Friday, January 13, 2012

VIDEO IKLAN BERSIHKAN MALAYSIA!!!! Mari tengok video yang dah hampir cecah 300 000 penonton ini


http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/01/Jenama-Pakatan.pngSeorang wanita dengan wajah lesu berkongsi masalah dengan cucian pakaiannya dilihat menjadi taktik bau DAP dalam usaha menarik pengundi dalam jumlah yang lebih besar pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka tahun ini.

Video klip satu minit di Youtube itu melihatkan seorang wanita yang melihat ibunya menggunakan jenama pencuci pakaian “BN” tetapi pakaian hanya kelihatan menjadi lebih kototr dalam setiap cucian.

Perkataan “rasuah” dilihat timbul dengan baju yang kotor dengan perkataan “PKFZ”, lembu, kondo, dan lain-lain,” jelas merujuk kepada skandal kewangan berkait dengan ahli-ahli politik dari keputusan Barisan Nasional (BN) kerajaan pusat.

Wanita berkenaan kemudiannya mengangkat satu botol bewarna Jingga dengan jenama “Pakatan,”terpampang logo untuk PKR, DAP dan PAS , dengan nota ia mengandungi unsur “CAT” — “cekap, akauntabel dan telus” — dan memasukkannya ke dalam cuciannya.

Dia senyum dengan kepuasan apabila kemeja yang dicuci menjadi putih bersih dan wanita terbabit menyampaikan amanat “Ubah sekarang, bersihkan Malaysia”.

Klip video berbahasa Melayu itu menunjukkan pengguna sejumlah hampir satu perempat juta komen di Youtube sejak ia dimuat naik awal minggu ini, dengan 2,818 ‘like’ dan 231 ‘unlike’.

Cucian ini ialah idea Ooi Leng Hang, untuk konvensyen kebangsaan parti itu minggu lepas.TMI

Read more ...

KONVENSYEN PR!!! Ucapan Senator DAP hilangkan modal fitnah UMNO

Ucapan pembukaan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 pagi tadi oleh wakil DAP bernama Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim menjunjung sembah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Shah yang baru dimahsyurkan sebagai DYMM Yang DI-Pertuan Agong.

“Semoga kesihatan baginda di atas Istana sana akan terus menyemarakkan demokrasi di negara ini,” ujarnya di Dewan Tertutup Sultan Abdul Halim dekat Alor Setar, Kedah.

Beliau berkata, kali pertama Tuanku Sultan Abdul Halim menjadi Agong pada tahun 1970, baginda berjaya menyelesaikan ketegangan kaum “Tragedi 13 Mei 1969″ yang dicetuskan oleh parti-parti perkauman pemerintah.

“Pada waktu itu (1970-an), negara kita sedang menghadapi rusuhan kaum dan Parlimen digantung.

“Tetapi, pemerintahan baginda telah berjaya mengembalikan suasana yang demokratik di Parlimen di samping normalisasi kaum,” ujarnya.

Beliau mewakili DAP turut menyatakan komitmen untuk bersama-sama PAS dan PKR untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

“Saya berharap PAS akan sekali lagi menunjangi Kerajaan Persekutuan kelak, tetapi bersama-sama DAP dan PKR (atas wadah) Pakatan Rakyat.

“Marilahlah bersama-sama bersihkan Malaysia,” ujarnya.

Sebelum pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berucap, menganggap konvensyen kali ini merupakan konvensyen paling penting kerana akan membincangkan mengenai Tawaran Jingga kepada rakyat selain memperkasa persiapan untuk menumbangkan Umno BN di pilihan raya umum ke-13 kelak.


Zainulfaqar Yaacob@nota.merah

Read more ...

KONVENSYEN PR!!! Mat Sabu sahkan PR dapat kerjasama dari dalam BN

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang. Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini.

"Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi. ~mk


Bersihkan Malaysia Dari BN


Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.

Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.


Empat tahun penubuhan Pakatan Rakyat, dengan empat negeri (selepas Perak dirampas Barisan Nasional), selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segala pertuduhan, Pakatan Rakyat dilihat semakin kukuh dan semakin tersemat di hati rakyat, bahawa ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan BN.


Itulah persepsi rakyat Malaysia kebanyakannya. Rakyat sudah bersedia menolak Umno-BN, selepas segala macam fitnah dan pertuduhan dilemparkan media arus perdana terhadap individu, parti dan kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya terbukti palsu dan tersasar.


Rakyat sudah menyedari bahawa, selama ini Umno-BN sengaja menciptakan kepalsuan, mengaibkan, menghina serta memomok-momokkan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik mereka.


Umno-BN menyangka, dengan memahatkan politik jijik dan lucah, kononnya dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat akan dapat memesongkan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, kembali kepada mereka.
Namun mereka ternyata salah perhitungan. Umno-BN tersilap dalam membaca arah pemikiran rakyat. Usaha mereka melaga-lagakan, memecahbelahkan, merampas kerajaan negeri, membeli wakil rakyat dan sebagainya, semuanya ditolak rakyat.

Bukannya rakyat kembali kepada Umno-BN, malah rakyat semakin berpaling jauh daripada seluruh anggota komponen BN, termasuk pemimpin-pemimpin Umno-BN itu sendiri.


Rakyat nampaknya sudah bersedia untuk memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno-BN. Sama ada dari kalangan pegawai tinggi kerajaan, sehinggalah ke kaum buruh, petani dan nelayan, sebahagian besar mereka sudah sedar, bahawa kerajaan yang didokong sejak sebelum merdeka, merupakan kerajaan yang gagal membela nasib rakyat.


Mereka sudah melihat dan merasakan sendiri, bahawa di bawah kepimpinan PAS di Kelantan sejak 1990 dan Kedah, Pulau Pinang serta Selangor dalam tempoh empat tahun ini, Pakatan Rakyat boleh memerintah, jauh lebih baik daripada 50 tahun di bawah Umno-BN.


Pakatan Rakyat menawarkan kesejahteraan kehidupan kepada rakyat. Pakatan Rakyat membuktikan ia berjaya menyelamatkan wang negeri dan mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara, kerana berjaya menaikkan hasil negeri, sekaligus berbelanja dengan berhemah.


Manakala pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang pertuduhan salahguna kuasa, bersih dari rasuah dan amalan kronisme, walaupun diserang dan dicaci media pro Umno-BN saban hari.


Dengan amalan islamik, ketelusan dan pertanggungjawab pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, maka golongan di bawah tadbir mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkaitan, mula berusaha membaiki kepincangan kerajaan terdahulu sedikit demi sedikit.


Hasilnya, prestasi kerajaan Pakatan Rakyat diakui dan dipuji Audit Negara, berbanding dengan kerajaan Umno-BN yang penuh dengan kritikan, akibat ketirisan, salahguna kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa.


Jika dalam tempoh sesingkat empat tahun Pakatan Rakyat boleh membersihkan kerajaan-kerajaan negeri dari segala kepincangan yang dilakukan Umno-BN selama 50 tahun, maka apakah dalam masa yang singkat juga Pakatan Rakyat tidak boleh membersihkan Malaysia?


Sudah tentu boleh. Sudah tentu Pakatan Rakyat boleh membersihkan segala kepincangan politik, ekonomi dan sosial yang punah akibat kebobrokan pemimpin Umno-BN.


Tidak lain dan tidak bukan, cara yang terbaik untuk membersihkan Malaysia ialah dengan membersihkannya dari terus dikuasai Umno-BN pada PRU akan datang.
~hrkh

Read more ...

NAJIB MAI PERAK!!! Maka mengangkut dan mengupah la UMNO untuk sambut Ro$mah

Parlimen Bukit Gantang Perak sebentar tadi telah digempur oleh UMNO BN dengan lebih kurang 120 buah bas yang diupah untuk mengangkut tetamu upahan untuk menyambut kedatangan Najib dan Rosmah ke sini sebentar tadi.

Memang ramai yang datang jika dihitung sekiranya dicampur dengan anggota kesalamatan dan kakitangan kerajaan yang dikerah untuk hadir.

Dari sumber2 yang aku dapat dilokasi pihak penganjur telah menyediakan hidangan makan malam hanya bagi 15ribu orang. Namun yang hadir melebihi 2 kali ganda.

Zambry mungkin tersenyum hingga nampak gigi geraham...konon-nya rakyat Perak sudah kembali menyokong UMNO BN. Hakikatnya mereka yang datang itu hanya mungkin 2% sahaja dari keseluruhan rakyat Perak,itupun ada sumber menyatakan setiap bahagian telah disogok dengan sejumlah RM untuk mengalak-kan kehadiran. dan khabarnya sebuah kereta yang datang dengan 5 orang akan menerima RM100 dari pejabat UMNO di tempat masing-masing.


Sorang Pak Cik dilokasi berkata "Pak Cik datang dari Teluk Intan dengan bas..dari tengahari tadi dah sampai.." Terkejut juga aku...dari Teluk Intan datang Taiping...*apa yang aku tahu setiap bahagian UMNO dikerah paksa 500 orang ahli datang. Esok senamrobot padang Asplenet pun ada baucer RM untuk ahli yang hadir...nak senaman pun kena upah baru datang.Karat E-jau

Read more ...

TERBARU!!! Khalid disaman RM 100 Juta

http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2009/03/a-kugan-post-mortem.jpgIbu kepada seorang tahanan polis yang mati dalam lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, A Kugan, hari ini memfailkan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dan empat yang lain kerana didakwa gagal memastikan keselamatan anaknya semasa dalam tahanan, tiga tahun lepas.

Pentadbir estet N Indra turut menamakan Konstabel Polis V Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.


Indra memfailkan saman itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di ibunegara pada pukul 9 pagi.


Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan telah gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati (Kugan) semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009 serta gagal untuk melaksanakan pengawasan dan pengawalan ke atas anggota polis.

Wanita berusia 44 tahun itu turut mendakwa defendan gagal menyediakan satu sistem yang selamat untuk menyoal dan mengendali suspek dalam polis tahanan serta gagal memastikan jagaan perubatan untuk anaknya.

Indra mendakwa para defendan juga cuba menyembunyikan sebab kematian sebenar anaknya dan/atau mengeluarkan kenyataan yang dikira membebaskan polis daripada tanggungjawab/liabiliti dengan pengetahuan sepenuhnya bahawa kematian itu adalah tidak disebabkan oleh mereka.

Wanita itu menuntut gantirugi RM100 juta, serta gantirugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Pada 28 Jan tahun lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan Navindran daripada dua tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Kugan.

Kugan, 23, suspek kes curi kereta mewah, meninggal dunia ketika dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009.

http://www.malaysiakini.com/news/186539

Read more ...

1MALAYSIA!!! Ketua UMNO Bahagian dakwa ahli UMNO dan orang Melayu tidak puas hati kepada Najib

Ketua Umno Padang Besar berkata, 1Malaysia itu telah memberi banyak ruang kepada kaum lain.

Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa ada ahli Umno dan orang Melayu tidak puas hati dengan pentadbiran negara pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas timbalan pengerusi Umno Perlis itu berkata, antara sebab mereka tidak puas hati ialah konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Najib pada 2009.

Katanya, konsep 1Malaysia itu telah memberi banyak ruang kepada kaum lain.

“1Malaysia ini untuk menarik undi dari bukan Melayu tetapi nampaknya tiada tanda-tanda mereka menyokong kerajaan,” katanya.

Zahidi menambah, orang terima Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Umno tidak ada pemimpin lain.

“Siapa yang layak jadi pemimpin Umno selain Najib dan Muhyiddin?” tanyanya.

Pilihan raya penentu

“Pilihan raya umum ke 13 ini akan menjadi menjadi penentu kepada Najib dan timbalannya itu,” tambah beliau.

Menurut Zahidi, orang Umno dan orang Melayu juga tidak puas hati dengan cara kerajaan mengendalikan kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dibebaskan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan Isnin lalu.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin Umno lain ketika dihubungi mendakwa sebaliknya dengan mengatakan konsep 1Malaysia adalah yang terbaik untuk negara.

Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheik Fadzir berkata, kita tidak boleh bersikap rasis kerana Malaysia adalah masyarakat berbilang kaum.

Pendapat sana disuarakan oleh Setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsuddin Ahmad.

“1Malaysia ok. Hak orang Melayu tidak terjejas. Kita (orang Melayu) kena terima.

“Saya tidak mendengar rungutan bahawa orang Umno atau orang Melayu tidak suka konsep 1Malaysia ini,” katanya.

fmt

Read more ...

TEKI TEKI TARIKH PRU!!! Najib kata BN selesa tapi hasil transformasinya tak nampak lagi

Andaian bahawa pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan dalam waktu terdekat memang tidak boleh disangkal.

Perdana Menteri Najib dalam satu temu bual dengan akhbar antarabangsa berpengaruh, The Wall Street Journal semalam menyatakan rejimnya masih lagi berada dalam keadaan selesa di sebalik krisis ekonomi global terutama yang melanda Amerika Syarikat dan Eropah yang sedang memperlahankan pergerakan ekonomi global.


Ujarnya, apa yang lebih utama kini adalah untuk menunaikan janji meneruskan transformasi ekonomi dan politik selain menunggu hasil daripada program tersebut sebelum memutuskan tarikh pilihanraya dalam keadaan selesa.


Tetapi hakikatnya, dia sedang berdepan dengan pelbagai skandal yang membelenggu Umno-APCO sendiri yang turut menjadi faktor tarikh pilihanraya umum terpaksa dipercepatkan.


Menurut The Financial Times dalam edisi minggu lalu, ekonomi global akan terus mengalami penguncupan terutamanya China, India dan rantau Asia selain memaksa kerajaan menyemak semula unjuran kadar pertumbuhan ekonomi bagai tahun ini.


Singapura telah mula mengalami kesan dengan menyemak unjuran sekitar 3.5 peratus berbanding 6 peratus seperti yang dikeluarakan dalam Belanjawan 2012 yang dibentang pada Disember tahun lalu.


Malaysia pula diramal akan terus berada dalam kedudukan tertekan dengan eksport turun 8.2 peratus berdasarkan tahun-ke-tahun seperti yang dimumkan semalam.


Selain pembebasan Anwar Ibrahim dalam fitnah liwat yang menyaksikan Najib dikritik hebat oleh mentornya Mahathir Selasa lalu, kedudukan Najib dilihat umpama sudah jatuh ditimpa tangga kesan daripada pergolakan dalaman Umno-APCO yang berbelah bagi sama ada mahu memenjarakan Anwar atau membebaskannya.


Mengakui Pakatan Rakyat sudah mendapat momentum yang diperlukan untuk menawan Putrajaya, Najib secara sikologi sengaja meletakkan kedudukan BN dalam keadaan defensif sebelum memutuskan untuk menyerang musuh politiknya itu pada saat-saat akhir.


Itulah sebabnya mengapa Najib membiarkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyerang bertali arus dan BN menyimpan peluru untuk dihamburkan dalam masa yang sesuai yang tidak mungkin sempat dijawab kembali Pakatan Rakyat yang hanya bergantung kepada ceramah, blog dan media sosial lain seperti Facebook dan Twitter.


Bagaimanapun penganalisis politik berpendapat, semakin lama Najib melengahkan tarikh pilihanraya, kedudukan BN semakin sukar untuk mempertahankan majoriti yang diperolehinya pada 2008.


Dengan pendedahan skandal membabitkan menterinya seperti Shahrizat Jalil, Jamil Khir Baharom dan Awang Adek Hussin serta MCA yang masih belum kebah daripada kejutan tsunami 2008 sudah cukup membuatkan sifir politiknya makin bercelaru dan haru biru.


Persoalan kini yang berlegar adalah bila dan bagaimana pun Najib menekan butang pembubaran pilihanraya kini sudah tidak begitu penting lagi.


Yang menjadi persoalan adalah, adakah Pakatan Rakyat sudah bersedia dengan segala taktik kotor dan tipu daya BN semasa pilihanraya nanti?


Debaran semakin kencang untuk kita meneliti keputusannnya.


JALAN PULANG



Najib says not yet right time for polls


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told the Wall Street Journal (WSJ) he is not comfortable calling for elections yet as the government must show his economic reforms are producing real results.


“Essentially, it’s a call you have to make on the basis of a feel-good factor, and that’s when you press the button. But of course at the end of the day it’s a rather intuitive decision,” the WSJ reported him as saying in its interview published today.


Speculation has been rife that Najib (picture) will be pressured to call for a general election soon due to the worsening global economy.


“You can have all the polling numbers but you must have the sense that this is the right time.


“I hope it will be the right time soon enough, but we still have to deliver on our promises and it’s important for people to have the feeling that the reforms we have promised will actually benefit them,” he said.


The PM acknowledged the global economic slump, especially the debt crisis engulfing Europe, could complicate his decision to press the election button.


“But so far we are still quite comfortable because our exposure to the EU in terms of total trade is only about nine per cent, so we are less vulnerable.

Read more ...

CUTI 3 MINGGU!!! Shahrizat dipaksa bercuti , beranikah wanita umno boikot PRU13?

Mamee ijat diarahkan bercuti selama 3 minggu setelah isu lembu kondo berlarutan hampir 3 bulan. Inilah bukti betapa lemahnya tenaga zahir dan batin tok najimah untuk mengambil tindakan.

Boleh selesaikah isu hanya dengan bercuti? Mengapa tidak dibekukan akaun NFC? Mengapa terlalu lama tok najimah mengambil tindakan setelah satu demi satu kain mamee ijat diselak oleh YB Ampang, YB Machang, Rafizi dan Jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa?

Mana hilangnya wanita umno yang bermati-matian menyokong mamee ijat..hangpa semua dah malukah bila kain mamee ijat terselak satu demi satu..hangpa pun tau bila kain mamee ijat terselak..lembu pun lari..kah kah kah..

Beranikah hangpa semua wanita umno boikot pilihanraya? Jawabnya mudah..pasti hangpa semua tak akan boikot sebab waktu itulah duit turun dari langit bagaikan hujan..takkan hangpa nak tolak rezeki kot? Yang pasti lembu mamee ijat lagi beruntung dan bertuah sebab dapat kondo dan tanah 5 ekar. Hangpa dapat apa? Apa..tak dapat apa?..kalau tak dapat apa lebih baik jadi lembu mamee ijat..kah kah kah..

Semalam Keadilan mendedahkan terdapat satu emel yang memperincikan bagaimana peguam NFC memberitahu seorang pegawai kanan MACC terdapatnya individu yang membayar wang kepada orang tengah-dipercayai Datuk Shamsubahrin Ismail- untuk mempengaruhi siasatan polis terhadap projek penternakan lembu tersebut.

Pegawai berkenaan dalam emelnya juga menyatakan, "Dia memberitahu kami mengenai kaki penipu ini, seorang bermulut manis yang berjaya meyakinkan pelanggannya yang tertekan untuk memberikan wang supaya dapat mempengaruhi polis supaya bersikap kurang kasar (dengan NFC) semasa soal siasat.

Dalam emelnya itu juga, pegawai tersebut menyatakan "sekarang ini SPRM boleh campur tangan untuk menyiasat, kalau tidak sebelum ini perkara ini adalah urusan polis".

Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas telah mengesahkan bahawa individu yang menghantar emel terbabit adalah dirinya, sebagaimana dakwaan terbaru Keadilan itu.

"Sedih melihat seorang boleh menjadi bodoh apabila tersepit," menurut emel berkenaan.

Selain itu, Datuk Shamsubahrain Ismail telah dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.

Mohamed Salleh, suami kepada Shahrizat bagaimanapun menafikan Shamsubahrin bukanlah saudara terdekatnya mahupun pernah bekerja dengan NFC.

Polis dan SPRM sedang menyiasat kemungkinan terdapatnya kes pecah amanah dalam NFC berdasarkan laporan Keadilan terdapat sekurang-kurangnya sejumlah RM27 juta dana kerajaan itu digunakan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek berkenaan.

Pembangkang mengetengahkan isu NFC, yang menyenaraikan ketiga-tiga anak Shahrizat sebagai lembaga pengarahnya terlibat dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara tahun lepas apabila dilihat gagal mencapai sasarannya.

Sejak itu, Keadilan telah membuat beberapa pendedahan berhubung skandal tersebut termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar dan penggunaan dana untuk keperluan peribadi keluarganya.

Keadilan kemudiannya mengemukakan bukti-bukti penyelewengan lain termasuk pembelian kereta Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dua lot tanah di Precinct 10, Putrajaya dengan nilai RM3,363,507.

Keadilan dan Jingga 13 turut mendakwa sejumlah RM10 juta telah dipindahkan ke Singapura untuk pembelian kondominium mewah untuk keluarganya.

Shahrizat cuba mengalih perhatian terhadapnya dengan menyatakan dakwaan dia hanya isteri kepada Pengerusi NFC, dan tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap skandal tersebut.

Shahrizat bukan sahaja menerima desakan meletak jawatan daripada pembangkang, malah turut menerima desakan daripada rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Akhirnya beliau terpaksa akur untuk menyelak kainnya sendiri..kah kah kah..SharpShooter

Read more ...