Tuesday, February 22, 2011

Umno dan Perkasa pasti bengang , anak bekas SU Agung Umno jadi SU Politik Guan Eng

Zairil Khir Dilantik Setiausaha Politik Guan Eng


KUALA LUMPUR 23 Feb. : Zairil Khir Johari dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkuatkuasa serta merta yang diumumkan pada hari ini.

"Perlantikan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu.

Tambahnya, tugas Zairil adalah untuk membantunya dalam urusan politik sama ada dalam parti mahupun pada peringkat kebangsaan yang berpusat di Sekretariat DAP di Kuala Lumpur.

Katanya, Zairil mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang iaitu berkelulusan Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London dan juga Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat.

Guan Eng berkata, Zairil merupakan usahawan dalam industri coklat tempatan, di mana beliau telah memperkenalkan teknologi percetakan penuh warna di atas coklat yang pertama di Malaysia.

"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti dalam perjuangan kita untuk menongkah arus demi mencapai matlamat kenegaraan yang adil dan saksama untuk setiap warga Malaysia," ujarnya.

Zairil adalah anak bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.

Zairil adalah anak bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.

Read more ...

Biar menang bermaruah , bukan menang kerana rasuah

PAS mahu menang bermaruah

http://www.harakahdaily.net/v2//images/stories/cover_lead/pic_wan_zahari/dr%20hamzah1.jpg
JERANTUT – Pas Pahang mahu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dapat dimenangi secara bermaruah melalui kerja keras jenteranya.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Dr Hamzah Jaaffar berkata, peluang untuk Pas memenangi kerusi DUN itu ada jika Barisan Nasional (BN) berlawan secara berakhlak dan berhemah, iaitu tidak menggunakan jentera kerajaan bagi tujuan menarik hati pengundi.

Menurutnya, dalam pertandingan seumpama itu, apa yang penting ia berlangsung secara sihat dan adil untuk membolehkan rakyat akar umbi memilih kepimpinan yang dimahukan mereka.

“Saya ingin tegaskan kepada orang Melayu bahawa Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas akan menjadikan hidup rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan Orang Asal lebih selesa serta aman sebagaimana yang dinikmati di negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) lainnya.

“Pas dan PR juga akan menjaga hak orang Melayu serta Raja-raja Melayu lebih baik daripada UMNO jika diberi mandat memerintah dan negara juga pastinya tidak akan bankrap kerana kepimpinan dibawa adalah berlandaskan ajaran Islam,” katanya ketika menghadiri Majlis Jamuan Tahun Baru Cina anjuran DAP di Jerantut.

Turut hadir, Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah-Ngah; Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Ong dan pimpinan Pas Kawasan Jerantut.

Dr Hamzah berkata, Pas tetap yakin rakyat khususnya kaum Melayu masih bersama Pas dan PR, ditambah sokongan kaum Tionghoa dan India yang terus bertambah terhadap perjuangan mereka.

“Sokongan Melayu yang berpihak kepada UMNO/BN hanyalah kerana parti itu berjaya memutar belitkan berita mengenai Pas, yang dikatakan akan menyebabkan hilangnya kuasa Ketuanan Melayu dan keistimewaan Raja-raja Melayu jika Pas memerintah bersama PKR dan DAP.

“Namun rakyat perlu melihat, menyedari dan berfikir terhadap beberapa persoalan antaranya penghapusan Tanah Rizab Melayu yang asalnya berjumlah 3 juta hektar (pada 1957), tetapi akhirnya hanya tinggal 1.7 juta hektar (pada 1995), itu angkara siapa sama ada Pas, UMNO atau DAP yang menghapuskannya?” katanya.

Beliau berkata, selain isu tanah rizab itu, isu hilangnya saham Bumiputera sebanyak RM52 bilion, sedangkan peruntukan asalnya RM54 bilion yang kini hanya tinggal RM2 bilion itu juga perlu dilihat ia dilakukan oleh siapa.

Katanya, kesemua isu yang dibangkitkan itu perlu dilihat dan dikaji rakyat siapakah sebenarnya yang menjadi dalang, justeru pilihan raya adalah saluran demokrasi untuk rakyat memilih kepimpinan sebenar yang dimahukan mereka.

“Pakatan Rakyat tidak akan membiarkan rakyat dalam kesusahan, dengan mengutamakan kebajikan rakyat. Justeru rakyat perlulah memikirkan secara mendalam hala tuju kepimpinan yang dimahukan dalam negara ini,” katanya.

Read more ...

PAS Terengganu yakin sokongan orang Melayu Terengganu kepada PAS

PAS serius isu undi Melayu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglIoDlF3J1HzbilACqldJI5FnOmrdrVhVMfdTk8IAq1RzuJdf_aBaSyAkSI4stImSv7rhj8VzoYdzsLuERGF_O2pOR3i8gysBIk62Idm2tr1fBAZQzkYMoC046KoTE-hVeNNSjn5H0YvM/s220/n31.jpgKUALA TERENGGANU – Pas mengambil serius kenyataan bahawa peratusan undi Melayu sekarang bergerak kepada UMNO kerana ia boleh mengancam kedudukan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, walaupun pada dasarnya sokongan orang Melayu di negeri ini kepada Pas masih kukuh, pihaknya tetap memberi perhatian supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.

Menurutnya, antara langkah diambil adalah menggunakan kekuatan yang ada untuk menyebarkan jaminan Pas tidak akan mengetepikan kepentingan, hak dan nasib orang Melayu jika Pakatan Rakyat (PR) menang PRU ke-13.

“Kita sudah sepakat, orang Melayu tidak akan terpinggir dan untuk itu kita akan sebarkan perkara ini kepada rakyat peringkat akar umbi supaya mereka faham serta tidak keliru dengan fitnah dilontarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Antara usaha itu adalah dengan menggunakan saluran media kita, adakan jelajah ke segenap lokasi, siri ceramah dan gerak kerja tersusun,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini semalam.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan PR terutama Pas dan PKR dalam keadaan terancam dan berpotensi kehilangan banyak kerusi jika undi Melayu lari lima peratus pada PRU akan datang.

Pensyarah Sains Politik Universiti Monash, Dr Wong Chin Huat berkata, perkara itu perlu dibimbangi kerana sejak belakangan ini, peratusan undi Melayu jelas bergerak kepada UMNO, manakala undi Cina kekal tinggi kepada PR.

Hanafiah memberitahu, Pas akan meyakinkan rakyat bahawa Melayu tidak akan hilang manakala politik, ekonomi mereka dan agama Islam tetap terjamin walaupun PR diberi kepercayaan mentadbir negara ini bersama-sama PKR dan DAP.

“Kita beri perhatian serius perkara ini dan Pas tidak syok sendiri kerana mendengar pandangan ‘orang luar’ mengenai keadaan parti, supaya kita dapat perbaiki kekurangan serta kelemahan yang ada demi keutuhan parti,” katanya.

Read more ...

Kerdau : BN tidak berani bertanding di 'padang sama rata'

PAS tuntut proses pilihan raya kecil yang adil

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNANRVe4gunXR7cFsCXo0Pqr0w1T8DBE19bLWAonpMsM2hyphenhyphen4zQP7s9JlxQJhjkwpPMKe5RExOOiUnn7WX8ow80dII63q2fGnqwYT3XW-9Qb2uByqTt4558U6emVHCVp3Bldbr-icOPjuv6/s400/Perasmian+Pejabat+Perhubungan+PAS+Negeri+Pahang+018.JPG
TEMERLOH – Pas Pahang menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak proaktif dalam membanteras kegiatan rasuah supaya proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau berjalan baik.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Yusof Embong berkata, SPRM perlu membanteras segala penggunaan balai raya dan dewan orang ramai sebagai tempat berkempen oleh Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga digesa memandang serius kesalahan penggunaan balai raya dan dewan orang ramai kerana ia menjadi satu kesalahan kepada parti politik untuk berkempen.

“Pas Pahang juga mendesak SPR memastikan PRK DUN Kerdau bersih daripada penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen seperti yang berlaku di PRK Tenang baru-baru ini,” katanya pada sidang media di Markas Pas Kerdau, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed.

Yusof berkata, Pas Pahang meletakkan harapan tinggi bagi memenangi kerusi DUN Kerdau yang kosong berikutan kematian Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim.

Menurutnya, Pas Pahang dengan kerjasama petugas Pas Negeri dan Pas Pusat akan turun membantu dan jika proses PRK berjalan lancar, perubahan akan berlaku.

“Isu utama yang dibangkitkan Pas ialah ketiadaan pembangunan sebenar di Kerdau walaupun selepas 53 tahun pemerintahan UMNO dan BN,” katanya.

Read more ...

Kerdau : PAS tiada masalah berhadapan calon ustaz Umno

PAS sedia berdepan Syed Ibrahim

http://dppbtr.files.wordpress.com/2010/02/tuan-ibrahim-tuan-man.jpg
KUANTAN – Pas sudah menjangkakan Pegawai Khas Agama Menteri Besar, Syad Ibrahim Syed Ahmad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, 6 Mac ini.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa saja yang dicalonkan BN dan Pas sendiri mempunyai strategi tersendiri untuk menawan Kerdau.

“Kita memang sudah menjangkakan Syed Ibrahim dicalonkan dan sudah bersedia berhadapan dengan jentera BN nanti,” katanya.

Beliau juga mengakui mengenali Syed Ibrahim dan pernah menghadiri majlis berbentuk keagamaan bersama-sama.

Menurutnya, Syed Ibrahim juga pernah menghubunginya sebelum ini dan bertanyakan pendapat sekiranya beliau dinamakan sebagai calon.

“Dalam konteks politik kita (Pas) bersedia berhadapan dengan Syed Ibrahim dan sesiapa saja calon Pas nanti pastinya mampu mencipta kejutan,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim juga kesal kerana jentera BN menggunakan jabatan kerajaan berkempen kerana itu bertentangan peraturan pilihan raya.

Beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memantau perkara ini supaya setiap parti yang bertanding dapat mengikut peraturan yang digariskan.

Setiausaha Penerangan Pas Negeri, Roslan Zainal ketika dihubungi berkata, Pas tidak bimbang dengan pencalonan Syed Ibrahim walaupun beliau dilihat sebagai ulama UMNO.

Ini kerana, katanya, tokoh agama atau ulama yang ditonjolkan UMNO selalu mengambil sikap berdiam diri apabila terdapat isu berbangkit dan sikap seperti ini sebenarnya tidak disenangi oleh majoriti umat Islam.

”Kami tidak rasa tergugat dengan pencalonan beliau (Syed Ibrahim), biarpun dengan jawatannya Pegawai Agama Menteri Besar sebab kita sudah masak dengan sikap ulama UMNO,” katanya.

Ketika ditanya kecenderungan BN mengetengahkan calon muda dan anak tempatan, Roslan berkata, faktor umur tidak penting kerana pengundi mahu seorang pemimpin yang mampu membela nasib mereka.

”Faktor keupayaan berkhidmat menjadi kelebihan utama seseorang calon dan bukannya atas dasar orang muda atau tua.

”Calon Pas yang bakal diketengahkan nanti mempunyai kelebihannya tersendiri dan saya yakin pengundi sekarang sudah bijak memilih pemimpin,” katanya.

Read more ...

Nasib rakyat Malaysia : Bukan sahaja syiling, beras jatuh pun dikutipnya balik ke rumah

Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.


Pulun kaut beras jadi macam pesta

KUALA KUBU BHARU – Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.

Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.

Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.

Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.

Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

Oleh Mohd. Zaini Samsu Hadi

Read more ...

Melayu berubah sokongan, kejutan bakal berlaku di Kerdau

90.09% undi Melayu : PAS akan buat kejutan di Kerdau

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/02/Kerdau-Election.jpgBagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.

Selepas beberapa pilihan raya kecil silih berganti dan berpindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, sesetengah aktivis PAS dari negeri itu kalau ditanya bila pula di Pahang, jawapan mereka boleh dikatakan hampir sama: "Harap-harap jangan ada Yang Berhormat Pahang meninggal dunia."

Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.

Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, kewujudan tanah-tanah rancangan Felda yang begitu banyak di Pahang, sosio-budaya masyarakat khususnya masyarakat Melayu tradisonal negeri itu dan prestasi PR Pahang yang dikatakan kurang memberangsangkan turut menjadi faktor tambahan mengapa ada kalangan aktivis PAS Pahang tidak gembira jika berlaku pilihan raya kecil di negeri mereka.

Bagaimanapun bagi aktivis-aktivis tersebut, PRK tidak boleh lagi menjadi mimpi ngeri atau iguan buruk kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh membuang undi manakala 26 Febuari sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya Kerdau - sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terletak dalam Parlimen Kuala Krau, Pahang.

Kerusi Dun Kerdau kosong ekoran Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang 12 Februari lalu akibat serangan jantung selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya.

Malangnya, ketika ada kebimbangan aktivis PAS Pahang jika berlakunya pilihan raya kecil di negeri mereka, PAS negeri itu bukan sahaja perlu berhadapan dengan “sekadar pilihan raya kecil” tetapi satu yang dilihat sangat penting khususnya kepada PAS dan juga PR.

Kerdau ditakdirkan ketika graf prestasi BN dalam pilihan raya kecil berada dalam situasi menaik setelah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam beberapa pilihan raya terakhir sebelum ini.

Kurang sebulan lalu, BN baru sahaja meraikan kemenangan mereka di Tenang, Johor dengan majoriti yang lebih besar menewaskan calon PAS.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh PAS Melaka yang bakal berhadapan dengan satu lagi PRK di Dun Melimau pada tarikh yang sama.

Justeru, sama ada bersedia atau tidak, Kerdau dan Merlimau boleh dikatakan menjadi benteng terakhir kepada PAS untuk menyekat momentum BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar untuk dijadikan mesej politik kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dalam menghadapi situasi ini, Kerdau sebenarnya mempunyai potensi sangat baik kepada PAS untuk melaksanakan misi tersebut berbanding Merlimau yang dikatakan lebih sukar untuk PAS membuat kejutan dalam tempoh dua minggu sahaja lagi.

Dun Kerdau wujud hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun 2003.

Jika sebelum ini Kerdau dalam Parlimen Temerloh, kini di bawah Parlimen Kuala Krau. Istimewanya Dun Kerdau ialah kerana kawasannya meliputi kedua-dua belah tebing Sungai Pahang.

Di sebelah pekan Kerdau kawasan mengundi menjajar sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Desa Murni hingga ke Kuala Tekal. Sementara di seberang sebelah lagi Sungai Pahang, kawasannya menganjur dari Kampung Badok hingga ke Rumpun Makmur di seberang pekan Kuala Krau.

Walaupun timbul kebimbangan dalam kalangan aktivis PAS ekoran senario politik di Pahang, Kerdau sebenarnya menyediakan medan terbaik kepada PAS untuk memberi tentangan paling sengit kepada BN dalam Dun yang mereka kuasai dan negeri yang dikatakan antara kubu kuat mereka.

Daerah itu sendiri menyediakan banyak kelebihan kepada PAS yang hanya perlu dilihat lebih halus dari pelbagai aspek untuk digarap dengan baik seterusnya dijadikan bahan kempen pilihan raya, ia termasuklah aspek geografi, sejarah dan sentimen masyarakatnya.

Kisah stesen keretapi Kerdau, bangunan usang pekan Kerdau dan perkembangan mutakhir kampung-kampung tradisi serta penduduknya dalam daerah itu sebenarnya langsung tidak memberi kelebihan kepada BN sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun.

Manakala isu-isu tempatan yang dikatakan paling signifikan dalam sebuah pilihan raya kecil berbanding isu-isu bersifat nasional atau antarabangsa juga tidak kurang banyaknya di Kerdau.

Beberapa projek gagal di Gunung Senyum yang terletak dalam Dun Kerdau seperti 100 ekar tanaman nangka madu, projek ayam kampung dan ladang durian misalnya cukup kuat untuk dimanfaatkan memujuk pengundi supaya mengangkat calon daripada PR pula sebagai wakil rakyat mereka.

Begitu juga dengan masalah harian penduduk yang sudah berlarutan sehingga melampaui belasan tahun. Masalah air, rumah terbengkalai dan jalan rosak sentiasa menjadi perbualan dari masa ke semasa penduduk kawasan ini.

Selain itu, tiga kawasan Felda dan sebuah Fecra yang terdapat dalam Dun Kerdau tidak lagi dilihat sebagai benteng kebal BN khususnya dalam mendapatkan undi orang Melayu yang mendominasi 90 peratus pengundi daerah itu.

Lebih dari itu, kewujudan penempatan masyarakat peneroka ini sewajarnya menjadi kelebihan besar kepada PAS yang selama ini mengangkat isu Felda sebagai agenda penting dalam perjuangan parti.

Melalui Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diterajui salah seorang pimpinan pusat PAS tentulah tidak sukar kepada PAS dan PR menyusun isu demi isu sepanjang tempoh 10 hari yang diberikan oleh SPR.

Tambahan pula, Pahang merupakan antara kawasan Felda yang menjadi tumpuan Anak selama badan itu ditubuhkan.

Difahamkan, kebangkitan masyarakat Felda yang diuruskan oleh Anak dalam menuntut hak-hak mereka lebih ketara di Pahang berbanding negeri lain - selain sebahagian besar aktivis anak sendiri merupakan kalangan peneroka ataupun anak-anak peneroka di Pahang.

Justeru, BN yang akan diwakili Umno sudah pasti tidak mampu duduk dengan selesa sehingga 6 Mac depan dengan pelbagai beban isu yang perlu dijawab mereka dan PAS pula mampu membuat kejutan sekiranya dapat mengunakan semaksimanya segala sumber dan jentera yang mereka ada bersama sekutunya, PKR dan DAP.

Sementara itu, dalam tinjauan awal Harakahdaily, Pekan Kerdau sudah mula sibuk dengan petugas-petugas parti yang melaksanakan kerja-kerja awal pilihan raya. Pekan Kerdau dan kawasan-kawasan sekitarnya sudah mula bergentayangan dengan petugas-petugas parti yang bertanding.

Bilik-bilik hotel yang berhampiran (bandar Temerloh dan Mentakab) sudah penuh tempahannya sementara warung-warung makan sudah mula luar biasa larisnya.

Penyokong-penyokong parti bertanding dijangka akan berkunjung ke sini lebih ramai lagi dalam masa terdekat ini kerana lokasinya hanya sekitar 5 kilometer daripada susur keluar Tol Temerloh, melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Kali terakhir berlaku pilihan raya kecil di situ ialah pada tahun 2000, ketika itu pekan Kerdau termasuk dalam Dun Sanggang yang kematian Adunnya Datuk Abdullah Kia.

Kerdau mempunyai jumlah pengundi seramai 9,082 orang berdasarkan buku daftar pengundi terbaru SPR. Daripada jumlah tersebut terdapat 8,182 orang pengundi Melayu (90.09 peratus), Cina 466 orang (5.13 peratus), India 166 (1.82 peratus) dan Orang Asli 268 (2.95 peratus).

Terdapat 13 Unit Pusat Mengundi di Kerdau meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama serta tiga Tanah Rancangan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.

Pada pilihan raya umum 2008 BN menang dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mendapat 4,135 undi berbanding calon PAS Hasanuddin Salim yang memperoleh 2,520 undi.

Walau bagaimanapun keputusan tersebut dilihat satu kejayaan buat PAS kerana merendahkan undi BN sebanyak 950 undi daripada majoriti 2,565 undi yang diperolehi BN pada 2004.

Read more ...

LIBYA : Menteri dan Duta berpaling tadah

Guna tentera bunuh rakyat adalah perbuatan zalim dan kejam

TRIPOLI: Meskipun pemimpin Libya, Muammar Gaddafi enggan akur kepada tekanan dalam dan luar negara, pemerintahannya ditafsirkan goyah berikutan penyokong setianya mula belot selepas diarahkan menembak rakyat yang menunjuk perasaan disusuli arahan supaya media kerajaan menafikannya.

Menteri Keadilan Libya, Mustapha Abdeljalil, membantah penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan disusuli laporan bahawa dua juruterbang pesawat pejuang berpangkat kolonel membawa pesawat Mirage F1 ke Malta dan belot selepas diarahkan menembak pembantah di Benghazi, kata sumber tentera Malta.

Di Stockholm, tiga kakitangan tempatan di Kedutaan Libya di Stockholm meletakkan jawatan sebagai membantah serangan terhadap orang ramai oleh pihak berkuasa Libya.

Di New Delhi, Duta Libya ke India, Ali al Essawi meletakkan jawatan dan mendesak masyarakat dunia menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Beliau melepaskan jawatannya kerana tidak setuju keganasan digunakan terhadap orang awam di negara itu.

Pegawai Kedutaan Libya di Beijing, Hussein El-Sadek El-Mesrati, turut meletakkan jawatan selepas melihat rakyat dibunuh menyifatkan Gaddafi sebagai ‘Hitler.’

“Saya mahu beritahu, tolong hentikan, permainan berakhir, keluar, pergi ke Israel. Rakyat kamu di Israel bukan orang Arab,” kata El-Mesrati yang tidak memberitahu kedudukannya ketika bersama-sama menyertai penunjuk perasaan di kedutaan Libya.
Duta Libya ke Amerika Syarikat, India, Malaysia, Indonesia dan Bangladesh turut mendesak Gaddafi meletak jawatan dan memprotes pembunuhan orang awam.

Di Kuala Lumpur, kedutaan Libya mengeluarkan kenyataan mengutuk apa yang dikatakan tindakan tidak bertamadun Tripoli membunuh orang awam. Kira-kira 200 warga Libya di Malaysia mengadakan protes secara aman di kedutaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata beliau dapat bercakap dengan Gaddafi menerusi telefon selama 40 minit kelmarin dan mendesak beliau menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan.

Saksi di Tripoli melaporkan pembunuhan beramai-ramai berlaku di sesetengah kejiranan, bagaimanapun anak lelaki Gaddafi, Saif al-Islam menafikan laporan itu.

Warga asing sudah mula dikeluarkan dari negara itu, sumber keselamatan di Mesir berkata tentera dikerah untuk ditempatkan di sempadan Libya bagi memantau kemasukan pelarian.

Antara negara memulakan operasi membawa keluar warga mereka termasuk Jerman, Itali, Greece, Belanda, Turki, Amerika Syarikat, Yaman, Russia dan Norway.

Pertempuran senjata api berlaku sepanjang malam di Tripoli, apa bila penunjuk perasan menyerang stesen polis dan pejabat penyiaran kerajaan dan membakar bangunan awam.

Selain itu, landasan lapangan terbang Benghazi musnah dalam keganasan yang melanda Libya menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat, kata Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit.

Agensi

Read more ...

Menteri pun tak sanggup nak tengok tipu daya puak-puak Songkok Tiga Jengkal

UPM diarah kekalkan status calon MPP, jangan sampai dilabel ‘macam Burma’

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZuDuLIbWsNmJSjawWjOAnlvkB3dcDnGpHGkWBcMK4njspLojm8S4Qw8idOXY4DubyIguhqwQfuN5XtBX85Dvd-Brscqj3QRI0AtrRY_suhRRnN9cj6kvpMezY5gefQwIDKg4Hklexf5M2/s400/datuk+saifuddin+abdullah.jpgSaifuddin: Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas.

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan Universiti Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status 33 calon dan menarik balik keputusan membatalkan kemenangan 10 pelajar — yang kesemuanya sebelum ini dilabel sebagai barisan Pro Mahasiswa.

Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Keputusan itu termasuklah mereka yang menang pilihan raya kampus itu.

Justeru, Saifuddin mahu pentadbiran UPM agar mengekalkan keputusan pilihan raya kampus seperti yang diumumkan kelmarin.

Pro Mahasiswa juga mencatatkan keputusan baik kali ini di beberapa universiti lain.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, saya tida bersetuju dan saya cadangkan supaya kekalkan keputusan seperti keputusan pengundian.

“Jangan nanti orang anggap kita seperti Burma yang tak iktiraf Aung San Suu Kyi, jangan orang anggap kita seperti Palestin yang tak iktiraf kemenangan Hamas,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata tidak wajar pengurusan UPM membatalkan kelayakan Pro Mahasiswa kerana kumpulan itu tidak dapat membela diri ketika bantahan dibuat oleh kumpulan Pro Aspirasi.

“Pada saya perkara ini mudah sahaja, yang pertama siapa yang buat bantahan, apa alasan untuk bantahan dan adakah Pro Mahasiswa diberi keadilan untuk mempertahankan diri?

“Setahu saya (Pro) Aspirasi yang buat bantahan, alasan tanding berkumpulan dan Pro Mahasiswa tak diberi peluang untuk membela diri.

“UPM suruh mereka (Pro Mahasiswa) buat rayuan, tapi nak buat rayuan apa kalau nak pertahankan diri juga tidak boleh, macam mana nak buat rayuan,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Temerloh itu, Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, jadi mengapa hanya Pro Mahasiswa yang dikenakan tindakan.

“Pro Aspirasi juga sebuah kumpulan, katakan kepada saya dan dunia adakah Pro Aspirasi bukan sebuah kumpulan,” kata Saifuddin.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.

Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil.

Dalam pada itu, kira-kira 40 ahli Pro Mahasiswa UPM mengambil langkah drastik dengan mengepung pusat pentadbiran universiti sebagai membantah tindakan membatalkan status mereka.

Menurut jurucakap kumpulan itu, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, pihaknya mahukan penjelasan dari pentadbiran UPM berhubung pembatalan calon Pro Mahasiswa itu.

“Sekarang kami sedang mengepung pentadbiran UPM dan memohon menjelas dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) berhubung pembatalan status calon Pro Mahasiswa yang bertanding.

“Kita hanya mahukan penjelasan dalam perkara ini, kenapa status kami dibatalkan? Apa yang saya tahu bantahan di buat oleh seorang ahli Aspirasi yang tewa (dalam pilihan raya kampus),” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar pukul 11 pagi tadi.

Berita berkaitan...

Lokman: Mengapa saya cuba larikan Fail ,ekoran kemenangan PRO M dibatalkan

Bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah berkata beliau yakin bahan-bahan bukti yang dijadikan alasan untuk membatalkan kemenangan semua calon pro-M yang menang di Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah palsu.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini, Lokman mendakwa, ia termasuk bahan
bukti yang didakwanya mengandungi tandatangan palsu dari calon yang membantah mengenai dengan pencalonan pro-M dan resit yang dibayar sebanyak RM100 atas nama ‘Khairul Faizi’

“Saya minta (bahan bukti itu) dari timbalan naib canselor (TNC (timbalan naib canselor) HEP, saya minta nak tengok, lepas itu saya cuba bawa keluar menyebabkan TNC menjerit,” katanya

Berikutan itu, katanya, beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahannya.

Pengawal keselamatan tersebut kemjudian bertindak merampas balik fail dari Lokman.

Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.

Berikutan itu penyokong pro-M berkumpul di hadapan pejabat TNC membantah keputusan tersebut.

Lokman adalah antara enam pemimpin pro-M yang dibenarkan masuk berjumpa dengan Dr Fauzi bagi membincang perkara tersebut.

Abdul Rahim Sabri

Read more ...

Revolusi Rakyat : Banyak cara selesai kemelut, bukan guna peluru

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Libya bagi membantah kekejaman pemerintah negara itu membunuh rakyat sendiri berdemonstrasi anti kerajaan.

Penyerahan diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani diiringi Setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Bendahari, Mohd Adram Musa, Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah, Suhaimi Abd Aziz dan yang lain.

Memorandum diserahkan kepada wakil kedutaan itu kira-kira jam 11.05 pagi di hadapan pintu masuk ke bangunan itu dengan dikawal anggota FRU.

Azman pada sidang media selepas itu berkata, pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi.

"Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa sedih dengan kematian begitu ramai rakyat Libya akibat tindakan kerajaan mereka yang penyelesaian menggunakan cara keras.

"Kita yakin banyak lagi cara lain untuk menyelesaikan kemelut politik Libya selain menggunakan senjata api, peluru dan darah kepada rakyat negara itu," katanya.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Gaddafi yang tidak akan tunduk kepada desakan rakyat dan sanggup membunuh peserta demonstrasi sebagai kenyataaan angkung dan sombong pemimpin itu.

Pada masa sama, satu kumpulan rakyat Libya turut mengadakan bantahan di luar bangunan kedutaan.

Kumpulan terdiri dari 100 orang itu melaungkan selogan 'Free Libya', 'Down Gaddafi', 'Gaddafi Go To Hell' sambil membawa gambar rakyat mereka yang terkorban dan pelbagai sepanduk menghentam kekejaman kerajaan negara mereka itu.

Sehingga hari ini dilaporkan lebih 500 orang telah terbunuh dalam bantahan anti kerajaan di negara itu.

Keadaan bertambah buruk selepas kumpulan anti kerajaan bertembung dengan kumpulan pro kerajaan.


Turut difahamkan, angka kematian akan terus meningkat ekoran tindakan kerajaan itu yang menggunakan bom dan peluru yang dilepaskan dari helikopter ke atas himpunan.

Gaddafi ketika bercakap di televisyen semalam menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Beliau dengan angkuh mendakwa pemuda yang menyertai demonstrasi itu sebagai sebagai “tikus dan askar upahan”, yang mahu menjadikan Libya sebagai negara Islam.


Sementara itu, PAS akan mengadakan himpunan aman di kedutaan sama selepas solat Jumaat, 25 Februari ini.

Himpunan anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama beberapa NGO itu akan diketuai Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu dan beberapa kepimpinan lain.

Read more ...

Kerdau & Merlimau : Mintalah sungai pun nescaya akan dapat

TEMERLOH, 23 Feb: PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.


"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.


Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini.


"Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang.


"Namun, akhirnya selepas pilihan raya, batu itu tinggal batulah. Jalan raya tuan-puan tetap macam itu juga," katanya mengingatkan janji BN semasa pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.


Kerdau adalah kawasan pilihan raya yang berjiran dengan kawasan pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.


Dalam pilihan raya itu, PAS meletakkan Datuk Hishamudin Yahya untuk bertanding namun kalah di tangan calon BN.


Tuan Ibrahim mengingatkan, kali ini orang-orang yang sama dengan watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau.


"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya.


Menurut Tuan Ibrahim, walaupun BN menang beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, mereka sangat takut dengan kebangkitan rakyat sejak 2008 hingga kini.


"Walaupun PM menang besar dalam pilihan raya umum 2008, namun kenaikan yang ketara jumlah pengundi di Pekan menunjukkan PM sendiri sangat bimbang.


"Sebab itu, Perdana Menteri selalu saja mengulangi, Mesir tidak sama dengan Malaysia. Percayalah di Malaysia, rakyat yang kena dulu, Mesir tidak," katanya merujuk kepada kebangkitan rakyat Mesir.


Menurut Tuan Ibrahim, Umno sangat bimbang dengan tawaran 100 hari pertama Pakatan Rakyat melalui buku Jingganya.


"Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya.

Sebenarnya, kata Tuan Ibrahim, tawaran yang dibuat oleh Pakaran Rakyat itu berdasarkan kajian teliti dan penyelidikan mendalam yang dibuat dan atas kemampuan negara.


"Yang paling menakutkan mereka, bila kita berjanji nak beri RM500 elaun tambahan sebulan kepada semua guru di Malaysia. Mereka kata, negara akan bangkrap.


"Namun, baru-baru ini, lebih 800 guru-guru besar dinaikkan gaji mereka...boleh pula," kata Tuan Ibrahim.


Pakatan Rakyat juga, kata Tuan Ibrahim, menawarkan untuk menghapuskan tol dalam program 100 harinya.


"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar tol....kalau panjanglah lagi tempoh menjelang pilihan raya ini, mereka akan tiru satu persatu cadangan kita," kata beliau.

Read more ...

Akhbar palsu 'Selangor Terkini", mana puak-puak Songkok Tiga Jengkal nak lari

Penyamun Kata Dia Tak Curi : Siapa dalang Akhbar palsu Selangor Terkini?

Sebuah akhbar palsu yang menggunakan logo Kerajaan Negeri Selangor dikesan diedarkan secara percuma kepada orang ramai semasa sambutan Maulidurasul baru-baru ni.

Akhbar ini direka hampir serupa dengan akhbar rasmi kerajaan negeri Selangor bezanya adalah isi kandungannya menghentam kerajaan Negeri Selangor. Pelbagai isu disiarkan di dalam akhbar tersebut.

Ada isu penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor, penyelewengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dan pelbagai isu memburukkan Kerajaan Negeri. Kalau semua isu ini ada bukti yang sahih, bukan fitnah, mengapa si penerbit tidak mahu menerbitkan akhbar ini dengan jalan terang? Mengapa pilih jalan gelap?

Akhbar bodoh ini, lagaknya seperti pejuang kebenaran, kononnya mahu menyelamatkan rakyat Selangor dari penyelewengan Pakatan Rakyat. Tapi diedarkan secara curi-curi, lesen pun takut nak mohon. Maka akhbar ini boleh melemparkan fitnah sesuka hati "baling batu sembunyi tangan". Berani keluarkan kenyataan, tapi tak sanggup tanggung akibat.

Sifirnya mudah, kalau dakwaan dalam Selangor Terkini ini betul dan ada asasnya, isu ini takkan keluar dalam akhbar haram. Isu begini akan masuk dalam akhbar halal. Selangor bukan kawasan orang bodoh. Shah Alam kawasan orang bijak pandai, kawasan banyak universiti banyak orang celik tak mudah ditipu. Tapi ada penerbit dan pengarang akhbar bodoh cuba nak perbodohkan orang pandai kah kah kah.

Apa yang menarik, setiap pembaca yang menerima akhbar Selangor Terkini akan diberikan sebuah kalender percuma 2011 yang terpampang gambar Najib Tun Razak. Nampaknya akhbar ini mahu pembaca menyokong Najib Tun Razak. Jadi siapa dalang di sebalik akhbar palsu yang penakut dan tidak bertanggung jawab ini?

Kita boleh tanya gerombolan songkok tinggi tiga jengkal yang suka bawak keris ke hulu ke hilir tak tentu pasal, cium keris di khalayak ramai nak tunjuk hero, nak gertak biar orang takut. Sekali tengok akhbar bodoh ni, kalau boleh bercakap, kambing pun boleh jawab siapa dalang buat akhbar bodoh mengarut mencarut ini.

RentaP© "Gerombolan songkok tinggi kata tak tau, kah kah kah..."

Read more ...

Kerdau : Tidak ada yang berubah sejak BN menang PRK Sanggang

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/IMG_0608.JPG

Pekan Kerdau (Gambar kiri) tidak berubah, sama saja sejak pilihanraya kecil Sanggang sepuluh tahun lalu. Bangunan papan lama rumah-rumah kedai masih disitu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanggang sudah menjadi DUN Kerdau apabila persempadanan semula dibuat pada tahun 2003.

Jalan-jalan di pekan Kerdau masih dalam keadaan berlubang-lubang umpama zaman tahun-tahun 70-an, malah ada yang berani mengatakan, Kerdau masih kelihatan seperti sebuah pekan dalam tahun-tahun 40-an.

Desa Murni, dimana jentera PAS Terengganu berkampung semasa pilihanraya DUN Sanggang juga tidak banyak berubah. Pada pilihanraya DUN Kerdau kali ini, jentera PAS Terengganu kembali ke daerah mengundi (UPU) Desa Murni selain ditambah dengan UPU Lipat Kajang dan Kuala Tekal.

10 tahun pembangunan yang rancak didaerah Temerloh dan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur tidak mengubah wajah Sanggang ataupun kini Kerdau.

Jalan kampung di Lipat Kajang masih menyeramkan sekiranya dilalui pada waktu malam. Ia masih sempit dan kenderaan yang lalu lalang terpaksa berhati-hati ketika berselisih.

Menteri Besar negeri Pahang juga tidak berubah, masih Dato' Nan (Adnan Yaakob) yang mencatat sejarah sebagai pimpinan negara yang pertama menunjukkan isyarat lucah didepan ribuan khalayak semasa proses penamaan calon pada Mac, 2000.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/IMG_0612.JPGCuma respons yang pertamanya sejak dilantik menjadi Pengarah pilihanraya kecil (PRK) DUN Kerdau oleh Umno dan Barisan Nasional, kerajaan Pahang akan menunaikan semua janji-janji bekas wakil rakyatnya yang meninggal.

Namun, apakah janji-janji tersebut tidak dinyatakan oleh Dato' Nan.

(Gambar kanan - Markaz Besar PAS di Darul Hikmah)

Di Desa Murni 10 tahun lalu, pelakun Aziz Singah menunjukkan watak sebenarnya diluar layar perak dan skrin televisyen. Aziz sebenarnya penyokong tegar Umno, yang turut berdiri di pentas 'dacing' menyambung janji-janji manis Umno-BN, berceramah dan berkempen.

Kak Fidah (Rafidah Aziz) yang menjadi Ketua Wanita Umno ketika itu tidak segan silu, secara terang-terangan mengedarkan 'hamper' dan hadiah kepada para pengundi.

Kalau tak silap, katanya, ia bukan satu rasuah, walaupun diberi semasa waktu berkempen.

Polis pun tak tangkap Kak Fidah ketika itu, malah memberi laluan dengan menyedialkan khidmat 'escort' kepada para petugas Wanita Umno.

Yang berbeza sejak Sanggang adalah Dato' Seri Najib, yang kini menjadi Perdana Menteri.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/IMG_0614.JPGDilapurkan sewaktu PRK Sanggang, orang asli diberi minuman memabukkan dan berhibur dengan muzik, yang dibekalkan oleh Umno-BN.

Sebab itu semua orang asli mengundi calon Umno-BN.

Kali ini, belum lagi PRK Kerdau bermula, bukan orang asli yang berhibur, tetapi orang-orang Melayu di Lipat Kajang.

Di salah satu dari dua pos Umno-BN di situ, (Gambar kiri) telah siap dipasang dengan karoeke!

Tapi tidak mungkin semua orang Melayu akan mengundi Umno-BN.BO

Read more ...

Memang Mahathir kena mengucap

PAS kalau boleh mahu kita mengucap 3 syahadah - Mahathir

Kalau sebelum ini, kerap kali blogger dan Facebooker penyokong gerombolan songkok tinggi termasuk Tun Mahathir memainkan isu kononnya Parti Islam se-Malaysia, PAS mengkafirkan gerombolan songkok tinggi. Mereka menggunakan ucapan Tuan Guru Hadi Awang pada 26 Februari 1986 di saat isu pembunuhan di Memali sedang hangat sebagai bukti bahawa PAS mengkafirkan mereka. [Wikipedia]



Namun bila diteliti isi kandungan Amanat Hadi itu, ternyata tiada sebarang perkataan spesifik yang menunjukkan Hadi Awang mengkafirkan gerombolan songkok tinggi. Sebaliknya, Hadi awang di dalam petikan ucapannya berkata "... kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku". Jelas sekali gerombolan songkok tinggi sendiri yang terasa mereka kafir dan dikafirkan melalui ucapan itu.

Kini gerombolan songkok tinggi 3 jengkal bakal mendapat idea baru untuk dimainkan sebagai isu apabila Tun Mahathir merangkap tokoh pujaan mereka telah mengeluarkan kenyataan merapu kononnya PAS kalau boleh mahu rakyat Malaysia yang beragama Islam mengucap 3 syahadah. [Utusan]


Utusan Malaysia, demi menutup kenyataan merapu Tun Mahathir menyifatkan kenyataan itu sebagai sindiran Tun. Namun jelas sekali ucapan ini boleh dianggap sebagai fitnah untuk memburuk-burukkan PAS. Tun Mahathir kata PAS mengkafirkan UMNO, tanpa bukti, kini memfitnah kononnya PAS mahu orang Islam mengucap 3 kalimah syahadah pula jelas sekali tiada bukti dengan niat untuk menggambarkan PAS sebagai parti ajaran sesat.


ReJaM© "Tun Mahathir memperlekeh hukum hudud, menghina sunnah Rasulullah pula dipuji dan disanjung"

Read more ...

Kerdau adalah Sanggang, Tok Nan akan buat isyarat lucah ?

Prk Kerdau : Kempen Tok Nan Lucah


UMNO/BN Pahang di bawah pimpinan MB-nya akan cuba elakkan strategi ceramah 'syok sendiri' dalam PRK Kerdau nanti. Kurang impak... katanya. Baca sini.

Jadi... kalau ceramah 'syok sendiri' bukan lagi strategi utama mereka, mereka akan gunakan pulak strategi yang lebih impaknya. Aha... strategi 'tipu dan tipu lagi'.

Strategi ini akan dilaksanakan melalui sesi 'tipu itu dan tipu ini', dari rumah ke rumah pengundi di sana.

Ingat lagi poster ini....


Ini berlaku diPerak. Tetapi... ia memberi idea kepada UMNO/BN untuk dijadikan bahan kempen mereka.

Lantas... bahan atau isu utama yang akan dijadikan pengisian kempen UMNO/BN, di PRK Kerdau... ialah isu harga dua komoditi utama negara iaitu kelapa sawit dan getah, yang kini mendatangkan pulangan yang agak lumayan kepada rakyat, terutamanya golongan peneroka.

Banyak dalam kalangan rakyat tersebut, mungkin tidak tahu, yang harga komoditi tersebut dipengaruhi oleh pasaran dunia dan bukannya ditentukan oleh kerajaan 1Malaysia. Ini sudah pasti akan dimanipulasi oleh puak-puak lahanat ini, untuk memperdaya rakyat agar undi dapat kepada mereka.

Lantaran itu, Pakatan Rakyat jangan ambil mudah strategi yang akan digunapakai oleh UMNO/BN. Strategi 'tipu dan tipu lagi' mesti di-counter dengan memberi penjelasan kepada rakyat akan hakikat dan realiti yang sebenarnya. Jangan biarkan rakyat diperkunta-kintekan dan diperbodohkan.

PRK Kerdau tak lama lagi
Pengarah BN, si Tok Nan Lucah
PR pun, jangan syok sendiri
Atur strategi dengan berhemah

Read more ...

RTM akan bantu Umno rampas Selangor dan P.Pinang

Media UMNO : RTM Akan Tingkat Serang Selangor dan Pulau Pinang

Seorang rakan di RTM memberi tahu minggu lepas rombongan Adun dari Selangor datang ke RTM bertemu dengan Menteri Radio dan TV, Rais Yatim. Tujuan pertemuan itu ialah untuk meminta RTM membuat sesuatu bagi menolong Umno Selangor merampas negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat.

Cerita kawan itu Rais bersetuju menggunakan alat kerajaan yang dikuasainya itu bagi membantu Umno Selangor. Antara cara ialah RTM akan menyiarkan lebih banyak lagi keburukan di Selangor. Untuk tujuan ini sekumpulan orang yang tahu membuat propaganda akan dicari dan diberikan upah khas.


Mereka akan berfikir membuat skrip, berbentuk provokasi, memperlekehkan kerajaan Selangor sehingga rakyat jadi meluat. Ianya akan disiarkan dalam slog-slog tertentu termasuk juga dalam berita perdana.


Untuk tujuan ini juga kata rakan itu, RTM akan menyediakan satu dokumen khas untuk menyerang Selangor. Katanya Rais masih optimis Selangor akan dapat ditawan oleh Umno. Keadaan atau peluang UBN di Selangor menurut Rais agak cerah berbanding dengan Pulau Pinang.


Rais mengakui Pulau Pinang UBN tidak dapat berbuat apa-apa. Kedudukan Lim Guan Eng masih kuat dan mendapat sokongan rakyat. Bagaimana pun kata Rais seperti mana ditutur rakan itu RTM tetap juga melakukan provokasi dan menyerang Pulau Pinang. Satu dokumentri khas mengenai Pulau Pinang akan disediakan oleh RTM.


Apabila dokumenteri khas mengenai Pulau Pinang itu nanti disiarkan dan serangan radio Rais Yatim ke atas Selangor diperhebatkan itu menandakan pilihan raya umum ke-13 sudah hampir tiba.


Dengan maklumat ini kerajaan Pakatan Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang bolehlah berwaspada dan bersiap sedia untuk menangkis dakyah dan hasutan RTM nanti.

MSO

Read more ...

SPR UPM sama sahaja dengan SPR Malaysia


KUALA LUMPUR, 23 Feb. : Kesemua calon barisan Pro Mahasiswa termasuk 10 daripada mereka yang memenangi pilihan raya kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) kelmarin dibatalkan kemenangan pihaknya atas alasan berkempen secara berkumpulan.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa UPM, Mohd Ramzul Nasri Kamarusaman, keputusan pembatalan kemenangan itu dimaklumkan melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Jelas Mohd Ramzul, kesemua calon Pro Mahasiswa yang bertanding dalam pilihan raya kampus 2010/2011 turut dibatalkan kelayakan bertanding.
Usaha The Malaysian Insider mendapatkan pengesahan pengurusan UPM belum berhasil.

Calon-calon Pro Mahasiswa walaupun gagal menguasai pilihan raya kampus UPM kali ini tetapi memperlihatkan prestasi lebih baik berbanding sesi lalu.

Salah satu syarat dikenakan sistem pilihan raya kampus ialah calon-calon tidak boleh bertanding secara berkumpulan atau berpuak.

Label Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa tidak diiktiraf oleh pengurusan universiti-universiti awam.

Jika langkah itu disahkan bermakna pengurusan UPM mengulangi keputusan yang dibuat ketika pilihan raya kampus sesi lalu apabila tujuh calon Pro Mahasiswa UPM dibatalkan kemenangan mereka, antara lain kerana menggunakan media baru untuk berkempen.

“Kita di UPM calon yang menang seramai 11 orang tapi yang dibatalkan hanya 10 orang kerana seorang calon menang tanpa bertanding.

“Setiap calon dihubungi HEP malam tadi dengan mengatakan kemenangan dibatalkan atas alasan berkempen secara berkumpulan dan kita dikehendaki membayar RM100 jika ingin membuat rayuan,” kata Mohd Ramzul ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Katanya, pihak pengurusan HEP gagal menunjukkan resit pembatalan kepada calon Pro Mahasiswa sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia benar atau tidak.

“Kalau ada pembatalan mesti ada orang yang buat bantahan dan kena bayar RM100, kita minta nak tengok resit tapi pihak HEP tak bagi.

“Kita nak tahu siapa yang batalkan sebab kalau ada 33 calon bertanding bermakna mereka kena bayar RM3,300, tapi HEP tak bagi sebaliknya suruh kita buat rayuan dengan bayar RM100 setiap seorang,” katanya.

Mereka dibenarkan membuat rayuan sebelum 10 pagi ini.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa.

Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi.

Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi.

Read more ...

Gambar-gambar bukti Perkasa adalah Umno, Umno adalah Perkasa!!!

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs303.ash2/58302_157766990900521_100000016623406_513558_6028901_n.jpg
Umno adalah Perkasa, Perkasa adalah Umno!!!

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0328/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02.1.jpg
Kebanyakan kepimpinan Perkasa adalah pemimpin Umno hanya Brahim Ali sahaja bebas ,itupun kerana Umno tak mahu terima jadi ahli

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEin65KvfjRV_KyEBKiBNsqrOL9v3fD9kntypjNfQVvfjOkSGpcJemcv4suwjTRUkvyuKMIZZChyphenhyphencfI15PXu7L53T9_YTfdb408kYUr6e02pyqDXVe5LS11DHFSzcCQ8CdxKsrfckt73HWk/s320/P1050271.JPG
Si Arman Perkasa megah bersama Umno Selangor menentang Kerajaan PR Selangor

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/03/perkasa-mahathir-march271.jpg

Tokoh Umno Mahathir adalah idola Perkasa, kebanyakan program Perkasa tokoh Umno ini pasti akan sampaikan ucap utama

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0BW7zqHqWiC5H5ewjGAY-KU7EsCav-tXtbkyhsvVYoFIoKJRFHoQpIE2LuumzxnVePv9-PlNDmSmreMvdXcDr0dgjBsZDCRwZmRYOFNOrZvCxW8UkNzGdw5wXA6JwDi7hyphenhyphenMc5HVnqibS4/s320/pkasa_thumb.jpg

Akhbar Perkasa yang tak laku ini juga banyak menonjolkan kebagusan Umno , sehinggakan tajuk utama pun macam nama Umno ' Melayu Bersatu'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLJz6dyk9rdRWhTw5NIIRjNEI-HyOhLddm3b0z0H8ZNrVWaiajIpwZn0c0cX79vkwH4n7hAni-G5QHZg_autWbrXKGQBwwgL0CUPInLufaJwKEkuV3mkdrBGPhvCDlQAVtUE3k7t3Cr3c/s400/suaraperkasa1.jpg

Orang PAS, orang PKR, orang awam tak kenal pemimpin Perkasa ini tapi jika tanya ahli Umno sahih mereka kenal sebab pemimpin Perkasa adalah pemimpin Umno juga

http://maidoali.files.wordpress.com/2011/01/demo-gaps-451x300.jpg?w=451

Ini lagi jelas Perkasa adalah Umno, bendera Umno seiring banner Perkasa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxvsZ-51gTMFYPQwezDDDpnKWmwPMXVQY5d0nZ9uDZf120H6DsWNLiLWI-BAeIbNAwzmP9A2JZ5mNIn445SWEWOzq9JbUQmjtkkYd95UJbP3GPxUSJipeo_sIfZ9T3HtjglsYDPWQaJSA/s1600/UMNOOOO.jpg

Ini gambar Arman semasa muktamar PAS kot, tak kan tak perasan

Read more ...

Laman web 2Malaysia bakal peningkan Najib

Pereka grafik buka laman web 2Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kerana tidak berpuashati dengan slogan 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak, seorang pereka grafik membuka satu laman web khas untuk melawannya.

Menurut Ariff Junaidi dalam satu kenyataannya, beliau telah melancarkan satu laman web di http://www.2malaysia.org semalam bagi menyampaikan hasratnya itu.

"Sebelum ini saya telah mempromosikan 2Malaysia menerusi laman Facebook, http://www.facebook.com/2malaysia," kata Ariff dalam kenyataannya.

Ariff berkata, beliau mendapat inspirasi daripada kempen parodi politik luar negara seperti MyDavidCameron dan berhasrat melancarkan 2Malaysia untuk menunjukkan hipokritnya kerajaan dalam kempen 1Malaysia mereka.

Tiga poster kini disediakan mengikut tema 1Malaysia iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Saya berhasrat orang ramai boleh turut serta dengan menghantar poster rekaan mereka mengikut tema 2Malaysia kepada saya menerusi laman web dan Facebook saya.

"Saya yakin orang ramai juga muak dengan propaganda Kerajaan," kata Ariff dalam kenyataannya kepada Harakadaily.

Menurut Ariff, dia bukan ahli mana-mana parti tetapi kecewa melihat perbezaan antara apa yang Najib katakan dan apa yang berlaku dalam realiti.

"Sebagai seorang pereka grafik, ini antara apa yang saya mampu lakukan," katanya.

Antara poster awal yang dimasukkan Ariff dalam laman itu adalah poster runtuhnya bangunan Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu yang Ariff lakarkan ia sebagai 'pencapaian diutamakan'.

Turut dimuatkan Ariff dalam laman 2Malaysia beliau adalah parodi kepada 1Malaysia Najib dengan peranan yang dimainkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia.

Read more ...

Rugi wang rakyat RM 30 Juta , kenapa Umno dan Perkasa tak buat demo?

Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng desak Tsu Koon bayar balik RM30 juta

GEORGETOWN, 22 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap mendesak mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon supaya bertanggungjawab terhadap skandal Pulau Jerejak yang menyebabkan kerugian sebanyak RM30 juta kepada rakyat dan kerajaan negeri.

Mengulas isu yang semakin meruncing ini, Lim menggesa Tsu Koon supaya membayar balik wang yang telah merugikan rakyat semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan beliau dahulu.

Lim berkata, kini telah tiba masanya bagi kerajaan negeri pimpinan beliau menuntut kembali wang rakyat yang telah hilang tanpa memberi apa-apa manfaat kepada rakyat maupun kerajaan negeri ini.

"Kerajaan negeri telah membuat keputusan meminta Tsu Koon supaya menebus kembali nilai kerugian yang dialami sebanyak RM30 juta demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Sebagai seorang menteri kabinet yang bertanggungjawab terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang profesional maka adalah tanggungjawab beliau untuk mengarahkan syarikat UDA untuk memulangkan kembali wang skandal Pulau Jerejak kepada rakyat negeri ini, " tegas Lim.

Sebelum ini isu penyelewengan skandal penyerahan tanah Pulau Jerejak kepada Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan operasi perjalanannya kepada Tropical Island Resort (TIR) telah berlaku semasa Tsu Koon sebagai Ketua Menteri.

Manakala nilai kerugian melibatkan premium tanah berjumlah RM10.6 juta bagi 32 hektar tanah di Pulau Jerejak tidak dibayar kepada kerajaan negeri walaupun Tsu Koon telah memberikan geran tanah.

Selain dari itu, kos pelaburan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejumlah RM15.44 juta kepada TIR tidak mendapat pulangan kerana syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan.

Pinjaman oleh PDC berjumlah RM3.6 juta kepada TIR antara tahun 1992 sehingga 2007 selepas penyerahan Pulau Jerejak kepada UDA juga belum dijelaskan sehingga kini.

Skandal yang dibongkar ini sepatutnya mendapat perhatian SPRM dan juga pihak berkuasa supaya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku sentiasa memberi keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa.

Read more ...

Puak-puak Songkok Tiga Jengkal la yang sapu 1.5 bilion saham khas bumiputera

Siapa terima 1.5 bilion saham khas Bumiputra

PETALING JAYA, 22 Feb: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan sepenuhnya penerima 1.5 bilion saham khas Bumiputra yang diagihkan dalam tahun 2010.

Mustapa juga, katanya diminta mengumumkan rombakan mekanisme dan penambahbaikan kepada sistem agihan dan pemantauan saham khas Bumiputra untuk mengelakkan penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52 bilion saham Bumiputra tidak berulang.

Oleh itu, tegasnya mekanisme yang sama yang telah menyebabkan kerugian RM52 bilion saham Bumiputra ini perlu dirombak sama sekali.

“Saya akan membawa perkara ini dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang untuk memastikan ketelusan dan pertanggungjawaban pihak-pihak yang terbabit,” ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, PKR ingin menarik perhatian rakyat kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Mustapa Mohamad mengenai pengagihan saham khas bumiputra melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Mustapa menyatakan bahawa kerajaan Umno BN telah berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra dalam sektor swasta ke aras 22%; sebahagian besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang dilaksanakan oleh kementerian beliau.

Katanya, rakyat sudah tentu merasa janggal apabila kerajaan Umno BN mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti Bumiputra ke tahap 22% dalam tahun 2011, sedangkan ia gagal mencapai sasaran 30% yang ditetapkan untuk tahun 1990.

Tambahnya, selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah puluhan bilion ringgit atas nama Melayu dan Bumiputra, kini Umno BN tidak lagi memikirkan persoalan maruahnya dan akan sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan ekuiti Bumiputra.

Walau bagaimana pun, ujarnya kebimbangan sebenar PKR adalah berhubung pengurusan agihan saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang sama telah menyebabkan sejumlah RM52 bilion dari RM54 bilion saham yang diagihkan kepada Bumiputra lesap begitu sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.

Menurutnya, dalam tahun 2010 sahaja, sebanyak 1.5 bilion saham dari 18 tawaran awam permulaan diagihkan kononnya kepada pelabur Bumiputra.

Tahun 2010 juga, ujarnya menyaksikan apungan saham yang terbesar akhir-akhir ini, termasuklah yang melibatkan Petronas Chemical Group Berhad pada harga tawaran RM5.05 setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering Holding Berhad pada harga tawaran RM3.61 setiap saham.

Beliau menambah, jika sebahagian besar dari 1.5 bilion saham yang diagihkan kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham syarikat Petronas, maka saham yang bernilai berbilion ringgit telah pun diagihkan kepada pelabur-pelabur yang berselindung di belakang nama Bumiputra.

“Mekanisme agihan inilah yang telah gagal sebelum ini hingga mewujudkan budaya politik naungan yang mencari jalan mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik alasan mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputra.

“Akhirnya, berpuluh-puluh bilion ringgit saham yang diagihkan kepada individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk mendapatkan kekayaan mudah, lalu mewujudkan golongan elit kaya Melayu yang sebenarnya menjadi kaya dengan menindas orang Melayu terbanyak,” ujarnya.

Beliau percaya bahawa teras pengupayaan ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran 30% ekuiti kepada fokus untuk meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga Bumiputra.

Mereka, ujarnya membentuk 75% daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini yang hanya mendapat pendapatan bulanan purata sebanyak RM1,500 sebulan sahaja.

“Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan Umno BN tidak akan berjaya menangani kemelut ekonomi rakyat terbanyak Bumiputra dan akan terus disalahgunakan oleh golongan elit pemerintah dan niagawan,” katanya.

Read more ...