Sunday, December 12, 2010

Buluh bukan sebarang buluh, buluh ini untuk palu BN

Tabung Buluh Untuk PAS













TEMERLOH, 13 Dis.: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.

Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.

"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.

"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.

(Gambar: Memecahkan tabung buluh di Padang Luas, Besut..Foto blog Pemuda Besut)

"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.


Padang Luas

Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.

Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.

Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.

Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.

Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Bandar Tasik Puteri


Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.

(Gambar: Membilang hasil tabungan di Padang Luas, Besut...Foto blog Pemuda Besut)

Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.

Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.

"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.

Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu.

Read more ...

BN peras rakyat untuk dana PRU 13

BN naik harga barang untuk dana PRU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgk_IgDEP19J_U5yc5Ha-EcCt5Q83PwuwYOfTGCK7t4XQdnOe-eFfP65XQkVfVolUVg-Nxns5cosrjUYkNpBPJEiEOR4P8-9h-59PohGevwL9h0L2ifTTduR7SsfTtkxiSXMtJB0obGjAfO/s400/Ust+Nasrudin+T.jpg

KUALA LUMPUR, 13 Dis.: Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa keputusan kerajaan menaikkan harga empat barangan keperluan baru-baru ini adalah

bertujuan mengutip dana pilihan raya untuk Umno BN.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, Umno kini terdesak apabila beberapa negeri yang sebelum ini menjadi 'lubuk emas' mereka, kini diteraju Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008 lalu.

"Apa yang kita bimbang, kerajaan Umno BN menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana pilihan raya.

"Apakah dengan kehilangan empat buah negeri pada PRU lalu, mereka hilang punca pendapatan sehingga terpaksa naikkan harga barang secara melulu, biarpun berdepan kemarahan rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula baru-baru ini.

Katanya, rakyat tidak boleh menerima kenaikan mendadak tersebut apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dunia dan sewajarnya rakyat negara ini tidak dibebankan dengan kenaikan tersebut.

Lebih malang, rakyat katanya seperti dihukum akibat sikap boros kerajaan termasuk membelanjakan wang yang besar untuk projek mega yang tiada kesan langsung kepada rakyat.

"Negara sepatutnya mempunyai dana tampungan, agar rakyat tidak dibebankan.

"Kenaikkan ini akan menjejaskan potensi rakyat untuk hidup selesa," katanya.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat, jam 5 petang, 18 Disember ini di sekitar Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Selain bertemu masyarakat, mereka juga akan mengedarkan risalah berhubung isu itu.

Akibat kenaikkan terbaru itu, petrol RON95, kini menjadikan RM1.90 seliter berbanding RM1.85 sebelum ini.

Harga diesel juga naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Read more ...

Hanya Umno sahaja yang benar



Media negara amalkan demokrasi terpilih





















KEPALA BATAS, 12 Dis. : Tindakan media arus perdana dalam negara ini yang tidak telus dalam melaporkan perkara sebenar menyebabkan mereka berada pada tangga ke-166 dalam senarai kebebasan dunia.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Dewan JKKK, Pajak Song, Kepala Batas, Seberang Perai Utara baru ini

Menurut beliau lagi, sikap "double standard" yang diamalkan oleh media perdana menyebabkan mereka tidak dapat membezakan antara fakta, kebenaran dan kebatilan.

"Apabila mereka tidak dapat membuat pertimbangan yang bijak, maka akhirnya yang menjadi mangsa adalah kebenaran. Yang lebih parah lagi apabila wujudnya ketidaktelusan dalam menyampaikan maklumat."

"Malah demokrasi yang diamalkan oleh pihak media yang condong kepada pemerintah, hanya menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai sesuatu yang benar. Manakala parti lain yang berada dalam negara ini, walaupun sah dari segi perundangan akan dianggap sebagai tidak sah kepada mereka," ujarnya lagi.

Mohamad Sabu juga menyelar sikap kerajaan yang menjadikan demokrasi sebagai momokan sedangkan pada konsep sebenar ia tidak dilaksanakan.

Tambahnya lagi, demokrasi yang diamalkan oleh media luar negara seperti Indonesia, Filipina dan kebanyakan negara luar adalah lebih baik jika dibandingkan dengan sistem amalan yang dilaksanakan dalam negara oleh kerajaan sedia ada.

"Sebagai bukti kita dapat lihat bagaimana peranan berat sebelah yang dimainkan oleh media milik kerajaan. Semasa pilihan raya diadakan mereka akan menggunakan media untuk menghentam parti lawan seperti PAS, PKR dan DAP."

"Sedangkan kita tidak diberi ruang dan peluang untuk membela diri. Mereka boleh membelasah kita tanpa henti. Sekelumit masa pun tidak mereka berikan untuk menyatakan visi dan misi kita untuk memperjuangkan hak dan membela nasib rakyat."

"Sekiranya keadilan mahu dilihat terbentuk dan dilaksanakan dalam negara, maka rakyat harus segera membuat reformasi dalam pilihan raya umum yang akan datang. Hanya melalui mandat rakyat sahaja kita mampu merubah ketidakadilan yang ada dalam negara, " katanya lagi.

Dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah dengan menyekat maklumat parti lawan seperti Pakatan Rakyat (PR) bukan satu perkara baru yang diamalkan dalam negara ini. Walau bagaimanapun dengan perkembangan siber terkini, maklumat kepada rakyat dapat dirobos melalui sistem yang ada tanpa perlu menaruh harapan yang tinggi kepada BN sebagai parti pemerintah untuk melebar-luaskan penyiaran maklumat bagi pihak PR.

Katanya lagi, Perhimpunan Agung UMNO yang seringkali diberikan liputan meluas oleh TV3 adalah bukti ketara bagaimana berlakunya diskriminasi media terhadap PR maupun parti politik yang tidak sehaluan dengan pemerintah.

"Namun begitu, PR tidak akan mengamalkan ketidakadilan yang menjadi amalan mereka menyelinap masuk seandainya tampuk pemerintahan berada dalam kekuasaan kita menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan datang."

"PR akan tetap mempraktikkan keadilan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengambil kira kedudukan entiti, ras dan agama yang mereka anuti bagi memberi keadilan dan pembelaan yang sewajarnya," tegasnya lagi.

Majlis anjuran PAS kawasan Tasek Gelugor itu turut di hadiri oleh kepimpinan PAS, PKR dan DAP.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

Read more ...

Zaid sah sertai Akim, bakal jadi Presiden Akim

http://yangamat.com/wp-content/uploads/2010/11/zaid-ibrahim.jpg

KUALA LUMPUR, 13 Dis. : Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh mengesahkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sudah menjadi ahli parti itu, berkuat kuasa pertengahan bulan lalu. Zakaria berkata Zaid yang juga bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan telah menyerahkan borang keahlian Akim selepas keluar daripada PKR pada 19 November lalu.

Zaid sebelum ini telah menerima notis keluar PKR pada 19 November lalu walaupun pernah mengumumkan akan keluar parti itu pada 16 Disember ini.

“Beliau (Zaid) sekarang sah sebagai ahli Akim, beliau telah serahkan borang keahlian pada November lalu.

“Jadi status beliau adalah ahli kita yang sah dan rasmi,” kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ketika ditanya sama ada Zaid akan bertanding jawatan presiden Akim, Zakaria berkata, ia terpulang kepada bekas menteri kerajaan pusat itu.

“Terpulang kepada Zaid sama ada mahu bertanding ataupun tidak, jika mahu bertanding jawatan itu (presiden) saya akan beri laluan.

“Keputusan itu juga bergantung kepada keputusan ahli yang lain, saya tidak boleh buat keputusan,” katanya.

Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur lusa bagi memilih barisan kepimpinan yang baru.

“Zaid kemungkinan besar akan menghadiri mesyuarat agung ini,” kata Zakaria lagi.

Sebelum ini Zakaria berkata beliau sedia memberi laluan kepada Zaid untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

Beliau juga yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu.

Read more ...

Pihak yang putar belit boleh ke mahkamah

http://img154.imagevenue.com/loc870/th_13815_azizan1spot_122_870lo.jpg

PENDANG, 13 Dis. : Dakwaan pihak tertentu konon Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, Gurun, disangkal Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Azizan berkata, pihaknya bagaimanapun telah menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan nasib 13 keluarga terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, pihak berkenaan tidak wajar memutar belit fakta dengan cuba melabelkan Kerajaan Negeri seolah-olah tidak bertanggungjawab dan bertindak kejam terhadap mereka.

“Sebelum ini, saya pernah keluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk terbabit yang menduduki tanah itu sebelum diambil alih semula oleh PKB. Dari sudut mana penduduk tuduh Kerajaan Negeri abaikan mereka?

“Saya sekali lagi ingin mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka menduduki tanah PKB secara tidak sah dan memandangkan perkara ini sudah dibawa ke mahkamah, biar mahkamah sahaja yang putuskan,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian pada Program Mesra Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Kubur Panjang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan wakil penduduk, Mansur Yahya yang mendakwa Kerajaan Negeri dan PKB gagal menunaikan janji untuk menemui mereka dan berbincang mencari penyelesaian terbaik berhubung isu arahan pengosongan tanah oleh PKB di Kampung Kilang Ketapan sebelum ini.

Azizan turut menafikan dakwaan penduduk menduduki tanah itu sejak 30 tahun lalu dan berkata pencerobohan ke atas tanah kampung itu hanya bermula pada 2006 melibatkan 13 keluarga sehingga kini.

“Memang betul ada penduduk yang tinggal sejak 30 tahun lalu di Kampung Kilang Ketapan tetapi bukan di atas tanah PKB.

“Mereka tidak terbabit dengan notis pengosongan tanah oleh PKB,” katanya.SH

Read more ...

PAS dalam PR tak sama macam Umno dalam BN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtMmXaVAtu7BFYN8-zsH3Nlt_yc7iPzQOuTZFe0kiDT-eJ5MJNcetNvxMbHXvRqpynGoLQsduTTau2XxcECak9nLa4VhqHGxhyphenhyphent-NpvaYOeJEW8EaVB6B9mwgo4FJ196H1A0LVCw8-cr8/s400/Gambar+Tuan+Guru+Haji+Abdul+Hadi+Awang+2.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtMmXaVAtu7BFYN8-zsH3Nlt_yc7iPzQOuTZFe0kiDT-eJ5MJNcetNvxMbHXvRqpynGoLQsduTTau2XxcECak9nLa4VhqHGxhyphenhyphent-NpvaYOeJEW8EaVB6B9mwgo4FJ196H1A0LVCw8-cr8/s400/Gambar+Tuan+Guru+Haji+Abdul+Hadi+Awang+2.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtMmXaVAtu7BFYN8-zsH3Nlt_yc7iPzQOuTZFe0kiDT-eJ5MJNcetNvxMbHXvRqpynGoLQsduTTau2XxcECak9nLa4VhqHGxhyphenhyphent-NpvaYOeJEW8EaVB6B9mwgo4FJ196H1A0LVCw8-cr8/s400/Gambar+Tuan+Guru+Haji+Abdul+Hadi+Awang+2.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtpApoomYxpu5QVvtCO_43IL2fBuGk2hr_y1T12xaVhubQweRHmJe_PiJ2z-d-urVpe1wXG1OSVXKgYDHtptt_mbQCGv0KtW4xmZNX0gohoORZAZcWBtrVzKe1DtjYSY9RmQ4TCR4AKuaq/s1600/3615093043_0fcb75ee57_b.jpg

MERCHANG, 13 Dis. : Kerjasama antara PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan DAP adalah kerjasama tidak wala, himayah, istianah dan tahaluf, berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala, dan ia menggadaikan maruah, harga diri serta prinsip Islam.

“Wala adalah istilah politik dalam kitab fiqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita (Islam) boleh menjual maruah dan harga diri kita. Macam dalam UMNO, hendak menang, sanggup beri kawasan Islam.

“PAS pula tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP,” katanya pada program gerak kerja pilihan raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di sini.

Dengan mengambil contoh kerjasama himayah pula seperti dilakukan Abu Talib (bukan Islam) menolong Rasulullah SAW atas dasar saudara, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan perbuatan seperti itu dibenarkan.

“Manakala istianah ialah khidmat bagi membantu Islam seperti dilakukan Abdullah Bin Uraiqit juga seorang bukan Islam dalam membantu nabi menunjukkan jalan semasa nabi hijrah, perbuatan itu juga turut dibenarkan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Allah melarang umat Islam berwala iaitu memberi kesetiaan sehingga sanggup menjual harga diri dan maruah kepada orang bukan Islam dan menyifatkan perkara seperti itu wujud dalam kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC.

Menurutnya, ia berbeza dalam kerjasama antara PAS dengan DAP kerana parti itu tidak akan berganjak daripada dasarnya kerana bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama tahaluf.

“Selain itu, PAS juga tidak menolak pilihan raya bagi memilih kerajaan, selagi ada jalan mudah, kita pilih demokrasi. Ia membuktikan bukan semua dari Barat kita tolak kerana kita (PAS) juga memilih pilihan raya cara damai (demokrasi),” katanya.SH

Read more ...

Umno BN takut kemaraan rakyat

http://dppkelantan.pas.org.my/v2/images/stories/abdlatif.jpg
KOTA BHARU, 13 Dis. : Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri bahawa rakyat tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang hanya bijak menabur janji manis kerana Barisan Nasional takutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan jelas menunjukkan Kerajaan Pusat bimbang dengan kemaraan PR yang ingin mengambil alih tampuk kerajaan.

“Faktor kedua pula, PM tiada bukti pembangkang hanya bijak menabur janji-janji manis kepada rakyat kerana PR tidak pernah lagi berpeluang memerintah negara.

“Oleh itu rakyat perlu beri peluang sekali kepada PR untuk perintah negara barulah boleh lihat sejauh mana kemampuan kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan PM pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pekan kelmarin supaya rakyat tidak menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang hanya bijak menabur janji-janji manis.

Pembangkang dikatakan tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini kerana tidak mempunyai ideologi bersama dan pegangan kesepakatan politik terlalu longgar.

Abdul Latiff berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri mengakui Kelantan tiada tangkapan atau dakwaan rasuah membabitkan kakitangan awam sepanjang 20 tahun ini.

Ini katanya, membuktikan kerajaan pimpinan PAS dibawah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mampu mentadbir negeri dengan telus.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan sentiasa berusaha menunaikan setiap janji yang ditabur kepada rakyat selama ini.

“Biarlah rakyat sendiri yang menilai siapa yang boleh menjadi pemimpin mereka kerana rakyat sendiri sudah nampak harga minyak naik, keistimewaan Melayu terhakis dan sebagainya hasil kepimpinan BN selama ini.

“BN bimbang suasana kebangkitan pembangkang sekarang jadi mereka akan serang dan lagakan PAS, DAP, Keadilan habis-habisan,” katanya.SH

Read more ...

Tumbangkan BN matlamat utama

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHoPAgXkKIVQIj7KZUITCbiE9y6XHcVJZxtq0-caTEllinYvZBXmSwdzGvpGMuEuTgaGGzzNJypYeSXzhktFkFzDpbsR0x1LniK9bI7E0hLi66XBSZp7Byk-LEaRpy187l_aWPEtckBXn0/s400/Dato+Mahfuz+Omar.jpg

KOTA BHARU, 13 Dis. :
PAS mengutamakan agenda untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan tidak melulu untuk membincangkan hal pentadbiran pemerintahan negara buat masa ini, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.


Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya sedaya upaya menggerakkan ahli dan rakyat untuk menjadikan usaha menjatuhkan UMNO dan BN sebagai kewajipan serta fardu ain pada pilihan raya umum akan datang.

”Kita sepakat untuk menjatuhkan UMNO dan BN, kita tidak fikir soal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri... fikir untuk menggerakkan pimpinan, ahli, rakyat menjadikan ia suatu kewajipan, fardu ain.

”Hasrat kita yang pertama ialah untuk menjatuhkan BN, kemudian kita fikir lagu mana nak buat... matlamat pertama nikah dulu, kahwin dulu, kemudian baru fikir apa (nak buat),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 16 Disember ini, yang dikatakan tidak akan menyentuh isu penubuhan negara Islam diperjuangkan PAS seperti yang dinyatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan berkata, tidak ada keperluan untuk pakatan pembangkang membincangkan isu itu kerana ia bukan faktor utama konvensyen berkenaan dan bukan isu yang menjadi agenda utama pembangkang.

Mahfuz berkata, beliau yakin rakyat memahami keadaan politik semasa walaupun terdapat pelbagai tohmahan yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat (PR), termasuk isu Penasihat DAP yang dikatakan dilantik sebagai timbalan perdana menteri sekiranya dapat menguasai Putrajaya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini kurang sihat, Mahfuz berkata, mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada mengalami keadaan demikian.

“Saya rasa itu perkara biasa, masalah manusia, contohnya macam Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) pun pernah demam, ia lumrah kesihatan manusia, bukan semata-mata orang tua sebab orang muda pun (ada) sakit juga,” katanya.SH

Read more ...

Rampasan kuasa Umno di Perak dibukukan

BN Rampas Perak Dari PR Dibukukan


KUALA LUMPUR, 13 Dis.: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin atau MB Rakyat Perak hari ini melancarkan buku yang diterbitkan lamanweb popular Loyarburok.com yang memperincikan peristiwa pengambilalihan kuasa oleh BN yang menyaksikan penyingkiran beliau dan Pakatan Rakyat di Perak.

Buku yang bertajuk 'Perak: A State of Crisis' merupakan kompilasi artikel tulisan peguam dan aktivis di blog, terutamanya yang menyokong perjuangan Nizar untuk mengembalikan kuasa kerajaan Pakatan selepas peristiwa tersebut.

Ia turut memuatkan empat analisis khas oleh pakar-pakar seperti bekas hakim Datuk NH Chan dan pakar perlembagaan, Prof Shad Saleem Faruqi mengenai krisis perlembagaan yang berlaku.

Nizar yang diberi nama jolokan menteri besar rakyat oleh pihak penganjur, tiba di tempat pelancaran buku itu di Annexe Gallery di ibunegara, dengan diberi sambutan meriah oleh para penyokong Loyarburok.com, rakan politik dan para aktivis.

Antara mereka yang hadir memberi sokongan ialah bekas presiden Majlis Peguam dan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan; pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham serta penyumbang bahan untuk buku tersebut. (Malaysiakini.com)

Read more ...

Chow Kon Yeow ketuai DAP Pulau Pinang

















































GEORGE TOWN, 12 Dis. :Pemimpin veteran negeri Phee Boon Poh dan empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tewas mengejut pada pemilihan 15 anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang hari ini.

Kekalahan Phee, yang juga exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, dianggap mengejut kerana beliau merupakan antara pemimpin yang paling rajin turun padang dalam melaksanakan tugasnya.

Pada pemilihan di Dome, Kompleks Tun Abdul Razak di sini, Phee, yang juga Adun Sungai Puyu, memperoleh 173 undi, iaitu kurang enam undi daripada Gooi Seong Kin yang menduduki tempat terakhir dalam barisan jawatankuasa itu.

Empat lagi Adun yang tewas ialah Lau Keng Ee (Pengkalan Kota), Yeoh Soon Hin (Paya Terubong), Koid Teng Guan (Sungai Pinang) dan A. Tanahsekharan (Bagan Dalam).

Ketika ditemui selepas keputusan diumumkan, Phee kelihatan tenang dan berkata beliau menerima keputusan yang dibuat oleh 466 perwakilan itu dan menganggap ia sebagai titik tolak bagi dirinya untuk berjuang dengan lebih gigih demi parti.

“Saya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka. Mungkin saya belum cukup bagus, sebab itu perwakilan tidak mengundi saya,” katanya.

Pada pemilihan itu, Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo, yang juga anak kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh, memperoleh undi terbanyak dengan 348 undi.

Keputusan rasmi pemilihan Jawtankuasa DAP Pulau Pinang:

1. Jagdeep Singh Deo − 348 undi
2. Law Heng Kiang − 321
3. Chow Kon Yeow − 312
4. Chong Eng − 261
5. Lim Hock Seng − 257
6. Ng Wei Aik − 256
7. Wong Hon Wai − 250
8. Koay Teng Hai - 245
9. Lim Hui Ying - 241
10. Prof Dr P. Ramasamy - 240
11. Teh Yee Cheu - 219
12. D Harvinder Singh - 215
13. R.S.N Rayer - 190
14. Lay Hock Peng - 185
15. Gooi Seong Kin - 179

Pengerusi DAP Pulau Pinang: Chow Kon Yeow

Timbalan Pengerusi: Prof Dr P. Ramasamy
Naib Pengerusi: Jagdeep Singh Deo/Lim Hock Seng
Setiausaha: Ng Wei Aik
Penolong Setiausaha: Lim Hui Ying
Bendahari: Wong Hon Wai

− Bernama

Read more ...

Kes Anwar: Pendedahan WikiLeaks 'sub judice', kata peguambela



















KUALA LUMPUR, 13 Dis. : Kabel diplomatik Amerika Syarikat bukan sahaja menggegarkan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga perbicaraan kes liwat keduanya dengan peguam-peguam beliau memberi amaran berita mengenainya boleh dianggap sebagai 'sub judice'.

Lapor portal The Malaysian Insider , Peguam Sankara Nair berkata, beliau dan peguam utama pasukan pembela Karpal Singh telah mengadakan perbincangan awal berhubung pendedahan WikiLeaks berhubung maklumat ejen-ejen risikan yang mempercayai bahawa kejadian melibatkan Anwar adalah sesuatu yang "diperangkap", tetapi Ketua Pembangkang itu telah "memasuki" perangkap tersebut.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan rakan saya Karpal Singh berhubung perkara ini. Satu perkara, kami merasakan bahawa sebenarnya adalah 'sub judice' jika membawa berita-berita (seperti) ini kerana ia boleh memberi kesan ke atas integriti perbicaraan.

"Jika anda melihat dengan betul-betul, berita itu diterbitkan menerusi pihak ketiga. Dalam bidang perundangan, ia hanya cakap-cakap melainkan ia dibuktikan sebaliknya," kata beliau.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Kes itu sedang didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan akan disambung bulan depan.
Tuduhan kali pertama dikenakan sedekad yang lalu, selepas beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Sankara berkata, beliau perlu berunding dengan Anwar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Pagi semalam, sebaik sahaja berita mengenainya disiarkan, Anwar menggunakan Twitter untuk mengetepikan pendedahan WikiLeaks bahawa perisikan Australia percaya beliau terlibat dalam kes liwat keduanya, dengan mengatakan sumbernya sudah pasti Cawangan Khas (SB) Polis Diraja Malaysia.

Ketua Pembangkang ini tidak membalas panggilan telefon The Malaysian Insider untuk mengulas laporan akhbar Australia, The Sun-Herald tetapi memberikan respons menerusi akaun Twitter apabila ditanya oleh beberapa pengikutnya.

"Sumber? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada," kata Anwar.
Dalam respons terdahulu, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, "sumber? SB Malaysia ha ha."

Pendedahan WikiLeaks mendominasi aliran mesej Twitter di Malaysia hari ini dengan ahli-ahli politik dari Barisan Nasional (BN) dan pengikutnya memberikan respons ke atas pendedahan terbaru ini.

Sankara juga berkata, kenyataan Anwar itu bukan sesuatu yang tidak standard kerana laporan risikan tidak boleh digunakan sebagai asas berita atau maklumat, malah fakta-fakta dalam laporan ini lazimnya boleh mengelirukan atau tidak benar sama sekali.

"Saya sebahagian daripada (pernah berada dalam) cawangan itu (khas polis), saya tahu mengenainya. Perkara terakhir anda lakukan ialah percaya pada laporan risikan, anda tidak boleh membuat dakwaan begitu sahaja, melakukan sedemikian satu tindakan meneka dan cakap-cakap sahaja," kata Sankara.

"Seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah," tambah Sankara.

Peguam itu berkata, hakim perbicaraan kes liwat kedua ini Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mempunyai kuasa untuk memanggil pertubuhan berita tempatan yang melaporkan pendedahan itu dan memberikan mereka surat tunjuk sebab.

"Hakim boleh memanggil akhbar-akhbar (media terbabit) dan boleh meminta mereka menjelaskan mengapa mereka menulis berita itu, dan di mana buktinya. "Situasti di sini sama seperti kes Utusan di peringkat perbicaraan," kata beliau.

"Kami mahu mengelakkan perkara-perkara tidak berasas terhadap anak guaman kami ketika perbicaraan ini. Ia menjejaskan isu," kata Sankara.

Lewat petang semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat didedahkan WikiLeaks mengenai komen-komen bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan kes liwat Anwar.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi WikiLeaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterima pakai ataupun sebaliknya.

"WikiLeaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

"Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan antara ahli-ahli diplomat.

"Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee dan agensi perisikan negara itu," katanya.

The Sun-Herald dalam laporannya kelmarin berkata, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu - tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

"Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar," lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

Wikileaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten."

Kabel mengenai kes liwat Anwar ini bertarikh November 2008 iaitu lima bulan selepas kes liwatnya terdedah dan disiasat polis.

Ia menyebut, "Australia mengatakan bahawa perkhidmatan risikan Singapura dan (pemimpin kanan Singapura) Lee Kuan Yew memberitahu ONA dalam pertukaran pandangan bahawa pemimpin pembangkang Anwar sememangnya melakukan perbuatan itu, yang beliau didakwa sekarang."

Dokumen itu juga mengatakan bahawa Singapura memberitahu ONA yang mereka membuat penilaian itu berasaskan risikan teknikal, yang mana kemungkinan dikaitkan dengan komunikasi yang dipintas, kata akhbar itu.

"ONA membuat penilaian, dan rakan-rakan sejawatan mereka dari Singapura bersetuju, ia adalah (satu) kerja (dia) diperangkap dan kemungkinan dia tahu mengenainya, tetapi bagaimanapun dia terlibat," kata kabel itu.

Read more ...

Hanya tuntut naikkan nilai pajakan bukan tuntut hak ke atas Pulau Pinang

Pihak tuntut Pulau Pinang bukan wakili Kedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUegYvJ7KmmC7qcmEYa-QS5YidiC3bzatCb1xw5s9z4nP3Rycsv6Uj-ix5iZWOfwdLLdeA_KzzFNoxAl2LeTOvAGVe6u6PByRTAlay9KOKj9KryCvrOrE_cK5q30oEjz5IogPE9WZOo1U/s320/ustaz+azizan.jpg

ALOR SETAR, 12 Dis: Cadangan yang dibuat oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), supaya Kedah menuntut hak ke atas Pulau Pinang, bukan mewakili Kerajaan, kata Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bahkan tegas Azizan, beliau dan pihak kerajaan negeri tidak mengetahui apakah motif sebenar tuntutan yang dibuat oleh PSMCK bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah sepertimana yang diwar-warkan kebelakangan ini.

Azizan berkata demikian mengulas isu yang telah dibangkitkan oleh PSMCK baru-baru ini supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah.

Dalam tuntutan yang dibuat PSMCK melalui Pengerusinya, Datuk Dr.Wan Shamsuddin Mohd Yusof, persatuan itu menuntut supaya Pulau Pinang diletakkan semula di bawah kekuasaan dan jajahan negeri Kedah berdasarkan kepada fakta sejarah yang lalu.

Isu tuntutan semula itu mendapat reaksi pro dan kontra pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin politik dan juga orang perseorangan di kedua-dua negeri.

Bagaimanapun Azizan mengakui kerajaan negeri pimpinannya menuntut supaya Kerajaan Pusat menaikkan nilai pajakan Pulau Pinang daripada RM10 ribu kepada RM10 juta setahun.

"Tuntutan tersebut telah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat sejak Pakatan Rakyat mulai menerajui kekuasaan negeri Kedah lagi. Namun begitu, sehingga kini tiada tindak balas yang diterima dari pihak Pusat mengenai perkara tersebut.

"Buat masa ini Kerajaan Negeri hanya menuntut supaya kadar pajakan dinaikkan, itu sahaja," kata Azizan.

Read more ...

Pertemuan bersejarah tangani isu Palestin















KUALA LUMPUR, 12 Dis: Aqsa Syarif menyifatkan pertemuan di kalangan anggota Yayasan Al-Quds Antarabangsa Cawangan Malaysia satu sejarah dalam menangani isu Palestin.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Hasanuddin Mohd Yunus (gambar) berkata, pertemuan itu sebagai menyatakan sokongan rakyat negara ini terhadap perjuangan umat Islam Palestin.

“Isu Palestin telah menyatukan rakyat Malaysia,” ujarnya pada siang media mengenai pembentukan Yayasan Al-Quds Antarabangsa Cawangan Malaysia di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, petang ini.

Turut bercakap pada sidang media itu ialah wakil Muassasah Al-Quds Antarabangsa, Munir Said dari Palestin, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Ikram Malaysia.

Beliau berkata, ini terbukti semua pihak sama ada dari kalangan parti kerajaan dan bukan kerajaan menyatakan pendirian yang sama semasa membahaskan usul mengutuk regim zionis Israel pada persidangan Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, sebelum ini.

Jelasnya, yayasan berkenaan di peringkat antarabangsa bukan sahaja didukung oleh pemimpin Islam bahkan turut melibatkan paderi-paderi yang menduduki jawatankuasa tertinggi.

Tambahnya, jawatankuasa tertinggi muassasah tersebut juga turut melibatkan pemimpin bukan Islam dari kalangan bukan bangsa Arab.

Di Malaysia, ujarnya, penglibatatan parti politik, pertubuhan dan individu daripada pelbagai latar belakang menunjukkan rakyat bersatu dalam isu Palestin.

“Ini adalah contoh terbaik dalam isu kemanusiaan di mana sahaja,” ujarnya.

Read more ...

Wikileaks hanya pandangan peribadi - PKR



















KUALA LUMPUR, 12 Dis: PKR menyifatkan, pendedahan Wikileaks tentang maklumat diplomatik dari Singapura tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pandangan peribadi tanpa sokongan bukti yang sah, oleh itu tidak perlu diambil berat.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifudin dipercayai mengulas laporan media Australia yang mendedahkan kononnya perangkap di pasang untuk Datuk Seri Anwar oleh musuhnya dan Anwar 'memasuki petangkap itu'. Ia dikatakan bersumberkan laporan para diplomat Singapura dan Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, laporan itu adalah hasil kerjasama para SB (polis cawangan khas) Malaysia.

Manakala itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dengan pendedahan Wikileaks ini. Nama beliau turut didedahkan yang antara lain "Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa." yang jelas mengaitkan beliau dengan kes Altantuya Shariibuu.

"Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai," kata Saifudin.

Orang ramai, katanya, bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta, kata Saifudin/\.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, kata Saifudin, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi”.

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

Peter Ho

Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

En Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.


Justeru, kata Saifudin, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

PKR, katanya, mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

"Jika tidak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," katanya.

Akhirnya, kata beliau, semua pihak kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

"Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

"Makanya, PKR akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura," tegas beliau.

Read more ...

Gelombang kebangkitan rakyat tidak boleh disekat

Najib gelabah rakyat bangkit

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsa4jY69Qd3CyU_a0Z1y7eBzSsptCcvBSOcT2t06-wokrq90SMUWwKyyOMIf3wqvRxoeLEjOKRUzs1mVxjo7cYnbHHX50zMzflxIfJagz4VFqpBfH-D75Tky7v0bg81bvorUZCaxgbTTE/s400/Ustaz+Idris+Ahmad+5.png

KUALA LUMPUR, 12 Dis. : PAS nampak Datuk Seri Najib Tun Razak gelabah dan resah menghadapi gelombang kebangkitan rakyat. Serangan demi serangan kepada Pakatan Rakyat melalui media perdana dan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional dalam PRU 13.

Beliau cuba hendak mengajak rakyat supaya membutakan mata supaya jangan melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat yang memerintah selama dua tahun lapan bulan cukup teruji dan terbukti kamampuanya berbanding dengan BN yang memerintah selama 53 tahun.

Ditambah pula kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN di bawah kepimpinan Najib memerlukan masa untuk mendapat sokongan majoriti kerana masih ada lagi rakyat yang belum berpuas hati terhadap BN.

Rakyat mula membuat perbandingan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai hasil yang banyak tetapi mampu membuat kebajikan kepada rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah dan sebagainya.

Rakyat sudah membayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat dengan hasil yang begitu melimpah ruah, maka banyak lagi kesenangan rakyat akan diperolehi.

Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri BN yang memerintah. Sebaliknya rakyat hanya dapat kenaikan harga barang, petrol, gas dan akan datang pula kenaikan tarif elektrik.

Taktik serangan terhadap Pakatan Rakyat untuk melindungi masalah dalaman BN yang begitu parah. Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sebaliknya berakhir dengan perang mulut antara Umno dan MCA mengenai isu ketuanan Melayu.

Slogan 1Malaysia nampaknya tidak berapa menjadi untuk menjadi umpan kepada pengundi bukan Melayu untuk bersama dengan BN, maka jalan keluarnya ialah dengan menyerang Pakatan Rakyat.

Hari ini Datuk Seri Najib mendakwa siapa yang mengatakan Felda bankrap pengkhianat bangsa. Apabila peneroka sudah mempunyai kekuatan dan celik maklumat hasil daripada perjuangan PAS yang menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) untuk generasi kedua, maka banyak tembelang Umno BN sudah terbongkar.

Barisan Nasional tidak boleh menipu generasi kedua peneroka kerana mereka adalah generasi yang bermaklumat dan terpelajar. Sekarang mereka bangkit menuntut hak mereka, selama ini bapa mereka diperah seperti kilang sawit memerah buah sawit, yang peneroka dapat hanya hampas ini yang menjadi kemarahan Datuk Seri Najib.

Read more ...

Selagi Gani Patail dok situ, selagi itu kotor

Yusmadi: Bersih Segera Institusi Jabatan Peguam Negara















SHAH ALAM, 12 Dis. : Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas segera bagi membersihkan imej jabatan peguam negara yang dikritik pelbagai pihak terutamanya berhubung integriti peguam negara, Tan Sri Gani Patail.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata isu mengenai integriti peguam negara bukanlah perkara baru dan ia berlanjutan sejak 1998 dahulu ketika Gani sendiri terbabit secara langsung dalam pendakwaan dalam kes fitnah sodomi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tindakan segera perlu dibuat untuk membersihkan imej jabatan peguam negara terutama kedudukan peguam negara.

"Isu mengenai integriti peguam negara Gani ini bukan perkara baru. semasa tahun 98 dahulu lagi. jadi saya rasa isu ini perlu dilakukan siasatan secara terperinci dengan kadar segera. contoh yang kita lihat di negara lain jawatan peguam negara amat penting di bawah perlembagaan terpalit dengan isu integriti, maka sistem lain susah nak berfungsi," katanya yang juga peguam.

Yusmadi berkata demikian mengulas kenyataan ahli panel perundingan dan penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia atau SPRM, Tan Sri Robert Phan yang mahu Gani Patail disingkirkan kerana berpendapat tiindak tanduknya mencemarkan jabatan peguam negara.

Robert Pang dalam kenyataan medianya kelmarin berkata punca utama terhadap perasaan syak wasangka adalah keredibiliti pejabat peguam negara, terutamanya integriti peribadi Gani Patail sendiri.

"Sebagai seorang penjawat awam, kelakuan peguam negara samada peribadi atau awam mestilah melebihi daripada teguran sahaja. Itulah punca masalahnya. Sekian lama, wujud syak wasangka terhadap kelakuan peribadi peguam negara Gani Patail seperti yang diterangkan dan jika tidak ditangani, segala usaha ikhlas kerajaan dan SPRM adalah sia-sia.

"Ia akan hanya dilihat sebagai satu langkah perhubungan awam atau slogan.Adalah malang sekali jika peguam negara menjadi batu penghalang kepada usaha kerajaan dan SPRM untuk mencerminkan mereka sebagai Bersih. Cekap, Amanah Government. Ia tidak ubah seperti pepatah 'Ketam cuba mengajar anaknya berjalan lurus'." kata Tan Sri Robert Pang.

Kenyataan ahli penasihat SPRM itu disokong oleh Yusmadi yang berpendapat bukan segala aspek termasuk siasatan ataupun pendakwaan saja yang dilihat oleh rakyat tetapi mia dilihat dari sudut integriti pendakwaan serta integriti institusi pencegah jenayah di negara ini.

"Isu ini akan memberi akibat langsung kerana antara perbahasan yang hebat ialah isu kuasa pendakwaan yang baru ini kita bahas di parlimen.

Sehingga hari ini antara hujah kerajaan kenapa kuasa pendakwaan tidak diberi kepada SPRM, kononnya mahu diberi penuh kepercayaan kepada peguam negara. Dikala kuasa pendakwaan berpusat ia akan menggagalkan mana-mana agenda penguatkuasaan undang-undang.

"Akhirnya nanti hujah siasatan bukan pendakwaan saja dilihat oleh rakyat yang dilihat ialah integriti pendakwaan, integriti institusi jenayah di negara. jadi saya rasa ini sanga penting. kita secara berterusan akan melakukan reformasi hal ini," katanya

Read more ...

Soi Lek alih isu sebab tak tahan dengan Umno

Label PKR Lemah, Soi Lek Guna Taktik Murahan























SHAH ALAM, 12 Dis. : Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek memilih taktik politik murahan apabila cuba mengalihkan perhatian rakyat terutamanya kaum Cina terhadap masalah dalaman partinya dan juga pertelingkahan dengan Umno dengan mendakwa PKR semakin kehilangan sokongan.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata Presiden MCA itu juga sebenarnya menghadapi masalah ketidakyakinan untuk menempatkan semula MCA dalam perhatian dan sokongan pengundi terutamanya kaum Cina.

"Pandangan untuk mengalih perhatian ekoran daripada pertembungan di antara Chua Soi Lek dengan pemimpin Umno mengenai ucapannya semasa konvensyen Barisan Nasional.

"Komen Soi Lek juga menggambarkan ketidakyakinan pemimpin MCA itu dalam mendapatkan kembali sokongan komuniti Cina terhadap Pakatan Rakyat," ujar Ahli Parlimen Machang itu.

Justeru katanya, Chua dalam keadaan terdesak dengan cuba mengalihkan perhatian kelemahan beliau selaku Presiden MCA dengan memanipulasikan keputusan pemilihan kepimpinan PKR bulan lalu sebagai tanda kononnya PKR kini mula kehilangan sokongan rakyat di negara ini.

Menurut Saifuddin lagi, adalah tidak benar dakwaan Soi Lek bahawa pemilihan kepimpinan PKR dicemari dengan penipuan dan tidak mengikut peraturan, sebaliknya jumlah aduan terhadap sebarang kesilapan ketika proses pengundian pemilihan PKR adalah kecil.

"Apa-apa aduan yang belum selesai sekarang sedang diteliti oleh parti dan ini akan mengambil sedikit masa sahaja lagi memandangkan kes-kes yang tinggal sangat kecil bilangannya dan itu tidak sama sekali menjejas dan menggugat kekuatan PKR," kata Saifuddin.

Chua, semalam mendakwa sokongan rakyat kepada PKR mula merosot disebabkan hilang keyakinan ekoran ahlinya dikatakan tidak berpuashati dengan sistem demokrasi pemilihan kempimpinan PKR.

Read more ...

Bagi kepada Ahli Parlimen PR, melepaslah Ketua Umno Bahagian

Tidak Beri Geran: Kerajaan Pusat Tidak Hormati Pengundi




















SHAH ALAM, 12 Dis. : Tindakan kerajaan persekutuan hanya memberi peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional(BN) menunjukkan ia tidak menghormati keputusan pengundi yang memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim kesal kerana peruntukan itu adalah wang rakyat dan prinsip demokrasi menuntut supaya kerajaan memberi layanan sama kepada ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata Putrajaya akan terus menafikan ahli parlimen pembangkang daripada mendapat peruntukan yang diberikan kepada Ahli Parlimen BN.

Peruntukan itu diguna untuk membiayai projek-projek kecil di kawasan parlimen masing-masing.

Pendirian itu dilihat sebagai membelakangkan janji-janji pemimpin BN untuk menghormati keputusan pilihanraya dan mandat rakyat yang memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Lagi satu contoh membelakangkan rakyat sebab semua ahli parlimen adalah dilantik oleh rakyat.

"Langkah yang diambil oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang ialah tidak mendulukan rakyat, membelakangkan rakyat menunjuk walaupun rakyat sudah pilih pemimpin tersebut tapi Barisan Nasional tidak mengakui pilihan rakyat tersebut," katanya.

Khalid berharap Putrajaya dapat menimbang semula pendiriannya itu demi kepentingan rakyat dan untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.

Beliau berkata jika kerajaan persekutuan setuju berbuat demikian, kerajaan Selangor tidak bermasalah untuk melakukan penyelarasan bagi peruntukan ahli dewan undangan negeri.

"Kerajaan Negeri Selangor ada membuat beberapa kenyataan, kita juga ada peruntukan untuk ahli dewan, kita kata kalau kerajaan persekutuan bersetuju yang dia akan memberikan kepada semua ahli parlimen tak kira mana parti pun kerajaan negeri akan mengikut contoh kerajaan persekutuan sebab itu sangat penting bagi kita," katanya.

Read more ...

Polis bersekongkol dengan Umno

Wikileaks: Usaha Jahat Polis Musnah Karier Anwar














GOMBAK, 12 Dis. : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata sumber cetek dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Polis Cawangan Khas Malaysia membuktikan Umno begitu terdesak menghalang kebangkitan rakyat.

Azmin berkata pendedahan WikiLeaks membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah usaha jahat Polis Malaysia untuk memusnahkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

"Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa ONA yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

"Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Bebas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan," kata Azmin.

Ujarnya, kerjasama agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sekian lama berpaksi kepada keuntungan politik kerajaan masing-masing dan bukan keselamatan serantau.

"Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ia akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

"Mereka lebih rela pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

Justeru tegas Azmin, fitnah kali kedua terhadap ketua umum PKR itu tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

Read more ...

Pertahankan Pulau Pinang dari jatuh ke tangan pemimpin rasuah

Ahli DAP Digesa Main Peranan Pertahan Pulau Pinang

















GEORGETOWN, 12 Dis. : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyeru pimpinan DAP Pulau Pinang agar memainkan peranan yang sewajarnya bagi mempertahankan negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Beliau berkata untuk merampas mana- mana pentadbiran sesebuah kerajaan negeri adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan usaha untuk mempertahankannya.

Justeru, Guan Eng berkata, masa depan pentadbiran negeri itu bergantung sepenuhnya kepada mutu kepimpinan setiap pemimpin DAP negeri itu.

"Ketika hendak menumbangkan Barisan Nasional(BN) dulu memang sukar, tetapi hendak kekalkan kuasa memerintah lagi susah (pada pilihan raya umum akan datang. Sama ada kita menang atau sebaliknya, ia bergantung kepada anda (ahli DAP)," beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen DAP Pulau Pinang tengahari tadi.

Hadir sama, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Konvensyen kali ini akan menyaksikan pemilihan parti bakal diadakan dengan seramai 88 ahli menawarkan diri bertanding untuk merebut 15 kerusi ahli jawatankuasa DAP negeri.

Guan Eng mendakwa Umno sering menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk berpolitik serta menutup pelbagai skandal mereka dengan mendakwa ia adalah ketuanan Melayu.

"Kenapa mereka tidak sebut Perkara 153 Perlembagaan Persekutujuan juga turut menjaga keistimewaan kaum lain iaitu ketuanan rakyat.

"Ia jelas menyebut bahawa 'Adalah Menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini," jelasnya.

Read more ...

Siapa taja ? Siapa punya kuota ? Nenek siapa ? - Jawab la Haji Saiful

























Berita sensasi yang kini dipaparkan di laman blog pro UMNO pastinya berkenaan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dikatakan menunaikan fardhu haji ke Mekah baru-baru ini.

Ramai yang terkejut dengan perkembangan terbaru ini. Sesungguhnya cerita ini kini menjadi hiasan mereka untuk membuktikan bahawa Saiful Bukhari berada di pihak yang benar hanya kerana beliau berani menunaikan haji.

sekarang, apakah rakyat boleh menerima kenyataan ini. Benarkah mereka yang pergi haji bersih dari segalanya?.

Sedangkan selama ini kita selalu mendengar mereka yang banyak dosa akan dibalas "tunai" oleh Allah SWT ketika mula-mula menjejakkan kakinya ke Tanah Suci. Namun, kenapa itu tidak berlaku kepada Saiful?.

Malah, beliau juga khabarnya telah berada betul-betul hampir dengan kaabah. Andainya beliau berdosa, kenapa beliau tidak ditimpa bala?.

Inilah yang dihujjahkan oleh puak-puak mereka sekarang. Malah, mereka juga menempelak kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memang bersalah dalam kes "liwat II" itu dek kerana beliau tidak berani bersumpah laknat dan kini menunaikan fardhu haji macam Saiful.

Sebaliknya Anwar lebih berminat untuk membawa kes tersebut ke supaya Saiful dikenakan Mahkamah SyariahHukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi yang sah.

Pergi Haji, Apakah Maknanya Di Pihak Yang Benar

Benarkah Saiful juga ada membuat pengakuan beliau memang benar diliwat ketika di depan Kaabah seperti yang didedahkan mereka?.

Saiful dikatakan telah mengaku dia memang diliwat kepada rombongan jemaah haji dari negeri Johor.

Sudah tentu ada antara mereka yang mengenali beliau selepas membuat pengakuan itu, tambahan kesnya sedang dibicarakan di mahkamah sekarang ini.

Kononnya, dek kerana ragu-ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, maka ada diantara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu. Saiful dikatakan menjawab soalan itu dengan mengatakan beliau memang telah diliwat oleh Anwar.

Bagi sestengah pihak pengakuan Saiful ini bukanlah sesuatu benda yang pelik dan sesuatu yang baru, tetapi bila diambilkira ia dibuat di Tanah Suci Mekah ketika beliau mengerjakan rukun Islam ke lima itu.

Maka kononnya amatlah mustahil segala apa yang menimpanya adalah rekaan semata-mata dan dibayar oleh pihak tertentu sebagai agenda untuk menjatuhkan Anwar.

Alasannya, ramai umat Islam percaya kononnya mereka yang menunaikan haji atau berada di Mekah tidak boleh bercakap sembarangan apatah lagi bercakap bohong.

Inilah hujjah-hujjah yang dimainkan oleh puak-puak mereka bagi membuktikan Saiful "bercakap benar".

Jika inilah alasannya, sungguh mudah untuk kita membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang bersalah dalam kes-kes yang lain. Tunaikan haji atau berada di Mekah tidak bermakna seseorang itu benar belaka.

Malah, di Mekah sendiri pun ramai umat Islam terutamannya dari negara-negara miskin yang datang ke situ bertujuan untuk mencuri dan sebagainya. Malah, mereka tergamak mencuri di kawasan masjidil haram itu sendiri sebenarnya.

Maka, kenapa Allah tidak menurunkan bala kepada mereka jika berpandukan kepada hujjah-hujjah itu tadi?. Malah, jika itu alasannya maka tidak perlulah kes berkenaan dibicarakan di mahkamah seperti apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Cakap Saiful Dan Majlis Fatwa, Mana Satu benar?


Kebenaran tetap kebenaran dan kesalahan tetap satu kesalahan. Namun, Islam juga menuntut keadilan sebenarnya.

Sebab itu dalam Islam andai seseorang itu menuduh sesuatu kesalahan seperti liwat, zina dan sebagainya, maka mereka perlu mengemukakan empat orang saksi yang sah dan tidak diragui.

Malah dalam kes sumpah laknat pula, Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang di Kuala Trengganu sebelum itu sudah memutuskan bahawa sumpah laknat hanya boleh dilakukan selepas kes mahkamah selesai.

Malah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaitu Zahid Hamidi (foto)mengakui perkara itu. Bukan Zahid adalah pemimpin UMNO dan beliau bercakap berasaskan kepada keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa.


Makanya, cakap siapakah yang harus didengar sekarang ini sama ada cakap beberapa kerat penyokong Saiful Bukhari dan UMNO atau pun Majlis Fatwa Kebangsaan agaknya Justeru itu, tidak timbul soal Saiful berani bersumpah dan berani pergi haji maka dia tidak melakukan kesalahan.

Banyak benda yang dipersoalkan sebenarnya. Antaranya, kenapa Saiful tidak menghebohkan soal pemergiannya ke Tanah Suci kepada media atau di dalam blognya?.

Kenapa selepas pergi ke sana baru perkara ini dihebohkan?. Malah, persoalan juga timbul pada gambar beliau dan neneknya yang telah pun disiarkan dalam laman blog peribadi beliau.


Bukti, inilah gambar wanita yang dikata neneknya di"blur"kan itu


Gambar neneknya sengaja di"blur"kan (bulatan kuning) supaya tidak nampak jelas wajah sebenar neneknya itu. Kenapakah ini berlaku?.

Apakah Saiful takut neneknya dikenali kerana ramai yang mempunyai gambar asal neneknya itu sebenarnya (akan kami dedahkan).

Benarkah wanita yang ditolak atas kerusi roda itu adalah nenek Saiful atau sesiapa sahaja yang dipinjam sekejap untuk tujuan bergambar?. Persoalan juga boleh timbul tentang kenapa Saiful begitu cepat dapat pergi menunaikan fardhu haji ke Mekah.

Siapa yang menguruskannya dan siapa pula yang membiayainya?. Sedangkan orang lain menunggu masa yang lama untuk berbuat demikian tiba-tiba Saiful begitu mudah pergi haji dengan pakej Muassasah Tabung Haji.

Kuota siapa yang digunakan agaknya. Apakah Saiful boleh dengan mudah masuk nama seperti dia masuk ke rumah PM Najib Razak ketika mengadu diliwat Anwar dulu atau sebaliknya?. Semua ini memusykilkan kita sebenarnya.

Malah, ramai juga yang terkejut kenapa Saiful mengikut kumpulan rombongan haji dari negeri Johor dan bukan negeri lain?. Apakah kerana negeri Johor (karat biru dacing) dan yang pergi majoritinya ahli-ahli UMNO maka nama Saiful dimasukkan.

Apakah Saiful benar-benar pergi tunaikan fardhu haji seperti yang diperkatakan atau sekadar mengiringi neneknya sahaja. Inilah yang menjadi persoalan!.Pahang Daily Online

Read more ...