SERDANG - Pengguna Lebuhraya Lembah Klang (SKVE) mendesak kerajaan
mengalihkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada laluan
Hospital Serdang ke lokasi lain yang lebih sesuai.
Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Serdang, Mohd Sharifudin Johan berkata, kerajaan perlu mengkaji semula pemilihan lokasi dan had laju bersesuaian untuk pelaksanaan sistem itu.
"Dalam keadaan kecemasan terutamanya membawa pesakit ke hospital kelajuan 80 kilometer sejam adalah tidak wajar. Kami minta kerajaan mengkaji semula pelaksanaan sistem ini di lokasi bersesuaian,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, Timbalannya, Liew Yew Fook, mahu papan tanda pemberitahuan AES dipasang sekurang-kurang dua kilometer sebelum lokasi AES dipasang.
“Ia sebagai tanda amaran supaya pengguna berwaspada ketika memandu, bagaimanapun jika mereka tetap berdegil, padahnya mereka tanggung sendirilah,” katanya.
Bagaimanapun, saya tidak membantah pelaksanaan sistem ini bagi mendidik pemandu agar memandu dengan berhati-hati tetapi menyarankan agar ia di alihkan ke lokasi yang lebih sesuai, kerana di sini bukanlah lokasi panas kemalangan.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam Puchong, Kuan Chee Heng berkata, rata-rata penduduk di kawasannya merungut kerana ini merupakan laluan utama ke hospital dan tidak relevan dalam keadaan kecemasan akan memandu kurang daripada 80 kilometer sejam.
“Tidak berguna jika kerajaan menawarkan kos rawatan RM5 jika bil yang harus dibayar RM305 disebabkan adanya kamera ini, lagipun di sini bukanlah kawasan kemalangan.
“Kami menyokong penuh hasrat kerajaan memperkenalkan AES bagi mendidik pengguna jalan raya mematuhi had laju, tetapi ia lebih dilihat sebagai mengaut keuntungan.
Pelaksanaan AES sejak dua minggu lalu mendapat reaksi negatif daripada pengguna jalan raya berhubung lokasi alat tersebut tidak relevan dengan situasi jalan raya.SH
Read more ...