Friday, March 14, 2014

LAPORAN TERKINI!!! Najib tak mengaku MH370 dirampas, terus cari di dua koridor baru

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak laporan media pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang dijalankan memasuki fasa terbaru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini. 

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi.
2.32pm: Sidang media berakhir. Wartawan diminta mengemukakan soalan untuk dijelaskan dalam sidang media teknikal jam 5.30pm.

2.30pm: PM sahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan menukar arah dan terbang ke arah barat ialah #MH370.

Read more ...

TERKINI!!! MH370 dirampas, Najib dijangka umum hari ini

Seorang jurucakap kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines yang hilang sejak seminggu lalu dirampas.

Associated Press melaporkan jurucakap berkenaan sebagai berkata kapal terbang itu dirampas samada oleh pembantu juruterbang atau seseorang yang arif tentang penerbangan.

“I adalah muktamad," kata jurucakap yang tidak mahu namanya disiarkan, mengenai penyiasatan mengenai kehilangan MH370.

Read more ...

MAI BACA!!! Luahan kecewa petugas UMNO di Kajang, bekas Timbalan Menteri pula isytihar sokong PKR

 



Kempen pilihan raya kecil DUN Kajang memasuki hari keempat semalam menyaksikan bekas pemimpin Umno peringkat nasional dan tempatan memberi sokongan terbuka kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Datuk Shariff Omar - bekas timbalan menteri pertanian - malam tadi menyatakan sokongan itu buat julung-julung kalinya muncul di depan lebih 2,000 hadirin, mahu membantu Pakatan mencapai kemenangan dengan majoriti yang besar dalam pilihan raya kecil itu.

Shariff merupakan timbalan ketua menteri Pulau Pinang sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri pada 1995.

Sementara itu, empat bekas pemimpin Umno peringkat cawangan dalam DUN Kajang turut menyerahkan borang permohonan menyertai PKR kepada Anwar dan Dr Wan Azizah dan menerima selendang PKR sebagai tanda kemasukan mereka, yang disambut sorakan hadirin.

"Saya menyatakan sokongan terbuka kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Saya yakin dan percaya rakyat dapat membuat pilihan dengan memilih Dr Wan Azizah," tegas Shariff.

"Orang Kajang bernasih baik, dapat calon (Wan Azizah) seorang yang berakhlak baik. Saya ikhlas, saya tidak mengharap apa-apa. Oleh itu pada 23 Mac, panggil adik-beradik sauadara mara undi Pakatan Rakyat untuk mendapat majoriti besar," katanya.

Read more ...

VIDEO!!! Raja bomoh mengaku orang UMNO, senaraikan pemimpin UMNO yang bersama dengannya

Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

"Budak-barubaru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

"Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu

haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu" jelasnya ketika ditemui semalam.

Read more ...

STADIUM KAJANG JADI SAKSI!!! Pemimpin UMNO dan NGO Melayu Pro-UMNO serah borang sertai PR malam Ini


Read more ...

MCA TIRU TAKTIK UMNO!!!! Risalah fitnah Wan Azizah, Pakatan dijumpai di Bilik Gerakan BN

Kajang 1KAJANG 14 MAC: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang masuk hari keempat hari ini digemparkan dengan penemuan risalah fitnah terhadap calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie pada sidang media di Bilik Gerakan Utama, Kajang, pagi tadi.

Menurut Shuhaimi, risalah fitnah tersebut antaranya bertajuk ’10 sebab pengundi Kajang perlu tolak Wan Azizah’, ‘Sate Town’ Kajang dan ‘Wadah PRU 13′ dijumpai oleh ejen pilihan raya KEADILAN.

“Risalah yang kita anggap sebagai propaganda kotor BN itu dijumpai oleh ejen kita semalam.

“Setakat ini risalah tersebut telah diedarkan di beberapa Daerah Mengundi antaranya Saujana Impian, Sungai Chua, Sungai Sekamat dan Sungai Kantan.

Read more ...