Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN) sebentar tadi mendakwa keluarga bekas perdana menteri
kelima, Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam pembekalan meter melalui
program penggantian meter analog kepada elektronik Tenaga Nasional
Berhad (TNB).
Pengerusi
Biro Pelaburan KEADILAN, Wong Chen berkata, syarikat Obata-Ambak
Holdings Sdn Bhd yang dimiliki Noor Asiah Mahmood (gambar atas), adik
kepada isteri pertama Abdullah, Allahyarham Endon Mahmood, memiliki 15
peratus pegangan saham dalam Malaysian Intelligence Meters Sdn Bhd,
salah sebuah daripada lima syarikat yang membekalkan meter elektronik
tersebut kepada TNB.
Beliau
turut berkata, program yang dihentikan sementara waktu atas arahan
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, dan Air (KeeTha) Peter Chin Fah Kui
pada Oktober lalu menunjukkan pengguna akan membayar sebanyak RM6.88
bilion kepada keuntungan TNB dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Read more ...