Monday, September 23, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Jawatan Timbalan Presiden, Husam dapat sokongan perwakilan PAS Jerlun

PAS Kawasan Jerlun mencalonkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS bagi pemilihan parti tahun ini. Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Paduka Husam Musa pula dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PAS. 

Pencalonan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 52 PAS Kawasan tersebut yang berlangsung pada 16 September lalu di Markas PAS Kawasan, Lubuk Pinang di sini.

Dalam mesyuarat agung yang sama, para perwakilan juga bersetuju untuk mencalonkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad dan Salahuddin Ayub selaku Naib Presiden.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! PAS Kuala Pilah dapat YDP, TYDP baru


KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Kuala Pilah memilih Abdul Karim Shahimi Abdul Razak sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS kawasan bagi sesi 2013-2015 selepas berlakunya pertandingan dua penjuru dengan penyandangnya, Zaharudin Osman pada mesyuarat agung tahunan kawasan tersebut yang diadakan semalam.

Selain YDP, jawatan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) juga turut berubah apabila Norazman Mohamad dipilih oleh perwakilan, menggantikan Mohamad Nor Abdul Rahim.

Semua jawatan dipertandingkan kali ini, melainkan jawatan Ketua Urusan Ulama PAS Kuala Pilah yang menang tanpa bertanding, yang disandang Ustaz Fuad Osman.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Sofi Wahab terus dapat kepercayaan terajui PAS Bukit Katil

PAS Kawasan Bukit Katil mengekalkan tradisi keharmonian pada pemilihannya apabila semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding. Hanya jawatan AJK sahaja yang dipertandingkan.
Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.


Bekas aktivis kampus USM tahun 80/90an Mohd Sofi Abdul Wahab kekal Yang Dipertua PAS (YDP) kawasan, Mohd Ali Sharif (Timbalan YDP), Md Yassim Musa (Naib YDP). 

Manakala Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz (Ketua Urusan Ulamak), Jauhar Md Dawi (Ketua Pemuda) dan Maisarah Abu Bakar (Ketua Muslimat)

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! YB Mohd Shukri YDP PAS Arau yang baru


ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Mohd Shukri Ramli (kanan) akan menerajui PAS Kawasan Arau bagi sesi 2013-2015 selepas menang tanpa bertanding jawatan Yang Dipertua pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 baru-baru ini.
 

Sementara itu, penyandang jawatan Yang Dipertua, Rus'sele Eizan pula beralih tempat ke jawatan Timbalan Yang Dipertua, juga tanpa bertanding.  Jawatan tersebut dahulunya disandang  Mohd Shukri.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Mustafa Ali tak bertanding Muktamar ke-59



SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan dalam Muktamar Tahunan ke-59, November depan.

Beliau akui mahu memberi ruang kepada calon muda untuk bertanding merebut jawatan dalam pemilihan tersebut.

“Saya tak bertanding. Pasti saya tak akan bertanding dalam pemilihan kali ini. Sebab...tak ada apa. Saya rasa bagi orang mudalah bertanding,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, meskipun ditawarkan untuk bertanding, beliau tidak akan menerima tawaran tersebut.

Read more ...