Monday, February 28, 2011

Siapa pengkianat Melayu ? : Husam cabar Mahathir berdebat

Sedia debat Tun Mahathir

http://mstar.com.my/archives/homepage/2009/5/25/husam.jpgKOTA BHARU - Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa sedia berdebat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai apa yang dikatakan isu pengkhianatan terhadap bangsa Melayu oleh UMNO.

Husam berkata, sebagai orang Melayu yang dilahirkan di Kelantan, beliau memahami terdapat banyak hak oleh orang Melayu negeri ini yang dinafikan oleh bekas Perdana Menteri itu sepanjang tempoh pemerintahannya selama 22 tahun.

“Pendaratan minyak dan gas Kelantan ke Songkhla dilakukan secara sengaja untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja faedah daripada sumber minyak dan gas itu,” katanya dipetik daripada entri blog rasminya, semalam.

Husam berkata, apabila hak rakyat Kelantan yang 95 peratus daripadanya adalah orang Melayu dinafikan, ini bermakna kerajaan Dr Mahathir juga mengkhianati bangsa Melayu.

Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan sekali gus menyebabkan kuasa UMNO tergugat.

“Ketika itulah kerajaan mengubah sempadan pilihan raya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan ‘ketuanan Melayu’ terancam. Angkara siapa? Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun,”katanya.SH

Read more ...

Umno BN diminta hentikan politik samseng

JASIN, 1 Mac: PAS sekali lagi mengingatkan Umno BN agar menghentikan sebarang provokasi dan berkempen secara sihat di Merlimau.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad mengingatkan demikian ekoran penemuan beberapa kain rentang berunsur fitnah terhadap PAS di sekitar kawasan ini awal pagi tadi.

Kain rentang fitnah itu bertulis "PAS Melaka menyokong penuh fahaman pluralisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim" dengan gambar Anwar dan "Undi PAS masuk syurga" dengan gambar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Petugas kita jumpa banner ni pagi tadi berhampiran lampu isyarat Merlimau pasir dan depan Politeknik kononnya kita yang buat.

"Kita harapkan mereka hentikan kerja ini dan bertanding secara sihat. Kita bagi peringatan, bertanding dalam bentuk yang sihat," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini hari ini.

Selain itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari juga mengingatkan perkara yang sama berikutan tindakan cuba membakar pentas ceramah DAP dan cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dekat sini dipecahkan awal pagi tadi, dipercayai dilakuakn oleh Umno BN.

"Kita minta Umno BN hentikan politik samseng. Sebelum ini ada cubaan bakar pentas DAP, awal pagi tadi cermin kereta yang diletakkan di hadapan bilik gerakan DAP dipecahkan.

"Kita minta perbuatan ini dihentikan sebelum PAS sendiri mengambil tindakan kepada mereka yang buat perkara ini. Kita minta pihak polis tegas, SPR tegas, dan BN jangan buat provokasi," katanya.

Tambahnya, provokasi sedemikian hanyalah cubaan menakut-nakutkan pengundi agar tidak memilih Pakatan Rakyat.

"Politik samseng ini sudah mula digerakkan Umno untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-oleh akan berlaku perkara buruk. Kita tak mahu dalam sistem demokrasi rakyat ditakutkan begini," katanya.

Awal pagi tadi, petugas di bilik gerakan DAP dekat sini menyedari kereta penduduk setempat yang diletakkan di hadapan bilik gerakan dipecahkan cerminnya (kanan).

Sehubungan itu, ketua publisiti DAP yang juga Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menasihatkan pemilik kenderaan berkenaan membuat laporan polis.

Khoo yang ditemui selepas itu menyatakan rasa kesal dengan tindakan jahat yang menakutkan pengundi itu.

"Kita amat kesal dengan perbuatan ini. Jika Umno BN benar-benar yakin mereka boleh menang besar di sini, kenapa guna taktik kotor? Bertandinglah dengan baik," katanya.

Read more ...

Tunggu masa sesuai untuk dedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKlRZ7AhDwPMvP14_rP6UQFdcxMJSPm1VXBJ-Lbx37VH5B4yjS1JV1wlpDuSjSxUsIFPG4NoKK3U5ZGBZsJ0NxQQLQMV_klK9xUYBR0hJRrROHq2UyX5KAPgnXV9UIgaHL_1LGprDFN2AF/s400/0109saifuddin.jpg

Demikian tegas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berhubung pendedahan beberapa pemimpin parti itu dipujuk keluar parti dengan tawaran wang dan projek terutama menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Kerdau.

Katanya, beliau akan mendedahkan bukti penglibatan pemimpin UMNO dalam cubaan memujuk beberapa pemimpin cabangnya pada waktu dan tempat yang dirasakan sesuai.

Menurut Saifuddin, cabaran daripada beberapa bekas pemimpin PKR seperti yang disiar akhbar ini semalam memaksa beliau mendedahkan bukti-bukti berkenaan kepada umum.

“Siapa yang makan cili, dia yang akan terasa pedasnya, jadi bekas pemimpin PKR yang memberi respon kepada kenyataan saya sudah terasa. Ini jawapan saya kepada cabaran mereka, bila saya mahu dedah, itu adalah pilihan saya,” katanya, semalam.

Katanya, bekas pemimpin PKR tersebut sebenarnya sudah menerima habuan masing-masing dan tugas mereka sekarang adalah untuk terus menghentam PKR.

“Mereka kata mereka tidak terlibat, tetapi kenapa tiba-tiba mereka ini melatah dengan kenyataan saya? Jadi benarlah pepatah Melayu,” katanya.

Khamis lalu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mendakwa terdapat cubaan merasuah lima pemimpin Cabang PKR Pahang untuk keluar parti dengan membawa kira-kira 500 penyokong.

Selain itu, Saifuddin turut mendakwa pemimpin-pemimpin cabang PKR ini dijanjikan wang ringgit dan projek yang lumayan selain mengaku mempunyai bukti bahawa UMNO adalah dalang di sebalik cubaan ini.

Semalam, dalam laporan: Sinar Harian:, beberapa bekas pemimpin PKR mencabar Saifuddin untuk mengemukakan bukti dan jangan menyalahkan orang lain sekiranya ahli PKR keluar atas kesedaran dan kehendak diri sendiri.

Read more ...

Umno dah tak ada isu

Tuduh PAS alat DAP bukti Umno BN tandus isu

JASIN, 1 Mac: Tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat bukan ‘perbincangan kedai kopi’ sebaliknya mendapat sokongan daripada gerakan Islam di seluruh dunia.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, keputusan untuk menubuhkan Pakatan Rakyat (dahulu dikenali sebagai Barisan Alternatif) dan bekerjasama dengan parti bukan Islam dicapai hasil perbincangan panjang dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang dipengerusikan oleh Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Menurutnya, Presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor mengarahkan beliau yang ketika itu memegang lajnah antarabangsa PAS Pusat mengatur pertemuan dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk berbincang mengenai pendekatan politik yang harus dilaksanakan di Malaysia.

Ini berikutan pergolakan politik melibatkan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dakwaan beliau terlibat dalam kes liwat.

"Kita tubuhkan Pakatan Rakyat pada tahun 1998 bukan kita bincang di kedai kopi tapi dicapai selepas pertemuan 13 orang pimpinan terkanan PAS yang diketuai Allahyarham Ustaz Fadzil (Noor), Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi (Awang), Datuk Harun Taib dan pimpinan lain dengan 13 orang pemimpin gerakan Islam Antarabangsa.

"Majlis itu dipengerusikan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi di England. Tiga hari tiga malam kita bincang akhirnya keputusan dicapai, dibaca sendiri oleh Dr. Yusuf Qardhawi," katanya dalam ceramah di Kampung Chin Chin, dekat sini, malam tadi.

Nasharudin berkata, menurut Dr Yusuf Al-Qardhawi, dalam konteks Malaysia, gerakan Islam harus berkerjasama dengan parti bukan Islam yang menyokong prinsip keadilan dan ingin melawan kezaliman Umno BN.

"Untuk kita bawa risalah keadilan dan untuk rakyat rasa keadilan, menjadi satu dasar kepada pergerakan kerja kita ini, kita kena berganding bahu dengan mana-mana parti politik yang walaupun nama dan dasarnya tidak Islam asalkan mereka itu bersedia menerima prinsip yang diperjuangkan PAS.

"kita kena berkawan dengan dia dan lawan kezaliman yang dilakukan Umno BN," katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong yang hadir.

Justeru ujar ahli Parlimen Bachok itu, dakwaan Umno BN bahawa PAS menjadi kuda tunggangan DAP adalah tidak berasas dan menggambarkan parti itu ketandusan isu.

"Umno kata PAS ini kuda tunggangan DAP. Ini perkara yang dimainkan sebab (Umno BN) dah tak ada isu," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 berkata, PAS sepatutnya bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.

Read more ...

PRU 13 : Rakyat ada pilihan sama ada mahu sama ekor atau tidak

Tukar BN kepada Pakatan selesai saman ekor

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan "menswastakan" urusan beberapa aspek saman ini,.

"Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal.

Read more ...

Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal pecahkan cermin kereta pula

Prk Merlimau : Lagi perbuatan khianat, cermin kereta dipecah

Kempen pilihan raya kecil dewang undangan negeri Merlimau terus dicemari perbuatan khianat.

Jika semalam, sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar, hari ini cermin belakang kereta seorang penduduk pula dipecahkan.

NONEKereta itu diletak di hadapan bilik operasi DAP di pekan Merlimau.

ADUN Ayer Keroh dari DAP Khoo Poay Tiong berkata beliau percaya kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 5 pagi ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk berkenaan yang bukan ahli DAP membuat laporan polis.

Dalam kejadian semalam, permaidani pentas DAP musnah tetapi bahagian lain pentas tetap utuh kerana ia diperbuat daripda keluli. Sebuah botol kosong dengan kesan petrol juga ditemui pada tempat kejadian.

Read more ...

PRK Merlimau : Kuarters Sekolah hak kerajaan bukan hak Umno

Prk Merlimau : Buktikan kuarters sekolah milik Umno...dan bukan milik kementerian...!!

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau.

Read more ...

PRK Kerdau : PAS perlu dapat 800 undi lagi untuk menang

Prk Kerdau: Peluang PAS cipta kemenangan

Oleh: wanibrah

"Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Pahang adalah bersekali dengan Merlimau, Melaka. Penamaan calonnya diadakan pada 26 Februari dan pengundian pula 6 Mac 2011.

Inilah PRK serentak yang ketiga selepas Bukit Gantang- Bukit Selambau-Batang Air (7 April 2009) dan Galas-Batu Sapi (4 November 2010).

Mungkin PRK Merlimau-Kerdau ini merupakan siri PRK terakhir yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi penggal pilihan raya ke12 ini. Selepas ini, tumpuan SPR kepada pilihan raya umum Negeri Sarawak dan nasional.

Sehubungan dengan PRK Kerdau, tradisi persaingan berlaku adalah antara PAS dengan Umno. PAS mewakili Pakatan Rakyat sudah dua kali (PRU 2004 dan 2008) bertembung dengan Umno mewakili Barisan Nasional sejak nama Dun Kerdau ditukar tahun 2003 daripada asalnya Sanggang.

Ketika Sanggang dulupun PAS dan Umno juga yang bersaingan. Inilah bezanya Kerdau dengan Merlimau.

Di Merlimau pada PRU 1999 PAS yang berdepan dengan dengan Umno, tetapi pada PRU 2004 diserahkan kepada KeADILan. Kemudian PRU 2008 dikembalikan pula kepada PAS dan pada PRK kali ini, PAS juga yang disepakati bertanding menghadapi Umno.

Apa pun kedua-dua Dun tersebut kekal dimenangi Umno-BN. Justeru PRK Kerdau-Merlimau kali ini dianggap sebagai persaingan ulangan yang bakal mengesahkan sekali lagi sikap staus-quo pengundi kepada Umno-BN.

Kerdau tetap Kerdau

Walau bagaimanapun, bandingan antara PRK Kerdau dengan Merlimau, Kerdau lebih menarik diulas kerana nilai tradisi politik Malaysia yang bertonggakkan pengundi Melayu berlaku di Kerdau.

Lebih-lebih lagi bagi mengukur tahap penerimaan orang Melayu di Pahang yang dikatakan tidak berubah, pekat dengan sikap perjuangan kebangsaan.

Maka, Kerdau bakal menyaksikan kepekatan semangat kebangsaan Melayu dan tradisi Kerdau tetap Kerdau.

Kepekatan itu adalah keabsahan yang bakal mengiakan nilai-nilai kepimpinan tradisi yang pernah dikaji oleh Syed Husin Ali (1960-an) dan Mohd Salleh Lamry (1980-an) tentang sosiologi politik lokal di perkampungan Kerdau itu.

Meskipun begitu, tugas perjuangan parti politik Islam dipacu oleh PAS tetap bertanggungjawab menghadapi Umno. Misi politik-dakwah PAS tetap diperkasakan, meskipun bersaing dalam kubu Umno.

Matlamatnya amat jelas iaitu untuk memastikan sebaran kefahaman kepada kandungan perjuangan Islam bersama Pakatan Rakyat tidak terus disalahertikan.

Maka, strategi yang dilihat penting bagi PAS di Kerdau ini ialah menyebar dan memberi kefahaman serta menjelaskan segala kekeliruan agar perjuangan politik Islam tetap bersih, suci dan murni.

Bertolak daripada misi, matlamat dan strategi ini, komitmen penyertaan PAS dalam PRK kali ini seharusnya dibuktikan dengan gerak kerja kempen yang mampu memantapkan calon, kepimpinan dan petugas pilihan raya PAS bersama-sama Pakatan Rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.

PRU lepas

Keputusan PRU lepas menyaksikan PAS hanya berjaya meraih sokongan 2,250 (37 peratus) pengundi Kerdau yang keluar mengundi sekitar 80 peratus.

Pihak BN pula meraih 4,135 (63 peratus) dengan majoriti 1,615 undi. Pada PRK kali ini, mungkin jumlah keluar mengundi juga sekitar 80 peratus atau sejumlah 7,200 daripada 8,999 pemilih berdaftar. Ini kerana, keputusan PRK Kerdau ini tidak terlalu penting untuk BN Pahang.

Ia tidak akan mengubah apa-apa kuasa dominasi dalam Kerajaan Negeri.
Meskipun begitu, berdasarkan pilihan raya lepas, pada 2004 BN mencapai kemenangan lebih selesa dengan majoriti 2,565, tetapi merosot kepada 1,615 undi.

Undi BN telah merosot sebanyak 301 dan PAS meningkat 649 undi. Jadual berikut menunjukkan suatu perubahan positif sikap pengundi Kerdau yang merupakan peluang bagi PAS pada PRK kali ini.

Bandingan undi PAS-BN: PRU 2004-2008
Parti/PRU
2004
2008
(+/-)
PAS
1,871
2,520
649
BN
4,436
4,135
-301
MAJORITI BN
2,565
1,615
-950

Peluang PAS


Berdasarkan gambaran tersebut, di sananya terdapat asas keyakinan perubahan sikap pengundi Kerdau di dalam menerima PAS-Pakatan Rakyat.

Apa yang penting, gerak kerja kempennya lebih menyentuh kepada strategi menyebar dan memberi kefahaman serta menjelaskan segala kekeliruan agar perjuangan politik Islam (baca calon PAS) tetap bersih, suci dan murni untuk membawa suara rakyat kepada pihak berkuasa.

Di sebalik strategi ini, tugas utama kempen PAS ialah meraih simpati dan mempengaruhi sikap pengundi Kerdau dari persepsi percayakan kepada Umno sahaja dalam memajukan mereka kepada sikap memilih PAS.

Maka tidak salah, malah tidak pun menjejaskan darjah kemajuan di Kerdau dengan hanya memilih PAS. Kerdau tetap maju.

Apa pun, latar belakang sosiekonomi Kerdau yang bergantung kepada asas ekonomi tani dan peneroka rancangan tanah Felda sedikit sebanyak mengikat sikap ‘kebergantungan melampau’ kepada pihak kerajaan.

Justeru calon PAS, Hassanudin Salim mestilah sedia tampil dengan lebih merapati golongan pengundi tersebut dan sedia dirasai lebih mesra mengatasi calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Tindakan kempen merapati dan mesra merupakan cara terbaik merungkai kebergantungan melampau pengundi.

Selain itu, pasukan kempen PAS-Pakatan Rakyat hendaklah meletakkan sasaran meraih simpati seramai 1,500 orang pengundi atas pagar sebagai keutamaan.

Program kempen kepada pengundi atas pagar seharusnya bersifat mesra dan memujuk agar mereka sedia keluar mengundi untuk membuat perubahan.

Di samping memberikan kefahaman kepada isu-isu yang boleh merungkaikan keyakinan mereka kepada Umno-BN.

Malah perlu diberitahu hakikat Umno yang sekian lama berkuasa sudah ‘semacam memperkotak-katikkan rakyat’ ekoran penglibatan pemimpin dan kerajaan BN dengan ‘skandal maruah.’

Antaranya pengundi harus diberitahu tentang kes-kes rasuah dan jenayah berprofail tinggi melibatkan individu yang rapat dengan Umno seperti kes pembunuhan Altantuya.

Begitu juga tindakan Umno bersekongkol dengan APCO perunding Yahudi yang menjadikan Israel terus menzalimi umat Palestine dan pemerasan agensi Felda ke atas peneroka yang dilakukan berselindung di sebalik projek pembelaan yang tidak seberapa.

Dalam masa yang sama gerak kerja teknikal dan kempen terhadap pengundi PAS perlu dilakukan agar mereka dapat keluar mengundi secara maksimum. Diikuti dengan usaha menarik pengundi luar dibawa balik mengundi dan para perayu undi pula sedia menjawab kesemua fitnah Umno terhadap PAS di dalam pelbagai isu.

Pendekatan sedemikian dilihat bakal membantu kempen calon dari rumah ke rumah agar pengundi memahami tujuan memilih calon PAS, iaitu “memperkasakan suara PAS dalam Dewan Negeri Pahang."

Penting juga dilakukan ialah dapat mendedahkan fakta-fakta perjuangan Umno yang merugi, memundur, menjatuhkan maruah orang Melayu seperti isu tanah simapanan Melayu dan mengurang kuasa politik Melayu seperti tidak sedia menambah bilangan kerusi Dun dan parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu.

Isu kebobrokan Umno itu harus diperbandingkan dengan pengalaman perjuangan PAS dan kejayaan PAS mentadbir Kelantan dan Kedah yang berjaya memartabatkan politik umat Islam dari segi kebajikan, politik dan syariah. Malah kejayaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang harus diperjelaskan bagi menjawab serangan kempen BN di Kerdau.

Bagi mencapai kemenangan di Kerdau, natijahnya semua tindakan strategik tersebut dilihat dapat membantu pasukan kempen PAS mempertahankan kira-kira 2,300 undi teras yang sedia ada, di samping dapat meraih sekitar 1,500 pengundi atas pagar.

Justeru PAS boleh mengumpul kira-kira 3,800 dan ia sudah cukup untuk mencapai kemenangan tipis. Semoga Allah membimbing rakyat Kerdau untuk menerima perjuangan Islam.

Read more ...

PRK Kerdau : 'Santa Claus' bawa beras, Milo, biskut, susu tepung untuk akhiri zaman miskin pengundi

Prk Kerdau :Diperakui Wajah PM Setaraf Dengan Milo, Biskut Dan Sardin


"Bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka, berita terbaru Kerdau.

"Haiya, satu kotak maa, mana cukup". Rumah beratus ribu, pertukaran pelekat BN di pintu rumah, begitu mudah untuk memperbodohkan orang.

Adakah beras, Milo, biskut, susu tepung dan sardin hendak ditukarkan dengan hati seseorang. Satu lagi wajah Perdana Menteri Malaysia setaraf dengan Milo dan biskut kerana disertakan pelekat wajah PM bersama barang-barang tersebut. Wakaka!

Kotak itu juga tertulis "Akhirkan Zaman Miskin", hebat kaki tipu-menipu BN dengan jerat milo dan biskut boleh mengakhiri zaman miskin.

Kalau ditanya Muhyiddin, dia akan berkata mungkin Pas sendiri yang membuat gimik menghantar kotak begitu. Alah sama seperti gambar bogel pemimpin PR, Muhyiddin berkata itu bukan kerja BN, Pas sendiri yang buat.

Read more ...

Lepas Umno akan cari jalan sekat pelabur dari pergi ke negeri PR

Pelabur lebih yakin kepada negeri Pakatan

Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan. Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini.

Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur ke belakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali.

Katanya lagi, kedatangan pelabur paling ramai itu sekali gus menafikan kenyataan Najib yang mempertikaikan buku jingga yang memaparkan 100 Hari Pakatan Rakyat memerintah berbagai harga barangan akan diturun atau dikaji semula.

"Tengok apa yang dah kita amalkan menjadi tarikan pelabur yang ramai ke Pulau Pinang. Selangor pula kedua. Semua itu bukti Pakatan Rakyat tahu memerintah," tegasnya ketika menyampaikan watikah perlantikan 291 orang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) seluruh Pulau Pinang di tingkat 5, Komtar semalam.

Baru-baru ini Najib mengatakan pertumbuhan ekononi Malaysia mengembang kembali tanpa menyebut nama negeri berkenaan kerana mungkin memberi kesan pada pemerintahanya terutama dalam suasana pilihan raya kecil di Dewan Undangan (Dun) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang.

Najib patut sedar kewibawaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana dapat menambahbaik kelemahan yang ketara ketika Barisan Nasional (BN) memerintah seperti rasuah, penyelewengan dan mementingkan kroni.

Di Pulau Pinang hasil penjimatan yang BN tidak pernah lakukan ialah Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memberikan kembali wang RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan atasi kemiskinan tegar.

Mulai tahun ini ujar Lim, kerajaan memperluaskan lagi bantuan kepada golongan ibu tunggal serta Orang Kurang Upaya (OKU) dan menaikkan elaun JKKK dan setiausahanya.


Bukan itu sahaja, elaun guru Kelas Fardhu Ain (KAFA), Tok Imam, Huffaz dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) juga diberikan.


"Dulu masa Umno dan BN perintah mereka menindas tidak membantu. Kini rakyat lega kerana kerajaan lebih berhati rakyat, " tambahnya yang juga Adun Air Putih, Balik Pulau.


Dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (C.A.T) katanya, memang berjaya dan berharap semua JKKK mainkan peranan menerangkan kepada keseluruhan rakyat agar mereka memahami hasil tindakan pembaharuan Kerajaan Pakatan yang memerintah.


CAT tambahnya, bukan sahaja menambah ekonomi dan menjimatkan wang rakyat malahan boleh meyakinkan rakyat jika maklumat dicambahkan kepada mereka.


"Saya mahu semua rakyat didedahkan hasil amalkan dalam pemerintahan. Peranan JKKK kena dilipat gandakan, " jelasnya.

Read more ...

Taktik 'Santa Claus' cara BN dapat undi

Prk Kerdau : Politik 'Santa Claus' Najib Cukup Memualkan!

Oleh: lotus123

" 'Santa Claus' adalah satu watak mitos yang cukup sinonim dengan pemberian hadiah atau mainan kepada kanak-kanak pada malam Krismas (Chrimas Eve). Tujuannya adalah untuk menceriakan kanan-kanak tersebut dikala meraikan hari Natal (Chrimas). Maka, kedatangan Santa Claus, yang digambarkan sebagai seorang tua yang botak, berambut dan janggut putih, berbadan besar dan berperut buncit, amat dinantikan oleh kanak-kanak yang meraikan perayaan Krismas ini.

Namun, kerja amal seorang santa (saint) telah 'ditiru' oleh DS Najib bila tibanya setiap piliharaya kecil (PRK). Tidak semena-mena, projek juta-juta, malah ada yang sampai beratus juta tiba-tiba ditabur kepada pengundi-pengundi yang bakal memilih calon bagi mengantikan YB yang telah meninggal dunia.

Kerja ini nampaknya cukup tidak amanah dan memualkan! Selama ini kita disumbat dan ditipu dengan maklumat bahawa ekonomi dan kewangan kerajaan amat terbatas, tetapi bila muncul PRK tiba-tiba peruntukan berjuta-juta boleh diluluskan dengan sekelip mata. Malah, mereka boleh berjanji lagi jika BN menang, tambahan projek akan dilipat gandakan!

Orang-orang kampung dan felda dimomokan dengan slogan,'BN menang rakyat senang' dan 'BN menang, negeri maju'.. Padahal,setiap nilai wang yang digunakan adalah dari peruntukan yang telah sedia ada, dan setiap sen yang digunakan adalah hasil dari cukai rakyat Malaysia sekeliannya. Bukan duit BN sahja, tetapi didalamnya juga terdapat duit pengundi dari Pakatan Rakyat.

Cukuplah dengan tipu daya tersebut. Kita tidak menentang sebarang projek yang ingin dilaksanakan, tetapi setiap projek terlaksana, akan ada 'jerung-jerung' yang inginkan habuannya. Dulu, habuan mereka hanyalah 5%, tetapi sekarang sudah meningkat sebanyak 10%! Bayangkan kalaulah projek itu bernilai 20 juta, tanpa berpenat lelah 2 juta sudah masuk poket..

Dengan proses ini, pengundi hanya dapat 'mainan', tetapi 'pemberi mainan' tentunya akan mendapat habuan yang lebih besar, iaitu 'kedai mainan'!

Hentikan 'permainan' durjana ini! Maka sama-samalah jatuhkan BN dan sekutunya agar hidup dan masa depan kita dan anak-anak tidak diperbodohkan lagi oleh mereka!"

Read more ...

Betui ka berita ni, tak dak pun keluar TV3

Kes Terbalik : 255 ahli Umno, MIC sertai KEADILAN Tambun

IPOH: Ketika media arus perdana giat menghebohkan, kononnya ahli parti pembangkang menyertai Umno, Cabang KEADILAN Tambun menambah 255 ahli, kebanyakannya dari Umno dan MIC.

Mereka dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta di sini, semalam.

Pertambahan ahli itu membolehkan menubuhkan tiga ranting baru ditubuh di DUN berkenaan iaitu Taman Berjaya, Bandar Mercham dan Tanjung Rambutan.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Cabang KEADILAN Tambun, Zulkifly Ibrahim, berkata mereka menyertai KEADILAN sejak 2008 tetapi akibat kekangan daripada Umno, penyertaan mereka hanya rasmi sejak semalam.

“Mereka memilih KEADILAN kerana bosan dengan sikap Umno yang tidak mengota janji tetapi hanya pandai berkata-kata sahaja. Bagi mereka, Anwar adalah pemimpin untuk semua kaum,” katanya.

Beliau berkata, pertambahan ahli baru itu membuktikan sokongan rakyat Perak kian bertambah, sekaligus menafikan laporan media arus perdana kawalan Umno Barisan Nasional (BN), kononnya rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat.

“Akhbar melapor ahli KEADILAN Tambun masuk Umno tetapi ia tidak betul kerana itu cerita lama tetapi dibangkitkan semula.

“Begitu juga laporan 150 Wanita KEADILAN sertai Umno. Ia satu pembohongan kerana siasatan kami, ia tidak pernah berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkifly berkata, cabang Tambun aktif mendekati penyokong di samping mengadakan aktiviti bersama-sama, selain menyelami masalah rakyat.

“Kami cukup aktif, kita berjalan dari rumah ke rumah bagi mendekati rakyat dan menyerahkan bantuan kepada mereka. Program itu adalah persiapan awal menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Read more ...

Berita Masjid Cina Rantau Panjang dalam akhbar Indonesia






Hidayatullah.com—Di Kota Surabaya, Jawa Timur, tepatnya di belakang Taman Makam Pahlawan Kusuma Bangsa, Surabaya ada Masjid Muhammad Cheng Hoo yang berkonsepkan seni arsitektur China, maka di Malaysia juga terbangun sebuah masjid yang serupa, yaitu Masjid Beijing atau dikenal dengan masjid China.

Terletak di Rantau Panjang, Negeri Bagian Kelantan, Malaysia. Kurang lebih dua kilometer dari perbatasan Malaysia-Thailand. Pintu masuk sebelah timur ke Malaysia dari negara tetangganya Thailand.

Masjid Beijing tampak bagaikan istana maharaja China di zaman silam. Saat saya mengunjunginya baru-baru ini, saya tidak percaya bahwa bangunan unik itu adalah sebuah masjid. Kalau tidak ada menara adzan yang berdiri disampingnya, orang akan keliru dan menganggapnya sebuah pagoda. Ada kemiripan dengan sebuah tokong atau pagoda. Keindahan dan keunikan bangunannya sebagai sesuatu unik dalam sejarah Islam dan arsitektur Islam di Kelantan, Malaysia.

Terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, masjid yang berjuluk ‘Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra’ ini dibangun atas ide Menteri Besar (Gubernur) Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepuluh tahun dulu. Tok Guru, demikian panggilan Nik Abdul Azis Nik Mat, mengusulkan gagasan ini karena melihat belum ada satu pun masjid di Malaysia yang berkonsepkan dan berarsitektur China. Padahal komunitas Muslim China Malaysia jumlahnya ratusan ribu. Mereka juga memerlukan sebuah masjid yang bercirikan arsitektur mereka sendiri.

Bagi Tok Guru, bangsa China lebih dahulu memeluk Islam di Nusantara. Karena itu, wajar jika pemerintah negeri Kelantan membangun sebuah masjid khusus seperti itu sebagai lambang penyatuan umat.

Tak Bedakan Suku

Masjid Beijing dibangun di atas tanah seluas 3.7 haktar. Arsitek dan pekerja ahli didatangkan langsung dari China. Sementara ukiran dan hiasan dalam masjid merupakan hasil tangan juru ukir dari Uzbekistan. Diawali tahun 1996, masjid ini baru selesai pada akhir tahun 2009. Namun sejak 2007 sudah digunakan untuk shalat tarawih dengan seorang imam yang didatangkan dari Republik Rakyat China. Hal ini sekaligus untuk menepati kehendak Tok Guru yang menginginkan seorang imam dari bangsa China untuk sholat jamaah di negeri Kelantan.

Pembangunan masjid ini menelan biaya tak main-main, sekitar RM8.8 juta (setara dengan Rp 24 m). Penuh pernik-pernik dan hiasan warna hijau, masji unik ini mampu memuat sekitar seribu jamaah. Di sampingnya berdiri tegak sebuah menara yang dipuncaknya dihiasi lilitan serban atau kopiah sebagai simbol golongan ulama.

Yang tak kalah menarik adalah tiang menara yang diukir dengan nama 25 rasul untuk mengingatkan kita bahwa nama-nama Rasul Allah itu penting.

Selanjutnya, selain ruang sholat utama di lantai dua, terdapat juga kamar imam, ruang VIP dan ruang audio visual. Di lantai bawah terdapat ruang serbaguna, perpustakaan, ruang rapat, kantor, klinik, tempat mengaji anak-anak (TPA), kelas fardhu ‘ain (ruang kuliah/mengaji), ruang pengurusan jenazah dan WC/toilet.

Tak sedikit orang mengecam dan mengkritik kerasa pada awal proses pembangunan masjid ini. Sebagian bahkan mengatakan, penggunaan arsitekstur China –apalagi mirip sebuah pagoda-- hanya akan menghilangkan ciri Melayu.

Namun bagi Tok Guru punya alasan lain. Menurutnya, Islam tak pernah membeda-bedakan warna kulit dan suku bangsa.

“Dalam Islam bangsa tidak penting, yang terbaik di sisi Allah SWT adalah mereka yang bertakwa,” ujarnya.

Meski Masjid Beijing sudah bisa digunakan, namun pembukaannya secara resmi belum dilakukan. Pemerintah Kelantan merencanakan, selain Masjid Beijing yang sudah dibangun, juga akan menwujudkan sebuah pusat perdagangan yang dikenal sebagai Cheng Ho City yang akan dimulai 2011 ini.

Tak hanya itu, pemerintah Kelantan juga akan mempromosikan perdagangan makanan halal China.

“Kita juga akan adakan World Halal Trade Centre untuk memudahkan produk-produk halal dipasarkan di pasar berkenaan selain dilengkapi dengan Uighur Street,” ujar Menteri Kabinet Negara Malaysia, Haji Husam Musa. */N.Aminah-Ross

Read more ...

PRK Kerdau : Sejak anak kecil sampai umur 24 tahun, tak siap-siap rumah bukan PR yang perintah tapi Umno BN

Rumah yang kami impikan masih juga belum disiapkan.....

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/IMG_0668.JPG
TEMERLOH - Penduduk Kerdau mendengar sekali lagi janji kerajaan untuk menyiapkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Paya Taram yang terbengkalai sejak 20 tahun lalu.

Adakah pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau yang sedang berlangsung ketika ini akan menjadi penamat kepada permasalahan yang dideritai penduduk selama puluhan tahun itu.

Bagi penduduk, mereka sudah mendengar janji kerajaan mahu menyiapkan rumah tersebut sejak pilihan raya umum (PRU) 1990, 1995, 1999, PRK Sanggang tahun 2000, PRU 2004 dan yang terakhir pada PRU 2008 yang lalu.

Kelmarin, sekali lagi Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Said mengumumkan kepada media, kerajaan telah meluluskan RM2.2 juta bagi membaiki semula perumahan perumahan milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang itu.

Menurut Ismail, pembaikpulihan itu akan ditanggung kos oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).

PAKR Paya Taram mengandungi 198 unit rumah teres setingkat dengan ukuran 6 meter x 9.3 meter dan mula dibina pada 1988 tetapi projek berkenaan terbengkalai beberapa tahun kemudian sebelum sempat siap.

Lebih mengecewakan lagi, projek kerajaan negeri itu telah diserahkan kepada bank dan pembeli terpaksa memohon pinjaman sehinggalah harga tawaran asal RM25,000 sebuah rumah telah meningkat kepada RM35,000 bagi lot biasa manakala harga bagi lebihan lot dikira sebanyak RM2.50 bagi setiap sekaki persegi.

Seorang penduduk, Sharuddin Mohd Salleh, 50, mengalu-alukan janji Ahli Parlimen tersebut dan berharap masalah tersebut tidak berlarutan lebih lama lagi kerana kebanyakan pembeli rumah itu merupakan penduduk kampung sekitar yang masih belum memiliki rumah.

''Sesetengah daripada kami sanggup menjual lembu dan tanah untuk membeli rumah ini kerana belum memiliki rumah sendiri. Ada pula yang sudah dipotong gaji untuk bayar pinjaman rumah.

“Apabila terbengkalai dan belum diketahui entah bila siapnya, tentulah membuatkan kami tak senang duduk,” katanya.

Tambah Sharuddin, kediaman yang selesa adalah salah satu kewajipan asas bagi http://buletinonline.net/images/stories/berita42/IMG_0669.JPGsesebuah keluarga yang sempurna kerana dari situ akan lahirlah sebuah masyarakat yang teratur seterusnya menyumbang ke arah keharmonian negara.

Katanya lagi, sebuah kerajaan yang baik dan prihatin pula, lazimnya akan mengambil tanggungjawab memastikan rakyatnya tidak terabai dalam urusan memiliki tempat tinggal.

Seorang pembeli lagi, Siti Fatimah Abdul Rahman, 49, ketika ditemui memberitahu impiannya bagi memiliki rumah sendiri hampir ‘berkubur’ apabila projek berkenaan terus terbengkalai.

“Sejak anak saya kecil dan kini dia dah berusia 24 tahun, rumah yang kami impikan masih juga belum disiapkan”, luahnya dengan nada kecewa.

”Saya sangat kecewa dalam hal ini, sebab telah merancang bersama keluarga untuk tinggal di situ tetapi sampai sekarang rumah itu tidak siap-siap,'' .

“Ini adalah rumah pertama yang saya mohon untuk bersama keluarga dan akibat terbengkalai, saya sekeluarga masih terpaksa menumpang di rumah kakak,'' ujarnya.

Menurutnya, dia telah mengisi borang pada tahun 1989 dan hanya ditemuduga kelayakan pada tahun 2000. Setelah dua dekad menunggu, awal tahun ini pihak kerajaan telah menyuruhnya pergi ke bank untuk membuat pinjaman pembelian rumah berkenaan.

“Saya memang harap sangat rumah ini dapat siap cepat dan kerajaan tidak lepas tangan. Apatah lagi ada pihak yang menjanjikan pemilikan rumah ini tiap-tiap kali pilihan raya”, katanya lagi.- http://n28kerdau.pas.org.my/

Read more ...

PRK Merlimau : Kempen calon PAS memikat

Prk Merlimau: Calon PAS dekati pengundi dengan sekuntum bunga

JASIN, 28 Feb – Bak kata bijak bestari – hati manusia sukar diramal tetapi dengan sekuntum bunga dan senyuman ikhlas, anda mampu mendapat perhatian seseorang kaum hawa khususnya bagi tujuan tertentu.

Bagi calon PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau, Yuhaizat Abdullah, taktik itulah yang digunakannya bagi menarik perhatian orang ramai di perhentian bas dan teksi Merlimau di sini hari ini.

Yuhaizat, 38, menghadiahkan sekuntum bunga kepada setiap wanita yang ditemuinya dalam sesi selama lebih setengah jam itu.

Diiringi Mohd Nasir Mustafa, Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Rotan, dan beberapa pembantunya, gelagat mereka menghadiahkan bunga menarik perhatian orang ramai di kawasan yang sentiasa sibuk dengan pelbagai pengunjung menikmati selera di beberapa gerai di situ.

“Saya suka sikap peramahnya dan orangnya tampak mesra,” kata seorang pengunjung ketika ditanya mengenai Yuhaizat yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.

Yuhaizat berdepan calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad, 44, dalam pilihan raya kecil itu pada 6 Mac ini, yang diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

“Insya-Allah, masuk hari ketiga berkempen ini, semua pengundi yang saya temui memberi respons yang baik dan kita akan terus menemui seberapa ramai pengundi di Merlimau ini,” kata Yuhaizat kepada Bernama.

Isteri beliau, Shakila Mohamad, adalah seorang guru dan pasangan itu mempunyai empat cahaya mata.

Ditanya rutinnya sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas, Yuhaizat berkata dari Subuh sehingga lewat malam ia diisi dengan sesi pertemuan dengan orang ramai yang disusun oleh jentera parti.

Beliau adalah pengurus projek penyelengaraan di sebuah universiti di Bandar Melaka dan antara jawatannya sebelum ini ialah menjadi juruteknik di kilang Seimens SemiConduktor di Batu Berendam dari 1994 hingga 1996.

“Saya tahu pembangunan di Merlimau ini memang disediakan oleh BN tetapi masih ada masalah jalan raya, longkang dan parit yang perlu diketengahkan oleh pengundi,” katanya yang menawarkan diri bertanding kerana ingin memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di Merlimau.

Beliau bersalaman dengan semua pengunjung di gerai-gerai makan di situ dan juga memasuki premis perniagaan di Bandar Merlimau yang dikenali juga sebagai Merlimau Lama.

Seorang pembantunya, dalam menarik perhatian pengundi, menggunakan taktik masakan yang sinonim dengan penduduk Melaka – asam pedas – ketika cuba meraih undi daripada seorang pemilik kedai di situ.

“Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu,” katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama.

Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: “Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN).”

Calon PAS itu kemudian meminta diri dan beredar meninggalkan kawasan itu untuk menghadiri satu program lain di Permatang Serai. – Bernama

Read more ...

PRK Kerdau : Menyampah tengok sampah, tak pa abang tentera ada boleh kerah tenaga

Prk Kerdau : Menyampah tengok sampah di Temerloh..

Dewan Abdul Razak, Temerloh menjadi saksi kepada Majlis Penamaan Calon bagi PRK Dun Kerdau. Peritiwa pada 26 Feb 2011 ini berlangsung penuh meriah. Jalan terpaksa ditutup demi memberi laluan kepada ribuan pejalan kaki mengiringi calon ke Dewan.

Sejurus lepas masing-masing calon tiba di Dewan, para pengiring mencari ruang menunggu pengumuman SPR.

Penyokong BN berada di padang, penyokng PAS di bahagian jalan masuk dan sebelah gerai di kawasan parkir. Di sini penulis dapati longgokan sampah… hati kecil merungut geram, sebab haruman sampah membuat hidung kembang kempis menahan bau yang tidak diingini itu.


Mengapa ada sampah? Menyampah betul tengok sampah! Ramai juga muslimat PAS merungut, namun ramai juga yang buat bodoh sahaja.... cobaaaaaan, katanya.

Mungkinkah Adnan Yaakob, MB Pahang sengaja mengarahkan sampah terbiar? Tambah sampai banyak sebab PAS dan penyokongnya hanya layak berhimpun di tepi sampah.

Mungkin Pegawai Daerah terlepas pandang. Beliau yang sibuk dengan SPR terlupa membuat arahan agar sampah sarap sekurang-kurangnya tiada di sekitar dewan.

Mungkin kontraktor tidak dapat bayaran mencukupi, lalu sebagai imbalan, membiarkan sampah terperap lama lau menghasilkan aroma yang menghapus selera menjamah sup utara.

Mujur penyokong PAS tidak naik angin kepada abang baju biru yang menjaga pagar berduri. Jadi tidaklah mereka ambil sampah dan melontarkannya.

Penulis pada mulanya tidak puas hati melihat sampah di bahagian hadapan jalan masuk ke masjid. Dengan melihat kesan pada puntung rokok dan plastik pembungkus makanan yang tercampak, sudah boleh diagak, sampah ini sudah beberapa hari terlantar di situ.

Justeru dalam perjalanan pulang penulis memantau tahap kebersihan lanskap dan kiri kanan jalan di Bandar Temerloh. Dalam diam-diam penulis mengeluh.

Sungguh tidak wajar Pegawai Daerah tidak cakna dengan keceriaan Bandar Temerloh. Tidakkah beliau sedar pada Sabtu 26 Februari itu, ribuan manusia berkumpul di situ?

Jika tidak mengalu-alukan penyokong pembangkang tidak mengapa. Ini membiarkan tayar kereta para Menteri melalui jalan yang kebersihannya kurang diperhati.

Mana boleh jadi. PRK adalah fenomena yang tidak kerap berlaku. Wajarlah ambil peluang menaikkan gred kebersihan jadi nombor satu.

Bukannya susah, boleh kerah budak sekolah. Pinjam sebentar pelatih PLKN juga tidak jadi masalah. Boleh buat program gotong royong dengan warga bandar agar Temerloh tampil segar.

Libatkan orang ramai, jangan serah pada kontraktor pemungut sampah pepejal semata-mata. Kreatiflah sedikit.

Penulis harap MB Pahang janganlah sibuk hendak rampas kerusi Kuantan daripada pembangkang sahaja.

Memang agak mustahil menjadikan Temerloh sifar sampah terbiar, namun mestilah ada usaha ke arah menjadikannya bersih dan ceria. Memang tidak patut biarkan tahap kebersihan hanya sekadar biasa-biasa sahaja.

Sepanjang minggu berkempen ini, Adnan jangan pula buat perangai lebih busuk macam sampai seperti kempen PRK Sanggang dahulu. Apa kata ajak calon dan penyokong BN buat aktiviti kebersihan. Tentu ramai geng UMNO datang tolong.

Lain kali apabila ke Temerloh untuk santap ikan patin, penulis harap tidak ada lagi sampah dan bau busuk bermain ditiup angin.

Sampah bertimbun angkara kerajaan Umno BN tak buat kerja, tapi yang jadi mangsa Abang-Abang tentera kita. Nasib!!Nasib!!


Alahai abang askar kite.... Bile ada PRK jer depa nih kene kerah ngan pak2 menteri untuk tolong depa... awat tak tolong masa takde PRK? dan Sejak biler abang2 Askar nih dok bawah BN/UMNO?
(baca selanjutnya....)

Mesti abang2 Askar sume tak puas hatikan dengan cara pemerintahan BN nih... ialah skop kerja jaga keselamatan negara tak kira masa, tapi BN buat abang2 Askar nih macam balaci dan pencacai2 yang boleh di suruh bila ada PRK....

Anyway Kesian pada abang Askar, dalam dok badan Tuff2 tu masih takut lagi dengan BN... kalau nengok askar Mesir hebat dorang, Pemimpin Corrupt depa tak sokong depa sindri masuk dalam perhimpunan jatuhkan Mubarak!

Kesian.... Abang Askar takut pe ngan BN nih?
EP

Read more ...

Calon PAS mahu integriti, calon Umno mahu money

Prk Kerdau : Calon PAS Kerdau muda, wibawa dan berintegriti

KERDAU: Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengisytiharkan Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Ia diumumkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di hadapan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markas Induk PAS Kerdau, dekat sini pada 24 Februari lalu.


Turut hadir dalam perisytiharan itu, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw; Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden Ke-ADILan, Fuziah Salleh; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Phang Chow serta Pengerusi KeADILan Pahang, Dato Fauzi Rahman.


Pencalonan Hasanuddin yang juga bekas calon PAS di Dun tersebut pada PRU 2008 tepat dengan kehendak massa, kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz kerana calon PAS itu seorang calon muda yang sangat wibawa.


Beliau memiliki Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan dilahirkan dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang dalam Daerah Temerloh, serta mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas. Hasanuddin juga mempunyai pengalaman luas dalam industri dan ukur selama 15 tahun serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Mengulas pemilihan Hasanuddin, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Kerdau, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, calon PAS itu mempunyai hubungan rapat dengan penduduk di Kerdau.


“Beliau sangat dikenali di Dun Kerdau. Saya yakin pengundi akan memberi kepercayaan memilihnya sebagai wakil rakyat,” katanya semasa mengadakan sidang media sejurus selepas perisytiharan calon dibuat.


Ustaz Tuan Ibrahim berkata, PAS sentiasa menampilkan calon yang berwibawa dan bersih, namun parti itu tetap waspada dengan fitnah terhadap calon yang bakal dimainkan Umno-BN.


Beliau berharap proses pilihan raya akan berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur provokasi daripada mana-mana pihak.


Sementara itu, bercakap mewakili KeADILan, Azmin Ali menyifatkan calon PAS memiliki integriti dan kewibawaan yang mampu menterjemahkan hasrat penduduk Kerdau khasnya dan Pahang amnya.


KeADILan menyokong penuh pencalonan Hasanuddin, dan berjanji akan membantu menjayakan kempen bagi memenangkan calon PAS itu, katanya.


Dr Tan Seng Giaw ketika ditemui mengucapkan tahniah kepada Hasanuddin yang dipilih PAS dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mewakili gabungan pembangkang di sini. Apa yang pasti katanya, pencalonan Hasanuddin bertepatan dengan hasrat seluruh pengundi Kerdau yang mahukan calon seorang yang muda, berwibawa dan mampu mengutarakan suara pengundi Kerdau.


“DAP akan menurunkan seluruh jentera untuk bantu calon PAS di sini. Kita akan tumpukan kepada pengundi bukan Islam di sini yang peratusannya tidaklah besar, tetapi mampu menyumbang kepada kemenangan,” katanya.


Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Zaharudin Abu Kassim.


Proses penamaan calon PRK Kerdau akan diadakan pada 26 Februari, sementara pembuangan undi pada 6 Mac.


Dalam PRU 2008, Hasanuddin mewakili PAS di sini, tetapi tewas kepada calon BN dengan majoriti 1,615 undi.


Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Zaharuddin memperolehi 4,135 undi. Walaupun tewas, Hasanuddin berjaya merapatkan jurang majoriti yang sebelum ini.

Read more ...

Tak reti-reti Menteri Umno bangang ni, baik letak sahaja jawatan Menteri

Awat la bangang sangat Menteri Umno ni, kuasa kawal harga barang di bawah kuasa kementerian bukan bawah kuasa Kerajaan negeri.

Kalau tak faham lagi baik letak jawatan , kalau tak boleh nak kawal harga barang mengaku saja lah.

Ceramah depan orang Umno boleh la, puak-puak Umno bukan reti apa anguk saja. Janji boleh masuk .

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar PAS supaya menjual gula pada harga yang lebih rendah di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, jika PAS benar-benar mahu membuktikan bahawa mereka mampu menurunkan harga gula ke paras yang lebih rendah, ia perlu diperluaskan ke negeri-negeri lain sehingga hujung tahun ini.

"Saya cabar PAS jual (gula) di seluruh negeri yang mereka perintah dengan harga murah daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Saya cabar PAS buat di Kelantan dan Kedah serta negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat," katanya kepada media selepas merasmikan bangunan koperasi peserta-peserta Felcra Rumpun Makmur Temerloh Berhad dan Program Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) di sini, Isnin.

Beliau sebelum itu mendedahkan bahawa pihaknya mengesan aktiviti penjualan gula pada harga RM1.80 oleh penyokong PAS di sebuah kedai di Lipat Kajang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Harga penjualan gula pasaran yang ditetapkan oleh kerajaan ialah RM2.10.

Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, berdasarkan pemantauan oleh pihaknya, aktiviti penjualan gula pada harga rendah berkenaan hanya bertahan selama sehari.

"PAS konon nak tunjukkan mereka boleh jual barang murah, mereka tawar jual gula lebih murah dari yang ditetapkan oleh kerajaan di Lipat Kajang.

"Tapi saya difahamkan oleh pegawai yang buat pemantauan sudah tak ada, kalau ada memang kita pergi ramai-ramai beli," katanya.

Justeru Ismail Sabri berkata, tindakan berkenaan adalah gimik politik yang dilakukan PAS sempena pilihan raya kecil DUN Kerdau bagi meraih undi.

"Soalnya kenapa waktu pilihan raya sahaja yang dijual harga murah, kalau betul mereka mampu tak perlu tunggu sehingga pilihan raya.

"Kenapa di Kerdau sahaja yang dijual murah, PAS dah perintah di Kelantan dan Kedah, kenapa di Lipat Kajang sahaja? PAS hanya menjadikan ini sebagai gimik pilihan raya...untuk mengaburi mata pengundi yang nak menunjukkan PAS mampu untuk menurunkan harga barang," katanya.

Ditanya kemungkinan PAS mendapat bekalan gula pada harga yang lebih rendah sehingga mampu menjual dengan harga murah, Ismail Sabri berkata: "Mereka tak dapat bekalan murah, tapi sengaja tanggung kerugian...jual (walaupun) rugi dalam musim ini.

Berhubung kemungkinan PAS Pusat memberi subsidi gula bagi menampung kerugian berkenaan, Ismail Sabri berharap agar pemberi subsidi berkenaan akan diperluaskan untuk dinikmati oleh rakyat di tempat lain.

"Kalau beri subsidi gula di Kerdau, tolong beri subsidi di tempat lain juga," katanya.

Read more ...

PRK Kerdau : Bik Mama kempen naik helikopter, SPR kenyit mata

Mantap Beb:Bik Mama Pakai HELi ke Kerdau


Mana Luncai ni tak tahan nak kentut dah ni, Luncai mai la tahan hidung


kan dah cakap..ha ha ha

Siapa PM Mesia..ha ha ha

wow..Bik Mama guna helikopter untuk ke Dun Kerdau..fuyoooo

ini kira kes tak salah guna ‘kemudahan KERAjaan..ha ha ha

mebi Jawatankuasa ‘PEMANDU’ boleh release kes ini..ha ha ha

takpa .ha ha ha..rakyat tetap akan sokong PM Bik Mama..ha ha ha

mKini

Rosmah naik helikopter bantu Najib menang di Kerdau

Bagi yang kurang mengikuti perkembangan politik tanah air, daripada aspek fizikal, di Kerdau sekali imbas seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanding di DUN tersebut.

Selain dibanjiri warna biru dan hijau bendera parti berbanding – BN dan PAS – kebanyakan poster yang menunjukkan wajah Najib dan calon Pakatan Rakyat Hassanuddin Salim sahaja ditampal di sekitar kawasan seluas 273.27 km persegi itu.

Tinjaun Malaysiakini di sekitar daerah mengundi Kerdau dan ‘kawasan 3+1′ – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – hari ini mendapati amat sedikit gambar calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad ditampal.

Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada benar pandangan sesetengah pihak yang melihat keputusan dalam pilihan raya Kerdau sebagai referendum kepada pemerintahan Najib – anak jati negeri Datuk Bahaman itu?

Atau ia sekadar bermaksud BN perlu bergantung sepenuhnya kepada Najib untuk mengekalkan penguasaan di DUN itu yang dimenangi secara turun-temurun.

Tetapi, sejauh mana kepentingan Kerdau kepada Najib sendiri? Menilai tindakan presiden Umno itu, Najib kelihatan lebih berhati-hati kali ini berbanding sebelumnya pengalaman sebelumnya di 14 pilihan raya kecil selepas Mac 2008.

Rosmah naik helikopter

Kali ini, walaupun kempen baru masuk hari kedua, Najib dilihat memecut awal dan mahu memenangi hati 8,999 penduduk di kawasan itu apabila bertungkus-lumus menghadiri pelbagai program dan lawatan di DUN itu – yang dibaca sebagai kempen pilihan raya – sejak daripada awal pagi.

Malah isterinya Rosmah Mansor yang jarang-jarang turun berkempen juga mengiringinya ke kawasan 3+1 yang secara tradisinya merupakan sebagai kubu kuat BN.

Rosmah juga mengakui, oleh kerana Pahang merupakan negeri perdana menteri, beliau terpaksa turun ke kawasan itu walaupun penat dan berpeluh-peluh baru pulang daripada menemai Najib menghadiri program di Labuan jam dua pagi tadi.

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, ‘ini negeri Pahang… Negeri I, you kena pergi.’

“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi tadi.

Hari ini sahaja, sejak 9.30 pagi tadi hingga enam jam sesudahnya, Najib menghabiskan masa di enam kawasan, termasuklah Jengka 23, Jengka 22, Kampung Baru Sarwar, Jengka 25 dan daerah mengundi Kerdau.

Selain bertemu pengundi di tiga lubuk BN di Felda, beliau turut membawa khabar gembira, antaranya mengumumkan bahawa Felda memberikan pertimbangan khas kepada 7,800 peneroka berhubung “bayaran CESS” dan bayaran balik tanaman semula dari getah kepada kelapa sawit.

Read more ...

PRK Kerdau : Umno BN perintah Pahang , hutang RM 2.17 bilion

Adnan perlu jelaskan hutang negeri RM2.17b

TEMERLOH, 28 Feb: PAS menggesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kelemahan pentadbirannya kerajaannya kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau seperti mana dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.

Gesaan itu dibuat ekoran kenyataan Adnan yang menyebut selama Barisan Nasional menerajui Pahang tidak ada isu untuk dibangkitkan oleh pembangkang dalam PRK Dun Kerdau.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dalam sidang medianya hari ini berkata, Laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Pahang yang merangkumi pelbagai skop.

Kata beliau, paling utama kelemahan melibatkan pentadbiran dan pengurusan sehingga kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta ekoran empat buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLC) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual.

Lebih teruk lagi kata beliau, laporan itu juga mendedahkan kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap GLC terbabit sekiranya GLC terbabit gagal membuat bayaran.

"Jelas dan nyata bahawa inilah antara sebabnya mengapa pakar ekonomi meramalkan kerajaan negeri Pahang berpotensi bankrap," kata beliau dalam sidang media di Markas besar PAS Kerdau hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Dun Kerdau, Abdul Wahid Endut dan Ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifly Ahmad.

Kata Tuan Ibrahim, oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam, menjadi tanggungjawab pada Adnan memberi penjelasan kepada rakyat termasuk pengundi di Kerdau, apa langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kepincangan-kepincangan tersebut.

Selain itu, Adnan juga digesa menjelaskan mengapa kerajaan negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut dan kini menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion seperti mana Laporan Ketua Audit Negara tersebut.

"Dalam masa yang sama PAS juga menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semsasa GLC negeri sebagaimana dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," ujarnya.

Mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tentang pemilihan Hassanuddin sebagai calon PAS, Tuan Ibrahim berkata ia berdasarkan proses biasa dalam PAS.

Nama Hassanuddin katanya, di hantar oleh PAS Kawasan, diluluskan oleh PAS negeri dan seterusnya mendapat kelulusan PAS Pusat dan Majlis Syura.

"Pemilihan Hassanuddin juga setelah mengambil kira suasana dan keperluan setempat," kata beliau yang menyifatkan isu pembangunan dan salah urus tadbir sebagai fokus utama di Dun berkenaan.

Justeru beliau menyeru pengundi di Kerdau membuat pilihan yang tepat bagi membongkar segala kepincangan demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau dan seluruh negeri Pahang.

"Calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini adalah Hassanurddin Salim, yang berlatarbelangkan integriti, kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara," katanya.

Read more ...

Daftar warga Siam untuk jatuhkan PAS di Kelantan

Daftar warga Thai untuk tawan Kelantan

http://2.bp.blogspot.com/-xPPBr4eGop4/TVi0AolNGLI/AAAAAAAAATA/jnBFZwyNXF8/s320/4.jpgKOTA BHARU, 28 Feb: Pihak lawan sedang berusaha mendaftarkan seramai mungkin warga Thai sebagai pengundi pada pilihan raya umum ke-13 bagi merampas kerajaan Kelantan yang kini ditadbir oleh PAS hampir 21 tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata tiga Parlimen, iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat akan menjadi perhatian mereka sebagai ‘target’ untuk merampas negeri ini keseluruhannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis seminar mahasiswa mahasiswi Mesir, di Balai Islam, Lundang, di sini hari ini.

Menurutnya, PAS Kelantan mempunyai senarai penuh berhubung perkara itu.

“Kita amat kesal dengan kejadian ini dan sekiranya ia berterusan berlaku, bermakna masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing dan bukannya rakyat negara sendiri,”ujarnya.

“Ini kerana warga asing itu akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang,”ujarnya.

Husam menambah, kerana kepentingan diri mereka sanggup berbuat demikian walaupun bersalahan dengan moral dan undang-undang.

Beliau seterusnya berkata, sekiranya perkara ini berterusan ia langsung tiada beza dengan kerajaan Mesir yang digulingkan rakyat di bawah pemerintahan Hosni Mubarak.

Tambahnya, walaupun menang besar pada pilihan raya baru-baru ini, namun Hosni Mubarak direntap keluar oleh rakyat.

“Kiranya menang besar kerana pilihan raya, sudah tentu kebangkitan rakyat menentang kerajaan tidak akan berlaku,” ujarnya.

Beliau turut berpendapat, kebangkitan besar itu turut memberi kesan besar pada negara sekitar di Timur Tengah lain yang juga inginkan keadilan.

Kata Husam lagi, lanskap politik di Asia Barat akan berubah sekurang-kurangnya setahun akan datang.

Program anjuran Alumni Keluarga Pelajar, Kelantan-Mesir itu dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Tiga orang pemimpin telah diundang untuk menjayakan majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Manakala wacana serta perasmian penutupnya disampaikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seramai 1,082 orang pelajar Mesir Kelantan hadir pada majlis yang penuh bermakna buat mereka.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Alumni Keluarga Pelajar Mesir, Ustaz Zulkifli Yusof.

Read more ...