Sunday, November 6, 2011

GEMPAR!!! Mari Baca apa anak angkat Tun Mahathir kata kepada Najib dan Ro$mah

Fuyooo..anak angkat Tun M kata Najib Rosmah murtad..ini bukan blogger pro Pakatan rakyat atau indipendent bro..

Pentempuran antara Mahathir dengan Najib Rosmah semakin memuncak, kalau sebelum ini Mahathir menggunakan blog-blog pronya seperti Kmu, anak-anaknya juga turut membantunya menghentam Najib,,,

Tetapi ini aku kira sudah kira berat,, najib & The gang tengah dok buat haji, boleh ditohmah sedemikian rupa,,, hebat puak-puak UMNO sesama mereka pun dah ghuyubbb, maka tak hairanran kalau dengan pembangkang…PKB
Apa pun ini semua datang dari Allah, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu, tak perlu Umat Melayu dari Parti pembangkang yang hentam Najib, tetapi Allah hantar sesama mereka melaksanakannya… Wallahhuaklam….
Tahniah.. nampaknya semangat keberanian Afghanistan tertanam dalam anak angkat Mahathir ini…
.
Nukilan Bro…manjongmari.blogspot

Read more ...

BANYAKNYA DUIT NAJIB!!! Buat korban sahaja habis RM 1.2 juta

SEMPENA Hari Raya Aidil Adha tahun ini, Utusan melaporkan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor mendermakan 402 ekor lembu untuk tujuan korban di kawasan parlimen Pekan [Utusan].


Ini bermakna, Najib dan isteri yang pemurah lagi dermawan telah membelanjakan duit sebanyak RM1.2 juta untuk mendermakan 402 ekor lembu dengan mengambil kira harga purata terkini harga lembu-lembu korban RM3,000 seekor.

Tahniah di atas kemurahan hati beliau. Ini kerana, RM1.2 juta bukanlah satu jumlah yang kecil, dengan gaji yang diterima oleh Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, sebanyak RM22,826.65 sebulan, beliau memerlukan lebih empat tahun (52 bulan) untuk mengumpul RM1.2 Juta tanpa mengusik sedikit pun gaji yang diterima.

Sungguh pun isterinya boros, dan gemar membeli beg tangan mewah, namun suaminya sangat pemurah. Lihatlah dunia, betapa pemurahnya Najib, empat tahun duit gajinya dihabiskan untuk membeli lembu dan didermakan kepada orang ramai.

ReJaM© "Persoalannya, Rosmah beli beg tangan mewah pakai duit siapa?"


Read more ...

GEMPAR LEMBAGA HITAM DI BENTONG !!! Adnan Yaakob kena buat sesuatu

Gambar hiasan

Saya petik:

[kosmo] BENTONG – Lebih 10,000 penduduk di 20 kampung dan taman perumahan di kawasan Ketari di sini mendakwa hidup mereka kini diganggu satu lembaga hitam seakan-akan orang minyak.


Lembaga itu dikatakan mengganggu gadis bawah umur sejak dua minggu lalu selain membuat kacau di kampung itu.


Imejnya menyerupai lelaki bertubuh kecil yang dipercayai mengamalkan ajaran ilmu hitam itu turut didakwa memecah masuk beberapa lagi rumah sekitar Ketari.


Ekoran kejadian itu, para penduduk taman perumahan dan kampung menggerakkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi mengawasi dan memburu suspek.


Salah seorang anggota SRS dari Kampung Bukit Piatu, Muhamad Zulfadzli Zulkifli, 22, mendakwa dia bersama rakan pernah terserempak dengan lembaga hitam itu beberapa hari lalu ketika melakukan rondaan.


“Kami ternampak satu lembaga hitam berada di atas bumbung salah sebuah rumah dan kami mengejar sehingga ke tepi sungai tetapi gagal apabila dia berjaya menyeberangi sungai tersebut.


“Kemudian, lembaga itu mempersendakan kami sebelum menghilang diri dalam semak apabila menyedari beberapa rakan kami cuba menyeberangi sungai untuk menangkapnya,” ceritanya di sini semalam.


Read more ...

KATA DUA !!! Najib buat pilihanraya awal, rakyat berhimpun untuk Bersih 3.0

Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan protes jalanan besar-besaran kedua jika pembaharuan pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13, langkah yang dijangka boleh mengganggu usaha pentadbirannya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengersusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu The Malaysia Insider, partinya akan memberi sokongan kepada satu lagi protes jika perlu.

“Saya percaya rakyat menunggu bukti janji-janji pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam kenyataan menerusi SMS.

Tegas Nurul Izzah, oleh kerana isu-isu pembaharuan pilihan raya berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, perlu ada gelombang ketiga.

Najib dan imej pembaharuan beliau berhadapan dengan kritikan banyak pihak termasuk media antarabangsa ekoran tindakan keras pentadbirannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli juga berkata, partinya akan menyokong pendirian PR bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil selepas pembaharuan pilihan raya dilaksanakan.

“Pada pandangan parti-parti, sepatutnya tidak ada pilihan raya sehingga pembaharuan dilaksanakan. - GB

Read more ...

MENTERI BENGONG!!! Pandangan pensyarah bertentangan dengan UMNO itu politik, kalau menyokong UMNO itu neutral

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan Menteri Pengajian Tinggi seolah-olah bertindak bias sambil menegaskan, beliau juga sanggup untuk muncul di pentas Umno jika parti itu bersedia mendengar pandangannya.

Malah tegas Aziz, apa yang diperkatakan beliau selama ini masih “dalam kerangka dan idea” yang sering dibawa timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah, yang mengetengahkan pandangan progresif berkenaan pembaharuan politik tetapi tidak diterima banyak pihak dalam Umno sendiri.


Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.



Khaled berkata, Aziz, yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Tambah Khaled, universiti adalah institusi yang mengutamakan pencapaian akademik dan perlu berada dalam keadaan neutral demi mencapai matlamat menjayakan bidang pendidikan.

Sehubungan itu, Aziz menyoal apa sikap menteri berkenaan dalam kes-kes ada profesor yang menyediakan ucapan dasar presiden Umno.

“Apa sikap menteri ke atas profesor yang secara terbuka menuduh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meliwat? Apa sikap menteri kepada profesor yang menjadi penceramah BTN (Biro Tata Negara) dan Islam Hadhari yang kesemuanya adalah dasar dan politik Umno,” kata Aziz dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Malah Aziz juga berkata, “tidakkah Umno memberi beberapa orang profesor anugerah parti, tidakkah itu bermakna telah mempolitikkan akademik?”

Tambah Aziz, beliau hanya bercakap mengenai dasar-dasar dan politik yang selaras dengan ideal dan tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Kalau ini dituduh berpolitik, saya fikir kita buang saja Perlembagaan ini dan jadikan negara ini negara diktator atau negara satu parti,” kata pakar perlembagaan ini sambil menegaskan, “saya fikir apa yang saya lakukan masih dalam kerangka dan idea yang sering dibawa oleh timbalan Khaled.”

Aziz menambah, Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sudah lama membawa idea seumpama.

Dengan merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan awal minggu lalu dalam kes bekas pelajar berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Aziz berkata, beliau fikir Khaled sedia mengetahui bahawa di sisi undang-undang berpolitik, sebagaimana yang diputuskan oleh mahkamah pada 31 Oktober lalu, dibenarkan dan peruntukan AUKU yang melarang diisytihar tidak sah.

“Kalau mahasiswa boleh berpolitik, takkan pensyarah tidak?” katanya lagi.

Aziz juga berkata, beliau bukan berpolitik secara aktif, sebaliknya hanya memberi pendapat yang kebetulan ada orang mahu dengar dan bersedia untuk muncul di pentas Umno jika sanggup mengaturkan kemudahan sedemikian.

“Saya alu-alukan jika orang Umno mahu dengar,” katanya lagi.

“Walaupun menteri tidak setuju dengan apa yang saya dan mungkin timbalannya Saifuddin, saya rasa apa yang saya kata dibenarkan oleh Perlembagaan dan tidak menyalahi Akta Hasutan,” kata Aziz lagi.

Dalam kenyataannya semalam, Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang menambah, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru kelmarin, tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Aziz pula menjawab, “saya pun tidak tahu itu adalah kawasan Khaled.”

Aziz berucap pada ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat.

Ia bukan kali pertama Aziz menghadiri ceramah dan forum anjuran parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.

Tambah Khaled, antara yang hadir adalah ahli Umno Pasir Gudang sendiri yang mahu mendengar hujah profesor itu yang kini dalam siasatan UIA berikutan kenyataannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja awal Ogos lalu.

Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Siasatan polis dan UIA dilaporkan sudah selesai.

- Malaysian Insider

Read more ...

UMNO YANG BERPURA-PURA!!! Manipulasi Umno Isu Seksualiti Merdeka


SAYA ditanya bertubi-tubi di alam maya oleh pengikut-pengikut Umno kononnya mengenai pendirian KEADILAN dalam isu Seksualiti Merdeka yang dijadikan modal mereka.

Pendirian saya telah saya nyatakan: bahawa saya tidak bersetuju dan tidak bersama dalam hal penganjuran pesta tersebut, kerana ia bertentangan dengan perkara-perkara syarak yang telah jelas.

Persoalan politik (termasuklah political correctness dalam mana-mana perspektif pun) tidak boleh mengatasi soal aqidah dan syarak yang menjejaskan hubungan saya sebagai hamba kepada Allah SWT.

Pendirian yang sama juga telah dibuat oleh ramai pimpinan tertinggi KEADILAN.

Yang agak menjelekkan ialah hipokrasi Umno dan pengikut mereka dalam memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik, sehingga secara tidak langsung menjadi pengiklan utamanya.

Saya sendiri tidak pernah tahu bahawa acara ini telah berlangsung sejak tahun 2008 lagi dan telah menjadi acara tahunan.

Selama ini tidak pula dijadikan isu besar atau menjadi ancaman kepada negara sehingga menghiasi muka-muka depan akhbar milik Umno. Selama 3 tahun juak-juak Umno dan pemuka mereka seolah-olah gagal melindungi orang Melayu seperti yang mereka selalu syok sendiri

Tiba-tiba sahaja juak-juak Umno mendapat hidayah macam baru balik bertapa di gua dan tidak habis-habis menyerang pimpinan Pakatan. Tiba-tiba sahaja mereka sedar bahawa Islam itu ditunjangi oleh amal maaruf nahi munkar.

Alhamdulillah kalau begitu. Dah alang-alang mereka insaf sekarang, saya minta mereka teruskan dengan serang pusat-pusat maksiat dan judi yang mana pimpinan Umno turut bersekongkol. Pastikan tidak ada mana-mana yayasan berkait keluarga Umno yang ada hubungan dengan pusat judi di Genting.

Pastikan juga keluarga khalifah tertinggi mereka jual saham dalam syarikat arak terbesar di Filipina. Pastikan juga semua anak-anak syarikat kerajaan tidak terlibat dalam apa-apa perkara yang melanggar syarak, termasuklah judi, rasuah, penipuan, curi peruntukan rakyat dan lain-lain.

Dah alang-alang begitu, pastikan juga isteri-isteri menteri, menteri sendiri, wakil rakyat, Puteri Umno dan isteri mereka tutup aurat!

Sebab kalau nak jadi tok lebai, biarlah kerana takwa kepada Allah SWT. Biar konsisten. Biar istiqamah. Biar fearless.

Tapi saya rasa tak begitu, kalau ketua mereka pun sering mengunjungi tempat-tempat maksiat me

reka diam sahaja. Keluarga khalifah mereka miliki syarikat arak – tidak berbunyi pun. Sudah 3 tahun acara ini berlangsung, tidak pula mereka sibuk-sibuk.

Sebab itu saya sinikal dengan angin tok lebai juak-juak Umno kebelakangan ini, sebab ia satu hipokrasi dan manipulasi politik.

Isu ini dibesar-besarkan kerana mereka mahu menyerang peribadi Dato Ambiga dan seterusnya menyerang rekod beliau sebagai pejuang. Mereka juga berharap dengan menyerang Dato Ambiga, mereka boleh menyerang Bersih.

Saya percaya rakyat juga tertawa dengan lelucon mereka. Bayangkan juak-juak Umno ini tiba-tiba nak jadi tok lebai, tapi ramai di kalangan pemimpin Islam mereka bergelumang dengan pelbagai perkara yang bertentangan dengan syarak.

Tok lebai sejati akan istiqamah dan lawan habis-habisan. Mereka akan pastikan seorang yang terlibat berzina/merogol dengan kanak-kanak bawah umur tidak diberikan peluang langsung di pentas mereka. Ini tidak – jadi pengerusi utama satu badan kerajaan pulak.

Tok lebai celup adalah perkara biasa dalam Umno.

Renung-renungkan dan selamat beramal


Sumber: [Rafizi Ramli]

Read more ...