Thursday, February 17, 2011

Datuk Dr. Suhaimi Wan Daud keluar Umno sertai PKR

Kempen: Anak muda tidak ‘makan’ mi segera

KETEREH, 18 Feb: Mantan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Suhaimi Wan Daud mendakwa Umno Barisan Nasional yang mendominasi kerajaan menggunakan habis-habisan jentera kerajaan bagi mempertahankan parti pemerintah terutama bagi menenangi pilihan raya kecil.

Beliau berkata, bagi mempertahankan kuasa, Umno BN banyak menghabiskan wang untuk dicurahkan pada kawasan pilihan raya kecil berkenaan di samping menggunakan banyak agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Penerangan.

“Keadaan itu berlaku terutama pada pilihan raya kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda, yang masih lagi ‘termakan’ kempen pembangunan mi segera Umno BN.

“Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang menguasai bandar, namun mudah untuk masuk kampung mendekati rakyat,” katanya pada majlis ringkas upacara penyerahan borangnya memasuki PKR yang berlangsung di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Majlis Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.

Beliau menyerahkan borang kemasukan dalam PKR itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, golongan terpelajar termasuk anak masyarakat luar bandar tidak akan terpengaruh dengan langkah Umno BN itu.

“Orang muda tidak akan terpengaruh dengan kempen Umno BN itu. Anak-anak kita khususnya di Kelantan dan di mana saja, apabila pulang ke pangkuan keluarga diharap menerangkan kedudukan sebenarnya tentang Umno BN,” katanya.

Mengulas tindakannya menyertai PKR, beliau menjelaskan bahawa beliau amat prihatin terhadap pengalaman yang dihadapi masyarakat bandar yang berdepan dengan ‘kemiskinan bandar’ termasuk pemandu teksi.

“Berjuang dalam PKR, saya boleh berjuang dengan lebih luas, lebih jauh untuk membantu orang Kelantan khususnya termasuk di Pasir Mas, selaras dengan kelulusan saya dalam jurusan ekonomi,” tegasnya sambil sinis menyatakan tidak akan terikut-ikut dengan mereka yang melompat parti termasuk dari Pasir Mas.

Read more ...

TV3 dalang utama kecohkan isu 'My Balik Pulau' dan perobohan gerai di Taman Pelangi

KENYATAAN MEDIA ISU MY BALIK PULAU DAN PEROBOHAN GERAI DI TAMAN PELANGI

Merujuk kepada isu My Balik Pulau dan Perobohan Gerai di Taman Pelangi, PAS melahirkan kekesalannya ke atas pihak tertentu yang mengeksploitasikan isu di atas untuk kepentingan politik perkauman yang sempit. Keadaan di Pulau Pinang semakin hari semakin tertekan dengan amalan politik rasis yang membawa kepada kebencian kaum kerana pihak tertentu merasakan cara mereka ini boleh menimbulkan kebencian orang Melayu kepada pentadbiran Pakatan, walaupun pendekatan ini amat berbahaya kerana akan mengapikan sentimen perkauman.

Malangnya pihak Media khususnya TV3, menjadi dalang utama kepada menimbulkan usaha-usaha jahat bagi memecahbelahkan keharmonian penduduk berbagai kaum di Pulau Pinang.

PAS menolak politik kotor ini malah mengecam pihak media elektronik dan cetak yang bersubahat untuk membantu politik murahan pihak tertentu dengan menekan Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang. PAS Pulau Pinang dengan ini ingin memberikan penjelasan kepada pihak yang terdesak menggunakan isu sentimen Melayu di Pulau Pinang agar kembali kepada politik bermaruah dan berhadapan dengan cara yang lebih bertamadun untuk berpolitik.

Oleh itu, demi untuk melihat masalah di Pulau Pinang diselesaikan dengan berhemah maka;

1. Pas menolak sebarang usaha jahat oleh parti perkauman sempit yang mengeksploitasikan segala tindakan oleh kerajaan Pulau Pinang kononnya sebagai usaha untuk menyisihkan dan meminggirkan sesuatu kaum, sedangkan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah berlandaskan undang-undang sebagai keutamaannya dan bukan melihat kepentingan sesuatu kaum.

2. Pas kesal media perdana seperti TV3 dll digunakan untuk mensensasikan berita di Pulau Pinang dengan memberikan selera perkauman kepada penonton dan pembaca sehingga terbentuk sikap prejudis kepada kaum lain dan khususnya kepada pentadbiran negeri Pulau Pinang.

3. Cara berpolitik yang menjadikan perkauman sebagai isunya amatlah dikesali dan ini akan membantut usaha rakyat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang saling hormat menghormati antara satu sama lain.

4. Serangan media ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang seolah-olah mengiyakan satu tindakan yang salah, malah yang melanggar undang-undang dianggap betul dan yang melaksanakan undang-undang dianggap tidak betul. Ini satu pembudayaan yang songsang dan boleh menjejaskan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam masyarakat yang beradab dan bersopan.

5. Hentikan budaya fitnah dengan membawa fakta yang tidak betul dan sewenang-wenangnya menuduh kerajaan Pakatan di Pulau Pinang tanpa usul periksa khususnya isu My Balik Pulau. PAS menyokong tindakan saman ke atas YB Pulau Betong oleh Kerajaan Negeri bagi memberikan pengajaran kepada beliau supaya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat pertuduhan. Malangnya bagi seorang ADUN yang menampakkan kelemahan dirinya di hadapan rakyat kerana keghairahannya untuk menuduh apa sahaja terhadap kerajaan Pakatan di Pulau Pinang.

PAS akan mengambil langkah-langkah yang positif untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dan dinamik di Pulau Pinang. PAS menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini supaya cintakan negeri ini dan menolak anasir perosak yang hanya menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka. Tolak golongan ini demi membina Pulau Mutiara, Pulau Idaman kita bersama. PAS menyeru supaya semua kaum di negeri ini hidup aman damai mengikut semangat KITA RAKYAT MALAYSIA!

SEKIAN

YB DR MUJAHID YUSOF RAWA
(TPJ PULAU PINANG, MP PARIT BUNTAR)

Read more ...

Mahathir berjaya kayakan anak-anak, Nik Aziz gagal

Dr Mahathir berjaya tetapi Nik Aziz gagal!

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tujuan hidup Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

Menurut pandangan Mahathir, Nik aziz telah gagal dalam perjuangannya. Hidup mementingkan dirinya dan bukan kepentingan Islam. Itulah neraca Mursyidul Am Pas dari pandangan bekas PM. Sehingga ke penghujung usia beliau, begitulah persepsi Dr Mahathir terhadap Pas dan pimpinannya yang pernah memberikan pentas kepada beliau dikala beliau terbuang oleh UMNO semasa Tunku Abdul Rahman. Nikmat umur yang panjang, sekadar itulah pemahamannya tentang Islam. Tak usah disalahkan beliau, kerana kepompong umno itu yang dilahirkan sulbi penjajah, memang sekularlah kelahirannya.

Tetapi beliau berjaya dengan dunia dan matlamat perjuangan beliau dan UMNO.??? Sekian lama pemerintahan dipuncak kekuasaan, beliau berjaya meletakkan orang melayu sebagai billionair. Sepatutnya orang melayu patut berbangga. Siapa dia itu… cucu Mohamed Kutty iaitu Mokhzani Mahathir. Semua ahli UMNO patut sujud syukur!!! Beliau kaya hasil usaha beliau sendiri. Bukan pertolongan bapanya....

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu. Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI. Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera. Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Tahniah Mahathir. Lihatlah senarai billionair di malaysia, hasil peninggalan legasy Mahathir. Berapa orang anak pribumi asal Tanah melayu? Kejayaan mahathir mencernakan kekayaan di Malaysia ini. Entah le takut-takut ramai lagi orang melayu yang tak tersenarai, yang billionair diam-diam, senyap-senyap. Menyimpan kekayaan di Swiss Bandk.

Cuma, sebelum beliau meninggal ni, diharapkan Najib melantik Mukhriz sebagai Menteri dan sebagai Ketua Pemuda UMNO menggantikan Khairy Jamaluddin itu. Barulah kejam rapat mata Mahathir kalau mati kelak…. Itupun kalau BN masih mengekalkan kuasa di Putrajaya...

Nampaknya Nik Aziz gagal dalam memanfaatkan kedudukannya sebagai MB Kelantan dalam mengkayakan anak-anak beliau sebagaimana Dr Mahathir lakukan, walaupun beliau berjaya menaikkan imej ulama dan penerimaan perjuangan Islam dikalangan bukan Islam.

Read more ...

Mari baca jawapan PAS terhadap tuduhan Umno Terengganu

PAS penting diri sendiri?

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/paspentingdirisendiri.jpgTerbaca satu berita seperti tajuk di atas dari akhbar Sinar Harian Selasa (15 Februari) lalu berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) yang baru dilantik di bawah pentadbiran Dato' Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan.

Pada mulanya agak malas untuk diulas kerana nilai beritanya tidak sepadan dengan taraf jawatan orang yang membuat kenyataan itu. Tetapi mungkin kerana beliau orang baru memegang jawatan itu yang merupakan salah satu jawatan penting dalam hiraki parti yang sedang memerintah negeri ini.

Kalau dilihat dari banyak kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini dari Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang juga Menteri Besar, iaitu bos beliau, rasanya tidak hairanlah kenyataan seumpama itu boleh dikeluarkan. Kata orang padan dengan standard ketuanya.

Pernah diberitahu, pegawai-pegawai kerajaan di negeri ini 'malu' dengan ucapan dan kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said. Bahkan di kalangan orang Umno sendiri pun rasa tidak selesa mempunyai seorang Menteri Besar yang standard ucapan dan kenyataannya macam pemimpin di peringkat kampung. Hingga pernah pelajar sekolah merungut, "Kalau beginilah ucapan seorang Menteri Besar, aku lebih layak duduk di tempat itu."

Berbalik kepada apa yang didakwa oleh Razif bahawa PAS mementingkan diri sendiri dengan beliau merujuk kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menyalahkan Umno selain mendakwa berlaku penipuan dalam usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) menawan Terengganu melalui 'Gelombang Biru'.

Memetik kata-kata beliau: "Inilah yang dikatakan ibarat tidak pandai menari, lantai pula dikatakan jongkat-jongket walaupun mereka sebenarnya yang tidak pandai mentadbir, ekonomi teruk, nepotisme, menipu rakyat berhubung isu tanah, selain Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) yang lebih berkuasa berbanding jabatan-jabatan lain."

Memang kita akui bahawa orang PAS atau khususnya para pemimpin PAS tidak pandai menari, bahkan tidak boleh menari seperti kebanyakan pemimpin-pemimpin Umno. Jadi tentunya tidak berbangkit soal lantai yang jongkat-jongket itu.

Benarkah sebagaimana dakwaan beliau itu bahawa PAS tidak pandai mentadbir? Apakah PAS telah gagal mentadbir sepanjang empat tahun pemerintahannya di negeri Terengganu dahulu? Betulkah kegagalan PAS untuk mempertahankan pemerintahannya itu berpunca dari faktor ini?

Apa yang telah dibuktikan oleh kerajaan PAS semasa berkuasa di Terengganu dahulu ialah pencapaian dan pengiktirafan yang diterima oleh beberapa jabatan di bawah kerajaan negeri dari segi pengurusan terbaik. Begitu juga pujian yang diberi oleh pihak Ketua Audit Negara apabila pentadbiran di bawah PAS termasuk Pihak Berkuasa Tempatan yang berjaya mengemukakan laporan masing-masing dalam tempoh yang sepatutnya, bukan seperti di zaman sebelum itu. Perkara ini boleh dirujuk kepada laporan berkenaan.

Adakah kerana tidak pandai mentadbir itu kerajaan PAS menerima anugerah dan pengiktirafan seperti itu? Ataupun kita hendak kata bahawa orang yang memberi anugerah dan pengiktirafan itu sebagai 'bodoh' dan tidak pandai menilai.

Razif jangan cuba menyeleweng fakta yang menjadi bahan sejarah yang tidak boleh ditipu. Kalau bercakap di hadapan orang kampung terutama di pedalaman mungkin mereka boleh dikelentong oleh Ketua Penerangan Umno ini. Rakyat tidak sebodoh itu untuk ditipu, apatah lagi di zaman yang serba canggih ini dengan perkembangan teknologi maklumat yang boleh dicapai di hujung jari.

Tentang dakwaan beliau bahawa ekonomi lemah di bawah pemerintahan PAS, tahukah beliau apa puncanya? Dunia tahu bahawa pemimpin Umno Terengganu telah mengkhianati kerajaan dan rakyat Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu apabila mereka mendesak supaya royalti petroleum yang menjadi hak negeri ini ditarik balik. Mereka tanpa ada perasaan, maruah dan harga diri sanggup melanggar perjanjian yang dimetrai dengan 'merompak' hak yang termaktub bagi negeri ini.

Cuba kita bayangkan, bagaimana lebih 70% hasil negeri ini dirompak orang. Saya rasa kalau sekiranya Umno/BN yang memerintah negeri ini dalam keadaan itu, mereka hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja. Tetapi kerajaan PAS telah membuktikan bahawa dalam keadaan seolah-olah kaki dan tangan mereka diikat, mereka boleh terus mentadbir negeri ini melalui beberapa pendekatan.

Walaupun banyak perkara yang kerajaan ketika itu tidak mampu lakukan disebabkan kekangan kewangan, tetapi perkara-perkara asas seperti perbelanjaan mengurus termasuk emolumen (gaji bagi kakitangan awam negeri) tidak pernah tertunggak sepanjang empat tahun di bawah PAS. Bahkan kerajaan ketika itu mampu juga membayar kenaikan gaji dan elaun-elaun tertentu selaras dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan Pusat.

Langkah berjimat-cermat dan strategi ekonomi yang mantap hasil kebijaksanaan kepimpinan kerajaan PAS ketika itu telah berjaya ditempuh sepanjang pemerintahan empat tahun di negeri ini. Pengurusan yang cekap, telus dan bebas rasuah adalah faktor utama kejayaan ini.

Walaupun pemimpin PAS Terengganu ditohmah 'baham' balak, tetapi hasil balak meningkat tinggi di negeri ini, dan tidak ada seorangpun pemimpinnya yang didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu (SPRM sekarang) kerana penyelewengan dan salah guna kuasa. Yang jelasnya, sepanjang empat tahun itu, kerajaan PAS berjaya menyifarkan rasuah di negeri ini.

Ini juga termasuk dakwaan berlaku amalan nepotisme dalam pentadbiran kerajaan PAS ketika itu. Ia tidak pernah dibuktikan dan bahkan tidak ada yang didakwa atas kes-kes berkaitan.

Apa yang dapat kita buktikan bahawa sepanjang tempoh itu, kehidupan rakyat Terengganu dalam keadaan yang sangat selesa. Kata orang, rezeki melimpah ruah, senang cari makan dan keselamatan dirasakan terjamin. Bahkan kadar kemiskinan di negeri ini telah berjaya diturunkan daripada tempat kedua ke tempat keempat. Adakah itu suatu gambaran ekonomi teruk di bawah PAS mengikut kaca mata Umno?

Mengenai dakwaan Razif PAS menipu rakyat berhubung isu tanah? Sebenarnya siapa yang menipu dan siapa yang kena tipu? Isu menipu ini semua orang tahu adalah mainan saraf Umno untuk memberi gambaran negatif kepada kerajaan PAS. Kalau benar berlaku penipuan sebagai yang didakwa itu, kenapa tiada pendakwaan dalam kes ini dibawa ke mahkamah?

Yang jelas, dalam isu tanah ini, dunia tahu bahawa Umno/BN yang mengkhianati rakyat Terengganu apabila dengan secara rakus mereka merampas tanah-tanah rakyat yang dikurniakan oleh kerajaan PAS. Bukan itu sahaja, mereka sanggup meroboh rumah-rumah rakyat, bahkan rumah Allah pun mereka roboh. Sesungguhnya rakyat Terengganu tidak akan pernah melupakan tindakan zalim yang dilakukan oleh Umno/BN ini yang merupakan tindakan balas dendam mereka.

Dakwaan berkaitan JSR yang dikatakan lebih berkuasa berbanding jabatan-jabatan lain adalah suatu yang subjektif. Mungkin ada satu atau dua kes yang boleh dianggap terpencil, tetapi digembar-gembur serta dijaja ke merata tempat untuk menggambarkan buruknya tingkah laku orang-orang PAS ini.

Padahal perkara seperti ini sepatutnya tidak berbangkit. Apa yang berlaku mungkin ada pegawai di jabatn-jabatan tertentu yang terlalu kuat Umnonya dan memang memusuhi PAS yang tidak senang dengan tindakan-tindakan betul yang diambil oleh JSR tertentu. Selama ini mereka boleh bebas melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan, tetapi di zaman PAS mereka seoalah-olah tersekat untuk melakukannya. Jadi mereka mengkambinghitamkan JSR untuk menghalalkan tindakan mereka. JSR pula yang dijadikan sasaran.

Dakwaan Presiden PAS tentang berlaku penipuan dalam usaha Umno/BN menawan Terengganu itu adalah suatu yang boleh kita buktikan. Pertambahan pengundi yang sangat luar biasa adalah suatu yang telah dibuktikan dalam pendaftaran pemilih semasa Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004) yang membawa hasil kemenangan Umno/BN. Kita boleh merujuk kepada data bilangan pengundi di negeri ini dengan membuat perbandingan antara PRU-10 dengan PRU-11.BO

Read more ...

Mungkinkah Ro$mah akan memperjuangkan nasib wanita bertudung di Melaka ?

Islam tertindas di Melaka, tak boleh pakai tudung


Islam semakin tertindas nampaknya di bumi Hang Tuah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Laman web Malaysiawaves 12 Nov 2010 menceritakan Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung.

Sebelum ini pun pada bulan April 2010 dalam Utusan Malaysia keluhan seorang wanita Melayu Islam mengadu sukar untuk bekerja di Bandaraya Bersejarah kerana isu tudung. Kenapa Islam begitu HINA di BUMI MELAKA ? KENAPA ?


Apa ke tidaknya Bangunan dan TANAH Majlis Agama Islam Melaka pun dah TERJUAL bukan DIJUAL pada BC Lim Enterprise menurut laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dilaporkan pada pautan berikut

http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html

Mana pergi keturunan Hang Tuah di Melaka ? Apa kamu semua DAYUS ? Bangsat sangatkah orang Melayu di Melaka ? - sumber

***********************
Friday, November 12, 2010
Mahkota Hospital Melaka Tidak Izin Pekerja Wanita Pakai Tudung

Dalam negeri yang dikuasai sepenuhnya UMNO ini, hospital Mahkota Melaka telah tidak mengizinkan pekerja wanita mereka memakai tudung. Saya sendiri melihat dengan mata kepala saya betapa pekerja2 wanita ini memakai ID yang ada gambar mereka memakai tudung, tapi di depan saya mereka membuka tudung.

Rupanya, ia adalah arahan rasmi dari pentadbiran Hospital Mahkota Melaka.

Ikutilah rakaman perbualan Tulang Besi dengan salah seorang dari pekerja Mahkota Hospital dengan klik di bawah:

http://www.4shared.com/file/P7W8y8ib/Tidak_Boleh_Pakai_Tudung_di_Ma.html

Sumber artikel

http://www.malaysiawaves.com/2010/11/mahkota-hospital-melaka-tidak-izin.html

SUKARNYA MENDAPAT KERJA HANYA KERANA MEMAKAI TUDUNG
Utusan Malaysia 20 Apr 2010

SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.

Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.

Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.

Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).

Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.

Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.

Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' itu.

Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.

Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.

Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.

Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?

Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.

Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.

Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?

HYENA
Negeri Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm&arc=hive

***************
TUDUNG: BUKAN ISLAM TAK SALAH
Utusan Malaysia 23 April 2010

SAYA amat tertarik dengan tulisan Hyena dari Negeri Sembilan yang mempertahankan syariat Islam bertudung daripada 'digadai ganti' oleh tawaran pekerjaan.

Dalam tulisannya di ruangan ini 20 April lalu, beliau meluahkan kesedihan betapa sukarnya mendapat pekerjaan hanya kerana beliau bertudung.

Beginilah di akhir zaman apabila kedudukan umat Islam cukup lemah, sehinggakan amalan wajib yang kita amalkan sudah berani 'ditawar menawar' oleh pihak-pihak lain atas alasan mencari pekerjaan.

Jika kita lihat daripada sudut liberalisasi hak, pihak majikan tersebut menganggap ini suatu lumrah atau 'normal', sedangkan daripada segi hukum dan hak umat Islam ia adalah satu bentuk diskriminasi dan penghinaan terhadap amalan syariat.

Saya berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pihak bukan Islam atas beberapa sebab. Antaranya:

Lihatlah gelagat dan pemakaian umat Islam sendiri, terutamanya wanita-wanita Melayu sekarang. Pemakaian rata-rata wanita Melayu sekarang tidak lagi menggambarkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung tetapi mengenakan seluar dan baju yang ketat, menampakkan belakang dan depan, menonjolkan bentuk tubuh badan yang lebih bersifat 'penggoda'.

Apabila pemakaian begini diamalkan oleh perempuan Melayu, golongan bukan Islam tidak memandang mulia dan melihat perbezaan aurat bertudung atau tidak.

Sebaliknya ia sama sahaja untuk menonjolkan kebolehan mengeksploitasi wajah dan tubuh badan wanita-wanita separa seksi ini bagi promosi perniagaan.

Selain itu amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung juga disebabkan ada ramai wanita Muslim lain sanggup menerima peraturan membuka tudung atau melakukan perkara melanggar syarak lain untuk majikan bukan Islam tersebut. Jadi, majikan bukan Islam secara mudah membuat justifikasi perkara aurat ini hal remeh dan tidak penting.

DARIPADA SUDUT UNDANG-UNDANG PEKERJAAN DI NEGARA INI TIDAK JELAS SAMA ADA UNDANG-UNDANG KHUSUS MEMBELA DAN MEMPERTAHANKAN HAK-HAK PEKERJA MUSLIM, terutama di sektor swasta seperti hak bersolat, makanan halal di tempat kerja, menutup aurat bagi lelaki dan wanita serta tahap sosial persekitaran di tempat kerja yang dibenarkan oleh syariat Islam.

Sebagai contoh, jika majikan meletakkan seorang wanita dan seorang lelaki di dalam sebuah bilik tertutup, bagaimana undang-undang tersebut boleh membela hak pekerja Islam jika ia menolak tugasan tersebut.

OLEH ITU, PIHAK BERWAJIB MELALUI BANTUAN JAKIM BOLEH MEWUJUDKAN SOP (STANDARD OPERATING PROSEDURES) UNTUK DIGUNA PAKAI OLEH MAJIKAN BUKAN ISLAM KEPADA PEKERJA MUSLIM SUPAYA SELARAS DENGAN KEHENDAK ISLAM.

Perkembangan diskriminasi terhadap pekerja Muslim ini adalah rentetan daripada kelemahan umat Islam sendiri. Jika kita lihat budaya hidup umat Islam kini, terutama di Malaysia tidak ada banyak beza dengan bukan Islam.

Lelaki dan wanita Islam kini tidak lagi serius menjaga budaya dan amalan Islam, bermula daripada unit keluarga sehinggalah kepada skala masyarakat dan negara.

Bergaul bebas lelaki dan perempuan sejak di usia sekolah lagi telah menjadi amalan biasa pada hari ini sehingga telah membiasakan masyarakat kita dengan seks bebas, akhirnya terbuanglah bayi-bayi tidak berdosa oleh manusia penzina lagi pembunuh ini.

Akibat ini juga, umat Islam dipandang jijik, lemah dan rendah oleh bukan Islam sama ada di Malaysia ataupun di mana sahaja, sudahlah lemah di dalam semua bidang keutamaan dunia, seperti penguasaan perniagaan, pencetus teknologi dan pembuatan, malah terjebak pula dengan perkara luar kemanusiaan dan kepelbagaian jenayah.

Oleh itu, diskriminasi yang berlaku pada pekerja Islam ini harus dipandang pada skop yang lebih luas, iaitu ia berpunca daripada sikap kita umat Islam sendiri yang lemah dan tidak kukuh pada ibadah dan budaya hidup Islam seperti yang dimajukan oleh sunnah melalui kitab al-Quran.

Rasulullah SAW juga telah meramalkan akan keadaan ini dan ia sudah semakin nyata, seperti yang sebuah hadis diriwayatkan oleh Thauban r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, yang bermaksud setelah ditanya oleh para sahabat,

"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Tidak, Bahkan mereka pada masa itu lebih ramai, tetapi ibarat buih di laut yang menjadi tidak berguna lagi tidak digeruni."

Semoga kita mengambil iktibar dan tidak merebak menjadi parah.

Muhammad Azwan
Nibong Tebal, Pulau Pinang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Read more ...

La Mahathir lupa lagi

Dosa Lalu :Mahathir terlupa dirinya Menteri KDN ketika Ops Lalang

Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya. Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh.

Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah. Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah.

Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya - meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum.

Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab - iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan.

Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara.

Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate.

Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Sejumlah 106 orang, termasuk ahli politik, pejuang pendidikan Cina, pencinta alam dan pekerja agama ditahan dalam Operasi Lalang, malah 40 orang antaranya dilanjutkan penahanan dua tahun.

Permit akhbar The Star, Watan, Sin Chew Jit Poh dilucutkan, dan hanya kembali beroperasi pada tahun 1988. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Mahathir menafikan bahawa dirinya adalah dalang utama di sebalik operasi penekanan politik ini.

Mahathir terlupa

Rakyat bukan menuduh sembarangan apabila menuding jari terhadap Mahathir, sebagai dalang "Operasi Lalang". Setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Musa Hitam dicantas, Mahathir sebagai PM merangkap jawatan Menteri Dalam Negeri sejak tahun 1986.

Jawatan Menteri Dalam Negeri ini hanya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Abdullah Ahmad Badawi, selepas Pilihan Raya Umum tahun 1999.

Meskipun Mahathir berdepan dengan sekta yang berlainan pada awal zaman pemerintahannya, namun beliau berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kanan) bersama pasukan B-nya, dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam UMNO.

Mahathir berjaya mempertahankan kedudukan sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.

Polis Diraja Malaysia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri - adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa polis berani mengingkari arahan Mahathir - jika dilihat kepada sifat Mahathir yang diktator.

Jikapun tidak membincangkan realiti hubungan politik pada ketika itu, Mahathir tetap tidak boleh memisahkan diri dari tanggungjawab "Operasi Lalang" seandainya disemak peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).

40 dari 106 orang tahanan dilanjutkan penahanan dua tahun, yang seandainya dirujuk kepada Seksyen 8 (1) ISA - adalah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan agar penahanan dua tahun dikenakan, seandainya pada budi bicara Menteri, tahanan tersebut mengancam keselamatan negara.

Menurut ISA, walaupun Seksyen 73 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menangkap tanpa waran sesiapa yang boleh ditahan mengikut Seksyen 8, tetapi Seksyen 73(3) juga menyatakan bahawa tempoh penahanan ini tidak boleh melebihi 60 hari.

Malah, jika penahanan melebihi 30 hari, Ketua Polis Negara perlu melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri tentang keadaan penahanan.

Oleh itu, seandainya Mahathir tidak merestui tindakan menindas yang tidak demokratik ini, beliau mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang untuk menghalang, dan bukannya menjurus kepada penangkapan.

Pertama, mustahil polis tidak berunding dengan Mahathir sebelum operasi penangkapan yang sebegitu besar dijalankan. Namun, Mahathir tidak membantah, sebaliknya merestuinya. Kedua, selepas penangkapan 106 orang, suasana ketegangan (yang didakwa kerajaan) telah dikawal.

Persoalannya, mengapa Mahathir tetap menandatangani arahan untuk melanjutkan penahanan selama dua tahun untuk 40 orang tahanan?

Seandainya Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan seawalnya, tetapi terpaksa akur kerana khuatir "berlakunya konflik perkauman" - maka beliau boleh membubuh noktah kepada operasi ini selepas penahanan 60 hari.

Beliau tidak perlu menandatangani surat untuk melanjutkan tempoh penahanan - kuasa yang hanya dimiliki Menteri Dalam Negeri, dan bukan polis.

Sebagai PM, Mahathir adalah Ketua Eksekutif (kerajaan), maka beliau tidak terelak daripada tanggungjawab politik terhadap semua keputusan dan operasi kuasa eksekutif.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Mahathir juga tidak terelak daripada segala tanggungjawab eksekutif terhadap keputusan dan tindakan PDRM.

Kita boleh memahami keterbatasannya jikalau Mahathir sekadar Menteri Dalam Negeri - kerana Menteri Dalam Negeri mungkin membantah penangkapan polis, tetapi dihalang PM. Namun, Mahathir adalah PM merangkap Menteri Dalam Negeri - apa lagi alasan yang ingin dikemukakan untuk membela dirinya?

Menjadi bahan lawak

Bukan kali pertama Mahathir menafikan bahawa dirinya memainkan peranan yang negatif dalam pemerintahannya.

Walaupun Mahathir adalah dalang di sebalik "krisis kehakiman 1988", namun beliau tetap berkeras untuk membela dirinya - bahawa bukan dirinya yang memecat Ketua Hakim Negara, Salleh Abas, serta dua orang Hakim Mahkamah Agung yang lain, Wan Suleiman dan George Seah, tetapi tribunal.

Krisis kehakiman 1988 bermula dengan niat Mahathir untuk mengawal kuasa kehakiman.

Sebelum tercetusnya "krisis kehakiman", beliau telah bersilat lidah dengan Salleh Abbas (gambar kanan) dalam isu kebebasan badan kehakiman, kemudian dilanjutkan pula kes kelangsungan UMNO/UMNO Baru (UMNO 11).

Tribunal yang menjatuhkan kesalahan "misconduct" (salah laku) ke atas Salleh Abas, ditubuhkan atas cadangan Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agung dengan kuasanya sebagai PM. Motifnya cukup jelas.

Kini, Mahathir cuba mengasingkan diri daripada tanggungjawab ini - mungkin "muka tebal" tidak cukup untuk menyifatkan kenyataan sebegini.

Hujah-hujah Mahathir sepanjang lapan tahun yang lalu telah menghakis imejnya sebagai pemimpin dominan yang berkarisma.

Seandainya Mahathir memilih untuk mengakui kesalahan politik dirinya, dan menunjukkan keikhlasan dirinya untuk bermuhasabah; atau tetap berpegang bahawa dirinya melakukannya demi kepentingan negara ketika itu, dan berdepan dengan segala tanggungjawab dan kritikan - ia semestinya lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang - enggan meminta maaf, sebaliknya menolak segala-galanya kepada orang lain.

Mungkin Mahathir ingin meninggalkan catatan bertulis untuk membersihkan tanggungjawabnya, agar mempertahankan reputasi sejarahnya. Tetapi perhitungannya silap. Tindakan ini sekadar menambah bahan lawak tentang dirinya dalam sejarah.

Read more ...

PRU13: PSM guna logo sendiri, tak mahu tanding banyak kerusi


KUALA LUMPUR, 18 Feb. : Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan berkata pihaknya mahu menggunakan logo parti itu pada pilihan raya umum ke-13, bukannya logo Parti Keadilan Rakyat yang disaksikan sebelum ini.

Jelas Arutchelvan, selama ini PSM bersetuju menggunakan logo PKR namun sudah sampai masa bagi parti bertanding menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun diwujudkan.

“Pendirian kita sekarang adalah kita bersetuju menggunakan logo pembangkang dan telah ada satu perjanjian pilihan raya dengan Pakatan Rakyat selain bersetuju dengan manifesto Pakatan Rakyat.

“Tapi dalam situasi sekarang yang mana Pakatan Rakyat masih tiada logo sendiri, jadi setiap parti menggunakan logo mereka, jadi kami merasakan ia tiada masalah untuk membenarkan PSM menggunakan logo sendiri di kawasan yang kita tanding,” katanya dalam satu kenyataan.

PSM telah bertanding dengan menggunakan logo PKR pada pilihan raya 2004 dan 2008.

Arutchelvan berkata adalah satu tindakan “bodoh” sekiranya PSM yang telah memenangi dua kerusi pada pilihan raya umum 2008 tidak menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun berjuang.

Pendaftaran parti itu diluluskan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

“Sebelum parti kami didaftarkan, kami bertanding dengan menggunakan logo parti lain dan seperti mana yang dikatakan, PSM tidak belot terhadap Pakatan Rakyat seperti mana pemimpin PKR.

“Jadi ia satu perkara logik untuk PSM gunakan logo, ia kelihatan bodoh kepada parti yang tidak menggunakan logo sendiri selepas 11 tahun berjuang menentang kerajaan persekutan dan ia kelihatan tidak munasabah,” katanya.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, parti itu hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.

Kata beliau, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), malah sedia memberi PSM lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

“Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Jika dipilih, MCLM berkata, calon-calonnnya akan memutuskan isu berdasarkan pada suara hati mereka berbanding konsensus perikatan.

Ia hanya akan menawarkan calon kepada PKR, bukan kepada DAP dan PAS.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya berkata kepimpinan tertinggi PKR termasuk ketua umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan mesyuarat dengan PSM hujung minggu lalu untuk membincangkan peruntukan kerusi pilihan raya umum ke-13.

Dalam pilihan raya umum 2008, PSM meletakkan empat calon dan menang dua kerusi iaitu Michael Jeyakumar Devaraj yang menang di Sungai Siput untuk muncul Ahli Parlimen pertama PSM manakala presiden parti Dr Nasir Hashim pula menang di Kota Damansara, Selangor.

Tambah Arutchelvan, pihaknya tidak mempunyai rancangan untuk bertanding lebih banyak kerusi tetapi hanya mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum nanti.

“Kami percaya calon terbaik patut dibenarkan bertanding, PSM tidak berniat untuk menuntut lebih banyak kerusi ... kami hanya mahu bertanding di beberapa kerusi yang kami rasakan boleh menang dan membantu Pakatan Rakyat di kawasan lain,” katanya.

Beliau berkata PSM akan meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai rakan dan memastikan BN disingkirkan.

Read more ...

Bukti kerajaan guna saman ekor untuk dapatkan duit dari rakyat

Saman ekor: Kerajaan cari duit haram dari rakyat

Saya sekadar ingin beritahu bahawa saya mempunyai perasaan untuk malas memiliki kereta tetapi ia adalah keperluan saya dan keluarga. Kenapa? Sebab saman ekor.

Adakah patut, kereta saya WPC9930 telah disaman ekor di Gombak-Selayang pada November 2008 sedangkan kereta tersebut telahpun saya hantar ke Sabah pada September 2008. Bermakna kereta tersebut berada di Sabah dan bukannya di Semenanjung.

Memandangkan pemilik saman yang tidak membayar saman akan disenaraihitamkan selepas 28 Februari ini, maka saya telah membayar saman-saman saya pada 16 Januari 2011 yang lalu. Tetapi saman yang satu ini saya tidak bayar dan saya telah merujuknya di Cawangan Trafik di Kuala Kubu Bharu.

Saya kemukakan bukti bahawa kereta tersebut telahpun dihantar ke Sabah dan kerani tersebut mengarahkan supaya saya merujuk perkara tersebut ke Ibu Pejabat Cawangan Trafik di Selayang.

Saya ke Selayang pada 18 Januari 2011 dan mengemukakan semua bukti dan saya meminta supaya saman tersebut dibatalkan sahaja. Mereka kata tidak boleh. Mereka mesti melihat gambarnya dahulu.

Saya menunggu lebih kurang 10 minit dan kerani di kaunter meminta saya menunggu selama 2 minggu kerana saman tembak tersebut dilakukan oleh Pejabat Bukit Aman.

Katanya mereka akan menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya dan saya juga boleh merujuk keputusan di Cawangan Trafik Kuala Kubu Bharu.

Sehingga kini, sudah sebulan saya menunggu, saya tidak ke Cawangan Trafik Kuala Kubu sebab saya boleh menyemaknya melalui internet.

Sehingga kini saman tersebut masih ada dan belum dibatalkan. Apakah sebabnya? Saya boleh mengagak sebabnya tetapi saya tak mau cakap.

Sebentar tadi saya telah menyemaknya buat kesekian kalinya, masih belum dibatalkan dan sudah bertambah satu lagi saman. Kali ini di Kuala Lipis. Mungkin saman ini betul dan mungkin tidak. Saya menjadi ragu kerana kes yang pertama tadi.

Saya mula mengaitkannya dengan dakwaan pihak tertentu bahawa ada APCO (Yahudi) di Bukit Aman. Mungkinkah ini adalah salah satu hasil dari nasihatnya?

Atau sememangnya kerajaan dah tak ada duit, lalu mencari duit haram dari rakyat. Atau, adakah orang lain menggunakan nombor pendaftaran kereta saya. Kalau ya, di mana buktinya.

Namun, melalui bukti dokumen penghantaran kereta ke Kota Kinabalu yang saya berikan, tentulah kereta yang disaman itu sepatutnya bukan saya punya dan mesti dibatalkan. Terlalu banyak kemungkinan. Saya tidak tahu.

Apapun, mereka yang melakukannya mungkin boleh dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam tugas. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekarang dah menghampiri 28 Februari dan sekiranya saya tak bayar, mungkin saya akan disenaraihitamkan. Lesen memandu tidak boleh diperbaharui. Sedangkan saya perlu memandu. Cukai jalan juga tidak akan diperbaharui sedangkan kereta itu perlu bergerak.

Kalau saya bayar, bermakna saya bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan keji ini.

Saya benar-benar kecewa.

Yunus Sauman Sabin,
Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Read more ...

Peneroka Felda jangan takut

Demi Masa Depan: Peneroka Felda Digesa Lebih Berani Memperjuangkan Hak Dan Kepentingan Mereka !!

KUANTAN, 18 Feb - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) menggesa para peneroka supaya berani mempertahankan hak mereka berkaitan isu-isu Felda.

Jika tidak mereka akan terus ditipu dan dicucuk hidung oleh agensi tersebut.

"Kami sudah buat bermacam-macam cara untuk bantu peneroka seperti dialog, seminar, taklimat, laporan polis termasuk menghantar memorandum kepada Suhakam termasuk menteri yang berkenaan. Makanya, peneroka sendiri perlu berani berjuang dan tidak boleh bergantung kepada kami semata-mata", kata Mazlan semasa Majlis Dialog dan Penerangan Isu Felda di Markas PAS Permatang Badak dekat sini malam tadi.

Menurut Mazlan, sudah tiba masanya peneroka bangkit dan buat tindakan demi masa depan mereka.

"Tahap kesedaran orang Melayu tentang isu-isu Felda ini amat rendah sebenarnya. Justeru itu mereka terutamanya para peneroka perlu berubah mulai sekarang. Tiada gunanya lagi berunding dengan pihak Felda bagi menyelesaikan berbagai isu yang dibangkitkan. Ini kerana semua perundingan itu pemenangnya ialah Felda. Tiada langsung konsep 'win-win situation' dalam menangani hal ini", katanya.

Banyak Lagi Kes Isu Felda Di Bawa Ke Mahkamah


Sementara itu Mazlan turut menegaskan bahawa pihaknya (ANAK) tidak akan berganjak daripada matlamat asalnya untuk membela nasib peneroka yang terus ditindas terutamanya di Felda Plantations di seluruh negara.

"Jalan perundingan semakin tertutup sekarang, maka itu kami menjangka dalam tempoh terdekat ini ada 20 hingga 30 kes lagi akan dibawa ke mahkamah. Buat masa ini, lebih 600 peneroka dari gugusan Bera sedang bersiap sedia untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Tinggi Temerloh. Malah jika tiada aral melintang, jumlah itu akan bertambah mencecah ke angka 1,000 orang peneroka. Jika ini berlaku, ia akan menjadi satu sejarah sebenarnya", tambah Mazlan Aliman.


Tn.Hj Marzuki (bekas Pengurus), Mazlan Aliman (Presiden ANAK)

Harris Abdullah (Peguam) bersama pengerusi majlis dialog
[Majlis dialog yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri oleh dan Peguam Harris AbdullahTuan Hj.Marzuki yang merupakan bekas seorang Pengurus Felda.

Banyak isu-isu menarik yang telah diperkatakan dan seharusnya diambil perhatian oleh para peneroka Felda itu sendiri. Mereka harus mempunyai ilmu untuk membolehkan mereka berjuang mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Jika tidak, maka selama-lamanya mereka akan terus ditipu dan dijadikan alat untuk memuaskan nafsu pihak-pihak yang berkepentingan. Isu Felda kini menjadi kes
"berprofail tinggi" yang mendapat perhatian semua pihak.

Malah, janji Pakatan Rakyat untuk memansuhkan
Felda Plantations seperti yang terdapat dalam Buku Jingga cukup memeningkan kepada pihak yang berkenaan.

Kini, apakah rakyat wajar terus tertipu lagi sesudah lebih 50 tahun negara kita merdeka. Makanya, bebaskan peneroka dari cengkaman dan belenggu Felda selepas dapat
Geran Hak Milik mereka].

PDO.

Read more ...

Cara mudah kerajaan dapatkan duit untuk kroni

Kompaun lalu lintas bakal tumbangkan BN

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kadar kompaun yang bakal dikuatkuasakan akan menjadi salah satu sebab kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Pengerusi PRM Wilayah Persekutuan, Zulkarnain Abdullah berkata, BN akan tumbang jika kompaun itu tidak dikaji semula demi rakyat yang kini menghadapi masalah ekonomi yang sangat teruk.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku kononnya beliau prihatin terhadap rakyat, tetapi menaikkan kadar kompaun di waktu ekonomi negara sangat teruk.

PRM, katanya berpendapat bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu lebih mengutamakan langkah-langkah keselamatan untuk menurunkan kadar jenayah yang kini sangat membimbangkan di negara ini berbanding dengan kompaun lalu lintas yang hendak diselaraskan pada 1 Mac 2011 nanti.

“Tidakkah ini bertentangan dengan apa yang digembar-gemburkan?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Read more ...

Umnolah yang rasis

Bukan Melayu tergugat, tapi ketuanan Umno terhakis

KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kebimbangan Umno kononnya hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis di bawah kuasa Pakatan Rakyat adalah tidak berasas sama sekali sebaliknya sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyokong pakatan itu.

Sedangkan PAS dalam Pakatan Rakyat konsisten untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim berkata, golongan muda tidak harus terpengaruh dengan ketakutan yang ditimbulkan itu kerana perlembagaan bukanlah perkara yang boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.

"Secara realitinya, walaupun perlembagaan itu merupakan dokumen yang boleh dipinda tetapi kita semua tahu tidak cukup untuk dipinda kalau sekadar mendapat dua pertiga.

“Prosesnya cukup ketat, kena dapatkan kebenaran dari Majlis Raja-Raja sebagai contoh. Jadi apa yang nak dibimbangkan?

“Saya pernah sebut dalam PAS, kalau katakan DAP menang majoriti dalam Dewan Rakyat, mereka pun tak mampu buat kalau mereka kata nak pinda perlembagaan berkaitan perkara ini,” kata beliau dalam forum Ketuanan Melayu: Umno Rasis atau PR Retorik di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini malam tadi.

Beliau berkata, Ketuanan Melayu kembali dicanangkan Umno selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan kemerosotan sokongan rakyat terhadap Umno BN.

Kenapa bising-bising (mengenai ketuanan Melayu) sekarang ini? Timbul hak Melayu makin terhakis, Raja Melayu semakin dipinggirkan?

“Sebabnya senang sahaja. Bukan sebab hak orang Melayu digugat tapi yang menjadi masalah besar ialah hilangnya ketuanan Umno,” katanya.

Menurutnya, tanpa melaungkan Ketuanan Melayu, PAS konsisten menjaga perkara yang termaktub dalam perlembagaan ini malah menjadikan perkara tersebut sebagai agenda dalam Pakatan Rakyat.

“Sikap PAS sejak puluhan tahun dulu sehingga sekarang, kita konsisten mempertahankan keistimewaan orang Melayu yang wujud dalam perlembagaan.

“Sebab itu PAS sanggup bersama dalam Pakatan Rakyat, kita tidak kompromi soal tersebut dan perjanjian dibuat bersama Pakatan Rakyat sebelum konvensyen pertama Pakatan Rakyat pada 2009,” katanya.

Sehubungan itu, golongan muda tegasnya tidak perlu terpengaruh dengan Ketuanan Melayu yang menjadi agenda politik sempit Umno.

“Momokan ini bagi orang muda yang semakin celik maklumat, kita akan faham bahawa segala kekalutan yang timbul ini semata-mata bersifat politik,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Ketuanan Melayu hanya mementingkan kuasa politik dominan Melayu tanpa menyedari bahawa kekuatan Melayu yang sebenar ialah jati diri.

“Kuasa politik dominan orang Melayu dikatakan perlu untuk kononnya menjamin kedudukan orang Melayu.

“Kalau tak ada kuasa politik, hak dan kedudukan orang Melayu akan terjejas. Sebab itu Mac 2008 merupakan titik tolak yang sangat besar kerana dilihat berlaku hakisan dominan politik,” katanya.

Tambahnya, Melayu terus dilemahkan dengan kononnya terus memerlukan ‘tongkat’ dari kerajaan untuk maju dalam ekonomi selain diajar untuk mengambil hak bangsa lain jika ingin maju dalam ekonomi.

“Teras yang terus dipasakkan dalam pemikiran Melayu ialah orang Melayu terus perlukan tongkat untuk maju dalam ekonomi kerana tanpa bantuan berterusan dari kerajaan Melayu akan tenggelam.

“Untuk orang Melayu mendapat kedudukan dalam bidang ekonomi, kita perlu ambil bahagian orang lain. Itu yang menjadi teras Ketuanan Melayu yang perlu diteliti kembali,” katanya.

Ujarnya, perbincangan mengenai Melayu seringkali disensitifkan tanpa merujuk sejarah secara keseluruhan menyebabkan timbulnya sifat tidak senang Melayu terhadap kaum lain.

“Perbahasan tentang Melayu ini terlalu emosi dan diherotkan perbincangannya. Contohnya bila kita bercakap tentang ekonomi, kita tidak adil apabila menidakkan peranan kaum lain dalam membina ekonomi negara.

“Kalau baca sejarah negeri Johor, berapa ramai yang tahu bahawa dalam tahun 1850-an dan 1860-an lebih ramai orang Cina daripada orang Melayu di sana.

“Kita kena baca sejarah secara keseluruhan, jangan tinggalkan idea tokoh pimpinan dahulu yang banyak beri kesan kepada negara. mereka bukan Umno, bukan Perkasa tapi orang seperti Zaaba, mereka bawa kesedaran kepada rakyat bahawa orang Melayu tertekan dan dimangsakan golongan elit pemerintah dari dulu lagi,” katanya.

Turut menjadi panel pada forum yang dihadiri majoriti golongan muda itu ialah Naib Presiden Perkasa, Dr. Asyraf Wajdi dan blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor.

Read more ...

Video :"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah, dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno" - Dr Balachandran



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/drbala.jpgKUALA TERENGGANU - Hanya tinggal kira-kira dua puluh peratus bukan Islam yang masih tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, selebihnya sudah mula mempelajari Islam yang dibawa PAS.

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu berkata, Umno kini sudah menjadi 'ekstremis' berbanding dengan PAS yang dilihat sebagai 'moderate' dikalangan orang bukan Islam.

"Kita nampak Umno tidak ikut apa yang ada dalam Islam, kezaliman tidak ada dalam Islam, rasuah tidak ada dalam Islam,'penyangak' tidak ada dalam Islam,

"Umno sudah jadi sebaliknya, Umno sudah menjadi 'ekstremis' dan PAS sudah menjadi moderat, 20% (bukan Islam) masih terkonkong pemikirannya bersama Umno-BN, 80% sedang mempelajarai (Islam) tetapi dia tak nak BN,

"Bagi kita (bukan Islam) kita nak Islam, satu cara untuk Islam didirikan hanya cara PAS kerana itu PAS mesti ganti Umno, "jelasnya ketika bercakap kepada media, Rabu 16 Februari.

Beliau berkata, Umno-BN yang telah memerintah negara Malaysia tidak dapat memberikan keadilan, namun sebelum ini, bukan Islam dan bukan Melayu tidak ada 'platform' (saluran) untuk menyuarakan hasrat mereka.

"Sekarang sudah ada Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu, sudah tiba masnya kita betul-betul (berubah), kita bukan mahu mendengar apa orang kata,

"kita rujuk kepada Islam dan apa yang kita tahu, apa yang Umno lakukan memperlekehkan Islam,"ujarnya.

Menurutnya Umno akan menggunakan pelbagai taktik kotor, umpamanya memutarbelitkan dan mengelirukan masyarakat bukan Islam dengan hukum Hudud.

Bagi Dr. Bala, hukum Hudud adalah pilihan kepada orang Islam itu sendiri.

"hukum Hudud, bagi kita, pilihan kita, kalau kita jahat, kita kenalah (hukuman), dan orang yang takutkan hukum hudud ialah orang Umno,

"dia orang memang takutkan hukum hudud sebab dia otrang yang 'penyangak' dia orang yang rasuah,"katanya.

Read more ...

Jika tidak boleh duduk, Saiful sembahyang Jumaat atau sembahyang mayat ?

Saiful Bukhari sembahyang mayat 27 Ogos 2008?

Saiful Bukhari Azlan orang yang mendakwa dirinya diliwat oleh ketua umum Parti KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dia tidak dapat duduk selama dua hari selepas diliwat tanpa rela oleh Anwar Ibrahim pada 26 Ogos 2008 yang lalu [Saiful Bukhari].

Kenyataan ini jelas sekali bercanggah dengan jawapannya di mahkamah pada 10 Mei 2010 ketika ditanya oleh peguam Anwar, Karpal Singh. Karpal bertanya kepada Saiful yang mendakwa diliwat pada 26 Ogos 2008 itu sama ada dia ada menunaikan solat pada 27 ogos 2008?. Saiful menjawab dia ada menunaikan solat Jumaat sehari selepas dia diliwat [M'sian Insider].



Persoalannya di sini, bukankah Saiful memberitahu bahawa dia tidak dapat duduk selama dua hari kerana diliwat tanpa rela. Jadi bagaimanakah dia melakukan solat Jumaat? Adakah Saiful melakukan solat Jumaat tanpa duduk? Bukankah duburnya sakit selama dua hari? Adakah Saiful solat Jumaat sambil menangis dan meraung kerana menahan sakit di duburnya? Atau mungkin saiful melakukan sembahyang mayat pada hari Jumaat itu? Tapi, siapa pula yang meninggal dunia?


ReJaM© "Lepas satu, satu kenyataan Saiful bercanggah. Kes ini memang patut digugurkan"

Read more ...

PAS buat Umno gelisah anjur Himpunan 'PAS Ganti Umno' kedua di Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/wahidtunjukdapgantipas.jpgKUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu menjangka lebih ramai akan hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (Himpunan PGU) kali kedua di bandar Jerteh, Besut pada 19 Mac depan, setelah berjaya buat kali pertamanya diadakan di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan PGU kedua yang akan di adakan pada hari Sabtu 19 Mac, bermula sejak Jumaat dengan pelbagai aktiviti pemuda, muslimat dan ulamak.

(Gambar - Program Himpunan PGU telah menggugat Umno-BN Terengganu, Wahid menunjukkan risalah fitnah 'DAP ganti PAS' yang disebarkan Umno-BN merata tempat)

Oleh itu, PAS mengajak seluruh lapisan rakyat Terengganu menunjukkan sikap menolak Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN), menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang,

Kata Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Umno-BN mesti ditolak kerana parti tersebut bukan sahaja telah mengkhianati rakyat Terengganu, bahkan turut mengkhianati kerajaan dan menderhaka kepada al-Sultan Terengganu.

"Kita mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (PAS Ganti Umno) untuk mengajak semua lapisan rakyat Terengganu untuk menolak Umno kerana Umno telah mengkhianati rakyat Terengganu, mengkhianati kerajaan negeri Terengganu dan menderhaka kepada raja, sultan (negeri) Terengganu,"ujar Wahid dalam satu sidang media khas di Pejabat Perhubungan PAS, Rabu 16 Februari.

Menurutnya, tindak tanduk Umno dalam isu royalti minyak yang menggunakan wang tersebut kononnya untuk membina pelbagai infrastruktur telah menyebabkan pelbagai penyelewengan, salahguna kuasa serta rasuah.

Selain Mursyidul Am PAS, Presiden PAS, kata Wahid, Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan Razak akan menjadi tetamu khas pada Himpunan PGU kali kedua ini.

Orang ramai yang hadir juga berpeluang melihat calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini, Cikgu Normala Sudirman

Read more ...

Rusia lancar saluran TV Islam

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/umatislamrusiasolat.jpgRussia akan melancarkan saluran televisyen Islamnya yang pertama pada April ini.

Saluran televisyen tersebut, antara lain bakal menawarkan rancangan-rancangan yang bercorak 'pendidikan kerohanian dan moral', kata seorang jurucakap bagi Majlis Mufti Russia kepada agensi berita AFP, lewat kelmarin.

Saluran itu, yang kini sedang menjalani ujian, akan 'mempunyai matlamat pemeradaban dan akan terdahulu menyumbang ke arah pendidikan kerohanian dan moral', kata jurucakap itu, Cik Gulnur Gaziyeva.

(Gambar - umat Islam menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Moscow)

Majlis tersebut, yang mewakili masyarakat Islam di Russia secara rasmi, sedang merekrut para penyampai, di samping sedang memutuskan kandungan bagi saluran televisyen berkenaan, yang sebahagiannya bercorak sekular, kata Cik Gaziyeva.

Saluran tersebut akan dibiayai oleh para penaja swasta, dedah Cik Gaziyeva, tanpa membutirkan sama ada ia akan disiarkan secara percuma.

Menurut dapatan banci terbarunya, Russia pada 2002 mempunyai kira-kira 14.5 juta penduduk Islam, yang ketika itu membentuk 10 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara itu, tetapi saluran televisyen arus utama kurang memberikan tumpuannya kepada para penonton berkenaan.

Sebagai tanda muhibah, saluran Rossiya yang dimiliki pemerintah menayangkan satu pertunjukan mingguan selama 10 minit yang bertajuk Muslims.

Dibiayai pemerintah Russia, ia memberi tumpuan kepada perbincangan tidak berunsur politik mengenai tradisi dan budaya masyarakat Islam.

Russia telah pun mempunyai beberapa saluran Ortodoks Russia, termasuk 'Spas' atau 'Saved', yang dihasilkan pada 2005 bagi 'mengukuhkan nilai-nilai kerohanian', yang disiarkan menerusi satelit ke Russia dan beberapa negara bekas Soviet Union, menurut laman web majlis mufti itu.

Presiden Dmitry Medvedev, pada satu mesyuarat dengan para pemimpin Ortodoks Russia pada minggu lalu, menekankan keperluan mengadakan dialog antara pelbagai agama untuk mengelakkan pertumbuhan konflik nasionalisme dan antara kaum. -- AFP.

Read more ...

Facebook Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizam dapat sokongan anak muda anti kezaliman

Mangsa tembakan kempen guna Facebook

TUMPAT, 17 Feb: Satu laman peminat Facebook atas nama 'Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudi'n dibuka dipercayai berkaitan kematian seorang lelaki dan anak saudaranya yang ditembak pegawai Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor semalam.

Sehingga berita ini ditulis, laman Facebook yang meletakkan gambar kad pengenalan mangsa sebagai gambar profil itu kini mempunyai 1,329 pengikut.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai pengendali dan laman tersebut disertakan.

Melihat kepada entri terawalnya yang dimasukkan pada jam 4.08 pagi tadi, laman itu dipercayai baru dibuat hari ini.

Semalam, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, cedera parah selepas terkena dua tembakan di rusuk kanan yang dilepaskan pegawai UPP yang didakwa ingin mempertahankan diri.

Nizamuddin ditembak selepas didakwa menyerang empat anggota UPP di perkarangan Hospital Tumpat ekoran salah faham berhubung punca kematian bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, Sa'aid ditemui empat anggota UPP dalam sebuah kereta Kancil di tepi jalan di Kampung Wakaf Tin di sini pada jam 7.45 pagi dalam keadaan lemah, berwajah pucat serta mulutnya berbuih.

Katanya, anggota UPP itu turut menemui 20 guni beras siam dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, melihat keadaan Sa'aid yang tenat, anggota UPP membawanya ke Hospital Tumpat untuk mendapat rawatan. Said disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Bagaimanapun, khabar angin yang sampai ke pengetahuan ahli keluarganya termasuk Nizamuddin mengatakan Sa'aid meninggal dunia akibat dibelasah anggota UPP menyebabkan mereka bertindak menyerang penguat kuasa berkenaan pada pukul 9.20 pagi.

Ekoran tembakan itu, Nizamuddin dibawa ke Hospital Tumpat untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun dia terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu kerana keadaannya yang parah.

Sementara itu, dipihak keluarga Allahyarham pula mempunyai versi berbeza berhubung kejadian tersebut.

Menurut mereka, kematian mangsa akibat dipukul dengan teruk oleh empat anggota UPP terbabit.

Penjelasan versi keluarga itu juga turut dimuatkan dalam entri Facebook tersebut.

"Saksi (anak saudara mangsa) yang menyaksikan kejadian pukul hingga mati Allahyarham Sa'aid ditembak sebanyak 2 das tembakan.

"Sebutir peluru mengenai bahagian dada kanan dan sebutir peluru lagi mengenai perut sebelah kiri mangsa. kejadian berlaku sejam selepas Allahyarham Sa'aid di pukul sehingga mati," entri dalam facebook itu dipetik.

Anak sulung Allahyarham, Nik Suriani Sa'aid ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya semalam turut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang menimpa keluarganya.

Lebih mengecewakan ekoran bapanya dituduh penyeludup beras terbesar di Malaysia itu seperti dilapor beberapa media.

"Saya mahu keadilan diberikan kepada keluarga saya, bersihkan nama baik keluarga saya.

"Buktikan bapa saya penyeludup beras terbesar Malaysia, sedangkan beras yang dibawanya tidak sampai pun RM700 nilainya," katanya.

Husam minta siasat

Kelmarin, kerajaan dan Polis Diraja Malaysia diminta menyiasat lebih terperinci berhubung kes kematian seorang peniaga beras, allahyarham
Said Mat Hassan, 56, termasuk anak saudaranya yang cedera parah terkena tembakan, Ahmad Nizamudi'n, 19.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata rakyat serta keluarga mangsa ingin
mengetahui punca sebenar kejadian sehingga berlakunya kematian serta tembakan terhadap Riduan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika melakukan lawatan ke atas keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Daerah, Tumpat di
sini malam tadi.

Terdahulu beliau mengunjungi keluarga allahyarham di Kampung Bendang Pak Yong, dekat sini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga
terbabit di atas apa yang berlaku.

Husam seterusnya berharap kerajaan melakukan siasatan secara adil serta tidak melindungi mana-mana pesalah dalam kejadian itu.

“Kita juga kesal bagaimana ianya boleh berlaku sehingga mengakibatkan kematian dengan kesalahan hanya menyeludup beras.

“Seorang lagi mangsa ditembak dua das hanya kerana tindakan ‘hilang sabar’ akibat trauma berhubung kejadian yang menimpa keluarga
mereka,”ujarnya.

Menurut Husam perkara itu (seludup beras) memang salah disisi undang-undang, namun amat tidak wajar mereka dihukum sedemikian.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi setelah mangsa keluar dari rumah untuk meneruskan kerja hariannya sejak sekian lama
dengan berniaga beras.

Bapa mentua mangsa, Shafie Che Tah, 69, ketika ditemui berkata bagaimanapun menantunya itu akhirnya ditangkap polis Unit Pencegah
Penyeludupan (UPP).

“Dia dipukul hingga pengsan dan dipercayai meninggal dunia selepas itu. Anak saudara allahyarham (Riduan) pula mengamuk apabila melihat
sekumpulan UPP datang ke hospital.

“Saya diberitahu dia ditembak dua das dari pihak UPP dalam pergelutan itu,”ujarnya ketika ditemui.

Riduan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu.

Read more ...

Hari-hari fitnah DAP tak tolong Melayu, tapi Umno yang halang bila DAP nak tolong Melayu

MP Bakri dihalang ikuti proses cabutan lot tanah

MUAR, 17 Feb: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa telah menerima laporan daripada penduduk setempat yang mendakwa wujud penyelewengan dalam proses pemberian tanah di Bukit Naning yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah Daerah Muar.

Tanah yang terletak di belakang Klinik Desa, Parit Mohd Zin telah ditawarkan kepada penduduk Bukit Naning untuk tujuan perumahan.

Tanah tersebut telah dibahagikan kepada 28 lot, nombor lot bermula dari PTD8799 sehingga PTD8826. Setiap tanah yang ditawarkan masing-masing kurang daripada satu ekar.

Tawaran tersebut telah dimulakan sejak bulan Mac, 2008 dan pemohon akan ditemuduga pada 24 Jun.

[Gambar: Seorang ahli Umno cuba menghalangkan Er (kiri) meneliti proses cabutan lot tanah.]

Seramai 560 orang penduduk telah memohon tawaran tersebut dan wang sebanyak RM30 telah diserahkan oleh mereka sebagai wang pendaftaran.

Pada 7 Februari 2011, pemohon yang berjaya telah menerima surat rasmi daripada Pejabat Tanah Daerah Muar bahawa cabutan lot tanah akan diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam pada jam 9.30 pagi, semalam.

Namun, sebahagian daripada pemohon yang gagal telah mendapati bahawa kebanyakan daripada pemohon yang berjaya dalam pemohonan adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengaruh politik atau merupakan pemimpin politik tempatan.

Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemohon.

Semalam, Er Teck Hwa yang ditemani oleh pemohon yang gagal iaitu Shamsuddin Buang dan Azman Ibrahim untuk membuat laporan polis di Pondok Polis Bukit Naning.

Selepas membuat laporan polis, Er telah hadir di majlis cabutan yang diadakan di Kompleks Penghulu Ayer Hitam untuk memerhatikan proses cabutan tersebut.

Namun seorang bekas bendahari Umno cawangan telah menghalang Er daripada memasuki kompleks tersebut kerana menurutnya Er tidak diundang.

Namun, Er berkeras untuk masuk ke dalam kompleks supaya dapat meneliti proses cabutan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab seorang wakil rakyat.

Pada hari yang sama, beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Muar kerana dihalang untuk menjalankan tugas rasmi sebagai seorang ahli Parlimen.

Daripada identiti pemohon yang lulus dalam pemohonan, 9 daripada mereka adalah paling disyaki.

Mereka termasuklah ketua dan bekas ketua kampung, pemimpin dan keluarga Umno cawangan.

Walaupun keupayaan kewangan tidak dinyatakan sebagai satu syarat dalam petimbangan tawaran tanah ini, namun sebagai kerajaan yang melaung-laungkan slogan menjaga hak rakyat, keutamaan harus diberikan kepada mereka yang kurang upaya untuk memiliki rumah.

Selain daripada itu, pemohon-pemohon berjaya yang datang daripada keluarga yang sama dan latar belakang politik juga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada pemohon lain.

Pihak berkenaan harus memberikan ulasan penolakan permohonan kepada pemohon yang gagal kerana mereka telah membayar wang pendaftaran sebanyak RM30 dan telah menjalani proses temuduga, atau sekurang-kurangnya pihak berkenaan memberikan surat kepada kesemua pemohon mengenai status permohonan mereka walaupun gagal.

“Proses cabutan harus diadakan di hadapan kesemua pemohon bagi menunjukkan sikap ketelusan pihak penganjur,” katanya.

Read more ...

Keluarga Hosni Mubarak kaya raya di Mesir, keluarga Najib dan Mahathir kaya raya di Malaysia

Persamaan Malaysia dan Mesir adalah sistemnya - Anwar

GOMBAK, 17 Feb: Malaysia dan Mesir mempunyai persamaan yang jelas dari segi sistem walaupun dari segi ekonominya agak berbeza, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau di Mesir, sistem satu parti yang berkuasa yang menyebabkan isteri Husni Mubarak iaitu Susan dan anaknya, Gamal, menjadi kaya raya.

Di Malaysia juga, kata Anwar, mempunyai sistem yang sama iaitu satu parti yang kekal berkuasa mengkayakan sanak saudara kepada pemimpin negara yang ada.

"Dari segi ekonomi tak sama tetapi sistemnya sama. Satu parti yang berkuasa, sombong dan angkuh, kayakan anak isteri. Siapakah paling kaya di Mesir, Mubarak. Kemudian Susan isteri dia kemudian anak dia Gamal.

"Di sini, di kalangan umat Melayu beragama Islam, siapa paling kaya...anak Mahathir, Mokhzani. Yang kedua, adik Najib, Nazir
yang ketiga Tan Sri Syed Mokhtar," kata Anwar ketika melancarkan gelombang kedua Kempen Bantah Saman Ekor (KASE) di Gombak malam tadi.

Akhbar Umno, Utusan hari ini menyiarkan di muka depan 10 orang terkaya di Malaysia. Menurut Malaysian Busines sebelum ini, antara yang terkaya di Malaysia adalah Mokhzani Mahathir iaitu di tempat ke 20 terkaya di Malaysia.

Adik Perdana Menteri, Nazir Razak pula di tempat ke 40 terkaya di Malaysia.

Menurut Anwar, di Mesir sekarang, ketika melarikan diri, Mubarak bersama isterinya Susan dan anaknya Gamal membawa 40 - 70 bilion Dolar Amerika.

Di Tunisia pula, apabila Presidennya, Zine El Abidine Ben Ali lari meninggalkan negara itu bersama isterinya, Lella mereka membawa bersama 20 bilion dollar Amerika.

"Di Tunisia, berita Ben Ali sama naik sahaja dengan isterinya....Ben Ali, Lella..lepas itu Ben Ali, Lella, Lella, Lella...macam pernah dengarnya je macam ni ye...di mana?" tanya Anwar dengan diikuti ..."Malaysia, Najib Rosmah," jerit para penonton.

Anwar juga mempertikaikan kenyataan Najib kononnya Malaysia akan bangkrap jika melaksanakan rancangan 'Buku Jingga' yang dikemukakan Pakatan Rakyat.

"Mana ada di dunia negara bangkrap kerana tolong rakyat, yang bangkrap jika kerajaan tekan rakyat," kata Anwar Ibrahim.

Read more ...