Monday, May 9, 2011

Hati-hati perangkap OPS Lalang II


Bakar api perkauman, BN cipta keadaan OPS LALANG KE 2: Mat Sabu

Bekas Naib Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata tidak mustahil pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat menjalankan Operasi Lalang ke 2, ekoran tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan pimpinan Umno-BN sejak kebelakangan ini.

Beliau merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia, Sabtu yang sengaja membakar sentimen Melayu-Islam, dengan mendakwa wujud agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

“Tindakan mereka kini mirip seperti yang terjadi pada 1987, iaitu tuntutan ekstrim oleh kelompok tertentu dalam parti komponen Barisan Nasional.

“Waktu itu (1987) Lee Kim Sai (Ketua Pemuda MCA) menuntut supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada orang Cina. “Tetapi tangkapan tidak dibuat kepada mereka, sebaliknya ahli politik pembangkang dan pemimpin NGO yang disumbat dalam ISA,” kata Mohammad yang turut ditahan ketika operasi tersebut.

Menurut Mat Sabu, Najib kini mula menjalankan peranan yang pernah dimainkannya pada 1987 sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno, dengan mengapi-apikan sentimen permusuhan keagamaan dan kaum di kalangan rakyat Malaysia.

Ia ditambah dengan beberapa kenyataan pimpinan Barisan Nasional sejak mutakhir ini, termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang membuat kenyataan akan menyertai KEADILAN sekiranya parti itu bersedia menggugurkan hak keistimewaan orang Melayu.

Justeru itu, katanya, tidak menghairankan apabila Umno melalui Utusan Malaysia cuba memarakkan lagi kebencian orang Melayu-Islam dengan memapar laporan pada muka depannya yang bertajuk ‘Kristian Agama Rasmi?’ 7 Mei lalu.

“Sekarang, Utusan Malaysia mengapi-apikan perasaan orang Melayu seolah-olah Pakatan Rakyat tidak peduli dengan kedudukan agama rasmi Persekutuan, iaitu agama Islam.

“Ini adalah putar belit fakta dan Ketua Pengarang Utusan Malaysia sepatutnya dipanggil polis untuk memberikan keterangan,” tegas Mohammad Sabu.

Sementara itu, seorang lagi bekas tahanan Operasi Lalang, Suhaimi Said menasihati pimpinan Pakatan Rakyat untuk tidak secara terbuka memberikan kenyataan berhubung isu sama bagi mengelakkan manipulasi media Umno-BN.

Suhami adalah salah seorang pemimpin pembangkang yang turut ditahan pada Ops Lalang 1987.

“Barisan Nasional sangat terdesak sekarang ini. Mereka merancang perkara yang lebih jahat berbanding apa yang berlaku sekarang.

“Pertama, mereka akan terus menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merekacipta fitnah yang lain. Dan pemimpin Umno-BN akan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku,” ujarnya yang merupakan Pengerusi Biro Felda dan orang Asal KEADILAN.

“Ini adalah permainan mereka. Momentum rakyat untuk mengubah pemerintah memang ada, bahkan orang Umno sendiri meluat dengan berita yang sampai kepada mereka.

“Kita jangan terperangkap dengan isu perkauman dan sentimen agama yang dicipta,” ujarnya.

Keadilandaily

Read more ...

Ambil tindakan tegas terhadap blogger penghasut


http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/DSC_0036.jpg?t=1279627495

PARIT BUNTAR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa agar bertindakan tegas terhadap blogger blog 'BigDog' dan 'Marahku' sebagaimana ketegasan yang ditunjukkan kementerian itu terhadap penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar hamdan Fadel Ahmad berkata dua blogger pro- UMNO berkenaan berniat jahat dan mahu mencemaskan rakyat dengan mendakwa terdapat usaha mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

“ Tindakan akhbar Utusan Malaysia yang memainkan isu yang diceduk daripada laman blog 'BigDog' dan 'Marahku' juga perlu diambil tindakan.

Laporan muka surat depan Utusan berjudul "Kristian Agama Rasmi" hanya menceduk dakwaan daripada dua laman blog pro- UMNO, bukannya daripada agensi berita atau individu yang mempunyai kreadibiliti tertentu” katanya

Hamdan berkata, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien juga dangkal apabila menyifatkan Malaysia berada dalam keadaan bahaya hanya bersandarkan laporan Utusan Malaysia dan blogger pro-Umno bahawa ada pihak mahu menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

“ Hishamuddin sebagai seorang menteri harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan dakwaan yang dilaporan Utusan Malaysia semalam.

“ Tanpa mencela Utusan dan blogger terbabit, Hishamuddin sebaliknya menyifatkan "usaha" menggantikan Islam sebagai agama rasmi adalah gerakan yang "meletakkan seluruh negara dalam bahaya"” katanya

Hamdan turut menepis dakwaan Utusan bahawa DAP bersekongkol mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

“Sekiranya itu adalah keinginan mereka sekalipun ianya sukar atau mustahil untuk dilakukan kerana DAP hanya bertanding maksimum dalam 60 kerusi parlimen sahaja.

“Sekiranya DAP menang semua kerusi sekalipun tidak mungkin boleh menguasai Parlimen kerana Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen,” katanya yang merujuk bukan semua ahli DAP penganut Kristian.

Hamdan kesal apabila Utusan tidak berperanan mengembangkan minda pembaca sebaliknya seringkali memperbodohkan rakyat dengan berita yang tidak beretika.

Read more ...

kerajaan tidak patut naikkan harga minyak


http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/IMG_1467-1.jpg?t=1290752572PARIT BUNTAR : Kerajaan tidak sepatutnya menaikkan harga minyak RON 97 ketika harga minyak di pasaran dunia jatuh menjunam, selepas tercetus kebimbangan terhadap permintaan tinggi di Amerika Syarikat.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, harga minyak mentah di pasaran dunia dilapor turun sejak Rabu terutama selepas berita kematian pemimpin Al Qaeda, Osama Ben Laden.

“ Kerajaan membuat keputusan yang songsang dan tidak mengikut petunjuk yang betul apabila melaksanakan harga minyak mengikut pasaran semasa dalam negara.

“Keputusan menaikkan harga minyak kali ketujuh dalam tempoh tertentu satu keputusan yang tidak waras,” katanya lagi.

Fakhrurrazi berkata, alasan yang seringkali digunakan kerajaan iaitu terpaksa menanggung subsidi akibat kenaikan harga bahan mentah itu juga tidak logik.

“Harga minyak di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding negara lain seperti China (RM2.41), Brunei (RM1.29), Bahrain (87 sen), Kuwait (81 sen), Arab Saudi (58 sen), Libya (43 sen) dan Venezuela (16 sen) bagi setiap liter.

“Subsidi yang diperkatakan kerajaan hanya lah ilusi tetapi tidak dapat dibuktikan dengan angka, di atas kertas dengan pembentangan akaun yang betul,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan selalu berdolak dalih memberi alasan kenaikan harga minyak kerana tidak mumpunyai mekanisme untuk menurunkan harga minyak.

Pada satu masa kerajaan memberi alasan harga minyak naik kerana harga minyak mentah pasaran dunia naik. Malangnya, walaupun harga minyak dunia turun kerajaan tetap menaikkan harga minyak dalam Negara.

“ Kenaikan harga minyak ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak lagi memikirkan beban yang akan ditanggung oleh rakyat” katanya

Read more ...

Utusan bohong, Melayu bengong percaya

LAPORAN berita yang berunsur provokasi agama di Utusan Malaysia sebelum ini dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" telah berjaya menaikkan darah orang-orang Melayu.

Artikel berkaitan isu ini dalam entry yang lepas di MiLo Suam mengundang pelbagai komen dari orang Melayu termasuk ingin membunuh, memenggal dan menghalau semua penganut Kristian di negara ini. Malah ada pembaca yang mahu menghalau semua bangsa lain keluar dari Malaysia.

Jelas sekali begitu ramai orang Melayu terutama penyokong gerombolan songkok tinggi berjaya diperbodohkan oleh Utusan Malaysia, walhal berita yang disiarkan bukanlah berita sahih, sekadar berita longkang yang dipetik dari dua buah blog jalanan yang pro Barisan Nasional.

Hakikatnya, DAP tidak akan mampu mengubah Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia kecuali melalui persetujuan majlis raja-raja walaupun KEADILAN dan PAS bersetuju dengan mereka (mustahil) rujuk sini [Utusan bodohkan rakyat]

Artikel berita longkang yang disiarkan oleh Utusan itu bagaimanapun telah berjaya menaikkan darah kaum-kaum Melayu termasuk kaum-kaum perasan Melayu di Pulau Pinang, yang berlagak nak jadi hero tak tentu pasal kah kah kah...

Berikut gambar Melayu-melayu dan perasan Melayu yang berjaya diperbodohkan oleh Utusan Malaysia also known as Utusan Merapu. Di saat Ketua Menteri Pulau Pinang sedang mengumumkan projek jalan rakyat (jalan tanpa tol) untuk meringankan beban rakyat, gerombolan songkok tinggi menyerbu bagaikan harimau buta yang meroyan nak jadi hero. Berita lanjut, rujuk link ini [Anak Sungai Derhaka].


Apa yang jelas, selepas berita provokasi seperti ini disiarkan oleh Utusan Malaysia, di saat rakyat Malaysia saling berprasangka di antara kaum dan agama yang berbeza, kerajaan mengambil peluang menaikkan harga gula rujuk sini [gula naik 20 sen]. Maka kemarahan rakyat atas kenaikkan harga gula berjaya diserap dengan isu agama yang dicetuskan. Pandai tak kerajaan? Seronok tak korang semua kena tipu? Kah kah kah...

ReJaM© "Orang yang buat provokasi ni patut diberikan hukuman dikentutkan mukanya beramai-ramai"


Read more ...

Yang difitnah kena siasat, tukang fitnah bebas lagi sebar fitnah

Mujahid : Najib Patut Siasat Utusan Bukan Paderi Kristian



SHAH ALAM 9 MEI: Utusan Malaysia dan dua blogger yang dikaitkan kepada laporan fitnah negara Kristian harus menjadi sasaran utama dalam sebarang siasatan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Rawa.

Ini berikutan tindakan akhbar milik Umno itu menyiarkan dakwaan melibatkan sensitiviti agama tanpa pengesahan sahih, kata Mujahid.

Mujahid berkata jaminan Najib untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu harus berpaksi kepada Utusan dan dua blogger berkenaan, dan bukannya paderi Kristian yang hanya mengadakan perbincangan keagamaan.

"Bila blogger yang membuat laporan, mengapa Utusan Malaysia terus bawa ke muka hadapan akhbar. Bagi saya Utusan yang harus didakwa dan disiasat. Berita utama yang dibawa boleh membawa kepada ketegangan kaum.

"Jadi bagi saya yang perlu diberi tumpuan ialah siasatan terhadap sumber dan punca berita. Bukan kepada perhimpunan itu dahulu," kata Mujahid ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.

Pada 7 Mei lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dakwaan kononnya pemimpin Kristian mengadakan konspirasi dengan DAP dalam satu majlis di Pulau Pinang baru-baru ini untuk mengambil alih pentadbiran negara selain mengugurkan status agama Islam sebagai agama persekutuan.

Laporan yang tersebut ditulis berdasarkan penulisan dari laman blog Zakhir Mohamed bertajuk 'Making Christianity the official religion'.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut dituduh bertanggungjawab mengajurkan pertemuan tersebut.

Pihak Gereja dan Ooi menafikan tuduhan itu dan menyifatkan laporan itu sebagai fitnah semata-mata untuk mencemaskan pengundi Melayu.

Berdasarkan pengalaman menjadi ahli panel perbincangan isu kalimah Allah dan Al-Kitab, Mujahid menegaskan tidak pernah wujud unsur-unsur yang diperhatikan bertujuan untuk menggangu-gugat kedudukan agama Islam di negara ini.

Jelas beliau, laporan tersebut bertujuan menimbulkan persepsi buruk dikalangan masyarkat Melayu selain bertindak sebagai penghalang kebebasan beragama dengan menghukum pertemuan pemimpin-pemimpin Kristian tanpa mengambil kira kesahihan dakwaan tersebut.

"Masyarakat Kristian tidak ada masalah menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan saya sendiri telah berapa kali turun berdialog dengan pihak gereja dalam isu-isu sensitif termasuk kalimah 'Allah' dan Al-Kitab, saya tidak melihat pertemuan itu menjurus kearah isyarat seolah-olah mereka tidak mahu Islam sebagai agama rasmi," kata beliau.

Sementara itu Mujahid tidak menolak cubaan menyerang parti majoriti Cina, DAP yang semakin mendapat tempat di hati pengundi Cina kawasan bandar seraya membenam kemaraan parti komponen MCA.

Katanya lagi, dakwaan terbaru ini memaparkan seolah-olah Pakatan Rakyat tidak komited dalam melakukan penegasan bersabit keperluan umum memahami agama Islam sebagai agama rasmi yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walhal jelas beliau, dasar yang dikemukan dalam Buku Jingga jelas memaklumkan perkara yang tercatat dalam perlembagaan tidak akan dipertikai mana-mana pihak.

Read more ...

Gerakan desak siasat Utusan




KUALA LUMPUR 9 MEI : GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku.

Dr Koh yang berfahaman Buddha berkata, berdasarkan pengetahuannya dan kefahaman pemimpin Kristian, penganut agama itu sebenarnya memahami Perlembagaan Persekutuan.

"Walaupun seorang dua individu tampil dengan kenyataan yang boleh disalaherti, ia tidak boleh dianggap mewakili pendirian rasmi persatuan Kristian," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.

Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan agenda menjadikan perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

Laporan akhbar memetik tulisan di blog Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dan blog Marahku.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Koh berkata, adalah tidak benar bagi sesebuah akhbar melaporkan sesuatu berita hanya berdasarkan khabar angin.

Katanya, tindakan melaporkan sesuatu secara berlebih-lenih boleh mengakibatkan ketegangan antara agama, mengganggung keharmonian dan menggugat perpaduan rakyat.

Sehubungan itu, Dr Koh menggesa semua rakyat Malaysia memelihara Perlembagaan Persekutuan dan memegang teguh falsafah 1Malaysia yang menekankan sifat inklusif untuk mencapai "kesatuan dalam kepelbagaian".

Beliau turut meminta rakyat Malaysia bekerjasama dengan semangat patriotik untuk meminta Malaysia yang aman dan harmoni.-Malaysiakini

Read more ...

Agama Rasmi : Jangan Provokasi, Kemudian ISA



KUALA TERENGGANU 10 MEI : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu ‘Kristian agama rasmi’.

Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya, lapor Harakahdaily.

“Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya.

“Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di sini semalam.

Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.

Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.

“Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu,” ujarnya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini.

Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari semasa ke semasa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini.

“Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja,” ujarnya.

Perasmian Sidang Dun Terengganu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja.

Read more ...

HRP Janji Sokong PR Jika Kaum India Dibela



BANGSAR 10 MEI :Parti Hak Asasi Rakyat (HRF) bersedia menganggotai Pakatan Rakyat atau mengadakan kerjasama politik dengan gagasan itu untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang, kata Setiausaha Agungnya, P. Uthayakumar.

Dalam wawancara dengan TVSelangor, Uthayakumar berkata pihaknya bagaimanapun mahukan gagasan itu berjanji membela kaum India dan bukan berjanji kosong seperti Umno-Barisan Nasional.

"Kita memang mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Impian kita adalah mahu tumbangkan kerajaan pimpinan UMNO-BN di Putrajaya,” kata Uthyakumar dalam wawancara khas dengan TvSelangor.

“Kami mahukan perubahan dalam kerajaan kerana kerajaan Umno memerintah negara terus selama 50 tahun. Ini membuatkan mereka menjadi terlalu kuat dan keadaan ini membuatkan mereka menjadi anggkuh, jadi ada baiknya penamatan kerajaan UMNO di Putrajaya,"tambah beliau.

Pengumuman Uthayakumar itu penting berikutan persepsi umum bahawa pengundi India yang menolak BN pada pilihanraya umum 2008 kini mula kembali kepada parti itu.

HRP dilihat sebagai “pengganti tulen’ Hindraf yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia ekoran tunjuk perasaan besar-besaran yang dianjurkan olehnya pada November 2007.

Sokongan HRP untuk Pakatan Rakyat dilihat berupaya memberi kelebihan untuk memastikan sokongan kaum India tetap kepada gagasan pembangkang itu.

Uthayakumar menegaskan sokongan pihaknya tertakluk kepada PR memberi jaminan tidak akan membelakangkan nasib kaum India yang sering dirujuk sebagai golongan paling terpinggir di negara ini.

“Kami juga sanggup dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri dan Pimpinan Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan di Putrajaya dengan syarat kami boleh turut serta dalam perjuangan ini sebagai 'internal check and balance' (pengimbang politik) dalam Pakatan Rakyat,” tambah beliau.

HRP yang diasaskan oleh Uthayakumar kini menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didafarkan sebagai sebuah parti politik. Keputusan permohonan itu masih belum diberikan walapun ia dibuat beberapa tahun lalu.

Penangguhan sedemikian oleh ROS adalah biasa dalm kes-kes pemohon yang dilihat tidak cenderung menyokong Umno-Barisan Nasional. Contohnya Pakatan Rakyat sendiri belum diluluskan sebagai sebuah parti politik walaupun mengemukakan permohonan tahun lalu.

Uthayakumar adalah antara pengasas pergerakan Hindraf yang mencetuskan kemarahan masyarakat India terhadap Barisan Nasional kerana melaksanakan pelbagai dasar dan polisi yang menindas kaum itu sejak kemerdekaan.

Demostrasi besar-besaran anjuran Hindraf di Kuala Lumpur pada November 2007 berkesudahan dengan lima pemimpinnya termasuk Uthyakumar di penjarakan tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Semalam genap dua tahun Uthyakumar dan rakan-rakannya dibebaskan setelah mereka melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan di Kamunting, Taiping.

Abang Uthayakumar, Wayanamoorthy, masih berada dalam buangan di London dan tidak dibenarkan kembali ke Malaysia.

Uthyakakumar berkata masa depan kaum India di negara ini akan terus malap di bawah teraju Umno-Barisan Nasional sungguhpun Perdana Menteri Najib Tun Razak cuba mengambil hati pengundi dengan pelbagai "pembaharuan kosmetik".

Ini termasuk menghias semula pusat perniagaan kaum itu di Brickfields, Kuala Lumpur dan menghadiri majlis-majlis perayaan kaum itu.

"Jadi mereka (kaum India) tidak tahu kedudukan sebenar Hindraf dan HRP ini adakah disebelah BN ataupun Pakatan. Bagi saya pimpinan BN khususnya Datuk Seri Najib mengambil kesempatan keatas kecelaruan ini dengan menguar-uarkan bahawa masyarakat india telah kembali menyokong BN,” kata beliau,

“Kami sudah cuba berbincang dengan Umno. Mereka tak mahu faham. Perjuangan (kami) adalah terhadap penganiayaan, penindasan dan ketidakadilan, itu yang buat kami terus berjuang,” tambah Uthyakumar.

Menurut Uthayakumar pihaknya terbuka kepada rundingan dengan Pakatan Rakyat dan bersedia untuk memupuk kerjasama politik yang boleh memperbaiki nasib masyarakat kaum India.

"Bagi saya peluang terbaik HRP ialah bergabung dengan Pakatan Rakyat sebagai suara ke empat. Tapi itu terpulang kepada Pakatan Rakyat," kata beliau.

Minggu lalu Mahkamah mengarahkan ROS dan dua yang lain bagi memberikan keputusan mengenai permohonannya mendaftarkan parti berkenaan sebagai sebuah parti politik.

Keputusan itu memaksa Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Hussein dan ROS membuat keputusan dalam tempoh dua minggu ini mengenai nasib permohonan HRP.

Uthayakumar berkata HRP mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di kalangan masyarakat India, yang kebanyakannya dari golongan berpendapatan rendah dan hidup di luar atau pun pinggiran bandar.

Justeru beliau menyatakan betapa Pakatan juga bakal mendapat faedah dan menawan pengundi dari golongan tersebut jika mereka bekerjasama dalam pilihan raya Umum akan datang.

Uthayakumar berkata pihaknya mensasarkan 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi DUN yang mempunyai peratus pengundi kaum India yang tinggi dan boleh disandarkan kepada HRP.

Justeru penggabungan atau kerjasama dengan Pakatan adalah amat penting dalam membantu menewaskan hegemoni setengah abad Barisan Nasional.

"Kalaupun tidak diterima sebagai komponen, kami minta DAP, PAS dan PKR beri laluan di 15 Parlimen dan 38 DUN supaya tiada pertandingan tiga penjuru.Kami juga mempunyai tugas kami dalam perjuangan dan peranan kami dalam menumbangkan BN adalah dari projek 15:38 ini," kata beliau.

Uthayakumar menafikan tuduhan-tuduhan Umno, kononnya beliau adalah anti-Melayu dan anti Islam.

Peguam dan aktivis masyarakat itu menegaskan beliau mendokong Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Namun yang dibantahnya adalah perlaksanaan dasar-dasar oleh Umno yang hanya menguntungkan mereka yang menyokong parti pemerintah.

Uthayakumar berkata sungguhpun negara sudah lima dekad merdeka, masyarakat India masih terpinggir dalam peluang pendidikan, pekerjaaan di sektor awam, dan peluang pekerjaan.

Dalam wawancara itu, Uthayakumar menyifatkan bekas Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu sebagai pemimpin yang “luar biasa”.

“Saya katakan luar biasa kerana hampir setiap pilihanraya beliau meraih sokongan bulat pengundi kaum India untuk BN walaupun masyarakat India mendapat begitu sedikit walaupun memberi sokongan begitu kuat kepada BN,” kata beliau.

Bagaimanapun selepas Himpunan Hindraf November 2007 diadakan, kaum India tidak gentar lagi untuk berhadapan dengan parti pemerintah.

"Perhimpunan Aman Hindraf pada 25 November 2007 adalah manifestasi ataupun perasaan terpendam selama 50 tahun telah meletup. Masyarakat India sekarang telahpun berani mempersoal Kerajaan UMNO dan telah mula memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia," tegas beliau.

Read more ...