Wednesday, January 12, 2011

Apa cerita hubungan Hasan Ali dengan Khusrin

PAS Selangor makin mesra dengan Khusrin


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohammed Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila Mohammed Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

NONETambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohammed Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.

Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya.

Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.

Read more ...

Adun dari Daerah Kerian Perak disiasat SPRM

SPRM siasat Adun kerana penipuan tanah.

IPOH, 12 Jan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan sedang menyiasat kes seorang Adun di negeri ini berikutan dakwaan penipuan tanah seluas 300 ekar di Kerian.

Menurut sumber Harakahdaily yang turut menjadi salah seorang saksi kes itu, beliau telah dua kali dipanggil oleh pegawai SPRM untuk memberikan keterangan dalam kes itu.

"Mereka (pegawai SPRM) kata, kalau tidak ada apa-apa masalah, dakwaan akan dibuat tahun ini juga terhadap YB itu," kata beliau.

Adun berkenaan yang merupakan seorang kakitangan kerajaan sebelum menjadi calon BN dalam pilihan raya umum 2008 didakwa memperalatkan 30 orang lain untuk mendapatkan tanah yang terletak di Jalan Selamat, berhampiran dengan kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kerian.

Permohonan tanah ini dibuat ketika Adun berkenaan masih kakitangan kerajaan iaitu pada tahun 2002 lalu.

SPRM mula menyiasat kes ini pada tahun 2010 selepas mendapat laporan mengenainya. Ia berupakan tanah untuk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang dipohon oleh kira-kira 30 orang tetapi berakhir dengan dimilki oleh syarikat milik Adun ini.

Modus operandinya adalah setiap orang akan menandatangani borang permohonan tanah kerajaan itu tetapi ia kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat untuk dimajukan.

Yang peliknya, pada setiap borang itu, ia mempunyai cap jari pihak lain, tandatangan orang lain dan gambar juga orang lain.

Sepatutnya, setiap pemohon yang terdiri dari 30 orang itu akan mendapat 3 ekar tanah setiap peserta.

Namun, apabila telah diluluskan, tanah itu sudah menjadi milik syarikat yang dikuasai oleh Adun berkenaan.

"Saya diminta menandatangani permohonan tanah itu secara tidak sedar ketika bekerja di sana. Rupanya, ia adalah permohonan tanah dari kerajaan dan diserahkan kembali kepada syarikat milik YB berkenaan," beritahu saksi berkenaan kepada Harakahdaily.

Read more ...

Mahasiswa semakin berani

Mahasiswa mahu anjur p'raya sendiri


NONEKumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini tampil menyuarakan tuntutan supaya pentadbiran universiti memberi "peluang sepenuhnya" kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan pagi ini.

Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar
menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."

Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Katanya, beliau bersama tiga lagi pemimpin mahasiswa kampus itu telah bertemu dengan Mohd Fauzi bagi mendesak UPM menubuhkan sebuah jawatankuasa di peringkat mahasiswa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskan sendiri pilihan raya kampus.

Bercakap dalam sidang media yang diadakan di kampus tersebut hari ini, Syed Shafiq juga berkata, tidak ada sebab mengapa mahasiswa tidak boleh menguruskan pilihan raya kampus mereka sendiri.
Suhakam pemerhati
"Di kampus ini, lebih kurang 15,000 pengundi (mahasiswa). Kita boleh buka secara umum siapa yang mahu menjadi anggota jawatankuasa (untuk mengurus pilihan raya).

gan zhi jie syed shafiq syed hashim and mohd taufiq abdul"Kami juga bertegas dan menuntut supaya sebuah jawatankuasa
seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberi kebenaran dan kebebasan untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya kampus agar ianyaberjalan secara telus tanpa korupsi dan sebarang penyelewengan," katanya.

Syed Shafiq memberi alasan bahawa tuntutan itu dibuat berdasarkan kepada beberapa fakta kes yang berlaku dalam pilihan raya kampus yang lalu.

"Antaranya, pembatalan semua calon pro-Mahasiswa UPM di kerusi umum kerana didakwa melanggar tatacara kempen," katanya.
Syed Syafiq juga mendakwa peraturan kempen sedia ada itu juga "aneh dan lucu" kerana tidak mahasiswa dibenarkan berkempen di mana-mana laman web, blog, sistem pesanan ringkas serta media elektronik.
Lanjutkan tempoh kempen
Dalam pada itu, presiden Pro-M Nasional, Mohd Taufiq Abdul pula berkata pentadbiran universiti perlu melanjutkan tempoh kempen untuk pilihan raya kampus sehingga seminggu.

Bercakap di sidang media yang sama, Mohd Taufiq berkata, tempoh yang ditetapkan untuk kempen tahun lepas terlalu singkat.

"Kalau di Universiti Malaya (UM) tahun lalu, 2 hari 1 malam... Jadi kita nak tahun ini diselaraskan (tempoh berkempen)," kata mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM itu lagi.

Turut hadir di sidang media itu ialah Jurucakap Gerak Mahasiswa Maju UPM Gan Zhi Jie.

Read more ...

Satu lagi senjata PAS lawan Umno di Tenang

Video lucah: PAS minta polis bertegas

LABIS, 12 Jan: Semua ahli dan petugas PAS diminta menyerahkan kepada pihak polis jika terjumpa video lucah yang dikatakan pelakunya adalah seorang bekas menteri kabinet.

Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS untuk Dun Tenang, Salahudin Ayub berkata, beliau telah membuat arahan itu apabila terbaca berita dalam sebuah laman web kononnya video yang pernah dihebahkan itu kini muncul semula di Tenang.

"Kita tidak mahu difitnahkan terlibat dengan penyebaran video itu dan kita telah arahkan semua petugas atau ahli kita menyerahkan video itu kepada polis jika ia dijumpai di Tenang," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Menurut Salehudin, PAS tidak akan terlibat dalam penyebaran video sedemikian kerana ia amat bertentangan dengan dasar PAS.

"Kami bimbang ia satu provokasi terhadap kerukunan pilihan raya kecil ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sejak dari awal lagi, PAS mahu pilihan raya kecil di Tenang berjalan dengan aman tanpa sebarang provokosi. Ini kerana, PAS bimbang jika kekecohan, ia akan menyusahkan para pengundi untuk keluar menjalankan tugas mereka sebagai warganegara.

Malaysiakini hari ini melaporkan, isu video ini muncul kembali apabila orang yang membuat laporan polis tentang video ini 2008 lalu, Lim Kok Long, sekali lagi membuat laporan.

Kali ini beliau melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa polis telah tidak mengambil tindakan terhadap bekas menteri berkenaan.

Menurut laporan sebuah akhbar Cina, Lim Kok Long tidak berpuas hati kerana polis tidak mengambil tindakan ke atas bekas menteri itu yang sepatutnya diambil tindakan di bawah seksyen 377A, Penal Code.

Bimbang juga di Selangor


Sementara itu, kebimbangan yang sama berlaku kepada Pakatan Rakyat di Selangor apabila satu kain rentang yang provokatif dinaikkan dengan meletakkan lambang PAS, PKR dan DAP pada kain rentang itu.

Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.

"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.

Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

Menurutnya lagi, dalam kain rentang tersebut tertera bendera ketiga-tiga parti gabungan Pakatan, dan tertulis biro penerangan PKR Selangor. Hrkh

Read more ...

Najib takkan berani nak debat dengan Anwar

Gamis sedia jadi penganjur debat


KUALA LUMPUR, 12 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bersedia menjadi perunding dan penganjur kepada debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana tawaran yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, semalam.

Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, mahasiswa melihat ia merupakan suatu ruang yang sihat bagi pihak kerajaan dan pembangkang menyatakan iltizam dan inspirasi dalam memacu program ekonomi negara pada masa akan datang.

Katanya, anak muda memerlukan komitmen yang jelas daripada pihak parti politik supaya mereka khususnya mahasiswa boleh menimbangtara program terbaik yang ditawarkan.

“Gamis mengambil perhatian kepada tawaran yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagi suatu usaha yang baik dalam pengamalan demokrasi negara.

“Debat ini perlu dilaksanakan atas garisan akademik dan intelektual tanpa pengaruh emosi kepolitikan daripada kedua-dua pihak. Maka kami syorkan untuk debat ini diadakan dalam universiti yang menjadi medan pertempuran ilmu dan intelek dan bebas dari pengaruh politik berbanding di luar,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, isu yang ingin dibincangkan ialah berkait soal ekonomi negara yang menjadi nadi utama kepada pembangunan negara, maka kepentingan percambahan idea dan pandangan dalam memajukan negara sangat diperlukan.

Menurutnya, debat itu bakal menjadi pentas meraikan demokrasi dalam negara dan rakyat boleh menilai hujah dan pandangan yang bakal dilontarkan oleh kedua-dua pihak.

Mahasiswa, katanya sudah muak dengan hanya mendengar kenyataan balas melalui media tanpa ada suatu pertentangan idea secara terus dan berdepan.

Beliau berkata, permainan isu yang menjadi tanda tanya kepada rakyat khususnya berkaitan hutang negara, ketirisan dalam perbelanjaan, penarikan subsidi barangan asas, pembinaan menara 100 tingkat, FDI yang berkurangan dan banyak lagi isu yang akan pasti menjadi perkara yang perlu dibahaskan melalui debat itersebut.

“Maka besar harapan mahasiswa agar debat ini dapat dijalankan supaya pihak kerajaan boleh menjelaskan isu yang bermain disekitar dan dalam masa yang sama kita boleh menilai kerelevanan manifesto yang dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Menurutnya, debat bukan semata-mata untuk mencari siapa menang dan kalah, tetapi menilai kepada keberanian dan kekuatan hujah yang disampaikan oleh kedua-dua pihak.

“Gamis merasakan ini adalah suatu permulaan kepada politik baru yang dicanangkan bersama untuk melihat masa depan negara yang lebih baik,” ujarnya. - Hrkh

Read more ...