Wednesday, December 5, 2012

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! SAT1M kebas RM19.9 Juta jual tanah rakyat

Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Mohamad Satim Diman memperoleh RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, kesemua urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

Read more ...

BUMI DIPIJAK MILIK UMNO!!! Ini buktinya , sambil menangis UMNO belasah tanah rakyat ?

Bekas ketua Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan menyerahkan isu tanah milik Umno yang kini didakwa menjadi tapak kondominium untuk dijelaskan pemangku ketua Umno Kelana Jaya Datuk Yahya Bujang.
Mokhtar berkata demikian memandangkan tanah berkenaan diserahkan kepada Umno Kelana Jaya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2004.

Beliau sebelum itu mengakui bahawa Umno Subang sebelum itu menerima tanah bagi tujuan mendirikan bangunan Umno bahagian.

"Kita (Umno Subang) mohon (tanah dan) dapat dan selepas persempadan baru wujud bahagian Subang Baru dan Subang Lama," katanya.

Read more ...

TINDAS SESAMA MELAYU!!! Siapakah pencipta lagu 'Anak Kecil Main Api' diperintah mahkamah bayar ganti rugi ?

Pencipta lagu yang membuat ramai Mak Cik- Mak Cik ,Pak Cik- Pak Cik UMNO termasuk anak-anak muda di PWTC menangis teresak-esak, "ANAK KECIL MAIN API"  telah didapati menjalankan konspirasi terhadap seorang pensyarah kanan UUM sehingga terbantut dan menyekat kenaikkan pangkatnya.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi membayar ganti rugi kepada plaintif, Dr Abdul Halim Mohamed, 46, kerana didakwa melakukan konspirasi terhadapnya sehingga menyebabkan dia tidak dinaikkan pangkat.

Mohd Zaki Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata, satu deklarasi oleh mahkamah mengisytiharkan bahawa plaintif memegang jawatan sebagai Pensyarah Kanan sejak Jun 2008 dan berhak untuk memegang jawatan Profesor Madya berkuat kuasa tiga tahun lalu dari tarikh pelantikan seperti yang ditetapkan kriteria kenaikan pangkat.

Read more ...

NAJIB SESAK !!! Selepas Deepak dan Musa Hasan , siapa pula yang akan muncul membuat pendedahan?


Minggu-minggu kebelakangan ini kedudukan Najib terus dicalar dan dirobek oleh pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh ahli perniagaan karpet, Deepak yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Rosmah Mansor dan juga bekas IGP, Musa Hassan.

Deepak yang kini sudah bertalak tiga dengan keluarga Najib mendedahkan pelbagai perkara termasuk dakwaan memberi sejumlah wang kepada Najib, bagaimana beliau dikhianati dan juga dakwaan bahawa isteri PM itu mengumpul projek berjumlah RM26 bilion sejak Najib mengambil alih kuasa pada 2009 lalu.


Walaupun Deepak dipercayai akan terus membuat pendedahan demi pendedahan mengenai Najib, Rosmah dan keluarga PM itu, sehingga ini pasangan Najib-Rosmah masih mengunci mulut dan enggan menjawab dakwaan yang ditimbulkan.

Read more ...

LAWAK PEMUDA UMNO GOMBAK!!! 9 jahit punya pasal boleh masuk TV3, bila masuk TV3 dah jadi 9 calit

Kelakar.

Tolong maafkan aku. Individu ataupun penyokong umno yang bakal aku gelakkan tue. Tolong maafkan aku. Aku bukan nak gelakkan ko sangat tapi ko siyes buat lawak kat tv3 tadi beb. Aku tak silap bila aku cakap ko pasti muncul di tv3 malam neh. Rujuk sini artikel aku sebelumnya.

Aku ada minta ko bercakap benar. Tapi apa yang berlaku sebentar tadi, usah kata bercakap benar bahkan ko siap buat drama swasta lagi. Kemon la. Dengan darah di dahi? 

Read more ...

MASUK MAHKAMAH!!! PAPA GOMO kena saman RM 10 Juta kerana sebar fitnah

Kebetulan Tulang Besi mendapat maklumat dari seorang yang rapat dengan team projek menyaman Papagomo ini.

Antara maklumat yang didapati adalah:
1.0 Sepupu Papagomo pun akan dipanggil menjadi saksi Husam Musa untuk mengecam Papagomo dan beliau telah sanggup menjadi saksi.

2.0 Turut dipanggil adalah beberapa orang orang besar di dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia kerana mereka yg telah membenarkan Papagomo masuk ke kapalselam Scorpene

Read more ...

BN PERAK GELAP!!! Zambry dan Palanivel bertembung isu calon


Kepimpinan Barisan Nasional Perak dikatakan bertembung secara langsung dengan Presiden MIC, G Palanivel disebabkan isu calon dan peruntukan kerusi di negeri ini bagi parti terbesar berasaskan kaum India di negara ini.

Kepimpinan Barisan Nasional Perak dikatakan bertembung secara langsung dengan Presiden MIC, G Palanivel disebabkan isu calon dan peruntukan kerusi di negeri ini bagi parti terbesar berasaskan kaum India di negara ini.

Sumber mendedahkan, sementara Palanivel berkeras mengekalkan beberapa veteran parti sebagai calon bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang, kepimpinan BN negeri yang diketuai oleh Menteri Besar haram, Zambry Abdul Kadir mahu MIC untuk mengemukakan calon baru dan boleh menang, terutama pemimpin muda.

Read more ...

MENTERI PATUT LETAK JAWATAN!!! Dua tahanan Colombia terlepas dari kawalan polis


Dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 November lepas kerana kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya, semalam.
  
Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap bersepadu di Shah Alam untuk didakwa di mahkamah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata kehilangan dua tahanan terbabit hanya disedari polis apabila mereka tiba di mahkamah pada pukul 11.20 pagi.

Read more ...

GAMBAR HARI INI!!! Mahathir kata marah tak sampai tembak, bunuh tapi ini apa..........

Read more ...

PERTEMBUNGAN MUSA HASAN Vs RAMLI YUSUFF!!! Bikin Najib dan Hishamudin tak senang duduk

Musa disiasat oleh agensi anti-rasuah kerana disyaki terlibat dengan tiga ahli sindiket perjudian haram sejurus selepas kenaikan pangkat menjadi KPN

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Tan Sri Musa Hassan mempertahankan beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa sepanjang 41 tahun berkhidmat dengan pasukan polis walaupun bekas rakan sepasukannya seringkali mengaitkan bekas ketua polis itu dengan peguam negara (A-G) dan melepaskan diri dari tuduhan mengaitkan beliau dengan penjenayah Johor.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) itu memberitahu beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membersihkan namanya.

“Saya tidak ada lakukan kesalahan,” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insidermalam semalam, sebelum menambah, “Kalau ada salah, biar SPRM siasat.”

Read more ...