TEMERLOH, 1 Julai: Enam remaja yang berdemonstrasi di hadapan bangunan pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, dekat sini selepas solat Jumaat tadi, diberkas polis dan dibawa ke balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
Mereka sebahagian daripada kira-kira 20 orang yang berhimpun di jalan Dato’ Bahaman di sini yang dikatakan bertindak membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Budak-budak lepasan sekolah itu memegang sepanduk “Kami NGO Temerloh bantah himpunan BERSIH” sambil memekik “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS.
Mereka yang berasal dari kampung-kampung berdekatan itu kemudiannya bertempiaran lari dan menunggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita sementara enam orang daripadanya dimasukkan ke dalan van polis.
Sementara itu salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 hingga RM30 seorang daripada pihak tertentu.
Turut hadir memerhatikan gelagat mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid, puluhan anggota Unit Amal serta ahli-ahli PAS yang turut berkumpul di depan pejabat PAS.
Sementara itu, Ahmad Nizam yang juga pengamal undang-undang meminta enam remaja yang ditahan polis itu dilepaskan segera kerana mereka mempunyai hak untuk berhimpun.
“Mereka mempunyai hak untuk berhimpun secara aman membantah sesuatu yang tidak disukai kerana ia termaktub dalam perlembagaan.
“Jadi kita harap pihak polis segera bebaskan mereka,” katanya.
Friday, July 1, 2011
PAS minta polis bebas 6 remaja yang diupah berdemo di hadapan Pejabat PAS
PAS Parit Buntar dekati rakyat melalui karnival cakna
Setiausaha Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak berkata, Karnival Cakna Rakyat itu adalah kesinambungan kepada program PAS Parit Buntar untuk mendekati rakyat yang diadakan di beberapa tempat dalam kawasan Parlimen Parit Buntar.
“ Selain Karnival Cakna Rakyat, PAS Parit Buntar banyak mengadakan program mendekati rakyat seperti program ‘Kami Prihatin’, ‘Ziarah Rakyat’ dan ‘Hari Bersama Pelangan’.
“Ini adalah usaha kita untuk lebih dekat dengan rakyat dan mengetahui masalah mereka serta memberi mereka perkhidmatan secara terus bagi memudahkan rakyat” katanya
Menurutnya, pelbagai acara untuk pelbagai peringkat umur termasuk bagi golongan lelaki dewasa, wanita dan kanak- kanak yang dijalankan mendapat sambutan sangat menggalakkan dari penduduk setempat.
" Acara dimulai dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, kapal terbang laju, tiup belon dan isi air dalam botol.
" Manakala acara orang dewasa melibatkan boling kelapa, kupas epal dan baling belon air" katanya
Beliau berkata, khidmat kesihatan percuma yang ditawarkan menjadi tumpuan penduduk yang ingin mengetahui tahap kesihatan mereka.
“Pemeriksaan kesihatan yang dijalankan meliputi ujian tekanan darah, ujian glukosa,berat badan unggul dan kaunseling kesihatan.
“ Kita menekankan kepada menawarkan perkhidmatan seperti kesihatan kerana mementingkan tahap kesihatan penduduk “ katanya
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa serta pimpinan PAS Parit Buntar.
Sementara itu, Ketua PAS Cawangan Sungai Betul Bawah Abdul Razak Teridi berkata, penduduk dapat menggunakan medan seperti Karnival Cakna Rakyat untuk hadir serta menyertai acara yang diadakan.
“ PAS Parit Buntar mengadakan program hari ini khas untuk seluruh penduduk di sini, jadi kesempatan berkumpul pada hari ini telah digunakan sebaiknya oleh penduduk.
“ Kesibukan sering membataskan perhubungan yang lebih akrab, namun dengan program seperti Karnival Cakna Rakyat ternyata dapat dimanfaatkan penduduk untuk mengukuhkan hubungan yang sedia terbina”katanya
Beliau berkata, jika program ini dijadikan aktiviti tahunan PAS Parit Buntar pastinya lebih banyak manfaat yang bakal diperoleh penduduk.
“Tidak mustahil sekiranya program akan datang lebih hebat dan dimantapkan dengan pengisian yang banyak,” katanya.
“Program seperti ini pasti akan mendapat sambutan dari penduduk yang memberi komitmen dan meluangkan masa hadir bersama,” katanya
Kanak-kanak menunggu giliran menyertai acara
Seorang penduduk sedang mendapat khidmat kesihatan
Jika polis tak mahu berunding , Himpunan BERSIH 2.0 tetap diteruskan
Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis,lapor KeadilanDaily.com.
Namun sekiranya gagal berbuat demikian, beliau menegaskan bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan.
“Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua.
“Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan,” kata Maria.
Beliau memberi reaksi berhubung kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur.
Ia ekoran pertemuan Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri menentukan jalan laluan peserta Bersih ke Istana Negara.
Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu.
Menurut Maria, Bersih kecewa kerana polis masih berkeras, malah mengancam menggunakan ISA yang secara jelas mencabuli hak asasi manusia.
“Polis sudah tidak ada idea dan cara lain selain kekerasan iaitu ISA, saya nak tanya PM kenapa bila kita dah buka cara untuk berdialog dan cuba berbincang tapi masih lagi tidak dapat terima?,” soal beliau.
Menurut Maria, Bersih telah memberikan cadangan dan usul yang munasabah untuk diterima pihak polis.
“Ianya mudah dengan memberitahu tiga tempat berlainan di mana tiga kumpulan akan berkumpul untuk berarak,” kata beliau.
“Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana Bersih sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam,” tegasnya lagi.
Polis tahan Exco Selangor selepas program mesra rakyat
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Twitternya menulis, Ronnie ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah berkenaan.
" YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar,"tulis beliau.
Difahamkan Ronnie dalam ceramahnya mengajak rakyat beramai-ramai menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Walau bagaimanapun, usaha Tv Selangor menghubungi Ronnie pagi ini tidak berhasil apabila talian telefon bimbit beliau seolah-olah dimatikan.
Tv Selangor kemudiannya menghubungi seorang lagi Exco Selangor, Elizabeth Wong yang turut bersama Khalid dan Ronnie ketika dalam perjalanan pulang dari ceramah tersebut.
Menurut beliau, mereka ketika itu sedang melalui jalan lama menuju ke lebuh raya dengan diiringi sebuah kereta peronda polis, namun tidak semena-mena kenderaan polis itu bergerak perlahan sebelum datang sebuah lagi kereta peronda yang lain.
" Dekat Rawang tiba-tiba kereta peronda bergerak lambat seperti 20 kilometer sejam dan tiba-tiba ada sebuah kereta peronda potong kereta kami dan berhenti. Kami semua keluar dan tengok YB Ronnie dibawa. Kereta itu kemudiannya berpatah balik,"kata beliau.
Ronnie difahamkan dibawa ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk disoal siasat malam tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.
Jangan sesiapa 'menjual' (melakukan provokasi) kita akan beli 'cash' kali ini, kita tidak akan biarkan sesiapa pun - Pesuruhjaya PAS Terengganu
KUALA TERENGGANU - Anggota polis diberi peringatan supaya melaksanan tugas-tugas mereka dengan lebih 'profesional' dan jangan bertindak kerana 'tekanan politik' oleh pihak tertentu.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut memberi amaran, rakyat akan hilang rasa hormat terhadap anggota keselamatan itu sekiranya terus bertindak atas arahan politik.
"jadi kita tak mahulah benda (hilang hormat) itu berlaku, polis ada tanggungjawab, kita hargai tanggungjawab dia,
"tapi janganlah dia nampak (diperlihatkan) seolah-olah ambil tidakan terhadap orang-orang tertentu atas dasar tekanan politik,"tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan provokasi yang berlaku sewenang-wenangnya oleh pihak polis dan pihak-pihak lain, menjelang Himpuinan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada pada 9 Julai ini.
[Gambar - Haji Wahid ketika bercakap dengan ahi dan penyokong PAS yang berhimpun untuk mempertahankan Pejabat PAS, apabila mendengar lhabar 'provokasi' yang cuba dilakukan oleh Umno]
Semalam, 30 Jun, sekurang-kurangnya dua tindakan provokasi yang berlaku kepada PAS Terengganu dan pemimpin pemuda PAS Terengganu.
Kira-kira jam 3 petang Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar disni telah dibanjiri lebih 300 orang ahli dan penyokong PAS.
Mereka hadir kerana mendapat khabar bahawa Pemuda Umno akan melakukan 'provokasi' dengan berdemonstrasi berkaitan BERSIH 2.0 di perkarangan pusat pentadbiran PAS Terengganu itu.
Mengulas peristiwa tersebut, Haji Wahid berkata ahli dan penyokong PAS berkumpul kerana mengetahui ada 'orang' yang mahu datang ke pejabat PAS dengan keadaan mencurigakan.
"Yang itu..... orang nak mari rumah kita (pejabat PAS) jadi kita tunggulah, tapi ahli-ahli kita bila sebut orang nak mari, dalam keadaan yang mencurigakan,
"jadi dia (ahli dan penyokong PAS) nak mempertahankan (Pejabat PAS),"jelasnya.
Manakala, di Dungun, kira-kira jam 6.30 petang, Ketua Pemuda PAS Dungun, Syeikh Mohamad Hanafi Abdul Aziz, telah ditahan oleh pihak polis kerana sehelai 'banner' BERSIH dan juga tindakan provokasi anggota polis.
Sehubungan itu, Haji Wahid memberi amaran kepada pihak-pihak yang melakukan provokasi agar tidak melakukan tindakan 'menjual' kerana katanya, PAS akan membelinya secara 'cash' pada kali ini.
"Saya sebut secara jelas, jangan sesiapa 'menjual' (melakukan provokasi) kita akan beli 'cash' kali ini, kita tidak akan biarkan sesiapa pun,
"jangan sesiapa pun ambil kesempatan, pasal, kita buat kerja sekarang ini 'ada kaedah',"kata Wahid.
Menurutnya, jangan ada pihak yang 'ambil mudah' dengan PAS, kerana menurutnya PAS sudah mempunyai pengalaman yang panjang berhadapan dengan tekanan pihak lawan.
Justeru, beliau menasihatkan kepada semua ahli-ahli PAS supaya tenang menghadapi situasi masakini.
Menurutnya, ahli-ahli PAS jangan mengambil tindakanj melulu dan mestilah mendengar arahan pimpinan PAS dari semasa ke semasa.
Seraya itu, beliau memberi amaran awal kepada pihak-pihak yang melakukan provokasi khususnya Umno.
"tapi kalau kita tahu (dengan bukti) jelas, ini provokasi terutamanya dari Umno atau sesiapa pun, kita bagi amaran awal,
"kita beri amaran awal, sebab kita kerja ikut arahan, kita buat kerja ikut peraturan, kalu sekiranya kali ini mereka mencabar,
"kita akan sambut,"tegasnya..BO
Ingatan kepada peserta himpunan BERSIH 2.0 : Jangan beri peluang polis salah guna kuasa macam himpunan lalu
Hosni Mubarak pun guna khutbah kutuk himpunan rakyat di Mesir
KEJAM : Anak Exco Selangor ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi
Saya amat berharap pihak Polis akan menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak saya di Pulau Pinang awal pagi Rabu.
Anak saya seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain.
Pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis.
Setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak saya dan terus menyerang dan menikam anak saya.
Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya.
Pada pendapat saya, kejadian ini bukan kes rompakan biasa kerana,
1) Mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya.
2) Mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya.
3) Mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang sedang menjalankan siasatan.
Saya amat menghargai akan kerjasama pihak Polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan.
Walau bagaimanapun saya berharap pihak Polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik.
Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka.
Tetapi walau apa sekalipun motif serangan tersebut, saya berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya.
Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anak saya dari kecederaan yang lebih parah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu beliau ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak Polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu.
Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan /
ADUN Chempaka
1 Julai 2011
RTM siar iklan KOTOR lakonan tiga pelakon murahan
PAS Perak hantar 50 ribu ahli PAS ke himpunan BERSIH 2.0
Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain berkata, setiap kawasan telah menghantar wakil untuk menyertai perhimpunan itu yang akan diketuai Ketua Lajnah Pergerakan Demokrasi dan Mobilisasi, Rahim Nordin.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memahami matlamat himpunan rakyat itu untuk memulihkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil.
“Lihat pada Perlem-bagaan Malaysia, berhimpun tidak bertentangan dengan akta yang ada dan sepatutnya kerajaan dan polis perlu beri layanan baik kepada rakyat sepertimana pada himpunan 1 juta Belia baru-baru ini.
“Himpunan itu diadakan dengan niat rakyat supaya kerajaan memberikan ruang untuk berbincang dalam lapan tuntutan Bersih.
“Kerajaan tidak pernah ambil peduli dengan lapan tuntutan itu dari tahun 2007 hingga sekarang,” katanya, di sini, semalam.
Katanya, Perdana Menteri sepatutnya menunjukkan idea-idea progresif di dalam dan di luar negara dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan tanpa halangan.
“Sebarang tindakan keras, kegagalan menjamin keselamatan rakyat pada 9 Julai ini atau retorik yang mencemuh rakyat mencerminkan kegagalan beliau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat,” jelasnya.SH
Rakyat perlu nilai kehidupan pemimpin BN
Timbalan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata, perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat semasa persidangan Dewan Rakyat.
“ Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa perbelanjaan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri berjumlah RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.
“ Kerajaan juga membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri” katanya
Beliau berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.
"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM49 juta setahun.
“Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76”katanya
Hamdan mempersoalkan seruan kerajaan yang meminta rakyat memikul beban yang ditanggung kerajaan sedangkan pemimpin kerajaan melakukan pembaziran wang rakyat.
“ Senarai pembaziran kerajaan Umno-BN terlalu panjang untuk disenarai, termasuk pembaziran yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak bersama isteri untuk lawatan ke luar negara.
“ Rakyat perlu menilai kehidupan mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang dengan kehidupan mewah pemimpin kerajaan UMNO-BN yang boros membelanjakan wang rakyat”katanya
Kantoi, selain guna remaja diupah UMNO , PERKASA juga guna Minah Indon untuk berdemo
pejuang Islam?
kepala hotak lu!
Jika UMNO boleh buat demo ganas polis benarkan, BERSIH nak buat himpunan aman kenapa tak boleh?
POLIS BOLEH TENGOK ,TANGKAP 6 ORANG PUN HANYA UNTUK SANDIWARA KATA POLIS AMBIL TINDAKAN
UMNO upah remaja RM 30 untuk berdemo, polis pula bagi laluan
Terbaru dua kejadian dilaporkan berlaku hari ini. Satunya demontrasi di hadapan Pejabat PAS Pahang, Jalan Dato' Bahaman Temerloh dan satu lagi di hadapan Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah dekat sini.
Di Temerloh, UMNO disyaki mengupah 20 orang remaja membuat demonstrasi. Salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 hingga RM30 seorang daripada pihak tertentu.
Mereka kononnya mengaku NGO Temerloh membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Remaja terbabit dipercayai datang dari Kampung Belengu, Jalan Bahagia, Bukit Kelulut dan Paya Keladan memegang sepanduk sambil dan memekik perkataan “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS lapor blog selamatkan pahang.
Mereka kemudiannya bertempiaran lari dan menonggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita.
Anggota Unit Amal, YB Syed Hamid, Ahmad Nizam Hamid (PKR) serta ahli PAS kelihatan turut berkumpul di depan pejabat PAS ketika itu. Sementara itu, di Kuantan pula seramai lebih 20 orang pemuda yang diysaki ahli Pekida dipercayai telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah dekat sini.
Antara kumpulan pemuda yang dipercayai anggota Pekida yang berdemo
Pelik, kain rentang ditujukan kepada PAS tapi demo dibuat di pejabat PKR
Antara tulisan yang jelas dapat dilihat pada kain rentang itu ialah "Kenapa Buat Di Jalanan, Buatlah Di Stadium" dan "Wahai Pemimpin PAS, Jangan Terpedaya Dengan Datuk Ambiga, Nanti Nyesal Tak Sudah". Ketika kejadian hanya dua pekerja pejabat Fuziah yang berada disitu.
"Kah Gee dah pesan jangan cakap apa-apa. Kalau dia nak bagi apa ambil aje... kunci pintu grill dan ambil (memorandum) dari dalam aje..Pada mulanya kami dapat info kata demo lynas.. sebab Jumaat lepas Karam Singh Walia buat rakaman disini", kata seorang pegawai pejabat Fuziah.
Melihat kepada kain rentang yang dipaparkan jelas menujukan bantahan kepada pemimpin PAS, tetapi anehnya mereka ini berdemo pula di pejabat Naib Presiden PKR. Ternyata puak-puak ini tidak punyai kepakaran dan pengalaman berdemo].
Serah tanah KTMB kepada Singapura : Rakyat kena ajar UMNO
KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.
Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.
Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.
Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.
"KTMB mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.
Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja.
Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi, katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.
"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.
Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek Holdings.
"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?
"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura?" katanya.
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.
"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.
"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" ujar beliau.