta lagu minggu ini dan sebagainya.
3. Hari ni, aku ambil kertas jawapan peperiksaan akhir tahun. Saja kupilih hari ini. Aku memang menanti waktu perbicaraan Adam Adli yang dijadualkan 3.00 petang hari ini. Lalu, aku ke hulu ke hilir 'mengkaji' tingkah laku manusia yang ada di hadapan pintu Timur UPSI.
4. Berjumpa beberapa anggota polis dari Balai Teluk Intan yang bertugas di situ. Dia tanya, ada kat sini? Akupun jawab, kau pun ada di sini? Tugas, jawab mereka. He he he.... skema biasa. Ini memang tempat aku la!
5. Sewaktu Adam masuk ke pintu universiti, beberapa pelajar di sekelilingku ghairah untuk melihat sambil mulut mereka menyebut nama budak Adam itu. Famous kau!
5. Maka diputuskan oleh Lembaga Disiplin UPSI yang dipengerusi Prof. Zainal Kling bahawa Adam Adli (yang sebelum ini, aku pun tak pernah dengar, baca, tulis namanya) dihukum gantung tiga semester.
6. Khabarnya, Adam Adli enggan merayu. Untungnya, Adam kerana ia semakin popular. Popular bukan soal batang tubuh Adam tetapi ideanya akan lebih popular. Manakala UPSI tidak dapat untung apa-apa dengan menggantung budak yang semangnya bersedia dihukum.
7. Secara politiknya, hukuman itu bukan untuk Adam. Hukumannya itu untuk pelajar yang bercita-cita mahu jadi Adam atau terinspirasi untuk bertindak seperti Adam.
8. Seorang pelajar yang menemani aku bercakap, sekarang baru kami belajar politik sebenar! - Muhaimin Sulam.
Adam Adli ikon perjuangan mahasiswa |