Ditetak kerana bendera parti
Hasri berehat di rumahnya selepas menerima rawatan di HTAA, semalam.
 
KUANTAN - Hasrat seorang lelaki cuba menyelesaikan salah faham yang timbul berhubung dakwaan penyokong parti lawan kononnya bendera parti mereka dibuang pihak tertentu hampir meragut nyawanya apabila dia parah ditetak dalam kejadian di Felda Neram 1, Kemaman dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Hasri Hassan, 40, yang juga ahli PKR ranting tanah rancangan Felda terbabit cedera di bahagian bawah lutut kanan, pergelangan kaki kiri, tangan kiri dan bahagian belakang badan akibat ditetak dan dipukul menggunakan parang serta kayu oleh kumpulan terbabit.

Mangsa yang turut ditumbuk serta disepak dan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Goh dekat sini sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi rawatan lanjut.