Monday, November 14, 2011

SEBAR VIDEO LUCAH LAGI!!! Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal kalau dah ketagih dengan porno jangan babitkan orang lain

PENANTI – Hampir 100 orang berkumpul di hadapan Balai Polis Kubang Semang, dekat sini, semalam, bagi membantah tindakan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan video lucah menggunakan nama Tok Guru.

Cakera padat video (VCD) bertajuk ‘Wasiat Tok Guru’ itu diletakkan di hadapan tangga masjid Jumaat lalu, dan sasaran mereka adalah masjid di sekitar Permatang Pauh.

Memeranjatkan apabila video yang disangka benar-benar mempunyai ucapan Tok Guru (Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) itu rupanya video lucah lelaki mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Kariah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan berkata, kewujudan VCD itu disedari ketika orang ramai sibuk hendak mengerjakan solat Jumaat.

Pihaknya difahamkan kira-kira 50 hingga 100 keping VCD diletakkan di situ yang mana ia habis diambil kariah yang datang untuk bersolat pada tengah hari itu.

“Jika dilihat dari luaran, pasti orang akan ingat ia benar-benar video ‘Wasiat Tok Guru’. Tapi, saya terkejut apabila ada anak kariah yang datang kepada saya maklumkan bahawa kandungan sebenar adalah video lucah.

“Bukan setakat masjid ini sahaja, malah, perkara sama turut berlaku di lebih lima masjid dalam kawasan Permatang Pauh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Semang, semalam.

Abu Bakar berkata, laporan dibuat kira-kira jam 3.30 petang disusuli dengan perhimpunan damai anak kariah bagi membantah perbuatan yang disifatkan mempunyai agenda pihak tertentu.

Turut membuat laporan semalam adalah wakil Masjid Mengkuang Sungai Lembu.

Beliau dalam pada itu berharap pihak polis menyiasat mengenai perkara itu, seterusnya mengambil tindakan terhadap individu yang bertindak menyebarkannya.

“Perbuatan ini amat melampaui batas dan tidak dapat dimaafkan kerana menggunakan masjid sebagai medium untuk menyebarkan perkara tidak elok. Ia juga dilihat mencemarkan imej masjid sebagai sebuah institusi agama.

“Saya meminta supaya mereka yang ada menyimpan VCD ini supaya mengembalikannya semula kepada pihak masjid untuk dimusnahkan,” katanya.SH

Read more ...

Pasti Parit Buntar anjur hari anugerah kecemerlangan

PARIT BUNTAR, 15 Nov. : Pasti Kawasan Parit Buntar telah berjaya mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pasti tahun 2011 bagi kali yang ke 14 bertempat di Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin, Titi Serong .

Pengerusi Pasti Mohd Amirul Hasni berkata majlis berkenaan telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

“ Majlis ini telah menimbulkan perasaan teruja pelajar Pasti apabila memakai pakaian konvokesyen dan menerima sijil menamatkan sesi pra sekolah di Pasti.

“ Perasaan gembira turut dikongsi bersama ibu bapa mereka yang hadir sejak awal pagi bagi meraikan anak-anak mereka .”katanya.

Mohd Amirul berkata, pelajar Pasti Tahun 6 dari sembilan buah Pasti di Parit Buntar telah menerima sijil pada majlis ini.

“ Penyampaian sijil dan anugerah pelajar cemerlang ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Timbalan Yang Dipertua Pas Parit Buntar Abdul Bahrain Desa.

“Majlis penyampaian sijil ini diselangi dengan persembahan dari pelajar Pasti termasuklah persembahan Nasyid, Zikir Munajat, Sajak, Hafazan dan Azan .”katanya

Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam ucapan perasmian mengucapkan tahniah kepada Pasti Kawasan Parit Buntar yang berjaya mengadakan majlis yang penuh meriah untuk meraikan pelajar PASTI yang akan melangkah ke alam persekolahan sebenar.

“ Saya berkeyakinan pelajar Pasti ini akan menjadi contoh kepada pelajar lain dari segi akademik dan akhlak semasa mereka bersekolah di sekolah kebangsaan.

“ Sejak sekian lama, Pasti telah menghasilkan produk yang berkualiti sehingga kepercayaan masyarakat kepada Pasti sebagai pusat pendidikan semakin bertambah” katanya

Sementara itu, semua Sembilan buah Pasti di Parit Buntar sedang membuka pendaftaran kepada pelajar baru bagi sesi 2012.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun dan berminat menghantar anak mereka ke Pasti boleh mendapatkan borang pendaftaran di Pasti berhampiran tempat tinggal mereka.


Dr. Mujahid sedang menyampaikan ucapan perasmian


Dr. Mujahid bersama Abdul Bahrain dan AJK Pasti Parit Buntar



Ibu bapa yang hadir meraikan anak-anak


Pelajar Pasti sedang menunggu giliran menerima sijil


Pelajar Pasti sedang mengadakan persembahan



Pelajar Pasti sedang diuji hafazannya

Read more ...

BELI SAHAM RM 7 JUTA !!! Mana anak Najib dapat duit sebanyak itu?

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.

Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang masih terlalu muda.

“Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan,” kata Shamsul.

Minggu lalu, Keadilan Daily melaporkan Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki 1.19 peratus kepentingan dalam Harvest Court Industries Bhd.

Tindakan itu melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham selepas Nazifuddin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, bersama rakan perniagaannya, Raymond Chan Boon Siew,39.

Kedua-dua mereka dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Harvest, 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court dengan memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Semalam, saham syarikat itu dilapor kembali melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun

Harga saham syarikat berkenaan mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu, sebelum ditutup pada RM2.13.

Menurut Shamsul, berita penglibatan anak Najib dalam pembelian saham itu juga timbul selepas pendedahan mengenai projek lembu yang diberikan kepada keluarga menteri dengan dana RM250 juta.

“Ini adalah perkara yang memperkukuhkan lagi apa yang disebut Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin dan keluarga pemimpin.

“Ia merupakan satu keadaan yang membimbangkan, malah tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa perlakuan rasuah dan salahgunakuasa ini sudah tidak oleh diselamatkan lagi di bawah kerajaan Barisan Nasional,” tegas Shamsul.

Tambah beliau, laungan perdana menteri bahawa rakyat didahulukan juga adalah satu bentuk hipokrasi, di mana yang jelas diutamakan ialah kepetingan keluarganya dan bukan rakyat.

“Saya mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian dengan memulakan siasatan segera terhadap anak Najib terutamanya kemampuan beliau membeli saham jutaan ringgit,” kata Shamsul

Keadilan Daily

Read more ...

MARI BACA !!! Fakta UMNO jahanamkan tanah rezab Melayu tapi sanggup lawan Majlis Fatwa tuduh PAS rampas tanah wakaf

http://2.bp.blogspot.com/-zW3nvISO4Dg/TjzVI1xkAdI/AAAAAAAAAmY/n1CBW2fG6lQ/s320/162038_156603044396080_348576_numno+khianat+melayu.jpgBising blogger UMNO bersama media tali barut TV3 kononnya PAS Kedah rampas tanah wakaf. Sedangkan tanah wakaf itu diganti dengan tanah lain berdasarkan saranan Majlis Fatwa.

Itu di Kedah, Kerajaan PAS Kedah tahu jaga hak orang Islam dan hak rakyat. Bagaimana dengan tindakan kerajaan UMNO yang mengambil tanah rezab Melayu tapi tidak diganti. Bukannya fitnah macam UMNO tapi fakta.

Inilah fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.

217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Read more ...

VIDEO PANAS!!! Tanah dan pulau di Sabah kena rampas


Jika di Kedah Kerajaan PAS Kedah telah difitnah menjual tanah wakaf oleh pencacai UMNO..

Tetapi mengapa mereka membutakan mata dan memekakkan telinga dalam hal Pulau SIpadan yang telah dirampas dari warisnya dan juga tiga buah Pulau di Sabah yang dikatakan akan dijual kepada pihak asing oleh Kerajaan UMNO/BN Sabah..

Ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.

Dengarkan rintihan pihak pewaris yang mempertikaikan mengapa pihak kerajaan tidak membuat sebarang rundingan dengan pihak waris Pulau Sipadan sebelum mewartakan pulau tersebut sebagai sebuah taman laut, sedangkan Mahkamah telah membuktikan mereka berhak terhadap pulau tersebut.

Dan dengarkan juga waris Pulau Pandanan mempertikaikan bagaimana Pulau yang diwarisinya tiba-tiba hendak dijual tanpa pengetahuannya.

Umpama peribahasa Bajau yang bermaksud Mengapa Ikan Kerapu punya rumah, Ikan Sardin pula yang makan hasilnya..

Saksikan rintihan pihak pewaris yang inginkan penjelasan mengenai hak mereka yang dinafikan oleh Kerajaan Sabah sendiri. ASD

Read more ...

VIDEO TERKINI!!! Penjelasan MB Kedah tentang isu tanah wakaf yang difitnah UMNO


Sudah hampir satu minggu beberapa blog pro UMNO telah memainkan isu kononnya PAS Kedah telah menjual tanah wakaf, bertindak sebagai penyambung fitnah TV3 turut memainkan peranan dengan menyiarkannya.

Ustaz Azizan yang juga MB Kedah telah mengakui memang betul kawasan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan PAS Kedah melibatkan tanah wakaf yang berhampiran tanah wakaf tersebut terdapat sebuah surau.

Menurutnya lagi Tanah Wakaf tersebut adalah antara kawasan yang terlibat dengan pembinaan kompleks membeli belah.

Kompleks membeli belah itu akan menyediakan sebuah Surau yang boleh memuatkan hampir 400 jemaah dalam satu masa dibahagian bawah Komplek.

Dan hal ini telah dipersetujui oleh Pemaju, Majlis Fatwa Negeri dan juga Majlis Agama Negeri

Dengar penjelasan MB Kedah berkenaan isu ini..

Harap korang faham penjelasan Ustaz Azizan itu…ASD

Read more ...

MENTERI AMPU !!!! Jamil Khir hanya mengampu bukannya membantu?




Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyelar tindakan "penasihat agama" yang didakwanya tidak membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam urusan haji, sebaliknya "lebih kepada budaya ampu".

"Yang bagi komen di Malaysia ini kononnya hendak bantu, sebenarnya bukannya membantu akibat tidak mahu faham, tetapi lebih kepada budaya ampu.

"Jadi rakyat makin keliru. Perkara asas ilmu haji, saya yakin semua jemaah dan bekas jemaah haji semua boleh faham," kata Juanda yang juga bekas profesor pelawat di Universiti Oxford, London.

Beliau mengulas reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan penasihat agama kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Md Zin yang dilapor mempertahankan status haji Najib setelah ditegurnya sebelum ini.

Juanda pada 9 November lalu melahirkan rasa terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Sedangkan, katanya, paling awal jemaah haji menamatkan ibadat pada Zohor hari itu, itupun jika mereka melakukan nafar awal setelah selesai mabit di Mina pada malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar di tiga jamrah pada hari berkenaan.

'Tak dimanfaat, tak bermanfaat'

Susulan itu, Jamil Khir menjelaskan, kenyataan daripada Twitter Najib bahwa beliau selesai menunaikan haji, sedangkan masih ada rukun belum dilaksanakan, telah disalah tafsir dengan selesai wukuf.

Manakala Abdullah pula menyifatkan tuduhan bahawa Najib dan isteri gagal mengerjakan haji sebagai fitnah pihak yang terdesak, yang didakwa mengeksploitasi agama untuk mengelirukan orang ramai.

Katanya, dakwaan Najib dan isterinya Rosmah gagal mengerjakan haji merupakan fitnah oleh orang "jahil" dalam ilmu mengerjakan haji.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Juanda berkata, beliau kasihan kepada Najib yang mempunyai pegawai yang banyak tetapi "tidak dimanfaat dan tidak bermanfaat".

"Kenapa tak bawa penasihat-penasihat agama ini daripada awal dalam rombongan PM yang 20 orang itu, agar hal macam ini tak berlaku daripada awal?

"Berlambak mereka ini ikut buat haji. Jemaah haji biasa pun duduk dengan pembimbing haji siang malam agar dibantu dan diberi nasihat ibadat," katanya.

Yakin haji lengkap, PM salah tweet

Juanda yang juga profesor pelawat di Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, komen pihak lain, yang tiada dalam rombongan itu akan merendahkan lagi imej Najib dan merumitkan lagi keadaan.

"Jadi, buat sesuatu biar betul daripada awal awal dalam semua perkara. Kalau tak tahu, eloklah bertanya. Ia tidak akan merendahkan kedudukan sesiapa pun," katanya.

Mengulas status haji Najib, Juanda berkata, beliau yakin ia lengkap dan perdana menteri tersilap tweet.

"Beliau bermaksud selesai rukun haji. Saya juga tahu PM mabit di Mina dua malam dan melontar dua hari tasyriq. Beliau nafar awal ke Jeddah untuk menghadap Putera Nayef sebelum balik Malaysia. Beliau juga tawaf Wada' sebelum balik ke Jeddah," katanya.

Beliau juga menjelaskan, terdapat pihak hendak mengulas isu itu tidak cukup mendalami ilmu haji dan perkara cabang berkaitannya.

Juanda pernah menjadi penasihat haji Malaysia selama enam tahun sehingga 2008 dan mengeluarkan buku panduan ibadah yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

Beliau juga pernah menjadi guru agama haji muassasah pakej untuk orang kenamaan Tabung Haji dari 1996 hingga 2008.


Malaysiakini

Read more ...

PANAS !!! Ahli Parlimen BN minta Sahrizat letak jawatan

SEBELUM ini kita sudah lihat bagaimana Khairy Jamaluddin bertindak meng "kantoi" kan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil berhubung skandal projek lembu nasional rujuk sini [Khairy bongkar rahsia]

Satu persatu skandal Shahrizat akan didedahkan untuk menamatkan karier politik beliau. Kalah bertanding pilihanraya tapi boleh jadi menteri, sudah tentu beliau memiliki ramai "musuh dalaman" yang cemburu kerana beliau "makan sorang".

Bung Mokhtar, Ahli Parlimen BN Kinabatangan, siang tadi dilihat bijak menyambut "bola tanggung" yang dilambung oleh Khairy, Ketua Pemuda Umno bagi melengkapkan gerakan menghumban Shahrizat dari kerusi empuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Mkini].

Mereka nak bergaduh, nak cantas-mencantas itu mereka punya pasal. Fakta yang penting di sini ialah wang rakyat RM257 Juta telah disalah gunakan dengan memberi projek lembu nasional kepada keluarga menteri.

Menteri yang dapat projek ini pula telah gagal melaksanakannya kerana dilihat tiada kelayakkan. Mana tidaknya, orang yang menguruskan projek ini tidak tahu bahawa lembu tidak perlu tinggal dalam kondominium mewah RM9.8 juta.

Berikut video rakaman kenyataan Bung Mokhtar itu. Ramai ahli parlimen Barisan Nasional yang turut menyokong kenyataan beliau. Bung Mokhtar juga mengugut akan menimbulkan isu ini setiap kali sidang parlimen berlangsung.


Read more ...

UMNO BOHONG LAGI!! Hanya 2 orang keluar PKR di PJ Selatan tapi dibohongnya 180 orang keluar


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiW6KUMvc1VmkW0q2Vm8oPYtoXfyTGVKaTgmj7vbKz-mlyW3aWqDwxtxVS41MTXLYID8Sgg286s3AyEMuVg9TV5wAxkyNk5zuno4xsWfo7cPjsI6PLEFx3aWFOghQ31HouVKRnqkBQt3s4_/s400/umno+KAH+KAH+KAH.jpgPETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari.

Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

“Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan PKR,”katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor.

“Dia dapat RM 4000. sebulan dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,”katanya.

Jelasnya lagi, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya ianya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.

Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas naib cabang PKR Pjs Suhaimi Saari bahawa 180 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pjs Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program yang diadakan di Bentong semalam.SH

Read more ...

PANAS!!! Najib dipaksa berhenti awal

Kontroversi Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil bukan saja tidak dapat diredakan oleh penjelasan rakan sejawatnya dalam Pemuda, Khairy Jamaluddin, malah keterangan menantu bekias Perdana Menteri itu makin memanaskan isu ini.

Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk “pelaburan yang paling selamat”.

Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat.


Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu?


Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu — yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak — mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan.


Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya.


Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai “perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC”.


Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: “Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab.”


Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat.


Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu.


Shahrizat juga bakal berdepan dengan ‘penghakiman’ Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk ‘menghukum keras’ kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan ‘wanita pertama’ itu merasakan mereka menyusahkannya.


Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an.


Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir … mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak.


Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini.


Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu.


Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau).

Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan.

Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang ‘kegemilangan’ era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim!


Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib.


Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah:


* Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM

* Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan
* Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet
* Kabinet lemah dan ramainya menteri senator
* Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi
* Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan
* Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah
* Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet
* Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui
* Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop
* Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar
* Merestui budaya politik jijik dan lucah
* Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu
* Terlalu ghairah mengejar populariti

Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. “Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah.


Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat.


Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi “menyelamatkan” Umno.


Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM.


Saya sempat mengusik Shahbudin: “Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?” Beliau sekadar ketawa kecil../
suaraPR

Read more ...