Sunday, January 16, 2011

Kata Markom Giran " kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen" , Kalau begitu Markom Giran bukan kakitangan kerajaan tapi kakitangan Umno

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOfeygZOSagKb7jLL1kYAk-eE3BcSDL1o-OHGYZFPnUTiFGQuMw69yrzPGV8EmQHWrTRlqV1NMBcGzBmfkiIIR_XUoZpjU71NMZTGXazhxqOvTevo16ejTVLW5aROXSHOqC7trHYtsnrE/s1600/hj+markom.pngKUALA LUMPUR, 17 Jan. : Jabatan Pelajaran Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memberi arahan pertukaran sekolah 24 jam kepada suami Normala Sudirman, yang akan turun sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang.

Pengarahnya Markom Giran bagaimanapun memberi amaran kepada Makrof Abdul Mutalib supaya tidak terlibat dalam sebarang kempen membantu Normala yang mesra dikenali sebagai “Cikgu Mala”.

“Tidak ada sebarang arahan pertukaran 24 jam. Ini hanya propaganda dibuat parti politik,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Khabar angin menerusi Twitter mengatakan Makrof telah diarah berpindah sekolah disebar malam tadi, sejurus selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Normala sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang.

Normala, 38, merupakan bekas guru sekolah menengah di Tenang. Beliau telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Normala juga merupakan pengerusi Lajnah Pendidikan Muslimat PAS pusat dan naib ketua Muslimat Johor.

Difahamkan Makrof yang turut mengajar di sekolah berdekatan dengan sekolah isterinya dilaporkan telah berpindah ke Johor Baru, namun arahan itu ditarik balik selepas dibantah pasangan suami isteri itu.

Markom juga menafikan dakwaan bahawa ada arahan pertukaran dikeluarkan terhadap Makrof.

“Beliau (Makrof) masih mengajar di sekolah sama, tapi jika beliau didapati berkempen kita akan mengambil tindakan disiplin. Kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen.

“Apa yang saya katakan tidak melanggar perintah tetap,” kata beliau merujuk kepada arahan sebagai kakitangan awam.

Sementara itu, Makrof ketika dihubungi berkata perkara tersebut sudah selesai dan enggan mengulas lanjut.

“Ia sudah selesai, tiada apa-apa lagi. Saya masih mengajar di sekolah yang sama,” katanya.

Pilihan raya kecil diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS, dengan kelebihan 2,492 undi.

Penamaan calon akan diadakan 22 Januari manakala pengundian pada 30 Januari.

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calonnya Rabu ini.

Read more ...

Merdeka Centre ramal PM adakan pilihan raya serentak dengan Sarawak

Tidak mustahil, Perdana Menteri akan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 serentak dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tahun ini. Demikian ditegaskan oleh Pengarah pusat Penyelidikan Merdeka Center, Ibrahim Sufian berdasarkan beberapa faktor.

Beliau juga tidak menafikan tarikh pilihan raya akan diadakan lebih lewat bukan sepertimana yang disebut-sebut oleh sesetengah penganalisis politik.

Jika PRU ke 13 tetap mahu diadakan lebih awal maka ia mungkin akan memberikan impak yang besar kepada jentera petugas pilihan raya BN di Sarawak," ujarnya.

Sungguh pun begitu, berdasarkan sumber maklumat dalaman, Ibrahim berkata, terdapat rasa kurang yakin pada beberapa pemimpin politik BN disebabkan oleh banyak pelan yang dibentangkan sebelum ini masih belum menampakkan hasil.

Mereka rasa belum cukup 100 peratus yakin dengan untuk mengadakan pilihan raya tersebut dalam tempoh terdekat memandangkan rakyat masih tidak dapat melihat kemampuan mereka mengotakan janji yang dilafazkan dalam manifesto dan bajet sebelum ini," katanya.

Ditanya mengenai relevansi tindakan untuk melewatkan tarikh pilihan raya tersebut disebabkan oleh sasaran yang lebih besar, beliau tidak menafikannya.

"Saya bersetuju dengan sesetengah pandangan yang menyatakan bahawa pada kebiasaannya pilihan raya pertama bagi Perdana Menteri yang baru menempuhnya pada sesi awal pentadbiran mencapai kegemilangan yakni menang besar.

"Justeru, ia bertepatan dengan tindakan untuk mengadakan dua pilihan raya yakni umum dan negeri Sarawak serentak dan dilewatkan.

"Alasannya ialah jika kemenangan yang diperolehi BN di Sarawak tidak cukup besar dan solid, maka ia akan menyebabkan semangat jentera BN di negeri lain turut merudum atau terjejas.

"Itu adalah suatu strategi yang baik untuk mengadakannya serentak, tetapi ia tetap diadakan lewat bagi memberikan masa dan ruang bagi BN melaksanakan segala janji yang dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu," tegas Ibrahim.

Selain itu, faktor yang membolehkan BN menang pada PRU pertama bagi Perdana Menteri yang baru ialah pujuk rayu mereka kepada pengundi agar memberikan peluang kepada pemimpin yang baru sahaja menerajui tampuk kepimpinan negara, ujarnya.

Katanya, ia adalah strategi yang diamalkan secara tradisi oleh pemimpin-pemimpin BN yang baru bagi mengekalkan kekuasaan mereka dalam arena politik di negara ini.

Oleh itu ujar Ibrahim, Dato' Seri Najib Tun Razak akan memaksimumkan segala potensi dan strategi yang ada untuk menang besar.

"Tambahan pula, bagi menyokong alasan untuk rakyat masih mengekalkan sokongan padanya perdana menteri BN akan mengemukakan pelbagai bentuk idea baru bagi mengatasi kelemahan dan masalah sebelumnya.

"Semuanya ini akan dijalankan dalam tempoh masa terdekat sebagai bukti akan kemampuan dan kekuatan mereka," katanya lagi.

Tegasnya, segala inisiatif tersebut adalah bertujuan membolehkan Najib memperolehi pertambahan undi pada PRU 13 itu.

Ibrahim berasa tidak hairan dengan tindakan kerajaan yang ingin melaksanakan segala pelan yang dilancarkan dalam kadar yang segera walaupun ianya tetap akan mengambil masa.

"Sekaligus ia menjadi cabaran kepada pembangkang untuk menghadapi apa yang berlaku pada masa tersebut kelak," tegasnya lagi.

Menjawab soalan mengenai tarikh jangkaan PRU 13, beliau berkata berdasarkan perkembangan terkini ia mungkin akan dilaksanakan pada akhir tahun 2011 atau awal 2012.

"Ini kerana BN masih dalam proses peralihan dan pelan-pelan yang dilancarkan seperti ETP dan EPP masih belum memperlihatkan hasil bagi membuktikan sesuatu pencapaian kepada rakyat untuk terus mengukuhkan kuasa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ibrahim turut menjangkakan BN akan menghadapi kesukaran untuk mempertahankan majoriti dua pertiga di parlimen pada PRU 13 akan datang.

"Kita menjangkakan kerusi-kerusi parlimen di kawasan bandar akan jatuh kepada pembangkang, manakala bagi Pilihan Raya Dun Sarawak pula akan menyaksikan pertambahan kerusi pembangkang.

"Ini sekaligus menguatkan lagi hujah untuk kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara serentak bagi menutup kelemahan tersebut daripada dirasai rakyat khususnya jentera BN sendiri," ujarnya lagi.

Read more ...

Sebelum rampas Kelantan, pulihkan ekonomi Malaysia dahulu.

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan Datuk Mustafa Muhammad dan Datuk Dr Awang Adek tumpulah untuk pulih ekonomi Malaysia yang semakin parah, bukan sibuk hendak ganggu Kelantan.

Sepatutnya mereka berdua ini memerah otak untuk fikir macam mana hendak meningkatkan taraf ekonomi negara yang mengalami defisit sejak 12 tahun berturut-turut dan 10 tahun berturut-turut gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

Harga barang naik, akibat subsidi untuk rakyat ditarik, tetapi untuk kroni terus diberi. Bukankah mereka berdua ini pakar ekonomi, sepatutnya sudah tentu boleh memikirkan untuk menaikkan taraf hidup rakyat di negara ini. Perlu diingat mereka bukan menteri untuk menjaga Kelantan, tetapi untuk menguruskan Malaysia.

Kenapa mereka berdua tidak menegur kerajaan pusat yang diskriminasi terhadap Kelantan, seolah-olah Kelantan berada di Plenet Pluto. Sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991 sebanyak 118 projek telah disekat sampai ke bumi Kelantan.

Sikap dendam sesama bangsa dan agama terbukti apabila wang royalti disekat, minyak dibiarkan mendarat di Songkla Thailand, walaupun tidak ekonomik, yang penting kerajaan yang dipimpin oleh Pas mesti dinafikan.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya , Kelantan boleh mentadbir dengan baik.

Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja.

Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%.

Perkara ini didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.

Kenyataan pemimpin umno Kelantan yang mengatakan Umno mampu untuk mengatasi masalah banjir berbanding dengan Pas, ini satu kenyataan yang angkuh.

Kenyataan yang sama pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim ketika kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang mengatakan kerajaan Kelantan tidak pandai urus perparitan sehingga kerap berlaku banjir, dengan takdir Allah tidak berapa lama hampir separuh negeri Perlis banjir sehingga lumpuh pentadbiran negeri .
Ustaz Idris Ahmad

Read more ...

Utusan lawan Hatta: Siasatan dalaman ditangguh

Nasib Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari masih tergantung apabila siasatan dalaman terhadapnya oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

NONEHata (kiri) melangkah ke Pusat Latihan Utusan di mana prosiding itu berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

Sementara Anbalagan pula mendakwa majikan Hata tidak menjalankan prosedur itu dengan sempurna.

NONE"Saya percaya dia (Mohd Basir) memihak dan menentang saya mewakili Hata bagi memastikan beliau bersalah, seterusnya mencadangkan hukuman berat.

"Tidak dinyatakan dalam perjanjian bersama Utusan yang melarang orang luar dariapda mewakili tertuduh," kata Anbalagan kepada pengerusi siasatan itu.

Hata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Read more ...

Pemuda PAS anjur Forum 100 hari Pakatan Rakyat


PETALING JAYA, 17 Jan.: Pemuda PAS akan mengadakan forum janji 100 hari Pakatan Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur malam esok.

Ketua Penerangan, Suhaizan Bin Kaiat dalam satu kenyataan berkata forum tersebut bertujuan membahaskan pro dan kontranya cadangan Pakatan Rakyat selepas 100 hari memerintah.

Bagi mendapat pandangan yang seimbang daripada semua pihak Pemuda PAS berusaha menjemput parti-parti komponan Barisan Nasional (BN), NGO dan ahli akademik menyertai forum tersebut.

Mereka yang diundang ialah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed ( Ahli Parlimen Pulai), Dr Zubir Bin Harun (Naib Presiden Perkasa), Senator Datuk Akbar Ali (Bekas Timbalan Ketua pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia), Mohd Yusof Bin Abd Rahman (Bendahari Agung Fomca) dan wakil Parti Gerakan.

“Bagaimana pun setakat hanya Saifuddin, Fomca dan Gerakan sahaja yang telah memaklumkan bahawa mereka tidak dapat hadir atas sebab tertentu.

“(Bagaimanapun) Dewan Pemuda PAS Pusat cukup optimis bahawa mereka akan membuat pengesahan kehadiran dalam waktu terdekat ini khususnya Khairy Jamaluddin.

“Insya Allah, kehadiran mereka atau wakilnya sangat penting bagi membangunkan minda rakyat setara dengan negara-negara maju yang menjadikan pidato, debat dan forum sebagai medan menguji kekuatan, kesungguhan dan kemampuan memerintah negara pada masa hadapan,” katanya.

Manakala, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Bin Ahmad, Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Rafizi Ramli ( PKR) mengesahkan akan hadir.

Moderator forum adalah Mazli Noor seorang ahli perniagaan.

Read more ...

Umno pasti pening nak pilih calon setanding Normala

Normala pilihan terbaik untuk Dun Tenang

Artikel : Untuk pertama kali dalam sejarah PAS Johor, sepanjang ingatan saya seorang tokoh muslimatnya - Normala Sudirman, 38 - didipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Bukan mudah untuk seorang wanita melepaskan jawatannya sebagai guru untuk bertugas sepenuh masa di dalam PAS peringkat kawasan, negeri dan nasional dan kemudiannya menjadi calon PAS/Pakatan Rakyat di negeri yang selama ini dianggap kubu kuat Umno/BN.

Pemilihan pucuk pimpinan parti terhadap Normala, saya kira, sangat tepat memandangkan kemampuannya mencurahkan sepenuh masa dan tenaga untuk perjuangan sebuah parti seperti PAS.

Pengalamannya sebagai guru selama 12 tahun membuatnya sangat mengertikan kehendak masyarakat, khususnya ibu bapa. Juga kemampuannya berpidato dan menyampaikan dasar perjuangan PAS untuk membela rakyat semua kaum.

Lebih dari segalanya, Normala, atau Cikgu Mala, mempunyai semangat tinggi dan kemampuan untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dan parti yang diwakilinya.

Beliau sangat sedar keputusannya untuk melibatkan diri dalam perjuangan PAS/Pakatan Rakyat dan seterusnya menjadi calon dalam pilihan raya kecil Dun Tenang ini adalah keputusan yang mungkin tidak mudah dilakukan oleh sebarang orang, namun Normala telah melakukannya dengan berani dan tabah.

Malah ucapannya di dalam kempen, bertemu pengundi, memacu gerak kerja kempen kelihatannya sangat meyakinkan. Mungkin ramai orang, terutamanya di Johor, terkejut dengan pemilihan dan kesediaannya menerima pencalonan oleh parti, memandangkan demografi politik dan suasana di negeri Johor sedemikian rupa.

Namun jangan salah sangka, Negeri Johor bukan lagi negeri kebal dan kubu kuat Umno/BN. Dua Adun dari PAS dan empat dari DAP sudahpun berada di dalam Dewan Undangan negeri itu. Besar kemungkinan, jika diizinkan Allah s.w.t., Cikgu Mala akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Johor yang keenam dari Pakatan, mana tahu.

Jangan ada pihak yang menyangka hal ini adalah mustahil, kononnya PAS tidak ada tempat di negeri Johor. Andaian seperti ini hanya membayangkan keangkuhan dan kesombongan – sesuatu yang sama sekali tidak dibenarkan di dalam Islam.

Oleh itu PAS dan Pakatan Rakyat perlu membuktikan kemampuannya bekerja, mengatur strategi dengan tepat, menemui sebanyak mungkin pengundi dan sebagainya. Ini adalah pilihan raya kecil bersekala besar, justru ia menarik perhatian semua pihak.

Kita yakin Cikgu Mala akan mendapat sokongan kuat dari pengundi Tenang, kerana beliau adalah calon muda yang berwibawa dan sangat prihatin dengan nasib rakyat di Tenang.

Cikgu Normala, adalah di antara sejumlah pemimpin muda muslimat PAS yang menjadi harapan masa depan parti dan perjuangan Islam. Masa depan politiknya masih terbentang luas, sama ada beliau menang atau kalah nanti. Perjuangan PAS masih sangat memerlukan pengorbanan dan sumbangannya.

Sementara itu dalam ucapan di malam perisytiharan calon PAS itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa Pakatan Rakyat menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasana yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media mereka, stesen televisyen, radio untuk berkempen seluas-luasnya,” katanya.

Beliau menambah, bahawa Pakatan Rakyat sedar, pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. “Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun Presiden PAS itu meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya.

Semakin hampir hari penamaan calon dan hari mengundi, suasana di Labis semakin rancak. Para pemimpin dan penggerak parti kebanyakannya sudah berada di Tenang untuk membantu kempen calon PAS, Cikgu Mala agar memenangi Dun ini.

Mereka akan berada di sana silih berganti, dengan belanja sendiri, makan minum sendiri, kenderaan sendiri dan mencari tenmpat tidur sendiri. Semuanya ini adalah manifestasi sebuah perjuangan untuk mempertahankan Islam dan rakyat.

Cikgu Normala akan berada di tengah gegak gempita kempen ini dan kita yakin beliau kenal ramai dengan rakyat pelbagai kaum di kawasan itu, justru kiranya ini memberikan peluang yang baik kepada beliau untuk mendapat sokongan.

Normala akan bertemu dengan para pengundi di tiga kawasan Felda di Tenang, yang kononnya selama ini menjadi kubu kuat Umno/ BN. Tanggapan ini biasalah, tetapi tidak mustahil pengundi Felda, khususnya generasi baru akan mengundi Normala.

Beliau juga akan menemui sebanyak-banyaknya pengundi kaum Cina dan India dan diharapkan pengundi ini akan memilih calon Pakatan Rakyat ini disebabkan pengundi bandar biasanya melihat faktor isu dan seumpamanya.

Walau apapun keputusannya nanti, Cikgu Normala telah tampil sebagai tokoh muslimat dan pemimpin masa depan PAS dan sudah tentu beliau akan meneruskan perjuangannya.
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Read more ...

Isu Azan : MCA punya hal, kenapa Umno salahkan DAP?

Isu Azan: Pemuda PAS WP Serah Memo Kepada JAWI


KUALA LUMPUR 17 Jan.: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) hari ini menyerahkan memorandum menuntut penjelasan berhubung arahan memperlahankan Azan di Masjid Al Iklasiah, Lembah Pantai.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz bersama tiga yang lain menyerahkan memorandum tersebut kepada Penolong Pegawai Tadbir Unit Pentadbiran JAWI, Nasaruddin Mohd Zainal di lobi pada jam 11.30 pagi.

"Semalam JAWI buat penafian memperlahankan azan bukan arahan JAWI Jadi kita minta JAWI jelaskan," ujar beliau kepada media.

Antara kandungan memorandum tersebut yang ditujukan kepada Pengarah JAWI, meminta supaya suara azan di Masjid Al Ikhlasiah dikembalikan seperti asal untuk mengelakkan kemarahan umat Islam di kawasan itu.

Selain itu PAS turut menuntut JAWI membuat garis panduan berkenaan penyiaran azan, tahrim dan kuliah di masjid merujuk kepada perlembagaan persekutuan justeru menuntut pihak berkuasa agama di negara ini tidak tunduk dengan tekanan mana-mana pihak.

Suhaimi berkata beliau tidak mahu negara ini menjadi negara Singapura yang melarang seruan azan berkumandang.

"Jadi kita mahu penjelasan daripada JAWI dalam bentuk surat bertulis atau pengumuman memberitahu bagaimana arahan dikeluarkan kepada masjid tersebut," ujar beliau lagi.

Minggu lalu, dakwaan seorang ahli MCA telah menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Iklasiah, Pantai Dalam diperlahankan.

Ekoran peristiwa itu, umat Islam memberikan reaksi menentang kejadian itu termasuk beberapa pihak mengadakan demostrasi di sekitar ibu negara.

JAWI yang dituduh mengeluarkan arahan tersebut menafikan dakwaan itu namun masih belum menjawab kepada umum.

Read more ...

Cikgu Mala mula temui rakyat

Normala tinjau pasar tani

LABIS, 17 Jan: Calon PAS untuk PRK Dun Tenang, Normala Sudirman tidak menunggu lama untuk bergerak menemui rakyat terbanyak di dalam kawasan itu dengan langkah pertama menuju ke Pasar Tani Pekan Labis, pagi tadi.

Sebelum itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala telah menemui rakyat di kedai-kedai kopi, seterusnya ke Pasar Tani Pekan Labis, Pasar Awam Pekan Labis dan menemui masyarakat Cina di sekitar kedai-kedai di pekan berkenaan.

Rombongan Cikgu Mala ini bergerak bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mphd Salleh dan pimpinan Wanita Pakatan Rakyat antaranya Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pengumuman beliau sebagai calon telah dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis meriah di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Lawatan begini sudah menjadi kebiasaan kepada Cikgu Mala kerana sebelum Adun BN meninggal pun, beliau sudah berbuat demikian sementelahan dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.

Kesanggupan beliau terbukti apabila sanggup meletakkan jawatan sebagai guru bergaji tetap untuk memikul tugas ini dan menyewa dua lot premis untuk tujuan memberikan kebajikan kepada rakyat sebelum daripada kematian berkaitan.

Ustaz Nuridah berkata, beliau terperanjat dengan persiapan Cikgu Mala berusaha keras bagi menghadapi PRU13 namun PRK yang datang terlebih dahulu dan berharap pengundi Tenang dapat menilai tawaran dan kesanggupan Cikgu Mala.

"Inilah perancangan dan ketetapan Allah SWT untuk rakyat di Labis ini dan mereka wajar mengambil kesempatan menghantar suara Cikgu Mala sebagai calon PAS mewakili PR ke Dun Johor," tegasnya.

Cikgu Normala adalah Exco Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai Pengerusi Pendidikan dewan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Johor dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, telah berkahwin dan mempunyai tiga cahayatamata.

Read more ...

Tokoh pelbagai agama disaran bertemu selesai masalah

Nik Aziz cadang pertemuan tokoh pelbagai agama

KOTA BHARU, 17 Jan: PAS mencadangkan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas.

Ini bagi memberikan gambaran kepada masyarakat Malaysia bahawa bukan hanya Islam yang mengharamkan ketiga-ketiga perkara tersebut, kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cadangan ini dibuat beliau ekoran perbezaan pendapat tentang kedudukan pekerja Islam bekerja di premis-premis arak di Selangor.

"Saya mengikuti dengan dekat isu larangan terhadap orang Islam untuk bekerja di premis-premis arak di Selangor seperti yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini.

"Di dalam hal ini secara asasnya saya berpendapat bahawa orang-orang Islam sewajarnya tidak dibenarkan untuk bekerja di premis-premis sedemikian yang jelas menyediakan makanan / minuman diharamkan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan.

Exco Selangor

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Ronnie Liu membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ekoran itu, beliau mengarahkan agar MPSJ menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Pada 14 Januari lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.

Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi.

Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

“Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.

Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Read more ...

PAS angkat Normala, Umno angkat Umi Hafilda

Bukti PAS Iktiraf Sumbangan Wanita


SHAH ALAM 17 Jan. : Pemilihan wanita sebagai calon, Pilihanraya Kecil DUN Tenang membuktikan PAS mengiktiraf sumbangan wanita.

Perkara ini dinyatakan Norlama Sudirman,37, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala selepas beliau diumumkan sebagai calon yang mewakili Pakatan Rakyat.

Ditemui selepas Majlis Penamaan Calon PAS di Tenang malam tadi beliau memutuskan untuk meletak jawatan sebagai guru setelah 13 tahun berkhidmat kerana merasakan kebajikan dan keperluan warga Tenang perlu dibela dan dipertahankan.

"Saya percaya dan penuh optimis bahawa pemilihan saya sebagai calon wakil DUN Tenang ini satu pengiktirafan daripada Pas dan Pakatan Rakyat (PR) yang mengiktiraf kepimpinan wanita muda untuk menerajui landskap politik negara akan datang demi kelangsungan anak bangsa kita," kata beliau.

Katanya lagi, usaha beliau akan ditumpukan dalam membela kebajikan rakyat dan membawa suara masalah rakyat di peringkat akar umbi dari aspek kebajikan, sosial dan sebagainya, khususnya bagi warga DUN Tenang.

Ibu kepada tiga anak, Normala yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis difahamkan telah meletakkan jawatannya sebagai guru semata-mata untuk berkhidmat sepenuh masa di dalam PAS, yang antara lain adalah sebagai Penyelaras Pusat Aduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Suaminya, Makrof Abdul Mutalib serta ibubapanya turut hadir menyatakan sokongan penuh kepada Normala yang juga menyandang jawatan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PASPusat.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditemui wartawan selepas majlis penamaan berkata, pemilihan calon wanita adalah kerana PAS mendapati wujudnya keperluan untuk meletakkan seorang calon wanita dalam pillihanraya kecil kali ini.

"Ini bukan kali yang pertama, PAS meletakkan calon wanita. Kita melihat bukan strategi, ini keperluan. Keperluan bagi negeri Johor dan kita mendengar pandangan dari PAS Johor, dan kita menyedari bahawa wanita juga adalah pengundi bukan sahaja kaum lelaki. Mereka juga perlu suara di dewan negeri dan dewan rakyat," jelas beliau.

Ditanyakan berkenaan isu baru-baru ini di mana MCA mendakwa terdapat percanggahan pendapat di antara parti rakan Rakatan Rakyat berkenaan isu penubuhan negara Islam dan beliau menjelaskan perkara itu telahpun diperjelas dan dipersetujui oleh kesemua parti rakan PR semasa konvensyen PR tahun lalu.

"Isunya bukan nama negara, isunya ialah apa yang kita laksanakan. Kita utamakan titik persamaan mengutamakan konsep negara kebajikan yang adil untuk semua, ini yang perlu diutamakan, tanpa mengira perbezaan agama dan kaum. MCA menggunakan isu ini kerana dia ketandusan modal," tegas beliau lagi.

Read more ...

Mike Tyson pun pernah ditiduri Umi Hafilda ?

Skandal Seks Ummi Hafilda Ali Dengan Mike Tyson?

Pada 23 April 2001 (Isnin) yang lalu, sekitar jam 9.00 pagi, isteri Tan Sri Muhammad Taib telah menyerang Ummi Hafilda di sebuah restoren di Sri Hartamas. Ummi yang baru selesai 'breakfast' dan sedang membuat pembayaran di kaunter, telah diheret ke dalam kereta dan diserang oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib.

Ummi dilapurkan malu dan menangis kerana beliau diheret tangannya, dimaki hamun dan diserang oleh isteri Mike Tyson di hadapan khalayak ramai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Telefon bimbit Ummi juga dirampas dan dilemparkan sehingga pecah dan berkecai.

Sejurus Ummi keluar dari kenderaan tersebut, muka Ummi didapati mempunyai kesan-kesan calar dan luka berkemungkinan akibat pertengkaran yang berlaku di dalam kenderaan isteri Mike Tyson.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhammad, hubungan suaminya dengan Ummi telah sekian lama dipantau sehinggalah pada 21 April 2001 (Sabtu) yang lalu apabila beliau dapat mengesan percubaan Ummi untuk menghubungi Tan Sri Muhammad Taib melalui telefon.

Malangnya, panggilan tersebut telah dijawab oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib sendiri dan beliau terus memaki hamun Ummi kerana menceroboh kebahagian rumah tangganya.

Ingatan kepada ahli-ahli UMNO: inikah ciri-ciri kepimpinan yang bakal mewarisi perjuangan orang Melayu? Wahai Tan Sri Muhammad Taib, insaflah dan jangan kamu terus berbohong kepada umat Melayu?

Wahai Ummi, hentikanlah dendam kesumat kamu kepada Anwar dan keluarga kamu. SB Reformasi senantiasa berada di sisi mu untuk mencatatkan pergerakan dan tindak tanduk kamu yang cukup menjijikkan.

Bertaubatlah dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sumber: Tranung Kite

Read more ...

Dah dapat surat arahan tukar, tapi ditarik balik selepas dibantah

Usaha tukar suami kerana gagal 'kawal isteri'

tenang by election pas announce candidate 160111 normala sudirman with husband
Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.Malaysiakini

Read more ...

Penjelasan Ronnie Liu

MPSJ: Saya Bukan Anti Islam -Ronnie Liu

KUALA LUMPUR, 17 Jan. : Ronnie Liu menegaskan pendiriannya membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol bukan bermakna beliau seorang yang “anti-Islam”. Liu menjadi sasaran media pro-Umno dan juga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) ekoran arahannya agar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) agar menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin mendakwa Liu menghina Islam dengan mengeluarkan arahan sedemikian. Dalam responsnya hari ini, Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor berkata, dakwaan seumpama itu sangat tidak adil.

“Sangat tidak adil bagi (Datuk Seri) Jamil melabelkan saya sebagai anti-Islam... saya prihatin dengan golongan muda yang bekerja untuk menyara kehidupan mereka.

“Jika mereka kehilangan kerja, bank dan syarikat kewangan akan mencari mereka... maka, bolehkah Jamil membantu bayar bil mereka dan mendapatkan pekerjaaan bagi mereka yang dihentikan kerja?” kata Liu

“Siapa beliau (Jamil) untuk mengutuk saya? Beliau bukan ketua agama. Yang di-Pertuan Agong dan Sultan adalah ketua agama Islam, bukannya beliau,” tambah Liu.

Difahamkan ramai Exco Kerajaan Negeri tidak gembira dengan keputusan terbaru itu. Liu mempertahankan bahawa keseluruhan Exco Kerajaan Negeri bersetuju untuk menarik balik keputusan itu sementara satu kajian yang mendalam dijalankan meskipun Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang bertanggungjawab kepada soal agama berkata beliau menyokong penuh keputusan MPSJ.

Awal minggu lalu, MPSJ memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan permis yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis yang menjual alkohol. Liu berkata, pendirian kerajaan negeri tidak bersetuju dalam perkara itu menghantar mesej tegas bahawa pihak berkuasa tempatan “perlu berfikir sebelum bertindak.”

“Saya merasakan Yang Dipertua MPSJ (Datuk Adnan Md Ikshan) wajar dipersalahkan dalam hal ini. Beliau harus bertanggungjawab sebab beliau tidak berbincang dengan kerajaan negeri sebelum memutuskan untuk menguatkuasakan keputusan ini,” kata Liu lagi.

Pada 14 Januari lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras. Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi. Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.

“Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.

Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan. (Sumber The Malaysian Insinder)

Read more ...

Blogger jangan suka fitnah macam blogger Umno

Tuan Ibrahim ingatkan blogger jauhi tulisan fitnah

http://www.nst.com.my/nst/articles/10sie/pixgal2TEMERLOH, 17 Jan: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan blogger-blogger yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) supaya menjauhkan daripada penulisan berbentuk fitnah atau menyerang peribadi seseorang kerana tidak menguntungkan parti.

Katanya, ini disebabkan pejuangan PR ialah menentang dasar BN bukannya peribadi justeru adalah lebih baik pengamal media baru secara lebih beretika memfokuskan tulisan mereka kepada penerangan dasar-dasar perjuangan dan tawaran-tawaran jika PR diberi peluang memerintah.

Berucap merasmikan Himpunan Dunia Media Baru Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan pemuda PAS Pusat (DPPP) di Hotel Green Park kelmarin, beliau berkata penulisan yang menyerang peribadi boleh menjerumus ke arah fitnah.

“Kita kena ingat bahawa kita menentang dasar bukannya peribadi. Jadi adalah lebih baik dalam tulisan masing-msing kita fokuskan kepada dasar dan tawaran PR daripada lebih menumpukan serangan kepada individu. Umpamanya kita perluaskan lagi tawaran ‘100 hari’ Pakatan supaya lebih menyeluruh perbincangan rakyat.

“Sedangkan serangan peribadi kepada individu tertentu tanpa usul periksa kebenarannya boleh menjerumuskan kepada fitnah, tuduhan qazaf dan kekeliruan sehingga berpanjangan walaupun akhirnya cuba diperbetulkan,” tegasnya.

Beliau mengambil contoh pertemuan Mursyidul Am PAS dengan Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri di Istana Negara baru-baru ini. Seorang blogger telah menulis seorang pemimpin PAS yang lain turut bersama walhal pemimpin berkenaan tidak pergi.

“Inilah yang saya katakan supaya berhati-hati dalam menyampai dan memanjangkan maklumat supaya berita yang tersebar tidak menjadi fitnah berpanjangan.

“Jangan hanya mahu menjadi kita orang pertama tahu, kita lupa bahawa tulisan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dan begitulah sebaliknya,” jelasnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian di hadapan kira-kira 100 orang blogger yang datang dari seluruh Pahang dan ibu negara. Dua kertas kerja dibentangkan dalam program sehari itu iaitu oleh Pengarah Akademi tarbiyyah Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan blogger terkenal di Pahang Shukri Ramli.

Di akhir program, Ketua DPPP Nasruddin Hassan telah melancarkan Task Force Media Baru DPPP.

Sementara itu Pengerusi Kelab Blogger PAS Pusat Zaidi Abdul Mutalib dalam ucapan aluannya menggesa blogger, pengguna laman sosial facebook dan twitter penyokong PAS mengambil kesempatan menyebarkan misi, visi, serta dasar perjuangan parti melalui media baru itu.

Beliau yang juga Exco pemuda PAS Pusat berkata, ini merupakan ruang dan peluang terbaik disebabkan pengguna siber yang tinggi di negara ini.

“Pengguna Facebook di Malaysia antara yang tertinggi di dunia iaitu lebih 7 juta orang. Pengguna jalur lebar pula mencecah 1.8 juta. Pengguna internet seluruh negara mencecah 22 peratus. Lima negeri melebihi peratusan pengguna internet nasional iaitu Kuala Lumpur 54%, Pulau Pinang 36%, Selangor 38% dan Labuan 25%. Sementara Pahang 16%.”

Tambahnya, ruang dan medan yang ada boleh digunakan juga bagi menjawap pelbagai tohmahan pihak berkuasa yang selama ini menguasai media tradisional arus perdana.

Read more ...

SPR dah mulakan kerja menangkan Umno di Tenang ?

Pakatan pertikai SPR pindah pengundi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCwEkIhxascYNniZN-vTQfLRA_qut9maXOLjLBme1P-aN6TTyMKYKJhLh9a6XjrQErZlAqMR0c2jqNPs35ig-SxJdD8_NlmV-Ma5_uODWVSZYYRBxmUqdLuLeJdHhg_5gvzwn54LZqEYtf/s400/spr+love+umno.jpgLABIS, 17 Jan: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memindahkan pengundi dari tiga Unit Peti Undi (UPU) di Dun Tenang yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.05 Tenang, Dzulkefly Ahmad menyifatkan tindakan tidak profesional itu jelas menunjukkan sikap SPR memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, kesemua UPU itu iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Labis, Bandar Labis Timur dan SJK Tamil Labis, adalah kawasan pengundi Cina yang mengundi PAS pada PRU 2008 dan PAS menang di kesemua peti undi tersebut.

Maklumat yang diperolehi dari SPR, ujarnya mendapati pengundi yang sebelum ini mengundi di UPU SJKC Bandar Labis Tengah dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin Jalan Kampung Tenang, pengundi di UPU Bandar Labis yang sebelum ini membuang undi di SMK Sri Labis dipindahkan ke Dewan Bola Keranjang JKKK Labis Jalan Segamat manakala pengundi UPU Bandar Labis Timur yang sebelum ini mengundi di SJK Tamil Labis pula dipindahkan ke Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah.

Menurut Dzulkefly, tindakan SPR menukar tempat mengundi itu bertujuan untuk mengeliru dan menyusahkan pengundi Cina.

“Sebelum ini pengundi Cina di kawasan Bandar hanya perlu berjalan kaki untuk ke tempat mengundi kerana jaraknya dekat dengan tempat tinggal mereka tetapi sekarang mereka terpaksa ke tempat mengundi yang jaraknya sekitar empat hingga lima kilometre dan ini akan menyukarkan mereka.

“Bahkan lebih membimbangkan lagi sekiranya mereka tidak membuat semakan daftar pemilih di saat-saat akhir yang memungkinkan mereka tidak dapat mengundi setelah nama mereka tiada di dalam daftar pemilih di UPU tersebut,” ujarnya.

Dzulkefly yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, turut mendedahkan taktik lawan yang akan menaikkan kain rentang serta menabur risalah yang berbaur fitnah dan perkauman bertujuan menimbulkan ketegangan sepanjang PRK Tenang.

Bagaimana pun menurutnya, PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkembangan itu dengan mewujudkan pasukan khas yang akan membuat rondaan secara berterusan bagi memastikan PRK Tenang berjalan dengan aman dan harmoni.

“Pasukan khas ini akan menjalankan rondaan sepanjang 24 jam dan kita akan bekerjasama dengan pihak keselamatan jika ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab cuba mengeruhkan suasana,” katanya.

Selain itu beliau turut menegaskan, pasukan khas ini juga akan memantau salah laku jabatan serta agensi-agensi kerajaan yang berkempen bagi pihak BN.

“Kita sudah ada maklumat berhubung penyalahgunaan kuasa beberapa agensi kerajaan negeri dan Pusat yang berselindung di sebalik program-program rasmi kerajaan berkempen untuk BN, ini satu amalan yang jelas menyalahi peraturan bagi penjawat awam.

“Kita akan terus memantau perkembangan ini serta bertindak sewajarnya jika pihak-pihak terbabit terus menyalahgunakan kuasa,” tegas beliau.

Read more ...

PR terbukti mampu mentadbir lebih baik, tidak rasuah, pendapatan bertambah

Mampu Tadbir Lebih Baik, Rasuah Boleh Diatasi Dengan Kemenangan PR


KUALA LUMPUR 17 Jan.: Rancangan Program 100 Hari bukan cakap sesuka hati kerana sebahagiannya telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat(PR), ujar Lim Guan Eng.

Beliau dipetik berkata demikian di Majlis Tertutup Bengkel Pilihanraya Kebangsaan DAP Di Kuala Lumpur 16 Januari lalu.

Katanya, sungguhpun banyak program dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bankrap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009.

Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009.

Selepas ditadbir PR, Pulau Pinang mencatat sejarah apabila mencatat lebihan bajet paling besar iaitu sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009.

Melalui lebihan bajet itu pelbagai program dijalankan di antaranya membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Pada tahun 2010, peruntukan pendidikan tahunan sebanyak RM11.3 juta kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah Cina dan Tamil telah diberikan.

Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9.

Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 tahun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris. Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini.

"Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam tiga tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sehingga kini, ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya kata Guan Eng, bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol.

"Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

Sejumlah RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi.

Read more ...

Aura Normala tinggi, disokong semua peringkat

Normala dapat sokongan akar umbi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnGuo3HBhrqKr5TOhwmiWark8fFo0gvLdXP_DoJqzwL20Vo2rJTQSShINzU0iybSOuE1A4aR2_8IL_bBg83KJzf0FUUv5BFFrkN3RuryNgWcOePwqZYVSGL4aIxV9ELh6KOs_TYL74oVo/s1600/puteri+Normala.JPG

LABIS, 17 Jan: PAS meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang kerana mendapati wujudnya keperluan untuk membawa suara wanita di negeri Johor.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan PAS Johor mengenai keperluan meletakkan calon wanita dan ianya mendapat sokongan akar umbi parti.

"Ini keperluan bagi negeri Johor dan kita melihat pandangan PAS Johor dan kita melihat golongan wanita juga adalah pengundi, bukan sahaja lelaki. Jadi mereka juga perlu suara di Dewan Rakyat dan Dun.

"Kita lakukan kaji selidik di peringkat bawah dan kita dapati calon kita mendapat sokongan akar umbi parti di samping mempunyai pengaruh kerana pernah berkhidmat di kawasan Dun Tenang," kata beliau dalam sidang media selepas mengumumkan calon PAS di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Normala Sudirman, 38, (gambar) dipilih sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding di Dun Tenang, 30 Januari ini.

Berucap dalam majlis pengisytiharan calon sebelum itu, Abdul Hadi berkata, PAS memilih Normala sebagai calon kerana yakin dengan kemampuan beliau berkhidmat kepada masyarakat di kawasan tersebut selain kesungguhan yang ditunjukkan untuk berkhidmat kepada parti.

"Puan Normala tak minta jadi calon tapi kami (PAS) yang minta beliau jadi calon.

"Beliau telah meletakkan jawatan bukan kerana nak jadi calon tapi letak jawatan guru kerana nak aktif sepenuhnya dalam parti dan masyarakat.

"Ini merupakan kesungguhan beliau untuk bersama dalam perjuangan," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir bagi mengetahui siapakah calon yang dipilih PAS.

Abdul Hadi juga berkata, ini bukan kali pertama PAS meletakkan wanita sebagai calon setelah mendapati sejarah pemerintahan Islam sendiri mengiktiraf wanita sebagai pemimpin.

"Mengapa PAS pilih calon wanita? Sejarah Islam menunjukkan permulaan membina negara pada awal 1470 tahun dulu.

"Apabila Nabi Muhammad s.a.w mengajak pemimpin-pemimpin Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah untuk mengadakan bai'ah janji setia bagi menguatkan sebuah pemerintahan yang adil, di antara yang diminta melafazkan janji setia ialah dua orang wanita.

Menurutnya juga, dalam al-Quran sendiri ada menyebut hak wanita untuk terlibat dalam urusan pemerintahan negara.

"Islam telah memulakannya seribu tahun dahulu. Kalau kita membaca sejarah, penglibatan dalam menegur dan menasihati pemerintah bukan sahaja melibatkan lelaki tapi juga wanita.

"Apabila khalifah Umar Al-Khatab menyampaikan ucapan yang dipandang oleh wanita sebagai ucapan yang memperkecilkan mereka, seorang wanita bangun di dalam majlis dan menegur Umar.

"Allah bagi hak kepada wanita di dalam al-Quran tetapi berani ketua negara membatalkan hak menyebabkan Umar menarik balik apa yang diucapkan," katanya.

Katanya, PAS juga pernah menghantar calon wanita pertama ke Parlimen, Khatijah Sidek pada tahun 1960.

"Dalam sejarah PAS, PAS telah menghantar ahli Parlimen yang pertama selepas merdeka pada tahun 1960 dan berjaya memenangkan calon ketua muslimat, Khatijah Sidek. Jadi ini bukan kali pertama kita letak calon muslimat," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, beliau juga menyeru seluruh petugas Pakatan Rakyat agar bertugas dengan berhemah sepanjang proses pilihan raya berlangsung dan tidak terpengaruh dengab sebarang provokasi pihak lawan.

"Dalam menghadapi pilihan raya Dun Tenang, saya menyeru kepada petugas Pakatan Rakyat supaya bekerja dengan tenang, jangan gelojoh, jangan melampau, menjaga keamanan, menjaga ketenteraman dan menjaga perturan pilihan raya dengan baik," katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat perlu menerima hakikat bahawa pilihan raya sering kali berlangsung dalam suasan yang tidak adil, dengan Umno BN mendapat segala kelebihan untuk berkempen.

"Bukan senang nak menang kerana kita menghadapi pilihan raya dalam lapangan yang tidak sama rata. BN akan guna media perdana, stesen televisyen, radio untuk berkempen ke setiap rumah.

"Ini pilihan raya yang berbeza dengan amalan demokrasi moden dan pilihan raya yang tidak adil. Kita diberi peluang yang terhad, ceramah yang terhad dan penerangan yang terhad," katanya.

Namun beliau meminta petugas parti tidak cepat berputus asa kerana Pakatan Rakyat sudah beberapa kali menang dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan risau kerana kita telah buktikan kita boleh menang dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan kita percaya kita boleh lakukan kali ini," katanya.

Read more ...

Bantahan banyak kerana SPR semakin menipu?

Daftar Pemilih : Bantahan Naik Ketara, Dipengaruhi Spekulasi PRU-13


PUTRAJAYA 17 Jan.: Bilangan bahagian Parlimen yang menyaksikan bantahan terhadap pemilih-pemilih baru didaftarkan bertambah pada suku ketiga 2010 berbanding enam bulan pertama tahun lepas, dipercayai dipengaruhi "demam spekulasi" pilihan raya umum ke-13.

Spekulasi yang bertiup kencang akhir tahun lalu menyebut pilihan raya umum akan diadakan pada separuh pertama tahun ini lapor The Malaysian Insider.

Bagaimanapun spekulasi terbaru mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada suku akhir tahun ini, mengambil kira pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan 105 ahli Parlimen Barisan Nasional 8 Januari lalu dan pemimpin komponen perikatan itu bulan lalu.

Daftar suku keempat 2010 adalah penting dan kemungkinan besar akan digunakan jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada April atau Mei depan.

Mengikut sistem semasa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memproses dan mewartakan permohonan baru setiap suku tahun, yang lazimnya akan dilakukan dalam tempoh satu hingga dua bulan selepas tempoh pendaftaran setiap suku tahun berakhir.

Kemudian diikuti dengan pameran selama tujuh hari di hampir 1,000 tempat pameran di seluruh negara untuk disemak oleh orang ramai bagi tujuan tuntutan dan bantahan.

Rekod SPR menunjukkan tiada bahagian menerima bantahan pada suku pertama 2010 iaitu antara Januari dan Mac 2010 tetapi agensi itu menerima bantahan melibatkan bahagian Tanah Merah dan Hulu Terengganu bagi tempoh pendaftaran April dan Jun.

Jumlah itu meningkat kepada 37 bahagian di seluruh negara ketika pameran melibatkan pendaftaran pemilih sepanjang suku ketiga Julai hingga September lalu.

"Bilangan itu meningkat dengan banyak pada suku ketiga (tahun lalu), kami merasakan ia petanda baik... lebih baik mereka menunjukkan bantahan (semasa pameran) daripada membuat dakwaan (wujud pengundi hantu) ketika pilihan raya diadakan," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika ditemui di pejabatnya.

Abdul Aziz berkata, berdasarkan pengalaman SPR lazimnya trend bantahan berhubung permohonan baru akan meningkat menjelang pilihan raya umum.

"Selepas satu pilihan raya umum berakhir, bilangan bantahan adalah rendah tetapi meningkat apabila dekat dengan musim pilihan raya umum," kata beliau.

Bahagian Parlimen Tanah Merah dan Hulu Terengganu menerima 515 bantahan manakala 37 bahagian ketika suku ketiga pula merekodkan 617 bantahan.

Ekoran 617 bantahan melibatkan 37 bahagian yang diterima sepanjang pameran 27 Oktober hingga 2 November lalu, sebanyak 50,206 permohonan baru dan 6,094 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi tidak dapat disahkan dan ditangguh sehingga semua bantahan diselesaikan.

Bagaimanapun sebahagian besar bantahan suku ketiga telah diselesaikan setakat ini.

Pada suku pertama Januari hingga Mac 2010, SPR menerima 157,327 permohonan termasuk 134,298 permohonan baru dan ia meningkat kepada 191,970 sepanjang April dan Jun.

Daripada 191,970 permohonan itu, 164,821 adalah permohonan baru dan 27,149 melibatkan pemilih yang memohon mahu menukar alamat tempat mengundi.

Jumlah permohonan meningkat kepada 205,183 pada suku ketiga Julai hingga September.

The Malaysian Insider difahamkan jumlah permohonan dan bantahan melibatkan suku akhir Oktober hingga Disember lalu juga mengalami kenaikan.

Bagaimanapun Abdul Aziz tidak dapat memberikan jumlah permohonan kasar melibatkan suku terakhir meskipun beliau mengharapkan ia akan mencecah paras 250,000.

"Bagi suku keempat 2010 iaitu pendaftaran yang dibuat pada bulan Oktober, November dan Disember, semua permohonan tersebut sedang diproses dan proses penetapan lokaliti berakir kelmarin (12 Januari).

"Rang daftar pemilih tambahan suku tahun keempat 2010 akan dipamer pada bulan ini, Januari 2011 untuk semakan oleh orang ramai," kata beliau.

"Selepas itu, barulah daftar pemilih berkenaan disahkan dan diwartakan," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai pendaftaran pemilih setiap bulan, Abdul Aziz berkata, buat masa ini SPR belum lagi berhasrat untuk mewartakan pendaftaran pemilih setiap bulan.

"Kajian terpaksa dibuat sebelum cadangan tersebut dapat dilaksanakan dan sekiranya cadangan tersebut hendak dilaksanakan, maka pindaan undang-undang yang sewajarnya perlu dibuat," kata beliau lagi.

Mengenai pendaftaran pemilih baru di Sarawak, Abdul Aziz berkata, rakyat negeri itu perlu menggunakan tempoh sehingga akhir Mac ini jika tidak mahu keciciran peluang mengundi dalam pilihan raya negeri akan datang.

Kata beliau, peluang itu masih ada jika pilihan raya negeri Sarawak diadakan selepas Mei tetapi jika adakan sebelum awal Mei, mereka yang mendaftar sebelum 31 Disember lalu sahaja berpeluang mengundi.

Mandat semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan berakhir Julai ini dan ia akan bubar secara automatik selepas itu jika tidak dibubarkan awal.

Read more ...

Silap pula : Habis duit rakyat lagi

Kementerian Muhyiddin buat silap lagi, bakar je buku KSSR

Buku teks KSSR English Year 1 tahun 2011 pula ada kesilapan. Hangus lagi duit rakyat. Tahun 2011 pelbagai masalah persekolahan yang timbul. Dengan isu Sekolah Tumpang, Sekolah Tak Siap-Siap, Sekolah Usang, Sekolah Daif, Sekolah Plaster, Yuran Naik, Harga Makan Kantin Sekolah Naik dan Sekarang Masalah Sekolah KABIN. Nampaknya Muhyiddin gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Pelajaran. Beberapa kelemahan Kementerian diterajui TPM di http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html

Berlaku kesilapan, buku teks KSSR English Year 1 diganti baru
Utusan Malaysia 12 Jan 2011

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsan akan digantikan dengan cetakan baru selepas terdapat kesilapan dalam buku asal.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, pembetulan terhadap kesilapan itu akan lakukan manakala cetakan baru pula akan diedar ke sekolah-sekolah mulai Mac ini.

Menurut beliau, sementara menanti cetakan baru siap, guru-guru dinasihatkan supaya terus menggunakan buku teks sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelanjaran mereka.

“KPM berasa kesal dengan kesalahan yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan itu.

“Oleh itu, kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyemakan Semula Buku Teks untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm&arc=hive

Read more ...

Motorsikal rakyat Malaysia bakal dipantau keselamatannya

Motosikal pun periksa PUSPAKOM, BN prihatin rakyat

http://w1.bikepics.com/pics/2005/08/17/bikepics-411184-200.jpg

Satu lagi projek Umno Barisan Nasional yang amat prihatin nasib rakyat terutama golongan sederhana, kurang berkemampuan, peneroka, orang kampung yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Maklumlah minyak dah naik harga. Banyaklah jawatan kosong ditawarkan di Puspakom nanti. Bijak, bijak.

HANTAR MOTOSIKAL TERPAKAI KE PUSPAKOM: NGO BERI REAKSI BERBEZA

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Cadangan mewajibkan motosikal terpakai dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebelum dijual atau ditukar hak milik menerima reaksi bercampur daripada persatuan dan badan bukan kerajaan.

Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong pula menyuarakan pandangan bertentangan kerana berpendapat cadangan itu menyebabkan peningkatan kos yang mungkin terpaksa ditanggung pengguna. "Kita tidak setuju. Kalau diteruskan berapa fi yang akan dikenakan? Siapa mahu bayar kos (motosikal) yang dihantar ini? Biasanya consumer yang kena tanggung semua ini (bayaran penghantaran)," katanya.

Wee berkata lazimnya kos penghantaran sebuah motosikal ke pusat berkenaan adalah antara RM100 hingga RM200.
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=556126

PUSPAKOM PERLU CARI KAEDAH EFEKTIF PERIKSA MOTOSIKAL TERPAKAI

Berita Harian 13 Jan 2010 : Adalah lebih bijak jika pihak berkuasa mewajibkan penjual terlebih dulu membuat pemeriksaan dan mendapat kelulusan bagi setiap motosikal terpakai yang hendak dijual semula. Langkah ini akan membantu memberi keselesaan kepada pembeli yang sesetengahnya adalah warga emas atau tidak tahu menguruskan proses mengisi borang dan peraturan lain yang berkaitan.

Oleh itu, jika kerajaan mahu menguatkuasakan pemeriksaan berjadual ke atas motosikal terpakai, semua aspek itu mesti dikaji dengan teliti supaya tidak membebankan pemilik.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_PUSPAKOMperlucarikaedahefektifperiksamotosikalterpakai/Article

Read more ...

Barang dah naik, tol pun naik juga

Bantah kenaikan tol Lekas

SEREMBAN, 16 Jan. : Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini menganjurkan demonstrasi bagi mendesak syarikat konsesi Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas) Sdn Bhd agar tidak menaikkan kadar tol dalam masa terdekat, semalam.

Demonstrasi berkenaan diketuai Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook dan diadakan di lokasi berhampiran Plaza Tol Paroi, dekat sini.

Mereka berbuat demikian selepas mendapat tahu bahawa kadar tol di lebuh raya berkenaan akan dinaikkan daripada sumber yang tidak didedahkan mereka.

Kira-kira 100 pemimpin dan ahli parti-parti komponen PR menyertai demonstrasi yang bermula jam 11 pagi hingga 12 tengahari itu.

Antara barisan kepimpinan yang hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran; ADUN Mambau, Wong May May; ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin; ADUN Temiang, Ng Chin Tsai; ADUN Bahau, Teo Kok Seong; ADUN Paroi, Mohamad Taufek Abd Ghani dan ADUN Sikamat, Aminuddin Harun.

Menurut Siew Fook yang juga Ketua Pembangkang di negeri ini, ada sumber memberitahu beliau kadar tol Lekas mungkin dinaikkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti sumbernya itu kepada media.

“Saya juga akan membentangkan usul membantah kenaikan kadar tol Lekas di Parlimen kerana ia dikhuatiri membebankan pengguna lebuh raya ini,” katanya.

Demonstrasi aman itu bersurai tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.SH

Read more ...

Siapa peguam Umi Hafilda , undang-undang pun tak faham?

Peguam Ummi Hafilda perlu teliti undang-undang – Karpal

GEORGE TOWN, 16 Jan - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menggesa peguam yang mewakili Ummi Hafilda Ali agar terlebih dahulu mehamami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadapnya.

Katanya, ini kerana berdasarkan peruntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.

“Apabila sesuatu kes itu telah melampui enam tahun…hadnya enam tahun dan mahkamah boleh menolak tanpa mendengarnya…dan dalam kes Ummi Hafilda ini, dia hendak menyaman perkara yang telah berlaku selama lebih 13 tahun lepas dan saya nasihatkan peguamnya supaya memahami dan meneliti undang-undang dengan baik,” kata peguam kanan itu kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal Singh serta PAS.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman berjumlah RM100 juta.

Karpal berkata, pada 1997, memang beliau ada membuat desakan agar kerajaan menyiasat dan mengambil mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan kononnya terbabit dengan kegiatan salahlaku seks terhadap Azizan.

“Ketika itu, Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tan Sri Mohktar Abdullah dan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor kesemuanya menolak desakan saya malahan menyatakan bahawa ia adalah tidak benar dan bermotif politik,” katanya.

Beliau berkata, hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima.

“Jadi, tiada sebarang asas dakwaan kononnya saya telah melanggar kepercayaan Ummi Hafilda mahupun melanggar sebarang etika seorang peguam,” katanya.

-Bernama

Read more ...

Serba sedikit mengenai Cikgu Mala calon PAS di Tenang

Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Read more ...

Berita sahih : Normala Sudirman calon PAS di Tenang

56lhw.jpg

azlanKetua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman dipilih sebagai calon PAS untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Normala (kiri) pula merupakan exco Muslimat PAS pusat dan bekas seorang guru.

Pengumuman tersebut dibuat oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pekan Labis.

Ribuan mendengar pengumuman calon PR . Kini dikatakan TG Haji Hadi sedang berucap.

Tercipta sejarah PRK Calon wanita dipilih Cikgu Normala Sudirman sebagai calon PR.TG Haji Hadi baru sebentar tadi mengumumkan.

Dikhabarkan suami Puan Normala Sudirman juga guru telah ditukarkan ke Johor Bharu dalam tempoh 24 jam.

Read more ...

Utusan perkauman Melayu suara Umno, The Star perkauman Cina suara MCA ?

N.Surendran : The Star Didakwa Cuba Bakar Sentimen Bukan Melayu


SHAH ALAM 16 Jan. : Beberapa hari selepas seorang ahli MCA mempertikaikan laungan azan di sebuah masjid di Kuala Lumpur yang mencetuskan tunjuk perasaan umat Islam, akhbar milik parti itu, The Star memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Dalam lidah pengarangnya, akhbar itu mendakwa undang-undang itu jika dilaksanakan adalah langkah ke belakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan.

Dalam cubaan terdesak untuk membakar sentimen bukan Melayu, akhbar itu menuduh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kononnya mahu menubuhkan sebuah pemerintahan Islam di negeri itu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat N.Surendran menyifatkan laporan Star itu sebagai melampau dan cubaan terdesak untuk meraih sokongan bagi MCA.

The Star mendakwa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah membuka ruang kepada penubuhan Negara Islam di Selangor, dan bakal menghasilkan gelombang pengislaman dinegeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Akhbar itu turut menyifatkan larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak seperti yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah sebagai tidak masuk akal dan harus di tolak oleh semua pihak.

Dalam cubaan untuk memutarbeitkan undang-undang syariah itu, Star mendakwa larangan itu juga harus meliputi pasaraya, kedai kosmetik, makmal dan hospital.
Bahkan menurut The Star, pemandu lori dan van yang mengangkut arak, pramugari dan pegawai kastam juga bakal menerima kesannya.

The Star mengulas tindakan Majlis Perbandaran Subang Jaya menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang melarang penganut beragama Islam bekerja di premis-premis yang menjual penjualan arak, baru-baru ini.

"Untuk Star mengatakan semata-mata isu kecil ini mengatakan pakatan rakyat tidak matang dan tidak boleh memerintah adalah pendirian yang ekstrem oleh The Star. Kita tak terkejut lah, kerana The Star ini dilihat berpihak kepada parti BN," katanya.

Langkah MPSJ itu ditarik balik buat sementara setelah kerajaan negeri memutuskan sebuah dana untuk membantu pekerja Islam yang terbabit akan ditubuhkan terlebih dahulu.

Esok Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bermesyuarat dengan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sebarang pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah dilaksanakan secara teratur dan tidak menjejaskan mana-mana pihak selain menegakkan syiar Islam di kalangan umatnya.

Surendren tidak menolak akhbar The Star memutarbelitkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam kepada Barisan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihanraya kecil Tenang akhir bulan ini.

"Saya rasa isu ini isu kecil yang dibesarkan. Ada kemungkinan ia untuk memancing undilah," katanya.

Read more ...

Program merakyatkan ekonomi Selangor : Konsep baru pemilikan rumah

Kerajaan Selangor Bakal Perkenal Konsep Baru Pemilikan Rumah


SHAH ALAM 16 Jan. : Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenalkan satu konsep baru mengenai pemilikan rumah yang selari dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk menyelesaikan masalah polisi pemilikan dan pembinaan rumah di Negeri Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan keperluan perancangan sebegini perlu bagi memastikan penduduk Selangor dapat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka.

Khalid membayangkan konsep Pakatan Rakyat adalah berbeza dengan konsep biasa yang diamalkan sebelum ini di mana segmentasi masyarakat terjadi ekoran tiada kawalan penuh mengenai pemilikan dan pembelian rumah oleh individu.

"Itu konsep kita, bukan sekat-sekat, perlu ada mobiliti kepada penduduk untuk berpindah ke tempat lain. Kalau tidak kita akan segmenkan masyarakat. Pada kita masyarakat makin lama akan makin maju sebab itu. Kita akan bentangkan nanti sebab itu kita katakan 'merakyatkan ekonomi' itu konsep yang besar," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika sidang media sempena Program Menaik Taraf Kehidupan Rakyat Petaling Jaya bersama ADUN Taman Medan Haniza Talha dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy San.

Program naik taraf ini dijalankan bagi membantu penduduk di pangsapuri di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya dapat dicantikkan dan dibaiki sekaligus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sebelum ini, kerajaan Negeri telah mencuba satu polisi dalam satu projek syarikat pemaju TPPT Sdn. Bhd. di mana pembinaan rumah mampu milik untuk menggantikan rumah kos rendah. dengan keluasan 700 kaki persegi dengan harga tidak lebih dari RM65,000.

Menurut Khalid, hal ini memberi lebih kebebasan kepada pemilik untuk memiliki rumah.

Bagaimanapun Khalid menyatakan kerajaan negeri telah mempunyai pengkalan data dan rekod pemilikan rumah bagi mengelak individu membeli sewenang-wenangnya.

"Kami tidak selektif dalam hal ini. Tidak semestinya orang kaya akan membelinya. Boleh jadi pembeli orang dari golongan berpendapatan rendah, tapi taraf keluarga dah bertambah baik atau anak dia sudah berjaya, dia berkongsi untuk beli rumah tersebut. Kita akan kaji semuanya, akhirnya akan ada rumah yang cukup untuk semua orang," katanya lagi.

Menurut Khalid lagi, perbincangan dan kajian masih dilakukan sebelum polisi yang efektif dan menyeluruh dapat dikeluarkan.

"Masalahnya yang utama ialah projek terbengkalai. Kalau tandantangani polisi pun tak selesai sebab pemaju lari. Sebab itu kita kata Selangor akan tengok secara pragmatik untuk selesaikan masalah," katanya.

Read more ...