Thursday, November 1, 2012

PENJELASAN DR BADRUL AMIN!!! Kehadiran tidak ada sebarang agenda peribadi mahu pun politik

http://dreaddesign.files.wordpress.com/2009/05/gisb-button.jpgMajlis Jamuan makan "Kenduri Mega" mlm tadi adalah anjuran Global Ikhwan dan bukan Arqam.

Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus utk sy.


Sy dtg bersama istri dan anak2 utk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam sambil bersantai.


Sy d letak d meja tamu sbb rasa hormat mereka dan mmg khemah lain xda meja pun.


Ahli jamaah Ikhwan mengenali kami kerana istri saya sering membeli keperluan dapur d pasaraya Ikhwan sbb ia menyediakan produk makanan buatan org Islam. Anak istri sy juga sering kesana membeli pakaian d butik ikhwan.


Laporan Kosmo yg kononnya sy adalah salah seorang dari AJK penganjur prog mlm td adalah berniat jahat dan tidak bertanggung jawab.


Saya langsung tiada kaitan apa2 dgn organisasi Ikhwan jauh sekali dari memegang sebarang jawatan..


Kehadiran sy tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik.


Ustaz Dr Badrulamin

Read more ...

RM 100 RIBU SEMALAM!!! Rakyat tanggung Najib dan Rosmah tinggal di hotel mewah Atlantis di Dubai

Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.

Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak RM5,117,305.26.

Jumlah ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen semalam.

Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.

Nazri memberitahu, kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).

Sementara itu, kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).

Dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Jun 2011, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air untuk kedua-dua kediaman tersebut.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman Perdana Menteri dan Timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan, sewa bagi kediaman PM hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM.

1 November 2011, Parlimen diberitahu jumlah perbelanjaan lawatan rasmi PM dan isteri serta TPM dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM4,811,837.48 (2009) RM5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Turut dilaporkan media alternatif sebelum ini ialah kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.
 
Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi TPM dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM8,020,328.07.

Read more ...

CAKAP BANGANG KANG MARAH!!! Tapi Mamak UMNO Penang buat demo nak AES, tak ka bangang namanya tu.....

Cakap bodoh kang marah. 

kah kah kah

Inilah mereka2 yang berdemo sokong AES di penang siang tadi. Kelakar siot. Orang sekarang sepakat tolak depa sibuk berdemo plak..










Kalau korang nak tahu sekarang neh wakil rakyat dari bn sendiri sehaluan dengan pr dalam isu AES. Aku dah cakap awal2 dulu. AES neh bagus. Memang bagus. Tapi pelaksanaan dia tidak bagus. Bukan sistem itu bermasalah tetapi cara ia dilaksanakan di malaysia itu bermasalah. 


Satu2 product yang bagus jika tidak dilaksanakan dengan betul maka ia tetap tidak bagus. Dalam kes neh walaupun sebagus mana pun AES itu tetapi jika BN yang pegang negara kemon la.. dia tetap terlihat tidak bagus. Kalau yang pegang negara pun tak amanah ko jangan hadap apa2 sistem yang mereka practise ialah telus.

Bukti ketidaktelusan ialah memasang AES di laluan2 yang merepek. Menenderkan AES kepada syarikat swasta yang jelas2 mensasarkan keuntungan setelah melakukan pelaburan besar.

Kedua, kadar kemalangan di malaysia memang tinggi. Bahkan kematian angkara kemalangan memang tinggi juga di negara2 lain disebabkan pertambahan bilangan kenderaan. Ada satu artikel english yang aku baca tak berapa lama dulu mengenai penyebab kemalangan jalanraya.

Penulis merumuskan 3 punca utama kemalangan jalanraya ialah ;

1. Jalan raya

2. Kenderaan selamat


3. Gaya pemanduan.


Jalan raya diletakkan di no pertama, gaya pemanduan di letakkan no 3. Kenapa jalanraya itu sangat penting? Apa yang dia tulis ialah jika jalanraya betul + kenderaan itu selamat = gaya pemanduan yang tidak selamat tidak akan menyebabkan kematian. 


Ini kerana dia ada kereta yang selamat untuk melindungi dia di samping jalanraya yang dibina dengan betul. Jalanraya yang betul maksudnya kat sini ialah lampu jalan, lebar jalan, pembahagi jalan, cctv, lampu amaran, stuktur jalan di bina, jenis tanah, jenis laluan, notis, papan amaran, had laju yang betul dan segala2nya mengenai jalan.

Bila dia accident di atas jalanraya yang dibina dengan betul, menggunakan kereta yang dilengkapi dengan sistem keselamatan, kenderaan tersebut akan menyerap kesan hentakan, mengurangkan kesan remukan dan jalanraya yang selamat menyebabkan geseran berkurangan. So risiko kematian berkurangan.

Lebar jalan yang betul juga menyebabkan kenderaan lain tidak terkesan dengan kemalangan yang berlaku or sekurang2nya tidak terjejas teruk sehingga menyebabkan kematian. Ini apa yang dirumuskan oleh penulis tersebut. 

Jadi kat sini walaupun ada AES itu bukan bermaksud stastistik kematian di jalanraya akan berkurangan. Apatah lagi di malaysia penunggang motorsikal mencatatkan angka kemalangan maut yang tinggi. Penunggang motorsikal bukan mati disebabkan menunggang dengan laju. 

Mereka mati kerana tidak menunggang motorsikal dengan betul. Peratusan yang mati ketika menggunakan helmet yang dicop dengan sirim palsu juga sangat tinggi. Kematian disebabkan rempit itu ada tetapi lebih ramai yang mati kerana tidak berhati2 di jalanraya. Baik disebabkan penunggang motorsikal itu sendiri mahupun disebabkan oleh orang lain lebih2 lagi oleh kenderaan berat seperti lori dan bas yang tidak selamat tetapi masih berada di atas jalanraya.

Oleh itu sudah sampai masa nya untuk kerajaan kita melabur di tempat yang betul. Selesaikan masalah ikut tingkat kepentingan. Pastikan jalanraya kita selamat dengan melengkapi seme perkara yang perlu ada pada satu2 jalanraya. 

Pastikan kesemua kenderaan di malaysia adalah kenderaan yang benar2 dilengkapi dengan sistem keselamatan. Kemon la. Kenapa kenderaan yang fully with safety sistem dijual dengan mahal? Apakah ada beza nyawa orang miskin dan kaya? Cuba la sesekali berfikir dari sudut kemanusiaan tanpa memikirkan keuntungan semata2.

Dan yang terakhir untuk pastikan gaya pemanduan kita selamat, boleh la kerajaan menetapkan beberapa polisi seperti AES, tetapi semestinya sistem tue kena telus bukan mensasarkan keuntungan seperti sekarang.

Aku ada satu idea. Idea neh dah lama ada dalam kepala hotak aku. Aku berpendapat alangkah baiknya jika bila berlaku jek kemalangan hospital terus mendapat maklumat tersebut secara automatik. Alangkah baiknya jika kenderaan kita boleh terus menghantar signal ke pusat info bila berlaku satu2 kemalangan. Ini boleh menyebabkan bantuan sampai dengan lebih cepat. 

Tapi kan.. tah macam mana bila aku fikir2 balik, andaikata idea aku neh menjadi realiti, mesti ia menjadi salah satu modal kepada kapitalis untuk menjana keuntungan.ameno world

Read more ...

FITNAH MAKANAN UMNO!!! Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang kena saman kerana fitnah


Speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir berhubung kenyataannya mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang.
  
Bercakap pada sidang media di sini, Abdul Halim berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2 petang tadi menerusi firma guaman Tetuan M. Kanesan & Associate.

Katanya beliau mengambil tindakan itu kerana mendakwa terdapat unsur fitnah dalam kenyataan Musa berhubung projek itu yang boleh memburukkan kredibiliti dan imejnya sebagai speaker.
  
"Saya melalui peguam saya telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi. Tindakan ini  diambil setelah saya beri tempoh 48 jam kepadanya tetapi tiada apa-apa tindakan, dan beliau (Musa) pada 1 Okt lepas menyatakan tidak perlu minta maaf," katanya.
  
Ketika ditanya oleh pemberita mengenai jumlah saman fitnah itu, Abdul Halim berkata beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media itu, Abdul Halim antara lain menuntut gantirugi bagi fitnah secara lisan, gantirugi bagi fitnah bertulis, gantirugi keterlaluan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan selanjutnya kenyataan memfitnah itu sama ada secara lisan atau tulisan.
  
Sementara itu, Musa ketika dihubungi berkata beliau sedia mengemukakan bukti mengenai dakwaanya berhubung projek itu di mahkamah.
  
"Saya tidak takut disaman, jumpa di mahkamah dan saya akan kemukakan bukti-bukti atas dakwaan saya itu," katanya.
  
Dalam pendedahannya sebelum ini mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang, Musa mendakwa projek itu mempunyai kaitan dengan Abdul Halim.


Musa merupakan adik kepada bekas pemimpin Umno yang juga bekas menteri pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Read more ...

MANA RM207 BILION PAMPASAN UNTUK BURUH PAKSA JEPUN!!! Nizar akan bawa buruh paksa ke parlimen



KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mempersoalkan ke mana wang pampasan sebanyak RM207 bilion hak milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma dibelanjakan serta disalurkan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini wang pampasan tersebut, beliau berkata terdapat maklumat mengatakan perkara itu telah selesai.


Namun beliau sendiri belum pasti dalam bentuk apakah ia diistilahkan sebagai telah selesai.


"Ada usaha mengatakan isu ini telah selesai dan pihak persatuan juga mengatakan mereka menerima surat dan memberitahu isu ini telah selesai.


"Tetapi saya sendiri tidak mengetahui apa yang telah selesai, sedangkan sewaktu saya kemukakan di Parlimen sehinggalah penggulungan tidak ada jawapan dari menteri berhubung isu tersebut," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.



Malah beliau juga turut bertemu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan bertanyakan kenapa kementerian tidak memberi maklum balas berhubung isu tersebut.


Namun, Donald Lim menyatakan tidak mengetahui dan meminta Nizar menulis surat kepada kementerian bagi mengetahui status sebenar.


"Saya akan ketengahkan isu ini dan ia merupakan isu yang besar apatah lagi kebanyakan mereka yang terlibat merupakan ahli Umno.


"Saya akan membawa ahli persatuan dan mereka yang masih hidup ke Parlimen bagi mengetengahkan permasalahan ini dan menjelaskan kepada rakyat," sambung beliau lagi.


Beliau yang terus memperoalkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap wang pampasan tersebut sedangkan ada dokumen-dokumen yang mengatakan ia berada dalam simpanan perbendaharaan.


"Kerajaan perlu jelaskan dan kita tidak mahu wang tersebut lesap begitu sahaja. Kalau di Indonesia, Filipina mahupun Vietnam bila Jepun menyerahkan wang pampasan terus diberikan kepada rakyat kenapa tidak di negara ini," soal beliau.


Sebelum ini, Nizar telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada 10 Oktober lalu.


Nizar memaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

Read more ...

TU DIA !!! Isu "Kami ada vedio tau" bikin UMNO Taiping makin panas

Semalam aku ada posting tajuk "PANAS...!!! UMNO Taiping sah bergolak Zahir dan Shalimin dijadikan korban vateran UMNO".

Hari ini dah ada respon dari UMNO Taiping nampaknya...hahaha...

Khabarnya mereka akan selongkar selidik isu agenda nak jatuhkan Zahir dan Shalimin  semasa satu perjumpaan dirumah mantan ketua bahagian UMNO Taiping pada hari raya korban lalu.

Isu "Kami ada vedio tau" menjadi panas nampaknya, ayat ini tertera dibahagian bawah posting blog "Taiping Aman Jaya" yang mendedahkan segala kepincangan dalaman UMNO Taiping. 

Menurut blog tajaan UMNO Taipingmali, Shalimin,Zahir,Zambry Kadir pun nak tengok vedio tu, bahkan Muhyiddin pun nak tengok juga..dan mencabar vedio ni di upload diyoutube.

Wah...!!! Panas betul isu ni...TPM pun dah tau rupanya... Najib dah tau belum..?? Hahaha.....

Paling sadis dan brutalnya ialah beberapa nama yang terdapat dalam senarai AJK (yang dibol merah) tepaksa menjawap...kesian...kesian...kesian....Dato Malik pun akan disoalsiasat Taipingmali khabarnya....huuuu.....dasyat...

Diantara mereka ini ada yang berjawatan Tok Ketua Kampung dan JKKK. Semua AJK ini dikatakan otai-otai orang lama UMNO Taiping yang diketuai Dato Malik mantan Ketua Bahagian UMNO Taiping.

Khabarnya...Dato Malik dok berusaha keras tungging terbalik nak calonkan bininya DatinYatimah sebagai calon wanita di DUN Kemunting pada PRU akan datang.

Keujudan blog misteri "Taiping Aman Jaya" ini sekurang-kurangnya mendedahkan segala masaalah dalaman UMNO Taiping kepada pengetahuan umum. 

Tapi malangnya sebentar tadi aku cuba buka blog ni...tapi dah hilang dari laman web...

Kenapa hilang aku tak tahulah...mungkin juga tangan yang sibuk nak selidik siapa punya blog,siapa punya kerja...tapi dia punya kerja sebenarnya....hahaha.....

Orgni: Cikgu Najmy.....Orangni blogspot bukan milik PAS Taiping je.....tapi milik semua la.......hahahaha....

Orang ni


Read more ...

SAH!!! Aziz Bari bertanding di Sabak Bernam, yakin rampas kerusi Sabak Bernam

http://aliran.com/wp-content/uploads/2011/10/Aziz-Bari.jpgSABAK BERNAM - PKR yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas mengumumkan calon baru bagi kerusi tersebut iaitu bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari.

Difahamkan, sebelum ini, Ketua PKR Cabang Sabak Bernam, Dr Badrolamin Baharon dicalonkan bertanding bagi kerusi itu.


Abdul Aziz berkata, pemilihannya sebagai calon bagi kerusi berkenaan adalah atas arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
Katanya, beliau yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Sabak Bernam  memandangkan terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan Kerajaan Negeri sebelum ini.

Pada 2008, kerusi Sabak Bernama dimenangi oleh calon BN dari Umno, Abd Rahman Bakri, yang menewaskan Badrolamin.

“Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam memastikan hak rakyat tidak diabaikan dan ini adalah kekuatan kita bagi merampas kembali kerusi Parlimen di sini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, dia tidak berasa tergugat dengan kekuatan dimiliki Umno memandangkan pihaknya mempunyai kekuatan tersendiri bagi menawan kerusi di Parlimen Sabak Bernam.

 
“Saya yakin ini adalah masa tepat bagi kami merampas kerusi di Parlimen ini memandangkan sokongan rakyat juga dilihat semakin kuat terhadap PKR,” katanya.

Abdul Aziz berkata, menerusi ceramah-ceramah yang dijalankan di sekitar daerah ini, jelas menunjukkan rakyat semakin matang dalam memilih pemimpin bersih serta mahukan pucuk pimpinan amanah.

Beliau berkata, ia dapat dibuktikan dengan sesi ceramah yang diadakan di Bagan Terap di mana rakyat sudah bijak dalam menilai sesebuah parti politik dengan turut sama turun padang memberi sokongan ketika program dijalankan.

“Bagan Terap merupakan kawasan hitam satu masa dulu memandangkan PKR pernah kalah teruk pada 2008, namun menerusi beberapa ceramah yang dijalankan kini, jelas menunjukkan penglibatan daripada ramai penduduk yang turut turun bagi memberi sokongan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan faktor itu, Umno semakin takut menghadapi PRU13 memandangkan sokongan dilihat semakin tipis.

Katanya, kajian dijalankannya sejak 2004 jelas menunjukkan kadar peningkatan sokongan rakyat terhadap parti itu semakin meningkat memandangkan pucuk pimpinan yang dianggap telus dalam membantu mendapatkan hak rakyat.

“Saya yakin PKR akan menang berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan pertambahan sokongan bagi parti ini,” katanya.

 
Menurutnya, pada PRU13 nanti PKR mungkin akan kalah dalam beberapa kerusi namun peratusan undian penduduk dijangka akan meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap peti undi.

Katanya, pada PRU lalu, kebanyakan disuarakan PKR dilihat retorik namun kini parti berkenaan dapat membuktikan ia menjadi realiti di samping membuka mata rakyat.
“Ini merupakan salah satu kekuatan kita dalam memastikan kerusi Parlimen berkenaan dapat dirampas,” katanya.

Dalam pada itu Abdul Aziz berkata, sebelum ini, beliau turut menerima pelawaan daripada Pas dan DAP yang memintanya untuk bertanding di beberapa kawasan lain.

Katanya, bagaimanapun pelawaan tersebut ditolaknya kerana mahu memberi perkhidmatan terbaik di kampung halamannya.

 
“Saya berasal dari sini dan saya mahukan perubahan terhadap pucuk pimpinan di samping memberi perkhidmatan adil kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berharap rakyat dapat memberi peluang kepada PKR membuktikan kemampuan mereka dalam menguruskan daerah tersebut.

Sementara itu, Badrolamin enggan memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut.

Read more ...