Tuesday, June 5, 2012

JANGAN TAK BACA!!! Melayu Hilang Hak? Lu fikirlah sendiri….

Add caption
Beberapa minggu lalu aku pergi ziarah seorang kawan aku. Kebetulan masa tu hujung minggu dia pun ada tetamu lain juga, seorang ustaz. Nampak baik dan alim orangnya, tutur katanya lemah lembut. 

Ustaz lah katakan mestilah kena jaga tutur kata. Banyak juga kami sembang termasuk hal-hal politik tanahair. Mulanya aku tak ambik kisah sangat, sembang-sembang biasa je. Lebih banyak mengangguk dan mengiya. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh jugak, baru je kenal.

Ustaz tu memang semangat, apa lagi bila cakap tentang Melayu. Dia kata Melayu perlu sepakat, kalau tidak akan hilang hak dan keistimewaan. Dia sebut juga tentang Perlembagaan dan Hak keistimewaan orang Melayu. 
Dia cukup bimbang dengan kaum Cina yang nampak macam begitu agresif menuntut hak asasi dan kesamarataan. Pada pandangan aku dia nampak macam tak suka dengan DAP. Katanya DAP tu Cina yang agresif dan nak merampas hak Melayu. 
PKR pun dia tak berapa berkenan walaupun ada juga yang dia respek, ada dia sebut beberapa orang yang aku lupa namanya, bekas ABIM katanya.


Menurut ustaz tu PKR ni dikuasai oleh puak-puak liberal. Liberal ni katanya bahaya, boleh memesong akidah umat Islam. Entah, dulu aku belajar juga masa buat degree tentang liberalisme ni. 
Nampak macam lain je dengan apa yang ustaz ni cakap. Seram jugak aku. Takpe lah itu kita share lain kali. Aku tanya jugak tentang PAS. Maklumlah aku minat jugak Abg Mat (Mat Sabu). Ceramah dia lawak tapi banyak juga fakta. Dia kata, saya sokong PAS, dari dulu lagi tak pernah pangkah UMNO, cuma akhir-akhir ini dia kata PAS tu dah lain macam je sejak berkawan dengan DAP. 
Dia kata PAS mula lari dari perjuangan sebenar menegakkan Negara Islam. Dia ceritalah kat aku macam-macam istilah dalam bahasa Arab, tak dapat aku nak tulis kat sini, kerana aku pun bukanlah faham sangat. 
Cuma apa yang ustaz tu cerita sedikit sebanyak masuk juga dalam kepala aku ni. Nampak macam logik dan masuk akal. Tapi aku bukanlah jenis orang yang menerima bulat-bulat apa orang kata.
Mungkin pengaruh belajar di oversea satu ketika dulu memang diajar untuk banyak bertanya. Ingat lagi masa mula-mula balik oversea dulu, pernah juga join usrah sekali sekala. 
Ustaz atau naqib (tak tau lah aku dia tu betul ustaz ke tak, tak ada pulak aku nak check background dia), kurang senang dengan aku yang banyak bertanya. Last-last aku macam disisih dan tak dipanggil usrah lagi. Aku pun malas gak kalau tak boleh argue, terima bulat-bulat macam tu je. 
Sorry man!! Tapi itu dah lama, aku dah tak ikut lagi dah usrah. Masjid tu selalu jugaklah pergi masa free. Kebetulan masjid tempat aku tu agak aktif. Tapi lepas aku kena tarbiyah dengan ustaz tu..chewah!! Betul ke tak istilah aku ni? Aku mula fikir balik la wei. Cuma macam aku cakap aku bukan jenis orang yang terima macam tu je. Apa lagi isu ni macam menarik minat aku.
Kat ofis, aku kawan dengan ramai orang termasuk bukan Melayu, non Muslim. Ada seorang tu memang aku tau dia tu orang DAP. Tapi nampak ok je. Selalu je aku keluar dengan dia. Sesekali dia puji Tok Guru, bagus katanya, tak rasis. 
Aku bangga la sikit dia puji orang Melayu. Malu pun ada, aku tak tau sangat pun tentang tok guru. Abang Mat tu selalu lah jugak dengar ceramah dia hahaha. Suka dia buat lawak. ‘Orang Kelantan semua pakai bomoh sejak PAS memerintah’ kata Abg Mat. So dalam sehari dua ni kebetulan aku ambik cuti, dah penat sangat kerja. 
Aku ambik peluang tu untuk baca dan cari info dalam internet. Hari tu aku pegi Jalan Masjid India, cari beberapa buku dengan kawan aku, dia non Muslim jugak. Ikut aku sekali masuk kedai buku agama kat sebelah Wisma Yakin. Okey je dia.
Di bawah ni aku nak share apa yang aku dapat. Banyak yang aku copy paste dari blog dan laman web lain juga sebab aku tak larat nak tulis panjang-panjang. Kejap lagi nak tengok The Avengers. Kawan aku dah call dah.
1. Jika Pakatan Rakyat memerintah Hak Keistimewaan Melayu akan hilang
Betul ke semudah itu? Setahu aku hak Melayu itu sangat sukar untuk digugat. Ia melibatkan pindaan Perlembagaan yang mana ia memerlukan majority dua pertiga Ahli Parlimen. 
Sekarang ini jumlah Ahli Parlimen ialah 222 orang. Dua pertiga bersamaan dengan 148 orang. Sebelum ini BN (sebelum 2008) sentiasa mendapat majority dua pertiga. Sebab itu mereka dengan mudah meminda Perlembagaan termasuk berkenaan dengan keistimewaan Raja-raja Melayu satu ketika dulu. 
Hak dan Keistimewaan Melayu ini dilindungi oleh Perlembagaan (Perkara 153). Untuk meminda Perkara 153 bukan setakat memerlukan dua pertiga majority dalam Parlimen tetapi juga perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja. Ia memang telah termaktub dalam Perlembagaan tentang Perkara 38 Majlis Raja-Raja.
(1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Jadual Kelima. 
(2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi
    (a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Jadual Ketiga; 
    (b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh; 
    (c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja; 
    (d) melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; 
    (e) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,dan boleh menimbang teliti soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut.
(3) Apabila Majlis Raja-Raja menimbang teliti perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka; dan penimbang telitian itu adalah antara fungsi yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut nasihat Jemaah Menteri, dan oleh Raja-Raja yang lain serta Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri itu mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan mereka. 
(4) Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 
(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.
2. DAP akan memerintah Malaysia?
Ni kontroversi ni. Isu panas. Rilek la bro, kita tengok dulu fakta. Pada tahun 2008, DAP bertanding 48 kerusi Parlimen dan menang lebih 20 kerusi. Oleh itu bagaimana boleh dikatakan DAP akan memerintah Malaysia. 
Sekiranya DAP memenangi kesemua kerusi Parlimen sekalipun, mereka juga memerlukan 100 lagi kerusi untuk mendapat majority dua pertiga yang membolehkan mereka meminda Perlembagaan.
3. Lagi satu aku juga pernah terbaca dalam satu facebook yang kawan aku share bahawa Lee Kwan Yew berhasrat untuk memerintah Malaysia.
Katanya LKW bersumpah sebelum dia mati dia ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada aku ini berita paling lawak aku pernah dengar. Nak jadi PM perlu bertanding dan menang pilihanraya. 
Sebelum layak bertanding seseorang itu mestilah menjadi warganegara Malaysia. Untuk menjadi warganegara perlu bertahun-tahun menjadi penduduk Malaysia. Come on la bro.LKW dah umur 80 tahun lebih. 
Baru je tahun lepas kalau tak silap aku bini dia meninggal. Maknanya dia pun mungkin tak lama dah. So macam mana dia nak jadi PM? Lainlah jika Singapore serang Malaysia dan menang baru lah nampak logik LKW boleh jadi PM Malaysia.
OK bro..aku chow dulu. Member aku dah sampai dah..Lu fikirlah sendiri kata Nabil..

Read more ...

APA KHABAR HASAN ALI!!! Ceramahnya semakin sepi, yang tinggal hanya kerusi




BIAR GAMBAR BERBICARA... CAKAP BANYAK TAK GUNA..


Jelas sekali....ceramah Hasan Ali dengan JATI Tiga Jalurnya di Negeri Selangor Darul Ehsan semakin hari semakin tidak mendapat sambutan.


Terbaru ceramah beliau di Padang Awam Selayang Indah ( Belakang NSK ) berhampiran dengan Pasar Borong Lama, Selayang. jam 8.30 malam hari Selasa 5hb Jun 2012.


Lebih banyak kerusi kosong dari yang diduduki manusia.


Rakyat sudah mula sedar....Hasan Ali jenis cakap tak serupa bikin.. janji tak pernah ditunaikan..


Apabila janji nak dedahkan video murtad tidak dilunaskan dengan memberi pelbagai alasan, maka rakyat sudah lihat tembelang busuk siapa beliau sebenarnya...


Pada awal Roadshownya memang ada sedikit sambutan.. itu tidak dapat dinafikan...sambutan pun sekadar ingin tahu...


Janji diawal semasa mengumumkan roadshownya...dia akan kata sekadar nak selamatkan "aqidah" umat Islam...tetapi sebenarnya, lebih kepada membelasah Pakatan Rakyat dengan menghasut rakyat supaya jangan beri satu undi pun kepada PR pada PRU 13 nanti.


Maka bertepatanlah , bila para pemimpin tertinggi PAS membuat keputusan supaya tidak melayan kerenah dan gelagat Hasan Ali... kisahnya akan mati secara beransur-ansur..Kini sudah terbukti


Lihat saja gambar-gambar sebagai bahan bukti, bukan cakap pakai air liur basi.Omak Kau

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat PAS jana kekuatan kekalkan kemenangan

PARIT BUNTAR : Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Parit Buntar telah mengadakan himpunan petugas-petugas pilihanraya yang dihadiri oleh hampir 150 orang baru-baru ini. 

Program ini dihadiri oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Saudari Aiman Athirah. 

Aiman Athirah dalam ucapan di majlis tersebut meminta agar muslimat PAS Parit Buntar dapat terus bekerja dan meningkatkan usaha memberi penerangan yang jelas kepada semua kaum wanita yang berada di dalam kawasan ini.


" Muslimat perlu turun dari rumah  ke rumah untuk bertemu dengan pengundi-pengundi wanita untuk menerangkan dan memberi penjelasan yang baik berkaitan dengan berbagai isu-isu terutamanya negara berkebajikan dan buku jingga.


" Tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat apabila dapat memerintah negara ini adalah suatu tawaran yang mampu untuk dilaksanakan." katanya

Menurutnya . pentadbiran Pakatan Rakyat yang cekap, telus dan bebas dari gejala rasuah mampu memberi kebajikan kepada rakyat.

" Apa yang berlaku UMNO/BN telah melakukan pemborosan dan penyelewengan kepada kewangan negara dengan sewenang-wenangnya. 

" Rakyat perlu sedar tentang kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh UMNO/BN selama lebih 50 tahun mentadbir negara ini"katanya

Katanya, masalah rasuah, kronisme, keborosan, salahguna kuasa dan sebagainya telah menjadi darah daging dalam UMNO/BN. 

" Semua slogan-slogan yang selama ini didokrinkan kepada rakyat merupakan satu penipuan sebenarnya.

" Umpamanya slogan ' Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan' adalah sesuatu yang kosong tanpa apa-apa makna kepada rakyat apabila lain dikata dan lain pula yang dilakukan" katanya

Aiman Athiran berkata, walaupun mereka telah memberi bantuan seperti BR1M  RM500 kepada rakyat baru-baru ini tetapi bantuan itu hanya sekali sahaja bukannya pada setiap tahun. 

" Apakah bantuan seperti itu hanya diperolehi setelah berlalunya pemerintahan selama 50 tahun? 

"Tambahan pula suasana kini makin menghampiri tempoh pilihanraya ke 13 menyebabkan ada yang mengatakan ianya sebagai rasuah pilihanraya oleh UMNO/BN." katanya

Beliau bertanya, kenapa sekarang baru diberi dan kenapa tidak diberi selepas pilihanraya nanti?

" Namun rakyat kini semakin bijak. Rata-rata mereka mengambil semua pemberian yang diberi oleh kerajaaan UMNO/BN kerana mereka sedar apa yang diberi itu adalah hak mereka sebagai rakyat dan bukannya wang UMNO/BN. 

" Pendidikan yang diterima oleh rakyat menyebabkan mereka tidak lagi boleh digula-gulakan begitu saja terutamanya di kalangan anak-anak muda"katanya

Beliau berkata, rakyat makin sedar kebobrokan dan kejelekan UMNO/BN yang terlalu rakus dan lahap merebut kekayaan negara. Masing-masing berlumba-lumba untuk mengayakan kaum kerabat dan kroni sendiri.  


" Kini rata-rata rakyat tidak lagi boleh diperkotak-katikan oleh UMNO/BN. Kesedaran dan keinsafan rakyat dapat dilihat melalui gelombang kehadiran mereka dalam ceramah-ceramah yang dibuat oleh PR. 

" Walaupun ceramah dibuat secara kecil-kecilan, ia masih mendapat sambutan yang hangat seperti yang dilaporkan oleh media baru melalui blog-blog, facebook dan twitter" katanya

Tambahnya, bagi golongan muda pula, kemudahan media baru ini menjadi bahan utama untuk mendapat maklumat dan penerangan yang jelas. 

"Media massa seperti akhbar dan televisyen sudah tidak boleh dipercayai lagi oleh mereka. 

" Kekurangan pembaca dan penonton yang semakin merudum menunjukkan sambutan terhadap media tersebut sudah kehilangan tempat dihati rakyat" katanya

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak dan Haji Harun Hashim, YDP Parit Buntar dan AJK PAS Parit Buntar.
 
 
Ketua Muslimat PAS Parit Buntar sedang menyampaikan ucapan aluan

 
Ust. Abu Bakar Husin sedang menyampaikan ucapan 

 

 
 
Petugas pilihanraya muslimat PAS yang hadir 

Read more ...

MAHLIGAI RM 500 RIBU!!! Fitnah Blogger UMNO terhadap Tuan Guru Nik Aziz kantoi di tengah jalan

KOS PEMBINAAN MAHLIGAI NIE RM500 RIBU JEE.. HEHEHE.. SATU LAGI EDISI FITNAH YANG KANTOI





NIK AZIZ NAK BUAT RUMAH RAKYAT UNTUK DIRINYA SENDIRI.

Nik Aziz sedang membina Rumah Rakyat dengan wang rakyat Kelantan. Itu adalah berita yang aku dengar dari rakan-rakan kelahiran negeri Pantai Timur itu. Dikhabarkan Menteri Besar mereka, Nik Aziz, sedang sibuk membina rumah atau lebih sesuai mahligai Nik Aziz sebagai salah satu mercu tanda Kelantan maju.


Ini kita boleh katakan sebagai Rumah Rakyat kerana duit bagi pembinaan rumah yang menelan kos hampir RM500,000 itu adalah dari duit derma rakyat Kelantan setiap kali diadakan ceramah. Sedangkan Lebuhraya Rakyat yang digembar-gemburkan oleh PAS Kelantan masih belum bermula pun.


Mungkin ini janji PRU-13, untuk PAS terus berkuasa di Kelantan - Blogger UMNO








Baca fitnah tersebut di sini

Read more ...

MIDAH OH MIDAH!!! Meroyan lagi ko, bila nak insaf ?





Adun Sungai Rapat, Kak Midah meroyan tahap tiga sekali lagi menunjuk sikap kebudak-budakannya... Malam ini (6 Jun) dia akan menganjurkan Majlis Kesyukuran untuk mengganggu Ceramah PAS yang menampilkan Penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu Aishah bersama Bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksamana Imran Abd Hamid.
Majlis kesyukuran itu difahamkan sempena majlis pecah tanah yang belangsung petang itu walaupun sepatutnya dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat lalu, namun selepas mengetahui PAS akan mengadakan ceramah, Kak Midah tukar ke 6 Jun.

Program yang jaraknya hanya 100 meter dari program PAS itu menampilkan Ulama' Tersohor Umno yang satu-satu diharapkan, Ustaz Kamal Saidin.


Ini bukan kali pertama Kak Midah menggunakan program agama untuk tujuan mengganggu, dia juga pernah membuat program sedemikian sebelum ini seperti di Taman Jutaria..


Inilah si Hamidah, sanggup mempergunakan Program agama sebagai alat untuk mengganggu ceramah PAS.. Niat pun dah tak betul... Panggil pulak si Ustaz meroyan..


Tengok la telatah Kak Midah turun naik Pentas malam ni, macam budak2 kecik yang baru abis minum susu botol.. Kalau hebat sangat, sahutlah cabaran Ustaz Radzi.. Duduklah satu pentas.. tak payah le ikut je ceramah orang.. hehe..


Midah oh Midah...


JOM DATANG BERAMAI-RAMAI.. BIO MIDAH GERUN...


http://demokrasi93.blogspot.com/2012/06/panas-kak-midah-buat-majlis-kesyukuran.html

Read more ...

LAWAK PEKIDA!!! Dah tak ada idea nak buat demo kepada kerajaan PAS Kedah

Kelmarin Pekida Kota Setar yang diketuai oleh Mansor @ Chot telah mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. (Chot ni.. dialah Pekida, dialah Perkasa, dia UMNO, dia badan bertindak Madrasah Salihiah, dia badan bertindak jirat Cina Kulim.. wuyoo kalau Tok Mat Bashah dia punya jawatan).

Mereka telah kemukakan 11 tuntutan kepada kerajaan negeri. Berikut adalah senarai tuntutan dan komen oleh Kedah La di bawah tuntutan tu...


TUNTUTAN 11 PERKARA OLEH PEKIDA DAERAH KOTA SETAR DAN UMAT ISLAM DI KEDAH KEATAS KERAJAAN ISLAM PAS UNTUK MELAKSANAKAN 'AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR'


Antara tuntutan yang di tuntut kepada kerajaan PAS Kedah adalah seperti berikut :

1. MEMANTAU Operasi Pengeluaran lesen dan aktiviti Pusat Hiburan, Pusat Maksiat, Rumah Urut, Pub, Disko dan seumpamanya yang merugikan dan MEMURTADKAN Umat Islam dibawah pentadbiran Kerajaan Islam PAS di Kedah.


(Kedah La: Alhamdulillah kerajaan negeri memang sentiasa memantau sekarang, cuma nak habag bagi tidak ada lesen dikeluarkan untuk Pusat Maksiat, Pub dan Disko. Lesen Rumah Urut ada dikeluarkan tapi untuk urut tapak kaki bukan pusat pelacuran. Bagaimanapun jika Pekida ada maklumat mengenai aktiviti maksiat di premis2 tersebut sila maklumkan secara tepat segala maklumat kepada kerajaan negeri untuk tindakan. Minta maaf nak harap org PAS bg maklumat depa tak tau apa sebab depa tak pernah masuk tempat2 macam tu)

2. MENGHAPUSKAN unsur-unsur SYIRIK sama ada dalam bentuk monumen, tugu ataupun simbol-simbol yang berada di negeri Kedah TIDAK SELARAS dan BERCANGGAH dengan ajaran Islam dan Perlembagaan PAS (parti yang mentadbir Kedah).

(Kedah La: Setakat pengetahuan kerajaan negeri tidak ada monumen seumpama itu. Kalau Pekida ada maklumat sila maklumkan secara tepat untuk diambil tindakan)


3. MENJALANKAN operasi bersepadu agar anak muda,golongan remaja dan belia dapat dicegah dari aktiviti berpeleseran, jenayah jalanan, merempit, membuang masa, berkhalwat dan berzina.


(Kedah La: Kerajaan Negeri bimbing golongan remaja melalui Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Shakhsiah, Kem Belia Sejahtera dan macam-macam lagi. Jenayah jalanan dan rempit tu kerja polis, kena pi bagitau Najib atau Tok Mat Bashah. Konsert K-Pop untuk galak remaja bermaksiat dianjurkan oleh BN bukan PAS. Faham noooo)


4. MEMELIHARA Tanah Wakaf, Mahaahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat. Menjalankan usaha dakwah serta pengimarahan surau, masjid dengan kegiatan berfaedah dan perancangan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang berterusan dengan dokongan dan bantuan kukuh pihak kerajaan negeri, JAIK dan MAIK serta agensi berkaitan.


(Kedah La: Setakat ini semua itu dipelihara dengan baik. Jika ada tanah wakaf yang tidak berfungsi dengan baik, kerajaan lakukan Istibdal (pindah wakaf) supaya harta wakaf diimarahhkan dgn pelbagai kegiatan. Bantuan untuk institusi pendidikan Islam pun macam2 dihulurkan tidak seperti semasa BN perintah negeri dulu)

5. MENJALANKAN usaha-usaha terancang, bersungguh ke arah mengurangkan kemiskinan dan peningkatan peluang ekonomi di kalangan umat Islam Kedah. Ini disebabkan 'kemiskinan boleh menghampirkan umat ini ke arah kekufuran'.


(Kedah La: Alhamdulillah semua saranan itu telah dilakukan dgn baik berdasarkan kemampuan kerajaan negeri. Cuma yang tak buat kerja itu ialah Kerajaan Pusat.. Pekida kena pi habag kat Najib atau wakilnya Tok Mat Bashah mengenai isu ini)


6. MENYEMARAKKAN usaha pendidikan Islam yang sebenar bagi membolehkan lebih ramai ilmuan Islam dalam pelbagai bidang dilahirkan selain ilmuan dalam bidang keagamaan.


(Kedah La: Itu pasailaa kerajaan besarkan KUIN, tambah kursus pengajian, bina Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba. Masalahnya puak2 pembangkang iaitu BN di Kedah kata besarkan KUIN tu membazir, Pekida kena pi serang puak UMNO tu)


7. MEMELIHARA alam sekitar, ekologi dan persekitaran dengan sebaiknya untuk keseimbangan hidup sepertimana tuntutan agama agar keuntungan tidak dilebihkan sehingga alam sekitar dirosakkan.


(Kedah La: Alhamdulillah semuanya terkawal oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Hutan... dua2 tu agensi kerajaan Pusat/BN. Kalau depa tak buat kerja hantam depa cukup2)


8. MENINGKATKAN amalan kebersihan dan mewujudkan persekitaran kondusif dalam semua bidang kehidupan sama ada ekonomi, politik, pentadbiran, sosial, dan kemasyarakatan disebabkan kebersihan adalah sebahagian daripada iman.


(Kedah La: Alhamdulillah semua yang disaran tu sudah pun berjalan dengan baik. Isu sampah sarap ni hanya teruk di zaman BN dulu, laa ni semua cantik merelit).


9. MEMUPUK ukhwah dan semangat perpaduan dan penyatuan dikalangan umat Islam agar sentimen benci membenci, prasangka,taksub membabi buta kepada puak dapat dikendurkan disebabkan sentimen sebegitulah yang seringkali menjadi penyumbang sehingga persaudaraan Islam menjadi longgar.


(Kedah La: Kerajaan negeri sentiasa memupuk perpaduan di kalangan rakyat, malangnya usaha tersebut dipecahkan oleh puak pembangkang Kedah yang tak habis2 buat demonstrasi haram, usaha menjatuhkan kerajaan negeri, menabur pelbagai fitnah terhadap kerajaan negeri)


10. BERMUSYAWARAH, bermuafakat, berlaku adil dan ihsan dengan semua pihak berkepentingan bagi apa-apa isu yang melibatkan kepentingan umat Islam di negeri Kedah.


(Kedah La: Hak ni pun merelit..telah dibuat dgn baik oleh kerajaan negeri tahap A++++)


11. BERSUNGGUH, ikhlas,jujur.dalam melaksanakan kesemua perkara di atas dengan mengketepikan sentimen politik, kepentingan diri, puak atau parti.


(Kedah La: Alhamdulillah.. selama 4 tahun PAS perintah Kedah semua dilaksanakan dengan ikhlas tanpa sentimen politik kepartian)

Read more ...

DI HADAPAN DYMM SPB YDP AGUNG!!!! Najib sembah tahniah atau berucap politik ?

PM Najib dalam ucapan sembah tahniah tidak berucap dengan kemas, meninggi suara dan bernada marah dan geram.

Malah kandungan ucapannya juga tidak mencerminkan sembah tahniah pada DYMM SPB YDP Agung, tidak mendoakan kesejahteraan ke atas baginda yang sedang bersemayam menyambut Hari Keputeraan.

Sebaliknya isi ucapannya memberi amaran kepada rakyat bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengugat keselamatan dan keamanan negara.... adakah ucapan ini sesuai untuk Hari Keputeraan? Siapalah agaknya yang buat ucapan tu?
Siapalah agaknya yang mencucuk dan membakar semangat PM semalam? Salah tempat atau salah ucapan? Anak saya yang sekolah menengah pun tanya, ayah, ini ucapan politk ke ucapan sembah tahniah Hari Keputeraan DYMM SPB YDP Agung?

Mungkin ada cacai umno boleh tolong jawab? Boleh jadi cacai umno yang tolong buat ucapan itu agaknya. 
 
al-brangi

Read more ...

NAJIB BOLEH TERDUDUK!!! Jika baca analisis prestasi BN terkini

Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Kelewatan melakukan pilihan raya mungkin menyebabkan penurunan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) dengan krisis hutang di Eropah, menjadikannya lebih sukar untuk BN melaksanakan pemberian wang tunai untuk meraih populariti, kata penganalisis.


Pentadbiran Najib (gambar) melambat-lambatkan proses transformasi perundangan, dan ekonomi akan mengakibatkan penurunan sokongan daripada kumpulan minoriti Cina dan India berdasarkan kaji selidik Merdeka Center.


“Tangguhkan pilihan raya akan mengeruhkan keadaan. Perlu diingat, ada krisis di Eropah, dan ia mungkin akan melibatkan Malaysia,” kata Faisal Hariz, penganalisis politik dari Kuching kepada The Malaysian Insider.


Pakar ekonomi beranggapan penyingkiran Greece daripada Kesatuan Eropah (EU) akan menurunkan perkembangan China kepada 6.4 peratus tahun ini daripada 9.2 peratus pada 2011. Malaysia bersama dengan negara Asia yang lain telah meningkatkan perdagangan dengan China sejak bertahun lalu dan gergasi Asia itu kini merupakan rakan dagang terbesar.


Spekulasi menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengumumkan pilihan raya dilaksanakan selepas membentangkan Bajet 2013 pada 28 September, sebulan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemungkinan pilihan raya paling awal adalah pada 21 Julai apabila bulan Ramadhan bermula.


Pentadbiran Najib telah membelanjakan rakyat apabila memberikan imbuhan tinggi kepada kakitangan awam dengan peningkatan kos sara hidup, memberikan voucher buku kepada pelajar, dan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), yang menyaksikan sokongan Najib melonjak.


“Pemberian-pemberian seperti itu hanya akan menjadi gangguan daripada isu pokok bagaimana negara ini di bentuk dan sama ada ianya transformasi yang sebenar atau tidak.


“Kerajaan boleh menambah lebih banyak dalam bajet akan datang, namun sokongan pengundi Melayu mungkin sudah berada di kemuncak,” kata pensyarah politik dan hubungan antarabangsa ini.


Beliau menjelaskan, kaji selidik Merdeka Center menunjukkan 79 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan Najib, meningkat daripada 74 peratus pada Febuari.


Namun pensyarah Universiti Sarawak itu berkata terdapat “peningkatan ketara dalam sokongan terhadap pembangkang dalam kalangan Melayu walaupun bantuan diberikan, akan menyokong PR.”


“Sebelum subsidi “feel-good faktor” kerajaan perlu melaksanakan PRU. Jika BN tunggu lebih lama, ia akan kehilangan undi Melayu kerana faktor itu semakin susut,” kata Faisal.


Beliau berkata pengundi bukan Melayu melihat kerajaan kekurangan keupayaan politik untuk melaksanakan transformasi.


Beliau menjelaskan pentadbiran Najib dilihat berundur ke belakang apabila mengenakan polisi yang mengutamakan Bumiputera di bawah Model Ekonomi Baru (NEM).


Keengganan kerajaan untuk membebaskan tahanan di Kem Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) walaupun telah memansuhkan akta tersebut turut mengurangkan sokongan pengundi.


Faisal menjelaskan kerajaan juga bertindak “ganas” apabila mengambil tindakan terhadap perusuh pada perhimpunan 28 April menurunkan sokongan pengundi China yang rata-ratanya merupakan pengundi bandar.


Seorang penganalisis politik lain, James Chin, berkata,” masyarakat India telah mula kembali kepada PR.”


Beliau menjelaskan kaji selidik Merdeka Center mendapati 72 peratus masyarakat India berpuas hati dengan Najib berbanding 80 peratus pada Febuari, turun lapan peratus dalam masa tiga bulan.


Beliau menambah penurunan itu daripada penyokong setia India BN berpindah kepada Pakatan Rakyat (PR) berikutan kekecewaan terhadap BN dalam menangani isu mereka.


“Ia mungkin disebabkan program kerajaan untuk komuniti India tidak berhasil,” kata pensyarah di Sunway Monash University ini, dan memberikan contoh masyarakat India yang tiada kerakyatan.


Wan Saiful Wan Jan, pengasas “think-tank” Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) turut menggesa pilihan raya dilaksanakan secepat mungkin.


Beliau berkata adalah sukar BN akan menarik undi pengundi atas pagar dengan keadaan ekonomi yang perlahan dan pengundi telah membuat keputusan.


“Faktor utama Melayu kembali kepada BN adalah ketakutan hilangnya kuasa politik. Strategi seperti ini dilihat berhasil.

“Strategi menunggu ini akan menguntungkan PR kerana mereka boleh mendedahkan lebih banyak skandal dan tuduhan kerajaan tidak menjalankan tugas,” kata Wan Saiful


Beliau memberi amaran sokongan BN akan pudar jika pilihan raya dilewatkan.


“Saya tidak rasa Najib akan beroleh kemenangan dua pertiga majoriti. Rating Najib tidak akan diterjemahkan kepada undi. Mungkin kepada beliau secara peribadi, bukan untuk Umno,” katanya

Read more ...

PEMERHATI PRU 13!!!Adakah SPR pilih NGO Perkasa, Pekida, Jati, GAP, Tibai dan Isma ?

SHAH ALAM - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada pilihan Raya Umum (PRU) ke -13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, perbincangan bersama NGO terbabit telah dilakukan oleh satu jawatankuasa yang dilantik dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.


Menurutnya, pemilihan NGO itu menepati etika dan syarat-syarat yang ditetapkan sebagai pemerhati, antaranya mereka tidak berpihak kepada parti politik, tidak mengganggu proses pilihan raya dan menghantar laporan secepat mungkin kepada SPR.


“Penggabungan itu kelak memudahkan mereka sebagai satu pasukan dan menjadi pemerhati di 222 buah kawasan Parlimen seluruh negara.


"Secara asasnya mereka telah bersetuju untuk bergabung, namun perbincangan dalam sedikit masa lagi untuk menentukan kawasan pemerhati, ” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Namun Abdul Aziz enggan mendedahkan nama NGO terbabit kerana perbincangan masih dilakukan.


Abdul Aziz berkata, selain pemerhati dalam negeri, SPR juga telah menjemput negara luar sebagai pemerhati antarabangsa.


“Malaysia sering kali menjadi pemerhati asing di negara luar seperti Indonesia, Thailand, Bosnia dan beberapa buah negara lagi. Justeru, SPR telah menjemput mereka menjadi pemerhati pada PRU kali ini, namun keputusan muktamad masih belum lagi diperoleh,” katanya.


Katanya, pemerhati dari luar negara juga perlu menepati etika dan syarat ditetapkan, dengan tidak berpihak dengan parti politik dan tidak campur tangan dalam proses pilihan raya.


Abdul Aziz ketika ditanya akan inisiatif Suruhanjaya Hak Asasi manusia (Suhakam) menjadi pemerhati pada PRU kali ini, beliau menjelaskan perlunya perbincangan dilakukan terlebih dahulu.

Read more ...