SUNGAI PETANI – H’ng Sau Ping semalam membuat permohonan maaf secara
terbuka berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar semalam berhubung
kait dengan pemilikan rumah mewah bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang.
Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula.
“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam.
Sau Ping berkata, dia seorang yang berpendidikan rendah , tidak tahu apa-apa tentang perkara berkenaan dan hanya mengikut kehendak pihak tertentu.
“Saya juga ingin membuat laporan terhadap seorang individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita dan telah memperalatkan diri saya untuk membuat kenyataan di surat khabar.
“Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar dan mengaku dengan ikhlas segala kenyataan bukan dari diri saya.
“Oleh itu saya memohon pihak berkuasa memberi kerjasama terhadap keselamatan diri dan keluarga,” katanya selepas membuat laporan polis semalam.
Sau Ping bagaimanapun menafikan dia diberikan imbuhan atau diugut untuk berbuat demikian, sebaliknya ke lokasi sidang media kerana diajak oleh seorang ‘sahabat’ namun tidak mengetahui tentang kewujudan sidang media.
Kelmarin, Sau Ping mengeluarkan kenyataan dan disiarkan Sinar Harian semalam di bawah tajuk ‘Rumah Mewah Milik Siapa’ yang bersangkut-paut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sementara itu, Pengerusi Kita Kedah, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan tindakan itu mencemarkan nama parti itu.
“Kita memberi amaran keras terhadap individu berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Read more ...