Tuesday, March 20, 2012

TOLAK CAMPURTANGAN LUAR!!! Kerajaan zalim Bashar Syria kagumi pendirian UMNO

Menyayat hati. Budak ini adalah mangsa bom kerajaan Syria ke atas rakyatnya. Budak ini meninggal dunia selepas di bom tentera Syria yang zalim

http://morrisonworldnews.com/wp-content/uploads/cache/55998_NpAdvHover.jpg

Pada saat ulama dunia sepakat mengecam dan menolak kazaliman ini, Mereka berfatwa rakyat Syria wajib menggulingkan karajaan Basyar Assad manakala negara-negara umat Islam wajib memutuskan hubungan diplomatik dan memberi tekanan kerajaan Syria sehingga Syria kembali ke landasan keadilan. Namun sikap UMNO mendukacitakan kita.


Suhaimi Md Saad

Read more ...

GAGAL HADIR!!! Itu sahaja tahap perjuangan Hasan Ali memperjuangkan IMR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjkoWV2uigz4JF9W23koKxe_Pn_cnIUDAuI9jYb2mN5XKdfLRr23gL54E1BCGUpyVLwSU5J_WLAbGfpZbV0qVgvRkGcbudF_mjwPQRuq7AiLNc4UVSR9Y8UHKQh_ayvxyzX5R696dXEzM/s1600/hasan-ali.jpgSHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).


Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.


“Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.

“Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua,” katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.

Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi.

Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.

Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini.

-sinarharian-

Read more ...

MAI BACA!!! PAS atau UMNO yang gadai Tanah Rizab Melayu?



Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini Selasa 20 Mac 2012 (muka 10) berkenaan dengan isu Tanah Rizab Melayu yang didakwa tergadai di Kelantan.

Dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang teliti di dalam membangunkan negeri sehingga menyebabkan tanah rizab Melayu tergadai.

Sukacita saya memaklumkan bahawa kenyataan Fatmi tersebut yang tidak disertakan dengan fakta sangatlah tidak tepat dengan hakikat yang sebenar.

Saya amat hairan bagaimana seorang Setiausaha Politik yang paling kanan kepada Perdana Menteri Malaysia boleh mengeluarkan kenyataan tanpa menyebut sandaran fakta yang kukuh.


Suka saya memaklumkan bahawa sekiranya Fatmi merujuk kepada Laporan Khas Utusan Malaysia pada 19 Mac 2012 yang meletakkan isu Tanah Rizab Melayu yang tergadai di Kelantan di muka hadapannya, terdapat beberapa kekeliruan yang sengaja ditimbulkan di dalam laporan tersebut.

Ini termasuklah dakwaan bahawa beberapa projek pembangunan seperti Lembah Sireh, bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Pusat Membeli Belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat kononnya melibatkan tanah rizab Melayu yang digadaikan.

Saya melihat bahawa kekeliruan ini sengaja ditimbulkan oleh UMNO melalui Utusan Malaysia dalam misi untuk menghakis kepercayaan orang-orang Melayu terhadap kerajaan negeri Kelantan.

Kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.

Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menggadaikan tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan.

Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari pengkhianatan UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Fakta ini belum lagi mengambil kira pengkhianatan Umno kepada orang Melayu yang telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).

Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Jika diperincikan, terlalu banyak kes di mana pemimpin UMNO memperalatkan Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992 yang memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Di Kedah ketika di bawah pemerintahan UMNO, mereka merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau.

Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di dalam persidangan DUN Kedah pada bulan Ogos 1996, Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid telah memberikan jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak (sekarang Datuk Seri) menyatakan bahawa 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Johor, Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
Lebih teruk lagi, tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek Wilayah Pembangunan Iskandar juga telah dijual kepada Cina Singapura.

Di Melaka, Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu, Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.

Ini belum lagi mengambil kira tanah Keretapi Tanah Melayu yang dijual di Singapura dan rundingan Pulau Batu Putih yang memperlihatkan kecerdikan kerajaan UMNO/Barisan Nasional.

Justeru, di atas tajuk Tanah Rizab Melayu : Siapa Pengkhianat? saya mempelawa Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Dato Mohd Fatmi Che Salleh untuk bersama-sama saya di atas pentas debat pada bila-bila masa sahaja. Saya kira beliau akan mempunyai peluang untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai pengkhianatan kerajaan PAS Kelantan terhadap Tanah Rizab Melayu.

Di atas pentas yang sama, pelbagai lagi fakta dan data boleh didedahkan di hadapan khalayak yang akan membuat penilaian yang bebas. Format debat dan aspek teknikal boleh dibincangkan kemudian setelah Fatmi bersetuju dengan pelawaan saya.



Salam hormat.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan

Read more ...

BERURUSAN DENGAN YAHUDI!!! Pandangan Dr. MAZA tiada beza dengan pandangan Presiden PAS berbeza dengan pandangan ulama UMNO



Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis

Read more ...

HASIL PASIR!!! PR - Jumlah pengeluaran sikit hasil banyak, UMNO - Jumlah pengeluaran banyak tapi hasil sikit sebab kroni UMNO kebas

SHAH ALAM 20 MAC : Pendapatan Kerajaan Selangor menerusi hasil pasir era pemerintahan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah jauh lebih baik berbanding semasa ia diurus tadbir oleh Umno-Barisan Nasional (Umno-BN) walaupun jumlah pengeluaran hasil bumi itu jauh lebih kecil.

Sebelum ini, pembangkang sering memburukkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dengan melemparkan pelbagai dakwaan yang syarikat itu membolot industri pasir negeri.

Perkara ini dijelaskan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Syafiei sekaligus membuktikan tata kelola dan sistem yang di gunapakai kepimpinan Pakatan hari ini berfungsi dengan baik.

“Pendapatan royalti 3 tahun dari tahun 2005-2007 zaman Umno-BN hanyalah sekitar RM12.51 juta berbanding zaman Pakatan untuk tempoh 3 tahun yang sama bermula tahun 2009-2011 berjumlah RM32.5 juta.

“Peningkatan pendapatan yang memecahkan rekod selama ini adalah natijah daripada pentadbiran telus yang baik, tentunya tanpa rasuah, tanpa kroni dan tanpa kolusi yang mana sebelum ini di rompak pimpinan terdahulu kini kembali ke tangan rakyat,”jelas Shuhaimi dalam sidang dewan hari ini.

Merujuk kepada rekod tersebut, Shuhaimi meminta pemimpin Umno-BN memperjelaskan jurang pendapatan pasir antara era Pakatan dan BN yang berjumlah RM19.9 juta. Ini berlaku sedangkan jumlah pengeluaran metrik tan pasir era BN dalam masa tiga tahun jauh lebih besar berbanding era Pakatan.

“Pengeluaran sejak 15 September 2008 – Dec 2011 merekodkan jumlah kuantiti jualan sebanyak 15.909,396 mertik tan dan pendapatan sebelum cukai sebanyak RM 181.567,481 ringgit.

“Ia satu jumlah yang amat besar. Amat pelek, kenapa bukti ini enggan di terima oleh kepimpinan UMNO dan BN Selangor? Bahkan semakin suka memfitnah dan menjadi seperti ‘ayam jantan yang berkokok kuat, tapi ekor bergelumang dengan najis’?,”katanya.

Jesteru, Shuhaimi, yang juga seorang ahli pengarah KSSB, menyarankan agar kerajaan negeri memberi peluang kepada wakil BN untuk belajar di KSSB bagi memahami prinsip perakaunan dan kira-kira kunci kewangan.

Read more ...

TANAH RIZAB MELAYU TERHAKIS!!! Angkara siapa ? kalau bukan UMNO

Tanah Rizab Melayu Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
Kami cukup tertarik dengan saranan Sultan Selangor baru-baru ini supaya tanah rizab Melayu dipertahankan. Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu aset yang dilindungi dan dijamin hak untuk memulihara hak milik orang Melayu di negara ini.
Dahulu British telah meninggalkan sebanyak 3 juta hektar sebagai tanah rizab Melayu. Sekali lagi 3 juta hektar. Sebab apa British berbuat begitu?

Sebab….British tidak mahu orang Melayu terasa seperti ditindas hidup di negara sendiri. Itu dahulu, angkanya masih lagi 3 juta hektar. Sekarang? Bilangan tanah rezab Melayu semakin pupus.
Tanah Rizab Melayu Selangor Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis? Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu,” titah baginda dalam Titah Ucapan Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri ke-12. (petikan daripada Sinar Harian)
Undang-undang Tanah Rizab Melayu mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tanah Rizab Melayu Dipelihara : 2 objektif Asal Undang-undang Tersebut :

  1. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
  2. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Bagaimana tanah rizab Melayu semakin mengecil? Ini kerana jikalau “orang lama” masih ingat lagi dahulu, di mana melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.
  1. Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah
  2. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing
Tanah Rizab Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis? Undang-undang asalnya sebelum “berjaya” dipinda, kerajaan sama sekali tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tanah rizab Melayu, tidak boleh sama sekali.
Melainkan diambil tanah tersebut untuk tujuan menyediakan kemudahan awam, sekolah dan hospital. Yang…itu boleh. Dua perkara besar yang telah diubah itulah telah menyebabkan menyebabkan tanah rizab Melayu semakin berkurangan.
  • 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957
  • 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hampir 44% daripada jumlah asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun
  • Masalahnya di sini, tanah yang diambil tidak diganti semula
Permohonan Tanah Rizab Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
Tanah Rizab Melayu Dijual Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?

Kehilangan tanah rizab Melayu di sekitar Kuala Lumpur amat menakutkan apabila tanah rizab Melayu sejak tahun 1957 hanya tinggal 5.1% sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah. Kebanyakan modus operandinya adalah dengan mengambil tanah rizab Melayu dan ditukarkan kepada status komersial. Akhirnya, ramai jadi kaya atas “skim cepat kaya” ini.

Kami tidak menolak pembangunan tetapi biarlah kita melihat melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera (tanah rizab Melayu) akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.

Read more ...

AKSI KUNO UMNO!! Punya la teruk perangai busuk perut UMNO ganggu ceramah Bob Lokman

Umno terdesak!! Itulah perkataan yang paling sesuai menggambarkan kejadian malam tadi di ceramah Bob Lokman dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Pada asalnya ceramah Bob Lokman yang sepatutnya diadakan di Taman Puncak, Bukit Katil namun oleh kerana gangguan dari Umno terpaksa di alih dari lokasi asal.

Sahabat Addin memberitahu, selain mendirikan khemah ceramah yang terlalu hampir dikatakan Umno mengarahkan kontraktor untuk memadamkan lampu jalan di sekitar ceramah.

Mungkin ekoran daripada itu, ceramah Bob Lokman dan pimpinan Pakatan Rakyat di pindahkan ke Taman Saujana.

Namun setelah keputusan di buat untuk berpindah ke Taman Saujana, Umno pun angkut peralatan ceramahnya dengan lori mengekori sama. Betapa busuk hati puak-puak pencacai Umno nih..

Antara hadirin yang hadir di ceramah Bob Lokman

Di zaman yang serba moden nih, masih ada lagi spesis manusia KUNO seperti Umno nih. Addin cukup-cukup berbulu dengan kelakuan Umno dan pencacai-pencacainya malam tadi. Hendak di luku kepala depa nih..

Setelah ceramah Pakatan Rakyat bermula, Umno pun turut sama dengan ceramah ala KUNOnya. Dengan sound system yang begitu kuat mengganggu ceramah Pakatan Rakyat yang disertai oleh Bob Lokman sehingga ke penghujungnya.

Namun, pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir cukup cool dengan tidak melayan segala salak-salakan provokasi dari penceramah dan pencacai Umno.

Tapi kekadang Addin terfikir jugak, mungkin ada hikmahnya Allah SWT beri kejadian nih berlaku. Sebenarnya ia memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menarik golongan yang atas pagar..

Poster asal ceramah sebelum ditukar lokasi

Mereka pasti meluat dengan gelagat KUNO Umno sejak kebelakangan nih yang selalu mengacau ceramah anjuran Pakatan Rakyat.Addin

Read more ...

BELASAH DUIT!!! Bekas SU Politik Menteri UMNO kena 28 tuduhan



SHAH ALAM - Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.


Hasbie, 39, yang memakai sut kelabu membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 dan 18 Jun 2009.

Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan itu dibicarakan bersama.

Pihak pendakwaan turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di mana tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama.

Permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat atas alasan kesemua 28 pertuduhan tersebut melibatkan seksyen yang sama dan kebanyakan saksi adalah saksi yang sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Pada 10 Feb tahun lepas, Hasbie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memiliki wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM2,134,656 dan dia dibebaskan dengan jaminan RM60,000 serta dua orang penjamin.

Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 atas alasan jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi memandangkan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama tetapi menolak permohonan mereka untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth. - Bernama

Read more ...

BENCANA BUAT NAJIB!!! Kes Scorpene di luar kawalan Najib, Mahkamah Perancis tidak boleh dibeli

Situasi kali ini telah meletakkan Najib dalam keadaan sukar apabila perbicaraan ini dijalankan dalam sistem perundangan yang berada di luar kawalan beliau.


(FMT) - Setelah sepuluh tahun menunggu, akhirnya kes komisyen pembelian kapal selam Scorpene disahkan akan dibicarakan di Mahkamah Pengadilan Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance).

Di Malaysia pula, meskipun jelas wujud percubaan dari media arus perdana untuk meminggirkan perkembangan terbaru ini namun ia dipercayai tidak akan mampu bertahan lama sebelum terburai nanti.

Lebih-lebih lagi apabila perbicaraan tersebut bermula dan menjadi fokus media-media utama seluruh dunia.

Meskipun kes ini telah lama dilondehkan di alam siber dengan pelbagai fakta dan teori, perbicaraan yang berlangsung itu nanti pasti tetap mengundang kejutan-kejutan terbaru.

Sekurang-kurangnya dalam perbicaraan itu nanti, beberapa elemen sudah pasti akan menjadi fokus utama masyarakat tempatan negara ini dan juga antarabangsa.

Antaranya, persoalan benarkah wujud kaitan kes komisyen pembelian ini dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shaariibu seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Altantuya kekasih Razak Baginda

Selain menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Altantuya juga merupakan kekasih gelap kepada Razak seperti yang diakui Razak sendiri dalam perbicaraan kes pembunuhan model Mongolia itu.

Benarkah wujud penglibatan Najib selaku Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, dalam soal pemberian komisyen berjumlah RM540 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki orang kepercayaannya, Abd Razak Baginda.

Ramai juga akan tertanya-tanya adakah akan tampil seekor lagi kambing hitam untuk dipersalahkan di dalam perbicaraan ini nanti.

Di samping itu, rakyat negara ini juga ada yang mula cuba mencula sejauh manakah perbicaraan ini memberi kesan terhadap reputasi Najib sebagai PM dan parti Barisan Nasional yang diterajuinya.

Menarik juga untuk difikirkan, adakah perkembangan muttakhir kes komisyen kapal selam ini akan mempengaruhi ‘ilham’ Najib dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Adakah Najib mula berkira-kira untuk menyegerakan pembubaran parlimen sebelum perbicaraan ini memasuki fasa pendedahan demi pendedahan atau adakah beliau mengambil risiko menunda jauh ke hadapan di mana kedua-dua keputusan tersebut tetap mempunyai risiko masing-masing.

Tidak kira apa pun keputusan Najib nanti, cepat mahupun lambat, perbicaraan Scorpene pasti akan mencalarkan imej Najib di kaca masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

Jelasnya, tidak kira walau apa pun jawapan terhadap semua persoalan di atas, reputasi Najib sudah hampir pasti terjejas.

Kera sumbang

Jika tidak dalam pilihan raya akan datang pun, sekurang-kurangnya perbicaraan ini akan menjadikan Najib kera sumbang di peringkat antarabangsa.

Kes ini dibicarakan setelah kumpulan hak asasi manusia dari Malaysia Suaram memfailkan saman sivil terhadap firma gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisyen kepada pemimpin di Malaysia.

Berbeza dengan amalan perundangan di Malaysia, Suaram turut diberi akses kepada kertas siasatan pendakwaraya dalam dua minggu lagi.

Situasi kali ini telah meletakkan Najib dalam keadaan sukar apabila perbicaraan ini dijalankan dalam sistem perundangan yang berada di luar kawalan beliau.

Perbicaraan pembayaran komisyen Scorpene ini bukan sahaja setakat mampu mencalarkan imej Najib, silap hari bulan, Scorpene akan turut menenggelamkan karier politik Najib.

Dipetik dari - http://www.malaysia-today.net

Read more ...

RAMALAN DAIM!!! Najib 'Jeneral Tanpa Askar", BN hanya kekal 3 negeri


Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar"

Read more ...