Tuesday, November 5, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Sah, Ku Is bertanding Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia


KUALA LUMPUR: “Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak,” ujar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Menurutnya, setelah menerima makluman daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS tentang pencalonan yang telah diterima daripada Dewan Pemuda PAS kawasan-Kawasan, beliau akur dengan setiap pencalonan yang telah diberikan kepadanya.

Beliau telah menerima untuk ketiga-tiga jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Salahuddin Ayub tidak bertanding Timbalan Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti sempena muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini.

Menyatakan hal itu kepada Harakahdaily, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau bertanding jawatan nombor dua parti itu setakat ini.

"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu diatas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Tuan Ibrahim masih tinjau peluang bertanding jawatan tertinggi


Tuan Ibrahim Tuan ManSHAH ALAM - Di sebalik orang ramai masih berteka-teki keputusan pemimpin Pas yang dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden, Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan sedang "meninjau"  pencalonan jawatan tersebut.

Tuan Ibrahim berkata, beliau telah menerima tiga pencalonan untuk jawatan tertinggi parti iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK Pas Pusat melalui surat yang diterimanya secara rasmi, semalam.


Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan akan diumumkan pada 8 November selepas melakukan penyerahan borang jawapan.


"Saya baru terima surat semalam, saya ada tiga pencalonan.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Abu Bakar Chik sah bertanding jawatan Naib Presiden PAS

Abu Bakar ChikKUALA TERENGGANU – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik menjadi pemimpin pertama yang menyatakan kesediaannya menerima pencalonan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali ke-59, pada 22 hingga 24 November ini.

Beliau menerima ‘tawaran’ bertanding calon Naib Presiden setelah membuat pertimbangan serta perbincangan dengan rakan-rakan dalam parti.

Menurutnya, ia adalah penting bagi beliau sama-sama berada dalam kepimpinan tertinggi PAS yang merupakan sebuah gerakan Islam dan parti politik yang relevan di tanah air.

“Saya ingin membuat sedikit pengumuman berkaitan dengan pencalonan yang saya terima untuk Naib Presiden PAS dan juga Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Husam tunggu Dato' Tuan Ibrahim buat keputusan


 















Datuk Husam Musa (gambar) hanya akan membuat keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan tertinggi parti selepas Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat keputusannya.

Husam berkata, ini kerana tumpuan ahli PAS sekarang adalah kepada pendirian Tuan Ibrahim sama ada mahu bertanding atau tidak khasnya jawatan timbalan presiden.


"Ahli PAS sangat berharap kepada beliau untuk bertanding. Jadi sehingga beliau membuat apa-apa keputusan, saya masih membuat pertimbangan dan berbincang dengan semua peringkat parti," kata Husam ketika dihubungi.



Husam kini dalam misi lawatan kerja ke Kurdistan dan antara yang beliau temui adalah keluarga Salahudin Al-Ayubi, tokoh Islam yang terkenal serta pemimpin parti dan gerakan Islam di sana yang kebetulan pengikut Sunni bermazhab Shafei.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Peluang Tuan Haji Mohamad Sabu bersinar kembali


NONEBelum habis penat berkempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau, perhatian semua pihak khususnya penyokong PAS kini bertumpu pada pemilihan jawatankuasa parti pada 21 November depan.
Tentunya, pemerhati politik semakin galak mengintai peluang ayam sabung PAS Mohamad Sabu sama ada boleh mempertahankan jawatan timbalan presiden yang disandangnya sejak dua tahun lalu.

Sebelum ini wujud desas-desus usaha menyingkirkan Mohamad, namun kemudiannya perkara itu dinafikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ia ekoran 'lobi' kumpulan proagamawan yang kuat dalam PAS, terutamanya Dewan Ulama, yang mahukan agar jawatan tertinggi dalam parti Islam itu diisi oleh golongan ulama.

Berdasarkan perkembangan semasa, peluang Mohamad - yang telah menyatakan pendirian mempertahankan jawatan itu - dilihat kembali cerah sekalipun berdepan laluan sukar.

Selain beliau, empat lagi tokoh dicalonkan ke peringkat itu, termasuk dua naib presiden - Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa - serta Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tun Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Bagaimanapun, Salahudin dan Husam setakat ini tidak berhasrat mencabar Mohamad, sebaliknya dijangka mempertahankan jawatan disandang. Ia sekali gus, membolehkan Mohamad menarik nafas lega buat masa ini.

Read more ...