Thursday, June 28, 2012

CALON MB KEDAH!!! Mahathir sokong Mukhriz, UMNO Kedah pecah lima

Tun M sedang atur untuk anaknya jadi MB... saingan sedia ada Mahdzir Khalid, Ahmad Bashah Md Hanipah, Jamil Khir Baharom dan Dr. Ku Rahman. Menang belum tentu, bergasak bagai nak rak..



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan menyokong jika anaknya, Datuk Mukhris Mahathir dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar Kedah.


Dalam wawancaranya dengan sebuah stesen TV internet, Mahathir berkata, beliau juga akan menolong anaknya itu.


Mahathir juga berkata, dia tahu anaknya itu berminat dalam politik dan akan menolong beliau.

"Tetapi untuk jawatan apa, terserahlah kepada parti membuat keputusan. Jika dia dicalonkan untuk jadi MB, saya akan sokong," kata Mahathir.

Desas-desus bertiup kencang di Kedah kononnya Mukhris, anak ketiga Mahathir itu akan bertanding peringkat DUN dalam pilihan raya umum akan datang ini.

"Katanya dia akan bertanding di DUN Kota Seputeh," kata anggota Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria kepada Harakahdaily.

Adun Kota Seputeh sekarang, Datuk Abu Hassan Sarif (Umno - BN) sebelum ini didapati tidak layak menjadi Adun kerana gagal menghadiri sidang yang diadakan.


Menurut sumber lain pula, anggota Parlimen Jerlun itu tidak berapa berminat untuk bertanding peringkat DUN kerana takut kehilangan jawatannya yang ada sekarang.

Mukhris, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu tahu bukan mudah untuk beliau menjadi MB kerana terpaksa bersaing dengan lain-lain pemimpin Umno Kedah yang lebih senior.

"Dia boleh menang kerusi DUN Kota Seputeh itu tetapi adakah BN akan menang Kedah? Jika BN menang pun, adakah Mahathir Khalid akan setuju dia jadi MB. Di mana pula kedudukan Datuk Ahmad Bashah, Pengerusi Umno Kedah sekarang," kata seorang pengkaji politik antarabangsa kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Menurut beliau, skala pertembungan dalaman Umno Kedah cukup tinggi iaitu 3.5 dari 5 markah penuh.

"Sebab itu, bagi saya, kalau Mukhris bertanding DUN pun bukan kerana dia yakin menang dan mahu sangat tetapi kerana tekanan ayahnya yang mahu legasi beliau diteruskan," kata pengkaji yang berasal dari Amerika itu.

Read more ...

GEMPAR!!! Bakal menantu Najib bersembunyi di Malaysia ?


Daniyar Nazarbayev kini di Sandhurst, walaupun ada keraguan latar belakang akademik

KUALA LUMPUR, 16 Jun — Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.


The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu.


“Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana “semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera.”

“Lebih 80 peratus Pegawai Kadet adalah penuntut lepasan universiti, namun sebahagiannya dengan A-Level dan yang setaraf. Yang lainnya adalah tentera yang berkhidmat dan dipilih untuk menjalani latikan Pegawai dan ada dari luar negara, dipilih oleh tentera sendiri untuk berlatih di akademi terkenal dunia.

“Tidak mustahil untuk mana-mana pihak menjalani latihan menggunakan duit mereka sendiri,” kata laman web tersebut.


Ibu Daniyar, Maira menafikan dakwaan semalam yang yang beliau dan anaknya disaman oleh suaminya, dan menegaskan perkahwinannya masih bertahan.

Beliau juga menambah pertunangan dengan anak Najib masih berterusan walaupun timbulnya surat dari mahkamah yang difailkan suaminya di mahkamah di New York.


Selasa lalu, beberapa akhbar luar negara termasuk New York Post melaporkan Daniyar disaman dengan ibunya kerana menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, abang kepada Presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev. Beliau juga didakwa menipu kelayakan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.


Pertunangan Daniyar dengan anak perempuan Najib Nooryana Najwa dilakukan dengan penuh neriaj di sini Jun tahun lalu.


“Saya tidak pernah bertengkar dengan suami saya,” kata Maira Nazarbayev kepada New York Post dalam satu temu ramah yang disiarkan Jumaat lalu.


“Saya menganggap kami masih berkahwin dan mempunyai hubungan yang baik dengan suami saya. Dan saya tidak pernah melihat dokumen berkaitan perceraian. Saya tidak pernah menandatangani sebarang dokumen,” tambahnya.


Namun, New York Post memetik dokumen mahkamah yang difailkan Bolat Nazarbayez di New York, menuduh Daniyar menipunya sejumlah US$20 juta (RM63 juta) rumah kondominium di Wall Street disamping memasuki universiti terbaik melalu “penipuan” kertas kelayakan daripada sekolah tinggi di Kazakhtan yang tidak dimasukinya.


Daniyar, dikatakan bertemu Nooryana di Columbia, graduan lepasan Ivy League pada 2010.


Akhbar itu turut melaporkan Maira telah menukar nama keluarga Daniyar daripada Kesikbayev kepada Nazarbayev untuk setaraf dengan presiden Kazakhtan selepas mengahwini Bolat pada 2001.


Maira berkata Bolat terkejut mengetahui perkara itu apabila dihubunginya beberapa minggu lalu, dan menegaskan beliau tidak mengambil sebarang tindakan perunangan terhadap dirinya dan Daniyar.


Beliau turut menafikan tuduhan Daniar dibuang sekolah dan menipu untuk memasuki Columbia University, berkata ianya di reka dan satu penipuan.


Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolak ianya tidak berkaitan dengan pentadbiran Najib berhubung khabar angin tersebut.


Pemimpin BN berkata kepada The Malaysian Insider awal minggu ini ia hanyalah “isu peribadi” dan tidak menjejaskan reputasi presiden Umno itu.


Ini bukan kali pertama hubungan Najib dan Kazakhtan menjadi isu. Akhbar Indonesia, Kompas juga pernah mendakwa pada Ogos tahun lalu bahawa bakal menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia di Rusia.


“Maira Nazarbayev, yang menetap di a la Imelda Marcos, dikaitkan dengan mafia Rusia,” kata akhbar berkenaan yang disiarkan pada 4 Ogos, 2011.


Bagaimanapun, akhbar itu tidak mengesahkan dakwaannya. Najib menafikan dakwaan akhbar itu dan akhbar berkenaan juga telah mengemukakan permohonan maaf.


Maira dalam satu kenyataan juga menegaskan keluarganya telah merancang untuk bercuti di Eropah beberapa minggu lagi dan beliau akan “ memperuntukkan masa berharga itu dengan keluarganya dan yang tersayang.” -TMI

SUWEY MENIMPA NAJIB BERKALI KALI - APA PUNYA SIAL


KOMENTAR TUKAR TIUB


mengikut besan rosmah
daniyal menatu rosmah
kini sedang belatih di sandhurst england
ini adalah tempat latihan ternama dalam dunia

cuba perhatikan gambar gambar ini
perhatikan warna baju celorong celoreng
yang daniyal pakai
yang mat saleh pakai
perhatikan latar belakang sandhurst
perhatikan latar belakang daniyal

perhatikan lencana di beret mat saleh
perhatikan lencana di beret daniyal


MIRA BESAN ROSMAH DI TANGKAP DI DUBAI

nampaknya besan rosmah ini adalah lanun
nampaknya besan mira ialah perompak

inin adalah perkahwinan mahab agung
antara anak perempoak
kahwin dengan anak lanun

mira ialah rosmah di kazakhtan
rosmah ialah mira di malaysia
hanya lanun yang kenal perompak!



SANDHURST ATAU DI PD?













PENCERAHAN DARI PEMBACA


gambar 1: mungkin UK sebab sekarang UK summer. tapi gambar 2: dgn bumbung bangunan yg mcm tu rasanya cuma di Malaysia :)

By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

http://everitas.rmcclub.ca/?p=74248 Check bangunan Sandhurst juga baju Team Sandhurst

By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

Memang macam Malaysia je? PD ka? Jadi betul la dia dapat kerakyatan Malaysia seperti yang dikatakan dalam notis pendakwaan?

By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/29/12

Memang kat Port Dickson

By adpuncak on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12
gambar tengah berkawat tu kat Kem Port Dickson
By adpuncak on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

Kalau tgk gambar dan
susunatur bagunan, pokok, cuaca, suasana dan muka mamat di belakang daniyar aku yakin yang ini 100% kat Malaysia. Mana ada askar orang puteh yang berkulit sawo matang? Design kem pun bumbung bentuk minangkabau, mana ada design sebegini kat kem tentera england...
By Ahmades on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

ooo.. masuk kem askar malaysia rupanya. tambah lagi satu undi pos. celaka punya najib.

By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12

sah ni kat Malaysia, kalu tk silap PUSASDA Port Dickson, camna leh orang luar berlatih askar kt Msia..siapa punya arahan, dah rahsia navy jual..apa nk jadi nih woi..

By Anonymous on TERKINI TERNOW - LAGI BERI SUWEY NAJIB on 6/28/12


NOTA:

masanya telah tiba
untuk muhyiddin ambil alih
masanya telah tiba malaysia wajib ada pm baru
masanya telah tiba untuk gerombolan dihumbankan!


PENGUMUMAN UNTUK PEMBACA

pembaca yang tahu kem askar
sila beri laporan
jika ini betul di pd
atau di kem kem di malaysia
sila ambil gambar dan masukkan ke dalam fb

-sumber: tukartiub


Ulasan GB


Itu dia!

Jelas satu penipuan.


Baju celoreng itu sahaja sudah membuktikan ia di Malaysia. Bukan di Sandhurst. Baju celoreng berbeza diantara askar Malaysia dengan UK (perhatikan gambar baju celoreng di UK).


Kemudian bangunan yang menjadi latarbelakang pemuda itu. Ia adalah padang kawad di Malaysia, bukan di Sandhurst.


Kemudian pemuda-pemuda (askar?) yang ada bersamanya di gambar pertama, siap bermisai dan tingginya rendek-rendek belaka. Ia pemuda Malaysia!


Logo di topi yang digunakan: logo Kolej Tentera Darat Malaysia!






Siapa punya kerja mengatur dan melakukan penipuan ini?


Bakal bapak dan ibu mertua atau siapa?


GB sudah katakan sebelum ini,
kenyataan-kenyataan penafian mengenai keluarga bakal besan PM Malaysia yang diterbitkan sebelum ini amat disangsi dan diragukan datang dari Kasazhtan, tetapi ia seperti datang dari pejabat di Malaysia!
Laporan sebelum ini
klik untuk baca



http://greenboc.blogspot.com/2012/06/bongkar-daniyar-tidak-berada-di.html

Read more ...

DAH HEBOH!!! Benarkah Sharifah Aini akan sertai PAS pada bulan Julai ini?

Mengikut rakan facebook, biduanita negara Dato' Sharifah Aini akan mengumumkan kemasukkannya ke dalam PAS pada bulan Julai ini.

Baguslah, setelah berpuluh tahun bergelumang dalam Umno sebagai seorang selebriti tersohor, mungkin beliau agaknya baru tersedar bahawa Umno tidak membawa insan ke arah ketuhanan.


Sharifah Aini yang berasal dari Johor, sejak akhir-akhir ini begitu berminat menyampaikan lagu-lagu dakwah dan menyanyi untuk kutipan dana anak-anak yatim.


Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang belajar di tahfiz Al-Quran.


Walau bagaimanapun, beliau dikatakan tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini dan pernah dimasukkan ke wad.


Eloklah, walau bagaimana kontroversinya sepanjang kehidupan kita, yang penting di hujung kehidupan kita memilih Islam sebagai ikutan hidup dan perjuangan kerana itu lebih bermakna daripada awal-awalnya Islam tetapi akhirnya memilih jahiliyyah!


Kepada Sharifah Aini,
ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kita ucapkan.
Selamat menjalani hidup sebenar!

http://selamatkanpahang.blogspot.com.au/2012/06/sharifah-aini-pula-masuk-pas.html

Read more ...

PANAS!!! Pemuda UMNO kem Khairy mula ditolak



JOHOR BAHRU: Umno Johor terus dilanda krisis dalaman parti dan terbaru membabitkan sayap pemuda negeri itu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, beliau mendapat maklumat dalam satu mesyuarat Pemuda Umno Johor di sebuah hotel di ibu negara malam tadi, 16 daripada 26 ketua pemuda Umno bahagian menolak secara terang-terangan kepimpinan ketua Pemuda Umno Johor Mohd Fadil Muskon.


Kesemua 16 mereka juga menurut Suhaizan mendesak Mohd Fadil meletak jawatan dengan kadar segera.

"Bermakna 61% Ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian menolak kepimpinan Pemuda Umno Negeri sekarang.

"Antara Ketua-ketua Pemuda Umno yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Mohd Fadil adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Pontian, Batu Pahat, Pagoh, Tebrau, Johor Bahru dan lain-lain lagi," katanya.


Menurut Suhaizan lagi, terdapat juga Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu terlibat dalam masalah yang sedang dihadapi.


Difahamkan antara alasan penolakan Mohd Fadil Muskon adalah kerana beliau daripada kem Khairy Jamaluddin sedangkan16 ketua pemuda yang menolaknya adalah dari kem Datuk Razali Ibrahim.


Selain daripada itu, terdapat juga pandangan menyatakan bahawa Mohd Fadil ‘budak baik’ dan kurang senang dengan pemuda-pemuda Umno bahagian yang mengambil kesempatan daripada projek-projek kerajaan.


"Perpecahan ini telah membuktikan bahawa Umno Johor sudah berada dalam keadaan tenat.


"Ini telah menjadi sebab mengapa Datuk Seri Najib tidak berani membubarkan parlimen sehingga hari ini," ujar Suhaizan lagi.

Read more ...

BONGKAR!!! Transaksi RM1/2 juta Awang Adek meragukan



PETALING JAYA: PKR hari ini mendakwa wujud beberapa insiden salah laku Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).



Setiausaha Agung parti itu, Dato Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR meragui hubungan Awang Adek dengan seorang ahli perniagaan bernama Chung Hon Cheong.Menurutnya, Chung adalah pemilik serta pengarah kepada syarikat SunPrestige Sdn Bhd dan Vertex United Sdn Bhd.“Keraguan timbul berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua,” katanya dalam satu kenyataan media.

Saifuddin berkata, terdapat fakta yang membuktikan Awang Adek mempunyai hubungan dengan SunPrestige Sdn Bhd, yang memperolehi kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM.


Katanya, justeru PKR meminta Awang Adek untuk menjelaskan beberapa keraguan antaranya, mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?


“Mengapakah Chung menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan pada 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?,” tanya beliau.


Saifuddin juga menyoal sama ada benar isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,122.00 sebulan.


“Benarkah Chung membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek? “Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?,” soal beliau lagi.


Banyak lagi maklumat


Menurut Ahli Parlimen Machang itu, ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung.


“Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan ringgit dari BNM,” terangnya.Saifuddin juga menyoal, “apakah hubungan ini boleh dijadikan asas untuk Chung menggunakan pengaruhnya kepada pengurusan atasan BNM untuk menganugerahkan kontrak kepada beliau?”


Sehubungan itu katanya, PKR memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.“PKR juga mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit. PKR akan mengemukakan langkah susulan dan mengemukakan bukti-bukti tambahan selepas penjelasan Awang Adek dibuat.






“Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami,” tegas Saifuddin.

Read more ...

TAHU TAKUT!!! Mohamad Aziz tarik balik kenyataan gantung Ambiga




Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka.


Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.


Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar.


Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan".


YB NI DAH MULA KENCING TAK LAWAS BEB, KAH KAH KAH !
Lu tarik balik ke... tak tarik ke... jawapan nya hanya satu aje Yb oiii... lu tu memang tua kutuk tak sedar diri... kah kah kah... keluar kenyataan berbau Perkauman lepas tu kata tarik balik... rakyat bukan tak tahu apa sebab lu tarik balik... dan sudah semesti nya tarik balik lu tu Yb bukan atas dasar kesedaran dan keinsafan bencikan Perkauman tapi kerana takut undi keatas Umno/Bn bertambah kurang... kah kah kah !.



Yang pasti lagi... penchacai lu yang pertahankan lu sudah tentu meroyan gila babi dengan penarikan balik kenyataan lu itu... kah kah kah... ialah sudahlah dia orang bagai nak pecah kepala otak mencari jawapan bagaimana nak cover lu... habis semua perkataan sula dan rejam keluar dari penchacai Umno/Bn... last last lu pergi tarik balik... kah kah kah... ini yang dikatakan orang Undi dah tentu bertambah kurang dan kebodohan makin bertambah... kah kah kah !.

Sepatutnya lu kena panggil Perkasam ke atau Waris Malaya ke untuk cover lu... baru lah ada glamor sikit dengan disokong oleh Pejuang-Pejuang Bangsat... kah kah kah... ini tidak lu ingat nak jadi jagoh seorang-seorang... mana boleh Yb... kerana lu kena ukur baju kat badan lu sendiri... lu bukan nya mencapai tahap seperti Pejuang-Pejuang Bangsat yang sealiran dengan Umporno tu... dan lagi satu Pemikiran lu tak berubah dan masih pemikiran dizaman pra-sejarah... yang mana Umno/Bn letak tunggul kayu pun boleh menang... kah kah kah !. [sumber klik sini]

hemmmmm..... kalau lu berharap dengan penarikan balik kenyataan lu itu mungkin untuk dicalonkan semula sebagai calon umno/bn... tak apa lu jangan risau gua do'akan lu dapat menjadi calon umno/bn lagi... kerana kalau lu yang bertanding mungkin lebih mudah kerusi sri gading dimenangi oleh pakatan rakyat (pr)... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

MIP

Read more ...

PEMUDA UMNO LEMAH!!! Syndrom malu pakai baju UMNO / BN takut jadi bahan lawak

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2iOWhLUBZoaze5egiHSp2VpkB3qwgA-nSOxg-wMIan1Njl7DWPiYLqn17FZqG6Fj_sliypg-Qm3osREg6u5uY6iqEVPtcIeokzRrieBIOl7Ze82kSMAiMM_5iBkZe7hz0cdQNIqImP4JF/s1600/umno-bn+rosakkan+minda+budak+sekolah.jpgBeberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.

Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.

Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO.  UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.

Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita  tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu.. ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri.

Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah.

Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini  merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini.

Saya kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan  sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.

Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah  perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi?

Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa.. Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.

UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah.

Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali.

Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu.

Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.

Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi.

Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? ‘Intuition’ saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang.

Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.

Saya bukan orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang bertanya saya semalam.Aspan Alias

Read more ...

CALAR SIKIT KAT HIDUNG!!! Dah mengadu kepada Berita Harian, buat malu......

Kesian.
Kecederaan yang dilaporkan amat teruk dan kritikal sekali. Siap WARNING ngo pro ROYALTI kat media massa lagi. Baca lah luahan MSTK, NGO pro umno kat bawah neh sendiri ;


Kalau kecederaan macam neh confirm larh kena masuk wad. Silap2 sepuluh hari pun tak baik2 lagi neh. Cedera parah larh katakan. Sebab tue aku tumpang gelak je kat dorang. Moga2 cepatlah sembuh ek.


Macam neh punya kecederaan pun siap tayang muka kat paper ? Siap tunjuk tempat yang tercedera lagi tue? Korang tahu tak lelaki yang “tercedera” tue sapa? Nak tahu tak jawatan dia apa?

KETUA WIRA PERKASA.

KAH KAH KAH

KETUA WIRA PERKASA???
Apa? Ulang balik.. apa nama jawatan dia.. aku tak berapa nak faham..
KETUA WIRA PERKASA..

KAH KAH KAH

Woitttttttttt… ketua-ketua bagi pondan semalaysia ke ketua wira perkasa? Salah sebut larh aku rasa.

kah kah kah

Memalukan. Betul2 memalukan. Macam neh pun siap nak mengadu sakan. Tatau larh kalau ada masuk tv. Kalau ada memang kena gelak satu keturunan larh weh.. lelaki paling pondan rupanya berasal dari ngo pro umno = PERKASA.

kah kah kah

Read more ...

GANTUNG AMBIGA!!! MIC akan gulung tikar, orang India akan hukum UMNO/BN

Oleh: V. Sivakumar

UMNO dan ‘rasism’ tidak boleh dipisahkan. Politik UMNO adalah politik perkauman. Tanpa isu perkauman, UMNO tidak tahu berpolitik. Pemimpin-pemimpin UMNO menggunakan perkauman sebagai senjata untuk menimbulkan salah faham dan permusuhan antara kaum di negara ini. 

UMNO menggunakan sentimen perkauman untuk meraih undi daripada orang-orang Melayu. Ini adalah permainan politik kotor kerana mewujudkan ketegangan antara kaum di negara ini.

Peristiwa yang berlaku di Parlimen hari ini sungguh menyedihkan apabila Ahli Parlimen BN Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz mahu Pengerusi Bersama Bersih Datuk S.Ambiga ‘digantung’ kerana didakwanya sebagai seorang pengkhianat.

Perkara ini tidak patut disebut oleh seorang ahli parlimen. Beliau tidak boleh dan tidak patut berhujah di parlimen dengan bahasa yang boleh menyinggung perasaan seseorang individu atau satu kaum tertentu. Imuniti untuk berucap di parlimen telah disalah gunakan oleh beliau. Tindakan beliau memalukan Parlimen Malaysia.

Kenyataan beliau pastinya mempunyai niat perkauman. Beliau mahu Datuk S. Ambiga ‘digantung’ semata-mata kerana dia seorang wanita India. Ini merupakan satu penghinaan kepada keseluruhan masyarakat India dan kaum ibu di negara ini. Rakyat Malaysia tidak patut memaafkan orang seperti ini. Mereka perlu dihukum melalui peti undi dalam PRU13.

MIC mahu UMNO berhenti mencemuh Datuk S. Ambiga. MIC sudah berasa takut dan ragu kerana hilang lebih banyak undi orang-orang India terutamanya kaum ibu kerana tindakan-tindakan UMNO yang keterlaluan. Datuk S. Ambiga telah melalui penghinaan dan cemuhan yang melampau daripada orang-orang UNMO dan segelintir NGO yang tidak bertanggungjawab.

MIC hanya mampu memberi teguran lembut kepada UMNO ibarat menyurat di atas air. UMNO tidak akan menghormati pemimpin-pemimpin MIC yang sudah pasti telah kehilangan sokongan masyarakat India. 

UMNO tidak peduli terhadap MIC dan undi orang-orang India di negara ini. Itulah sebabnya mereka seringkali menghina kaum India di negara ini. Pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya bersandiwara menunjukkan keprihatinan mereka terhadap kaum India.

Kalau MIC banar-benar berani, saya mencabar pemimpin-pemimpinnya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Muhamad Aziz yang mengeluarkan kenyataan yang sensitif di parlimen hari ini. 

Jika tidak, MIC harus mengaku bahawa parti itu adalah boneka UMNO dulu, sekarang dan selama-lamanya. Rakyat akan memastikan MIC akan menggulung tikar bersama-sama dengan UMNO dalam PRU13 nanti.

Read more ...

SKANDAL SCORPENE!!! Siapakah peguam yang akan wakili Najib di mahkamah Perancis?


KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
 
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 billion) pada 2002.

Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia, (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.

Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.

Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan “pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi”.

“Di Malaysia, biasanya … kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat,” kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.

Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada “agensi pelancongan” yang diwujudkan bagi mencetuskan “pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya.”

PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.

“Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar,” kata Breham.

Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.

Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.

Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.

Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.

Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.

Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.

Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.

Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.

“Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib),” kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.
sumber: Malaysianinsider

Read more ...

BANGUNAN UMNO DISITA!!! Adun UMNO kata bukan masalah UMNO, habis salah siapa?

Hari ini 27 Jun 2012~  Akbar Sinar edisi Perak  tersiar kenyataan dari ADUN Terong yang nampak teringin nak jadi ahli Parlimen Bukit Gantang  YB Datuk Rosli  Husin. Dalam kenyataan tersebut  beliau menafikan UMNO terlibat dalam isu penyitaan Bangunan UMNO Bukit Gantang. 

Penafian YB Rosli ini tidak ubah seperti  cuba  kelentong rakyat. “Bukan masaalah UMNO” …abis salah siapa..??? Dakwaan YB Rosli konon-nya  isu penyitaan itu berkaitan dengan sebuah  syarikat pemaju dengan Pusat  Pendidikan Darul Taalim, UMNO tak terlibat katanya.
Inilah lawak penafian kelentong YB Rosli ADUN Terong…
 
Kenapa pula pada 14 Jun 2012 mahkamah Taiping  mengarahkan disita bangunan UMNO Bukit Gantang?   Adakah itu kesilapan pendakwa..?? Atau kesilapan yang membuat keputusan penyitaan..?? 
 
kalau mengatakan  yang membuat keputusan penyitaan itu salah,YB Rosli boleh dianggap menghina keputusan mahkamah. Sebabnya bangunan yang disita itu memang sah tertera dipapan depan bangunan UMNO Bukit Gantang.
 
Menurut sumber maklumat  yang diterima dari penduduk Terong sendiri yang mana  dikatakan Pusat  Pendidikan Darul Taalim didirikan di situ didakwa sememangnya milik  UMNO Terong dan beberapa individu orang kuat UMNO disitu terlibat dalam projek tersebut. 
 
Maka  sebab itulah alamat surat menyurat projek Pusat  Pendidikan Darul Taalim di atas alamat bangunan UMNO Bukit Gantang.
 
Namun apabila sudah berlaku penyitaan ini kerana gagal dalam beberapa perjanjian dilihat UMNO Bukit Gantang cuba tidak mahu mengakuinya itu projek UMNO. Maka penafian YB Rosli ini tak ubah seperti  “Burung gagak dicelup tepung..tidak akan menjadi putih..”
 
 YB Rosli masih mempertahankan kelemahan UMNO,kekalutan UMNO dan kesalahan UMNO yang berlaku sejak dahulu,kini dan selamanya…walaupun sudah jelas dan nyata semua yang berlaku dari hasil tangan-tangan UMNO sendiri.
 
Lihat lah dokumen yang membuktikan UMNO Terong didalam Parlimen Bukit Gantang terlibat  dalam projek  Yayasan Darul Ta’alim…. Sekarang mau nafikan sebab malu ke..??? haha…
 
INILAH GAMBAR  DI LOKASI YAYASAN DARUL TA’ALIM  KEPUNYAAN UMNO TERONG
Nampak tak bangunan sekolah,surau dan bilik asrama.??? Inilah projek UMNO Terong untuk rakyat.
  Janji Ditepati….Beberapa batang tiang cerucuk boleh dilihat dalam semak samun di kilometer 9 jalan Terong Taiping Perak sebagai tanda inilah projek UMNO yang mengakibatkan Bangunan UMNO Bukit Gantang disita…hahaha…Orang ni

Read more ...