SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.
Sambil menekankan bahawa peranan ulama dalam pemerintahan bukan sesuatu yang baru dan telah wujud sejak zaman nabi lagi, ahli akademik ini menambah: "Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
“Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Asri pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” semalam. Wacana dianjurkan oleh Sinar Harian.
Selain itu, Asri turut menegaskan, tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya berpihak kepada mana-mana parti politik.
“Jangan pula kita meraikan ulama yang mengampu mana-mana parti politik, ini kerana agama tidak membenarkan ikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya," jelas Asri.
Pada masa sama, Asri turut menegaskan bahawa sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat.
“Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin.
“Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” jelas beliau lagi...SINAR HARIAN
PATUTLAH AHLI AGAMA SETELAH MASUK UMNO KENA IKUT PERANGAI AHLI-AHLI UMNO YANG LAIN JUGA...JADI PENGAMPU BODEK DAN TUKANG ANGGUK APA JUA PERBUATAN DAN PERCAKAPAN PARA PEMIMPINNYA.
MEMBERI MAKNA , PARA ULAMA DALAM UMNO LANGSUNG TAK BOLEH PAKAI PUNYA... JENIS ULAMA JUAL AGAMA DEMI SECIPUT KEPENTINGAN DIRI... AHLI AGAMAWANG BUKAN AGAMAWAN.
KALAU MEREKA YANG ADA ILMU CUKUP TINGGI DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN BERTARAF ULAMA PUN BOLEH HANYUT BILA MASUK UMNO, INIKAN PULA MEREKA YANG ADA ILMU ISLAM PERINGKAT ASAS SAJA... IKUT HUKUM AKAL LOGIK.OMAK KAU