Monday, February 4, 2013

KURANG CERDIK!!! Blogger UMNO belasah Mat Bashah Kaw..kaw...


Admin Ada tulis pasai perkembangan KUIN yang berjaya direalisasikan oleh Kerajaan PR,  admin bukan nak puji Ostaz Azizan ini memang amanah setiap pemimpin yang dipilih bukan bagi alasan-alasan bodoh yang merugikan rakyat.  


Tapi kalau hangpa baca SINI nilai sendiri alasan kurang CERDIK  Seorang pemimpin Utama Umno Kedah dikatakan bakal MB, memang hancurklah negeri Kedah kalau depa menang kali nie.

Ini disahkan sendiri oleh Blogger pro Umno  , iaitu Mummy Rokiah... kali ni dia tibai Datuk Mat Bashah pulak dalam isu KUIN yang dianaktirikan oleh kerajaan BN Pusat. 


Aku rasa blogger pro UMNO sorang ni buat kerja secara bebas, tak terikat makan upah macam blogger dari team tertentu. Jadi pandangannya adalah bebas. Selamat membaca...


KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH
Oleh: Mummy Rokiah



MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas.

Kampus barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. 


Read more ...

MILIKI RM 1.4 JUTA!!! Gobala MC takut hadir lawan Saifuddin di mahkamah

SaifuddinKUALA LUMPUR 5 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di hospital. 

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan Gobala. 

Saifuddin yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad. 

Read more ...

AKHBAR FITNAH!!! Mahkamah Rayuan kekalkan keputusan Utusan kena bayar RM 200 000 kepada Lim Guan Eng

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu terhadap keputusan mahkamah tinggi.

Panel hakim yang juga terdiri daripada Datuk Anantham Kasinather dan Datuk Mah Weng Kwai, memerintahkan Utusan Melayu membayar kos guaman RM20,000 kepada Guan Eng.

Read more ...

KAHWIN KAKAK ARTIS!!! Isteri ADUN UMNO tuntut cerai

DUNGUN - “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).

"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini."

Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.

Read more ...

VIDEO!!! Ribut Melanda "My Beautiful Malaysia" di Teluk Chempedak ketika PM mula berucap



Kuantan – Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam.

Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia.

Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Read more ...

GANGGU CERAMAH !!! Samseng UMNO berganding bahu dengan Samseng India di Felda Sg. Tengi

Suasana tegang berlaku di Felda Sg Tengi malam tadi.

Buat pertama kali dalam sejarah, samseng-samseng UMNO/PERKASA  berganding bahu, bersatu bersetia dan berkhimat dengan penyangak MIC buat ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat.

Sdr Mazlan Aliman ketika baru beri salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.

Read more ...