
ReJaM© "Dia buat undang-undang dia nombor satu tukang langgar..."
Laluan bertingkat itu dibina kerajaan negeri membabitkan kos RM15.5 juta, bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Pasir Mas. Sebaliknya jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan projek perlebaran Jambatan Sultan Yahya Petra kedua hanya kelihatan tiang dibina kerajaan pusat. Perletakan batu asas dibuat Perdana Menteri pada Ogos 2007.
Rakyat boleh menilai sendiri sebuah kerajaan negeri yang berpendapatan tidak seberapa dapat menyiapkan projek laluan bertingkat mengikut perancangan awal. Projek laluan bertingkat sepanjang 750 meter itu menghubungkan Kampung Lemal dan Kubang Panjang dianggap projek terbesar pernah dilaksanakan kerajaan negeri.
Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, fasa kedua projek membina jalan susur daripada laluan bertingkat ke Jalan Meranti sedang dijalankan.
“Jalan sepanjang 1.5 km itu sedang dilaksanakan kerja-kerja menambun dan dijangka siap akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui semasa meninjau projek jalan tersebut hari ini.
Menurutnya jalan bertingkat itu dijangka dapat digunakan orang ramai sehari dua lagi memandangkan kerja-kerja mengetar masih dijalankan.
“InsyaAllah anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya ini akan melihat sendiri projek dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah trafik di Pasir Mas,” ujarnya. (IH)PETALING JAYA, 23 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setiap pelajar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Parlimen adalah tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, wujud sedikit harapan bahawa PM akan akhirnya menunjukkan kepimpinannya dan menjadikan Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebagai warisannya kepada demokrasi Malaysia tetapi nampaknya harapan tersebut berkecai lagi.
“Beza Pakatan dan BN ialah jelas, Pakatan cakap serupa bikin dan BN pula cakap tak serupa bikin,” ujarnya.
Pada 15 Ogos, katanya PM menegaskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu dibuat bagi memastikan pilihan raya akan datang akan dijalankan secara bersih dan adil tanpa boleh dipertikaikan mana-mana pihak.
Beliau berkata, ini nampaknya ekoran nasihat penasihat-penasihat dan konsultan-konsultan mewah yang dilantik BN yang melihat kesan negatif cara PM menguruskan Bersih 2.0.
Tambahnya, tetapi penyakit ‘flip-flop’ terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas itu apabila Najib tunduk kepada Muhyiddin.
PETALING JAYA, 23 Ogos: Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).
“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan Umno lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.
Menurutnya, Umno cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan, lapor Roketkini.
Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti.
Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.
Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.
“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.
Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek.
“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin Umno buat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.
Hubungan erat yang terjalin antara Mohamad dan Guan Eng bermula apabila kedua-duanya ditahan oleh kerajaan BN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987.
Menurut Mohamad, hubungan akrab mereka begitu kukuh sehingga beliau dan Guan Eng membahasakan diri sebagai abang dan adik.
Bagaimana pun, jelas beliau, bukanlah bermakna beliau mengagungkan DAP atau merendahkan PAS, seperti mana yang dimainkan media milik Umno serta blogger upahan mereka.
“Saya hanya katakan yang benar. Dalam DAP dan PAS, ada orang baik, ada orang kurang baik. Ramai yang baik dari yang kurang baik.
“Dalam PAS, kita ada pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mementingkan rakyat, membina masyarakat, bukan mengaut kekayaan peribadi.
“Kita mahu suatu hari nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Nik Aziz dan Guan Eng,” katanya.