Tuesday, August 14, 2012

PRU 13!!! PKR dan DAP yakin tambah 5 kerusi di Melaka, goncang kubu kuat BN

KUALA LUMPUR, 14 Ogos  — Pakatan Rakyat (PR) yakin akan menambah lima kerusi di negeri Melaka — empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan satu kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.

Menurut sumber dari PKR, empat kerusi Dun yang bakal dirampas dari Barisan Nasional (BN) adalah Duyong, Klebang, Paya Rumput dan Machap.

"Kerusi Duyong dan Klebang akan ditandingi oleh DAP manakala Paya Rumput dan Machap pula, PKR akan meletakkan calon.

"Bagi kerusi parlimen pula, PKR yakin akan merampas Bukit Katil dari BN," kata sumber tersebut lagi.

Ketua Angkatan Mudah Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin sudah mula turun padang di kawasan Bukit Katil sejak dua tahun lalu. — Gambar fail
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang juga berasal dari negeri Melaka akan diberi tanggungjawab besar tersebut dan jika berjaya, akan menjadi kerusi parlimen pertama bagi PKR di Melaka.
  "Shamsul sudah mula turun padang di kawasan Bukit Katil semenjak dua tahun lalu.

"Nampaknya kali ini PKR akan meletakkan tokoh nasional di Melaka," katanya.

Pada pilihan raya 2008, Shamsul bertanding di kerusi parlimen Dungun dan kalah kepada calon BN.

Setakat ini, PR hanya mempunyai satu kerusi daripada enam kerusi parlimen di negeri Melaka iaitu di kerusi Kota Melaka yang dimenangi oleh DAP pada PRU 2008.

Jika Shamsul berjaya, BN hanya tinggal empat kerusi parlimen di negeri yang menjadi kubu kuat gabungan tersebut semenjak pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1955.

Cakap-cakap telah kedengaran perdana menteri (PM) mahu menukar hampir kesemua calon menteri besar (MB) dan ketua menteri (KM) bagi BN dan Datuk Seri Ali Rustam yang begitu kuat di Melaka tidak terlepas dan bakal dibawa ke pusat.
Ahli parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron disebut-sebut sebagai pengganti kepada Ali.

Melaka mempunyai 28 kerusi Dun dimana BN menguasai 23 kerusi dan PR (kesemuanya DAP) memenangi 5 kerusi dalam PRU 2008. Sementara daripada enam kerusi parlimen, PR hanya memenangi satu kerusi di Kota Melaka  dan selebihnya BN.

Jika menang lagi empat kerusi, PR akan mempunyai sembilan kerusi dan BN hanya tinggal 19 kerusi Dun di negeri Melaka.

Walaupun masih memegang pemerintahan Melaka, Dun negeri tersebut akan bergegar dengan pertambahan suara pembangkang.

Negeri-negeri di Selatan Semenanjung Malaysia, yang selama ini menjadi kubu kuat BN menjadi sasaran PR seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

PAS serius untuk bertapak di Johor dan telah mengumumkan naib presidennya, Salahuddin Ayub untuk mengetuai PR bagi menyerang negeri kelahiran musuh tradisi mereka iaitu Umno.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membubarkan parlimen pada tahun hadapan bagi memberi laluan kepada PRU 13.

Sebelum ini, Najib pernah berkata, beliau yakin BN akan menawan kembali semua negeri yang terlepas ke tangan PR dan akan menggembalikan majoriti dua pertiga yang mereka hilang pada tahun 2008.MI
 

Read more ...

BRAHIM ALI TERKANTOI!!! Ini gambar Anwar Ibrahim Freemason berperut buncit gemuk pendek

BAPA segala katak pisang, si Ibrahim Ali tampil dengan dokumen bukti kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi dunia, Freemason.



Ibrahim Ali kononnya nak bawa isu paling menggemparkan beserta bukti kukuh kononnya Anwar Ibrahim terlibat dengan gerakan organisasi Yahudi Freemason.

Tapi nampaknya beliau tidak menyiasat maklumat yang diperolehinya. Isu ini adalah isu lapuk yang ditimbulkan oleh blogger Umno tahun 2008, dan telah memberikan malu besar kepada blogger tersebut.



Laman sesawang yang dirujuk oleh Ibrahim Ali itu sendiri sebenarnya telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim yang dimaksudkan bukanlah Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang parlimen Malaysia.

Di bawah ini Anwar Ibrahim (lelaki paling kanan dalam gambar) yang dimaksudkan, seorang lelaki Arab berperut buncit gemuk pendek seperti Ibrahim Ali.



ReJaM© "Isu sampah yang dikitar semula... "

Read more ...

PANAS!!! Bangunan UMNO jadi tempat melempias nafsu

BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka. 

 Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib. 

Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai.

“Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja.


“Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai.


Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya.


“Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik.


"Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya,” katanya.


- sinarharian


Read more ...

PUTAR BELIT BERBAYAR!!!Peguam sanggah fitnah jahat Raja Petra



MP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Dalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik.



“Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa.

Sivarasa turut mengakui bahawa beliau, Raja Petra dan Balasubramaniam pergi ke sebuah restoran Itali selepas bertemu peguam, M Puravalen pada 2 Julai 2008.

Katanya, mereka berada di restoran itu memandangkan Puravalen telah mempunyai komitmen untuk makan malam lain bersama rakan-rakannya.

"Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membincangkan mengenai sidang media," katanya yang menambah, Balasubramaniam turut menyebut kandungan SD tersebut kepada yang hadir.

Tambahnya, peguam Americk Sidhu, yang merupakan peguam Balasubramaniam, merangka SD pertama tersebut "selepas perbincangan dan pertemuan berminggu-minggu" dengan bekas polis itu.

Americk juga hadir ke restoran berkenaan, pada sidang media pada hari berikutnya di ibu pejabat PKR, katanya.

“Agak sukar ditanggap jika disebut senario di mana saya memberi tunjuk ajar kepada Bala di hadapan peguamnya sendiri dan orang yang saya baru temui untuk pertama kali," katanya.

Turut dinafikannya ialah dakwaan Raja Petra bahawa anggota Unit Tindakan Khas polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang didapati bersalah membunuh Altantuya, juga hadir di rumah Paravalen.

“Ianya tidak benar bahawa Bala mengenali Sirul dan Azilah dan fakta itu diberitahu kepada saya dan Puravalen. Sekiranya Bala sememangnya mengenali Sirul dan Azilah, beliau pastinya didakwa bersama mereka," kata Sivarasa.

Sebaliknya, Balasubramaniam hanya direman selama dua minggu selepas kematian Altantuya tetapi dibebaskan tanpa didakwa.

Sivarasa juga menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau berjanji untuk mengatur pembiaya kepada Balasubramaniam bagi membuat temubual dengan Malaysiakini untuk memburuk-burukkan usahawan Deepak Jaikishan dan timbalan menteri Umno Datuk Hamzah Zainuddin.

“Saya tidak biasa membayar sesiapa untuk membuat kenyataan palsi. Saya ada kegunaan lebih baik untuk wang berjuta-juta yang diperlukan untuk itu, yang tidakpun saya miliki," katanya.

Read more ...

PANAS!!! PRU13: Najib tertekan, perisik lapor Kerajaan Pusat BN tumbang


KUALA LUMPUR: PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).

Kenyataan tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila 'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.

"Melihat kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran parlimen bagi mengadakan PRU13.

"Tekanan itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.

Mahfuz yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Katanya lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.


"Sudah pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan anak mereka.


"Jika Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.


Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.


"Sokongan rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini untuk menarik undi rakyat.


"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.


Sebelum itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.


Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! 500 terima sumbangan Ramadhan PAS Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 12 Ogos : Seramai 500 orang fakir miskin dan guru al-Quran DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah menerima sumbangan Ramadhan anjuran PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar. 
 
Pengarah program Ehya Ramadhan, Ahmad Azhar Shahrin yang juga NYDP PAS Parit Buntar berkata, majlis penyampaian sumbangan berkenaan diadakan secara berasingan mengikut DUN. 
 
" Seramai lebih 500 orang fakir miskin dan guru-guru al-Quran telah menerima sumbangan berbentuk beras, barangan dapur, kitab tafsir al-Quran dan wang tunai. 
 
" Penyampaian sumbangan telah disempurnakan Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr. Mujahid Yusuf Rawa, calon PAS DUN Titi Serong yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ust. Abu Bakar Husin serta pimpinan PAS Parit Buntar. 
 
Ahmad Azhar berkata, majlis penyampaian sumbangan di DUN Titi Serong berlangsung di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong. Manakala bagi DUN Kuala Kurau di Markas MTD Kuala Kurau, Batu 14. 
 
" Majlis di DUN Kuala Kurau turut dihadiri ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari.
" Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbangkan derma mereka dalam menjayakan program ini." katanya
 
Menurutnya, sumbangan penderma pada tahun ini telah mencecah lebih RM90,000 berjaya diperolehi untuk dana Ramadhan. 
 
" Saya ucapkan terima kasih terutama kepada Dr. Mujahid dan Ust. Abu Bakar Husin yang telah berusaha mengumpul dana Ramadhan bersama jawatankuasa PAS Kawasan, pemuda, cawangan, Unit Amal dan Nisa' Parit Buntar.
 
" Derma tersebut digunakan untuk membantu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,guru-guru al- quran dan pesakit di hospital dalam parlimen Parit Buntar"katanya. MKA
 















 

Read more ...