Friday, June 1, 2012

SELEBRITI TV AL HIJRAH!!! Bersama di pentas PAS untuk memperjuangkan Islam


Zaid bersama Kumpulan Studio Muallaf & Friends di majlis pelancaran TV Al-Hijrah. Dari kiri: Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly, Ahnaf Jamal, Leia az-zahra Justin Abdullah, Hafeizi, Muhammad Zaid Tandang dan Alex Koh Kee Kiat (juga sudah masuk Islam). - Foto oleh SHAARI CHE MAT

SEORANG selebriti TV Al Hijrah yang memeluk Islam beberapa tahun lalu turut bersama-sama di pentas PAS malam tadi di Alor Star. Beliau ialah Muhammad Zaid Tandang berasal dari Sarawak  bertekad mahu menjadi salah seorang yang memperjuangkan Islam.
Muhammad Zaid Tandang dari  Studio Muallaf & Friends, yang turut memfokuskan tentang program televisyen, ceramah, seni al-Quran, buku yang berkaitan dakwah, bukan sekadar nyanyian. Kumpulan yang terdiri daripada Muhammad Zaid Tandang, Leia az-zahra Justin Abdullah, Ahnaf Jamal, Hafeizi, Alex Koh Kee Kiat, Divesh Kumar Danial Kalulal, Muadz Dzulkefly dan Sarah Bani Yamin (pemain biola) bukanlah calang-calang kumpulan sebaliknya tampil dengan keunikan tersendiri.

Tampil dengan pelbagai rupa, kumpulan yang ditubuhkan kira-kira dua lalu ini telah menghasilkan lagu berasaskan hadis berjudul Hijrah yang menampilkan tujuh bahasa iaitu Arab, Melayu, Inggeris, Kadazan, Iban, Mandarin dan Hindi.


Kepelbagaian bahasa ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian keturunan di kalangan mereka, malah mampu menunjukkan kepada semua bahawa perbezaan antara satu sama lain tidak menghalang mereka untuk bersatu. Mereka mahukan Islam disampaikan kepada golongan Muslim dan bukan Muslim secara kreatif dan inovatif, bukan secara konvensional.


"Saya datang sini ada matlamat iaitu untuk menjadi salah seorang pejuang Islam," kata Muhammad Zaid sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana memberi ruang kepadanya dalam himpunan tersebut.

Himpunan malam tadi turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said. Kemunculan beliau mendeklamasi puisi 'Anak Muda Garang' diiringi sorakan semangat anak muda yang memenuhi stadium.

Padang becak akibat hujan lebat pada sebelah petang langsung tidak menjadi halangan untuk orang ramai duduk di atas rumput sepanjang himpunan berlangsung. (IH)

Read more ...

CATATAN SEORANG PENULIS!!! Rasai nikmat tarbiyah ahli PAS di Himpunan Hijau

Hari ini baru penulis berangkat pulang setelah semalam bersama ribuan pencinta perjuangan PAS di Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah. 
 
Tak kiralah berapa ratus ribu yang hadir, 100,000 ke, 120,000 ke ataupun melalui kaedah kiraan Rais Yatim, 22,000 ke, yang penulis tahu sama ada di luar atau di dalam begitu payah kaki ini nak melangkah panjang. Kadang-kadang terpaksa berjalan berensot-ensot dan berasak-asak. 
Penulis sendiri ada mengambil beberapa gambar dan merakamkan video beberapa senario untuk turut membuktikan bahawa di tempat duduk stadium mahupun di atas padang yang basah dan lecak, memang penuh dengan manusia berpakaian hijau.

Sepanjang himpunan itu penulis rasa cukup bangga dengan PAS kerana berjaya mentarbiyah  manusia untuk hadir dari beratus kilometer seluruh negara dengan perbelanjaan sendiri tanpa penaja dn upah semata-mata untuk menzahirkan rasa pejuangan bersama yang kental dalam menghadapi segala tekanan dan tribulasi dari pihak UBN.

Kehadiran ratusan ribu manusia itu tidak meluakkan sedikit pun duit parti Pas yang memang tak banyak mana duitnya, malah sebaliknya mendapat sumbangan derma ikhlas dari ratusan ribu para hadirin.

Acara kemuncak sebelah malam bermula dengan solat maghrib yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kemudian Tuan Guru Haji Salleh mengimamkan solat sunat hajat. 
 
Paling menarik Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil turut serta dalam solat hajat. Rasanya Tan Sri bukan tidak pernah solat sunat hajat namun rasanya solat hajat malam tadi memberi pengalaman yang lebih mengujakan kepada Tan Sri!

Penulis melihat dan mendengar dengan jelas suara hadirin ketika mengikut Cikgu Pa berbaiah. Jelas setiap perkataan yang disebutkan oleh hadirin yang berada di sekitar penulis malah ada di antara mereka bagaikan menjerit kerana semangat yang cukup tinggi. Ini membuktikan mereka yang hadir tidak main-main dalam perjuangan ini.

Tatkala selesai Tuan Guru Mursyidul Am yang kasihi membaca doa, para hadirin sekali lagi berasak-asak keluar stadium. Walaupun berasak-asak namun tetap dapat dilihat kesabaran dalam kalangan mereka. Mereka yang tua, yang OKU dan seumpamanya diberi ruang dan dibantu untuk keluar.

Di luar sekali lagi penulis dan kawan-kawan tersangkut sebelum sampai ke hotel. Tiba-tiba seorang anak muda mengetuk cermin kereta bertanya kami hendak ke mana. Kawan yang memandu memberi tahu bahawa kami mahu pulang ke hotel. 
"Kalau macam tu, abang undur sikit kereta abang dan ikut kawan saya ni", kata pemuda itu. Kami cuak jugak tapi kami ikut sahaja.

Setelah melalui beberepa jalan 'short-cut' akhirnya dalam 10 minit kami sampai ke hotel. Tak sempat kami mahu bersalam, pemuda yang membawa kami ke situ mengangkat tangan sambil mengucap selamat kepada kami. Jika tidak dibantu pertolongan pemuda itu kami mungkin tersang kut hampir sejam di atas jalan raya yang sesak.

Hari ini penulis pulang ke kampung halaman untuk meneruskan perjuangan parti di cawangan kami. Nanti apabila sampai di rumah, penulis akan terus mencoret pelbagai kenangan menarik himpunan ke Putrajaya!Garamlada

Read more ...

UTUSAN PUNYA AUTA!!! Rakyat Thailand yang merusuh, Pakatan Rakyat yang kena

LAPORAN akhbar propaganda Utusan Merapu, semakin hari semakin merapu. Ada sahaja ideanya untuk memperbodohkan pembaca.

Terbaru akhbar propaganda itu melaporkan peserta berbaju kuning antikerajaan daripada Pakatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) melakukan demo sekatan jalan raya menuju ke parlimen di Bangkok.

Hairan juga, sejak bila pula Pakatan Rakyat boleh buat demonstrasi sampai ke negara jiran? Tak cukup ke demonstrasi di negara sendiri? Kah kah kah...



Parti People's Alliance for Democracy (PAD) di Thailand kini disebut sebagai Pakatan Rakyat untuk Demokrasi oleh akhbar propaganda Regim Barisan Nasional, Utusan.

Sifirnya mudah, tujuan menyebut PAD sebagai Pakatan Rakyat ialah bagi menyerang minda separa sedar pembaca agar timbul persepsi bahawa Pakatan Rakyat adalah kumpulan pengganas yang mahu mencetus huru-hara dan merosakkan negara.

Buktinya, sebelum ini Utusan Merapu tidak menyebut PAD sebagai Pakatan Rakyat untuk Demokrasi, sebaliknya Perikatan Rakyat bagi Demokrasi. Lihat printscreen berita tahun lalu di Utusan Online di bawah ini.



Propaganda ini sekaligus menanamkan kebencian pada pembaca Utusan terhadap Pakatan Rakyat di Malaysia. Inilah tugas media propaganda seperti Utusan di dalam membebalkan rakyat, ada penasihat 25% (APCO?) di sebalik laporan berita yang disiarkan.

Namun apa yang menarik, sehingga kini stesen TV propaganda Regim Barisan Nasional iaitu TV3 Al-Musyrikin masih tidak berani menyebut Pakatan Rakyat untuk siaran berita mereka, sebaliknya hanya berani sebut Pakatan Pembangkang kah kah kah...

Mereka lupa, BN juga pembangkang di Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor kah kah kah...


ReJaM© " Kalau tak menipu bukan Utusan Merapu namanya... "

Read more ...

PAS SEDIA GANTI UMNO!!! Ini bukti bergambar yang tidak boleh dinafikan UMNO

ALOR SETAR - Pas sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) juga sedia menggantikan BN untuk memimpin negara ini.


Beliau berkata model Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan Pas menimbulkan kebimbangan Umno-Barisan Nasional (BN) yang sejak 54 tahun lalu melakukan diskriminasi terhadap kaum lain dan kaum Melayu/Bumiputera.


"Model Negara Berkebajikan yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah ini diyakini akan memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama," katanya ketika menyampaikan  Amanat Khas Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.


Menurutnya, pembangunan sebuah Negara Berkebajikan adalah iltizam Pas sejak penubuhannya untuk menyampaikan rahmat (kasih sayang) ALLAH SWT bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh alam sejagat.


"Takrifan Negara Berkebajikan ialah kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip adil dan ihsan dalam seluruh sistem pemerintahan termasuk pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi dan sosial.


"Ia seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba-lumba melakukan kebajikan dan saling bekerjasama ke arah kejayaan pemerintah dan rakyat di dunia dan akhirat," katanya.


Sehubungan itu,  Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk berdialog dengan mana-mana pihak daripada kalangan kumpulan NGO Islam mengenai dakwaan kononnya Pas lari daripada perjuangan selain menerangkan pendirian parti itu.


Bercakap kepada media kemudiannya, beliau berkata Pas berhasrat mengadakan sesi dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) secara besar-besaran selepas penganjuran dialog melibatkan sebahagian daripada NGO Islam di negara ini minggu lalu.


Menurutnya, dialog berkenaan akan dibuka penyertaannya kepada semua pihak kerana ia bukan perbahasan tetapi untuk mencari titik pertemuan dan memberi penjelasan mengikut al-Quran dan hadis.


"Minggu lepas kita sudah mengadakan perjumpaan dengan sebahagian NGO Islam dan kita akan buat besar-besaran dan menyeluruh," katanya.SH



Ucapan, Amanat & Doa YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Al-Mursyidul Am PAS

 
Ucapan & Amanat YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS

Ini adalah sebahagian daripada hadirin. Ramai lagi berada di luar, tidak dapat masuk. Ramai yang tersangkut di tengah jalan

Peserta himpunan yang tidak dapat memasuki stadium Darul Aman menonton liputan melalui skrin yang disediakan di luar stadium
 
Sasterawan negara Dato' A. Samad Said mendeklamasikan puisi 'Generasi yang Gagah'

Pembacaan Bai'ah diketuai oleh Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Pusat

Sisi lain Stadium Darul Aman

Bendera PAS berkibar di Stadium Darul Aman

Bendera hijau putih berkibaran

Usai Maghrib memanjatkan doa kepada Ilahi

Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Meskipun hujan turun dengan lebatnya, petugas tetap gigih berdiri bagi memastikan siaran langsung dapat ditonton oleh semua..

Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya : Ceramah dari Ustaz Azhar Idrus


Gambar dari FB PAS Pusat


 

Read more ...

MIDAH OH MIDAH MANA MAU LARI?!!! Walaupun blog sudah ditutup, saman tetap berjalan


Blog Hamidah Osman di www.hamidahosman.blogspot.com didapati sudah ditutup selepas keputusan kes mahkamah melibatkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad gagal.

Carian terbaru sebentar tadi mendapati ia sudah tidak aktif dan nampaknya telah dipindahkan ke satu blog lain.


Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos, permohonan Ketua Penerangan Wanita Umno-APCO, Hamidah Osman (kanan) bagi mengenepikan saman fitnah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, terhadapnya.


Saman itu berhubung dakwaan Khalid bahawa Hamidah memfitnahnya dengan menyiarkan gambar "superimpose" Ahli Parlimen itu memakai jubah biskop di blognya, pada Januari 2010.


Hakim Zainal Azman Abd Aziz turut memerintahkan saman itu didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Zainal Azman berkata, kes saman itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.


Katanya, saman difailkan Khalid adalah saman fitnah berhubung kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.


Khalid memfailkan saman fitnah itu terhadap Hamidah pada 22 Disember 2011, berhubung penyiaran gambar di laman blog http://hamidahosman.blogspot.com.


Beliau mendakwa gambar yang disiarkan itu menunjukkan seolah-olah beliau seorang murtad seperti seorang paderi Kristian dan termasuk dalam golongan yang menghina Islam.


Hamidah dalam pembelaannya berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina tetapi paparan itu berhubung tindakan plaintif menyebarkan pendapatnya berhubung satu fatwa.


Pada 20 Februari lalu, Hamidah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.


Khalid diwakili oleh peguam, Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh peguam, Nor Emelia Iszeham.
 
JALAN PULANG

Read more ...

HIMPUNAN HIJAU!!! 44,000 tempat duduk , 60,000 padang dan trek penuh...UMNO boleh banding dengan himpunan di Bukit Jalil

Mula-mula kita tengok dulu gambar himpunan merah yang umno buat di bukit jalil temph hari, dengar kata akhbar-akhbar arus perdana dah canang himpunan umno itu ramai sangat datang, ada yang kata jumlahnya sehingga 80 ribu orang.


ada ruang kosong di tempat duduk dan tengah stadium, itu pun kata 80 000...


Sekarang kita lihat pula himpunan hijau ke Putrajaya yang dianjurkan oleh PAS di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek penuh...maknanya lebih 100 000 dalam stadium tak campur kat luar stadium





Gambar atas di luar stadium , 2 skrin gergasi didirikan di luar stadium


Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang semalam, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah yang berlangsung malam tadi.

Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka.

Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium

Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium

Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya
Ok, amacam, kalau himpunan umno dibukit jalil diorang kata yang datang lebih kurang 80 ribu orang, berapa pula anggaran penyokong PAS yang hadir ke himpunan anjuran PAS ini?  tukanglawan






Read more ...

UMNO TERMENUNG LAGI!!!Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof sertai PAS

Umno termenung lagi, kali ini selepas kemasukkan bekas Pengarah cawangan jenayah polis diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan borang menyertai PAS (baca sini), seorang lagi bekas pegawai penting kerajaan memilih bersama pakatan rakyat.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.

Ini memeningkan lagi kepala pemimpin umno, kerana penyertaan beliau menyertai PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang menyertai parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke 13 dan menjadikan pakatan rakyat lebih kuat.

Soalannya masih sama, mengapa tidak memilih menyertai umno?, 

Bukankah umno pernah  mengatakan hanya parti itu yang boleh membela orang melayu dan menjaga kesucian agama islam?, 

Kalau tak percaya tanya pada penyokong kuat umno, mereka sangat yakin umno itulah hanya satu-satu pembela melayu dan islam, walaupun umno itu sendiri menggunakan bahasa inggeris pada namanya dan jemput artis K-pop untuk menghiburkan ramai remaja beragama islam.

Pelik kenapa ramai yang masih percaya umno itu pembela melayu dan islam. kah..kah..kah

Selamat tinggal umno.tukanglawan

Read more ...

NAJIB TAK NYENYAK TIDUR!!!!! (Gambar) Lautan manusia gegarkan Stadium Darul Aman


Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi.

Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.

 Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini.

Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka.

Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium.

Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan.

Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium.

Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.

Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya.

Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. -HD

Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman

ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ.

Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda.

Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.

"Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.

Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube.

"Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar.

Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.

Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana.

"Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus.

Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan.

Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi.

Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.

Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS
. -HD
























Read more ...

TERKINI 6.55 PETANG!!! Kuliah petang bersama Ust. Azhar Idrus, stadium makin sendat

6.55 PM : KULIAH PETANG UST. AZHAR IDRUS HAMPIR TAMAT, BELIAU SEDANG MENJAWAB SOALAN YANG TERAKHIR.....






































 JANGAN LUPA MALAM INI....

MAJLIS 3 – MUNAJAT KE PUTRAJAYA
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.
07.00 Mlm : Solat Maghrib Berjama’ah
Solat Hajat & Munajat
Solat Isya’ Berjamaah
MAJLIS 4 – HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar.
09.00 Mlm : Dipengerusikan Oleh : YB. Dato’ Pengarah Program
Ucapan Aluan YB. Dato’ Seri Diraja Pesuruhjaya PAS Kedah
Perisytiharan ‘Khas’
Ucapan Tokoh-tokoh Masyarakat yang menyertai PAS
Ucapan YBhg. Timbalan Presiden PAS
______________________________________________
Perisytiharan Derma Jihad
Pembacaan Puisi Khas oleh Pak Samad Said
Ikrar / Bai’ah Perjuangan – Diketuai oleh Dato’ Setiausaha Agung
______________________________________________
Ucapan & Amanat YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS
Ucapan, Amanat & Doa YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia
Al-Mursyidul Am PAS.

http://www.ustream.tv/channel/kedahtv

Read more ...

AL-FATIHAH!!! Blogger D'perbatasan kembali ke rahmatullah

Setelah hampir satu minggu terlantar di Hospital Seberang Jaya, Saudara Amir Fadzil Che Ross, 38 yang juga Blogger D'Perbatasan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir petang tadi sekitar jam 3 petang, 1 June 2012.
Selain dari merupakan pemilik kepada Blog D'Perbatasan, Allahyarham juga merupakan Admin yang telah dilantik oleh pihak AMK Permatang Pauh bagi mengendalikan Blog AMK Permatang Pauh dan Facebook AMK Permatang Pauh.

Meskipun berada dalam keupayaan yang terhad kerana masaalah jantung beliau telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya itu sebaik mungkin.


Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital berikutan kompilasi jantung yang dialaminya seminggu yang lalu.


Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan juga seorang anak.


Jenazah kini berada rumahnya di Permatang Tengah, Permatang Pauh.


Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman..


Al-Fatihah!!

Read more ...

SKANDAL SCORPENE!!! Dari Mohd Ibrahim kroni Daim kepada Razak Baginda kroni Najib

Peguam Perancis yang bertindak untuk NGO Malaysia SUARAM telah mendakwa seorang pembantu rapat Perdana Menteri Najib Altantuya menjual rahsia pertahanan bernilai 36 juta euro atau RM142 juta kepada DCNS, pembuat senjata Perancis.

"Ia adalah dokumen rahsia kepunyaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), penilaian ini adalah untuk mendapatkan kapal selam yang merupakan dokumen yang sangat sulit," Joseph Breham memberitahu satu sidang akhbar di Bangkok pada hari Rabu.


Menurut Breham, yang mengetuai pasukan undang-undang SUARAM, polis Perancis telah menjumpai bukti bahawa firma Terasasi telah menjual maklumat rahsia kepada gergasi tentera laut Perancis.


Berita terbaru yang melibatkan pengkhianatan akan menaikkan kemarahan rakyat Malaysia, yang sudah bimbang dan kecewa dengan endemik rasuah pemerintah parti Umno Najib. Breham dipetik berkata, di Perancis menjual menjual maklumat sulit negara lain adalah melanggar undang-undang pertahanan.


"Ia adalah pengkhianatan kerana anda menjual rahsia pesaing atau negara asing tentang spek senjata dan pelan bagaimana untuk menggunakan senjata khusus ini. Di Perancis, jika mereka dilepaskan, anda boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara." tambahnya lagi.


Ke Hong Kong untuk menutup jejak


Terasasi dikawal oleh Razak Baginda, yang telah dituduh bertindak sebagai proksi Najib dan mendapatkan 570 juta euro dalam bentuk sogokan dari kerajaan Malaysia dalam pembelian 2 kapal selam Scorpene yang bernilai RM 7.3 bil.


Baginda dan bapanya Abdul Malim merupakan pengarah Terasasi.


Terasasi telah diperbadankan di Hong Kong dan pada asalnya dikenali sebagai Penasihat dan Perkhidmatan Sokongan Kinabalu Ltd.


Najib Altantuya adalah menteri pertahanan yang telah mempersetujui pembelian itu pada tahun 2002. Baginda telah menjadi pensyarah di Kementerian Pertahanan dan menjadi pengarah sebuah badan strategi penyelidikan di Malaysia.


Menurut Breham, laporan itu adalah mengenai kerja "kejuruteraan komersial". "Mereka diberikan maklumat yang sedia ada di Internet dan akhbar, kecuali satu dokumen ini." Kata Breham, sambil merujuk kepada majistret penyiasat di mahkamah Paris di mana perbicaraan terbuka telah bermula bulan lepas.


Hubungan dengan Daim


Selepas gagal mendapatkan kerajaan Malaysia untuk memulakan siasatan besar-besaran terhadap dakwaan penyelewengan wang pembayar cukai oleh pucuk pimpinan, SUARAM telah memfailkan aduan terhadap DCNS di Paris pada tahun 2010 kerana didakwa telah menyogok pegawai Malaysia untuk mendapatkan pengambilalihan itu secara kontroversi.


Ia adalah salah di sisi undang-undang Perancis bagi firma untuk menawarkan rasuah atau komisen bagi menjamin transaksi dan jika DCNS didapati bersalah, ia mungkin perlu membayar balik wang rakyat Malaysia.


Dalam proses itu, pegawai-pegawai Malaysia yang bersalah akan diketahui - satu langkah yang akan memaksa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan atau sedia menghadapi cemuhan di seluruh dunia dan kehilangan kredibiliti.


Hanya sehari yang lalu, SURAM telah mendedahkan bahawa selain dari Najib Altantuya dan Baginda, bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mungkin juga telah terlibat melalui sekutunya Mohd Ibrahim Mohd Noor.


Dokumen yang disita oleh polis Perancis termasuk dokumen yang berlabel "Malaysia", di mana terdapat laporan sulit mengenai Perimekar dan TERASASI - dua firma yang dikaitkan dengan Baginda.


Laporan ini termasuk nota mengenai "Mengesan latar belakang rundingan", yang menyatakan bahawa menurut kontrak pertahanan utama antara Perancis dan Malaysia, terdapat syarat bahawa pemindahan wang yang besar disalurkan kepada individu dan/atau organisasi politik.


"Nota tersebut secara khusus menyatakan bahawa selain daripada individu, parti pemerintah (Umno) adalah penerima terbesar. Perunding (agen syarikat) sering digunakan sebagai agen rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang ini dan menerima komisen dari pemberi perintah. Nota itu menyebut mengenai Mohd Ibrahim Mohd Noor dan Abdul Razak sebagai titik rujukan untuk rangkaian politik, "kata Suaram dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu.


Baginda ambil alih dari Mohd Ibrahim apabila kuasa Najib meningkat dan Daim menurun


Nota juga mendedahkan bahawa menjelang awal 2001, pengaruh Mohd Ibrahim mula merosot berikutan kejatuhan Daim dari kuasa, yang mengakibatkan kehilangan nama Mohd Ibrahim Mohd Noor dari Perimekar sebagai pemegang saham dan pengarah.


Dia kemudiannya digantikan oleh orang-orang Razak Baginda.


Bertentangan dengan dakwaan beberapa blog Umno yang cuba untuk memesongkan fakta dengan menyalahkan Daim, dokumen yang disita setakat ini oleh polis Perancis menunjukkan bahawa Baginda akhirnya memang menjadi titik rujukan utama bagi rangkaian politik untuk memudahkan pemindahan wang.


"Sebaliknya, Razak Baginda mengekalkan hubungan yang baik dengan Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri. Tambahan pula, isterinya (Mazlinda) adalah kawan rapat isteri Menteri Pertahanan (Rosmah). Oleh itu, Baginda menjadi orang penting: Terasasi dikaitkan dengan Baginda manakala Perimekar pada awalnya dikawal oleh Mohd Noor," jelas nota itu.


C4 disebut dalam dokumen-dokumen disita polis Perancis


Baginda diminta untuk menjadi saksi dalam kes di Perancis. Dia telah dibebaskan daripada pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan dia juga telah mengakui mangsa sebagai bekas kekasihnya yang dipercayai tahu tentang transaksi Scorpenes.


Bapa Altantuya, Setev Shaariibuu, berada di Kuala Lumpur pada bulan lepas dan mengejutkan negara apabila beliau mendedahkan bahawa anak perempuannya telah datang untuk berjumpa Najib untuk "memutuskan sesuatu bersama dengannya". Jika benar, ini akan mempunyai implikasi politik serta jenayah yang serius bagi Najib Altantuya, yang menjadi PM sejak tahun 2009 dan yang telah menolak semua gesaan untuk meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja diadakan untuk kedua-dua kes pembunuhan dan pembelian Scorpenes.


"Saya bertanya kepadanya apakah tujuan dia datang ke Malaysia. Dia menunjukkan kepada saya gambar yang diambil di Paris. Tiga orang berada di dalamnya - Abdul Razak Baginda, Najib dan Altantuya. Dia berkata 'Saya perlu berjumpa dengan orang penting disana', dan menunjuk kepada Najib Altantuya," kata Setev.


"Dia memberitahu saya dia mempunyai sesuatu untuk dibincangkan dengan Najib. Saya memberitahunya ia tidak berbaloi tetapi dia tetap pergi. Ramai saksi telah melihat gambar ini saya bukan satu-satunya malah Burmaa Oyunchimeg, yang juga merupakan seorang saksi telah memberitahu mahkamah mengenai perkara itu semasa perbicaraan pembunuhan pada tahun 2007. "


Altantuya dibunuh dalam di dalam hutan di Malaysia pada tahun 2006 dan badannya dibom dengan menggunakan bahan letupan C4 gred tentera untuk mencegah dirinya dari dikenalpasti.


Antara dokumen yang disita oleh polis di Perancis merupakan satu sub-folder yang bertajuk "C4" – dan ini terus mengukuhkan syak bahawa Altantuya telah dibunuh kerana pengetahuannya berkenaan hal Scorpene dan walaupun dua bekas pengawal peribadi Najib Altantuya, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dihukum gantung bagi pembunuhan itu, mereka hanya bertindak atas arahan dari 'atas'.

Read more ...

5.56 PETANG!!! Stadium penuh, 100 ribu sudah dicapai petanda UMNO/BN bakal berkubur


5.56 pm : TEMPAT DUDUK STADIUM PENUH....AHLI PAS DAN PENYOKONG PAKATAN TERPAKSA DUDUK DI ATAS PADANG...100 RIBU SUDAH DICAPAI...PETANDA UMNO/BN AKAN TAMAT RIWAYATNYA.

DS NIZAR BARU BERUCAP PENUH SEMANGAT.

KETUA PEMUDA PAS PUSAT SEDANG BERUCAP, HIMPUNAN ANAK MUDA AKAN BERGERAK KE SELURUH NEGARA BERMULA DI JOHOR 

IDOLA ANAK MUDA UST AZHAR IDRUS AKAN MENGAMBIL TEMPAT MENYAMPAIKAN KULIAH PETANG 

6.10 pm: UST. AZHAR IDRUS SUDAH SAMPAI , LAUNGAN TAKBIR BERKUMANDANG

Read more ...