Tuesday, February 28, 2012

MAI BACA!!! Kenyataan banggang Ketua Pemuda UMNO Penang pertahankan Samseng Mamak UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwMZTXKw4wQB9j97s6KxEy8ola-HLm-wkSSHbotHct-ez64XVEmZcG7TLOW8UON97HY7OXWKLuR9J4vVTbEDnUCjL-V-gZu-lvpNq2sqCEFC1YYiKx-r9jJDeCxZul3nsR2Lmgzn3mi8Q/s320/Ketua+Pemuda+Penang.jpg

DAH TERANG TAK PERLU BERSULUH LAGI , ORANG UMNO TERUTAMANYA MAMAK UMNO YANG BUAT KACAU DI HIMPUNAN ANTI LYNAS DI PENANG

DAH TERSEBAR DI YOUTUBE PERANGAI SAMSENG MAMAK UMNO MENCARUT, BUAT ISYARAT LUCAH, SONDOL ORANG, BALUN ORANG DAN MACAM2 PERANGAI BERUK MASA HIMPUNAN TU.

TIBA-TIBA, KETUA PEMUDA MAMAK UMNO BUAT KENYATAAN , LIM GUAN ENG YANG SALAH, PESERTA AMAN ANTI LYNAS YANG SALAH

SAMSENG MAMAK UMNO TAK SALAH, SAMPAI TAHAP TU PUNYA KELAKU BURUK PUN TAK SALAH. YA JUGA.... DAH POLIS PUN TAK BERANI NAK HALANG PUAK NI KIRA TAK SALAH LA...

LEPAS NI, BUAT KELAKU BERUK LAGI SEBAB POLIS PUN TAK BERANI NAK HALANG. TAPI INGAT LA , BUMI INI BUMI ALLAH BUKAN BUMI MAK BAPAK SAMSENG MAMAK UMNO... SATU HARI KO AKAN RASA.... ADMIN

Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Menurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (atas), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.-malaysiakini

Read more ...

PAPA GOMO PUNYA BODOH!!! Panglima Armada TLDM terpaksa letak jawatan

Penulis blog yuseriyusoff.blogspot.com telah memberitahu, seorang pegawai atasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa meletakkan jawatannya berikutan satu pendedahan yang didakwa eksklusif sebuah blog pro-Umno, Papa Gomo yang dikatakan telah diberi ‘keistimewaan’ oleh pihak TLDM untuk berada dalam kapal selam Scorpene sehinggakan isu ini menjadi panas pada tahun lepas.

Menurut blog yuseriyusoff, Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman (gambar kiri), Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada ‘video sulit’ yang didedahkan oleh blog pro Umno, PapaGomo.com.

Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas ‘kebenaran’ yang diberikan kepada penulis blog PapaGomo untuk memasuki ruang sulit dalam kapal selam berkenaan yang dibawah perintahnya. Selain maruah krew-krew kapal yang dijaja ke alam maya (internet), seolah-olah ianya tidak lagi sulit berkaitan soal keselamatan negara.


“Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

“Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak,” tulis pemilik blog yuseriyusoff.

Menurut blog yuseriyusoff lagi, ekoran tulisan pendedahan eksklusif blogger ‘ikon’ pro kerajaan (PapaGomo), menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia ‘terduduk’ seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

“Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.


“Mungkin beliau (PapaGomo) terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet,” kata penulis yuseriyusoff lagi.

Penulis blog yuseriyusoff turut memberitahu, Dato Wira Jamil merupakan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya, namun kerana kebodohan PapaGomo yang menganggap dirinya sebagai ‘KING’ itu, pegawai TLDM berkenaan terpaksa melepaskan jawatannya walaupun beliau dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM jika PapaGomo tidak melakukan pendedahan bodohnya itu.

Kata penulis blog yuseriyusoff lagi, kerana mahu dilihat hebat di mata rakyat Malaysia, tanpa disedari, pendedahan eksklusif ‘ruang sulit’ KD Tun Razak yang dibuat oleh blogger pro kerajaan itu telah mendedahkan satu perkara yang tidak patut didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.

--WARKAHDAILY

Read more ...

SAMSENG UMNO!!! Import pemuda UMNO Seremban supaya tidak nampak Mamak tapi tetap nampak Mamak UMNO



Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah mengakui bahawa ‘Samseng UMNO’ yang terlibat dalam kejadian kekecohan dalam Himpunan Hjau 2.0 yang berlangsung di Esplanade Speaker’s Square, Pulau Pinang adalah Ahli UMNO Bahagian Tanjung.


Sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja Ahli UMNO Bahagian Tanjung yang terlibat dalam kekecohan itu, kerana perlu diketahui di Pulau Pinang ini UMNO semakin dipinggirkan jadi keahlian mereka juga semakin berkurangan..

Jika diperhatikan gambar-gambar serangan ganas yang dipaparkan di kebanyakkan media, kebanyakkan dari ‘Samseng UMNO’ yang dikatakan Ahli UMNO Bahagian Tanjung oleh Shaik Hussein memakai kap atau topi berwarna putih.

Hampir keseluruhan yang mengenakan kap putih itu adalah Ahli UMNO Bahagian Seremban, Negeri Sembilan ..







Mereka telah hadir ke Pulau Pinang bagi menyertai Program Gotong Royong Perdana yang diadakan oleh Dato' Seri Dr Hilmi Hj Yahaya ADUN Teluk Bahang di Sek.Agama Rakyat Sg.Pinang Balik Pulau, pagi 26/02/2012.








Dalam hati mungkin berkata "Berjaya juga aku perbodohkan budak-budak ni"





Mereka dilaporkan berada di di Esplanade Speaker’s Square, pada sebelah petangnya bagi menganggu Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di situ.











Apa yang jelas di sini ialah UMNO Pulau Pinang sememangnya semakin kekurangan Ahli, oleh itu bagi menjayakan provokasi mereka kali ini, mereka telah memperbodohkan Pemuda UMNO Seremban.

Jika diperhatikan dengan teliti gambar-gambar dari insiden ini.. sekali lagi kita akan melihat anak-anak Melayu dari Negeri Sembilan telah diperbodohkan oleh Mamak UMNO Tanjung..

Persoalannya di sini ialah siapakah yang mengarahkan mereka untuk mengganas di Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang ini?

Adakah ADUN Teluk Bahang turut terlibat dalam misi ini?ASD

Walaupun pemuda UMNO Seremban meramaikan tapi tetap Mamak UMNO yang nampak , kenapa ya? admin








************************************************


Laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13 Pulau Pinang

Kenyataan Media oleh Jingga 13 Pulau Pinang

Kenyataan Akhbar
Jingga 13 Pulau Pinang
28 Februari 2012

JINGGA 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat insiden wartawan Kwong Wah Yit Poh, Adam Chew, 29 yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun, 25, dipukul dengan topi kar gara-gara diserang oleh sekumpulan pemuda di Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama dekat George Town pada Ahad lepas.

Grup provokator berkenaan rata-ratanya memakai topi "Umno Seremban". Dari gambar yang didedahkan, beberapa pemuda liar berkenaan dikenal pasti sebagai pemuda Umno Balik Pulau.

Jingga 13 Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa Ketua Bahagian Umno Balik Pulau merangkap Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Yahya mungkin mengetahui siapakah dalang sebenar di sebalik tindakan liar pemuda berkenaan menyerang wartawan dan rakyat yang menyertai perhimpunan aman tersebut.

Ini kerana, dilaporkan, Umno Balik Pulau dengan partisipasi kira-kira 50 pemuda Umno Seremban mengadakan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Agama Rakyat Sungai Pinang, Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.

Pemuda yang memakai topi "Umno Seremban" dalam gotong-royong tersebut adalah antara mereka yang terlibat dalam aksi provokasi tersebut.

Malaysia adalah negara yang aman, rakyat tidak perlu amalan politik liar dan provokasi. Jingga 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat segera kumpulan provokator yang menyerang wartawan terbabit.


TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG

Amizudin Ahmat
Koordinator
Jingga 13 Pulau Pinang

Read more ...

CACI DAN HINA PAS!!! Dengar sekali, dah tak ada orang nak dengar ceramah Hasan Ali

Gambar di atas adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.

Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadzir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Inilah budaya dalam PAS. Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadzir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadzir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS.

Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.

Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

Tulang Besi

Read more ...

LAPORAN POLIS LAGI!!! Masalahnya, Samseng UMNO semakin berani kerana polis tak berani dengan Samseng UMNO?

NONE
Bimbang akan keselamatannya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat laporan polis mengenai apa yang didakwanya sebagai "ancaman" oleh ahli-ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

"... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.


"Terpulang kepada pihak polis untuk membuktikan sama ada mereka mampu melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut dengan bertindak bukan sahaja terhadap ahli Umno dan PERKASA yang menyerang kedua-dua wartawan, tetapi juga mereka yang mengugut saya."


Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.


penang lynas himpunan hijau 260212
Kumpulan berkenaan dikatakan menyerbu ke arah orang ramai yang menghadiri Himpunan Hijau sehingga mengakibatkan huru-hara berlaku, di mana Lim secara lisan diugut dan dua wartawan diserang.

"Melihat keganasan oleh ahli-ahli Umno dan PERKASA, walaupun hampir dua hari berlalu, saya masih rasa terancam," kata Lim.


[Baca berita penuh]


Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP merangkap ADUN Teratai Jenice Lee mengutuk tindakan ahli Umno yang didakwa mengunakkan keganasan terhadap Lim.


Katanya, pada acara 26 Februari lalu, semasa ketua menteri itu menyampaikan ucapan, sekumpulan ahli Umno menganggu acara itu dengan membuat bising menjerit secara berterusan “Satu Malaysia” dan “Hidup Najib”.


NONE
“Saya juga berasa amat kecewa terhadap pihak polis Pulau Pinang. Walaupun polis berada di tempat kejadian semasa Lim dan pemberita diserang oleh ahli Umno tetapi polis berdiam sahaja.

“Ini jelas menunjukkan polis mengamalkan prinsip ‘double standard’, satu untuk ahli Umno dan satu untuk rakyat biasa dan pemimpin Pakatan Rakyat,” kata Lee.

Justeru, beliau mahu Ketua Polis di Pulau Pinang memohon maaf kepada semua rakyat kerana gagal melindungi Lim dan menjaga keselamatan orang ramai.

Read more ...

HARGA BARANG NAIK!!! RM50 hanya beli sekilo ikan, udang dan 3 sayur

Tinjauan barang-barang dapur sama ada di pasar tani, pasaraya dan pasar besar didapati harga ikan dan makanan laut yang lain naik begitu mendadak sekali yang kadangkala boleh membuatkan kita pening kepala mana satu hendak diutamakan kerana harganya melambung-lambung dari hari ke sehari.

Mana tidaknya harga ikan cencaru yang dahulu boleh kita dapat RM4 sekilogram tetapi kini mencecah RM10 dan begitu juga ikan kembung dahulu boleh dibeli dengan harga RM6 tetapi kini sudah mencecah RM20. Harga sotong basah kini RM24 dan udang juga RM24 dan ketam kini RM28 sekilogram.


Serai tidak ada lagi harga 20 sen tetapi kini RM1 seikat, harga cili merah hanyalah 3 atau 4 biji RM1 dan begitu juga dengan sayuran yang lain agak mahal harganya berbanding dengan harga 2 tahun yang lalu.


Nampaknya kita sudah kembali di zaman 60-an atau 70-an di mana walaupun harga ikan hanya di bawah RM1 sekilogram di masa itu tetapi masih tidak mampu membelinya sekati atau sekilogram dan hanya mampu membeli seekor atau 2 ekor ikan kembung untuk sarapan sekeluarga tengah hari dan malam.



Dengan membawa RM50 ke pasar hanyalah dapat membawa balik sekilo ikan kembong dan sekilo udang serta 2 atau 3 jenis sayur sahaja. Ada juga di antara pelanggan membeli ikan-ikan yang separuh busuk dijualkan di sana yang mana kadang kala kucing pun 'reject' untuk menjamahnya menjadi menu sekeluarga di rumah nanti.


Ini adalah realiti kehidupan sekeliling kita di mana tiada kaitannya sama ada yang hidup ataupun yang mati dan ianya adalah sebagai renungan sahaja.


Syed Abdullah Osman Jamalullail,

Seremban.

Read more ...

SERANG NURUL IZZAH!!! ADUN Lepar buat kenyataan paling banggang pertahan Samseng Pondan UMNO

BARULAH KALI PERTAMA RAKYAT DENGAR... NAK LINDUNG PENCERAMAH KENA RAMPAS MIKROFON....

KALAU NAK BERI ALASAN PUN BERILAH ALASAN YANG CERDIK SIKIT...

RAKYAT TAHU SANGATLAH YANG PARA ADUN UMNO MEMANG JENIS KURANG CERDIK.....

KALAU DIA SENDIRI SECARA TERBUKA MENGAKU SAMSENG TAIK KUCING KERING INI PEMBANTU BELIAU MAKA BELIAU ADALAH KEPALA BAPAK SAMSENG...

MEMANG BENARLAH BUDAYA SAMSENG SUDAH SEBATI DENGAN PERJUANGAN UMNO KINI....BERANI TUNJUK LAGAK SAMSENG DENGAN KAUM HAWA....OMAK KAU


Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi


ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.

Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.

"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.

Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau.

Bagaimanapun menurut ADUN Seri Setia yang juga Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir pada malam kejadian itu menafikan bahawa Asrullah cuba mengambil mikrofon dari Nurul Izzah.

"Beliau cuba untuk memukulnya atau merentap tudungnya. Tidak pasti beliau mahu merampas mikrofon," katanya dalam mesej pesanan ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asrullah tidak memberi membalas sebarang cubaan Malaysiakini untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan serangan berkenaan.
Malaysiakini

Read more ...

PENCERAHAN!!! Badrulamin mangsa konspirasi fitnah



Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung dakwaan beliau terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan Sabtu lalu, khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

“(Ini) kerana pemandu/pembantu saya telah didatangi oleh enam orang yang tidak dikenali yang menawarkan ‘imbuhan lumayan’ sekiranya (dia) sanggup bekerjasama dengan mereka untuk ‘jadi saksi memburukkan saya,” katanya dalam satu kenyataan media.


Badrulamin juga mendakwa beliau diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.


“Untuk apa? Tentunya untuk meneruskan agenda busuk mereka menyerang Pakatan Rakyat terutama PKR melalui kes saya,” katanya lagi.


Dalam kenyataan akhbarnya selepas siasatan JAIP selama lebih dua jam, petang semalam, Badrulamin yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata keterangan yang diberikan beliau dan wanita berkenaan semasa siasatan juga tidak bercanggah.


"Bahawa kami tidak ditangkap oleh Penguatkuasa JAIP dalam keadaan berdua-duaan.


“Ketika pegawai JAIP tiba, saya berada di dalam bilik bersama beberapa orang lain sedangkan wanita itu (nama tidak disiarkan) berada di tempat lain," katanya.


'Hanya bertuala'


Sehubungan itu, kata Badrulamin, laporan media yang memetik Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz sebagai berkata mereka kononnya ditangkap oleh pegawai penguatkuasa dalam keadaan berdua-duan adalah fitnah yang jahat.


“Malah ada yang melaporkan kononnya kami bertuala ketika ditangkap. (Ini) adalah fitnah jahat dan kotor. Peguam (saya) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat itu.


Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, ketika memberi keterangan.


Sementara, wanita yang didakwa media arus perdana berkhalwat dengan Badrulamin tiba di pejabat JAIP pada jam 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta dengan ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.


Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pada jam 6.20 petang.


Mereka disiasat bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.


Sebelum ini, Badrulamin menjelaskan beliau berada di hotel berkenaan di Kuantan kerana menghadiri temurapat pemimpin PKR pada hujung minggu lalu.


Bagaimapun pada jam 2 pagi, beliau dihubungi wanita tersebut dengan nada cemas dan menyatakan beliau mempunyai masalah keluarga yang serius.


Katanya, beliau telah mengenali pasangan suami isteri itu sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah yang dikendalikannya dan pasangan itu juga sering berhubungan dengannya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi.


Sedia berundur


Beliau juga berkata, wanita berkenaan juga ada menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.


Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Badrulamin berkata kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau bersedia menanggungnya sendiri.


"Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan PKR.


"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya.


Mengulas, arahan Pejabat Menteri Besar Selangor yang mengarahkan beliau supaya bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu kerajaan negeri pimpinan Pakatan turut merasa tempias daripada kes itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.



Kes Badrul: Wanita nafi berkhalwat, dakwa difitnah


Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.


Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.


“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!


“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.


Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.


Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.


“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.


“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.


Sabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.


Badrulamin kebetulan berada di Kuantan untuk temurapat atau permukiman PKR pada hujung minggu lalu.


Menurut wanita itu lagi, beliau memang kenal rapat dengan Badrulamin dan isterinya, Zumrah Husni, sejak beliau mengikuti rombongan umrah yang dikendalikan pemimpin itu pada 1 Mei tahun lalu dan mereka sering berhubung antara satu sama lain.


“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.


“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah,” katanya.


Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.


“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.


Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

Read more ...

ISU NFC!!! Selepas kondo mewah, restoran mewah , sekarang pasaraya mewah pula

KEADILAN hari ini mendedahkan selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium di Singapura, National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.


"KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan anak Shahrizat iaitu Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau.


"Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited.


"Ia kaedah yang sama digunapakai untuk membiayai pembelian dua kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan baru-baru ini," kata Rafizi ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini tengahari tadi.


Menurut Rafizi, Siasatan KEADILAN menunjukkan Farhmouse Supermarkets Pte Ltd menjadi 'anchor tenant' kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.


"Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap," jelas beliau.


Menurutnya lagi, siasatan KEADILAN juga menunjukkan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.



Dana Rakyat Terdedah Kepada Risiko Kerugian Perniagaan Pasaraya Mewah Di Singapura

KEADILAN pada hari ini boleh mendedahkan bahawa selain dari perniagaan 3 buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam 3 kondominium mewah di sana, pengurusan NFC juga terlibat di dalam perniagaan pasaraya mewah di republik itu.


Ia dikendalikan melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti berikut:



Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail S$666,667


Wan Shahinur Izran Salleh S$666,667


Wan Izzana Fatimah Zabedah S$666,667


(Maklumat korporat syarikat seperti yang dilaporkan kepada pihak berkuasa Singapura ada disertakan. KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau, seperti yang disertakan.)


Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan United Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama yang digunapakai untuk membiayai pembelian 2 kondominium mewah di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan baru-baru ini.


Sejak tahun 2011, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat (sila rujuk Lampiran A), dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibuka dalam tahun 2012 kelak.


Siasatan KEADILAN menunjukkan bahawa Farhmouse Supermarkets Pte Ltd telah pun menjadi anchor tenant kepada sebuah kompleks pasaraya mewah yang bernama Star Vista beralamat 35, Rochester Drive dan terletak di kawasan elit berdekatan dengan Nanyang Technology University.


Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap.


Siasatan KEADILAN juga menunjukkan bahawa Farmhouse Supermarkets Pte Ltd telah menandatangani perjanjian sewaan (tenancy agreement) dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat 2 kompleks tersebut, dari unit #02-08 hinggalah unit #02-35.


Semakan dengan harga pasaran bagi ruang kedai komersil di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah di antara S$350 hingga S$500 sebulan, bergantung kepada lokasi (berdasarkan kajian Competition Commission of Singapore).


Oleh itu, jika keluasan 28 unit dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi, tanggungan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.


Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini.


Kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu mengikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujah bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini.


Oleh yang demikian, KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini, termasuklah perjanjian sewaan yang telah dimeterai.


Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.


Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini.



MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI KEADILAN



HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN

KETUA WANITA KEADILAN


28 FEBRUARI 2012

Read more ...