Monday, October 3, 2011

RUPANYA!!! Indeks Jenayah Johor lebih rendah dari Penang? Betul ka.....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPQGnZimu9ucJEcoLWooMPSq86uRB1Se-dfJgauMzzQqHzcAS_vJ8u-00GKg-7vS8eQBeYdQoQbsKrzUgj47FwIQKGxLlksqGo-5Aq6eyR5BaRcuqihroX1NUeS7YgZNWGFRXHYRAY/s1600/Statistik+Jenayah.jpg
Data Cedok dari Kedahlanie

Read more ...

SIAPA?!!! Saksi Anwar dirahsia elak ditekan ubah keterangan


Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.


Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.


Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.


"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,” katanya.


"Ini saksi kami.


Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan.”


Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan.


Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004.

Read more ...

SEPINA NAJIB!!! Apa kaitan Razak Baginda, Lodin Wok dan Najib ?



Beribu batu jauhnya, peguam Perancis, Joseph Breham sedang dalam persiapan terakhir sebelum muncul di kota London 30 September lalu.

Beliau diberitakan bercakap dihadapan para hadirin antarabangsa, memperjelaskan maklumat terkini tentang siasatan kes berprofil tinggi yang mana syarikat gergasi senjata DCN telah membayar imbuhan kepada wakil kerajaan Malaysia termasuklah kepada Perdana Menteri Najib Razak.


Breham yang juga anggota Pertubuhan Peguamcara Hak Asasi Manusia Antarabangsa, telah dilantik oleh Suaram untuk mewakilinya dalam memfail aduan terhadap DCN di kota Paris awal 2010.


Skandal imbuhan pembelian Scorpene itu sebenarnya kecil berbanding dengan kes-kes rasuah yang lebih besar yang melibatkan penjualan senjata berat di seluruh dunia.


Bukan sahaja DCN didakwa merasuah wakil rasmi kerajaan Malaysia untuk memeterai rundingan jual-beli senjata tetapi siasatan yang sama telah dilakukan di Taiwan dan Pakistan.


Namun, malam ini di kota London, isunya ialah kes di Malaysia.


Breham dikatakan akan menyentuh tentang isu rumit rundingan jual-belisenjata yang melibatkan jumlah RM7 bilion, yang mana Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah bersetuju dengan pembelian dua buah kapal selam terpakai jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta.


Razak Baginda dan Perimekar


Turut terlibat di dalam jual-beli ini ialah rakan karib Najib iaitu Razak Baginda, yang bertindak sebagai proksi dalam menjayakan rundingan itu, dan Altantuya Shaaribuu, seorang wanita Mongolia yang bertindak sebagai jurubahasa untuk Razak Baginda.


Wanita itu yang dikatakan seorang kekasihnya pernah diberitakan mendampingi Najib.


Malangnya, beliau telah dibunuh pada tahun 2006 di Kuala Lumpur oleh dua orang pengawal peribadi Perdana Menteri itu.


Perimekar yang sebelum ini tidak pernah terdengar merupakan sebuah firma kecil milik isteri Razak Baginda, yang bertindak sebagai pengantara bagi menjayakan pembelian kapal selam itu oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.


Sebagai habuan, Perimekar dibayar 114 juta Euro atau RM570 juta, namun perkataan ‘komisen – imbuhan’ tidak digunapakai, dan di dalam Parlimen negara, perkataan itu dimaksudkan dengan imbuhan lumayan kepada Perimekar atas perkhidmatan dan koordinasinya.


“Saya merasakan tidak perlu untuk kita membawa isu ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana rundingan jual-beli itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan pembelian kapal selam itu adalah sah mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan.


Jawab Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi yang dipetik dari the Star pada Julai 2010.


Situasi ini berlaku di Malaysia dimana para menteri bersumpah taat setia kepada ‘ketua penyamun’, parti politiknya dan barulah rakyat Malaysia.


Oleh sebab itulah Suaram terpanggil untuk membuat laporan di luar negara selepas gagal melancarkan pendakwaan di negara sendiri.


Masalah besar


Perjuangan kental Suaram melawan rasuah besar dilihat semakin membuahkan hasil.


Parti UMNO pimpinan Najib mula menjadi resah tak senang duduk.


Para pemimpin Majlis Tertinggi mula tidak selesa apabila dipersoal oleh rakyat sendiri, pemimpin dunia tersohor dan ahli perniagaan taraf dunia, kenapa parti mereka menghalalkan rasuah berskala besar yang dibuat tanpa rasa malu ini?


RM570 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, ditambah pula ada lagi berita-berita buruk yang berkaitan akan muncul.


Malaysia sangat malang apabila membayar harga yang terlalu tinggi untuk kapal selam yang tidak sesuai untuk perairan negara dan ditambah lagi proses penyelenggaraan yang melampau mahal mengakibatkan jumlah kos untuk sebuah kapal selam Scorpene ini dua kali ganda harga tawaran iaitu RM7 bilion.


“Najib telah diberikan waktu yang cukup untuk menjelaskan isu ini tetapi sebaliknya menghantar pulang peguam William Bourdon. Jika beliau tidak bersalah, beliau sepatutnya memanggil untuk diwujudkan siasatan terbuka untuk membersihkan nama baiknya tetapi dia memilih sebaliknya, menampakkan beliau sebenarnya bermasalah,” ujar Timbalan Presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.


“Sehingga kini, skandal itu menjadi besar dan tidak boleh disorokkan lagi. UMNO sedang menebal mukanya dalam mengharungi PRU-13 dan mungkin selepas itu akan menghumban Najib keluar. Imej tercalar yang ditimbulkan Najib memang sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Rakan sejawat di dalam parti yang tidak bersalah turut terpalit, sama ada secara langsung atau tidak langsung.”


Kaitan Lodin Wok dan Scorpenes


Menurut sumber kabel diplomat dari kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, yang didedahkan oleh Wikileaks awal tahun ini menyatakan nama beberapa orang rakan Najib yang turut terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene itu turut disebut-sebut.

Salah satu daripadanya ialah Lodin Wok Kamaruddin, ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera.


Lodin bagaimanapun menyangkal spekulasi itu namun beliau tidak mahu menjelaskan dakwaan yang beliau terlibat langsung dalam urusan jual-beli itu.


Bukan sahaja Lodin menjawat jawatan sebagai ahli lembaga Perimekar yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tetapi namanya turut dipetik di dalam sebuah firma BIHC yang mengambil-alih firma Perimekar dalam kontrak urusan koordinasi dan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada tahun 2010 yang lalu.


Apakah ‘peralihan korporat’ terkesan kerana skandal Perimekar yang semakin hangat ini? Juga, kenapa kontrak koordinasi dan perkhidmatan oenyeleggaraan diketepikan dan diambil-alih oleh firma baru Lodin?


Dan apakah jumlah RM114 juta milik Perimekar itu hanyalah sebagai 'wang pelincir'? Atau apakah ada lagi pembayaran yang akan diterima?


Soalan penting yang penting untuk dijawab.


Mungkin Breham akan membawa kita kepada persoalan itu malam ini.


BHIC ambil-alih Perimekar?


Sementara itu, cuba kita menjenguk Lodin Wok Kamaruddin sekali lagi. Selain jawatannya di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera, beliau juga ialah timbalan pengerusi Boustead Holdings Berhad.


Dua syarikat tersebut mempunyai 20% saham setiap satu di dalam Perimekar melalui syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd. Selebihnya iaitu 60% saham dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut.


Menurut laporan kewangan Perimekar, Lodin Wok Kamaruddin merupakan seorang dari lima pengarah urusan Perimekar selain daripada isteri Razak Baginda Mazlinda Makhzan, Rozana Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby.


Lodin juga pernah menjadi ahli lembaga kepada Affin Bank Berhad, yang merupakan antara bank pendana utama syarikat Perimekar.


Semua ‘kebetulan-kebetulan’ tentang pembelian kapal selam ini boleh membuatkan tidur ahli perniagaan berusia 61 tahun ini tidak nyenyak.


Walaubagaimanapun, ketika dihubungi, Lodin cuma menyatakan yang beliau sudahpun bersara dari lembaga syarikat Perimekar pada 1 Julai 2010 selepas syarikat itu menamatkan kontrak dengan kerajaan sesuai penghantaran dua buah kapal selam Scorpene kepada negara.


Beliau turut berkata yang beliau ialah pengarah syarikat itu yang mewakili Lembaga Tabung Angkatan Tentera.


Namun, Perimekar bukanlah satu syarikat sahaja yang terlibat di dalam jual-beli kapal selam Scorpene itu. Penglibatan Lodin lebih dari itu. Beliau juga merupakan pengerusi syarikat Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)


Dan anak syarikat BHIC iaitu Boustead DCNS Naval Corp, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM532 juta berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan. Syarikat itu sekarang menguruskan perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam itu untuk tahun 2010- 2015.


Syarikat Boustead DCNS Naval Corp adalah sebuah syarikat gabungan 60:40 antara BHIC Defense Technologies dan DCNS berpangkalan di Perancis sejak tahun 2009.


“Lodin merupakan watak penting ketika Najib menjawat jawatan Menteri Pertahanan semasa pembelian itu berlaku pada tahun 2002,” kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.


Melihat akan kenaikkan harga barang dan keresahan rakyat jelata tentang kegawatan ekonomi, pentadbiran Najib telah bermuslihat, berjanji untuk memperuntukkan lebih banyak dana kepada umum dan peruntukkan pembelian senjata direndahkan.


Tahun 2010 yang lalu, Najib telah meluluskan peruntukkan belanjawan sebanyak RM9.1 bilion kepada Kementerian Pertahanan iaitu penurunan sebanyak RM1.5 bilion dari tahun 2009.


Walaubagaimanapun, dalam tahun 2011, angka peruntukkan kembali meningkat kepada RM11 bilion, rentetan dari peruntukkan tambahan sebanyak RM500 juta akibat ‘anggaran paras rendah’ untuk perkhidmatan penyelenggaraan kapal selam kontroversi itu.


Adakah ini juga sebuah rundingan syarikat BHIC?JP

Read more ...

NONG CHIK FLIP FLOP!!! UMNO ingat Kampung Baru BAPAK dia punya

http://komunitikini.com/wp-content/uploads/2011/03/raja-nong-chik-federal-territory-minister-223x141.jpgPAS membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 - yang baru - tanpa perbincangan dengan pemilik tanah penempatan eksklusif orang Melayu itu.

Pagi tadi, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memaklumkan Dewan Rakyat mengenai keputusan kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang sepatutnya dibaca kali kedua tetapi digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.


Tindakan itu mengejutkan banyak pihak khususnya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang awalnya menganggap Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, meskipun pihaknya menyambut baik penarikan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010, namun tetap kecewa dengan pembentangan undang-undang yang baru - disifatkan sebagai membelakangkan pandangan penduduk Kampung Baru.


“Walaupun rang undang-undang yang lama ini dimansuhkan pagi tadi, tapi tetap menggambarkan sikap kerajaan yang tak mengambil kira pandangan penduduk apabila membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru yang baru (2011),” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 tidak wajar dimasukkan tanpa menteri memanggil sekretariat bagi mendrafnya.


Justeru Salahuddin berkata, PAS akan mengambil masa paling singkat seminggu untuk meneliti Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 dan akan merujuk kepada panel peguam yang menguruskan isu Kampung Baru sebelum menyatakan sebarang pandangan.


“Kami belum ada masa untuk meneliti Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 kerana baru dibentangkan tadi. Kami melalui panel dan sekretariat akan meneliti dan akan kami ulas kemudian,” kata beliau dipetik Harakahdaily.


Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar mahu wakil penduduk Kampung Baru khususnya Lembaga Pentadbiran Kampung Baru dipanggil untuk membincangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.


“Kerajaan seharusnya sebelum membentangkan rang undang-undang ini, seharusnya ia dirujuk kepada penduduk Kampung Baru sebab ia khusus kepada penduduk Kampung Baru.


“Kalau terus bentang di Parlimen yang akan bahas bukan orang Kampung Baru, mesti tak dapat gambaran sebenar,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Salahuddin juga mencabar Raja Nong Chik membuktikan dakwaannya bahawa 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru.


“Kita cabar menteri dedahkan referendum yang diedar kepada penduduk itu dan betulkah 90 peratus setuju.


“Kalau betul 90 peratus setuju kenapa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik? Banyak perkara yang disembunyikan dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru,” katanya.


Raja Nong Chik dalam kenyataannya minggu lalu berkata sebanyak 90 peratus penduduk Kampung Baru bersetuju dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan akan meneruskan bacaan kali kedua.


Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan menggantikannya dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 dengan beberapa pindaan, termasuk mewujudkan lebih banyak wakil daripada kalangan penduduk kawasan itu.


Antara pindaan yang dibuat ialah mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi Perbadanan Kampong Baru daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah serta menambah keanggotaan Majlis Penasihat kepada perbadanan daripada kalangan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru daripada dua orang kepada enam orang.


Raja Nong Chik berkata jawatan Timbalan Pengerusi perbadanan itu akan bertindak membantu dan menyokong tugas pengerusi, selain menjadi wakil kepada penduduk Kampung Baru.


“Di bawah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 diperuntukkan dua wakil daripada kalangan penduduk Kampung Baru, tetapi di bawah rang undang-undang baru ini wakil pewaris dan tuan tanah di kawaan itu ditambah empat lagi termasuk jawatan Timbalan Pengerusi,” katanya pada sidang media.


Mengenai 15 anggota Majlis Penasihat, termasuk jawatan pengerusi perbadanan itu, katanya perbadanan itu akan mempunyai enam orang anggota wakil penduduk Kampung Baru termasuk jawatan Timbalan Pengerusi.


Raja Nong Chik berkata di bawah rang undang-undang baru ini juga pandangan Majlis Penasihat perlu diambil kira oleh perbadanan itu berbanding rang undang-undang sebelum ini di mana pandangan Majlis Penasihat tidak memberi kesan kepada keputusan perbadanan.


Beliau berkata perubahan-perubahan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan pemilik dan pewaris tanah serta badan-badan bukan keraaan (NGO) berkaitan dalam beberapa siri perbincangan yang diadakan sejak awal tahun lepas sehingga semalam.


“Perubahan-perubahan ini bukan bersikap kosmetik sahaja tetapi diambil kira pandangan-pandangan NGO seperti wakil daripada MAS (Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu), Persatuan Perbadanan Kampong Baru dan lain-lain.


Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dibacakan pada kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu dan ditangguhkan pembentangan untuk bacaan kali kedua pada sesi Dewan Rakyat Jun lepas ekoran protes pemilik tanah.


Raja Nong Chik berkata selain itu, kuasa perbadanan dalam menguruskan hal pengambilan tanah di Kampung Baru turut dikeluarkan daripada Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.


“Isu tanah sangat sensitif, saya fikir rundingan dan perbincangan sangat penting, mereka ada pelbagai rancangan. Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum ia mestilah dibangunkan secara komprehensif.


“Inilah di mana perbadanan akan memainkan peranan untuk memudahkan syarikat berkaitan kerajaan yang dipilih untuk membangunkan tanah itu,” katanya ketika ditanya cara yang akan digunakan kementerian itu dalam membangunkan tanah di Kampung Baru.

Read more ...