Saturday, September 4, 2010

Tarik subsidi rakyat RM 750 juta ,beri Bonus raya RM 934.6 juta












KUALA LUMPUR, 5 Sept. : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan kerana beliau gagal menghidu kesusahan kakitangan awam dengan hanya membayar bonus RM500 setelah terdesak dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang berhubung bonus raya.

Menurut Badrul Hisham, oleh kerana belanjawan 'surplus' maka Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian bonus duit raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awamnya yang akan dibayar sebelum Syawal 1431.

"Itulah permulaan politik pemberian bonus. Ini bukan sahaja membuktikan pengurusan ekonomi kerajaan negeri baik tetapi merupakan satu penghormatan dan penghargaan kepada kakitangan awam yang beragama Islam yang bakal menyambul Edulfitri.

"Ini secara tak lansung membasuh sedikit serangan tohmah bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak cekap mengurus ekonomi, tak menghargai kakitangan awam dan tidak sensitif dengan orang Islam atau Melayu. Malah tambahan bagi guru Kafa dan seumpamanya cukup menarik perhatian," katanya.

Mungkin panik dengan pemberian tersebut maka Najib pula kemudiannya mengumumkan pemberian RM500 juga kepada semua kakitangan awam dan pesara.

Lebih 1.24 juta kakitangan awam dari gred 1 hingga gred 54 dan 590,000 pesara menikmati bonus raya tersebut yang melibatkan RM934.6 juta, katanya.

Amat pelik dalam keadaan buget regim pusat defesit teruk dan regim baru sahaja menghukum rakyat dengan menarik subsidi gula dan minyak yang menyebabkan kenaikan mendadak regim ini memberikan bonus, katanya.

Bonus seharusnya diberikan apabila sebuah syarikat atau organisasi memperolehi keuntungan tetapi semata hannya untuk saingan politik regim memberikan juga bonus raya, katanya.

Lebih pelik lagi regim kononya tidak dapat mengelakkan kenaikan gula dan minyak yang menyebabkan rakyat terseksa dengan kenaikan hampir semua kos perkhidmatan dan barang keperluan kononya kerana terpaksa menyelamatkan RM750 juta, katanya.

Menyelamatkan wang subsidi (RM750 juta) ini penting untuk mengelakan negara bankrup seperti yang dijangkakan oleh Idris Jala seorang anggota kabinet regim, katanya.

"Kerana mahu menyelamatkan RM750 juta itulah hampir semua rakyat terseksa dengan kenaikan kos hidup mendadak, malangnya untuk persaingan politik regim sanggup mengeluarkan RM934.6 juta pula," katanya.

Hujah memberikan kakitangan awam bonus raya kerana membantu mereka dalam menghadapi perayaan dalam keadaan kos yang meningkat juga memperakui kegagalan pengurusan ekonomi oleh regim, katanya.

Namun tahu atau tidak kakitangan gred 1 yang bergaji tinggi (baca: amat tinggi) juga memperolehi RM500 tersebut, dan kerajaan pula menaarik subsidi dari semua rakyat yang khususnya susah tetapi bayar bonus kepada golongan kaya yang tak terasa perit kenaikan harga, katanya.

Persoalanya di sini tiap kali kenaikan gaji atau pemberian bonus pasti mengakibatkan kenaikan harga barang, ujarnya.

"Jangan nak bohong kalau regim ini berkata harga barang tidak naik dan terkawal. Suruh menteri pergi pasar beli barang baru mereka tahu bagaimana kenaikan harga mendadak berlaku. Regim gagal mengawal harga dan pemberian bonus ini sedikit sebanyak juga telah menyuntik kenaikan harga lagi," katanya.

Bagaimana dengan mereka yang bukan kakitangan yang merupakan jumlah lebih ramai dari kakitangan awam, katanya.

Mereka tidak punya bonus, mereka kini banyak yang tak mendapat peluang kerja lebih masa sementara kos yang naik angkara pemberian bonus raya ini akan menjadi perangkap maut kepada pekerja-pekerja yang bukan kakitangan awam, katanya.

"Politik pemberian bonus raya ini berita gembira bagi 25 peratus rakyat tetapi mungkin perangkap maut bagi selebihnya. Ini harus dicatat dalam merakam KPI Najib selaku Menteri Kewangan ternyata dia gagal lagi dalam mengurus ekonomi," katanya.

Justeru Perdana Menteri disarankan melepaskan jawatan selaku menteri kewangan kerana gagal mencapai KPI yang mereka sendiri tetapkan, katanya.

Read more ...

Ziarah hospital sempena Ramadan

PARIT BUNTAR, 5 Sept. : PAS Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Rombongan ini diketuai oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Haji Harun Hashim bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadan Abdul Bahrain Desa berkata, kedatangan rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital yang diketuai oleh Matran Yong Kamsiah dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita.

"program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini.

" Doa turut dibaca oleh wakil rakyat kepada para pesakit agar dicepatkan sembuh supaya mereka dapat meraikan lebaran bersama keluarga masing-masing" katanya

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa juga telah menyampaikan sumbangan peribadi untuk Jawatankuasa Kebajikan dan Rekreasi Hospital Parit Buntar.

Turut hadir dalam rombongan tersebut adalah isteri-isteri wakil rakyat, Dewan Muslimat serta Dewan Pemuda PAS Parit Buntar.



Dr Mujahid ziarah bayi yang baru lahir di wad bersalin

Read more ...

"Kempen Balik Kampung"

KUALA LUMPUR, 5 Sept.: Lajnah Penerangan PAS Pusat semalam melancarkan "Kempen Balik Kampung" dalam usaha membekalkan maklumat kepada ahli PAS di Lembah Klang untuk dibawa pulang ke kampung.

Kempen tersebut dilancarkan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut di sini.

"Kempen ini bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada ahli dan penyokong PAS yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk di bawah pulang ke Kampung sempena cuti Hari Raya," kata Idris.

Menurut beliau, ahli dan penyokong PAS yang mendapat risalah ini diharap akan menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat luar bandar yang banyak bergantung kepada media konvesional seperti radio dan televisyen.

Selain ucapan selamat hari raya, risalah ini turut fakta-fakta tentang pembangunan dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas 2 tahun pemerintahan dan penerangan sebenar mengenai hala tuju perjuangan PAS.

Idris turut membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta media melaporkan berita berasaskan fakta, sedangkan laporan media arus perdana banyak yang menyimpang dari fakta sebenar.

"Media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan televisyen banyak memutar belit kenyataan dan maklumat sebenar.

"Oleh itu, dengan risalah yang kita edar ini dapat menyampaikan maklumat sebenar dan tepat kepada rakyat, terutamanya masyarakat diluar bandar" tambah beliau.

Risalah tersebut juga diletakkan di laman rasmi PAS, http://www.pas.org.my
bagi memudahkan ahli-ahli PAS diperingkat cawangan, kawasan, dan negeri mengakses dan menyebarkannya di kawasan masing-masing

Read more ...

Iklan Aidil Fitri TV 3 dibantah

KUALA LUMPUR, 5 Sept.: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3
.SH

Read more ...

Dinar, dirham laris


KUALA LUMPUR, 5 Sept. : Sejumlah RM1.5 juta dinar emas dan RM500,000 wang dirham yang diperkenalkan Kerajaan PAS Kelantan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada habis dijual dalam tempoh tiga minggu sejak dilancarkan 12 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT), Profesor Dr Umar Ibrahim Vadillo berkata, negeri Kelantan menunjukkan perkembangan paling pantas penjualan mata wang dinar dan dirham sejak diperkenalkan di negeri itu.


“Orang ramai diminta menunggu sehingga selepas musim perayaan Aidilfitri bagi mendapatkan dinar emas Kelantan dan menghubungi pihak KGT kerana ia adalah satu-satunya agensi yang bertanggungjawab bagi penjualan mata wang ini.

“Bagi mengelak berlaku sebarang kekeliruan, orang ramai dinasihatkan tidak menghubungi lain-lain jabatan kerajaan seperti Pejabat Menteri Besar atau Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi tujuan mendapatkan dinar emas dan dirham ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan telah melipatgandakan modal operasi KGT daripada RM2 juta kepada RM4 juta untuk meningkatkan jumlah pengeluaran mata wang ini.

“Kami telah menyediakan penambahan syarikat pengeluaran dinar dan dirham di sini iaitu melalui syarikat Public Gold Sdn Bhd yang terletak di Penang.

“Dari segi edaran pula, kami juga telah menambah jumlah ejen untuk mengedarkan mata wang ini daripada dua buah iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) Ar-Rahn (Kota Baharu) dan Nubex (Kuala Lumpur) kepada enam buah lagi yang akan dikenal pasti,” katanya.SH

Read more ...

Rayuan derma Tabung Bencana Alam

Image017.jpg picture by paspb
PARIT BUNTAR, 4 Sept. : Di Kesempatan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi sebelum Syawal, Lujnah Kebajikan PAS Parit Buntar merayu kepada pembaca dan pengunjung laman web dan blog PAS Parit Buntar dalam dan luar negeri agar dapat menghulurkan derma kepada Tabung Bencana Alam PAS Parit Buntar.

Tabung ini diwujudkan berikutan bencana ribut dan kebakaran yang kerap berlaku di Parit Buntar. Dalam bulan Ramadhan ini sahaja berlaku tiga kebakaran yang membabitkan lima buah rumah rakyat di Sungai Labu Bawah, Parit Tanjung Piandang dan Kampung Tok Ngah.

Setiap tahun Lujnah Kebajikan membelanjakan banyak dana bagi membantu mangsa ribut dan kebakaran. Justeru itu, sumbangan pembaca dan pengunjung laman web ini amat diharapkan bagi membantu mangsa ribut dan kebakaran.

Sumbangan derma kepada Tabung Bencana Alam PAS Parit Buntar boleh dibuat melalui akaun bernombor 08022010048488 Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama ' Dana Kebajikan Parit Buntar'

Mulai bulan Ogos sehingga Disember tahun 2010, semua sumbangan melalui akuan ' Dana Kebajikan Parit Buntar' akan disalurkan ke Tabung Bencana Alam PAS Parit Buntar.

Pembaca dan pengunjung yang ingin menderma melalui Cek, M.O atau P.O boleh dibuat atas nama Dana Kebajikan Parit Buntar di alamat No. 8, Jalan Keli, Taman Seri Tenggara, 34200 Parit Buntar.

Segala sumbangan pembaca dan pengunjung didahlui dengan ucapan terima kasih.


Butiran rumah dilanda ribut di Parit Buntar

Dari Mac 2009 hingga April 2010


Tarikh

Bilangan Rumah Terlibat

MAC 2009

22

APRIL 2009

12

JULAI 2009

20

OGOS 2009

50

APRIL 2010

15


Kemusnahan rumah rakyat akibat bencana ribut
CIMG2931.jpg picture by paspb
CIMG2938.jpg picture by paspb
DSCF5495.jpg picture by paspb
ribut-0602.jpg picture by paspb
ribut-0608.jpg picture by paspb
ribut-0615.jpg picture by paspb
DSCF6970.jpg picture by paspb

DSCF6969.jpg picture by paspb
Kemusnahan rumah rakyat akibat bencana kebakaran
P1010872.jpg picture by paspb
CIMG4715.jpg picture by paspb
Imej013.jpg picture by paspb
Imej000.jpg picture by paspb

Read more ...

Sambutan ceramah ' Palestin Dalam Bahaya ' dapat sambutan

IPOH, 4 Sept. : Program PALESTIN DALAM BAHAYA anjuran Pertubuhan Dakwah dan Penyelamat Umat ( PADU ) dengan kerjasama Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ( IQAM ) telah mendapat sambutan yang sangat baik baru-baru ini.

Program yang diadakan ini sangat istiwewa kerana ia menampilkan Ulama’ besar dari tanah Palestin iaitu Syeikh Dr Muhammad Mahmoud Siyam ( Mantan IMAM Masjid Al Aqsa Palestin ), Sememangnya bagi penduduk sekitar Ipoh program ini tidak asing lagi bagi mereka, hal ini kerana ia menghidangkan program ilmiah yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu sebenar yang berlaku di bumi Palestin.

Ceramah dimulai dengan satu tayangan klip video pendek yang memaparkan keadaan yang terlalu menekan di Palestin, bagaimana perjuangan intifadha melawan arus Zionisme, batu melawan kereta kebal dan banyak lagi.

Penonton diajak merasai kesengsaraan dan ketabahan jutaan umat Islam Palestin yang sedang ditawan di tanah air sendiri, kesedihan juga dapat dirasakan apabila ribuan anak-anak Palestin kini sudah kehilangan ibu dan ayah mereka.

Ceramah yang dibawa oleh Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam berjaya membawa penonton menjiwai dan merasai keperitan penduduk Palestin yang telah ditidakkan hak mereka.

Menurut beliau lagi sejarah Masjid al-Aqsa yang sangat relevan dengan peristiwa agung Isra’ Mi’raj telah membawa penonton akan pentingnya kawasan tersebut yang mana sekarang ini telah dijajah oleh pengganas Israel.

Selain itu ceramah juga turut disampaikan oleh Ustaz Shuaid Din yang merupakan penasihat kepada NGOPertubuhan Dakwah dan Penyelamat Umat ( PADU ).

Beliau menegaskan berkenaan sejarah bagaimana tertubuhnya idealogi Zionisme iaitu ingin menyatukan Yahudi di dalam sebuah negara, serta kewajipan umat Islam untuk bangkit serta menyumbang segala yang mampu untuk perjuangan umat Islam di Palestin.

Klimaks kepada ceramah malam tersebut adalah serahan sumbangan ikhlas daripada PAS Perak melalui Badan Perhubungan Negeri PAS Perak, Dewan Ulama’ PAS Perak, Dewan Pemuda PAS Perak ,Dewan Muslimat PAS Perak serta kutipan dari badan NGO serta kutipan dari rakyat kepada Syeikh Dr Muhammad Mahmoud Siyam.

PAS Perak menyumbangkan sebanyak RM 15 Ribu untuk Palestin, manakala Dewan Ulama’ PAS Perak menyumbangkan RM 31 Ribu manakala Dewan Pemuda PAS Perak menyumbangkan sebanyak RM 3,600 serta jumlah kutipan dari badan NGO dan rakyat juga begitu banyak, Jumlah keseluruhan kutipan melebihi RM 50 Ribu secara keseluruhan.

Menurut Ustaz Mohd Hafez Sabri selaku ketua sekateriat penganjur program tersebut yang juga merupakan Setiusaha bagi NGO ( Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ) beliau menyimpulkan bahawa hasil dari program tersebut umat Islam khususnya perlulah memboikot produk Amerika seperti McDonalds, KFC dan yang lebih penting adalah hentikan merokok kerana syarikat rokok secara terang menyumbangkan keuntungan mereka kepada pengganas Israel

Selain itu masyarakat juga perlu menyebarluaskan luaskan makumat tentang Palestin dan keganasan rejim Zionis,Seterusnya berikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada Palestin bagi mereka yang mampu menurut beliau NGO (Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ) ada menyediakan tabung bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada umat Islam Palestin,

Juga jangan dilupakan Doa yang berterusan kepada ALLAH SWT agar umat Islam di beri kemenangan dalam memimpin dunia ini khususnya bumi Palestin dapat dibebaskan semula, jelas beliau.

Read more ...

Media utama banyak berbohong



GEORGETOWN, 4 Sept. :
Kerajaan Negeri mengedarkan risalah penjelasan kepada umum berhubung beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini .


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, risalah itu dikeluarkan untuk menjelaskan kedudukan dan cerita sebenar setelah pihaknya tidak mendapat liputan adil daripada sesetengah media.


“Kita (Kerajaan Negeri) terpaksa mencetak risalah ini kerana tidak berpeluang untuk menjelaskannya di media dan bukan semua media siarkan perkara yang benar. Media yang baik akan siarkan perkara yang baik, yang lain tidak siar langsung.

“Kerajaan Negeri menyediakan dua risalah berasingan yang mana satu daripadanya menerangkan perkara sebenar beberapa isu yang dibangkitkan sebelum ini, manakala satu lagi mengenai usaha dan kejayaan Kerajaan Negeri menyebabkan UMNO iri hati terhadap kita,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, pengedaran risalah itu adalah lanjutan usaha membersihkan nama baik Kerajaan Negeri yang dicemarkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita jangka isu yang dibangkitkan ini boleh diselesaikan segera namun ia berlanjutan sehingga sekarang seperti di beberapa blog dan yang terbaru adalah fitnah menerusi penyebaran gambar Ketua Menteri menyembelih lembu yang dihasilkan menerusi teknik pertindihan (super impose). Ini perbuatan yang sangat melampau.

“Apa yang mereka lakukan sangat jahat dan keji. Golongan ini sanggup berbuat apa sahaja tidak kira sama ada melalui Internet ataupun media. Oleh itu, kita berharap dengan pengedaran dua risalah ini dapat membersihkan imej Kerajaan Negeri yang selama ini tercalar gara-gara pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, pengedaran dua risalah itu bermula sejak seminggu lalu dengan cetakan 150,000 keping setiap risalah untuk edaran seluruh Pulau Pinang.

Turut hadir pada sidang media itu adalah beberapa wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS negeri.

Antara maklumat yang terkandung pada risalah itu adalah penjelasan mengenai isu penggantian nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan kejayaan Kerajaan Negeri melaksanakan pentadbiran berjiwa rakyat yang disenangi rakyat negeri itu.SH

Read more ...

Berita bohong : 756 ahli PAS sertai Umno

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Read more ...

Kumpulan 8 belum sertai PAS


ALOR SETAR, 4 Sept. : Kumpulan lapan bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar yang meletak jawatan, masih belum membuat keputusan untuk menyertai PAS.

Jurucakap Kumpulan 8, Noor Baidurzaman Abu Bakar berkata, beliau dan rakan-rakannya buat masa ini masih setia bersama UMNO walaupun tidak lagi memegang jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian.


“Kami akan buat keputusan secara berkumpulan, melibatkan kesemua lapan ahli sebelum memutuskan sama ada mahu kekal bersama UMNO ataupun tidak. Buat masa ini, kami masih menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Noor Baidurzaman berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria untuk

mereka menyertai parti itu setelah melepaskan jawatan AJK Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Zubir Zabidi mengumumkan penerimaan peletakan jawatan kelapan-lapan bekas AJK itu.

Noor Baidurzaman berkata, walaupun sudah melepaskan jawatan, mereka akan bergerak di peringkat akar umbi dan cawangan untuk membantu UMNO.

Selain Noor Baidurzaman, tujuh AJK lain yang meletak jawatan ialah Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Mohd Shaharudin Manaf serta bekas Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Mohd Azreen Azizan.


Sementara itu, Sinar Harian difahamkan sudah ada pihak yang berminat untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan ini dan ia dijangka berlangsung dalam temnpoh terdekat.

Ditanya mengenai desas desus itu, Noor Baidurzaman enggan memberi sebarang komen sebaliknya hanya berkata setakat ini tiada apa-apa yang perlu dimaklumkan.

“Tunggu dan lihat jika ada apa-apa perkembangan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Zubir berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar 30 Ogos lalu memutuskan untuk

menerima perletakan jawatan lapan AJK terbabit termasuk Mohd Azreen.

“Kita sudah bincang dan minta mereka membatalkan hasrat itu. Namun mereka tetap mahu meletak jawatan, jadi Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar terpaksa menghormati keputusan mereka.

“Saya anggap isu ini sudah selesai dan kita menghormati pendirian mereka. Mereka masih lagi ahli UMNO cuma tidak lagi menjadi AJK

peringkat bahagian,” katanya.

Ditanya mengenai kekosongan yang berlaku, Zubir berkata, jawatan berkenaan akan disusun semula selepas Aidilfitri.

“Saya bagi pihak Pemuda UMNO Bahagian ingin menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan UMNO Bahagian Alor Setar yang diketuai Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang selama ini berkhidmat sebagai AJK di Bahagian Alor Setar,” katanya.SH

Read more ...

Tindakan siasat dahulu sebelum sisatan polis dihormati


SHAH ALAM, 4 Sept. : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yakin dengan kredibiliti Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menangani siasatan kamera pengintip.

Menurutnya, AMK menghormati langkah dan cara serta mengikut keputusan yang dibuat oleh Abdul Khalid.


“Saya lihat beliau ada membuat beberapa keputusan antara lain tidak mahu membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana mahu membuat siasatan dalaman sendiri terlebih dahulu.

“Mungkin ada sebab tertentu dan saya yakin alasan yang diberikan olehnya cukup munasabah dan kami tidak mahu campur tangan dalam hal itu,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin apa pun yang dilakukan dan keputusan yang dibuat oleh Abdul Khalid adalah serius.

“Berkemungkinan juga, beliau akan membuat laporan tetapi tidak tahu bila, walau bagaimanapun AMK menyerahkan penyelesaian kepada kebijaksanaannya untuk membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian.

“Saya yakin tiada apa rahsia kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telus dan baru-baru ini dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Akta Kebebasan Maklumat telah diluluskan,” katanya.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu risau kerana tidak ada isu mengenai alat perakam video itu dan tidak ada sebab yang hendak disorok dalam PR.

“Tidak perlu mengintip kerana Kerajaan Negeri membuka ruang untuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk mengetahui maklumat mengenai pentadbirannya dan segala fakta dan maklumat telah diberitahu selama ini melalui sesi dialog,”katanya.SH

Read more ...

Yakin hudud diterima masyarakat


KOTA BHARU , 4 Sept. : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yakin pelaksanaan undang-undang hudud akan diterima masyarakat, walaupun kini terdapat banyak rungutan dan tentangan daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, penolakan khususnya dari masyarakat bukan Islam berlaku kerana mereka masih belum memahami isi kandungannya, selain mendapat tentangan orang Islam sendiri.


”Namun, saya tetap yakin ia akan diterima ramai nanti sebagaimana yang berlaku kepada politik Islam yang diketahui sebelum ini ditentang pihak tertentu sehingga memisahkan politik dengan agama menjadikan politik lain, agama lain.

”Sekarang kita (PAS) hanya membuat ‘windows’ (jendela kefahaman) untuk membolehkan perkara ini (hudud) diketahui ramai sebelum membuat pintu untuknya nanti. Saya pasti ia (hudud) akan diterima,” katanya mengakan kuliah Mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Sebelum Pengerusi DAP, Karpal Singh antara pemimpin yang lantang menolak hukuman tersebut dilaksanakan dengan menyatakan ia tidak berada dalam perlembagaan negara.

Susulan itu daripada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menjelaskan pandangan yang dilontarkan Karpal itu bersifat peribadi, namun disangkal pemimpin DAP itu.

Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, PAS mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Pada masa sama, Penyelaras Pakatan Rakyat (PR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, impian PAS untuk melaksanakan hudud tidak akan terlasana berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) pada Disember 2009.

Nik Aziz mengakui keengganan Kerajaan Pusat untuk membayar wang royalti kepada Kelantan disebabkan kebimbangan sekiranya penyaluran wang tersebut mampu menguatkan Kerajaan PAS Kelantan yang terus kukuh untuk memerintah negeri ini.

“Mereka takut kita akan kuat, mudah-mudahan (apa yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) menyebabkan selama-lamanya mereka tidak dapat (memerintah) Kelantan,” katanya.SH

Read more ...

Skim Mikrokredit bantu rakyat miskin berniaga

SABAK BERNAM, 4 Sept: Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk membantu rakyat daripada terus dibelenggu kemiskinan sehingga menerima berbagai ugutan oleh anasir along akibat berhutang.

Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) yang telah dilancarkan kelmarin di Masjid Makrufiah Parit Baru Sabak Bernam, yang telah dirasmikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar dengan tujuan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Bagi Khalid, pelancaran skim itu menjadi satu lagi mercu tanda komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin secara terus.

Antara lain skim itu bertujuan untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Adalah jelas dengan perkembangan keadaan ekonomi semasa, rakyat perlu disediakan dengan satu alternatif untuk keluar dari kepompong kemiskinan dengan cara yang sangat tidak membebankan.

Penyedia hutang pada masa kini tumbuh bagaikan cendawan subur, tetapi nyata sebahagiannya hanya menambahkan beban mereka yang terlibat kerana cara ini tidak membantu untuk meningkatkan taraf mutu kehidupan.

Kerajaan negeri berhasrat dengan wujudnya kkim ini, kekangan-kekangan ekonomi dapat dicantas bagi membangun sebuah negeri yang makmur ekonominya dan kemakmuran itu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata Yayasan Dar Al-Qard Al-Hasan Selangor akan memastikan amanah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan negeri akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Katanya, seluruh tenaga pengendalian telah berikrar pada saban masa dan ketika menjalankan skim itu dengan penuh amanah, bertanggungjawab, dedikasi dan mengambilnya sebagai satu amalan jihad.

"Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk tujuan membiayai skim ini. RM50 juta untuk masyarakat luar bandar dan RM20 juta untuk masyarakat bandar," ujarnya.

Di peringkat awal, skim itu akan beroperasi di kawasan Sabak Bernam manakala menjelang akhir 2010, ia akan diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi masyarakat bandar, jadual perlaksanaan skim yang sama sedang disiapkan oleh pasukan pengendali yang diterajui oleh Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail.

Dalam majlis pelancaran tersebut, seramai 50 penerima pinjaman menerima pembiayaan daripada Menteri Besar di mana setiap penerima menerima pembiayaan modal perniagaan sebanyak RM3,000 dengan tempoh bayaran maksimum selama 12 bulan.

Skim itu tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.

Pengalaman mengendalikan skim yang serupa mendapati bahawa kesepakatan kumpulan-kumpulan kecil yang dimestikan bermesyuarat setiap minggu telah menyaksikan pembayaran balik mencecah seratus peratus.

Read more ...