Dalam mesyuarat kali ini juga telah
berlangsungnya pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan bagi penggal
2013-2015 sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS itu sendiri.
Ustaz Misbahul Munir yang sebelum
ini memegang jawatan Yang Dipertua berjaya mengekalkan jawatan tersebut dengan
memenanginya tanpa bertanding setelah pencabarnya Ustaz Mohd Yazid Abdul Hamid
menarik diri. Walau bagaimana pun, Ustaz Mohd Yazid masih mampu untuk
mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan setelah
mengetepikan lawanya, Ustaz Ahmed Najeb Saffar dengan majoriti nipis.