Tuesday, October 1, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ust. Akmal Kamaruddin menang berganda Ketua Pemuda dan Timbalan YDP PAS Larut



LARUT : Ust. Akmal Kamaruddin mencatat kemenangan berganda apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Larut.

Anak kepada tokoh ulama PAS Larut Ust. Kamaruddin Awang Basir itu dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Larut dalam mesyuarat agung Dewan Pemuda PAS Larut. 

Beliau kemudiannya bertanding menentang penyandang jawatan TYDP PAS kawasan Larut semasa mesyuarat agung PAS kawasan Larut dan memenangi jawatan itu.

Kemenangan ini menandakan penerimaan perwakilan terhadap seorang tokoh ulama muda haraki untuk membawa PAS Larut dan Dewan Pemuda PAS Larut memacu kemenangan dalam PRU 14 nanti.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! PAS Batu Gajah buat perubahan, Dr Ahmad Nuri kini YDP


Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau sebelum ini memenang jawatan Timbalan YDP.

YDP sebelum ini, Ismail Ariffin menang jawatan Timbalan YDP manakala Rosdy Abdullah kekal sebagai Naib YDP setelah mendapat undi tertinggi dalam pertembungan tiga penjuru.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dilarang salahguna program anjuran PAS termasuk ijtimak, liqa', usrah - Asmuni Awi

Muktamar: Pas perkenal garis panduan berkempen
KUALA LUMPUR - Pas hari ini memperkenalkan etika dan garis panduan kepada calon yang akan bertanding pada Muktamar Pas bermula 21 November depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi berkata, walaupun calon dibenarkan berkempen namun mereka tertakluk kepada enam peraturan pada pemilihan kali ini.

"Kelainan muktamar kali ini kita benarkan semua calon untuk mempromosikan diri mereka (kempen) sama ada secara bersendirian ataupun pasukan.

"Namun kempen tertakluk kepada sekatan dan larangan seperti bahagian enam peraturan pemilihan," katanya kepada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Pada pemilihan sebelum ini, Pas tidak menggazetkan sebarang garis panduan dan etika berkempen untuk calon yang bertanding bagi membolehkan tindakan tatatertib diambil kepada mereka yang bertanding.

Walapun calon dibenarkan berkempen, namun mereka dilarang sama sekali untuk menyerang serta memburuk-burukkan pesaing jawatan yang ditandingi.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! MK Ibrahim kekal Yang Dipertua PAS Seremban




KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Seremban yang bermesyuarat semalam mengekalkan Mk Ibrahim sebagai Yang Dipertua PAS kawasan tersebut bagi sesi 2013 -2015.

Manakala, Zakaria Sheikh Othman yang dulunya sebagai Naib Yang Dipertua (NYDP) kawasan dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua kawasan.

Mesyuarat agung tahunan itu turut mengemukakan usul menuntut kerusi Dun Ampangan dikembalikan kepada PAS, yang sebelum ini diberikan kepada PKR.

Sementara itu, mesyuarat yang dihadiri 123 perwakilan itu memilih Fadli Che Me sebagai NYDP, Ustaz Khairi Zainuddin sebagai Ketua Urusan Ulamak, Abu Zarim Abd Rahman sebagai ketua pemuda.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! YDP Kepala Batas bertukar, Nibong Tebal kekal

GEORGETOWN: PAS Kawasan Kepala Batas memilih teraju baru apabila Mohd Khair Che Mat dipilih ke jawatan Yang Dipertua setelah menewaskan pencabarnya, Osman Ayub dalam pertandingan dua penjuru.

Yang Dipertua PAS kawasan penggal lalu, Rosidi Husain (gambar) pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua.

Naib Yang DiPertua PAS kawasan pula disandang  Ridwan Osman manakala Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan kekal disandang  Hafiz Kassim dan Ustazah Nurulhuda Ahmad.

Read more ...