Thursday, January 20, 2011

Pemilik otak dalam kubur diketahui

Otak milik pendakwah

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs785.ash1/167506_1651585903539_1653772665_1460653_3563506_n.jpg
SEBERANG PRAI , 21 Jan. : Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.
Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa.
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.

Read more ...

Chus Soi Lek hina Islam, mana kenyataan Jamil Khir ?

Umno gagal fahamkan MCA nilai Islam

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Umno gagal memberikan kefahaman kepada rakannya MCA mengenai ajaran Islam yang sebenar meskipun sudah lebih lima puluh tahun berada di bawah parti yang sama.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar) berkata, perkara ini terbukti apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam.

"Kenyataan presiden parti komponen BN yang bersekongkol dengan Umno jelas menunjukkan Umno gagal memahamkan amalan Islam yang sebenarnya walaupun sudah berpuluh-puluh tahun MCA berkawan dengan Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersendakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram dan mengenakan sarung tangan apabila hadir ke program bersama rakyat.

Soi Lek juga turut menyamakan calon pilihan raya kecil Dun Tenang, Normala Sudirman dengan Azizah dan mengandaikan Normala tidak akan hadir ke tempat ibadat bukan Islam dan berjabat tangan dengan orang ramai.

Lo' Lo' yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, Soi Lek tidak wajar mengeluarkan kenyataan demikian kerana ianya bersifat penghinaan terhadap agama lain.

"Kita muslimat atau wanita Islam sedaya upaya mengikut ajaran Islam yg melarang lelaki perempuan bergaul bebas termasuk bersalam-salaman," katanya.

Beliau turut mempersoal sikap membisu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berhubung perkara itu.

"Sekali lagi Presiden MCA menghina dan memperlekeh Islam. Kali ini dia memperlekeh dan menghina calon PAS dan Presiden PKR Wan Azizah yang tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram dan memakai sarung tangan ketika bersalam jika terdesak semasa berkempen atau semasa program bersama orang ramai. Ini adalah amalan Islam.

“Di mana Jamil Khir?" soalnya.

Read more ...

Lambang DAP dan PKR adalah bahan kempen PAS, SPR tidak boleh halang

Kempen: Mengapa SPR berfikiran sempit

KUALA LUMPUR, 21 Jan: “Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya?” tanya Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat (gambar).

Beliau berkata, sepatutnya calon atau wakil calon diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka.

“Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS, DAP, PKR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormatii hak kebebasan ini,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini, katanya kerana perkara 24B(4) tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar semasa memberi taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang.

Dalam taklimat itu, SPR tidak membenarkan sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding di pasang semasa tempoh berkempen.

Suhaizan menambah, SPR seharusnya terbuka dan berjiwa besar melayani pelanggan mereka.

“Kita bukan mahu melantik pengawas sekolah. Kita mahu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Janganlah mentafsirkan undang-undang yang boleh ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah,” katanya lagi.

Menurutnya, apa yang dinyatakan oleh SPR itu memberi maksud bahawa jika PAS sah menjadi wakil Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22 Januar ini, maka lambang parti DAP dan PKR serta gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sing tidak dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.

Katanya, yang dibenarkan hanya lambang parti PAS dan gambar pemimpin PAS seperti gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.

Ini, katanya kerana alasan yang diberikan oleh SPR adalah parti-parti pembangkang PAS, DAP dan PKAR masih tidak lagi mendaftar sebagai parti gabungan seperti Barisan Nasional (BN).

Hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan memasang lambang parti dan gambar pemimpin mereka kerana parti tersebut sahaja yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen pilihan raya.

“Persoalannya bagaimana pemimpin parti pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang boleh berkempen tetapi gambarnya tidak boleh dipasang dan lambang partinya tidak boleh dipasang?” soalnya.

Katanya, jika SPR mempunyai tafsiran bahawa hanya parti yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen sahaja yang boleh meletakkan lambangnya, maka sepatutnya Anwar dan Kit Siang tidak dibenarkan berkempen di sana.

SPR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5).

Perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihanraya menyatakan bahawa: “Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia:

a) memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri itu; dan

b) telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.

Bagi Suhaizan, Perkara 24B(4) tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka.

Katanya, lagi SPR membuat tafsiran bahawa lambang dan gambar pemimpin Umno, MCA dan MIC boleh dipasang dalam pilihan raya kerana mereka sudah bergabung dalam BN sedangkan PAS, DAP dan PKR belum lagi di sahkan oleh ROS sebagai satu parti gabungan PR.

Jelasnya, semua telah memaklumi bahawa PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses mendaftarkan sebagai parti gabungan PR.

Ini, tambahnya memberi maksud bahawa PAS, DAP dan PKR merupakan ahli-ahli gabungan PR yang sedang menanti pihak kerajaan meluluskan sebagai badan gabungan.

Oleh itu, katanya sudah sewajarnya SPR melayan sama rata antara BN dan PR.

“Masalah yang saya bangkitkan ini adalah terlalu kecil dan telah bermula sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang lagi.

“Bantahan-bantahan telah dibuat kepada SPR semasa pilihanraya kecil tersebut. Maka SPR seharusnya lebih pro aktif mengatasi masalah ini,” ujarnya.

Menurutnya, SPR seharusnya memikirkan isu-isu yang lebih besar lagi seperti penghapusan undi pos, penggunaan dakwat hitam, pendaftaran secara automatik, pembersihan daftar pemilih dan pengawalan keadah berkempen media arus perdana.

Tambahnya, SPR tidak perlulah membuat tafsiran-tafsiran undang-undang yang pelik sehingga rakyat bosan dan beranggapan SPR memihak kepada parti-parti tertentu dalam negara ini.

Read more ...

Chua Soi Lek permain ajaran Islam, bukti Umno terdesak

BN terdesak serang peribadi calon PAS

Melayu Bangkit: Pemuda PAS bantah penglibatan IIM BN terdesak serang peribadi calon PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipzwrSom79P0smqG1PngPOaX1QNzZ_esDbyn9AzAYun18ViiIpUkC3dQq400D2KtS9GVEoRjzEZy9NwyyEFPYBUpzHeUR2jR4qR_Kh4e2huqdEKfRaxWYIbnY2mPyISkJMKX0ZK9uwQ3g/s400/dvd-dr-chua-soi-lek.gifKUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek cuba menimbulkan isu agama di Tenang membuktikan BN terdesak dan takut dengan penampilan calon PAS yang meyakinkan rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersenda penampilan calon PAS, Normala Sudirman dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan ketika menghadiri program bersama rakyat.

Soi Lek juga mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan oleh Soi Lek yang takut dengan calon kita dan dia cuba bermain isu agama sebenarnya.

"Ini menunjukkan bahawa Chua Soi Lek cukup terdesak dengan penampilan calon kita yang meyakinkan dan isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu remeh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Naib Presiden PAS itu juga berkata, masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima ajaran Islam yang melarang wanitanya bersalaman dengan lelaki bukan mahram.

"Ini etika yang diterima pakai oleh budaya masyarakat Malaysia dan tak ada masalah bagi orang Cina dan India bila muslimat PAS tidak bersalam dengan bukan mahram.

"Jadi ini bukan isu tetapi menunjukkan sikap terdesak Soi Lek," katanya.

Read more ...

Revolusi Tunisia, gerakan Islam dan harapan perubahan dunia Arab

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/a1/LocationNorthernAfrica.png/350px-LocationNorthernAfrica.png

Artikel : Perubahan politik di Tunisia telah mencetuskan harapan ramai untuk melihat hal yang sama berlaku di negara-negara Arab lain.

Protes yang berlaku ekoran episod di Tunisia di negara-negara lain menambahkan lagi jangkaan untuk melihat pemimpin korup dan zalim di negara Arab lain dijatuhkan.

Selepas Tunisia, antara negara lain yang mempunyai potensi ialah Algeria dan Mesir, yang masing-masing telah menunjukkan perubahan sebenar berlaku – tetapi dihalang dengan kekerasan – dan potensi perubahan menolak rejim lama.

Satu pandangan yang optimis melihat perubahan bersandarkan kes Eropah Timur yang kerajaan-kerajaan Komunis rantau tersebut jatuh dalam masa yang singkat.

Hal tersebut berlaku demikian disebabkan faktor penting ideologi dan negara penaung yang sama iaitu Kesatuan Soviet, yang menjadi faktor utama berdirinya rejim Komunis tersebut.

Pada masa sama, penentang-penentang rejim Komunis turut menerima sokongan daripada kuasa Barat yang bersaing dengan Komunisme.

Di dunia Arab, perkara yang sama tidak kelihatan dan setiap rejim mempunyai ideologi dan pragmatisme tersendiri dalam menghadapi musuh-musuh politik.

Rejim-rejim lama terbabit, yang sudah masak dengan pelbagai cara menyekat dan memerangi penentangan juga boleh dijangka sudah melaksanakan langkah-langkah pencegahan untuk menghalang protes-protes dan pelbagai bentuk penentangan lain.

Rejim-rejim Arab juga masih mendapat sokongan kuat kuasa besar kerana kestabilan dan kepastian yang diberikan sejak sekian lama.

Mereka masih boleh diharapkan untuk mewakili kepentingan Barat dalam banyak hal, seperti usaha memerangi teroris dan militan yang sedang menjadi tumpuan pada masa ini.

Malah, satu pemerhatian awal di media utama Amerika Syarikat behubung “Revolusi Jasmin” turut menyebut “peluang dan risiko” perubahan itu kepada AS.

Kumpulan-kumpulan berhaluan kanan di negara itu juga telah mula memberi amaran supaya gerakan Islam tidak dibenarkan mengambil kesempatan daripada perkembangan itu.

Di Mesir misalnya, Presiden Hosni Mubarak yang kembali kelihatan sihat kebelakangan ini menjadi sandaran pihak Barat untuk menjaga kepentingan mereka.

Tunisia di bawah pimpinan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali juga mendapat sokongan kuat Barat selama ini, hakikat yang sebahagiannya dijelaskan oleh pemerintahannya yang mencapai 23 tahun.

Kedua-dua pemimpin republik Arab-Afrika tersebut mempunyai satu persamaan dalam menyekat dan menekan gerakan Islam di negara mereka.

Ikhwan al-Muslimin dan gerakan al-Nahdah di Mesir dan Tunisia menjadi musuh politik utama rejim-rejim pemerintah negara masing-masing.

Mesir yang sering menjadi perhatian dalam berita telah menunjukkan bagaimana pelbagai langkah sekatan dikenakan oleh pemerintah terhadap gerakan Islam dan kumpulan-kumpulan pembangkang lain.

Tunisia turut menyaksikan hal yang sama, dengan gerakan Islam ditekan hingga mendorong pemimpinnya meninggalkan negara dan tinggal di Eropah.

Gerakan Islam menjadi musuh kuat rejim lama Tunisia (walaupun perubahan sikap dalam hal ini belum boleh dipastikan dalam kerajaan baharu negara itu) sehingga ada pemerhati berpendapat perubahan di negara Afrika Utara itu boleh berlaku kerana gerakan Islam tidak terlibat.

Penglibatan gerakan Islam yang menjadi musuh utama rejim Ben Ali didakwa akan mengundang respons keras rejim sehingga berupaya menggagalkan sebarang usaha penentangan.

Perubahan politik yang mendadak sentiasa membuka ruang ketidakpastian dan sering perubahan yang berlaku sukar diuruskan sehingga berpotensi mendatangkan kesan berpanjangan.

Potensi ini menjadikan perubahan yang tidak dirancang tidak dikehendaki oleh negara-negara kuasa besar yang menyokong rejim terbabit.

Ketidakpastian dan potensi gerakan Islam mendapat tempat dalam politik baharu negara terbabit menjadikan rejim-rejim lama terus mendapat sokongan.

Malah, seperti disaksikan di Algeria, kuasa Barat boleh menutup mata terhadap pelbagai pencabulan dan jenayah dilakukan untuk menghalang perubahan berlaku.

Perubahan yang berlaku di Tunisia juga masih kelihatan belum selesai walaupun kerajaan baharu telah menunjukkan usaha memisahkan diri daripada rejim lama.

Perdana menteri Mohammed Ghannouchi dan Fouad Mebazaa, speaker dewan rendah dan presiden sementara telah meninggalkan parti Ben Ali untuk memisahkan diri dan membina kredibiliti kerajaan perpaduan yang baharu ditubuhkan.

Orang ramai juga terdedah kepada kecenderungan melihat simbol-simbol perubahan dan dialihkan tumpuan daripada melihat keperluan perubahan yang lebih bermakna dan mendalam.

Parti Islam masih belum dapat dilihat penglibatan mereka dalam Tunisia baharu yang sedang dibentuk ini, walaupun selama ini menjadi mangsa utama rejim Ben Ali.

Dalam laporan-laporan media Barat tentang Tunisia, penglibatan al-Nahdah dalam politik masih disertai dengan kebimbangan terhadap “politik Islam” di Tunisia, yang terdedah kepada persepsi dikaitkan dengan terorisme dan unsur negatif lain.

Penglibatan al-Nahdah dalam politik negara itu disebut sebagai mencetuskan kebimbangan terhadap pelaksanaan Islam yang didakwa menyekat kebebasan.

Barat masih melihat parti politik Islam sebagai bertentangan dengan demokrasi dan nilai-nilai yang mereka terima.

Kepulangan tokoh al-Nahdah Rachid Ghannouchi dilihat dengan kebimbangan oleh banyak pihak di Barat.

Persepsi ini berupaya untuk memberi kesan kepada rakyat dan kerajaan baharu Tunisia, lebih-lebih lagi melibatkan reaksi negara asing dan kuasa besar.

Perubahan di Tunisia itu tetap tidak boleh dilihat secara terpisah daripada perkembangan di dunia Arab dan seluruh dunia, ketika kesedaran terhadap penglibatan dalam proses demokrasi semakin menjadi tuntutan.

Istilah Revolusi Jasmin yang digunakan memberi petanda kebangkitan seterusnya di negara lain masih boleh berlaku, tetapi tidak mudah untuk melihatnya berlaku, terutama dalam tempoh yang singkat.

Revolusi warna dan simbol (Ros, Jingga, Tulip) menjadi satu topik khusus dalam politik global hari ini dan memberikan harapan kepada orang ramai.

Seperti yang boleh diperhatikan melalui revolusi seperti itu di Asia Tengah, keputusannya masih bercampur-campur, dengan tidak ada petunjuk jelas perubahan yang bermakna.

Walau bagaimanapun, Revolusi Jasmin di Tunisia telah sekurang-kurangnya mencetuskan harapan dan inspirasi di seluruh dunia Arab. Lembaran baharu ini masih mempunyai potensi untuk rakyat rantau itu tidak melihat perubahan sebagai sesuatu yang mustahil.

Read more ...

Chua Soi Lek permain ajaran Islam, kenapa Umno boleh tepuk tangan ?



Artikel : "Kelmarin Naib Ketua Umno Bahagian Labis, Hashim Daud memberi jaminan bahawa Umno Bahagian Labis tidak akan melancarkan serangan peribadi ke atas calon PAS, Normala Sudirman ketika berkempen dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Johor.

Kononnya “Banyak kerja lain yang kita nak buat. Itu bukan cara Umno membuat serangan peribadi terhadap calon lawan. Kita boleh tengok rekod Umno dalam mana-mana pilihan raya.

“Tetapi parti lawan yang sering membuat serangan peribadi terhadap Umno, bukan kepada calon sahaja tetapi juga ke atas para pemimpin Umno. (sila baca di SINI)Benar.. memang benar jaminan itu UMNO Bahagian Labis tidak menyerang peribadi lawannya.. TETAPI sekutu UMNO iaitu MCA telah menyerangnya, bukan saja peribadi malah turut mempersendakan ajaran atau perintah agama calon lawannya iaitu Islam…

Akibat terlalu lama bersama dengan UMNO, Bintang filem lucah yang kini dilantik menjadi Presiden MCA Chua Soi Lek sekali lagi menunjukkan kejahilan atau ketidak prihatinan beliau tentang ajaran agama Islam.

Bintang filem lucah itu yang selama ini sering mengungkapkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa takut kepada ajaran Islam (Islamfobia), sekali lagi gagal mengawal dirinya dari menunjukkan kepada umum apa pandangan dan perasaan beliau terhadap ugama Islam atau dalam lain ayat bercakap menentang norma-norma Islam.

Dalam kenyataan terbarunya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita.

Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, Chua secara sarkastik membuat perbandingan antara cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berjabat tangan.


Kata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..
“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS,"
Terjemahan lebih kurang begini “ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS.:

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI
Oleh secjdm3p044

Read more ...

Umno guna modal kitar semula untuk tarik undi orang bukan Melayu

PRK Tenang: MB Johor Mula Serang PAS Berkenaan Isu Negara Islam


JOHOR BHARU 21 Jan.: Datuk Seri Ghani Othman mula menyerang PAS berkenaan isu negara Islam walaupun kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang(PRK DUN Tenang) belum bermula.

Menteri Besar Johor itu mengunakan modal sikap melampau dan negara Islam bagi memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, lapor Malaysiakini.

Seperti MCA, Abdul Ghani mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi Barisan Nasional(BN) untuk kesederhanaan.

“Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal pada 17 Disember lalu akibat masalah kesihatan.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

Read more ...

Jika ini gambar pemimpin PR, dah lama Umno dan Perkasa buat demo besar-besaran



Jika ini gambar Anwar

kata mereka, ini khurafat besar negara


Jika ini gambar Nik Aziz

kata mereka, ini berhala negara


Jika ini gambar Lim Kit Siang

kata mereka , ini menghina dewa Muruga


Tapi ini Gambar Najib

kata mereka, tak apa gambar sahaja


Sah

Umno dan Perkasa bukan bela agama tapi nak jaga kuasa

Read more ...

SPR boleh halang PRK Pelabuhan Kelang, tapi tak boleh nak halang PRK Merlimau



Artikel : P
emergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka memang tidak diduga oleh sesiapa sekalipun beliau telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor yang jatuh pada 30 Januari ini.


Hasrat SPR yang mengharapkan pilihanraya kecil DUN Tenang akan menjadi pilihanraya yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum nampaknya tidak kesampaian.

Ia sebagai bukti bahawa kuasa dan perancangan Allah sentiasa mengatasi kuasa dan perancangan manusia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum.

Setakat ini SPR telah mengendalikan 13 pilihan raya kecil dengan yang pertama pada Ogos 2008 membabitkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi awal bulan lalu. PRK Tenang adalah yang ke 14 sementara Merlimau nanti adalah yang ke 15.

Namun, pilihan raya kecil sepanjang tempoh selepas Mac 2008 hingga sekarang bukan kali pertama negara menyaksikan pilihan raya kecil yang banyak jumlahnya.

Yang paling banyak iala sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan sepanjang tempoh antara 1995 dan 1998 iaitu sebelum pilihan raya umum 1999.

Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin.

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%

N27 Merlimau, di dalam pilihanraya umum yang lepas menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara BN dan PAS. Di dalam pilihanraya sebelumnya (2004) Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) telah memenanginya dengan majoriti 5,087 undi. Pada PRU 2008, majoriti BN merosot dan hanya menang dengan 2,154.

Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Dari Tenang kita ke Merlimau pula nanti.

Read more ...

Masalah BN di Tenang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYd8g0xjjCpGsvumWWEm71bCY23npQcEtmls2jEj4wM66ozE6w6Q_mjf5XsfsPFNXE6eL2VCB23UMOVhdjMk6tcOzxzv0V-pi1MwY0fyaGmT0odFbGDV23be0WNuCcVyamJwC0xmIiNuM/s1600/dun-tenang.pngArtikel : BN bermasalah diPRK Tenang, betul ke?” tanya seorang sahabat saya semasa kami 3 empat orang rakan-rakan sedang minum the tarik mamak yang tidak jauh dari rumah saya. Saya kata yang saya tidak tahu kerana saya tidak pergi keTenang kerana sibuk dengan kerja lain yang perlu saya selesaikan.

Tetapi saya menjangkakan masalah memang akan timbul, kalau tidak besar sedikit-sedikit mesti timbul kerana sebab-sebab yang susah hendak dielakkan. Oleh kerana Tenang adalah kubu kuat UMNO dan BN maka ramai diantara kepimpinan diBahagian Labis berminat untuk menjadi calun didalan PRK ini.

Perebutan untuk menjadi calun memang jelas kelihatan dan didengari dari awal-awal lagi.

Akhirnya semua dikalangan yang berebut itu tidak kesampaian hajat untuk menjadi calun, sebaliknya kesempatan itu diberikan kepada seorang bekas Penolong Pegawai Daerah Azhar Ibrahim untuk mewakili BN. Mereka dari pimpinan bahagian tidak diberikan kesempatan itu kerana UMNO kononya sedang mencari ‘winnable candidate’ seperti yang dijanjikan oleh DS Najib dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.

Tetapi adakah Azhar benar-benar seorang yang ‘winnable”? Jika Azhar membuatkan barisan kepimpinan UMNO Labis terlopong-lopong bolehkah UMNO dan AJK Bahagian memberikan kerjasama yang secukupnya untuk memberikan tentangan kepada calun PAS Puan Normala Sudirman 38 tahun yang nampaknya boleh diterima dengan agak baik oleh masyarakat disitu.

Pendeknya permasalahan dikalangan UMNO diLabis memang wujud dan kelihatan permasalahan itu semakin hari semakin jelas kelihatan. Semasa pilihanraya inilah isu anak tempatan dan orang luar timbul kerana pemangku ketua bahagian Labis itu adalah dari Negeri Sembilan, sama seperti Arwah Sulaiman Taha dahulu. Memanglah Timbalan Ketua ini merasakan kecil hati kerana beliau diperguna untuk mengetuai bahagaian tetapi apabila memiih calun beliau sewenang-wenangnya diketepikan seolah-oleh beliau tidak pernah berguna kepada UMNO diLabis.

Pengundi Cina merangkumi 39 peratus dari keseluruhan pengundi diTenang tetapi masalah dalaman MCA yang melibatkan Chua Soi Lek dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen disitu bukan kecil masalahnya. Dikalangan ahli-ahli dan pemimpin MCA pepecahan belaku kerana Chua Soi Lek telah mengenepikan ramai pemimpin-pemimpin Cina kerana memberi peluang kepada anaknya sendiri dan ini masih menjadi buah mulut dikalangan orang-orang Cina diLabis itu. Jika tidak ada punmmasalah dikalangan orang Cina didalam MCA kecenderungan bagi orang Cina untuk mengundi parti alternatif, dalam kontek ini DAP adalah amat besar. Setiap penganalisis memberikan angka 80 peratus dari kaum Cina akan mengundi pihak pembangkang.

Usaha Najib untuk memberikan bantuan RM 5juta kepada sekolah-sekolah Cina diLabis itu dikatakan tidak akan mengalihkan minat kaum Cina kepada DAP. Kaum India pula sekarang ini masih terganggu dengan isu interlock dan segala usaha untuk memberikan penerangan jelas terhadap isu masih belum berjaya kerana ahli-ahli MIC sendiri mempunyai pendirian menentang buku interlock itu dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar-pelajar tingkatan 5.

Dalam pilihanraya yang lalu undi untuk pembangkang yang diberikan oleh orang Melayu semakin hari semakin bertambah. Parti PAS merupakan pilihan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO dan parti-parti dalam BN.

Jika keadaan ini benar maka adalah dikhuatiri imej Tenang sebagai kubu UMNO akan berakhir dan menjadi seperti kawasan-kawasan yang lain dinegeri-negeri yang lain.

Undi penting dalam PRK ini adalah undi-undi orang Melayu dan Cina Jika benar 80 peratus dari pengundi Cina memberikan sokongan kepada pembangkang dan 35 peratus pengundi Melayu memberikan sokongan kepada PAS maka peluang untuk parti pembangkang untuk memberikan tentangan kepada UMNO dan BN.

Walau bagaimana pun adalah terlalu awal untuk melihat keadaan yang sebenarnya kerana penamaan calun hanya akan diadakan pada 22 hb nanti. Apabila sudah selesai penamaan calun barulah mana-mana pihak akan dapat memberikan pandangan masing-masing dengan lebih hampir kepada yang sebenarnya.

Menang atau kalah bagi mana-mana pihak dalam pilihanraya ini akan mempengaruhi situasi dalam pilihanraya umum nanti. Sama-samalah kita tunggu. Bak kata perbilangan ‘tidak lari gunung dikejar’.

aspan alias

Read more ...

Pelabur tak minat Model Ekonomi Baru Najib

Pelabur asing terus jauhi pasaran Malaysia

http://cdn.wn.com/ph/img/6c/31/dee8b6563b2cab4ccbcef46811eb-grande.jpg
KUALA LUMPUR, 20 Jan. : Pelabur-pelabur luar negara terus menjauhi Malaysia selepas pengurus-pengurus dana mengurangkan pelaburan mereka berikutan kebimbangan ekonomi China yang dijangka perlahan tahun ini.

Bank Amerika Merrill Lynch berkata dalam notanya minggu ini, Malaysia kekal bukan pilihan yang baik kepada para pelabur di mana kedudukan penarafan menokok daripada 46 peratus pada Disember kepada 55 peratus, Januari tahun ini.

“Underweight call” adalah rekomendasi kepada pelabur bagi pelabur untuk mengurangkan pelaburan mereka terutamanya keselamatan, aset atau dalam kes ini adalah negara.

Malaysia jatuh dari tangga ke-14 pada Disember ke tangga terakhir bulan ini, antara 15 negara yang dikaji oleh bank pelaburan, disebalik pengumuman projek-projek besar Program Transformasi Ekonomi dan Pilihanraya mengejut yang diramalkan akan diadakan tahun ini.

Selain Malaysia, senarai negara yang dianggap ‘overweight’ adalah Rusia, diikuti Thailand, Brazil, Turki, Korea Selatan, China, Indonesia dan Mexico.

Sementara pasaran membangun dan dianggap ‘underweight’ adalah Poland, Taiwan, Colombia, India, Afrika Selatan dan Chile.

Malaysia dianggap sebagai ‘underweight’ berikutan kurangnya minat pelabur dalam menambah pelaburan berikutan kerisauan ekonomi China bakal “meletus” dan memberikan impak terhadap pasaran di Asia.

Dalam ‘Tinjauan Pengurusan Dana Januari 2011′, Merrill Lynch menyatakan walaupun sokongan untuk pasaran baru terus tinggi, bilangan pelabur ‘overweight’ dalam pasaran yang sama terus berkurang.

Bank pelaburan itu melaporkan hanya 43 peratus dari jumlah Pengurus Dana dalam tinjauan tersebut menyatakan mereka di tahap ‘Overweight, turun 56 peratus dari dua bulan lalu.

Kadar kenaikan pelaburan oleh pelabur dalam ekuiti pasaran baru jatuh dari 31 peratus pada bulan Disember kepada 20 peratus, lebih banyak dari rantau lain.

“Bacaan rendah ini disebabkan kepercayaan terhadap prospek ekonomi di China semakin terhakis,” kata Merrill Lynch dalam satu kenyataan media kelmarin.

Satu tinjauan Reuters yang dikeluarkan semalam melaporkan para ekonomis menjangka ekonomi China untuk berkembang sebanyak 9.3 peratus tahun ini, berbanding pengembangan dua digit pada 2010.

Inflasi di China juga turut dijangka meningkat kepada 4.3 peratus.

“Lewat tahun ini, pembuat dasar di Asia haru lebih agresif dalam menangani dan mengawal kenaikan inflasi dan akibat kadar pertumbuhan ekonomi yang lemah,” kata Ketua Ekonomi Asia Nomura, Robert Subbaraman kepada Reuters

Para pelabur setakat ini kelihatan tidak berminat dengan Model Ekonomi Baru Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kerana kurangnya polisi yang lengkap serta pembalikan semula kuota Bumiputera.

Cadangan berani untuk mengurangkan kuota Bumiputera pada bahagian pertama tahun lalu bertujuan menambah persaingan telahpun diabaikan dalam bahagian kedua yang dilancarkan bulan lalu dipercayai tekanan daripada kumpulan hak asasi Melayu.

Read more ...

Berita baik untuk ahli Umno : Tunjuk kad ahli dapat harga murah

Harga barang runcit naik

http://files.myopera.com/marhaen/blog/poster_pru_bnaik2.jpg
ALOR SETAR, 21 Jan. : Kenaikan harga barang runcit membebankan peniaga sehinggakan mereka kadangkala terpaksa menanggung kerugian disebabkan modal yang terlalu tinggi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga terutama mereka yang menjual makanan berdepan dengan masalah ini sejak penghujung tahun lalu.

Peniaga roti canai, Halim Hassan, 45, berkata, perniagaan roti canainya itu dimulakan sejak 15 tahun lalu namun kali ini hampir setiap hari dia terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan keuntungan.

Menurutnya, sebelum kenaikan harga barang dia boleh mengaut keuntungan sekitar 35 peratus daripada modal yang dikeluarkan namun, kini ia menurun kepada 25 peratus sahaja.

“Semua harga bahan mentah naik termasuklah cili kering, rempah, halia dan telur sehingga menyebabkan untung yang diperoleh tidak dapat disimpan dan habis dijadikan sebagai pusingan modal.

“Kami sebagai peniaga sememangnya bimbang, jika harga bahan mentah semakin meningkat bagaimana kami harus berniaga kerana asyik terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang,” katanya kepada Sinar Harian.

Halim berkata, apabila kenaikan harga bahan mentah berlaku, peniaga juga terpaksa berdepan dengan kerenah pelanggan yang kadangkala tidak berpuas hati dengan harga yang diletakkan peniaga.

Bagi peniaga masakan panas, Mohd Ali Khan, 53, harga yang digunakan masih lagi dikekalkan iaitu RM3 bagi setiap makanan walaupun terpaksa menanggung kerugian.

Menurutnya, walaupun harga yang diletakkan tidak berbaloi dengan bahan yang digunakan namun, dia terpaksa akur untuk menjaga hati pelanggan.

Katanya, jika dia menaikkan harga, dia bimbang sekiranya pelanggan akan merungut ataupun dia terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar.

“Saya tidak mahu menaikkan harga makanan yang saya jual kerana tidak mahu berdepan dengan rungutan pelanggan kerana itu mampu menjejaskan perniagaan yang dijalankan.

“Kini, saya terpaksa mengeluarkan modal lebih daripada RM200 sehari berbanding sebelum ini hanya RM150 untuk tempoh sama,” katanya.

Mohd Ali berkata, dia berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan harga bahan mentah berpatutan. SH

Read more ...

Antara pengalaman calon PAS dan latarbelakang calon Umno

Usah lihat latar belakang peribadi tetapi kredibiliti

http://media1.malaysiakini.com/313/9bc3eb73e81562aecfe6b6121dad1899.gifSENAI , 21 Jan. : Penilaian seseorang calon bukan terletak kepada latar belakang peribadi semata-mata, tetapi dinilai melalui keterampilan dan kredibiliti kepimpinan calon tersebut.

Calon Pas, Normala Sudirman, yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Kecil (DUN) Tenang menyambut baik pemilihan calon Barisan Nasional (BN), Azhar Ibrahim, 39, yang disifatkan mampu mengubah landskap politik negara dengan memberi mandat kepada kepimpinan muda.

“Tahniah kepada Azhar. Kami Pas dan Pakatan Rakyat (PR) sentiasa positif dan saya gembira dengan kepercayaan yang diberi kepada kepimpinan muda demi generasi akan datang. Dengan kombinasi lama dan baru ini akan menggarap misi dan visi memajukan negara.

“Saya optimis dan percaya pengundi di DUN Tenang bijak membuat pilihan kerana kita tidak perlu bayangan sesiapa. Bagaimanapun, kredibiliti dan keterampilan calon itu sendiri menjadi faktor penilai utama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Normala percaya pengundi akan membuat kejutan dalam pengundian 30 Januari depan.

Malah beliau turut yakin aura seorang wanita akan meraih undian kerana 53 peratus pengundi di situ adalah golongan hawa.

“Saya percaya pengundi di DUN Tenang bijak, dan akan membuat kejutan, dan saya berkeyakinan dan beriltizam jika diberi kepercayaan tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia,” katanya.

Apa yang diharapkan katanya, pengundi diberi ruang dan saluran demokrasi membuat pilihan terbaik.SH

Read more ...

Kerana Umno, SPRM sanggup buang masa dan buat kerja sia-sia ?

Abdul Fatah alukan siasatan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9Ri1orH7MeM1LkXMXqahWT4gsw-2SoEaQXRQg8K3BquCq1qvM76XDLxyVhqXDmLcK-HajvYsxembZ-gbQZa4Z1ZOsiUfiUz8ahGzCfimru2QAs7J6BVjcet3IEKD0H_wIh_hdwQAGfykK/s320/Abdul+Fatah+Harun.jpgKOTA BAHRU, 21 Jan. ; Pas mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan peniaga bahawa harga lot kedai di Bazar Tok Guru, di sini dijual dengan harga yang tinggi.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, bagaimanapun berkata, sebarang siasatan terhadap isu tersebut perlulah telus dan bukannya bertindak atas arahan politik.

“Siasatlah jika perlu, Pas tidak pernah menghalang, namun ia mesti dilakukan kerana benar dan bukan kerana terpaksa atas arahan mereka yang memegang jawatan politik,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (SPRM) menyiasat dakwaan peniaga bahawa harga lot kedai di Bazar Tok Guru dijual dengan harga yang tinggi.

Menurutnya, ramai peniaga mengadu kepada pihaknya mengenai kenaikan harga lot kedai di situ yang sebelum ini dijanjikan Kerajaan Negeri Pas akan dijual pada harga RM40,000 tetapi kini dijual pada dua kali ganda lebih tinggi.

Abdul Fatah bagaimana pun berkata, dalam keadaan kini, UMNO yang secara terang-terangan menggunakan isu Bazar Tok Guru demi tersebut demi kepentingan politik mereka.

“Kalu nak serang Kerajaan Negeri sekali pun, tengoklah isu, ini isu yang sama sekali tidak mempunyai hujah, SPRM melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya, akhirnya masa terbuang,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi pula berkata, beliau perlu mendapatkan penjelasan lebih lanjut termasuk dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebelum dapat mengeluarkan pendapat.

Read more ...

Anak bekas wakil rakyat bukan kelebihan

Calon PAS mudah dekati pengundi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0Hq1OEz6HJm8y41b8ZfHTr3et_S1isTF2Wz2k3qIvzE3fyH12FSIIgVUPYoG6003Q3x08spa26Uk5uctv4ipO1MlTruARY_hypqXDQAHXHzzHw1hFK_18Ck8BSv_DcyIj1vjQjEeycnXH/s1600/chui-jui-meng.jpg
SENAI, 21 Jan. : “Kemenangan tidak bergantung kepada latar belakang keluarga calon, sebaliknya lebih kepada pengalaman dalam bidang politik,” kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Menurutnya, pengalaman dalam bidang politik adalah kelebihan yang dapat digunakan sepanjang berkempen dan seterusnya memancing undi di pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Walaupun calon BN anak bekas wakil rakyat Tenang, ia bukan kelebihan melainkan jika calon berkenaan mempunyai pengalaman dalam bidang politik,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan calon Pas, Normala Sudirman, mampu meraih undi berdasarkan statusnya sebagai seorang wanita dan orang tempatan di Labis.

Menurutnya, tidak adil sekiranya BN mengumpan rakyat dengan mengumumkan projek pembangunan ketika tempoh berkempen.

“Namun keadaan yang sebaliknya berlaku kini, sekali gus membuatkan rakyat terkeliru untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak,” katanya.

Beliau berharap PRK Tenang akan dijalankan dengan bersih, tanpa isu politik wang.

Read more ...

"Aku peduli apa dengan rakyat, laki aku PM " ?

Rosmah tidak risau dengan pengkritik

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Ro$mah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.


Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Ro$mah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.


"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.


"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Ro$mah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

Read more ...

Mahathir dikritik Melayu Singapura


Melayu Singapura Kritik Dr Mahathir


SINGAPURA 20 Jan.: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.

Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.

“Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir.

“Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia,” kata Sallim.

Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.

Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

“Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan,” ungkap Sallim.

Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau “menyelidik dulu keadaan kami.

“Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus,” katanya.

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam, lapor Bernama.

Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.

Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

“Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju,” tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.

Katanya, “Alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut.”

Read more ...

Mahathir dah nyanyuk ?

PAS Nafi Pernah Larang Wanita Tanding Pilihan Raya


KUALA LUMPUR 20 Jan. : PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata naib presidennya Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Menurut Mahfuz, PAS beberapa kali meletakkan kepercayaan pada kaum wanita dengan menurunkan mereka mereka menjadi calon dalam pilihan raya.

“Khadijah Sidek adalah calon wanita yang pertama, yang kami turunkan pada 1950-an,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 — pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang menunjukkan ia tidak berpegang pada janji.

“Dulu PAS kata wanita tak boleh diletakkan sebagai calon tetapi sekarang dia kata boleh pulak,” ujarnya.

Ironinya, kenyataan Dr Mahathir itu seolah-olah tidak mencerminkan parti Islam Se-Malaysia itu.

Buktinya, di Parlimen Malaysia kini terdapat tiga wakil rakyat dari PAS iaitu ahli parlimen Setiawangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali, ahli parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan Siti Zailah Mohd Yusof mewakili parlimen Rantau Panjang.

Ketiga-tiga ahli parlimen ini memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum yang lalu.

Read more ...

Permuafakatan PR menakutkan Umno

Dr Zul: Perjuangan Pakatan Rakyat Selari Dengan Islam


KUALA LUMPUR 20 Jan. : Matlamat setiap komponen Pakatan Rakyat sentiasa selari dalam menegakkan keadilan, kebenaran dan kesamarataan dalam memperjuangkan nilai-nilai murni untuk membentuk sebuah negara yang berteraskan Islam.

Lantaran itu kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tanpa mengira fahaman agama kerana keutamaan diletakkan pada nawaitu yang ditetapkan.

Justeru, tidak timbul soal ideologi mahupun cita-cita politik dalam gabungan itu kerana setiap dasar yang terbit, adalah hasil dari permuafakatan politik yang dimeterai secara bersama.

"Kami lebih selesa bersama DAP daripada mana-mana pihak yang tidak mahu menegakkan keadilan dan menjunjung tinggi cita-cita yang murni di sisi Allah S.W.T ini," kata Dr Dzul pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian, menjawab persoalan bahawa Buku Jingga yang diterbitkan Pakatan Rakyat tidak mengandungi hujah berhubung negara Islam seperti yang diimpikan oleh parti Islam itu.

Menurut Dr Dzul, PAS sentiasa merujuk kepada amalan murni pada zaman Rasulullah S.A.W dalam membanteras kezaliman dan menegakkan keadilan dan ia selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

"Atas asas inilah, atas hujah inilah, berpaksikan bukti inilah, maka kami PAS bersama-sama dengan gagasan menegakkan keadilan, membanteras apa jua kezaliman, dalam apa jua bentuk bersama-sama dengan kawan-kawan DAP, PKR dan sesiapa pun yang mahu bersama-sama membanteras kezaliman," kata Dr Dzul.

Maka jelasnya, Pakatan Rakyat mempunyai asas yang kukuh dan jitu ke arah itu.

"Tidak ada sesiapa pun dalam DAP yang dihalang atau dinafikan untuk bermimpikan Malaysian Malaysia dan sebagainya. Begitu juga dengan PAS, kita punya cita-cita tersendiri atas paksi dan platform wadah PAS.

"Namun dalam permuafakatan politik Pakatan Rakyat, ini bukan menjadi dasar dan polisi yang kita capai dalam konvensyen pertama," jelasnya lagi.

Justeru beliau menggesa mana-mana pihak yang acapkali memanipulasi perkara ini agar menghentikannya kerana ia tidak akan mengubah pendirian gagasan itu.

"Jadi tuan-puan, buat kesekian kalinya saya membuat penjelasan, jangan dijadikan ini cara untuk pecah perintah kami sebab kami jelas, kami ingin bersama dengan sesiapa pun, dengan DAP walaupun mereka bukan Islam tetapi atas dasar menegakkan keadilan, mencegah dan membasmi kezaliman dan apa juga kebobrokan hasil daripada pengurusan pincang dan khianat kepada amanah Allah, kami tetap akan bersama," ujarnya.

Read more ...

Sultan dah perkenan, Umno tak sokong bukankah namanya derhaka ?

Derhaka terhadap Sultan Selangor kalau tak undi sokong pindaan perlembagaan

KAJANG, 21 Jan.: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata Selangor yakin pindaan perlembagaan yang akan dibentang pada 24 Januari ini akan diluluskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Rakyat bertajuk “Pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) dan Pindaan Perlembagaan” di Dewan Majlis Perbandaran Kajang baru-baru ini didepan 150 hadirin.

“Jika mereka hadir dalam sidang dewan dan tidak mengundi menyokong pindaan tersebut atau jika mereka boikot sidang dewan tersebut bererti mereka derhaka kepada Tuanku Sultan,” kata beliau ketika ditemui FMT.

Ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memberikan perkenan untuk mengadakan sidang dewan tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Mohd Satim Diman dilaporkan dalam media sebagai berkata akan memboikot sidang dewan tersebut.
Faekah menjelaskan bahawa pindaan perlembagaan akan mengembalikan kuasa raja sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan sebelum tahun 1993.

Sementara itu, beliau menafikan hubungan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor mengalami keretakan dengan mendedahkan ucapan baginda ketika majlis angkat sumpah kesetiaan SUK baru, Mohammed Khusrin Munawi.

Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat

Faekah memetik baginda sebagai berkata: “Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat. Kita berjumpa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berbincang dan menasihati.”

Beliau turut memetik Sultan menasihati Khusrin agar bekerjasama dengan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

“Beta juga berharap Khusrin akan bekerjasama dan melaksanakan polisi kerajaan yang memerintah hari ini.”

Dalam pada itu, Faekah turut mendedahkan usaha Umno-Barisan Nasional yang menganjurkan program untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat derhaka kepada Sultan Selangor.

Walau bagaimanapun, dalam program yang diadakan bulan lepas, Faekah menjelaskan bahawa Umno-BNlah yang telah mencemar dan menghakis institusi kesultanan Melayu dalam tahun 1993.

Sementara itu, dalam isu pelantikan SUK pula, Faekah berkata bahawa pelantikan tersebut menjadi isu bukan kerana calon Khusrin sebaliknya yang dipertikaikan adalah kegagalan dalam mengikut prosedur yang disifatkannya sebagai biadab.

Read more ...

Solat hajat hadapi fitnah blogger Umno

Blogger Umno mula fitnah calon PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTPqVQui2zWQixjMx_8naIcYeN5zblgHmOGjcd3ogIohKIYmiDklMax5yJVzps_UT9UYn-qpFYwCvdt7B1zmBtA7MPGEOjmusywGS2f1XJ16gr6_ecosJtQde0P7xJ0uDJ4jenKlLMTFTo/s320/Tmj+4.jpg

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan Tarmizi yang juga penyelaras majlis makan malam bersama kerajaan negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu negara mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Tarmizi mendakwa taktik-taktik jahat ini adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger ’pemfitnah’ pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Tarmizi juga menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker DUN Kelantan.

Read more ...

ADUN Merlimau kritikal




MERLIMAU 20 Jan.: ADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hasan dilaporkan kritikal di hospital Putra, Melaka ketika ini.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ini Datuk Hidhir bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Exco dilaporkan sedang berkumpul di hospital disamping ahli keluarga ADUN tersebut.

Sebelum ini, Mohd Hidhir, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri dilaporkan melakukan pembedahan membersihkan arteri tersumbat.

Shamsul yang dihubungi Tv Selangor memberitahu beliau dalam perjalanan untuk menziarahi Datuk Hidhir di hospital.

Read more ...

Buku Jingga diperkemas

Buku Jingga Disusun Rapi Segenap Aspek- Rafizi


KUALA LUMPUR 20 Jan. : Rafizi Ramli berkata, janji 100 hari Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Konvensyen di Pulau Pinang, Disember lalu, diputuskan setelah membuat pertimbangan rapi dari segenap aspek.

Katanya, dasar-dasar yang dipersetujui itu terlebih dahulu melalui fasa kajian yang mendalam demi kepentingan rakyat dan negara pada masa depan apabila

Malaysia berada di bawah pemerintahan Pakatan kelak.

" Yang lebih terdesak sekarang ialah bagaimana kita selesaikan masalah pengagihan dan bukannya semata-mata tentang pertumbuhan. Sebab itu daripada 10 yang kita cadangkan dalam 100 hari yang pertama, kami bahagikan secara adil," kata Pengarah Strategik PKR itu.

Menurut beliau, kerajaan Umno-Barisan Nasional kini terlalu memberi tumpuan kepada perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara semata-mata.

Walhal, apabila masa menginjak 20 hingga 30 tahun akan datang, akan wujud jurang besar di antara pertumbuhan ekonomi negara dengan realiti ekonomi yang ditanggung oleh rakyat.

Hal ini terbukti apabila Perdana Menteri dengan penuh bangga mengumumkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 10.1 peratus pada suku pertama 2010, namun pada masa sama rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan seperti gula dan petrol.

Justeru itu kata Rafizi, kerajaan Pakatan Rakyat tampil dengan cadangan dan dasar yang berbeza dan tujuh daripada langkah yang diutarakan adalah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Manakala tiga lagi untuk membaiki kerangka sistem pentadbiran di negara ini agar ia lebih efisyen dan berintegriti.

"Kalau kita tidak perbetulkan institusi-institusi utama yang ada di negara kita hari ini, kita tidak boleh wujudkan suasana yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi," ujar Rafizi pada Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di ibu negara.

Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menggariskan 10 dasar utama janji 100 hari pertamanya setelah mendapat mandat dari rakyat.

Antaranya,merombak struktur subsidi negara kepada pihak swasta dengan memindahkannya untuk menampung perbelanjaan subsidi rakyat, mengiktiraf jasa guru dengan imbuhan RM500 sebulan dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tambah Rafizi, janji 100 hari Pakatan Rakyat akan memastikan jurang kekayaan di Malaysia juga dapat dikurangkan.

Katanya, jurang pendapatan di negara ini berada di tahap yang merbahaya apabila yang kaya terus kaya dan yang miskin terus hidup dalam kemiskinan.

"40 peratus golongan termiskin di Malaysia, pendapatan puratanya RM1,500 sebulan ke bawah. Isi rumah termiskin yang ada lebih kurang empat orang anak. Dicampurkan dengan ibu bapa menjadi enam orang dengan pendapatan hanya RM1,500 sebulan, itu miskin betul sebenarnya," jelas Rafizi.

Read more ...

Bantuan untuk orang India

Thaipusam Disambut Meriah: MB Umum Bantuan Untuk Masyarakat India

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/05/14/Khalid%20Ibrahim%2015%20May%20400.jpgBATU CAVES 19 Jan. : Perayaan Thaipusam tahun ini membawa berita gembira kepada Jawatankuasa Kuil Sri Mariammann, Batu Caves apabila menerima kunjungan Menteri Besar, Exco Negeri serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang akan membantu meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di kuil tersebut.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengiktiraf tarikan Batu Caves dan akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Jawatankuasa Kuil yang diketuai oleh Datuk R Nadarajah bagi memastikan Batu Caves terus menjadi tumpuan pelancong dan penganut agama Hindu dari seluruh dunia.

"Selepas Tahun Baru Cina, saya akan menjemput Datuk Nadarajah bersama jawatankuasa dan saya akan bawa bersama pemimpin dari Selayang, Pihak Berkuasa Selayang dan ahli Exco negeri untuk kita adakan perbincangan dua hala. Saya anggap peranan yang dimainkan Pengerusi dan Jawatankuasa Sri Mariamman ini penting bukan saja untuk negeri Selangor tapi juga untuk negara Malaysia," katanya.

Beliau berucap di hadapan puluhan ribu penganut agama Hindu dan pelancong dari dalam dan luar negara yang turut serta meraikan dan merasai sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves ini.

Turut bersama Menteri Besar ialah Exco Selangor, Ronnie Liu dan Dr Xavier Jeyakumar, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Gombak Azmin ALi, Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, Ahli Parlimen Selayang William Leong serta Naib Presiden PKR, N. Surendren

Sambutan tahun ini tidak kurang meriahnya dan menunjukkan betapa masyarakat Hindu bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dan hidup makmur bersama rakyat Selangor yang lain.

Menteri Besar Selangor itu turut menyeru agar rakyat Selangor dapat terus menunjukkan persefahaman dan kehidupan yang harmoni ini.

Menurut Khalid, Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakukan pelbagai program bagi menjamin kebebasan dan keselesaan beribadat bagi penganut Hindu.

Sebagai contoh, Khalid menerangkan, Jawatankuasa Rumah Ibadat Selangor di bawah Dr Xavier Jeyakumar telah meluluskan 103 permohonan rumah ibadat, dan 56 daripadanya ialah kuil-kuil hindu.

"Kerajaan Negeri Selangor memang prihatin dan bersikap adil memberi bantuan kepada rakyat berbilang kaum dan agama. Kita membantu membangunkan kuil di negeri Selangor. Tahun 2010 sahaja, kita dah belanja RM 3 juta untuk pembaikan rumah-rumah ibadat. Kebanyakan peruntukan itu diperuntukkan untuk pembaikan dan pembinaan kuil-kuil Hindu," jelasnya.

Kemuncak acara semalam, Kerajaan Selangor juga menghulurkan bantuan sebanyak RM300 ribu kepada Kuil Sri Mariamman, RM 470 ribu kepada pembangunan tadika India di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bantuan RM 3 juta bagi pembaikan dan menaik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands Seksyen 7 Shah Alam yang sebelum ini terbengkalai.

Khalid mengucapkan terima kasih kepada masyarakat India kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum lalu.

Read more ...

Pengeluaran wang haram Malaysia tinggi

Malaysia Catat Pengaliran Keluar Wang Haram Kelima Terbesar di Dunia

http://www.iklanmudah.net/wp-content/uploads/classipress/rahsia-wang-rm-50-1783379814.jpgKUALA LUMPUR 20 Jan. : Pengaliran keluar wang haram dari Malaysia mencatatkan tiga kali ganda, iaitu sebanyak RM208.1 bilion pada tahun 2008, beerbanding Amerika Syarikat US22.2 bilion pada 2008, menurut laporan pemerhati kewangan berpengkalan di AS, Global Financial Integrity (GFI) yang dikeluarkan bulan ini.

Malaysia juga dikatakan kelima terbesar dari segi jumlah pengaliran keluar wang haram di antara tahun 2000 hingga 2008, di kalangan negara membangun.

GFI menafsirkan pengaliran wang panas membabitkan pemindahan wang diperolehi daripada aktiviti-aktivit haram seperti rasuah, transaksi membabitkan barangan terlarang, aktiviti jenayah, dan usaha melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa yang mengutip cukai di kalangan negara terbabit," kata laman sesawang program tersebut.

Laporan yang bertajuk Pengaliran Wang Panas daripada Negara Membangun: 2000-2009 berkata pengaliran keluar wang panas dari Malaysia berjumlah US291 bilion (RM888 bilion) dalam tempoh tersebut.

Tambah laporan itu lagi, kenaikkan secara berskala itu dilihat berlaku di beberapa negara Asia yang lain.

Antara yang paling atas dalam senarai 125 negara membangun adalah China sebanyak US2.18 trilion sementara Filipina di tangga ke-12, dan Malaysia, negara jiran terdekat sebanyak US109.3 bilion dalam tempoh tersebut.

Manakala Zimbabwe pada kedudukan ke-73 dengan jumlah sebanyak US4.1 bilion dan Myanmar, ke-85 dengan US2.9 bilion.

Laporan itu menyebut secara jelas dan signifikan menunjukkan isu pentadbiran telah memberi kesan terhadap sektor awam dan swasta yang dilihat memainkan peranan utama dalam pemindahan rentas sempadan modal panas daripada sesebuah negara.

Ia turut memberitahu di mana laporan media dipetik sebagai melaporkan syarikat kepunyaan kerajaan seperti syarikat petroleum negara, Petronas berkemungkinan besar terbabit dalam pengaliran panas itu.

GFI berkata berdasarkan penyelidikan yang dibuat memberikan indikasi bahawa ketidakstabilan politik, kenaikkan ketidaksamarataan pendapatan, dan gejala rasuah yang berleluasa adalah antara penyebab dan penyumbang menyebabkan berlakunya pengaliran modal panas daripada kebanyakkan negara-negara membangun.

Read more ...