Thursday, December 1, 2011

GELOMBANG LEMBU SHAHRIZAT!!! Tenggelamkan harapan Persidangan UMNO




Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.


Apakah dia pemikiran baru yang di maksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?


Dan, soalan cepumas – bagaimana semua ini berhubung kait dengan NFC – sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?


Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.


Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.


Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan.


Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.


Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.

Kemampuan kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.


Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.


Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.


Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.


Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.


Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.


Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.


Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.


Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng” Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekali gus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi portal-portal berita dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.


Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu meletak jawatan.


Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai Presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salah laku moral.


Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.


Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.

JALAN PULANG

Read more ...

LIABILITI UMNO!!! Shahrizat dah kena hentam dek wanita UMNO yang tak mahu jadi 'Mak Turut'

Dengan melemparkan tuduhan bahawa semua perwakilan wanita yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah di’lembu’kan oleh Shahrizat (baca di SINI) aku sebenarnya telah melakukan kesilapan oleh itu aku minta maaf kepada yang tidak berjaya di’lembu’kan oleh Shahrizat.

Ini kerana ada beberapa pemimpin Wanita UMNO telah menyatakan bahawa Shahrizat sememangnya telah menjadi liability buat Wanita UMNO, beliau sepatutnya berundur sebelum scandal NFC memusnahkan seluruh Wanita UMNO.

Tambah mereka lagi kebanyakkan perwakilan terlalu takut untuk mendesak Shahrizat berundur kerana tidak mahu kehilangan jawatan dalam parti.

“Shahrizat menggunakan Wanita UMNO untuk melindungi dirinya dari isu scandal NFC sedangkan scandal ini tidak ada kena mengena dengan Wanita UMNO tetapi melibatkan Shahrizat dan Keluarganya.

“Sebagai ahli Wanita UMNO, saya sangat kecewa.. sangat-sangat kecewa… kenapa Shahrizat mengheret UMNO dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita UMNO dari Perak.

Kata beliau, beliau kekal duduk ketika perwakilan bangun bertepuk tangan bila Shahrizat menggulung ucapannya.

Tambah beliau lagi “ Shahrizat sewajarnya memberikan penjelasan tentang scandal NFC bukannya memancing sokongan perwakilan dengan mendakwa isu ini dimainkan oleh pembangkang untuk melemahkan Wanita UMNO”.

Seterusnya korang bacalah di bawah ni...ASD

Photobucket

An undercurrent in Umno grows against Shahrizat over cattle scandal
By Clara Chooi

KUALA LUMPUR, Dec 2 — When Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil closed the Wanita Umno general assembly on Wednesday, it appeared as if she had successfully deflected blame from herself over the National Feedlot Centre (NFC) controversy.

But it is believed that the cheers from the standing ovation that greeted her were mixed with silent jeers of disgust from the senior minister’s detractors, many of whom are rallying for her resignation.

Speaking to The Malaysian Insider after the assembly, several senior Wanita leaders said Shahrizat (picture) had become a “liability” to Umno and should exit the limelight before the NFC scandal “destroys us all”.

But they said most delegates were “too afraid” to speak against their chief for fear of losing their posts in the party.

“She (Shahrizat) is using Wanita Umno to protect her but the issue (NFC) is not a Wanita (Umno) issue but a personal one involving her and her family.

“As a Wanita Umno member, I am very disappointed. A lot of us are disappointed... why drag Umno into this issue?” said one Wanita Umno delegate from Perak.

She added that she had remained seated when the sea of red-clad delegates rose to applaud Shahrizat during her winding-up speech.

She said Shahrizat should have explained the issue to delegates instead of fishing for support by claiming the scandal was merely a ploy by the opposition to weaken Wanita Umno.

“Do not forget, the first person to expose the issue about NFC’s weaknesses was the Auditor-General, not the opposition. So why attack the opposition to hide your own weakness?” she pointed out.

Shahrizat has been making headlines in recent weeks over the NFC controversy after its operations, run by a company owned by her husband, were described in the Auditor-General’s Report for 2010 as being “in a mess”.

But instead of explaining the issue, the minister chose instead to deflect blame from her by saying it had nothing to do with her. She also countered the opposition’s calls for her resignation by calling on PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to quit.

Shahrizat reportedly earned wild support from members during her speech, with one Kelantan Umno leader even calling the opposition “cattle” for raising the NFC scandal.

“But a lot of Wanita Umno members do not know the issue of the NFC... that is why they rose to support her. They do not know the issue.

“Wanita Umno, they are all like that,” the Perak delegate said with a sigh.

A senior Wanita Umno leader even advised The Malaysian Insider to “speak in private” to party delegates, many of whom she said would agree that Shahrizat should face the music for her alleged involvement in the NFC.

“Come on, they understand. It is your husband, so what do you mean it has nothing to do with you? If you were not a minister do you think your husband would have gotten the project?

“Who knows him from Adam?” she said.

Asked if Shahrizat was now viewed as a “liability” to Umno, both leaders agreed.

“Of course she is. Some are saying to PM — please do not have the election after the Chinese New Year because this NFC issue will not die… it will not be forgotten within this one or two months.

“Some of us are so worried.”


The Malaysian Insider

Read more ...

PEMBOHONG BESAR!!! Muhyiddin layak menerimanya



Apabila didesak oleh rakyat supaya membuka ruang demokrasi, kebebasan dan hak asasi serta mereformasikan pentadbiran, apa yang akan dibuat oleh UMNO?


Seperti selalunya, UMNO apabila tergugat, maka tersemburlah dari mulut pimpinan mereka hujah lapuk perkauman melampau yang langsung tidak berasaskan fakta.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah “ibu kepada segala fitnah, pembohongan dan perkauman”.

Katanya ucapan Muhyiddin itu sewaktu merasmikan persidangan Pemuda, Wnita dan Puteri UMNO adalah yang paling buruk dan tidak bertanggungjawab yang pernah disampaikan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Tuduhan Muhyiddin kononnya DAP adalah anti-Islam dan anti-Melayu adalah fitnah, tidak berasas dan pembohongan semata-mata.

“DAP adalah sebuah parti Malaysia yang patriotik serta gigih berusaha untuk kebaikan semua kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban, dan untuk semua penganut agama, sama ada Islam, Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh atau Taoisme.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Muhyiddin telah bersikap tidak bertanggungjawab dan menyebarkan fitnah apabila membohongi rakyat dengan mendakwa kononnya agenda DAP ialah untuk mewujudkan sebuah republik.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata:

“Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.”

Kit Siang menjelaskan DAP TIDAK pernah mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih tanpa perlu perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mahu Muhyiddin membuktikan kata-kata kononnya DAP mahu menubuhkan republic, kerana sejak zaman-berzaman, malah pada 23 Februari 1971, DAP secara terbuka menyatakan sokongan kepada sistem Raja Berperlembagaan.

Katanya, beliau juga menyatakan dalam Parlimen 40 tahun lalu bahawa DAP tidak pernah dan tidak akan mempersoal kedaulatan Raja-Raja.

Menurutnya, walau apa pun rancangan kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat Malaysia pelbagai kaum, ia hanya bersikap seperti biawak yang sering kembali kepada bangkainya.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, beberapa pemimpin UMNO masih terawang-awangan di zaman lampau walau pun seluruh rakyat dunia, termasuk di Malaysia, sedang memperjuangkan hak asasi manusia.

“Memang ketinggalan zaman…Tetapi inilah juga tanda penyakit ‘gila kuasa.’

“Mula-mula (mereka) membutakan diri, iaitu kesalahan sendiri tidak nampak, kemudian memekakkan telinga, iaitu suara rakyat tidak didengari, dan akhirnya memabukkan diri sehingga mereka cuma hidup dalam dunia khayalan sendiri.

“Namun begitu, rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, tidak jahil dan tidak akan termakan dengan umpan perkauman,” katanya.

Beliau membidas kenyataan-kenyataan perkauman para pemimpin UMNO sebagai dangkal, bebal dan sama sekali tidak berasaskan fakta, termasuk dakwaan bodoh Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang menuduh DAP tidak menghormati institusi diraja kerana “mereka tidak pernah terima gelaran diraja meski pun mereka ditawarkan”.

Zairil memberi contoh arwah ayahnya, bekas Menteri Pelajaran Tan Sri Mohd Khir Johari yang juga seorang pemimpin besar UMNO, yang pernah menolak berkali-kali pingat dan darjah kebesaran sepanjang perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

“Adakah beliau seorang yang anti-raja juga? Seperti juga Tun Ghafar Baba… Mereka enggan menerima pingat atas dasar prinsip bahawa sesiapa yang sedang berkhidmat untuk awam itu tidak sepatutya menjadi lebih ‘tinggi’ daripada rakyat.

“Inilah prinsip sama dipegang pemimpin-pemimpin DAP,” katanya.


Roketkini.com

Read more ...