Tuesday, November 30, 2010

Mangsa terbaru orang awam kena 4 das tembakan polis



















KUALA LUMPUR ,1 Dis. : Seorang lagi mangsa tembakan polis hari ini tampil di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) membuat aduan mengenai keganasan pihak polis terhadap beliau bulan lalu.

Peniaga Mee, Ho Chei Hang yang terkena empat das tembakan di badannya mahukan siasatan lengkap mengenai anggota polis yang melakukan hal itu.

Menerusi peguamnya, Ho mendakwa dua anggota polis berpakaian biasa meluru ke arah beliau yang sedang memandu keretanya di kawasan perumahan beliau di Kepong Baru sebelum menembak beliau dari arah belakang kira-kira jam 6 petang 16 November lalu.

"Selepas meninggalkan padang, semasa memandu ke rumahnya lebih kurang 200 meter dari padang tersebut telah muncul dua lelaki melayu tidak beruniform meluru kepada kenderaannya memanggil dia dan terus melepaskan tembakan tidak pasti berapa das tembakan tapi badang mangsa terkena empat das tembakan. Semua pada bahagian belakang," katanya.

Ho kemudiannya hilang kawalan sebelum terbabas di mana beliau terjatuh ke dalam longkang monsun sebelum berjaya keluar.

Dua orang itu mengacukan pistol memperkenalkan diri mereka sebagai polis dan meminta Ho mengeluarkan senjata beliau.

Bagaimanapun Ho tidak bersenjata dan beliau dalam separa sedar mendakwa mendengar perbualan dua orang polis ini yang sepatutnya menunggu untuk menyerbu kereta Honda Civic berwarna putih sedangkan kereta Ho berwarna hitam.

Bagaimanapun, dakwa Ho dompet dan telefon bimbit beliau dirampas dan kereta beliau digeledah dan polis menjumpai 45 biji pil tidur. Ho menyatakan pil itu adalah untuk kegunaan ibunya dan dirinya.

Ho kemudiannya ditahan dan digari di katil semasa dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama 11 hari sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kepong semalam.

Ditemani peguam Keppy Wong, isteri serta ibubapanya, dan Koordinator Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Lucas Yap, Ho menghantar memorandum meminta SUHAKAM menyiasat perkara ini.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah 'mengkaji penyalahgunaan kuasa dan senjata api oleh polis, mengenalpasti anggota polis yang terlibat supaya tindakan undang-undang dapat diambil, menggesa kerajaan menggubal satu peraturan dan kod amalan berhubung penggunaan senjata api oleh polis ke atas orang awam serta gesaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Diraja Bebas atau IPCMC bagi menyelidik dan memantau aduan terhadap Polis.

Timbalan Pengerusi SUHAkAM, Datuk Khaw Lake Tee yang menerima memorandum ini berjanji SUHAKAM akan menyiasat dan melakukan tindakan susulan.

"SUHAKAM akan mengkaji memorandum ini dan akan mengambil tindakan yang dirasakan perlu dalam kes ini kalau boleh SUHAKAM ingin menerima memorandum dan seperti saya katakan kita akan teruskan,"katanya.

Aktivis bagi hak asasi dan pembaharuan kehakiman, Lawyers For Liberty mendedahkan jumlah individu yang ditembak mati oleh polis meningkat 17 kali ganda sejak 2001.

82 kes individu yang ditembak mati oleh polis pada 2008 manakal 88 lagi berlaku pada 2009.

Read more ...

Mahasiswa turut turun serah memorandum

SHAH ALAM, 1 Dis. : Kumpulan mahasiswa di negara ini berikrar mengiringi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Ahad ini.

Kumpulan yang membabitkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) akan disertai sekurang-kurangnya 300 mahasiswa dari seluruh Lembah Klang.

Presiden KAMI, Hilman Idham berkata, ini kerana banyak mahasiswa yang tinggal di rumah sewa turut terjejas secara langsung sekiranya tarif air dinaikkan sebanyak 37 peratus.

"Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah keNONEdua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara.

"Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej kediaman," katanya.

Ahad ini, satu perhimpunan dianjurkan di Masjid Negara di Kuala Lumpur bagi mengiringi Khalid ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum itu.

Menteri besar dilaporkan akan turut menyerahkan tandatangan rakyat Selangor yang menolak kenaikan tarif air pada 31 Mac tahun depan.

Dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini, Hilman - mahasiswa tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - berkata kesan kenaikan tarif air di negeri itu akan membebankan kira-kira separuh daripada puluhan ribu mahasiswa di seluruh Selangor.

Menurutnya pelajar tahun akhir UKM itu, di universitinya sahaja, kira-kira 40 peratus mahasiswa tinggal di rumah sewa manakala di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula didakwa lebih 60 peratus terlibat.

Ditanya kenapa masih banyak kumpulan mahasiswa yang dilihat 'senyap' berhubung perkembangan itu, Hilman mengakui masih ada di kalangan mereka yang masih "gagal menyuarakan prinsip" masing-masing.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita, exco perhubungan MPM Unisel pula menafikan bahawa mahasiswa di universiti milik kerajaan negeri itu 'digunakan' bagi kepentingan pihak tertentu dalam bantahan itu.

"Ini inisiatif kami sendiri. Lagi pun, mahasiswa di Unisel bukan semuanya rakyat Selangor, (sebaliknya) daripada pelbagai negeri."

Jumaat ini - dua hari sebelum perhimpunan di ibu negara - kumpulan itu turut merancang menyebarkan risalah berhubung isu berkenaan dan mengajak mahasiswa lain turut serta berhimpun di masjid-masjid di pelbagai universiti di Lembah Klang.

Read more ...

Bahang PRU 13 sudah bermula : Anwar cabar Najib umum awal tarikh pilihanraya

























KUALA LUMPUR, 1 Dis . : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pilihanraya lebih awal.


"Saya cabar Najib tunjukkan demokratik, dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membersihkan senarai pemilih dan biar rakyat menentukan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Menurut Anwar, walaupun Najib mengumumkan mesyuarat Umno ditangguhkan sehingga 18 bulan, ketua umum PKR itu menjangkakan pilihanraya akan diadakan lebih cepat.

"Dengan pemilihan Umno ditangguhkan, saya yakin Najib akan memanggil pilihanraya lebih awal," katanya.

Semalam selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di PWTC, Najib mengumumkan mesyuarat Umno di semua peringkat ditangguhkan sehingga 18 bulan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno menangguh pemilihan parti bukan kerana untuk memberi fokus kepada pilihanraya umum.

Sebaliknya, katanya, ia semata-mata untuk mengukuhkan perpaduan Umno.

"Kerana kalau ada pemilihan, ada orang yang berkempen, ada ahli parti yang nak bertanding dan ini boleh beri kesan kepada parti (Umno).

"Kalau ada pemilihan (Umno) bermacam-macam boleh berlaku. Kita akan adakan bila masa sesuai, mungkin bulan Oktober atau November.

"Biasanya (pemilihan Umno) diadakan selepas pilihanraya selesai. Saya tidak kata penangguhan ini kerana untuk menghadapi pilihanraya. Kalau awak kata untuk pilihanraya, itu persepsi awak," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat ke 66 majlis tanah negara di bangunan Parlimen hari ini.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, penangguhan mesyuarat Umno bukan perkara baru tetapi sudah tiga kali.

"Kita hendak fokus kepada parti iaitu memperkuatkan parti dan ahli jangan fikir mengenai jawatan," tambahnya.

Muhyiddin berkata, beliau dan Najib akan meneruskan program turun padang menemui rakyat tahun depan.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang menyusun program untuk kawasan yang perlu dilawat.

Read more ...

PRU 13 Mac 2011


KUALA LUMPUR, 1 Dis . : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2011 ekoran pengumuman penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan.Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan," katanya.

Read more ...

Zahrain cermin diri dulu











PULAU PINANG 1 DIS : Siapa Datuk Seri Zahrain Hashim hendak mendesak pingat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah ditarik balik, sedangkan pingat "Datuk Seri" yang disandang beliau sendiri dianugerahkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Ketua Cabang Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyelar tindakan Zahrain dan meminta ahli parlimen Bebas itu sedar, bahawa pingat yang disandang beliau lah yang sewajarnya ditarik kerana mengkhinati prinsip dan perjuangan parti.

" Beliau mengkhianati pingat “Datuk Seri” yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat.

" Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu," ujar Tze Tzin dalam satu kenyataan media hari ini.

Zahrain semalam mendesak Anwar menyerahkan gelaran "Datuk Seri" sekiranya terus-terusan menolak konsep "Ketuanan Melayu".

Namun menurut Tze Tzin, kenyataan Zahrain itu tidak ubah umpama politik murahan yang sengaja diciptakan oleh Zahrain.

" Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen di bawah Parti KEADILAN dengan melompat keluar parti.


" Beliau mengkhianati prinsip perjuangan Parti KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua.


" Parti KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia," tulis kenyataan itu lagi.


Walau bagaimanapun menurut Tze Tzin, beliau tidak mahu memperlekehkan isu pingat kerana ia tertakluk di bawah kuasa Raja-raja.


" Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja," kata Tze Tzin lagi.

Walau bagaimanapun, beliau mengingatkan Zahrain dan Umno-Barisan Nasional supaya tidak bermain dengan politik perkauman sempit kerana konsep "Ketuanan Melayu" katanya hanya digunakan oleh golongan tertentu yang berkuasa untuk memperdayakan kaum Melayu lain demi kepentingan diri sendiri.

" Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai.


" Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip “Ketuanan Rakyat” dan Keadilan untuk semua. “Ketuanan Melayu” adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," kata Tze Tzin.


Malah Tze Tzin turut menggesa Zahrain segera bertaubat dan kembali menjalankan tanggungjawab beliau yang telah ditinggalkan selama ini.


" Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula nampak di kawasan mereka," ujar Tze Tzin lagi.

Read more ...

Pakar Sejarah : Mana ada Ketuanan Melayu























KUALA LUMPUR, 1 Dis. : Istilah 'Ketuanan Melayu' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja,kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam tadi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas.

Read more ...

Umno takut bukan Islam dekati al-Quran

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Sepatutnya pemimpin bukan Islam diberikan galakan supaya mereka bertambah minat untuk membaca dan merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab (gambar) berpandangan demikian sebagai mengulas sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka.

Namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran.

Tambahnya, bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya.

Baginya, jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.

Malangnya, tambah beliau pemimpin Umno bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.

“Perangai buruk pemimpin Umno inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, lihat sahaja contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan Umno lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya Umno sendiri pun meminggirkan Islam.

“Saya pun tidak faham mengapa Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka,” katanya.

Beliau berpendapat, mungkin Umno terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi Umno meminggirkan al-Quran atau Umno takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan PR.

“Sebagai seorang Islam kita sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.

“Apa yang penting kita membetulkan mereka jika berlaku kesilapan dan kesalahan,” ujarnya.

Katanya, ulama mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka.

Justeru, beliau mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia.

Isu itu tercetus semula apabila Adun Hutan Melintang, Perak, S.Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan al-Quran merujuk kepada ayat yang lain daripada apa yang sepatutnya.

Bagi Sofi, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika Umno tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana Umno sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.

Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas Umno membelakangkan al-Quran, katanya.

Read more ...

KAFA dapat RM200,000

KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan hari ini meluluskan ‘hadiah’ sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) setelah Red Warriors berjaya membawa pulang Piala Malaysia, baru-baru ini.

Sumbangan itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri sebelum ini terhadap pasukan Kelantan itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 55 tahun menunggu.

Hadiah wang tunai tersebut juga bagi menggantikan hadiah Umrah yang diberi oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat kejayaan besar itu perlu diraikan untuk mereka.

“Kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan itu pada Kafa dan terpulang pada Kafa tarikh yang sesuai perlu diadakan untuk diadakan majlis khas.

“Kita cadangkan biarlah ianya diadakan di Kompleks Kota Darulnaim dan kita raikan sama-sama,”ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya bagi meraikan kejayaan Red Warriors juga kerajaan negeri turut melupuskan Cukai Hiburan yang perlu dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341.11.

Menurutnya, tahun ini kerajaan negeri telah dua kali mengecualikan bayaran itu, iaitu pada bulan April lalu.

Ianya dilakukan sebagai sumbangan terhadap kecemerlangan Kafa dan Red Warriors.

Read more ...

Soi Lek dah dapat panggu Presiden MCA











































BUKIT MERTAJAM, 1 Dis. : Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek, layak memegang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bagi menggantikan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata MCA sudah tentu mempunyai alasan sendiri serta faktor tertentu untuk melantik Soi Lek yang bukannya berasal dari Pulau Pinang bagi menggantikan Cheng Liang.

Bagaimanapun, Guan Eng menyatakan rasa hairan kenapa Soi Lek yang bukannya berasal dari Pulau Pinang dilantik ke jawatan yang secara tradisinya disandang individu dari Pulau Pinang. Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dan berharap beliau pun mengambil pendekatan sama demi kepentingan rakyat negara ini.

“Sebelum ini, kami kurang mendapat kerjasama daripada pengerusi SPPP (Cheng Liang). Marilah kita bersama-sama mengembalikan zaman kegemilangan Pelabuhan Pulau Pinang.

“Kami berharap beliau akan meluangkan banyak masa di negeri ini bagi mencapai sasaran itu,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis angkat sumpah Pemangku Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) di sini, semalam.

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus, akan memangku jawatan itu berikutan ketiadaan YDP MPSP, Mokhtar Jait yang mengikuti kursus selama sebulan.

Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media mengumumkan pelantikan Soi Lek sebagai Pengerusi SPPP selama satu tahun bagi menggantikan Cheng Liang berkuat kuasa 15 November lalu.

Kenyataan itu menyebut, Soi Lek yang berpengalaman sebagai menteri dan exco kerajaan Johor mampu memastikan peranan SPPP sebagai badan pemantau serta pemudahcara untuk pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang.Berita Harian

Read more ...

BN takut bahas isu tanah Rancangan Perkampungan Tersusun disapu pemimpin Umno


IPOH, 1 Dis. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan yang digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, menganggap keputusan itu membuktikan ADUN Barisan Nasional (BN) takut dengan beberapa perkara yang akan didedahkannya.

Menurutnya, ketika tamat masa diperuntukkan untuk menjawab soalan lisan, beliau bangun mahu mendapatkan penjelasan sama ada soalan dikemukakan itu akan dijawab oleh kerajaan atau tidak.

Katanya, isu dibangkitkannya serius iaitu membabitkan pemilikan tanah rancangan perkampungan tersusun di Simpang Empat, Hutan Melintang yang diberikan kepada pemimpin UMNO Bagan Datoh dan beberapa pegawai kerajaan.

"Beberapa kali saya kemukakan surat kepada kerajaan negeri, tetapi mereka tidak mahu jawab melalui surat saya kepada Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak.

“Adalah wajar bagi saya mendapatkan jawapan secara lisan daripada menteri besar supaya saya boleh beritahu rakyat di Hutan Melintang mengenai isu itu,” katanya ketika ditemui media sebaik diarahkan keluar daripada dewan, semalam.

Kesavan yang menafikan berkelakuan tidak sopan ketika persidangan itu berkata, isu dibawanya mempunyai bukti kukuh yang diperoleh melalui jawapan pada persidangan lalu terhadap isu sama.

Menurutnya, disebabkan isu itu, ADUN BN mengusulkan supaya beliau digantung daripada menghadiri sidang DUN menyebabkan undi berbelah bagi terpaksa dilakukan.

Beliau berkata, Speaker DUN, Datuk R Ganesan telah menganiayanya kerana dipengaruhi oleh ADUN BN yang takut dengan perbahasannya.

“Saya minta menteri besar menarik balik kelulusan ini kerana yang terima tanah ini melibatkan orang kaya dan pemimpin UMNO Bahagian Bagan Datoh.

"Saya rasa tidak adil bagi saya kerana ini adalah suara rakyat miskin di Hutan Melintang dan mereka minta jawapan daripada kerajaan negeri, tetapi BN menyekat,” katanya.SH

Read more ...

PR kemuka bajet alternatif Perak


IPOH, 1 Dis. : Pakatan Rakyat (PR) negeri ini akan membentangkan bajet alternatif dalam mesyuarat pada hari kedua, Persidangan Pertama Mesyuarat Ketiga, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Negeri Perak, hari ini 9esok).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembentangan bajet itu dibuat berikutan belanjawan 2011 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada mesyuarat itu dilihat sebagai belanjawan defisit.


Menurutnya, belanjawan itu yang hampir mencecah RM30 juta masih berterusan, malah semakin bertambah daripada tahun sebelumnya.


"Kami mempersoalkan kenaikan cukai pendapatan tahun ini berbanding tahun lalu. Dengan peningkatan ini, kami ingin mengetahui ia diperoleh daripada sumber mana?


“Sebab kami dapati pembentangan belanjawan itu turut mempunyai unsur belanjawan pilihan raya. Ini apabila kerajaan negeri memberi tambahan RM50 juta kepada ketua Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) biarpun Kerajaan Pusat telah beri elaun RM750 sebulan kepada mereka.


“Ini tidak termasuk elaun RM150 yang diberikan kepada mereka sebagai elaun perjalanan dan sebagainya. Jelas, pemberian ini melibatkan pertambahan perbelanjaan dan bertujuan membeli atau mengula-gulakan rakyat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma DAP selepas persidangan Pertama Mesyuarat Ketiga, Dewan Negeri Yang Kedua Belas Negeri Perak di sini, semalam.


Mohammad Nizar berkata, masih banyak masalah perlu diberi perhatian seperti banjir, jalan berlopak, jalan raya tidak diperkemas, jambatan rosak dan sebagainya.


“Contohnya, masalah banjir melanda Kampung Boyan, Taiping di mana hanya RM2 juta diperuntukkan bagi mengatasi masalah itu. Apa yang dapat dibuat dengan RM2 juta?


“Jadi bajet ini cuba meraih simpati masyarakat bukan Melayu apabila meletakkan RM5 juta untuk menyelesaikan masalah rumah ibadat, sebagai contoh yang melibatkan tempat pembakaran, selain tanah perkuburan yang kita sendiri tidak tahu di mana.


Oleh itu, katanya, pada perbahasan itu beliau akan membentangkan bajet alternatif berkenaan yang dibuat khusus bagi membela rakyat.


Sementara itu, Mohammad Nizar menyelar tindakan Speaker, Datuk R.Ganesan memerintahkan ADUN Hutan Melintang, S.Kesavan keluar dewan selain tidak membenarkannya mengikuti mesyuarat sehingga tempoh persidangan tamat.


Katanya, tindakan itu diragui berikutan Ganesan tidak tahu perintah berkenaan dibuat mengikut peraturan mana dan sehingga kini mereka hairan kenapa Kesavan diperintahkan keluar.


"Dia hanya minta supaya soalan berhubung hak rakyat di kawasannya dijawab secara bertulis setelah Ganesan meminta tiga soalan lisan dan lima soalan bertulis daripadanya.


“Kerana pembesar suara ditutup, Kesavan terpaksa bersuara agak kuat dan kelihatan sedikit agresif. Kami sedih dan melihat perkara ini sebagai penganiayaan terhadapnya," katanya.

Read more ...

Umno perguna ' Ketuanan Melayu' untuk dapat kuasa


ALOR SETAR, 1 Dis. : Ketuanan Melayu yang sering dilaungkan oleh pemimpin UMNO didakwa dimanipulasikan segelintir golongan elit parti itu bagi tujuan ketuanan UMNO.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Lee Guan Aik yang mendakwa demikian berkata, konsep Ketuanan Melayu harus ditinggalkan kerana ia hanya memperdaya orang Melayu sendiri.


“Saya bersetuju dengan kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Justeru, perjuangan sebenar menghapuskan ketuanan Melayu adalah untuk memecahkan dominasi ketuanan UMNO,” katanya.

Guan Aik berkata, perkara hampir sama berlaku sewaktu UMNO mempertahankan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini yang pada asalnya bertujuan merapatkan jurang ekonomi antara kaum.

“Bagaimanapun, DEB itu dimanipulasikan pemimpin UMNO semata-mata untuk membolehkan segelintir pemimpin parti itu mengaut kekayaan dengan mempergunakan dasar pro-Melayu,” katanya.

Guan Aik berkata, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib yang sangat menyedihkan.

“UMNO cuba mewujudkan sentimen perkauman terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan membangkitkan isu ketuanan Melayu kerana bimbang dengan peningkatan pengaruh PR dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri.

“Selama ini, UMNO tidak boleh lari dari menyentuh aspek perkauman. Mereka perlu sedar bahawa bukan hak orang Melayu sahaja yang perlu dijaga tetapi semua kaum lain di negara ini,” katanya.

Ditanya sama ada bersetuju dengan sesetengah pihak menganggap kenyataan Dr Wan Azizah seperti cuba mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat negara ini, Guan Aik percaya, pemimpin PKR itu ikhlas dalam misinya dan tidak mempunyai niat tersirat.

Guan Aik tidak menolak kemungkinan sokongan pengundi muda terhadap UMNO akan semakin terhakis kerana perjuangannya tidak berubah dan dipenuhi dengan agenda peribadi berbanding parti.SH

Read more ...

Ganeson tak peduli nasihat Tajol Rosli






















IPOH, 1 Dis. : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin dengan tindakan Tan Sri Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali yang menegur peranan yang dimainkan oleh Datuk R. Ganesan yang bertentangan serta salah mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang pada semalam jelas tidak mahu akur menggunakan budibicara yang sebaik mungkin menyelesaikan perkara yang dibangkitkan oleh S. Kesavan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Hutan Melintang.

Kegagalannya berfungsi dengn baik terus dibangkitkan oleh Tajol Rosli yang jelas berpengalaman sebagai bekas Menteri Kebinet dan bekas Menteri Besar Negeri Perak yang lalu.


Malangnya Datuk Ganesan tidak mengindahkan saranan Tajol Rosli dengan menegaskan sikap sombong dan angkuhnya.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Iskandar Al-His dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Bagi Pemuda PAS Perak, jelas Ganesan tidak layak menduduki jawatan tersebut dan kurangnya pengalaman tersebut memperlihatkan Sidang DUN Perak seperti ‘Mesyuarat Orang Kampung’ dan sangat berbeza ketika mana Speaker Pakatan Rakyat (PR) yang dirampas S.Sivakumar ketika mengendalikan dewan dengan penuh disiplin dan mengikut peraturan.

"Sudah tentu dunia akan mengketawakan kita di Perak dengan apa yang berlaku, termasuklah menggunakan kertas putih kosong untuk mengundi. Langkah yang pertama jelas Ganesan gagal memastikan semua ADUN mengikut Perintah Tetap tersebut." jelasnya.


Menurut beliau disebabkan kegagalannya itulah Sidang DUN tertangguh dengan jenaka-jenaka yang tidak pernah dilihat oleh dunia.

Pemuda PAS Perak berharap Ganesan bersikap lebih matang untuk meneruskan Sidang DUN pada hari ini dan seterusnya serta tidak takut kepada bayang-bayang yang seolah-olah melihat akan diganggu oleh ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang lebih arif tentang Peraturan Tetap Dewan.

"Sekiranya beliau tidak mampu, sila pastikan Timbalan Yang DiPertua untuk meneruskan agenda selepas daripada ini," ujarnya.

Pemuda PAS Perak juga mengucapkan tahniah kepada semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak kerana ingin memastikan semua persoalan rakyat dapat dijawab dan diselesaikan.

Read more ...

Subsidi untuk IPP RM 15.1 bilion
















KUALA LUMPUR, 1 Dis.: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebagai membelakangkan rakyat.

Anwar ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat berkata, subsidi sebanyak RM15.1 bilion berbanding subsidi minyak kepada rakyat yang hanya sebanyak RM11 bilion jelas tidak munasabah.

"Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?" katanya yang juga ketua pembangkang di Parlimen, semalam.

Anwar turut mempertikai dasar penswastaan yang dilihat hanya memberi kepentingan kepada syarikat konsesi yang sedia kaya, sehingga kerajaan tidak berupaya untuk mengkaji dan membuat runding semula perjanjian yang termeterai.

"Kita tidak menentang penswastaan tapi perlu lihat kesan tarif dan kerugian kepada negara dan juga kepada Petronas ekoran keengganan kerajaan mengkaji dan runding semula dengan syarikat konsensi IPP. Sikap yang sama dilihat dalam isu air di Selangor," kata beliau.

Dakwa beliau juga, kerajaan seolah-olah tidak mempunyai keupayaan untuk mengkaji dan mengadakan runding semula semua perjanjian kerajaan dengan syarikat konsesi.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar mengkaji semula perjanjian dengan IPP dan juga syarikat konsesi air agar rakyat tidak terbeban dengan dasar penswastaan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) yang tidak memihak kepada pengundi Hulu Selangor kerana menyokong tindakan Syabas yang berhasrat menaikkan taraf air sebanyak 31 peratus.

Sebelum itu, usul memotong gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dikemukakan Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS- Kuala Selangor), namun tidak dipersetujui wakil Barisan Nasional.

Read more ...

Buat kerja dulu sebelum ke Putrajaya

TEMERLOH, 1 Dis: Bersediakah kita untuk melangkah ke Putrajaya?

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat (PR), khususnya ahli-ahli PAS.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim juga menyeru semua ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memfokuskan tugas untuk memperkasakan seluruh jentera parti terlebih dahulu sebelum membincangkan jalan ke Putrajaya.

Ini kerana berdasarkan pengamatan beliau, persiapan semua parti belum di tahap optimum, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah menghadapi pilihan raya umum.

“Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap rehat,” kata Tuan Ibrahim, yang melahirkan rasa bimbang kepada persiapan Pakatan Rakyat ditambah dengan waktu yang semakin singkat.

“Jentera parti adalah mekanisme yang penting dalam menghadapi segala penyelewengan Barisan Nasional (BN) dari setiap sudut.

"Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita kita ke Putrajaya,” katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menekankan bahawa betapa pentingnya untuk semua parti untuk memperkemaskan jentera parti untuk digerakkan pada bila-bila masa kerana berdasarkan beberapa petunjuk terkini, kemungkinan besar pilihanraya umum akan diisytiharkan lebih awal daripada dijangkakan.

Tuan Ibrahim juga berkata media massa kini cuba melaga-laga PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa yang akan menerajui kepimpinan negara, barisan kabinet PR dan juga soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara.

“Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR.

"Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya.

"Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekorpun belum ada,” ujar beliau.

Beliau juga menyeru supaya semua masalah dalam parti ketiga-tiga komponen parti PR mesti diselesaikan awal sekiranya mereka serius dalam menyatakan bahawa PRU 13 penting bagi membuat perubahan awal ke Putrajaya.

Beliau turut menambah bahawa kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama dan menyeru seluruh ahli parti untuk bertindak secara pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU dan bukannya sahaja menunggu arahan kerja.

“Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang saya boleh sumbangkan bagi menjana kemenangan ini.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincangkan titik bengit dalaman sehingga menjejaskan gerak kerja parti; maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari,” Tuan Ibrahim memberikan amaran.

Dalam isu keyakinan pengundi, beliau mengingatkan para pekerja dan pimpinan parti bahawa pengundi hanya akan memberikan undi kepada sesuatu parti seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang menerajui negara.

“Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina,” ujarnya sambil menambah bahawa pencapaian yang dikecapi oleh semua negeri PR selama tiga tahun ini akan menjadi aset penting untuk membina keyakinan pengundi.

“Cuma isu utama sejauh manakah pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat?

"Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisme diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khususnya dapat ditembusi,” katanya.

Seruan yang sama turut bergema di dalam sidang Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat baru-baru ini, di mana keempat-empat negeri Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan media BN yang semakin mengecam kebelakangan ini.

Read more ...

Bukan masa nak berbulan madu











KUALA LUMPUR, 1 Dis. : Masa untuk berbulan madu untuk PAS dan Pakatan Rakyat sudah berlalu. Masa dua tahun lapan bulan mandat yang telah diberikan oleh rakyat melalui undi protes dalam PRU 13 pada 8 Mac 2008 sedang diperhatikan oleh rakyat.

Media Umno BN telah hilang kewarasan untuk memastikan tuannya tidak hilang kuasa di Pusat. Mereka sudah mengalami keperitan seperti cacing kepanasan apabila terlepas negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Mereka marah bukan kerana Melayu tidak terbela dan Islam tidak terjaga. Selama ini pun mereka yang menghina Islam dengan menutup surau dan hendak menangkap Dr Harun Din dan Datuk Ishak Baharom.

PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat mesti ada kesungguhan untuk mempertahankan kemenangan. Perlu diingatkan mempertahankan kemenangan lebih sukar daripada mendapat kemenangan.

Persepsi rakyat sedang diburukkan oleh media Umno setiap hari terutama televisyen yang menjadi rujukan utama rakyat. Jalan keluar mesti dilakukan untuk membentuk persepsi rakyat supaya menyebelahi Pakatan Rakyat.

Penentuan undi ialah kebanyakan dibuat oleh golongan yang hanya menjadi pemerhati dan tidak berparti. Contohnya jika satu lokaliti mempunyai 100 orang pengundi, yang berparti hanya 40 orang sahaja, selebihnya ialah mereka yang hanya membuat keputusan terakhir. Kebiasaanya mereka ini akan mengundi BN kerana terpengaruh dengan media, wang dan jentera kerajaan.

Walaupun kita tidak mampu untuk melawan media perdana BN seperti televisyen, namun usaha pencerahan pemikiran rakyat mesti dibuat.

Sebenarnya Pakatan Rakyat mempunyai lambakan isu yang banyak dalam bentuk menerang atau menyerang. Risalah dan akhbar parti begitu cantik menjawab isu, namun gagalnya ialah risalah tersebut tidak sampai kepada sasarannya, kerana dilonggok di markaz, masjid dan surau sahaja.

Mekanisme ini mesti dibetulkan dengan segera. Individu yang bertugas secara tetap perlu dilantik supaya tidak berlaku pembaziran maklumat dan wang.

Usaha daftar pemilih mesti dibuat, tidak cukup dengan laungan semangat Sepenuh tenaga mesti ditumpukan untuk menggerakkan daftar pemilih. Untuk suku terakhir yang akan tamat pada Disember 2010, maka perlu program ops daftar pemilih dibuat secara serius secara mingguan dan terancang.

Pimpinan kawasan, pemuda, ulamak, muslimat, nisa' dan amal kena tumpu kepada daftar pemilih. Kena jadikan ini agenda utama jika mahu kekalkan kemenangan dan menawan Putrajaya. Biar kita resah sekarang daripada kita menangis akibat kecuaian kita yang tidak buat kerja untuk menang.

Kain-kain rentang yang ditulis untuk menjawab isu seperti "Umno khianat tanah Rezab Melayu", "Umno menghakis Kuasa Raja-Raja Melayu". "257 ribu anak luar nikah daripada tahun 2000-2008". Kain ini mesti ditukar dalam masa dua minggu, dengan isu-isu yang lain, kemudian diletak di tempat yang strategik. Ini adalah satu cara untuk membentuk minda pengundi yang selama ini dirosak oleh media Umno.

Read more ...

Hospital pun dah tak selamat di bawah BN
























"Nampaknya hospital-hospital di Malaysia ini bukan lagi tempat yang paling selamat. Apatah lagi yang menyebabkan ianya tidak selamat lagi ialah pengawal-pengawal keselamatan.

Apa agaknye komen Awang Selamat ?

PENGAWAL KESELAMATAN HOSPITAL TUMBUK PERUT WANITA HAMIL

Berita Harian 2010/11/30

MUAR: Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dekat sini, ditahan polis selepas seorang wanita mendakwa suspek menumbuknya dalam lif hospital ketika dibawa menggunakan kerusi roda untuk mendapatkan rawatan sakit bersalin, awal pagi kelmarin.

Wanita berusia 26 tahun itu dibawa suaminya ke hospital berkenaan sebelum pengawal keselamatan terbabit membantu menolak kerusi roda untuk membawa mangsa ke wad bersalin, sementara menunggu suami mangsa meletakkan kereta di tempat yang dikhaskan untuk pelawat.

Bagaimanapun ketika menolak kerusi roda itu, suspek dikatakan menumbuk perut mangsa berulang kali sebelum mangsa dihantar ke wad bersalin.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Lee Choon Guan, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang berusia 33 tahun mengenai dakwaan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 40-an itu bertindak menumbuk perut mangsa berulang kali ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke wad bersalin ketika suami mangsa tiada. “Suami mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian itu membuat laporan polis dan susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, suspek akan dirujuk ke Wad Psikiatri HPSF kerana dipercayai menghadapi masalah mental.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengawalkeselamatanhospitaltumbukperutwanitahamil/Article

PENGAWAL KESELAMATAN DITUDUH BUNUH DUA RAKAN SEKERJA DI HOSPITAL KLANG

2010/09/08 KLANG: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Magistret Klang hari ini kerana dituduh membunuh dua rakan sekerjanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini bulan lalu.Abdul Aziz Miew Yong, 36, yang berasal dari Sabah dituduh membunuh P Mailvaganam, 47, pada 27 Ogos 2010 di perkarangan meletak kereta hospital kerajaan itu pada jam 5.45 pagi.http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PengawalkeselamatandituduhbunuhduarakansekerjadiHospitalKlang/Article/index_html

2 PENGAWAL KESELAMATAN MATI DITEMBAKKLANG

27 Ogos 2010 - Hanya kerana menegur rakan yang tidur semasa bertugas, dua pengawal keselamatan mati ditembak dengan senapang di tempat letak kereta kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, awal pagi ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0828&pg=mh_02.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2010


amkns

Read more ...

SAR dapat peruntukan RM 6 juta di Selangor














SUBANG JAYA, 30 Nov: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM6 juta setahun bagi membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu untuk membolehkan cita-cita kerajaan negeri mencapai hasrat negeri maju yang mendapat keredhaan Allah.

Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali berkata, sehingga kini RM12 juta telah diserahkan kepada sekolah-sekolah berkenaan.

"Kerajaan negeri Selangor sedang berusaha membentuk anak mudanya menjadi khalifah Allah yang bakal mentadbvir dunia. Khaira ummah (ummah terbaik) menjadi agenda kerajaan negeri Selangor," kata Dr Halimah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di persidangan antarabangsa yang dikenali sebagai 'International Conference On Islamic Education 2010 (ICIEd2010)' sebagai satu perancangan untuk memperkasakan sistem pendidikan bukan hanya di Selangor malah di seluruh dunia.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama beberapa pihak lagi termasuk Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Sebanyak 140 kertas kerja telah dibentangkan dalam persidangan diadakan di Holidays Villa Hotel & Suites, di sini telah bermula pada 29 November lalu hingga 1 Disember 2010, oleh tokoh-tokoh pendidikan Islam seperti Sheikh Professor Dr Mohammad Said Ramadhan al Bouti, Professor Dato' Sidek Baba dan ramai lagi.

Persidangan yang disertai oleh 250 peserta dari pelbagai negara berjalan atas usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui exco pendidikan menaikkan taraf pendidikan di Selangor.

Persidangan ini berjaya menjurus ke arah zaman cerah selepas mendapat suntikan semangat perjuangan baharu dari tokoh pendidikan terkenal dunia Islam, Sheikh Professor Dr Mohammad Said Ramadhan al-Bouti daripada Universiti Damascus, Syria.

Intipati ucapannya menyebutkan pendidikan Islam walau di mana sahaja tempatnya dan pada bila-bila masa tetap perlu berteraskan kepada bagaimana bentuk perjalanan perjuangan Nabi Muhammad saw yang berjaya melahirkan satu generasi sahabat paling hebat yang terkenal di alam dunia dan berjaya di akhirat kelak.

Tegas beliau, daripada model emas itulah, dibentuk berbagai kaedah dan pendekatan yang meskipun berbeza daripada bentuk asal berasaskan kelainan geografi setempat dan berbeza latar belakang kehidupan sesebuah negara tetapi hadaf dan matlamat utama pendidikan Islam tetap mengajak manusia ikhlas melakukan ketundukan kepada Allah SWT.

Dr Said Ramadhan yang juga Ketua Jabatan Agama dan Pegangan, Fakulti Perundangan Islam di Universiti Damascus berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Masa Hadapan Pendidikan Islam: Iktibar daripada Sirah Nabawi di hari pertama persidangan tiga hari bermula 29 November dan berakhir pada 1 Disember esok.

Read more ...

Ketunanan Islam lebih mulia











PASIR MAS, 30 Nov: Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu.

“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini.

Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan.

Read more ...

Laman Wikileak : Firma Malaysia langgar sekatan PBB

KUALA LUMPUR 30 Nov. : Selepas pendedahan Scomi Precision Engineering Sdn Bhd membina komponen untuk penghasilan bom nuklear yang dirampas ketika dalam perjalanan penghantarannya ke Libya, dua lagi syarikat negara ini dikatakan terbabit membeli komponen untuk tujuan sama tetapi kali ini ke Iran pula.

Wikileaks.org melaporkan bahawa kedua syarikat terbabit melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan juga sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) apabila cuba memilik 'peralatan sensitif untuk di bekalkan beberapa badan di Iran.

Badan-badan tersebut, dikatakan terbabit dalam program mengembangkan keupayaan senjata nuklear Iran

Peralatan sensitif tersebut, TRS-500 Giroskop, sejenis komponen navigasi Giroskop buatan China digunakan bagi mengukur atau mengekalkan kestabilan hala tuju sesuatu pesawat ataupun peluru berpandu.

Menurut Wikileaks.org, perhubungan komuniksi 3 Februari lalu dari pejabat Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke kedutaannya di Beijing, di China memaklumkan bahawa dua syarikat berpusat di negara ini disyaki terbabit dalm satu rangkaian syarikat-syarikat lain cuba memiliki 'peralatan yang sensitif' untuk badan di Iran.

Badan di Iran berkenaan dikatakan terbabit dalam progem pengembangan persenjataan nuklear negara berkenaan.

Perhubungan itu bagamanapun menyatakan bahawa Giroskop TRS-500 yang dikehendaki oleh Electronics Component Limited, (ECL) di Malaysia, “adalah dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan pengawalan eksport berkaitan peluru berpandu China".

Giroskop berkenaan juga boleh digunakan sebagai peralatan navigasi peluru berpandu jenis balistik, peluru berpandu jarak jauh dan pesawat udara tanpa pengendalian manusia (UAV).

Perhubungan kabel berkenaan menyatakan bahawa ECL, bersama dengan sebuah lagi syarikat di negara ini Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian syarikat yang dikuasai Iran yang cuba memperolehi "barangan sensitif" bagi pihak badan-badan yang terbabit dengan industri program senjata nuklear negara berkenaan.

Badan tersebut termasuk Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), syarikat pembangunan utama peluru berpandu balistik berasaskan tujahan cecacir dan Heavy Metal Industries, syarikat yang bertindak bagi Ya Mahdi Industries yang terbabit dalam pembangunan peluru berpandu taktikal.

Kedua-dua SHIG and Ya Mahdi Industries dikenakan sekatan di bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSCR) 1737, manakala Giroskop TRS-500 gyroscopes pula diklasifikasikan sebagai barangan terkawal yang dilarang dieksport ke Irandi bawah resolusi UNSCR 1737.

Pejabat Setiausaha Negara berkata dalam kabel perhubungan berkenaan bahawa mereka berharap dengan maklumat yang diberikan, mereka berharap kerajaan negeri China akan menghalang penghantaran peralatan Giroskop oleh VibTel Industrial Co kepada ECL.

Sebelum ini, dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak polis, Scomi Precision Engineering Sdn Bhd telah dibebaskan dari sebarang kesalahan dan syarikat tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa kononya mereka telah diperdaya oleh seorang warga Sr Lanka yang terbabit dalam pasaran gelap nuklear.

Read more ...

Pemilihan Umno tangguh 18 bulan : Kerana PRU 13 atau Muhyidin ?

http://smkpenghulusaad.files.wordpress.com/2009/06/3431101326_fc51077551_o1.jpg

KUALA LUMPUR 30 Nov:
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini membuat ketetapan pemilihan parti di peringkat cawangan, bahagian dan MT yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan, umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata, penangguhan itu bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan parti selain pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini.

Beliau turut menafikan penangguhan itu mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum sebaliknya memberi alasan ia bagi membolehkan seluruh perhatian serta tenaga pemimpin dan ahli UMNO terarah kepada usaha pemantapan parti.

"Kita tidak mahu tahun depan dan berikutnya dijadikan medan pergelutan politik yang boleh timbulkan perbalahan dalam parti walaupun kita percaya ia boleh dibendung dan tidak berlaku keadaan tertekan sebagaimana parti politik lain.

"Kita nak UMNO tumpu kepada pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan model baru politik yang pernah saya umumkan sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, di sini malam ini.

Read more ...

Dah 2 kali naik dalam masa 3 bulan














KUALA LUMPUR, 30 Nov. : Kerajaan Barisan Nasional(BN) akan menaikkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini, lapor Malaysiakini.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga minyak petrol berkenaan akan dibuat esok. Bagaimanapun harga minyak petrol RON95 kekal pada tahap RM1.85 seliter.

Kerajaan BN awal tahun ini memulakan langkah memotong subsidi berdasarkan aras tanda harga minyak RON95.

Langkah tersebut adalah antara beberapa 'pembaharuan' yang disyorkan oleh penasihat kerajaan kononnya dalam usaha mereka mengurangkan beban subsidi kepada lima barangan keperluan asas yang ditanggung dan merencatkan rancangan pembaharuan ekonomi negara ini.

Bagaimanapun tidak semua syor yang diunjurkan dilaksanakan oleh kerajaan kerana bimbang langkah itu bakal menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan BN khususnya Umno

Minyak petrol RON97 yang mempunyai tahap octane yang lebih tinggi berbanding RON95 tidak disubsidi oleh kerajaan. Dan ini merupakan kenaikkan kedua dalam tempoh tiga bulan.

Read more ...

Definasi ' Ketuanan Melayu' Nazri


















KUALA LUMPUR 30 Nov.: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini membawa definisi lain mengenai konsep ketuanan Melayu daripada apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Umno dan Perkasa.

Menurut Nazri konsep itu adalah hanya untuk menzahirkan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan.

“Ia bukannya tentang orang Melayu, ia mengenai Raja-raja Melayu. Selagi mereka terus masih wujud, kita akan menghormati mereka,” kata beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Definasi itu sekali gus menyanggah konsep Ketuanan Melayu tajaan Umno yang mengguna pakainya untuk menggubal Dasar Ekonomi Baru(DEB).

Dasar itu sendiri tidak dipertikaikan namun apa yang ditentang oleh ramai pihak ialah tindakan pemimpin Umno untuk menggunakan dasar berkenaan bagi memberi projek dan konsessi lumayan kepada kroni-kroni Umno.

Pada masa sama sebilangan besar orang Melayu terus merempat dalam kemiskinan dan kemunduran, khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan warga pribumi di Sabah dan Sarawak.

Nazri dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata ungkapan Ketuanan Melayu biasanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin sayap kiri Melayu untuk mendesak hak-hak orang Melayu, dicipta untuk melindungi kedaulatan Raja-raja Melayu pada masa-masa lalu.

Justeru tegas Nazri, “Ketuanan Melayu” sama sekali tidak bermaksud orang Melayu adalah lebih unggul berbanding kaum-kaum lain di negara ini.

Tanpa merujuk kepada pemimpin Umno dan Perkasa, Nazri bagaimanapun mengakui bahawa ungkapan Ketuanan Melayu seringkali digunakan oleh ahli-ahli politik untuk merujuk kepada kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyifatkan golongan itu sebagai membawa “tahi lembu di kepala.”

“Mereka ini pemimpin-pemimpin tidak berguna. Mereka ini ada tahi lembu di kepala. Mereka tidak tahu langsung apa itu (Ketuanan Melayu),” katanya.

“Bagaimana anda boleh mengatakan hanya kerana anda orang Melayu di negara ini, bermakna anda (lebih) unggul. Apa maksudnya?

Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai berkata, konsep Ketuanan Melayu harus 'ditinggalkan' kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.

Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai.

“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya.

Read more ...