Saturday, January 14, 2012

TENGOK GAMBAR INI!!! UMNO Kedah pasti kecut perut



Ribuan rakyat di seluruh Kedah dan kawasan sekitar membanjir Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Alor Setar, malam semalam.

Kereta hadirin berbaris sepanjang dua kilometer akibat kesesakan dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke tapak ceramah yang penuh sesak sehingga ada yang terpaksa duduk di luar stadium.

Ketayap putih yang dipakai sebahagian besar hadirin mejadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan putih yang cukup memukau jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.


Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

"Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.


Sebelum itu, orang ramai terpukau dengan kehadiran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang datang dengan bertongkat, walaupun jelas kelihatan masih uzur.

"Macam duduk di Padang Arafah," kata Nik Aziz ketika hendak memulaklan ucapannya, berhubung jumlah yang sebegitu ramai yang hadir.

Sambil mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini, beliau meminta rakyat untuk menerima kumpulan-kumpulan etnik dan agama yang berbeza di sekeliling mereka.

Nik Aziz kemudiannya berkongsi pengalamannya bagaimana masyarakat majmuk hidup aman damai di Kelantan.

"Orang-orang Cina telah pun derma kepada masjid. Bila mereka terima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka akan derma sebahagiannya kepada kami,” katnya.

Turut mendapat perhatian hadirin adalah ucapan Pengerusi DAP Karpal Singh yang berucap dari kerusi rodanya mengenai perbicaraan Anwar.

"Kami akan terus lawan, sama ada Peguam Negara buat rayuan ataupun tidak," katanya.

Beliau turut menyentuh secara ringkas kemelut hukum Hudud di antara ketiga-tiga sekutu Pakatan dan berkata mereka mesti menyelesaikan isu itu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Isu ini kami masih lagi dikaji. Kita mesti bincang dan cuba cari jalan penyelesaian," katanya kepada pemimpin-pemimpin PAS yang juga hadir dan duduk di pentas utama. Antara mereka, termasuk PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Abdul Hadi ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali serta Dr Tan Seng Giaw yang juga ahli parlimen Kepong.

Ceramah malam semalam adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di Alor Setar.Kedah La

Read more ...

JANJI NAJIB DI PARIT BUNTAR !!! Hospital baru dan Projek Tebatan Banjir , berapa kali dah berjanji da...??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHFzFOG2WQK4pz2kzUGXlaezOeUdEgLE-voM6FCeTDujLOuyriT9MpHmzRwWxFWDTFfc26qB7qXYW_lUGzjJ6FbhEPADxZphB_5YdEsOfONcBTuzyRaUJyOeeU27k2GhnSA7dhTqmxHqMt/s1600/DSC_0105.jpgUtusan melaporkan:
PARIT BUNTAR 14 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat lawatan dua hari ke Perak mengumumkan beberapa peruntukan yang kesemuanya berjumlah RM555.03 juta demi faedah rakyat berbilang kaum di negeri ini termasuk untuk pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) daerah Kerian.

Sebanyak RM540 juta diluluskan bagi projek tebatan banjir yang memberi kelegaan kepada kira-kira 100,000 penduduk sekitar Utara Perak khususnya di daerah Kerian yang sering dihantui masalah banjir.


Perdana Menteri berkata, daripada jumlah tersebut, RM490 juta disalurkan khusus untuk projek tebatan banjir di Sungai Kerian dan Sungai Kurau manakala RM50 juta lagi bagi membina ban batu di hadapan laut sekali gus mencegah air masin mengalir ke kawasan sawah padi. -
Utusan.
Punya la lama orang Daerah Kerian tunggu berita baik ni, semenjak sebelum pilihanraya tahun 1999 lagi bila Parit Buntar kena banjir teruk yang jadi antara isu besar di Parit Buntar yang memenangkan Dr. Hasan Ali sebagai calon PAS untuk parlimen Parit Buntar..

Cerita kata diluluskan projek pun punya lama kena tunggu, lepas ni taktau berapa lama pulak kena tunggu baru projek ni nak mula. Malah jadi ka tak jadi pun belum tentu lagi, walaupun Zambry 'ee' Kadir bagitau kononnya tender fasa pertama dah keluar. Berapa banyak projek dah naik papan tanda pun tapi sampai tumbang papan tanda projek tak mula jugak.


Patutnya Najib atau Zambry cerita la sama projek mega tu ada berapa fasa dan bila dijangka siap sepenuhnya, baru la sedap sikit nak percaya pun. Tapinya, tak pasai la depa nak berani sebut, kalau sebut dah tentu la 'berita baik' tu terus bertukar jadi 'berita kurang baik'.


Utusan jugak melaporkan:

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk membina sebuah hospital pakar mempunyai lebih 300 buah katil di daerah tersebut yang bakal dibina di tapak Hospital Parit Buntar di sini.

Sementara itu, pada Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia dekat Masjid Tinggi di Kampung Parit Haji Taib, Bagan Serai dekat sini petang ini, Najib meluluskan peruntukan lebih RM7 juta bagi menunaikan segala janji yang dibuat oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) di kawasan itu pada 2008.


Peruntukan tersebut melibatkan RM4.5 juta bagi pembinaan dewan orang ramai, kompleks sukan mini (RM2.5 juta), maahad tahfiz (RM250,000) dan RM80,000 untuk penambahbaikan Galeri Banjar di situ. - Ibid.
Sama juga macam cerita hospital baru di Parit Buntar ni, pilihanraya sebelum-sebelum ni pun dah berjanji kata nak buat, tapi dah nak pilihanraya lagi tapi tetap tak naik-naik jugak hospital.

Takat sembang besar macam tu sapa pun boleh.


Bab berjanji sapa pun boleh tapi bab nak tunai sepuluh satu pun payah. Yang biasa jadinya tiap-tiap kali nak pilihanraya janji yang sama diulang, tapi yang herannya masih ramai jugak yang percaya.


Lagi satu yang menariknya, inilah antara keajaiban Malaysia, bila dah dekat nak pilihanraya tiba-tiba Malaysia jadi negara kaya, duit belambak-lambak, janji nak buat macam-macam projek mega. Di kawasan Kerian saja Najib janji projek pembangunan lebih setengah billion. Padahal realitinya kerajaan bukannya ada duit, hutang negara dah lebih separuh nilai KDNK.

Cenangau Daunkari



Read more ...

PERANCANGAN UMNO!!! UMNO menang PRU 13 , Anwar akan didapati bersalah?

Sudah diduga sejak awal lagi, apabila mahkamah membuat keputusan untuk membebaskan DSAI dari tuduhan liwat, berbagai tafsiran bermain dalam fikiran kita. Pembebasan adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tidak mungkin tetapi ke penjara adalah suatu yang sudah pasti dan dijangka.
Jika UMNO sudah merancang dari awal untuk membebaskan DSAI, sudah tentu mahkamah sudah membuang kes ini sejak dari mula perbicaraan lagi, tetapi oleh kerana UMNO yakin bahawa rakyat akan dapat ditipu dan diyakinkan dengan saksi-saksi dan bukti-bukti palsu mereka maka ianya tetap diteruskan. Tetapi dipertengahan jalan, UMNO sudah mula ternganga dan panik apabila semua hujah pendakwaraya, bukti dan saksi mereka berjaya dipertikai dan dipatahkan oleh peguambela DSAI.

Untuk mengelakan rasa malu, maka ianya diteruskan juga tetapi mereka mengubah skrip kerana perbicaraan yang mengambil masa terlalu lama sehingga hampir kepada PRU13, maka hakim yang mulanya diberikan skrip supaya memenjarakan DSAI diarahkan pula supaya mencari alasan yang meragukan untuk membebaskan DSAI kerana PRU13 sudah hampir. Dan dengan itu mereka cuba memperdaya dan menipu rakyat sekali lagi kononya mahkamah telah membuat keputusan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh UMNO.


Sedangkan mereka lupa bahawa semua rakyat dan dunia sudah tahu yang kes fitnah liwat ini adalah direkacipta oleh puak-puak UMNO termasuk kes video sek itu. Tiba-tiba mereka buat muka selamba seolah-olah setuju juga dan terima dengan hati terbuka keputusan mahkamah ini, kononya. Sebenarnya mereka sudah tersepit kerana PRU13 sudah hampir. Jadi terpaksalah berlakun lagi. Golongan munafiq memang tidak punya sifat malu, muka mereka memang tebal.


Namun begitu, ramai yang ragu di atas pembebasan itu dan menunggu tindakan seterusnya dari pihak pendakwaraya samada akan mengemukakan rayuan atau sebaliknya sebelum rakyat membuat kesimpulan muktamad. Kini, segala keraguan sejak pembebasan hari itu menunjukan kebenaran bahawa pembebasan DSAI hanya satu lakunan dan muslihat UMNO dengan memperalatkan badan kehakiman itu. Kini rayuan telah pun difailkan di Mahkamah Rayuan atas arahan UMNO, mengapa?


1. UMNO merancangkan supaya Mahkamah Rayuan menolak rayuan tersebut sebelum PRU13 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, dengan itu UMNO akan bertempik sekali lagi menipu rakyat bahawa UMNO tidak mempengaruhi mahkamah dalam kes ini.


Rakyat yang bodoh dan tolol akan percaya dan terus mengundi UMNO, setelah menang PRU13, UMNO akan mengarahkan pendakwaraya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan pula, dan keputusanya yang di skripkan oleh UMNO ialah, Mahkamah Persekutuan membatal kan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Rayuan dan DSAI akan dipenjarakan. Rakyat ternganga kerana berjaya ditipu oleh UMNO atau:


2. Mahkamah Rayuan akan diarahkan oleh UMNO supaya melambat-lambatkan untuk membuat keputusan sehingga diadakan PRU13 dulu, setelah UMNO menang, maka Mahkamah Rayuan diarahkan oleh UMNO supaya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan DSAI di penjarakan. Berjaya lagi UMNO memperbodohkan Melayu UMNO.


Mereka tidak akan penjarakan DSAI sebelum PRU13 kerana tahu akan akibatnya.

Oleh itu UMNO akan pastikan mereka menang dalam PRU13 dulu dan selepas itu barulah tindakan melalui mahkamah diambil untuk sumbatkan DSAI ke penjara. Ketika itu rakyat tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kena tipu dan kena perdaya lagi orang Melayu oleh UMNO.

Tetapi sekiranya dalam PRU13 Putrajaya berjaya dirampas dari UMNO/BN, kedua-dua kes liwat 1 & 11 serta kes video sek DSAI akan dibuka semula tetapi di Mahkamah Syariah mengikut hukum Qazaf. Maka disini nanti kita akan melihat dan mendengar sendiri pengakuan Azizan Abu Bakar dan Saiful serta Datuk "Trio" samada berterus terang atau menghadapi hukuman sebat seperti yang digarispandukan oleh Islam.


Bukan itu saja banyak kes-kes besar yang melibatkan pemimpin UMNO Pusat dan Negeri juga akan dibuka fail semula di mahkamah untuk dibicarakan. Kes Altantuya, kematian di pejabat SPRM, PKFZ, Perwaja, kematian Norita Samsudin, kehilangan enjin kapalterbang, Al Maunah, Memali, pembelian kapal selam dan jet pejuang dan banyak lagi termasuk juga kehilangan wang Tabung Haji, wang zakat, baitulmal dan wakaf. Ketika itu barulah kita melihat bagaimana puak-puak UMNO yang selama ini menyokong dan percaya pada pemimpin mereka akan memaki hamun pula kerana baru sedar selama ini mereka ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan oleh UMNO. Selain dari, mereka juga akan didedahkan dengan kekayaan dan harta milik pemimpin mereka selama ini yang tidak pernah rehat dari menyamun dan merompak harta rakyat dan negara. Nasi sudah menjadi bubur. Jika mereka ingin bubur menjadi nasi semula, pastikan UMNO/BN tersungkur pada PRU13 nanti. Jangan undi mereka lagi, cukup dan cukuplah tu.


Walaubagaimana pun ini boleh dianggap sebagai andaian penulis tetapi kita tunggu dan lihat permainan seterusnya oleh UMNO ini. Kita kena ingat, penasihat UMNO kini ialah APCO, iaitu golongan Yahudi yang dilaknat oleh Allah dan Rasul yang amat memusuhi umat Islam itu . Jadi, oleh kerana UMNO sudah percaya dan menjadi sekutu mereka, maka APCO akan menggunakan tipuhelahnya untuk memporakporandakan negara ini dengan menggunakan UMNO, apatah lagi hanya UMNO sahaja yang boleh diharapkan oleh Yahudi untuk mengikut telunjuk mereka. Mereka jugalah antara penasihat UMNO dalam menghadapi Pakatan rakyat, kebangkitan Islam dan juga DSAI selain dari penasihat setia UMNO iaitu seorang mentor tua yang sudah nyanyuk yang tunggu masa untuk mampus itu iaitu si Mahathir .


Ingatlah, jangan sekali-kali kita percaya kepada kenyataan pemimpin dan puak UMNO bahawa mereka tidak pernah mempengaruhi keputusan mahkamah, hakim adalah bebas dalam membuat keputusan. Hanya orang gila dan buta hati saja yang akan percaya. Lihat sahaja kes Linggam dan kes rampasan kuasa di Perak, bagaimana Hakim dipaksa oleh UMNO supaya mengikut skrip mereka. Bebasnya mahkamah hanyalah kepada kes-kes mat rempit, seorang ayah mencuri setin susu untuk anaknya yang kelaparan kerana ketiadaan wang, kes rompakan bank, mencuri kabel dan sebagainya tetapi tidak sesekali dalam kes yang melibatkan kepentingan pemimpin tertinggi UMNO dan kes yang boleh menggugat kekuasaan UMNO terutamanya kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang. Jika kes-kes pembangkang itu dikira tidak menjejaskan kepentingan UMNO dan pemimpinya maka ianya UMNO akan membiarkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan sendiri tanpa campurtangan dari mereka.


Inilah hakikat, kenyataan dan fakta yang telah dan sedang berlaku dalam negara kita dan akan terus berlaku selagi UMNO dibiarkan terus berkuasa. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat yang tidak mampu untuk melawan dan bersuara. Rakyat dikunci mulut dan diikat tangan kakinya dengan undang-undang yang diluluskan oleh penguasa supaya rakyat hanya boleh angguk, patuh dan ikut sahaja.

Itulah sebenarnya wajah UMNO dulu, kini dan selamanya. UMNO adalah peguambela, pendakwaraya dan UMNO jugalah hakim yang menentukan segalanya. Mereka jadikah rakyat umpama haiwan belaan yang hanya ikut arahan dan diberikan makan apabila lapar.

Apa yang berlaku dan dilakukan oleh UMNO, biarkan dan jangan peduli. Ambil RM300, ambil RM500, ambil kain pelikat, kain batik, surah yasin dan duduk diam. Maka sebab itulah bangsa Melayu tidak pernah berubah sejak dulu hingga sekarang kerana diperbodohkan oleh pemimpin mereka yang mereka sendiri pilih. Biarlah merempat, biarlah anak tak ke sekolah dan biarlah makan pucuk ubi hari-hari, asalkan jangan lawan pemimpin mereka yang hidup dalam kemungkaran, kezaliman dan penipuan itu. Biarkan, biarkan, kami redha, biarlah pemimpin kami nak makan rasuah ke, nak rompak wang negara ke, nak rampas tanah orang Melayu ke, nak hina syariat Allah ke, nak fitnah orang ke, nak bunuh orang ke, nak gadai negara ni ke, biarkan, biarkan. Itulah dia jawapan dan yang ada dalam fikiran Melayu yang sokong UMNO.


Inilah jenis Melayu bodoh, tolol, tak ada nilai, tidak ada guna untuk agama dan negara. Itulah Melayu celaka lagi hina dibawah telunjuk dan menjadi lembu peliharaan UMNO.


Walauapa pun terjadi, pastikan PRU13 UMNO mesti ditumbangkan. Jika tidak bukan sahaja DSAI dan keluarganya tidak selamat dan tidak aman, malahan majoriti rakyat (kecuali puak UMNO) dan harta negara juga tidak akan selamat. Jika arak itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan dan kemungkaran.

Siasahkini

Read more ...

RESAM UMNO!!! Bila dah lemah baru cari PAS, masa kuat pandang pun tak mahu

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/01/NIK-AZIZ.jpgALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ada wakil daripada Umno pernah berjumpa dengannya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu bagi mengadakan perundingan menyertai Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008, lima kerajaan negeri dikuasai oleh pembangkang yang kemudiannya menubuhkan perikatan Pakatan Rakyat secara formal.


Malah, ekoran keputusan itu wujud usaha untuk mewujudkan kerjasama politik antara Pas dan Umno, dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.


Mereka ini datang tanpa malu, dan mengaku wakil pemimpin tertentu, ada juga mendakwa mereka tidak mewakili mana-mana individu," kata beliau pada sesi penggulungan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.


Beliau yang secara konsisten menentang usaha ke arah kerajaan perpaduan menegaskan: "Saya tidak akan membiarkan Pas dikhianati."


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas komited bersama dengan DAP dan PKR sehingga PR mendapat mandat menjadi kerajaan.


Katanya, beliau tidak mahu perkara yang sama berlaku pada tahun 1977 apabila dikhianati lalu bertindak keluar daripada kerajaan campuran Umno dan BN ketika itu.


"Ketika mereka mengajak semula sertai Umno, saya berkata cis. Saya tahu anda semua siapa. Tak perlu untuk menyatakannya.


"Saya yakin penggabungan yang ditawarkan itu pasti mereka mahukan 'pulangan', jika tidak kenapa ia berlaku," katanya. Nik Abdul Aziz berkata, dalam politik pelbagai ragam akan berlaku.


Oleh itu, katanya, terpulang kepada indivdu terbabit untuk menyuarakannya.


Tambah beliau, jangan mudah terpengaruh dengan apa jua tawaran kerana "kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal berlaku."

Read more ...

DEBAT!!! Anwar boleh cabar, Najib pasti kecut

ALOR SETAR, 14: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berdebat secara terbuka dengannya tentang dasar negara.

Perdebatan tersebut boleh diadakan pada bila-bila masa jika dipersetujui oleh Najib bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai dasar negara ini.

Menurut Anwar, negara ini kini ternyata sedang berhadapan dengan sistem nilai dengan satunya dibawa oleh BN dan satu llagi yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sistem nilai yang dibawa oleh BN ternyata terarah kepada penindasan terhadap rakyat, manakala Pakatan Rakyat pula untuk membawa negara ini keluar dari dasar-dasar seperti itu.

"Disebabkan pertembungan sistem nilai itu, bidang kehakiman di negara ini tetap tidak bebas dari campur tangan pihak pemerintah," katanya ketika berucap pada sesi Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini.

Walaupun beliau telah dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan liwat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu, ia tidak boleh dijadikan lambang kebebasan bidang kehakiman di negara ini.

"Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan saya itu hanyalah satu keputusan kecil. Ia bukan lambang bagi seluruh sistem kehakiman di negara ini," tegasnya.

Begitu juga, tambah beliau, dengan cengkaman dan penindasan Umno BN terhadap rakyat dalam aspek-aspek lain selama ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Umum PKR mendesak Najib membuktikan kebenaran di atas kenyataannya bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi terbuka dengan memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa Najib memberikan kebebasan kepada media agar tidak menjadikan media di negara ini tidak seperti media di Mesir ketika berada di bawah pemerintahan Mubarak.

"Najib juga mesti memastikan institusi pemerintahan di negara ini termasuk bahagian pencegahan rasuah, polis, jentera kerajaan berwibawa dan profesional," tegasnya.

Read more ...

PAS, PKR, DAP KUDA PERJUANGAN!!!! UMNO, MCA, MIC pula mana satu yang jadi KUDA KAYU?

ALOR SETAR, 14 Jan: PAS, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketiga-tiga parti itu adalah 'kuda-kuda perjuangan' untuk merubah landskap politik tanah air.

Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.

"Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah," katanya ketika berucap pada sesi Penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini.

Berucap pada sesi yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah itu, beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, DAP dan PKR ternyata amat mencemaskan Umno sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat dakwaan seperti itu.

Bagaiamanapun, katanya, rakyat tahu realiti yang sebenarnya dan tidak lagi boleh diperbodohkan oleh Umno BN, sebaliknya ingin bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU Ke-13 nanti.

"Sejak berada di bawah pemerintahan BN, rakyat juga sudah tahu betapa tidak bertanggungjawabnya Umno BN dalam pelbagai perkara termasuk Bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa rasmi negara yang dikerdilkan," katanya.

Mereka juga, tambahnya, turut memainkan isu perkauman, pada hal kedudukan Malaysia sebagai negara yang didiami pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai budaya boleh mendatangkan kekuatan kepada negara jika ditangani dengan betul.

"Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza yang boleh dimuafakati.

"Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan bertasamud," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Politik, tegas beliau lagi, adalah amanah Allah yang mesti dijaga dengan baik kerana ia adalah perkara yang baik dan bersih.

"Inilah yang dipraktikkan oleh PAS sejak dulu seperti yang dikehendaki oleh Islam, tetapi Umno BN tidak pernah mempedulikan perkara itu sehingga menyebabkan politik menjadi amat kotor di tangan mereka," ujar beliau.

Read more ...

102 PENGIKUT HASAN ALI MASUK UMNO!!! Bila masa baju kuning jadi baju PAS , bila masa pula PAS ada Ketua Zon




Ramainya, penyokong Hasan Ali . Ingatkan 1000 orang rupanya 102 orang je. Tapi sayang Hasan Ali tak nampak muka pun.

Siap habiskan duit buat baju baru PAS warna kuning banyak2 pakai sekejap kemudian buang. Pakai baju BN warna biru. Bila masa pula baju kuning dah jadi baju rasmi PAS. Pandainya berlakon, macam real2 la konon...

Yang paling kelakar, selama ini PAS mana ada jawatan Ketua Zon tapi tiba2 PAS dibawah Hasan Ali ada Ketua Zon. Kelakar...kelakar...nak menipu pun biaq la real sikit......Admin

Berpuluh, beratus, beribu 'ahli PAS masuk UMNO'... Setelah disiasat rupanya ahli-ahli UMNO yang isytihar masuk UMNO. Depa cuma perlu cari sorang ketua yang mungkin betul2 dianggap PAS (penyokong yang bermasalah atau longgar) berikan upah yang lumayan, bagi skrip suruh baca... muka boleh masuk tv dan akhbar.

Itulah taktik propaganda murahan yang digunakan sejak 50 tahun, dengan UMNO beranggan bahawa orang Melayu semuanya bodoh2 belaka dan boleh dibohong seduit dua macam tu saja. Tapi depa silap banyak, ni zaman maklumat cuma di hujung jari, sepantas kilat pembohongan iu akan didedahkan ke seantero dunia.


Cerita 'UMNO masuk UMNO' ini hanya popular setiap kali menjelang PRU. Dunia berubah, mentaliti manusia pun berubah tapi strategi lapok UMNO tak pernah berubah... siaaannnnn.
Kedah La

MULA-MULA PAKAI BAJU KUNING ADA LAMBANG PA... BAJU BARU BEB...


LEPAS TU BUANG BAJU KUNING PAKAI BAJU BIRU UMNO/BN


BUANG HABIS BAJU KUNING YANG DIPAKAI, BUAT BANYAK2 TAPI YANG PAKAI TAK NAMPAK RAMAI PUN....PAKAI DALAM HATI KOT....



HINA LAGI BUANG BERSEPAH BAJU KUNING LAMBANG PAS YANG MASIH BARU DIBUAT....LEPAS BUANG TU SAHIH ADA YANG AMBIL BALIK .... BARU BEB....

Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA

Read more ...

KONVENSYEN PR!!! Mari lihat gambar semasa program dan gambar sebelum program yang menjadi bahan fitnah media UMNO


Beginilah para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir pada hari ini. Dan inilah keadaan dan suasana sebenar di ruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di Alor Setar, Kedah.

Tetapi yang Addin geram.. media pencacai dan penjilat UMNO telah 'spin' cerita dan gambar keadaan sebenar konvensyen Pakatan Rakyat ini. Jikalau nak menipu merangkap membodek tuan tanah UMNO.. agak-agaklah. Rakyat bukannya bodoh macam UMNO dan media pencacainya..

Cerita fitnah media pencacai

Gambar sebelum konvensyen PR bermula

Dari pemerhatian Addin, integriti blogger Pakatan Rakyat lebih tinggi daripada media pencacai UMNO BN. Bawak cerita fitnah dan lucah je yang tau.. Media pencacai patut pun jadi bahan makian rakyat jelata.ADDIN

Read more ...

CERAMAH KONVENSYEN PR!!! Blogger UMNO bohong kata 500 je hadir, mai la tengok berapa ramai yang hadir




Sinar Harian melaporkan Pakatan Rakyat (PR) menyasarkan kira-kira 70,000 orang hadir pada program Rapat Rakyat sempenan Konvensyen PR di sini malam ini.


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran ini berdasarkan kepada tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dekat.

Malangnya gambar yang disiarkan (bawah) kelihatan seperti ceramah DSAi di Jeniang, Kedah suatu masa yang lalu jadi kehadiran dalam ceramah tersebut memanglah bukan seperti apa yang dilaporkan itu.


Dan ini telah mengundang kritikan pencacai UMNO yang meninggalkan komen seperti berikut “Haha.. nampak sgt kamera trick..kawasan dewan kecik memang la nampak penuh..cuba kira matematik.. row =20.. column = rasa dalam 23 orang...darapkan.. x sampai 500 orang yg sampai..aduh.. kalo BN buat program...kawasan besar..haha lawak tul =).

Gambar yang aku siarkan diatas adalah sekeping gambar dari tapak ceramah sebenar, kehadiran dilaporkan mencecah 100,000 orang atau korang silalah kira sendiri dari gambar diatas dan juga di bawah ni..ASD



Read more ...

ELAK UMNO JADI MAHARAJA FITNAH!!!DAP tidak letak calon Melayu PRU 13

DAP dikira mengambil langkah pintar menangguhkan cadangan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya yang akan datang.

DAP dalam sejarahnya pernah meletakkan calon Melayu di masa lalu, dua dari mereka pernah menang di DUN Perak iaitu Fadzlan Yahya dan seorang lagi tahun 1974 telah mengalahkan peguam Cina terkemuka di Ipoh iaitu Kong Kok Yat.

Bagi mengelakkan parti itu tidak dilihat sebagai yang disokong oleh Cina saja, maka wajar ada pimpinannya dari orang Melayu setelah ia ada pimpinan dari masyarakat India.

Maka ia pernah bercadang untuk meletakkan beberapa orang Melayu di negeri-negeri yang pengaruhnya sudah ketara seperti Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Harapan bagi calon Melayu itu menang tidak mustahil, bahkan cerah.

Tetapi pada ketika UMNO dan penyokong berkaratnya terlalu benci dan takut pada DAP, maka ia dikira bijak dan pintar jika menangguhkan dulu cadangan meletakkan calon Melayu.

Mungkin pengalaman semasa Lee Kuan Yew menjadi rakyat Malaysia dulu boleh dipelajari. Lee Kuan Yew terlalu cepat menyatakan politiknya untuk menggantikan Perdana Menteri Melayu 20 tahun selepas pembentukan Malaysia.

Kerana kata-katanya untuk memberi peluang kepada orang Melayu terus menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun, telah mencabar ruh perkauman yang tebal ketika menyingkirkan Singapura dari Malaysia.

Maka tidak perlu gopoh bagi DAP untuk menunjukkan partinya benar-benar Malaysian Malaysia pada masa ini, biarkan Najib saja berhempas pulas menjadikan 1Malaysia sebagai Malaysian Malaysia. Malaysian Malaysia itu suatu yang pasti terjelma tanpa digembar gemburkan oleh sesiapa.

Langkah paling bijak bagi DAP sekarang ialah menumpukan perhatian di kawasan yang padat pengundi bukan Melayu dan atas bantuan PAS dan PKR ia boleh menarik orang Melayu di kawasan seperti itu.

Di kawasan-kawasan yang padat Cina, dalam apa keadaan UMNO tidak akan bertanding. Ia akan hilang wang pertaruhan di situ. Harapan BN di situ kepada MCA, Gerakan dan MIC. PAS dan PKR akan memastikan pengundi di situ tidak memberi undinya kepada MCA dan Gerakan.

Jika DAP meletakkan calon Melayu di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain, maka dijadikan propaganda oleh UMNO bahawa DAP menyedia Menteri Besarnya di situ dan Menteri Besar Melayu DAP itu tetap mereka momokkan sebagai kuda lumba DAP.

Yang penting pada DAP buat masa ini ialah kekal berkuasa di Pulau Pinang, dan menyertai pemerintahan di mana-mana Pakatan Rakyat berkuasa.

DAP telah meletakkan formula yang sangat bijak di Perak tahun 2008. Ia menjadi pembangkang yang paling banyak kerusi. Ia tidak minta jawatan Menteri Menteri Besar bila ia bersetuju membentuk kerajaan campuran dengan PAS dan PKR. Ia memberikan jawatan itu kepada PAS.

Ia dipercayai mampu mempertahankan kerusinya di Selangor. Sekiranya dalam pilihan raya nanti ia dapat lebih kerusi berbanding PKR dan PAS, ia tidak menuntut kerusi Menteri Besar, bahkan ia diserahkan kepada komponen Pakatan yang lain, maka ia akan dilihat oleh umum sebagai pihak yang memburu kekuasaan, tetapi lebih kepada menyertai pemerintahan.

UMNO tidak ada modal untuk mengatakan DAP mahu menjadi Perdana Menteri kitanya BN kalah dalam pilihan raya nanti kerana UMNO sudah pun mewar-warkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Sekali pun Anwar akan dipenjara, tetapi mereka tahu kiranya BN kalah, Pakatan akan mengeluarkan Anwar dari penjara bagi mengepalai pemerintahan.

Tetapi yang UMNO ugut orang Melayu sekarang ialah DAP hendak jadi Menteri Besar Selangor dan lain-lain negeri yang DAP berpengaruh. Dengan DAP tidak meletakkan calon Melayu, maka mati hujah UMNO tentang DAP menyediakan Menteri Besarnya.

Akan tinggal satu modal saja bagi UMNO ialah PAS dan PKR jadi kuda tunggang DAP. Itulah yang dijajanya selama ini.

Apa pun Pakatan Rakyat tetap mengira peranan DAP cukup penting dalam usaha mengubah lanskap politik negara. Tindakannya tidak meletak calon Melayu buat masa ini adalah suatu yang positif.

Karat E-jau

Read more ...

KONVENSYEN PR!!! Pakatan cabar BN isytihar harta secara terbuka

ALOR SETAR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN)khususnya anggota Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta peribadi mereka seperti dilakukan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang, kelmarin.

Menurutnya, pengisytiharan harta itu membuktikan PR berani dan selaras dengan janji mereka yang mahu membuktikannya kepada rakyat.


"Kita tidak takut istihar harta sebab kita bersih, pemimpin BN berani atau tidak seperti kita?


"Jika pemimpin BN isytiharkan harta pasti lebih firaun dari firaun, itu perbezaannya," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di sini malam tadi.


Perisytiharan harta, yang dibuat kelmarin, membabitkan tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011, dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.


Selain itu, Guan Eng turut berjanji tiga perkara iaitu menghapuskan tol Lebuh Raya Utara-Selatan, pemberian RM1,000 setahun kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas dan menurunkan kos sara hidup seluruh negara.

Katanya, janji ini boleh dicapai kerana menurutunya PR berjaya membuktikan pentadbiran yang bersih, sebagaimana dapat disaksikan di Pulau Pinang.


"Kos pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan adalah sebanyak RM6 bilion tetapi sekarang syarikat yang menyelianya sudah mengutip RM24.3 bilion, apa lagi yang mereka mahu kutip?


"Oleh itu, saya berjanji tol lebuh raya ini akan dihapuskan sejurus kita menawan Putrajaya," katanya.


Ceramah ini turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik serta dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Read more ...