"Sebelum ini orang India ada hadir tetapi dua tiga orang sahaja, tak sangka malam ini mereka datang seramai ini. Semasa kes pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu pun, orang India tak ramai macam malam ini". Beritahu Sdr. Fakhrurrazi bin Haji Khalid AJK PAS Kawasan.
"Sebelum ni pun masa ceramah Mat Sabu di Pusat Tarbiah, ramai orang India hadir malah lebih ramai dari di sini dan itu adalah kali pertama orang India hadir ke Markaz PAS " Jelas beliau lagi.
Ceramah yang sepatutnya disampaikan oleh Tuan Haji Mahfuz Omar telah diganti dengan Ust. Izat bin Shauqi. Tuan Haji Mahfuz Omar tidak dapat berceramah kerana menunggu ibunya yang sedang sakit di hospital. Walaupun Tuan Haji Mahfuz tidak hadir, orang India yang hadir mendengar ceramah ini tidak berganjak sehingga ke akhir program.
Walaupun masih muda, gaya dan intonasi suara yang tenang dan padu disamping penyampaian isi ceramah yang tersusun berjaya memberi kesan kepada pendengar pada malam itu.
Sementara itu, Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar berharap lebih ramai penceramah PAS berceramah menggunakan tayangan slaid bagi menunjukkan fakta dan menarik perhatian pendengar. Pengerusinya Sdr. Bahrain Desa berkata, setakat ini hanya YB Ir. Amiruddin Hamzah yang menggunakan kaedah ini.
Untuk itu semua PAS Kawasan perlu segera menyediakan peralatan yang diperlukan seperti laptop dan LCD projektor di samping tenaga kepakaran menggunakannya. Insyaallah PAS Kawasan Parit Buntar di bawah Lajnah IT sudah bersedia." Ujar Sdr. Bahrain lagi