Tuesday, May 18, 2010

Makan malam dana guaman mangsa tangkapan dapat sambutan

SUNGAI PETANI, 18 Mei : Program mengumpul dana guaman mangsa tangkapan bagi membela kebenaran dan keadilan .

Kehadiran amat menggalakkan sehingga meja yang dsediakan penuh. Program yang berlangsung di Cinta Sayang Sungai Petani turut dihadiri tetamu VVIP.


Antara yang hadir dan menyampaikan ucapan ialah YAB Lim Guan Engg Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Sabu JK Pas Pusat dan beberapa tetamu lain.

Kehadiran dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Dewan dan kawasan yang disediakan telah penuh luar dan dalam.. gambar mampu menceritakannya


Majlis penyampaian sijil Dr Burhanudin juga diadakan kepada pejuang-pejuang yang ditahan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran yang disampaikan oleh Mat sabu.

Majlis ini dianggap sangat berjaya kerana sambutan dari hadirin amat menggalakkan sehingga meja tambahan terpaksa disediakan oleh pihak resort.Kebanyakan yang hadir adalah dari negeri Perak,Pulau Pinang dan Kedah.

Sekitar majlis makan malam




Read more ...

PAS tambah cawangan

Image006-5.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 18 Mei : PAS Parit Buntar berjaya menambah sebuah lagi cawangan baru di Parit Lebai Akir dalam DUN Titi Serong.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, penubuhan penaja PAS Cawangan Parit Lebai Akir dihadiri lebih 30 orang ahli PAS cawangan berkenaan.

“Penambahan cawangan PAS ini akan memperkuatkan akar umbi PAS dan mampu memperkasakan PAS kawasan Parit Buntar.

“ Tahniah kepada penaja PAS Cawangan Parit Lebai Akir yang berjaya merealisasikan hasrat PAS Pusat untuk memperbanyakkan cawangan” katanya

Menurutnya, sejak selepas pilihanraya umum ke 12 lalu PAS Parit Buntar berusaha secara bersungguh-sungguh menambah Cawangan PAS di seluruh Parit Buntar.

" Walaupun kita sekarang ini bukan pemerintah di Perak, kita bergerak sama seperti dulu kerana usaha dakwah ini adalah berterusan dan mendapat kerjasama ahli-ahli PAS di sini." katanya

Adnan berkata, Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi semasa menyampaikan ucapan aluan penubuhan cawangan meminta ahli PAS Cawangan sentiasa berada dalam perjuangan Islam.

“ Saya berharap ahli PAS Cawangan memberi sumbangan masa dan tenaga bagi mengaktifkan cawangan yang baru ditubuhkan ini.

“ Sesungguhnya perjuangan menyeru manusia melakukan amal maaruf dan mencegah manusia melakukan kemungkaran menjadi tanggugjawab ahli PAS” katanya

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim yang menyampaikan ucapan penutup meminta ahli PAS mengenang susah payah perjuangan pimpinan PAS Parit Buntar pada zaman dahulu.

“ Mereka berjuang dalam keadaan serba kekurangan, namun tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang.

“ Saya puji usaha menubuhkan penaja PAS Cawangan ini kerana ramai pimpinan PAS Parit Buntar dahulu berasal dari kawasan ini. Hari ini, anak-anak pimpinan ini pula meneruskan perjuangan bapa mereka” katanya.

Haji Harun sedang menyampaikan ucapan

Image008-5.jpg picture by paspb


Ahli PAS hadir semasa penubuhan cawangan baru


Image000-2.jpg picture by paspb

Read more ...

Najib umpama hero koboi



















KUALA LUMPUR, 18 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan umpama cowboy di zaman 'Wild Wild West' siri TV tahun 1960-an yang selalu menunjukkan watak orang yang tak pedulikan undang-undang.

"Hukum yang dipakainya ialah pistolnya," kata bekas calon pakatan di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim mengulas lagak Najib di Sibu.

Zaid (gambar) dipercayai mengulas tawaran Najib secara terbuka kepada masyarakat Cina agar memenangkan calon BN dan kerajaan akan memberikan habuan kepada mereka.

Ekoran tawaran ini, peguam Karpal Singh mendesak agar Najib di ambil tindakan.

Dia sanggup melakukan apa saja kerana orang takut kepadanya; sebab dia digelar “a fast draw, tulis Zaid dalam blognya.

Bila semua orang dalam ketakutan maka dia lah hero ditempat itu, tambahnya.

"PM kita pun sama macam hero kaki tembak orang tanpa peduli undang-undang. Dia rasa dia sudah berjaya setelah “menang” di Hulu Selangor dengan membeli undi, menggunakan media massa termasuk Utusan dan stesen TV untuk memburukkan dan memfitnah lawan dan menyalahgunakan semua agensi penguatkuasa kerajaan tanpa segan silu.

"Maka dia ingat dia boleh kitar semula taktik itu di Sibu. Dengan itu PM kita pun bertandang ke Sibu dengan gaya dan taktik yang sama," kata beliau lagi.

Dia tawarkan RM18 juta kepada sekolah-sekolah cina, RM1.7 juta untuk gereja-gereja Kristian dan RM5 juta untuk mitigasi banjir. Wang tunai yang tidak kehabisan pula bercurah-curah di rumah panjang di Sibu.

"PM Najib dan orang nombor duanya Muhyiddin sebenarnya jenis pemimpin yang tak ada moral kepimpinan. Tidak layak menjadi pemimpin; tidak boleh dijadikan teladan," kata Zaid.

"Mereka pandai memburukkan peribadi saya tetapi merekalah sebenarnya “promoter” kepimpinan yang rasuah dan ganas.

"Bangga dengan penyalahgunaan kuasa yang dipamerkan. Bangga bila membelakangkan undang-undang dengan sawenang-wenangnya. Mereka tak sedikit pun rasa malu dan segan. Tak segan kepada rakyat sendiri dan tak malu kepada kacamata dunia tentang tindakan mereka," tulis beliau.

Merekalah sebenarnya orang yang takut dengan rakyat. Mereka tahu kalau rakyat dibenarkan memilih dengan bebas dan pilihanraya diadakan dengan cara yang lazim diadakan di negara lain secara demokrasi tulen, mereka akan kehilangan kuasa, katanya.

"Itu pun, rakyat tetap berani bersuara. Suara rakyat masih hidup di Sibu. Saya yakin suara ini akan bertambah kuat di dengar di merata pelusuk negara kita," tegas beliau.

Beliau sebagai bekas menteri undang-undang mengaku, memang tak mudah undang-undang yang adil hendak dilaksanakan di Malaysia.

"Ini adalah kerana di negara kita, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya dan Pencegahan Rasuah Malaysia adalah orang-orang PM.

"Mereka sudah lupa bahawa semasa mereka mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing, sumpah keramat mereka adalah untuk menjaga kepentingan rakyat, mendaulatkan undang-undang negara dan menjalankan tugas dengan berani dan penuh integriti.

"Tapi sekarang ini mereka hanya menjaga kepentingan PM semata-mata," tambah beliau.

Namun begitu, beliau yakin walaupun sukar, InsyaAllah, suatu hari nanti kita rakyat Malaysia akan berjaya mengembalikan maruah dan harga diri rakyat dan negara yang kita cintai.

"Bila tiba hari keramat itu, kita sudah tentu tidak memerlukan elit Melayu seperti ini lagi kerana sudah terbukti mereka hanyalah pagar yang makan padi.

"Golongan ini hanyalah gabungan pemimpin yang tak bermoral," katanya.

Read more ...

Pemimpin Umno dilepas tanpa bicara kes khalwat

MARANG , 18 Mei : Masyarakat sebuah kampung dalam daerah ini, merasa tidak puas hati kerana Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) tersebut yang ditangkap berkhalwat, telah dilepaskan tanpa bicara.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Cawangan kampung berkenaan telah ditangkap ketika berdua-duan bersama Ketua Puteri Umno Cawangan berhampiran di sebuah Resort tempatan pada jam 3 petang, Sabtu, 24 April lalu.

Yang lebih dikesalkan adalah, lelaki yang bertugas di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam itu, juga adalah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim terbabit.

Manakala, pasangannya, bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (Kemas) turut menjawat jawatan Ketua Puteri Umno bagi DUN berkenaan.

Tangkapan dilakukan oleh Pegawai Pencegah Maksiat daerah telah menetapkan perbicaraan keatas kedua-dua mereka pada bulan julai depan.

Malangnya, dengan campur tangan politik, kes mereka telah diselesaikan ‘dalam kamar’ tanpa di bicarakan di Mahkamah Syariah pada Isnin lepas 10 Mei, 2010.

Mereka hanya dikenakan denda sebanyak RM2200 setiap seorang dengan semua jawatan dikekalkan.

”Orang Umno tak malu, dan mengaggap maksiat hanya perkara biasa sahaja,”komen seorang penduduk yang tidak mahu dikenali. BO

Read more ...

Dua Adun PR kena gantung di Sarawak



KUCHING, 18 Mei : Hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyaksikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Sarawak digantung selama setahun, berkuat kuasa serta merta.

Mereka ialah Adun Pandungan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dominic Ng Kim Ho dan Adun Kota Sentosa, Chong Chien Jen dari DAP.

Dominic digantung kerana didakwa menghina Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Chien Jen digantung atas alasan mendakwa Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) membohongi rakyat dalam isu banjir.

Penggantungan itu diumum Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar selepas membuat undian di kalangan ahli Dewan.

Kejadian ini berlaku dua selepas Pakatan Rakyat melalui calonnya, Wong Ho Leng memenangi pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang sebelum ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Read more ...

Bukan Islam calon PAS


KUALA LUMPUR , 18 Mei : PAS akan mempertimbangkan bukan Islam menjadi calonnya pada pilihan raya umum akan datang melalui keahlian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub ketika mengumumkan penubuhan DHPP bagi menggantikan Kelab Penyokong PAS sebagai sayap baru parti berkata, ia adalah perkembangan positif bagi melahirkan gagasan yang lebih besar, sekali gus mengiktiraf DHPP setanding dengan Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat.

Menurutnya, pelancaran DHPP akan di sempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada 23 Mei ini di Dewan Serba Guna Pejabat Daerah dan Tanah, Klang.

Katanya, DHPP yang diwujudkan mengikut fasa 26 Perlembagaan Parti tanpa perlu merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan sebagai aktiviti untuk melicinkan parti.

“Sehingga kini Kelab Penyokong PAS mencatatkan hampir 20,000 penyokong terdiri daripada pelbagai kaum, antaranya Tionghua, Siam, India, Orang Asli dan Bumiputera. Mereka akan diiktiraf dan diserapkan secara terus sebagai ahli DHPP.

“Pelancaran DHPP kali ini dijangka mencipta sejarah baru, sekali gus membuktikan Pas kini makin mendapat sokongan bukan Islam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, DHPP diluluskan Jawatankuasa Pusat setelah tiga kali bacaan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kepimpinan DHPP juga boleh menghadiri mesyuarat pemimpin PAS Pusat dan boleh mengadakan muktamar.

“DHPP memberi peluang kepada ahli menyuarakan pandangan melalui saluran yang disediakan dan bukan sekadar retorik,” katanya,

Bagaimanapun, katanya, ahli DHPP tidak dibenarkan menjadi ahli parti politik lain.

Katanya, bukan Islam yang menyertai DHPP tidak akan menjadi ahli PAS, memandangkan mengikut perlembagaan parti, hanya orang Islam boleh menjadi ahli PAS.

Read more ...

Sarawak mahukan perubahan



SHAH ALAM , 18 Mei : Kemenangan DAP dari Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu kelmarin memberi isyarat bahawa pengundi di Sibu dan seluruh Sarawak umumnya mahukan satu perubahan.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya kecil itu juga menunjukkan rakyat Sarawak tidak berfikiran sempit dan bersedia untuk melakukan perubahan.

“Kita bukan sahaja disokong oleh pengundi Cina, tetapi juga dari Melanau dan Iban yang selalunya memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN).

“Golongan Bumiputera sekarang sudah berfikiran terbuka dan menyokong DAP, suatu yang tidak pernah berlaku dulu,” katanya.

Ditanya mengenai peluang PR untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka diadakan tahun depan, Anwar berkata PR masih berpeluang tetapi PR harus juga bersikap realistik.
Italic
Pada pilihan raya kelmarin, BN gagal mempertahankan kerusi Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong dengan majoriti 398 undi. Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Robert memperoleh 18,447 dan calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi manakala terdapat 395 undi rosak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng pada pukul 10.45 malam di Dewan Suarah, di Sibu sebaik sahaja kesemua 111 peti undi selesai dikira, termasuk undi pos yang terakhir dikira dan diumumkan.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan calon DAP yang sama, See Meng dengan majoriti 3,235 undi.SH

Read more ...

Solat hajat untuk Tok Guru


PASIR MAS , 17 Mei :
Masjid Banggol Kulim, Rantau Panjang dekat sini, dipenuhi penduduk sempena Majlis Solat Hajat Munajat memohon kesejahteraan Menteri Besar Kelantan setelah mendapat ugutan daripada seorang lelaki di laman sosial baru-baru ini.

Speaker Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, solat hajat ini inisiatif penduduk untuk memohon keberkatan bagi keselamatan khususnya untuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin-pemimpin lain amnya.

“Dulu, tiada kes ugut mengugut ini dibuat, lebih-lebih lagi kepada tokoh agama dan pemimpin peringkat negeri tapi sekarang rasa hormat itu sudah hilang,” katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Menurutnya, remaja dan belia ketika ini sudah hilang rasa hormat kepada golongan lebih tua daripada mereka dan mungkin kerana kurangnya didikan agama dan budi pekerti di dalam jiwa mereka.

Beliau berkata, ibu bapa perlu menerapkan pegangan agama kepada anak-anak supaya kehidupan mereka lebih terjamin bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

Mohd Nassuruddin berkata, bekalan ilmu agama perlu diterapkan sejak kecil kerana ilmu yang banyak amat berguna tetapi jika anak-anak hanya dibekalkan dengan harta, ia hanya akan membebankan mereka untuk menjaga harta tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid Keceriaan dan Kebersihan, Razak Abas pula berkata, seramai 2,000 penduduk Rantau Panjang mengikuti majlis tersebut dan tidak terkecuali pelajar tahfiz, ibu tunggal Rumah Kebajikan Orang Tua dan sebagai-nya.

“Kami dukacita memandangkan pihak yang mengugut beliau (Menteri Besar) adalah seagama dengan kita, sedangkan warga Thai, India dan Cina di sini begitu menghormati Tok Guru,” katanya.

Menurutnya, remaja sepatutnya memikirkan kesan dan akibat sebelum membuat sesuatu perkara sama ada boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat.

Beliau berkata, selepas ini, diharap tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku kerana tindakan tersebut merupakan tindakan tidak membawa kebaikan kepada semua.SH

Read more ...