Tuesday, March 6, 2012

MANA AKIDAH?!!!! Hasan Ali dah merapu, Kafir Harbi pula jadi penyedap ceramah

Hasan Ali kini semakin ligat putar dan terus putar 360 darjah.Semakin ligat Najib menghambat waktu dan ligan masa untuk raih undi di kalangan bukan Melayu Ngo Hasan Ali Jati tuduh pulak parti pakatan rakyat PKR dan Dap yang satu masa dulu bersama beliau sebagai pelampau dan cauvinis malah Dap dianggap sebagai kafir harbi.

Hasan Ali yang dakwa ramai pengikut semakin tak ketawan hala.Sekejap nak berjuang Melayu, Islam dan raja, sekejap kata tak mau terlibat dalam politik, sekejap kata biarlah ahli Jati yang tah berapa kerat tu nak terlibat dengan politik pun boleh.

Inilah akibatnya kalau tak ada hala tuju yang betul.Kata kawan saya,"Kalau Hasan Ali kata dia ramai pengikut , Ajaran Ayah Pin yang sesat tu pun kata dia ramai pengikut."


Gambar yang tak menipu



Satu fakta yang harus dingat Umno, MCA dan MIC juga adalah gerombolan yang telah 54 tahun berkuasa di negara ini.Tak kira kafir harbi atau apa pun mereka telah sama-sama membolot harta kekayaan negara untuk kepentingan puak dan kroni mereka.

Umno dajalkan hak bangsa Melayu, MCA telah ditolak oleh orang Cina dan MIC juga semakin lenyap daripada fikiran orang India hanya orang Melayu yang tak cerdik saja masih bersama Umno.

Hanya tongkat Umno belum patah berderai, jika orang Melayu lari tinggalkan Umno maka Umno,MIC dan MCA turut akan lenyap dalam pru 13 akan datang.


Satu soalan kepada Hasan Ali adakah kafir harbi yang tibai duit saham RM52 bilion untuk bumiputera/Melayu hingga tinggal RM2bilion?Gambar bawah ni jugak tak menipu.Ceramah Hasan Ali.Tolong jangan ketawa
.....misaimerah

Read more ...

TERKINI!!! Ku Li dialukan sertai PAS Kelantan

Pas Kelantan menolak desas-desus yang mengaitkan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan sebarang perbincangan sedang diadakan bersama Zaid sama ada di peringkat Pusat mahukan negeri.


“Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani,” katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.


Semalam Sinar Harian melaporkan Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mempertimbangkan sama da kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas atau menggunakan tiket Pas.

Zaid sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008 mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum digantung keahlian pada 2 Disember 2008.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri memberi pandangan berbeza terhadap kenyataan veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu bertanding calon Bebas di Gua Musang sekiranya tidak dicalonkan BN.

Katanya, Pas Kelantan sedia membuka sebarang bentuk perbincangan, namun ia bergantung pada keadaan bagi membolehkan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket Pas.

“Pas Kelantan tidak ada masalah dengan beliau terutama soal tuntutan royalti yang jelas dia begitu konsisten. Dari segi itu kita ada persamaan dan dulu pun kita pernah bekerjasama melalui Semangat 46, jadi kalau PRU ini ada perbincangan (untuk bersama), bukan sesuatu yang pelik,”katanya.

Pada PRU12 empat tahun lalu, Datuk Ibrahim Ali dan Pas menjalin ikatan bagi membolehkan beliau bertanding atas tiket Pas di kerusi Parlimen Pasir Mas, namun hubungan itu tidak berkekalan.

Read more ...

MARI BACA!!! Jawapan kepada kekeliruan yang ditimbulkan pemimpin JATI, PERKASA dan ISMA

Artikel ini khas buat pimpinan 3 NGO Melayu Islam ini;

JATI & PERKASA

- JATI & PERKASA bertegas atas nama Melayu & Islam, maka PAS & UMNO wajib bergabung. Tidak kiralah apa kesudahannya pada negara kita, apa yg JATI & PERKASA mahu adalah dengan bergabung secara politik, dan dengan kuasa politik itu bolehlah pastikan kuasa terus pada Melayu, malah boleh buat apa sahaja yang dimahukan atas nama Melayu & Islam

- Khas buat JATI, untuk Hasan Ali yang kononnya berjuang utk ketulenan PAS seperti dulu, kena ingat orang yang samalah iaitu Ustaz Hadi yang sejak dari dulu adalah ikon perjuangan PAS, dan bukan orang lain yg menolak kerjasama politik untuk sama-sama melakukan kezaliman dengan UMNO.

ISMA

- Khas buat Ustaz Abdullah Zaik yang begitu bersemangat mutakhir ini brterusan meratibkan "ISMA sayang PAS", dan berteriak sakan mahu PAS tinggalkan DAP, dan mahukan PAS bekerjasama untuk menjaga Melayu dan Islam, perlulah ingat Islam bukan didatangkan hanya utk Melayu dan Islam sahaja, Islam for All.

- Cukup lah kamu mendoktrinkan budak2 univerisiti dan anak muda utk menyokong dasar perjuangan asobiyyah kamu, dan jika penerangan itu masih belum cukup maka nyatakan lah sokongan penuh kamu pada UMNO tanpa dolak-dalik lagi...

Kepada ahli JATI, PERKASA dan ISMA, baca betul-betul penerangan Presiden PAS terhadap kekeliruan yang ditimbulkan oleh pemimpin mereka terhadap hubungan PAS dan masyarakat majmuk.

Lepas ni jangan dok celaru .......

Admin


Hubungan PAS dan masyarakat majmuk


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs771.ash1/166119_483229922838_177809712838_5828679_1263644_n.jpg

Masih ramai di kalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis.

Seterusnya mereka ini bertanya: Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS? Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR?

Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat!

Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya.

Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama.

Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga.

Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam.

Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya:

Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya. (Al-Hujuurat:13)

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain.

Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza.

Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah) dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”.

Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah.

Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama.

Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT:

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ

بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Yang bermaksudnya:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. (An-Nisa':58)

Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman:

يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا

(رواية مسلم ).

Maksudnya: (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara.

Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan).

Ianya juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif. Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman.

Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah.

Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan.

Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme.

Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini).

Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al-Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa. Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa.

Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksanakan kepada semua.

Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara.

Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti.

PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk .

Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya.

Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik.

PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan Melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC.

Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Baharin di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan demokrasi.

Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden PAS

Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

Read more ...

KEMELUT SELESAI!! PAS Kedah tala meriam ke UMNO



Oleh: Kedah La

Segalanya berakhir dengan baik. Ustaz Azizan Razak kekal di tempatnya sebagai MB, manakala Dato' Phahrolrazi dan Dr. Ismail Salleh akan kembali betugas sebagai Exco jika diperkenankan Tuanku Sultan.


Itulah juga yang dimahukan oleh semua ahli PAS Kedah di samping keputusan yang dikehendaki oleh PAS Pusat.


Bagaimanapun Phahrolrazi hampir pasti bukan lagi menjadi Exco Kanan. Beliau dijangka memegang Potfolio Koperasi manakala Dr. Ismail pula akan memegang potfolio ICT. Hanya potfolio itu belum diagihkan kepada mana-mana Exco.


Mereka berdua dijangka mengangkat sumpah dalam masa terdekat.


Ayuh, lepas ni kita tala meriam dekat UMNO/ BN pulak.

Read more ...

ANGKARA SIAPA?!!! Pengurus Besar Yayasan Selangor dedah RM 500 Juta duit Yayasan Selangor lesap



Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.ASD

*******************************************

Aset Yayasan Selangor RM51j Berbanding RM20j Pada 2007

SHAH ALAM, 6 MAC : Aset semasa (simpanan tunai) Yayasan Selangor meningkat sebanyak 105 peratus kepada RM51 juta berbanding RM20 juta pada tahun 2007 dalam tempoh tiga tahun.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki semasa menjawab soalan Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) berhubung jumlah harta Yayasan Selangor dalam sesi pendengaran awam di SUK di sini, hari ini.

Selain itu, menurut Ilham, aset tetap Yayasan Selangor setakat ini dicatatkan sejumlah RM300 juta.

“Kita telah membuat kajian dari tahun 1991 sehingga Mac 2008, ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta.

Sekiranya tidak berlaku ketirisan, aset Yayasan Selangor adalah berjumlah RM800 juta,” jelasnya.

Beliau berkata, laporan berhubung ketirisan aset tersebut akan turut dihantar untuk melakukan audit dalaman.

Dalam pada itu, Ilham turut mencadangkan supaya Yayasan Selangor melantik audit forensik untuk menyemak akaun yayasan tersebut bagi mengelakkan amalan ketirisan daripada berulang seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Saya ingin mencadangkan supaya pihak Selcat membenarkan Yayasan melantik audit forensik kerana laporan telah dibuat kepada SPRM, tetapi fail-fail berkenaan masih ada dalam simpanan saya,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Selcat menyarankan Yayasan Selangor supaya melantik sendiri satu badan bebas bagi melakukan pemantauan dan semakan ke atas aset tersebut.

TVS News

Read more ...