Ustazah dah mengamuk. Boleh percaya ke
seorang ustazah akan menulis macam neh? Neh ka cara penulisan seorang
ustazah dalam kolum akhbarnya? Sejak bila ruangan agama menjadi ruangan
politik? Kalau nak berpolitik terus terang sudey jangan gunakan pentas
dakwah sebagai medan.
Sebenarnya tak salah sambil berdakwah
sambil berpolitik apa seme. Ramai orang buat macam tue. Takde hal pun.
Masalahnya ustazah neh kan dia tak mengaku dia neh berpolitik tetapi
sebenarnya dia memang berpolitik pun. Maknanya dia nak masyarakat anggap
dia berdakwah walhal terang lagi jelas kan dia berpolitik tue.
Aku dengar citer dia bakal calon. Kat
mana? Titiwangsa kot. Apa pun tunggu lah bila senarai calon dah di
umumkan nanti. Sekarang mari kita tengok apa yang seorang ustazah yang
taknak mengaku dia sedang berpolitik bercakap pasal bersih 3.
Pada saya, ada empat sebab utama kenapa
Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi
PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR,
Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung
pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk
selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.
Kedua, tekanan rakyat terhadap
Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan
kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang
juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya
dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah
satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu
menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka.
Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan
kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks
Anwar.
Juga pembelian dan pemilikan saham
jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu
lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR,
Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar
Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa
Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam
PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut
pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.
Keempat, populariti Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang
ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah
Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang
menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan
menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah
mual dengan sikap pembangkang yang melampau.
Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator
Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa
mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral
membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga
bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil
tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan
huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar,
Azmin dan dirinya sendiri.
Dia bercakap pasal pakatan rakyat. Bukan
cakap pasal bersih. Dia neh pun sama juga macam kebanyakkan yang lain2.
Taktau apa beza antara pakatan rakyat dan bersih. Dah penat
diperjelaskan. Sampai satu tahap, kita juga akan merasa bosan.
Lepas tue dia bercakap lagi pasal isu2
seks. Yang dah lepas tah betul tah tidak pasal mat sabu tue pun dia
ungkit2. Alahai. Baik ko citer pasal macam mana mak dan bapak ko main
untuk dapatkan ko.. lagi bagus apa.
Ungkit dan main lah isu2 lepas. Sorry,
aku tatau kebenaran kes mat sabu tue oke, tapi kalau nak amek tahu pun
buat apa? Benda dah lepas. Ko dan aku siapa nak bercakap pasal benda
yang dah lepas kan? Betul tak? Itupun tak pasti lagi kesahihan nya macam
mana. Tah2 fitnah. Lagi mampos nak menjawab karang.
Bercakap pasal populariti najib konon.
Nak bodek dan ampu je lah yang ko pandai kan ustazah? By the way, kalau
najib glamer sangat apa kes keluarkan surat paksa arah ke program
anjuran bien ek? Apa kes? Kata popular what.. perlu ke nak arah orang
hadir apa seme?
kah kah kah
Mashitah yang kita sayangi dah takde dah..
Ameno : Ustazah, nak join politik ngaku je lah.